36
PENGENALAN Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima. Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). 2.0 DEFINISI STRES

EDU 3093 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

PENGENALANPeranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).2.0 DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; stress yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.Secara keseluruhannya stres adalah : Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran. Gangguan fungsi kehidupan. Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup. Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif. Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu. Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.3.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama; Faktor diri. Faktor interpersonal. Faktor organisasi. Faktor kekurangan sumber.

3.1 Faktor diriPada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.3.2 Faktor InterpersonalDaripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.3.3 Faktor OrganisasiFaktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah; Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa. Tugasan kerja berterusan (kronik). Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas. Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif. Perubahan dasar yang drastik.Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.3.4 Faktor kekurangan Sumber.Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURUKesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:4.1 Kenal pasti reaksi emosional.Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.4.2 Komitmen sosial.Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.4.3 Kehidupan fizikal.Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.4.4 IntelekGuru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)c) Motivasi Kendiri (self-motivation)d) Empatie) Kemahiran Sosial (social skills)Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbirKyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

5.0 KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRESIslam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".Perkataan aflaha atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

PENDAHULUAN

Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Tambahan pula, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif.

Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh dikatakan tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.

Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007).Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawaguru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya.

PERKEMBANGAN HUJAH-HUJAH

Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009 menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai 2007). Setahun sebelum itu,seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ).Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar.

Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kenajiakn mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang, 2004). Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru besar sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang terlibat dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

IMPLIKASI HUJAH-HUJAH

Punca-punca seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhada guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan.

Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.

Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.

Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja.

Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa sedar akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah memastikan diri mereka terlepas dari masalah stress yang memudaratkan ini.

Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah.

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupuncomplicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung terutamanya pensyarah, Puan Salina binti Mokhtar.

Pada mulanya, tugasan ini dilihat sebagai satu tugasan yang sangat mencabar buat saya. Saya ditugaskan untuk menganalisis satu artikel dan membina satu laman blog untuk memuatkan artikel yang dihasilkan. Tugasan ini sangat mencabar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan blog, apatah lagi blog yang bersifat ilmiah seperti ini. Namun Alhamdulillah, tugasan berjaya disiapkan sepenuhnya. Kami berganding bahu mempelajari cara-cara membuat blog dengan menggunakan aplikasi atas talian yang sangat banyak di laman sesawang. Kami bersama-sama meneroka maklumat-maklumat dan tutorial yang disediakan dan akhirnya tugasan tersebut berjaya dijalankan. Kami juga meminta bantuan rakan-rakan yang mahir dalam bidang ini untuk mengajar kami cara menghasilkan sebuah laman blog yang menarik dan berkualiti.Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah apabila berlaku kekangan masa dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, cuti hari raya yang diperuntukkan agak padat dengan jadual-jadual lain menyebabkan saya tergesa-gesa menyiapkan tugasan ini. Namun, berkat sokongan dan dorongan rakan-rakan sekumpulan, saya berjaya mengatasi masalah ini. Saya juga berpuas hati kerana berjaya menghasilkan satu penulisan artikel yang pada hemat saya sebuah artikel yang baik untuk menjadi rujukan semua pembaca.Pelbagai kemahiran baru yang diperolehi dalam tugasan ini. Antaranya ialah kemahiran menggunakan ICT sebagai medium menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat. Selain itu, kemahiran yang saya perolehi ialah kemahiran menganalisis sesuatu isu menggunakan bukti-bukti kukuh bagi memantapkan hujah-hujah yang dilontarkan atau lebih dikenali sebagai penulisan ilmiah. Kemahiran ini juga sangat penting buat saya dalam usaha untuk menyelesaikan penulisan kajian tindakan pada semester ini.Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya semangat baru untuk lebih giat menulis artikel ilmiah setelah memasuki alam kerjaya kelak. Seterusnya, menggunakan medium ICT sebagai wadah untuk menyebarkan idea dan penulisan tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pendidikan, tetapi juga membantu memajukan diri sendiri dalam bidang yang menjadi pilihan ini. Penulisan artikel ilmiah juga merupakan satu cara terbaik bagi seorang guru meluahkan masalah-masalah dan mengetengahkan isu-isu pendidikan kepada masyarakat umum.

