3
Model ADDIE Model ini merupakan ranka kerja yang menyenaraikan proses generic di mana perekaan pengajaran dan pemaju latihan akan diguna. Ia merupalan sat ugaris panduan untuk membina latihan dan alat sokongan prestasi yang berkesan. Model ini dikatakan dapat menjimatkan masa kerana masalah dapat diatasi sebaik sahaja dikenalpasti. A – Analysis ( Analisis ) D – Design ( Reka Bentuk ) D – Development ( Pembangunan ) I - Implementation ( Perlaksanaan ) E – Evaluation ( Penilaian ) Analysis ( Analisis ) Fasa ini menjelaskan masalah pengajaran dan objektif, mengenal pasti persekitaran pembelajaran dan pengalaman lama dan kemahiran belajar. Ia melibatkan pengenalpastian beberapa aspek termasuklah tahap sasaran kumpulan murid, gaya pembelajaran murid, objektif pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan pengetahuan sedia ada murid. Analisis dapat dilakukan dengan memahami karakteristik dan ciri-ciri pelajar, sebab-sebab tingkah laku murid, jenis kekangan pembelajaran yang wujud, pilihan

Edu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hkj

Citation preview

Model ADDIEModel ini merupakan ranka kerja yang menyenaraikan proses generic di mana perekaan pengajaran dan pemaju latihan akan diguna. Ia merupalan sat ugaris panduan untuk membina latihan dan alat sokongan prestasi yang berkesan. Model ini dikatakan dapat menjimatkan masa kerana masalah dapat diatasi sebaik sahaja dikenalpasti.A Analysis ( Analisis )D Design ( Reka Bentuk )D Development ( Pembangunan )I - Implementation ( Perlaksanaan )E Evaluation ( Penilaian )

Analysis ( Analisis )Fasa ini menjelaskan masalah pengajaran dan objektif, mengenal pasti persekitaran pembelajaran dan pengalaman lama dan kemahiran belajar.Ia melibatkan pengenalpastian beberapa aspek termasuklah tahap sasaran kumpulan murid, gaya pembelajaran murid, objektif pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan pengetahuan sedia ada murid.Analisis dapat dilakukan dengan memahami karakteristik dan ciri-ciri pelajar, sebab-sebab tingkah laku murid, jenis kekangan pembelajaran yang wujud, pilihan penghantaran maklumat , pertimbangan pedagogi dan tempoh yang diberi yang menyiapkan sesuatu projek.Implementation (Perlaksanaan)Fasa ini untuk menguji keberkesanan serta masalah-masalah yang mungkin berlaku dalam fasa reka bentuk dan pembangunan.Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai dan bentuk ujian. Bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.Evaluation (Penilaian) Fasa ini adalah untuk mendapatkan maklum balas pengguna terhadap keseluruhan perisian.Ia merangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dijalankan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian sumatif akan dijalankan pada penghujung penggal persekolahan dalam bentuk ujian untuk domain kognitif dan bertujuan untuk mendapat maklumbalas daripada murid. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian.