24
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI NAMA PENUH SYED MUHAMMAD SYAFIQ BIN TENGKU SYED NASARUDIN KAD PENGENALAN 930203-01-7007 KUMPULAN / UNIT 1 PISMP SAINS (AMBILAN JANUARI 2014) KOD DAN KURSUS EDU 3101 ( FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ) NAMA PENSYARAH PUAN FARIHAH BINTI MOHD NOOR JABATAN ILMU PENDIDIKAN NOMBOR KERJA KURSUS / DESKRIPSI PERSEMBAHAN GRAFIK DAN ESEI KRITIS CABANG FALSAFAH, PRINSIP FPK DAN KONSEP SERTA ELEMEN ASPIRASI MURID MENGIKUT SARANAN PPPM (2013-2025) SELARAS DENGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN DI PERINGKAT GLOBAL Saya sedar peraturan institut bahawa seorang pelajar tidak boleh mengamalkan plagiat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan seperti yang termaktub dalam Buku Panduan Pelajar. Saya yakin bahawa tugasan ini tidak mengandungi karya-karya yang diplagiat. Tandatangan : ______________________________________ Tarikh: / / 2014 KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA TARIKH HANTAR: 29 /03/ 2014 DITERIMA OLEH: ____________________________

Edu3101 Tugasan 2- Sms

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Edu3101 Tugasan 2- Sms

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BANDAR ENSTEK, NILAI

NAMA PENUH SYED MUHAMMAD SYAFIQ BIN TENGKU SYED NASARUDIN

KAD PENGENALAN 930203-01-7007

KUMPULAN / UNIT 1 PISMP SAINS (AMBILAN JANUARI 2014)

KOD DAN KURSUS EDU 3101 ( FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA )

NAMA PENSYARAH PUAN FARIHAH BINTI MOHD NOOR

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

NOMBOR KERJA KURSUS / DESKRIPSI

PERSEMBAHAN GRAFIK DAN ESEI KRITIS CABANG FALSAFAH, PRINSIP FPK DAN KONSEP SERTA ELEMEN ASPIRASI MURID MENGIKUT SARANAN PPPM (2013-2025) SELARAS DENGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN DI PERINGKAT GLOBAL

Saya sedar peraturan institut bahawa seorang pelajar tidak boleh mengamalkan plagiat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan seperti yang termaktub dalam Buku Panduan Pelajar. Saya yakin bahawa tugasan ini tidak mengandungi karya-karya yang diplagiat.

Tandatangan : ______________________________________ Tarikh: / / 2014

KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA

TARIKH HANTAR: 29 /03/ 2014 DITERIMA OLEH: ____________________________

TARIKH DISEMAK: ____/____/____ DISEMAK OLEH: ____________________________

Page 2: Edu3101 Tugasan 2- Sms

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Isi Kandungan 2

Penghargaan 3

Pengenalan 4

Soalan Tugasan 1 beserta Pengurusan Grafik 5-8

Soalan Tugasan 2 beserta Justifikasi 9-13

Refleksi 14

Rujukan 15

Lampiran 16-17

2

Page 3: Edu3101 Tugasan 2- Sms

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya dapatlah saya diberi peluang sehingga ke hari ini untuk menikmati kehidupan

sebagai seorang Muslim dan juga diberi kesempatan untuk menimba lagi ilmuNya yang

terdapat di atas muka bumi ini.

Ucapan sekalung penghargaan juga saya tujukan secara khusus kepada Pensyarah

bagi subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia yang juga pembimbing saya iaitu Puan

Farihah Binti Mohd Noor. Tanpa beliau, tidak mungkin saya dapat memahami dan

menghayati pembelajaran subjek Falsafah dengan sempurna. Selain itu, perkongsian dan

juga tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau sangat berguna kepada bakal pendidik seperti

saya nanti.

Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan

juga ahli keluarga yang tidak henti memberi semangat dan juga dorongan dalam

memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Di samping itu, ucapan ribuan terima saya ucapkan kepada rakan-rakan dan

sahabat-handai dalam membantu dan memberi tunjuk ajar serta berkongsi input yang

menarik sewaktu tugasan ini dilakukan bersama-sama.

