8
BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA INTEGRASI NASIONAL OLEH : Siti Puspa binti Mohd Kamsan

EDU 3093.ppt

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

INTEGRASI NASIONAL

OLEH : Siti Puspa binti Mohd Kamsan

Pendidikan perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Kerajaan memberi penekanan kepada pendidikan melalui pembentukan beberapa dasar - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial.

Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

Menurut Vyas (1993), ”Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.”

Cabaran yang besar bagi kerajaan ialah untuk menyatupadukan semua kumpulan Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India yang berbeza dari segi bahasa, seni, kebudayaan, kepercayaan dan agama.

Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia.

Perbezaan dalam agama dan budaya Polisi pecah perintah British Sistem pendidikan dan penggunaan

bahasa pengantara yang berbeza di sekolah

Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik

Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik

Parti politik berdasarkan kumpulan etnik

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata pelajaran.

Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.  

Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.  

Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah: Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga

jenis sekolah dalam aktiviti-aktiviti khas. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah

dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah

bersama-sama secara maksimum. Boleh dicapai melalui

- Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik - Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan - Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum - Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial - Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razaksebagai salah satu langkah yang paling penting untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah.

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasiona

Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.