Sekian, terima kasih.

Isu Keguruan: Beban Tugas Guru 1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai isu terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang melibatkan guru bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diwar-warkan dan begitu laris bagai pisang goreng panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru, guru dibenarkan berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan profesionalisme guru dan keguruan diperbincangkan. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Salah satu isu yang penting berkaitan dengan bidang keguruan adalah isu beban tugas guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini diperkatakan didada akhbar, blog-blog dan sebagainya. Sebagai contoh:

a. Beban Kerja Guru Kini Terlalu Berat Utusan Malaysia 23 Januari 2008b. Seksa Jadi Cikgu Berita Harian 1 April 2010c. Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru Berita Harian 24 Mei 2010d. Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru Utusan Malaysia 1April 2010e. Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam Utusan Malaysia 21 November 2011f. Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan-g. Muhyiddin Utusan Malaysia 16 Mei 2012h. 14 Isu Beban Guru Ditangani Utusan Malaysia 17 Mei 2012

Sepertimana yang kita ketahui, guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh dan orang yang mengajar. Tugas pula mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata lain kerja, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Beban pula bermaksud jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem yang mesti dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walau bagaimanapun, tugas guru saban hari semakin bertambahMenurut kajian oleh Mohamad Shukri bin Salleh (1998), beban tugas bermaksud tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan tugas-tugas yang berkait dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Tugas akademik ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik bermusim. Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di sekolah dan tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas bukan akademik adalah tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secara formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas pengekeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan seharian dinamakan tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim. Berdasarkan tajuk muka hadapan Berita Harian Seksa Jadi Cikgu bertarikh 1 April 2010. Paparan muka hadapan ini jelas menyatakan seksa menjadi guru kerana guru dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Dalam artikel ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah membuat aduan mengenai beban tugas guru kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Mac 2010.

Rajah 1. Keratan akhbar Berita Harian 1 April 2010 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel tersebut juga telah mengulas bahawa berdasarkan aduan yang dibuat oleh NUTP, antara tugas guru bukan sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid, pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Selain itu, NUTP turut membuat aduan bahawa guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman menyebut;Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka. Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru kerana telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat isu ini dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru dan mengkaji tahap keseriusan isu beban tugas guru ini. Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru perlu dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak termasuk masyarakat. Setiap individu perlu mengembleng tenaga dan idea untuk menyelesaikan masalah dan isu ini. Ini kerana, beban tugas yang semakin bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi seorang guru terjejas dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.

2.0 PERKEMBANGAN HUJAH

Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru di dalam negara kita kerana sejak beberapa tahun ini, perkara ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat setiap kali bermulanya musim persekolahan. Sebagai contoh, pada 8 Januari 2006 dalam Berita Harian telah mendedahkan bahawa guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).Tugas guru semakin hari semakin bertambah bukan sahaja berkaitan dengan bidang pengajaran malahan juga yang meliputi di luar bidang tugas mereka. Fenomena ini menyebabkan ramai guru sering mengeluh dan mengalami tekanan akibat tanggungan beban tersebut.

Gambarajah 1: Bebanan tugas seorang guru

Berdasarkan butir-butir yang terkandung dalam laporan kaji selidik NUTP bertajuk Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan Politeknik, beban tugas guru dibahagikan kepada lima bidang iaitu:1. Urusan data, fail, buku rekod dan laporan Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS) Buku Nilam Sekolah Laporan Adab Belajar Baitulmal dan biasiswa Laporan guru bertugas Urusan disiplin pelajar Urusan pusat sumber Program khas dari Jemaah Nazir Buku rekod kerja sekolah

2. Pentadbiran Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Pengurusan pentadbiran Kutipan yuran dan pelbagai Guru kelas

3. Kurikulum Jenis peperiksaan Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Kertas kerja kajian tindakan Panitia Mata pelajaran Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4. Kokurikulum Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar

5. Hal Ehwal Murid (HEM) Urusan HEM Sekolah Menengah BerasramaLaporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan bahawa tugas guru meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih tertumpu kepada tugas pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran.Masalah beban tugas guru tidak pernah ada pasang surutnya. Pada 30 Mac 2010, NUTP telah membuat aduan mengenai beban tugas guru. Perjumpaan bersama pihak NUTP dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan dalam Berita Harian, 1 April 2010. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru. Jawatakuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil NUTP bertujuan untuk mengenal pasti tahap keseriusan isu dan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.

Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah dari sehari ke sehari. Dengan perubahan arus zaman globalisasi dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru merasakan tugas mereka semakin berat kerana mereka perlu menjalankan tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu mendidik seperti tugas pengkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran. Tugas guru dalam bidang pengkeranian telah diakui oleh pihak Kementerian Pelajaran seperti yang tertera di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji tentang Dasar Pelajaran Malaysia 1979;..oleh sebab terdapat kekurangan kerani, guru-guru terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan ikhtisas dan ini turut menjejaskan prestasi mereka dalam bidang ikhtisas. Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas serba sedikit berkaitan beban tugas guru dalam wawancara beliau bersama Penulis Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin:Penulis : Bagaimana dengan rungutan sesetengah guru yang mendakwa mereka dibebankan dengan kerja pentadbiran sehingga mengganggu tugas hakiki mereka?Tan Sri Muhyiddin: Kita sedang mengkaji dan memperhalusi perkara ini dan antara lainnya bertujuan untuk melihat dan memastikan tugas sebenar guru. Jika mengikut definisi biasa, tugas guru adalah mendidik dan mengajar. Bagaimanapun, kebiasaannya ada tugas lain yang turut dipertanggungjawabkan kepada guru, contohnya membabitkan aspek disiplin dan kokurikulum. Ini juga sebahagian tanggungjawab guru. Jadi apabila didakwa sebagai beban, kita perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan beban itu dan di peringkat mana gandaan kerja itu berlaku.Tambahan lagi, pada zaman ini kebanyakan data berkaitan murid perlu diisi dan dimasukkan secara atas talian internet, sebagai contoh Sistem Maklumat Murid, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan sebagainya. Ini lebih menyukarkan tugas guru kerana tidak semua guru pakar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, kekangan yang terpaksa dihadapi sewaktu proses memasukkan data seperti masalah server internet di sekolah yang kadangkala terganggu, atau lambat. Data yang ingin dimasukkan pula bukan sedikit dan kadangkala berlaku pertindihan proses memasukkan data antara guru-guru di satu-satu sekolah yang menyebabkan talian internet menjadi lambat. Rungutan para guru berkaitan kesukaran proses memasukkan data dalam talian telah ditulis dalam Berita Harian, 21 September 2011 bertajuk Guru Merungut Program SAPS Lebih Sukar Dari Manual....sistem yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan mereka akhirnya menyebabkan lebih ramai yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di rumah.Namun selepas menggunakan SAPS buat seketika, ramai guru merungut dan melepaskan kemarahan mereka dalam blog dan menulis surat kepada akhbar. Petikan rencana dalam Berita Harian 21 September 2011.Selain itu juga, tugas guru menjadi satu beban yang berat kerana wujudnya arahan dalam arahan. Guru melakukan beban kerja berganda kerana program-program yang telah dirancang di peringkat kementerian perlu dilaksanakan, di samping melaksanakan program yang lebih kurang sama yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan seterusnya program sedia ada yang telah dirancang di dalam takwim sekolah. Kesemua program ini perlu dilaksanakan mengikut tempoh masa tertentu dan guru perlu menyediakan kertas kerja program, merancang jawatankuasa kerja dan memastikan program ini berjalan mengikut rancangan. NUTP dalam Berita Harian bertarikh 2 April 2010 mendedahkan guru menanggung beban kerja berganda apabila terpaksa melakukan tugasan dalam skop yang sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata senario berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, namun pada masa yang sama mereka dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), walaupun semua mengandungi pengisian hampir sama. Hal ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Tugas mengurus murid-murid di dalam bilik darjah turut menambah beban di bahu para guru apabila jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu bilik darjah. Ketika ini, kebanyakan sekolah terutama sekolah di Bandar, mengalami masalah kepadatan bilik darjah sehingga ada yang melebihi 40 orang murid, menyebabkan guru menaggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan. Lum Chee Hong menulis laporan bertajuk 2 Cikgu, Satu Kelas Disokong turut menyatakan bahawa terlalu ramai murid dalam kelas, sehigga jumlahnya melebihi 30 orang satu kelas menyebabkan persekitaran menjadi sempit dan menyukarkan guru untuk melakukan pemantauan terhadap semua murid. Mohd Feroz dalam laporan khas yang ditulis dalam Berita Harian, 13 Mei 2011, menyatakan beban waktu mengajar guru yang tidak seimbang antara sekolah menjadi sebab beban guru bertambah. Hasil tinjauan yang dijalankan menunjukkan bahawa Sekolah Menengah Harian (SMH) mengalami kekurangan guru khususnya guru subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia dan Kemahiran Hidup. Beban tugas guru di SMH bertambah apabila bilangan guru tidak mencapai tahap optimum. Ini berbeza dengan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh. Selain agihan guru tidak seimbang antara jenis sekolah berbeza, kakitangan kumpulan sokongan dan pentadbiran mengikut bilangan pelajar dan bukan mengikut beban kerja dalam organisasi sekolah merupakan penyebab beban guru bertambah. Mengikut amalan sekarang, nisbah antara Pembantu Tadbir sekolah dengan pelajar ialah 1:300 iaitu seorang Pembantu Tadbir bersamaan 300 pelajar. Akibat pembahagian guru dan Pembantu Tadbir yang tidak realistik, beban kerja guru menjadi semakin bertambah dan ini merupakan salah satu sebab tugas-tugas pengkeranian terpaksa dilakukan oleh guru.Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan analisis beban tugas guru. Hasil dapatan awal kualitatif analisis dan tinjauan tersebut menyenaraikan beberapa beban tugas guru, iaitu;

