14
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 3: MEDIA PENGAJARAN 3.1 Konsep Media Pengajaran Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. 3.2 Fungsi Media Pengajaran Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu didapati berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang mempunyai unsur abstrak ikonik dan enaktif. Ini dapat dilihat kon pengalaman pembelajaran yang pernah diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al.2008) sebagaimana yang terdapat dalam rajah.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaransirajull.weebly.com/.../bab_3-media_pengajaran.pdf · Media pengajaran terbahagi kepada dua: i. Media cetak ii. Media bukan cetak

  • Upload
    others

  • View
    20

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    1

    BAB 3: MEDIA PENGAJARAN

    3.1 Konsep Media Pengajaran

    Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang

    kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media

    pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media

    atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin

    yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat

    daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen,

    radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media

    pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan

    daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,

    perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

    3.2 Fungsi Media Pengajaran

    Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu didapati berbeza

    antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang mempunyai unsur

    abstrak ikonik dan enaktif. Ini dapat dilihat kon pengalaman pembelajaran yang pernah

    diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al.2008) sebagaimana yang terdapat

    dalam rajah.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    2

    Rajah 1: Kon Pengalaman Dale

    Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Antaranya ialah:

    a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran berikut:

    Memainkan peranan sebagai papan hitam.

    Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan

    pembelajaran dijalankan.

    Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai

    multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah

    gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    3

    c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran, memberi

    maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran dan

    memberi hiburan (entertainment).

    d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan

    sekeping gambar. Di samping itu juga media dapat:

    mengurangkan masa penerangan.

    murid dapat belajar lebih.

    murid dapat mengekakalkan kefahaman.

    murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang

    dipelajarinya.

    e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit.

    Menurut kajian, kadar ingatan murid berbeza-beza jika mereka membuat kerja

    seperti berikut: Jika,

    membaca mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya

    mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar

    mendengar dan melihat mereka

    memperolehi

    30% dari apa yang didengar

    dan dilihat

    memyebut mereka memperolehi 70% dari apa yang didengar,

    dilihat dn disebut

    membuat, menyebut mereka

    memperolehi

    90% dari apa yang didengar,

    dilihat dan disebut

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    4

    3.3 Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media

    Media pengajaran terbahagi kepada dua:

    i. Media cetak

    ii. Media bukan cetak

    3.3.1 Media Cetak

    Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia

    berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota-nota,

    prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-

    bahan ini dicetak adalah untuk:

    i. Memberikan panduan.

    ii. Menyampaikan maklumat.

    iii. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak.

    3.3.1.1. Jenis Media Cetak

    Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi

    sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:

    a. Alat bantu mengajar

    b. Bahan untuk latihan

    c. Bahan maklumat

    d. Bahan untuk peningkatan ilmu

    Rajah 2: Contoh Media Cetak

    Surat khabar

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    5

    Media Sebagai Alat Bantu Mengajar

    Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan

    yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang

    terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi

    langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran dengan

    mudah. Ia berbentuk ’guide sheet’, ’jobs aids’ dan sebagai satu gambar bersiri.

    Maklumat dalam ”guide sheet” akan menampilkan kata-kata atau arahan secara

    keseluruhan sedangkan ”jobs aids” selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat juga

    beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala ”picture series”

    merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.

    Media Sebagai Bahan Untuk Latihan

    Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di

    sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang

    berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk

    ”manual” , ”handout” dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides).

    Manual

    Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan.

    Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu

    kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan

    catatkan di manual yang diedarkan itu.

    Rajah 3: Contoh handout

    Handout

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    6

    Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan kepada

    murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang terdapat

    dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran, sinopsis pelajaran dan

    objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan, sumber-sumber

    bahan untuk rujukan.

    Panduan Pembelajaran (Study Guides)

    Secara kasarnya ” study guides” ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan

    ”handout” dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan

    poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap ”handout” dengan ”study

    guides” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Pada ”handout”

    penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik manakala ”study

    guides” maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci.

    Media Sebagai Bahan Maklumat

    Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi

    mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan

    sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia berbentuk risalah

    (brochure) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.

    Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu

    Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan

    ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku

    ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen yang Dewey

    klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke kod 999 dan

    Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti berikut:

    Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama

    000 Karya Am

    100 Falsafah

    200 Agama

    300 Sains Sosial

    400 Bahasa

    500 Sains Tulin

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    7

    600 Teknologi/Sains Gunaan

    700 Kesenian

    800 Kesusasteraan

    900 Geografi, Biografi dan Sejarah

    Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti berikut untuk

    mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di institut pengajian

    tinggi di Malaysia. Simbol-simbol pada kod Library Congress adalah:

    A, AS, AG, Ae, AY Karya Am

    B, BH, BJ BF Falsafah

    Bl, BX, BP, BZ Agama

    H, HA, HJ HM, HX Sains Sosial

    L, LH, LA, LC, LD, LG, LJ,LB Pendidikan

    P, PE, PN, PR, PZ Bahasa

    Q, Qa, QB, QC, QD, QE,QH Sains Tulin

    TA, TE, TG, TH, TK, TP,TT,TE,

    TX

    Teknologi

    K Undang-Undang

    G,C, F Geografi Am dan Biografi

    3.3.1.2. Kebaikan Media Bercetak

    Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media

    lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

    i. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana

    sahaja.

    ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah-pindahkan

    dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain.

    iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang

    terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    8

    iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat

    menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk

    sedekad yang akan datang.

    v. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif

    seperti berikut:

    a. Digunakan begitu meluas.

    b. Mudah disedia dan diterbitkan.

    c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama.

    d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya.

    e. Mudah dikemas kini.

    f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka.

    g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai

    pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan

    dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.

    3.3.1.3 Kelemahan Media Cetak

    Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat

    beberapa kelemahan seperti berikut:

    i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang

    dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.

    ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu

    menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan

    menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.

    iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan

    kemudahan telefon atau internet.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    9

    3.3.2 Media Bukan Bercetak

    Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan bercetak

    yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian

    (software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.

    3.3.2.1 Bahan Jenis Perkakasan (Hardware)

    Kamera filem 35mm

    Kamera video

    Perakam audio

    Radio

    Televisyen

    Projektor filem

    Projektor OHP

    Projektor slaid

    Projektor LCD

    Projektor legap

    Rajah 4: Projektor slaid

    Bahan Jenis Perisian (software)

    Filem

    Transparensi

    Kaset audio

    Slaid

    Perisian komputer

    Mikro filem

    Rajah 5: Mikro filem

    Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut pada umumnya

    boleh diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti berikut:

    Projektor slaid

    Mikro filem

    Projektor slaid

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    10

    3.3.2.2 Media Tayang

    Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej, gambar, fakta dan teks

    untuk ditonton. Projektor bagi bahan seperti berikut berbeza antara satu dengan yang

    lain. Ada yang memerlukan OHP, filem ptojektor, LCD, slaid projektor dan mikro filem.

    Slaid

    Filem

    Transparensi

    Multimedia

    Video

    Produk komputer

    Mikro filem

    Rajah 6: Multimedia

    3.3.2.3 Bahan Kos Rendah

    Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3

    dimensi (3D). Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta, bahan bercetak,graf,

    lukisan, fotograf, poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru boleh gunakan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan manusia yang

    menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada kategori berikut:

    i. Bahan berbentuk model

    ii. Bahan realia

    iii. Bahan berbentuk diorama

    iv. Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi

    v. Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit dan boneka

    bertali.

    vi. Bahan mudahalih (mobile)

    Multimedia

    Projektor slaid

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    11

    3.4 Pemilihan Media Pengajaran

    Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk

    membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui

    pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media

    dengan pengajaran.

    Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media untuk

    kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,

    a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang telah

    dialaminya.

    b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media

    tersebut.

    c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.

    d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

    e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.

    f. Alat kawalan media yang akan digunakan.

    g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).

    ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita audio,

    mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan boleh

    digunakan.

    iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan

    sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga kemahiran

    teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa pengajaran.

    iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini perlu

    diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan menggunakan

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    12

    beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran yang murid miliki

    ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir dalam pengajarannya.

    v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi sehala

    atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.

    vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai

    dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.

    RUMUSAN

    Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai bentuk. Ada yang

    berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap bahan dan alat ini

    berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu

    ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap alat dan bahan ini

    berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat wajar bagi setiap guru perlu

    membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik darjah.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    13

    Latihan 3

    Jawab semua soalan berikut:

    1. Tujuan media cetak digunakan adalah untuk

    A. meningkatkan kemampuan pembaca

    B. memotivasikan tingkat pemerhatian dan perilaku seseorang

    C. menjelaskan kembali kepada orang lain mengenai maklumat yang ada

    D. menyamakan persepsi pembaca

    2. Study Guides merupakan salah satu bentuk media untuk menyampaikan maklumat,

    dan digunakan sebagai

    A. instruksi

    B. bimbingan

    C. latihan

    D. praktik

    3. Antara yang berikut, yang manakah media cetak yang berperanan sebagai sebaran

    maklumat

    A. handout

    B. manual

    C. study guides

    D. brochure

    4. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    5. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak.

    6. Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak?

    7. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah?

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    14

    BIBLIOGRAFI

    Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran dan

    pembelajaran. UTM.

    Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran

    Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

    Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).

    Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan

    Multimedia.

    Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah

    Alam: Oxford Fajar.

    Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of Educational Technology.

    edisi ke-3. London: Kogan Page.

    Smaldino, S.E., Russell, J., Heinnich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional technology

    and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice Hall.

    Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:

    OUM.