ELM Complete

  • View
    148

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ELM Sem 3 PISMP

Text of ELM Complete

1.0 PengenalanSebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis nilai moral adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan pernyataan deskriptif ini dengan lebih mudah dan secara langsung. Etika dan moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks Malaysia yang bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan Greek dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua tempat dan masa perlu difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak ada banyak fakta tentang agama dan kebanyakan agama belum lahir pada masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran rasional, logikal dan sebagainya.

Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi oleh keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga dipengaruhi oleh agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat bukan Islam sejak turuntemurun lagi. Etika (ethics): Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaaan dan budi pekerti.

Moral: Berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud erti yang sama dengan etika.

Definisi nilai: Nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik dan keduanya dari segi kualiti yang intrinsik iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara dalamanatau dalam pemikiran kita.

1

Ashmore, R. B. (1987): Kemoralan (morality): Satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Kemoralan adalah sesuatu dari luaran individu, diterapkan ke dalam diri sehingga menjadi tabiat sendiri. Proses ini dipanggil internalization.

Proses Internalization/interiorized: Kemoralan ialah sesuatu dari luaran individu dan dikenakan terhadap individu dan dipupuk ke dalam individu sehingga menjadi tabiat (habits). Matlamat dan peraturan ini akan menjadi internalized.

Proses internalized ini mungkin agak kurang rasional, te tapi ia memang biasa untuk kemoralan dipupuk ke dalam individu dengan sekurangkurangnya digunakan sebagai alasan semasa hendak memberikan keterangan bagi perkara-perkara moral.

Kepentingan pendidikan moral: Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

Implikasi pengajaran pendidikan moral: dapat melahirkan insan yang mulia.

1.1 PERNYATAAN NORMATIF

Normatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang berbeza. Oleh kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif falsafah dan perspektif psikologi, pernyataan normatif akan diterangkan dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin.

2

Kita dapat membincangkan perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan, tentang seseorang insan, motif, tujuan, dan sifat (trait) kelakuan atau peribadinya. Begitu juga kita boleh mengatakan bahawa mereka adalah secara moralnya baik, buruk, mulia, jahat, bertanggungjawab, boleh dipersalahkan, bersifat wali, keji, dan sebagainya. Penilaian ini dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik. Rajah di bawah telah meringkaskan penjelasan tentang kedua-dua pernyataan normatif ini.

1.1.1

PERNYATAAN

NORMATIF

:

Pertimbangan

Deontik

dan

Pertimbangan Aretaik Sebagai contoh, pernyataan Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi ialah pertimbanan deontik, kerana niat berjudi ini adalah sesuatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh diterma di sisi undang-undang atau agama. Sebagai seorang insan yang bermoral, orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi. Kita menggunakan perkataan dinasihati, kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang dan agama, tetapi caranya (umpamanya, dengan cara contra) dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung dengan cepat) secara moralnya tidak

3

boleh diterima. Oleh yang demikian, menjadi kewajipan kita untuk tidak melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini. Satu contoh pernyataan normatif dengan pertimbangan aretaik ialah Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham. Pernyataan ini sebenarnya menilai atau membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di pasaran saham, iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan jual-beli saham. Kita boleh membuat andaian bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunterkaunter saham yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih selamat dan lebih beruntung sekiranya dia berbuat demikian. Perbuatan ini dianggap sebagai bijak dan bukan berbentuk perjudian . Pernyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuh kewajipan seseorang sebaliknya hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat bijak (tidak berjudi) yang ada pada seorang pelabur.

Contoh-contoh Pernyataan Normatif Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Moral

Khas Pertimbangan kewajipan moral (Pertimbangan deontic atau obligasi) (a) Saya tidak suka mencaci orang. (b) Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi. (c) Apa yang dilakukan oleh Alu adalah salah. (d) Awak tidak patut memaksa anak awak berkerja sehingaa larut malam.

Am (a) Kita perlu menunaikan perjajian kita. (b) Semua pemimpin dictator pandai menipu rakyat. (c) Semua manusia memerlukan hak kebebasan. (d) Rasuah adalah salah di sisi undang-undang.

