Upload
sarah-clements
View
220
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Ulasan Kritis Kandungan Jurnal Pendidikan Jilid(1),2007
Dan Perkaitan Dari Segi Tumpuan Tugas Dan Pengalaman Sebenar Seorang
Guru Yang Menyentuh Aspek Akautabiliti Dan Intergriti Dalam Menentukan
Keberkesanan Pelaksanaan Perubahan Kurikulum.
Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi
kurikulum.Tanpa penglibatan guru secara aktif,matlamat kurikulum yang
dirancang sukar untuk dicapai.Secara umumnya,penglibatan guru dalam
proses pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah adalah berbeza-beza di
samping pelbagai cabaran serta rintangan dalam melaksanakannya secara
berkesan.
Berdasarkan Jurnal Pendidikan Jilid 27(1),kajian ini melibatkan tentang profil
Tumpuan Guru terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum di sekolah. Isu ini
memberi pengertian bahawa seseorang guru mempunyai tahap tumpuan
yang berbeza-beza dalam menerima dan melaksanakan inovasi
kurikulum.Dalam Jurnal Pendidikan 27(1),2007, ini melibatkan kajian tentang
Tahap Tumpuan Guru Terhadap Pelaksanaan Perubahan yang melibatkan
kategori tumpuan;
i. tumpuan Tiada Berkaitan,
ii. tumpuan berkaitan Peribadi,
iii. Tumpuan Berkaitan Tugas, dan
iv. Tumpuan Berkaitan Kesan.
Hasil dapatan mendapati bahawa Tahap Tumpuan Berkaitan Peribadi,Tahap
Tumpuan Berkaitan Tugas dan Tahap Tumpuan Berkaitan Kesan adalah
berjumlah 83.2 %.Jumlah ini telah menangkis sebarang andaian yang sering
dipropagandakan dalam masyarakat tentang komitmen guru terhadap
inovasi.Sebilangan besar guru berpandangan positif dan bersedia serta
berkomitmen terhadap sebarang perubahan berlaku dalam bidang pendidikan
terutamanya melibatkan perubahan kurikulum.Dapatan berada pada tahap
Tumpuan Berkaitan Peribadi Guru adalah lebih ramai.Situasi ini memberi
gambaran bahawa guru memberi lebih keutamaan terhadap perkara
berkaitan dengan peribadi terlebih dahulu sebelum memberi komitmen
1
terhadap tugas yang berkaitan dengan inovasi.Pemasalahan yang berkaitan
dengan urusan keperibadian menjadi keutamaan kerana guru akan lebih
bermotivasi dan berinovasi dalam melaksanakan transformasi dalam inovasi
kurikulum sekiranya bidang ini dapat diselesaikan. Gangguan emosi dan
tahap tekanan yang tinggi secara berterusan akan menganggu tahap
motivasi para guru.Akhirnya mungkin menjejaskan tahap perkembangan diri
guru itu sendiri dan keberkesanan guru dalam melaksanakan tugasan harian
mereka di sekolah.Lantaran itu dapatan kajian ini lebih memberi keutamaan
kepada perkara Tumpuan Berkaitan Peribadi.
Tahap Tumpuan berkaitan Tugas berada selepas tumpuan berkait
dengan peribadi.Namun demikian tahap tumpuan tersebut masih berada
pada tahap guru masih mempunyai semangat dan motivasi dalam
melaksanakan perubahan dalam kurikulum pendidikan.Tahap ini juga,
memberi gambaran bahawa sebarang perubahan dalam kurikulum
pendidikan mendapat sokongan positif daripada para guru.
Guru sebenarnya sebagai agen transformasi dalam inovasi kurikulum
yang paling penting kerana guru memainkan peranan penting dalam
menentukan keberkesanan perubahan kurikulum di sekolah.Guru adalah
insan yang berupaya untuk menentukan dan mencorakkan bagaimana
perubahan kurikulum dapat dilaksanakan mengikut pedagogi bidang
keguruan. Hanya segelintir sahaja guru-guru yang kurang memberi komitmen
terhadap inovasi yang dilakukan dalam kurikulum.Namun demikian bilangan
ini tidaklah menjejaskan perubahan yang dilakukan dalam bidang pendidikan.
Kesediaan guru untuk melaksanakan inovasi adalah persoalan
penting yang perlu dipertimbangkan oleh pihak perancangan pendidikan
supaya wujudnya keharmonian antara pihak pelaksana inovasi (guru) dan
perancang inovasi itu sendiri, Pelaksanaan inovasi tersekat jikalau pihak
berkuasa pendidikan menganggap inovasi kurikulum sebagai satu kemestian,
sedangkan guru melihatnya pada sudut pandangan sebaliknya.Dapatan
kajian memberi gambaran tentang keperluan guru sebelum berkomitmen
untuk menjayakan transformasi.
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan
pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud
orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi
2
petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang
memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang
mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan
guru.
Konsep akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan
‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau
bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan
mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah
mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.
Akauntabiliti keguruan.Akauntabiliti keguruan bermakna
tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat
dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap Pelajar.Seorang guru haruslah
menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga
haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama,
faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru
hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru
sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi
contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
3
memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan
orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru
menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang
serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
Akauntabiliti Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan
kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan
maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan
tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap
peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah
memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang
yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran
sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai
akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini,
selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang
lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh
pihak pentadbiran sekolah.
Masyarakat dan Negara.Sebagai seorang guru , beliau hendaklah
menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara
berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah
Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara
cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah
mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam
4
segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa
berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri
setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang
setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan
kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
Profesion Keguruan.Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca
pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah
memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan
menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh
jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi
mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah
mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan
tepat.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di
hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion
keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.
Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap
5
tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti
perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal
melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan
menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat
dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam
tindakan sehari-hari.
Individu. Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang
dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara
tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta
keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang
dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak
atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia
dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan
tidak berintegriti atau lemah integritinya.
Integriti Organisasi. Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai
integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod
etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan
kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati
oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan
akhirnya menjadi budaya organisasi.
Integriti Penjawat Awam. Bagi individu yang memegang amanah
seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat
sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan
memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat
itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap
ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
6
Kesimpulan,pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu
proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat
seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan
integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai
teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam
tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan
realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai
sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara
cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti,
pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan
itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada
Tuhannya.
7