95
EMT 626: ISLAMIC ESTATE PLANNING OLEH: MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF @ SALLEH PAIZ BIN HASSAN PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM UiTM (PERAK) MINGGU 1

EMT 626-Minggu 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Faraid

Citation preview

  • EMT 626: ISLAMIC ESTATE PLANNINGOLEH:MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF @ SALLEHPAIZ BIN HASSANPUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAMUiTM (PERAK)MINGGU 1

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SEBELUM ISLAM

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SEBELUM ISLAM

    Wanita dan kanak-kanak tidak dapat mewarisi harta pusaka kerana mereka merupakan kaum yang lemah. Mereka tidak mampu untuk melindungi suku kaum mereka daripada serangan musuh yang mana ketika itu masyarakat Arab sering kali berperang sesama suku kaum.Bangsa Arab ketika itu menyatakan, "Adakah patut kami memberikan harta kami (harta warisan) kepada orang yang tidak tahu menunggang kuda dan tidak pandai menetak dengan pedang?

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SEBELUM ISLAM

    Ikatan janji antara 2 orang lelaki yang tidak mempunyai hubungan kerabat. Mereka membuat perjanjian dengan cara bersumpah

    darahku darahmu, kamu mewarisiku dan aku mewarisimu, kamu menolongku dan aku menolongmu dan sebagainya.

    Apabila kedua-duanya bersetuju maka mereka saling mewarisi antara satu sama lain.

    *

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SEBELUM ISLAM

    Golongan lelaki pada ketika itu boleh mengambil anak orang lain sebagai anak angkat mereka. Mereka menasabkan anak itu kepada mereka sendiri bukan kepada bapanya yang sebenar. Perbuatan ini membolehkan mereka dan anak angkat mereka saling mempusakai antara satu sama lain.Pada permulaan Islam, sistem pengambilan anak angkat masih diteruskan. Hal ini terbukti apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam telah mengambil Zaid bin Haritsah sebagai anak angkatnya dan dinamakannya Zaid bin Muhammad.

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SEBELUM ISLAM

    Amalan ini dibatalkan (dinasakhkan) dengan turunnya ayat di bawah:

    (5)Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

  • NASAKH (106) Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (al-Baqarah: 106)

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SELEPAS KEDATANGAN ISLAMTahap Pertama (Janji Setia ( ))Pada permulaan Islam, pewarisan dilaksanakan dengan cara sumpah setia antara 2 sahabat. Mereka bersumpah akan saling tolong menolong antara satu sama lain ketika mereka hidup dan saling mewarisi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia. firman Allah Taala :

    (33)

    dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

    (Al-Nisaa: 33)4 TAHAP

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SELEPAS KEDATANGAN ISLAMTahap Kedua (Masa Hijrah ( )Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, hukum pewarisan dilaksanakan melalui persaudaraan antara 2 sahabat daripada kaum Ansar dan Muhajirin. Manakala jika mereka yang tidak berhijrah, mereka tidak mempunyai hak perwarisan walaupun mereka terdiri daripada waris yang hampir dan beriman.

    4 TAHAP

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SELEPAS KEDATANGAN ISLAM ..... (72) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah (Al-Anfaal: 72)

    4 TAHAP

    *

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SELEPAS KEDATANGAN ISLAMKemudian hukum tersebut dihapuskan dengan ayat :

    ... Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Anfaal, ayat 75)4 TAHAP

    *

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SELEPAS KEDATANGAN ISLAMTahap Ketiga (Wasiat Wajibah ( )Kemudian hukum pada fasa kedua dihentikan dan digantikan dengan wasiat wajibah bagi kedua ibu bapa dan kaum kerabat. Mafhum firman Allah Taala :

    (180)Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah, ayat 180)

    4 TAHAP

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SELEPAS KEDATANGAN ISLAMTahap KeempatApabila turunnya ayat faraidh, hukum di atas dihapuskan.

    ......

    Sistem pusaka Islam menggantikannya dengan menentukan bahagian-bahagian ahli waris secara terperinci.Tidak siapa pun dibenarkan mengubah ketentuan tersebut kerana ia merupakan hukum daripada Allah Taala.

    4 TAHAP

  • SEJARAH PEWARISAN HARTA PUSAKA SELEPAS KEDATANGAN ISLAM (13) (14)

    4 TAHAP

  • PENGENALAN ILMU FARAID

    ( )

    Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda, "Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia dan pelajarilah ilmu faraidh serta ajarkanlah, sesungguhnya aku manusia biasa yang akan meninggal dunia juga, dan ilmu akan hilang (dengan matinya yang mempunyai ilmu tersebut), sesungguhnya aku sangat resah dan takut jika nantinya ada orang yang bertengkar tentang pembahagian warisan dan permasalahan lainnya, akan tetapi mereka tidak menemukan seorang pun yang sanggup meleraikan dan menyelesaikan masalah mereka." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

  • : ( )

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda, "Pelajarilah ilmu faraidh serta ajarkanlah, sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku.