Pertimbangan nilai moral (Pertimbangan

(a) Bapa saya penghulu kampung yang baik hati. (b) Dia sentiasa

(a) Orang yang baik tidak menipu atau mencuri. (b) Benevolence adalah

4

aretaik)

bertanggungjawab terhadap tugasnya. (c) Anda patut didenda

sesuatu yang mulia. (c) Jealousy is an ignoble motive. (d) Orang yang dapat

(d) Motif Ali adalah baik.

memaafkan kecuaian ini adalah seorang wali.

Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Bukan Moral

Khas Pertimbangan kewajipan bukan moral (Pertimbangan deontik atau obligasi bukan moral) (a) Anda perlu membeli kasut baru. (b) Anda hanya perlu membeli tiket untuk konsert ini. (c) Dia sepatutnya tidur lebih awal. (d) Lisa perlu makan di kantin sekolah setiap hari.

Am (a) Untuk membuat sebuah meja, kita menggunakan paku, bukannya pita scotch. (b) Kaedah yan baik adalah dengan menghantar tentera ke medan perang. (c) Untuk menjawab dengan betul, calon perlu membaca soalan dengan teliti. (d) Semua penghuni asrama perlu menjaga keselamatan diri.

Pertimbangan nilai bukan moral (Pertimbangan aretaik bukan moral)

(a) Kereta itu elok. (b) Kehidupannya tidak bahagia. (c) Saya tidak memberus gigi dengan cara yang betul. (d) Kamarul mencuba mempertahankan hujahnya dengan perdebatan itu.

(a) Keseronokan itu adalah baik dalam dirinya. (b) Demokrasi adalah bentuk kerajaan yang terbaik.

5

1.1.2 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF MORAL DENGAN PERNYATAAN NORMATIF BUKAN MORAL Contoh:

Pernyataan

Ayat

Pernyataan Normatif Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai Bukan Moral Pernyataan Normatif kaum dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya yang bersopan santun dan bertata susila.

1.2 PERNYATAAN DESKRIPTIF

Pernyataan bukan normatif disebut pernyataan deskriptif dan tidak berkaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Contohnya, Di Malaysia, rombakan cabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, ialah satu pernyataan deskriptif yang neutral dalam nilai, dan ia hanya menjelaskan satu fakta yang logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan nilai. Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan. Oleh itu, bukanlah pernyataan normatif.

6

1.2.1

PERBEZAAN

ANTARA

PERNYATAAN

NORMATIF

DENGAN

PERNYATAAN DESKRIPTIF Contoh:

Pernyataan Pernyataan Deskriptif

Ayat Pendidikan Moral ialah mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan beragama Islam.

Pernyataan Normatif

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang membantu pelajar mengenali moral masyarakat Malaysia dan mengamalkan moral tersebut dalam kehidupan seharian

1.3

BAGAIMANA

PERNYATAAN

NORMATIF DALAM

DAN

PERNYATAAN SOSIAL

DESKRIPTIF

DIAPLIKASIKAN

PERGAULAN

Situasi ini merupakan pernyataan normatif. Pergaulan antara dua orang di dalam gambar telah memaparkan nilai kesabaran. Watak A merupakan seorang yang mempunyai EQ yang rendah, tidak dapat mengawal perasaan sendiri, bertindak mengikut perasaannya.Sebaliknya, Watak B pula

mempunyai kesabaran yang tinggi, dia cuba untuk menasihati dan menghalang Watak A supaya tidak bertindak secara terburu-buru. Watak B 7

mengatakan bahawa segala perbuatan yang salah di sisi undang-undang akan diambil tindakan oleh undang-undang. Hal ini telah menunjukkan satu teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.

1.4

PERBEZAAN

PERNYATAAN

NORMATIF

MENGIKUT

BUDAYA

MESYARAKAT

Pernyataan normatif menyuarakan penakulan sesuatu situasi sama ada sesuai atau tidak. Contoh, bandaraya akan lebih aman sekiranya tidak ada kes ragut. Tidak ada cara untuk menyatakan pernyataan ini tidak benar, dalam keadaan di mana banyak berlaku kes ragut, seseorang tidak boleh menafikan pernyataan di atas.

Situasi yang ditunjukkan juga merupakan satu pernyataan normatif. Keduadua watak berbual-bual dan bersetuju bahawa Negara kita adalah kaya denga