Akhir sekali, segala jasa kalian akan saya kenang sampai bila-bila. Tambahan lagi,

segala ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan InshaAllah akan menjadi pahala berkekalan

buat semua dengan izin Allah S.W.T. Saya juga memohon maaf atas segala kekurangan

yang terdapat dalam tugasan kursus ini. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan

yang kurang lengkap itu bersandarkan kelemahan saya sebagai seorang insan.

3

Page 4: Edu3101 Tugasan 2- Sms

PENGENALAN

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia dengan kodnya iaitu EDU 3101 merupakan

salah satu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG

di Malaysia. Mata pelajaran ini diajar kepada penuntut IPG yang berada pada semester

satu.

Tujuan utama pembelajaran Falsafah dan Pendidikan di Malaysia adalah untuk

memberi pendedahan kepada para penuntut tentang sejarah pendidikan di Malaysia itu

sendiri. Selain itu, para penuntut juga diberi pendedahan dengan mendalam tentang

bagaimana wujudnya falsafah pada masa suatu masa dahulu yang akhirnya teori falsafah ini

dapat berkembang dan memberi kesan positif sehingga ke hari ini terutama dalam bidang

pendidikan.

Sistem pendidikan negara kita juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri iaitu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebenarnya, pembentukan FPK Malaysia ini

adalah hasil gabungan daripada semua falsafah lampau dan moden yang sedia ada dan ia

juga lebih dikenali sebagai Falsafah Eklektisisme. Matlamat utama yang terkandung dalam

FPK adalah pembentukan individu yang seimbang dalam pelbagai aspek termasuklah

jasmani, emosi, rohani, imtelektual dan sosial dengan meletakkan kepercayaan kepada

Tuhan sebagai asas utama pembentukan individu.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah

dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji

Mohd Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia. Dalam PPPM 2013-2025,

aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid menjadi tumpuan utama Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam membuat transformasi pendidikan di negara ini.

Dalam kerja kursus ini, kita akan lihat penerapan cabangan falsafah secara terperinci

dalam aspirasi murid yang terkandung dalam PPPM 2013-2025 serta penerapan prinsip-

prinsip FPK dalam konteks pembelajaran terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR).

4

Page 5: Edu3101 Tugasan 2- Sms

Pelan Pembangunan Pendidikan PPPM (2013-2025) menterjemahkan semangat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai

asas mencapai aspirasi murid.

Soalan tugasan 1

Sediakan satu pengurusan grafik yang sesuai dan bentangkan dengan menjelaskan 3

cabang falsafah yang dapat mempamerkan konsep aspirasi murid yang mampu berdaya

saing diperingkat global mengikut PPPM (2013-2025)

( 40 % ) 

 