    (Hadis riwayat Ibnu Majah dan ad-Darquthni)PENGENALAN ILMU FARAID

  • DEFINISI FARAID (BAHASA)

  • DEFINISI FARAID (ISTILAH)Fiqh Pewarisan dan Ilmu Matematik yang boleh menyampaikan kepada mengetahui apa yang telah difardukan (ditentukan oleh Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah) bagi setiap orang yang berhak mendapat harta peninggalan si mati.

    Bahagian-bahagian yang telah ditetapkan oleh syara bagi ahli waris.

  • DEFINISI FARAID (ISTILAH)Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).

  • DEFINISI FARAID (ISTILAH)

  • DEFINISI FARAID (ISTILAH)

  • Ilmu faraid dinamakan juga dengan ilmu pewarisan ( ) atau ilmu al-Tarikah ( )

  • PENGERTIAN PUSAKA (MIRATH)Pusaka atau al-mirath dari segi bahasabermaksud al-baqa) iaitu kekal dan perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

    Dari segi istilah pula pusaka bermaksud:Sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkan kematian pewaris .

  • PENGERTIAN PUSAKA (MIRATH)Perpindahan pemilikan daripada si mati kepada para warisnya yang masih hidup, sama ada yang ditinggalkan itu berbentuk harta yang boleh dipindah, harta yang tidak boleh dipindah, ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyar dalam jual beli, hak syufah, dan hak qisas).

  • PENGERTIAN AL-TARIKAH (HARTA PENINGGALAN)Menurut istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah. al-tarikah dari segi bahasa bermaksud: Segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati . al-tarikah dari segi istilah syarak: Segala harta yang ditinggalkan si mati selepas kematiannya yang terdiri dari harta boleh alih (seperti emas, perak, mata wang, kereta dan lain-lain) dan harta tak alih (seperti tanah, bangunan, rumah dan sebagainya). Semua yang tersebut termasuk dalam pengertian harta peninggalan yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berhak ke atasnya.

  • PENGERTIAN AL-TARIKAH (HARTA PENINGGALAN)al-tarikah dari segi istilah syarak: Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk pewaris-pewarisnya sama ada harta benda, hak (seperti hak qisas, tuduhan zina dll) , ikhtisas ( ) dan segala apa yang termasuk dalam miliknya setelah ia mati.

  • HARTA MENURUT ISLAM

  • HARTA YANG TERMASUK DALAM PUSAKA (MIRATH)Harta yang diperolehi oleh seseorang semasa hayat secara halal seperti:Jual beli pusaka hibah harta alih atau harta tak alihWasiat sadaqah - hadiah.Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.Sewaan yang belum dibayar kepada si mati.Wang KWSP.Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati.Barang yang terbit selepas kematiannya, iaitu hasil daripada usaha semasa hidupnya.Harta penama iaitu harta si mati yang dinamakan kepada orang lain, harta tersebut bukan milik penama.Harta yang berada di luar negara milik si mati.Simpanan dalam bank dan sebagainya. takaful

  • HARTA YANG TIDAK TERMASUK DALAM PUSAKA

    Khairat kematian.Pencen terbitanHarta yang diberikan oleh si mati semasa hayatnya kepada seseorang.Harta yang dipinjam oleh si mati.Pemberian orang yang ziarah kematiannya.Harta yang telah dijual.Harta yang telah diwakafkan.Harta yang diamanahkan kepada si mati.

  • HAKSesuatu yang diiktiraf oleh syarak kepada seseorang, sama ada manfaat tersebut berkaitan dengan harta ataupun dengan diri.Tidak semua hak boleh diwarisi oleh waris.Terbahagi kepada dua kategori:Hak harta bendaHak bukan harta benda

  • HAK

  • HAKHak harta bendaHak ini terbahagi kepada tiga:

    Hak harta benda semata-mata.Hak harta benda yang berkaitan dengan dirinya.Hak harta benda yang berkaitan dengan kemahuan dan kehendak bukan dengan diri.

  • HAKHak harta benda semata-mata. (Diwarisi)Hutang yang berada di tangan pemiutang (orang yang berhutang dengan si mati)Hak menambah tingkatan bangunan.Hak Irtifaq () iaitu hak minum, lalu lintas, tali air dan lain-lain.Diyat (ganti rugi diri) dan Arash (ganti rugi anggota).Hak menahan barang gadaian sehingga hutang dibayar.

