27
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102 TAJUK 1 : Fitrah Kejadian Manusia -Perspektif Agama -Perspektif Biologi 06/06/2022 azzini nudra afifi binti husin 1

edu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkembangan kanak-kanak

Citation preview

Page 1: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 1

PERKEMBANGAN KANAK-KANAKEDU 3102

TAJUK 1 : Fitrah Kejadian Manusia-Perspektif Agama-Perspektif Biologi

Page 2: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 2

HASIL KAJIAN

• Pengertian fitrah manusia• Fitrah kejadian manusia daripada perspektif

agama.• Fitrah kejadian manusia daripada perspektif

biologi.• Fitrah kejadian manusia dan kaitannya dengan

potensi. • Implikasi kejadian manusia terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 3

DEFINISI FITRAH

• Fitrah ertinya sifat semula jadi, yang dibekalkan oleh ALLAH ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi.

• Fitrah wujud bersama lahirnya jasad manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama pembesaran manusia.

• Contoh-contoh sifat fitrah ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi.

Page 4: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 4

PENGERTIAN FITRAH MANUSIA

• Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud sifat semulajadi, bakat atau pembawaan seseorang.

• Kata fitrah berasal dari kata fathara (فطر) yang bererti menjadikan. Kata tersebut berasal dari perkataan al-fathr ( الفطر ) yang bererti belahan atau pecahan.

Page 5: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 5

FITRAH DALAM AL-QURAN

• Dikelompokkan setidaknya pada empat makna, iaitu: 1) Proses penciptaan langit dan bumi2) Proses penciptaan manusia3) Kejadian alam semesta yang seimbang 4) Agama Allah sebagai pedoman bagi manusia dalam menjalankan tugas dan fungsinya (ma’rifat al-iman).

• firman Allah surat al-Ruum ayat 30 sebagai berikut:

: ( ... الروم عليها الناس فطر التى الله (30فطرة …

“Fitrah Allah yang menciptakan manusia atas fitrah itu…”.

Page 6: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 6

PENGERTIAN FITRAH MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF AGAMA

• Aa Gym (2005):- Tabiat yang suci dan asli yng dibawa oleh manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah.

• Ragib Al-Isfahami (dalam Pikiran Rakyat, 2005):- Kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan tuhan yang menciptakannya.

• Al-Ghazali (1971):- Setiap insan wajib mengenali Allah s.w.t. yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa.

Page 7: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 7

KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

PERINGKAT SATU• Nutfah : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan

atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

• Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Page 8: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 8

….sambungan• Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf

ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas sama ada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

• Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

• Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkah laku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

Page 9: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 9

PERINGKAT KEDUA

• ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

• Firman Allah yang bermaksud:" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi

alaqah" al-Mukminun : 14

Page 10: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 10

…sambungan

• Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :1. sesuatu yang bergantung atau melekat2. pacat atau lintah3. suatu buku atau ketulan darah

• Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

Page 11: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 11

PERINGKAT KETIGA

• MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.

• Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.

• Firman Allah yang bermaksud:"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi

seketul daging"al-Mukminun : 14

Page 12: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 12

…sambungan

• Pada peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup.

• Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

• Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri

Page 13: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 13

PERINGKAT KEEMPAT• IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima,

keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

• Firman Allah yang bermaksud :"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan lahm kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan

daging"al-Mukminun : 14

Page 14: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 14

…sambungan• Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu

sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan.

• Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar hati, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna.

• Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Page 15: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 15

PERINGKAT KELIMA

• NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.

• Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Page 16: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 16

PERINGKAT KEENAM• NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. • Para ulamak Islam sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku

selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

• Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

• Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.

Page 17: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 17

KEJADIAN MANUSIA MENURUT TEORI DARWIN

• Teori evolusi ini dipelopori oleh seorang ahli zoologi bernama Charles Robert Darwin (1809-1882).

• Teori evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi iaitu manusia. Manusia trinil bentuknya adalah gabungan manusia dan kera yang disebut pithecantropus erectue (pithecus bermaksud kera, athropus bermaksud manusia dan erectue bermaksud berdiri). Kesimpulannya, makhluk berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia namun otaknya jenis kera kurang 1000cc. Fosil tersebut ditemui pada tahun 1891 dan melengkapkan lagi teori darwin bahawa manusia berhasil dari proses evolusi.

• Tuntasnya, teori yang dianggap ilmiah itu ternyata tidak mutlak kerana antara teori dengan kenyataan tidak dapat dibuktikan.

Page 18: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 18

FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF AGAMA

1. FITRAH BERAGAMA merupakan fitrah dalam diri setiap manusia. • Firman Allah (surah al-Imran:19):

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.” • sabda nabi“Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada orang yang dilahirkan (di dunia) kecuali dalam keadaan fitrah. Maka orang tualah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana binatang ternak yang telah melahirkan anak-anaknya, apakah engkau membersihkan unta yang termasuk binatang ternah? Kemudian Abu Hurairah RA mengatakan: bacalah jika kalian semua menghendakinya; (tetaplah atas) fitrah Allah SWT yang menciptakan manusia menurut fitrah itu”

(HR. Bukhari).

Page 19: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 19

2. MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

• Bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang dilakukan.

• Menggunakan akal ke arah yang diredai• Jadikan Islam panduan setiap perbuatan.• Kesempurnaan di dunia menjamin

kesempurnaan di akhirat.

Page 20: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 20

Asas-asas amalan menurut Islami. Beriman kepada Allahii. Beribadat kepada Allahiii. Berakhlakiv. Perlu kepada masyarakat berasaskan

ajaran.

Page 21: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 21

FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF BIOLOGI

• Manusia yang dilahir mempunyai keunikan tersendiri.

• Dari sudut biologi memperlihatkan asas-asas genetik:a.Bakab.Persekitaran

Page 22: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 22

…sambungan

• Memperlihatkan asas-asas genetik seperti

baka dan faktor persekitaran yang

menyumbang kepada pembentukan diri

seseorang.

• Fitrah kejadian manusia juga mempengaruhi

ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang.

Page 23: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 23

• Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:1. Kognitif – tahap kecerdasan seseorang2. Fizikal – warna rambut, mata, kulit, tinggi,

rendah, dan sebagainya.3. Emosi – kesabaran dalam menghadapi cabaran

Page 24: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 24

• Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah manusia daripada aspek berikut:i. Latar belakang keluargaii. Pengaruh rakan sebayaiii. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakativ. Sumber teknologiv. Guru dan sekolah

Page 25: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 25

FITRAH KEJADIAN MANUSIA DAN KAITANNYA DENGAN POTENSI

• Potensi – keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang.

• Menurut Kamus Dewan (1989) – bermakna kemampuan (mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu) kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju.

• Potensi seseorang itu berkembang sejak manusia dilahirkan.• Berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang

normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di bumi ini.

• Merangkumi semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani.

Page 26: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 26

IMPLIKASI FITRAH KEJADIAN MANUSIA TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Membantu murid-murid menyerlahkan bakat terpendam.

• Menyediakan pelbagai aktiviti kognitif untuk mengembangkan potensi murid.

• Galakkan murid sertai aktiviti kokurikulum bagi membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam bidang yang diceburi.

• Guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran selaras dengan gaya pembelajaran pelajar.

Page 27: edu

04/08/2023 azzini nudra afifi binti husin 27

RUJUKAN

• Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2008), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.