5

3 CABANGAN FALSAFAHKajian berkaitan realitiMetafizikKajian berkaitan ilmuEpistemologiKajian berkaitan nilaiAksiologi

Page 6: Edu3101 Tugasan 2- Sms

6

Metafizik- Elemen Kemahiran

Dwibahasa- Elemen Identiti nasional

Menyedari kepentingan menguasai pelbagai

bahasa untuk berkomunikasi Menghormati semua

golongan tanpa mengira agama, kaum,

etnik, sosioekonomi dan kepercayaan

Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun

Negara

Memupuk semangat

patriotisme yang tinggi

Menjadikan bahasa sebagai agen

perpaduan pelbagai bangsa

Murid memahami sejarah Malaysia dan

bangga menjadi rakyat Malaysia

Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

serta bahasa-bahasa lain untuk peluang

berjaya yang lebih besar

Page 7: Edu3101 Tugasan 2- Sms

7

Epistemologi- Elemen

Pengetahuan- Elemen

Kemahiran Berfikir

Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi dengan cemerlang

Menguasai subjek teras

Menghasilkan murid yang serba boleh dalam pelbagai

bidang

Murid mampu mengaplikasikan

pengetahuan dalam kehidupan

Murid dipupuk dengan rasa ingin

tahu dan suka bertanya

Murid mampu mengaitkan pengetahuan sedia ada

dengan pengetahuan baru

Pengetahuan sepanjang hayat

Kemampuan berfikir secara

kreatif dan kritis

Penggunaan konsep logik, induktif dan

deduktif

Page 8: Edu3101 Tugasan 2- Sms

8

Aksiologi- Elemen Etika

dan Kerohanian

- Elemen Kemahiran Memimpin

Tenang dalam menyelesaikan konflik

Membuat keputusan dalam yang tepat dalam sebarang

situasi

Mengamalkan prinsip pegangan agama

sebagai tunjang hidup

Berdisiplin dan tidak takut melakukan

perkara yang betul

Melakukan sesuatu untuk

kebaikan masyarakat dan

alam sekitar

Memupuk kebolehan untuk bekerja dalam

kumpulan

Membantu murid mencapai potensi sebagai pemimpin

kumpulan

Melatih murid menghormati

pandangan orang

Page 9: Edu3101 Tugasan 2- Sms

Soalan tugasan 2

Sebagai bakal guru, hasilkan satu penulisan kritis yang menghuraikan sejauh mana elemen-

elemen aspirasi murid mengikut saranan PPPM (2013-2025) boleh dilaksanakan dalam satu

mata pelajaran KSSR yang akan anda ajar. Berikan justifikasi dengan menggunakan

contoh-contoh yang sesuai.

( 60 % )

Justifikasi bagi soalan tugasan 2

Mutakhir ini, Malaysia telah menjadi salah sebuah negara yang pesat membangun

setelah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun. Walaubagaimanapun kita tidak boleh

mendabik dada dengan kejayaan yang telah diperolehi sebaliknya kita perlu mempersiapkan

diri dengan ambang 2020 yang secara tidak sedar semakin menghampiri kita. Dalam usaha

untuk mencapai taraf negara maju yang setanding dengan Amerika Syarikat, Britain dan

Jepun, kita sedar dan yakin bahawa dengan mencapai kecemerlangan dalam pendidikan,

proses ketamadunan atau kemajuan sesebuah negara tersebut akan mengambil masa yang

lebih singkat. Sejak dari 1996 lagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal

dengan penekanan terhadap beberapa elemen termasuklah jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial. Matlamat utama penerapan elemen-elemen tersebut adalah untuk

mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta melahirkan insan

yang harmonis, seimbang dan berketerampilan. Selari dengan itu, langkah kerajaan

memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan

langkah yang sangat relevan dan bertepatan dengan keperluan masa kini untuk

meningkatkan lagi mutu pendidikan Malaysia. Elemen- elemen aspirasi murid yang

diterangkan dalam Bab 2 PPPM menjadi pendukung utama untuk merealisasikan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan individu yang seimbang dalam

semua aspek. Terdapat enam elemen aspirasi murid yang akan dibincangkan secara

terperinci serta pelaksanaannya dalam setiap mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR).

Pengetahuan menjadi elemen utama kepada aspirasi murid yang terkandung dalam

PPPM sejajar dengan FPK yang turut menekankan aspek intelek. Tidak dapat disangkal lagi

bahawa pentingnya pengetahuan kepada murid-murid. Hakikatnya, keupayaan asas

pengetahuan murid-murid adalah dengan menguasai kemahiran literasi dan kemahiran

9

Page 10: Edu3101 Tugasan 2- Sms

numerasi. Sekiranya murid- murid dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut dengan

cemerlang maka tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menimba sebanyak boleh

pengetahuan daripada guru di sekolah. Di samping itu, guru yang menjadi wadah

penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid-murid perlu bijak menggunakan pelbagai

kaedah penyampaian demi memastikan pengetahuan tersebut dapat diterima oleh murid-

murid secara maksima. Tambahan lagi, penggunaan bahan ransangan, proses menjalankan

amali eksperimen serta pembelajaran di luar kelas sebenarnya dapat meransang otak serta

menjadikan pengetahuan tersebut lebih kekal lama dalam ingatan para pelajar. Sebagai

contoh, dalam pembelajaran KSSR Sains Tahun 4, murid diajar tentang keperluan tumbuh-

tumbuhan untuk hidup. Pembelajaran di dalam kelas disertakan dengan pelaksanaan

eksperimen di makmal dapat membantu murid memahami bahawa tumbuhan memerlukan

air, cahaya matahari serta udara untuk hidup. Lantaran itu, mereka dapat mengaplikasikan

pengetahuan tersebut dalam kehidupan seharian iaitu dengan menjaga pokok dan tanaman

di rumah. Selain itu, murid-murid perlu menguasai mata pelajaran teras lain seperti Bahasa

Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah. Dalam memastikan Malaysia bergelar

negara maju, penguasaan pelbagai pengetahuan oleh murid-murid juga perlu ditekankan.