Jadual 1. Hasil Dapatan Kajian Oleh Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru

3.0 IMPLIKASI ISU BEBAN TUGAS GURU

Beban tugas mendatangkan pelbagai implikasi kepada guru dan juga bidang pendidikan itu sendiri. Jika diamati, guru pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai pendidik di dalam bilik darjah, malahan juga guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip, juruhias, dan sebagainya.Implikasi beban tugas yang terlalu banyak juga kadangkala memaksa guru bekerja lebih masa. Guru juga mendapat kurang waktu berehat apabila dipanggil menjalankan pelbagai aktiviti pada hari Sabtu. Memetik kata-kata Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar.Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, hanya memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan. Lok menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core business mereka, iaitu mengajar.Bagaimanapun katanya, guru lebih menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah. Beliau menambah, guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja pengkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar.Arumugam (1975) menyatakan punca-punca penting bagi ketegangan dan ketidakpuasan yang dialami oleh guru-guru di Malaysia adalah tugas-tugas pengkeranian yang banyak. Walaupun guru-guru sebenarnya menolak tugas pengkeranian yang diberikan kepada mereka, mereka terpaksa menerima dan melaksanakannya.Beban tugas guru yang terpaksa dipikul ini akan menyebabkan para guru mengalami ketegangan seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne & Furnham (1987) iaitu di antara punca yang kerap berlakunya stress di kalangan guru ialah beban tugas bukan mengajar. Ketegangan yang tinggi di kalangan guru boleh menyebabkan rasa kecewa, agresif, bimbang dan mengurangkan prestasi kerja. Coldicot (1985) menjelaskan ketegangan yang tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit dan kemerosotan dalam prestasi kerja. Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain. Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu. Ab Aziz Mohd YatimHal ini begitu membimbangkan kerana di dada akhbar banyak kes berkaitan guru sakit jiwa dilaporkan. Salah satu contoh, adalah yang dilaporkan oleh Siti Nor Afzan Kasiman dalam akhbar KOSMO bertarikh 30 Ogos 2012, profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental. Didalam laporan ini menyebut bahawa;Kajian oleh NUTP mendapati 70 peratus daripada 9000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Salah seorang guru yang ditemu bual oleh penulis, mendedahkan bahawa akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, beliau mengalami sakit jiwa. Beliau yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga. Semasa saya mengajar di Sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak. Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat." Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal dalam akhbar KOSMO, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. 4.0 CADANGAN MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU

Oleh kerana tanggungjawab dan tugas guru di sekolah yang terlalu banyak, maka setiap pihak perlulah memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberikan agar tugas tersebut tidak menjadi bebanan yang tidak mampu dipikul oleh guru. Pelbagai cadangan serta cara disarankan oleh pihak tertentu untuk menyelesaikan isu ini. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG).

