elm3103

  • Upload
    wz-ong

  • View
    72

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

TUGASAN KKBI BAGI PPG SEM 5MATAPELAJARAN ELM 3103PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARANPENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

Hasil Pembelajaran

1.Mendapat gambaran skop pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah.2.Mengenalpasti peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara.3.Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.4.Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.

Soalan TugasanSalam hormat kepada saudara-saudari pelajar PISMP sekalian. Kami mengucapan selamat datang ke Kursus ELM 3103 pada semester ini.

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk menjalankan pentaksiran Pendidikan Moral secara formal dan tidak formal; isu-isu dalam pentaksiran Pendidikan Moral; pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral: tanggungjawab guru moral dalam merealisasikan aspirasi negara.

Saudara/i akan diberikan tugasan kerja kursus individu. (Rujuk Lampiran 1). Kerja kursus hendaklah disediakan dan mula dibentangkan mulai tutorial kedua.

Arahan Tugasan

Perincian Projek 1.Anda dikehendaki secara individu menyediakan dan membentangkan 15 soalan Pendidikan Moral Sekolah Rendah mengikut agihan yang diberikan bersama dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Peraturan Memberikan Markah (PMM). Taburan soalan hendaklah menyeluruh kepada kemahiran yang digariskan di dalam perancangan semester dan membentangkan satu tajuk berkenaan pentaksiran (lihat lampiran) (40 m);dan

2.Semasa berpraktikum secara kumpulan sila mendapatkan maklumat tentang organisasi Panitia Pendidikan Moral di sekolah; tugas dan tanggungjawab Guru Panitia Pendidikan Moral; tugas dan tanggungjawab Setiausaha Panitia dan Ahli Panitia Pendidikan Moral. Mendapatkan maklumat tentang perlaksanaan penilaian Pendidikan Moral di sekolah serta mendapatkan contoh contoh soalan yang diaplikasikan di sekolah berkenaan; (40m); dan

3.Secara kumpulan 4 orang, sila membuat satu esei pendek sekurang-kurangnya 10 mukasurat yang dapat menjawab permasalahan di bawah. Anda telah dilantik oleh pengurusan sekolah sebagai Ketua Panitia Pendidikan Moral SK Sri Berkelibar. Tuan guru besar telah memaklumkan beberapa perkara untuk diambil tindakan oleh panitia Pendidikan Moral iaitu ...; soalan peperiksaan yang kurang berkualiti, kurang kerjasama sesama guru Pendidikan Moral dan motivasi pelajar yang rendah. Sebagai guru Panitia Pendidikan Moral yang berkaliber serta mengetahui peranan moral sangat besar dalam mengisikan aspirasi negara...sila huraikan perancangan anda bagi mengatasi masalah yang dijelaskan oleh guru besar dalam jangka pendek dan jangka panjang. (20 markah);dan;

Kesemua hasilan tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu; ditaip dengan saiz fon 12 Arial dengan langkau 1.5. Tugasan ini hendaklah dihantarkan kepada pensyarah ELM 3103. Tugasan ini adalah secara individu dan kumpulan. Anda dilarang meniru atau memplagiat.

Penilaian tugasan ini menyumbangkan 50% markah untuk kursus ini dan akan dinilaiberdasarkan rubrik.

Disediakan oleh

M. Asrar Sidon (Pensyarah Moral JAPIM IPTHO)

Lampiran A