Penekanan terhadap kepentingan menguasai kemahiran seni dan muzik kurang diterapkan

di negara kita walhal kedua elemen tersebut menjadi perangsang utama otak murid-murid di

samping dapat mengimbangi penggunaan otak kiri dan kanan mereka menurut kajian John

Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford.

Seterusnya, berpandukan kepada PPPM, elemen yang terkandung dalam aspirasi

murid adalah kemahiran berfikir. Pelbagai uslub yang boleh diimplentasikan bagi memupuk

kemahiran berfikir murid-murid. Antaranya termasuklah dengan memberikan permasalahan

dalam bentuk konkrit mahupun abstrak supaya wujud rasa ingin tahu dalam diri mereka

lantas mereka akan bertanya bagi memastikan idea yang telah difikirkan bernas atau

perlukan penjelasan tambahan. Di samping itu, penerapan rasa ingin tahu yang tinggi dalam

diri murid-murid membolehkan mereka berfikir bagaimana untuk menghubungkaitkan antara

suatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain serta menambah pengetahuan sedia

ada murid tersebut. Sebagai tamsilan, dalam pembelajaran Sains bagi topik Daya, guru

boleh menyediakan bahan untuk membuat dan mencipta kereta pedati yang boleh bergerak

jauh. Melalui pembelajaran sebegini, murid-murid dapat memupuk daya fikir semaksima

mungkin serta menggunakan keupayaan kognitif dengan proaktif. Antara keupayaan kognitif

yang dapat dicapai murid melalui aktiviti sedemikian termasuklah pemikiran secara kreatif

dan inovatif, penyelesaian masalah secara penaakulan dan keupayaan pembelajaran

kendiri. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguhuntuk memastikan kereta pedati

10

Page 11: Edu3101 Tugasan 2- Sms

tersebut dapat bergerak jauh dengan bertanya guru dan rakan di samping berfikir secara

logik dengan mengaitkan ilmu sedia ada mereka. Secara tidak langsung, pembelajaran

secara konstruktivisme berlaku iaitu penglibatan murid dalam menyelesaikan masalah,

murid digalakkan bertanya serta berdialog dengan guru. Tambahan lagi, David Ausebel

yang merupakan ahli psikologi pendidikan mengemukakan teorinya iaitu pembelajaran yang

bermakna membuatkan murid lebih memahami serta menyimpan pengetahuan tersebut

sepanjang hayat mereka.

Selain itu, kemahiran memimpin merupakan salah satu elemen kepada aspirasi

murid yang terkandung dalam PPPM. Antara yang dititiberatkan dalam kemahiran

memimpin ini adalah bagaimana murid-murid mempelajari hidup berpasukan, menghargai

kelebihan serta menampung kekurangan rakan dalam membentuk kumpulan yang

sempurna. Penglibatan murid-murid secara positif dalam aktiviti kumpulan membolehkan

mereka menjadi lebih matang serta menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks

sistem pendidikan, kepimpinan dapat dirumuskan dalam empat dimensi iaitu

keusahawanan, sikap berdaya tahan, kecerdasan emosi terhadap sekeliling dan

berketerampilan dalam komunikasi. Contohnya, elemen ini dapat diterapkan secara tidak

langsung melalui aktiviti berkumpulan semasa amali Sains dijalankan. Walaubagaimanapun,

menurut FPK, elemen jasmani merupakan aplikasi secara jelas yang dapat dikaitkan dengan

kemahiran memimpin ini. Dalam erti kata lain, aktiviti kokurikulum yang dijalankan seperti

badan beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan dapat mengasah bakat

kepimpinan murid-murid. Misalnya, dalam aktiviti kawad beruniform dan perkhemahan,

mereka akan melantik seorang ketua dan memastikan kumpulan mereka akan melakukan

setiap aktiviti sehabis baik. Setidak-tidaknya murid tersebut dapat memimpin diri mereka

sendiri supaya merendahkan ego semasa bekerja dalam kumpulan saling menghormati

antara satu sama lain.