JKPMIBTG telah mencadangkan 28 perakuan bagi menangani isu ini. Perakuan ini terkandung dalam Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara perakuan yang telah diambil tindakan:1) Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh KPM untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu;

2) Bagi mengurangkan beban tugas rencam guru di sekolah, satu Garis Panduan Penggabungan Jawatankuasa telah disediakan supaya jumlah Jawatankuasa di peringkat sekolah tidak melebihi sepuluh yang terpenting;

3) Bagi mengurangkan tugas perkeranian yang ada pada ketika ini dilaksanakan oleh guru, KPM telah memohon pertambahan jawatan Pembantu Tadbir melalui urusan pindah butiran perjawatan/trade off bagi tujuan pelaksanaan kajian rintis di 50 buah sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1500 orang murid;

4) Bagi mengurangkan kekerapan guru keluar meninggalkan kelas untuk berkursus:a) Satu Pelan Operasi Latihan (POL) Tahunan yang komprehensif sedang dibangunkan untuk dilaksanakan dalam tahun 2011;b) Kursus Dalam Perkhidmatan secara atas talian (online) akan diperkenalkan;c) Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam pembentangan bajet 2011 yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

5) KPM telah memohon peruntukan kewangan dalam Anggaran Belanja Mengurus 2011 bagi menampung keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT);

6) One Stop Centre diwujudkan di peringkat KPM bagi tujuan pengumpulan dan penyelarasan data.