    Diyat

  • HAKHak harta benda yang berkaitan dengan dirinya. (Tidak Diwarisi)Ada pada hak itu sesuatu yang berkaitan dengan harta benda, tetapi di samping itu ada suatu hubungan untuk dirinya.Ruju pada hibah, memberi penangguhan hutang dan lain-lain.

  • HAKHak harta benda yang berkaitan dengan kemahuan dan kehendak , bukan dengan dirinya. (Diwarisi)#Merujuk kepada hak khiyar () dalam jual beli.Hak Syufah ().

    # Sebahagian ulama mengatakan tidak diwarisi.

  • HAKHak bukan harta benda (Tidak diwarisi)Dikenali juga dengan hak diri semata-mata.Seperti hak ibu menjaga anak dalam tempoh 2 tahun daripada kelahirannya (), hak Kewalian, hak dalam perjawatan, hak menuntut supaya dijalankan hukuman had dalam tuduhan zina terhadap si mati.

  • HAK (4) (5) (6) (7) (8) (9)

  • IKHTISAS ( ) ( )

  • Al-Nisa: 7

    (7)

    Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

    AL-QURAN

  • Nisa: 11

    (11)

    Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.AL-QURAN

  • Al-Nisa: 12

    (12)

    Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

    AL-QURAN

  • Al-Nisa: 13-14 (13) (14)

    Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

    Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

    AL-QURAN

  • Al-Nisa: 176

    (176)

    Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.AL-QURAN

  • Maksudnya:Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama

    AL-SUNNAH

  • ( )

    Daripada Ibnu Masud pada menyatakan hukum anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan saudara perempuan (seibu sebapa atau sebapa) Maka telah menghukumkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bagi anak perempuan 1/2 dan bagi cucu perempuan daripada anak lelaki 1/6 mencukupkan 2/3 dan bakinya bagi saudara perempuan

    (Hadis riwayat Imam Bukhari)

    AL-SUNNAH

  • MATLAMAT ILMU FARAID

  • FAEDAH MEMPELAJARI ILMU FARAID

  • TANGGUNGJAWAB WARIS TERHADAP HARTA PUSAKA SI MATI

  • TANGGUNGJAWAB WARIS TERHADAP HARTA PUSAKA SI MATIPembelian kain kapan, keranda, upah mandi, gali kubur, upah kenderaan jenazah dll.Upah orang yang solat jenazah, kenduri arwah dan perkara yang tidak dituntut oleh syarak TIDAK BOLEH diambil dari harta pusaka si mati.Isteri mati?Ditanggung oleh suami (mazhab syafiI, Abu Yusuf, satu riwayat dari imam Malik)Harta isteri (Abu hanifah, satu riwayat dari imam Malik, Muhammad bin hassan, Ahmad bin Hanbal)Ikatan perkahwinan putus dengan matinya salah seorang.

  • TANGGUNGJAWAB WARIS TERHADAP HARTA PUSAKA SI MATIDua jenis hutang:Hutang kepada Allah:ZakatKifarahNazarHajifidyahHutang kepada manusia.

    UTAMAKAN (MAZHAB SHAFII)

  • (226) (227) (228) (Ila)Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [227]Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [228]Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  • Seorang wanita sedang melantunkan syair:

    Betapa panjang malam ini dan betapa gelap gelita disekelilingnya..Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu..Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya..Sudah pasti ranjang ini digoyang oleh yang lainnya!

    (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s 308)

  • TANGGUNGJAWAB WARIS TERHADAP HARTA PUSAKA SI MATISekiranya si mati meninggalkan wasiat.Tidak melebihi 1/3.

    Huraian lanjut dalam tajuk wasiat (minggu ke-11)

  • TANGGUNGJAWAB WARIS TERHADAP HARTA PUSAKA SI MATISetelah selesai ke tiga perkara tadi.Perlu disegerakan.

  • RUKUN PUSAKA

  • RUKUN PUSAKA1. Muwarris (Orang yang mati / si mati)Confirm mati.Kematian boleh dibahagi kepada Tiga:Mati hakikiKematian yang nyata yang dapat disaksikan oleh orang ramai seperti jenazahnya dimandikan, dikapan, disembahyang dan dikebumukan.Dibuktikan dengan sijil kematian / permit perkuburan.

  • RUKUN PUSAKAii. Mati hukmiKematian seseorang yang tidak dapat disaksikan kematiannya atauKematiannya tidak dapat dibuktikan dengan nyata tetapi dihukumkan sebagai telah mati oleh hakim melalui anggapan kematian.Contoh kehilangan di hutan atau lautan atau peperangan.