Di samping itu, kemahiran dwibahasa menjadi elemen keempat kepada aspirasi

murid dalam PPPM. Seperti yang kita sedia maklum bahawa bahasa Malaysia merupakan

bahasa rasmi negara kita, lantaran itu ia menjadi bahasa pengantar dan bahasa perpaduan

antara satu kaum dengan kaum lain. Sementelahan itu, bahasa Inggeris pula merupakan

bahasa wadah antarabangsa dekad ini. Kebanyakkan murid tidak menghadapi masalah

berkomunikasi dalam bahasa Malaysia akan tetapi menghadapi sedikit kesulitan apabila

berbicara atau menggunakan bahasa Inggeris secara bertulis. Walaubagaimanapun,

menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri

Pendidikan berkata, kerajaan memulakan gelombang pertama dalam PPPM 2013-2025

11

Page 12: Edu3101 Tugasan 2- Sms

dengan melatih guru bahasa Inggeris kita serta membawa penutur jati bahasa Inggeris bagi

membantu para guru dan murid seluruh Malaysia. Usaha murni ini seiring dengan keperluan

semasa bagi meningkatkan mutu penguasaan bahasa antarabangsa tersebut. Selain itu,

murid-murid juga perlu diberi peluang untuk menguasai bahasa ketiga sebagai satu

tambahan buat diri mereka. Sebagai contoh, pelajar sekolah berasrama penuh diberi pilihan

untuk mempelajari bahasa Jerman, Arab, Mandarin, Tamil atau Perancis. Antara kelebihan

menguasai lebih daripada satu bahasa ialah membolehkan pelajar untuk melanjutkan

pembelajaran di luar negara, mempunyai skop kerja yang agak meluas pada masa akan

datang dan bersaing di peringkat global.

Seterusnya, elemen yang diterapkan menerusi aspirasi murid dalam PPPM adalah

etika dan kerohanian. Selari dengan kehendak FPK, elemen ini diterap bagi membentuk

modal insan yang tinggi dan jitu. Antara ciri-ciri murid yang mempunyai modal insan

bersesuaian dengan etika dan kerohanian ini termasuklah berani menghadapi cabaran,

mampu menyelesaikan konflik secara aman, bijak membuat keputusan sekalipun dalam

situasi kritikal serta berani melakukan sesuatu yang betul tanpa rasa terancam. Dalam sudut

pendidikan, nilai etika dibahagikan kepada tiga prinsip iaitu kerohanian ( akhlak berasaskan

pegangan agama ), integriti ( berani melakukan perkara betul ) dan tanggungjawab sivik

(bertindak untuk kebaikan semua termasuklah masyarakat dan alam sekitar ). Sabda

Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Sesungguhnya yang terbaik dalam kalangan kamu

ialah yang terbaik akhlaknya.” (Muttafaqa Alaih). Dalam akhbar Utusan Malaysia pula yang

bertarikh 29 Mac 2013, Tun Dr. Mahathir berkata, “Jika rakyat mempunyai nilai-nilai murni

termasuk mempunyai sikap amanah, bekerja dengan baik dan sedar tanggungjawab mereka

terhadap negara, maka Malaysia akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan

termasuklah Wawasan 2020.” Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa pembentukan etika

dan kerohanian amat penting dalam pendidikan kita pada hari ini. Sebagai tamsilan, dalam

pembelajaran Sains, guru boleh memupuk nilai integriti murid dengan menguji dan

menyemak hasil kerja amali eksperimen yang dijalankan supaya tidak berlaku kes di mana

pelajar mengambil hasil kerja rakan lain. Selain itu, pembudayaan kerohanian dapat dipupuk

dengan amalan solat Dhuha bersama-sama antara guru dengan murid pada waktu rehat

selain daripada bacaan surah Yasin pada setiap pagi hari Jumaat. Tidak kurang juga, guru

boleh melahirkan pelajar yang sedar akan tanggungjawab sivik terhadap masyakarat

dengan mengadakan program ke rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan untuk

memupuk nilai kesyukuran terhadap rezeki yang diperoleh berbanding dengan mereka yang

kurang bernasib baik.

12

Page 13: Edu3101 Tugasan 2- Sms

Konklusinya, semua warga pendidik yang bergelar guru memainkan peranan yang

amat penting dalam memastikan elemen-elemen aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat dilaksanakan seiring dengan hasrat yang terkandung

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan individu yang seimbang dari

sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha murni ini pasti akan membuahkan

hasil terutama dalam meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia seiring dengan negara-

negara maju lain terutamanya dalam menjadi negara terbaik antara Asia Tenggara.