Setiap perakuan yang telah dijalankan oleh pihak KPM dapat mengurangkan beban tugas guru. Unpamanya, rungutan para guru berkaitan tidak cukup rehat kerana terpaksa bertugas setiap sabtu atau hari minggu. Oleh itu, dengan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan melegakan para guru kerana guru bukan sahaja mempunyai tugas di sekolah malahan juga perlu menguruskan keluarga memerlukan masa bersama keluarga masing-masing.Tugas perkeranian merupakan salah satu beban tugas yang paling besar yang perlu ditangani oleh guru. Oleh itu, dengan pertambahan kakitangan Pembantu Tadbir merupakan cadangan yang amat baik dan disambut lega oleh pelbagai pihak. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 Mei 2012, satu cadangan akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatamn Awam bagi memperluas penempatan kakitangan Pembantu Tadbir N17 di sekolah-sekolah bawah kementerian. Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman turut bersetuju dengan perakuan tersebut dan mengulas bahawa penambahan jawatan staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Beliau menyebut .guru perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja perkeranian. Jangan biarkan guru terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung bulan.Pihak KPM juga telah mengeluarkan surat siaran berkaitan pelaksanaan perakuan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2012. Pihak KPM telah melaksanakan peraturan dan perakuan berhubung mengurangkan bilangan ujian dan pelaksanaan peperiksaan setara di sekolah. Ini bermaksud pihak KPM telah memutuskan bahawa mulai tahun 2012, Bahagian-Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Pejabat Pelajaran Daerah hanya dibenarkan untuk menyelaras dan melaksanakan satu peperiksaan setara sahaja sama ada bagi Peperiksaan Percubaan atau Peperiksaan Akhir Tahun. Pelaksanaan peperiksaan setara ini akan dimansuhkan bermula pada 1 Januari 2013. Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk menyelaras jadual (setara) bagi ujian formatif. Untuk itu, guru-guru boleh melaksanakan ujian formatif mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Bagi perakuan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), pengoperasian LDP akan dijalankan secara School-Based di Sekolah-Sekolah di bawah KPM. Bagi mengelakkan dan mengurangkan kekerapan guru meninggalkan bilik darjah, LDP hendaklah dilaksanakan seperti berikut:1) 60% latihan secara berasaskan sekolah (school-based)2) 30% latihan secara berpusat di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)3) 10% latihan berpusat di peringkat Bahagian KPMSelain itu, pihak KPM turut menyediakan garis panduan penglibatan guru dalam aktiviti anjuran KPM. Garis panduan tersebut menetapkan bahawa pentadbir sekolah hendaklah mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada semua guru secara seimbang bagi mengelakkan penglibatan guru yang sama dalam aktiviti yang dianjurkan.Majlis Guru Besar Malaysia turut mencadangkan kepada KPM untuk mengkaji nisbah guru dan pelajar untuk mengurangkan beban guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad melalui BERNAMA, 3 Ogos 2005 berkata Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang kita minta satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru).Saranan yang disampaikan oleh Awang juga relevan dengan saranan pihak lain berkaitan jawatan pembantu guru bagi mengatasi masalah yang sama. Tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad bersetuju dengan jawatan pembantu guru bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Memetik kata-kata beliau dalam Berita Harian, 2 April 2010;.Ini bukan sahaja meringankan tugas guru, malah pada masa yang sama membantu murid yang ketinggalan untuk maju standing dengan rakan lain.. Bagi mengatasi bilik darjah yang mengandungi terlalu ramai murid, kalangan guru menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas bagi meringankan beban tugas guru. Ini bersesuaian dengan saranan pihak lain yang mahukan pembantu guru di dalam bilik darjah. Perkara ini telah dinyatakan dalam rencana Berita Harian, 15 Disember 2010. Bukan itu sahaja, salah satu usaha atau cadangan bagi meringankan beban tugas guru yang semakin bertambah adalah ganjaran atau imbuhan guru ditingkatkan setanding dengan tugas dan amanah yang dipikul. Malahan, pihak KPM telah menyediakan tiga insentif sebagai ganjaran dan penghargaan kepada guru yang komited dalam memikul amanah mendidik anak bangsa dan menjayakan matlamat pendidikan. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Berita Harian, 20 Mei 2010 menjelaskan mengenai insentif yang digunakan untuk meringankan beban tugas yang dipikul guru serta meningkatkan motivasi kerja guru di sekolah. Antara bentuk insentif adalah kenaikan gred perkhidmatan berdasarkan time-based. Ini bermaksud peningkatan gred dilakukan berdasarkan tahun perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan. Pihak KPM turut menawarkan insentif sebanyak RM 900 hingga RM7500 kepada Pengetua, Guru Besar dan guru sekolah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. Ia boleh dianggap sebagai alternatif kepada cadangan membayar elaun kerja lebih masa kepada guru yang dituntut oleh NUTP namun telah ditolak oleh kerajaan.

5.0 RUMUSANSecara tuntasnya, isu beban tugas guru telah lama digembar gemburkan dan sehingga ke hari ini isu ini masih cuba ditangani oleh kementerian pelajaran. Saya bersetuju dengan isu ini bahawa beban tugas guru pada hari ini semakin bertambah dan guru banyak melakukan tugas-tugas pentadbiran seperti perkeranian. Tugas memasukkan maklumat murid secara atas talian merupakan salah satu beban tugas yang pada hemat saya begitu mencabar bagi sesetengah guru yang jarang-jarang menggunakan internet dan komputer. Apa yang saya perhatikan, banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak songeh serta pelbagai kritikan lagi seperti sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut.Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri.Adalah tidak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer.Justeru, pada pendapat saya, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Saya penuh percaya bahawa guru yang berdedikasi tidak akan melihat tugas tersebut sebagai beban. Jika kita benar-benar minat, walaupun tugas itu berat, kita sedia berkorban dan jauh sekali mahu melihatnya sebagai beban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan hakikatnya sangat penting dan saya tahu ada guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk membimbing pelajar. Inilah bukti kepimpinan dan komitmen guru yang membezakan mereka daripada guru-guru lain Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011). Saya bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Namun berharap agar isu guru menjalankan tugas perkeranian dapat diselesaikan melalui cadangan kerajaan menambah bilangan jawatan pembantu tadbir agar guru dapat menjalankan tugas mendidik yang sepatutnya menjadi tugas hakiki mereka dengan lebih efekt