Keenam- enam aspirasi murid yang terkandung dalam PPPM ini iaitu pengetahuan,

kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa , etika dan kerohanian, dan

identiti sosial perlu diaplikasikan secara menyeluruh dalam konteks kehidupan dan

pembelajaran murid- murid. Guru perlu akur bahawa tugas untuk membantu Malaysia

mencapai Wawasan 2020 yang sangat diidamkan oleh semua rakyat Malaysia kini

menjadi satu tanggungjawab digalas oleh mereka. Pembentukan modal insan murid-murid

yang hebat pada hari ini adalah kunci asas kepada kejayaan sesebuah negara untuk

mencapai kemajuan pada hari esok. Guru juga perlu mengingatkan murid bahawa

tanggungjawab mereka terhadap tanah air Malaysia khususnya seperti yang diperkatakan

oleh John F. Kennedy's. “Jangan tanya apa yang negara berikan kepada kamu, tetapi apa

telah kamu berikan kepada negara kamu.”

13

Page 14: Edu3101 Tugasan 2- Sms

REFLEKSI

“(Wahai Muhammad,Bacalah!) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

(sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan

Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia

mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-'Alaq :1-5)

Alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya

dapatlah saya menyiapkan tugasan kursus EDU3101 bagi mata pelajaran Falsafah dan

Pendidikan di Malaysia ini.

Sebelum itu, saya rasa amat bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan

kursus ini dengan sempurna iaitu dengan menyiapkan pengurusan grafik berkaitan cabang

falsafah dan konsep aspirasi murid serta penulisan kritis berkaitan prinsip Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025.

Hasil daripada tugasan ini, saya dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna buat

diri saya yang bakal bergelar warga pendidik kelak. Antara yang saya pelajari termasuklah

bagaimana persediaan saya sebelum mengajar, teknik yang tepat dalam memastikan

pengetahuan yang ingin disampaikan benar-benar difahami para pelajar.

Selain itu, setelah saya meneliti satu persatu berkaitan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, saya mula

bertekad untuk menjadi seorang warga pendidik yang bertanggungjawab dalam membentuk

modal insan kepada anak bangsa seterusnya menjadikan Malaysia salah sebuah negara

yang mencapai kualiti terbaik dalam sudut pendidikan seiring dengan negara maju lain.

Berdasarkan daripada maksud Surah Al-Alaq (ayat 1-5) diatas, saya menyedari

bahawa sehebat mana individu itu, dia tetap perlu membaca untuk mendapat pengetahuan.

Akhir sekali, saya bersyukur sekali lagi kepada Allah S.W.T. kerana telah dipilih untuk

berada dalam profesion perguruan ini. Hal ini kerana tugas sebagai pendidik merupakan

tugas yang amat mulia.

14

Page 15: Edu3101 Tugasan 2- Sms

RUJUKAN

Buku

1) Mok Soon Sang, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Penerbitan MultimediaSdn. Bhd., Selangor, 2013.

2) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya, 2013.

3) Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Edisi Kedua oleh Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel

4) Modul Sains Pendidikan Rendah – Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Jurnal

1) Saheed Ahmad Rufai, (Educational Excellence And Learner Diversity : Can the

Teacher Achieve Excellence in All Students) ,Jurnal Pendidikan Malaysia, Jilid 35

Bilangan 2, cetakan November 2010, Universiti Kebangsaan Malaysia

Akhbar

1) Noor Mohamad Shakil Hameed, 23 Mac 2013, Sisipan Pendidikan, Rencana

Minda, (Pelan Kuasai Bahasa Inggeris), Harian Metro,

2) Siti Maisarah Sheikh Rahim, 29 Mac 2013, (Amal Nilai Murni Capai Negara

Maju), Utusan Malaysia.

Internet

1) http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/cabang-cabang-falsafah.html

2) http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php , (Rancangan Pengajaran Harian)

3) http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/ (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)

15

Page 16: Edu3101 Tugasan 2- Sms

LAMPIRAN

1) Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

2) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

16

Page 17: Edu3101 Tugasan 2- Sms

3) Jurnal Pendidikan Malaysia

17