  • RUKUN PUSAKAMati TaqdiriJanin yang keluar dalam keadaan tidak bernyawa ketika ibunya masih hidup disebabkan jenayah yang dilakukan ke atas ibunya.Orang yang melakukan jenayah itu (yang menyebabkan kematian janin) wajib dikenakan ghurrah (iaitu diyat atau denda yang dikenakan apabila janin mati keguguran).Kadarnya seorang hamba lelaki atau seorang hamba perempuan, atau 5 % daripada diyat bunuh biasa secara tidak sengaja).Janin itu dianggap masih hidup sebelum berlakunya peristiwa tersebut dan kematiannnya dianggap sebagai penthabitan jenayah yang dilakukan ke atas ibunya, maka ibunya berhak untuk mewarisi ghurrah tersebut.

  • Seksyen 108, Akta Keterangan 1950 (disemak 1971)

    Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa tiga puluh tahun107. Apabila soalnya sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun, beban membuktikan yang dia telah mati terletak pada orang yang menegaskannya.

    Beban membuktikan bahawa seseorang yang tidak didengar khabar mengenainya selama tujuh tahun masih hidup108. Apabila soalnya sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.

  • AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

    Seksyen 53. Anggapan mati.

  • RUKUN PUSAKA2. Waris (orang yang berhak menerima dan mewarisi harta pusaka)

    Wujud atau hidup waris-waris yang akan mewarisi harta pusaka si mati.Waris yang akan mewarisi didasarkan kepada tiga sebab:PerkahwinanKeturunan / kerabatPembebasan hamba (wala)

  • RUKUN PUSAKA3. Mawrus (Harta atau hak-hak yang ditinggalkan oleh si matiMeliputi semua peninggalan si mati.Jual beli pusaka hibah.Wasiat sadaqah - hadiah.Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.Sewaan yang belum dibayar kepada si mati.Wang KWSP.Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati.Barang yang terbit selepas kematiannya, iaitu hasil daripada usaha semasa hidupnya.Harta penama iaitu harta si mati yang dinamakan kepada orang lain, harta tersebut bukan milik penama.Harta yang berada di luar negara milik si mati.Simpanan dalam bank dan sebagainya. TakafulEx-gratia

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Perwarisan kerana pertalian hubungan darah.Keturunan meliputiKeturunan (usul):Ibu, bapa, datuk dan nenek hingga ke atasKeturunan (furu):Anak, cucu dan ke bawah.Keturunan (hawasyi) sisi si mati:Adik beradik, anak saudara, bapa saudara, datuk saudara dan seterusnya.

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Anak sah taraf.Pembuktian DNA untuk kesahan anak?Anak hasil wati syubhat?

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Hubungan perkahwinan yang sah di sisi syarak, walaupun belum berlaku persetubuhan. Saling mewarisi antara suami atau isteri jika kematian berlaku semasa dalam iddah talak rajie (boleh dirujuk dalam iddah).Kedua-dua suami isteri berhak mewarisi pusaka pasangannya selagi tiada sebab-sebab syarak yang menghalangnya.

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Perbincangan:Suami yang menceraikan isterinya (dengan talak bain) dengan tujuan supaya isterinya tidak mempusakai hartanya dalam keadaan sakit yang berakhir dengan kematiannya , macam mana?Nikah yang fasid \ batil?

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Perempuan yang ditalak bain ketika suaminya sakit membawa kematian dalam keadaan tidak ditohmah untuk menghalang pusaka tidak berhak mewarisinya.Perempuan yang ditalak bain ketika suaminya sakit membawa kematian dalam keadaan ditohmah untuk menghalang pusaka tidak berhak mewarisinya menjadi khilaf ulama:Tidak berhak mewarisi (Imam Syafie)Berhak mewarisi selama mana dalam iddah (mazhab Hanafi)Berhak mewarisi sama ada dalam iddah atau selepasnya, selama mana dia tidak berkahwin atau murtad (ulama Hanbali)Berhak mewarisi sama ada dalam iddah atau selepasnya, sama ada perempuan itu sudah berkahwin atau tidak (mazhab Maliki)

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Nikah Fasidnikah mutah,nikah dalam keadaan ihram,berbilangan suami,nikah wanita yang berada dalam keadaan iddah,nikah wanita hamil sebelum habis iddahnya,nikah antara muslim dengan kafirah selain kitabiah, Tidak saling mewarisi antara suami dan isteri pada nikah fasid,maka tidak mewarisi daripada yang hidup daripada siapa yang meninggal sebelumnya.sama ada meninggalnya sebelum dukhul atau selepasnya. Sebab mirath itu adalah nikah yang soheh bukan daripada nikah yang fasid.Oleh yang demikian nikah soheh sabit ikatan suami isteri yang diiktiraf oleh syarak untuk menerima kesan- kesan syariah yang telah di tetapkan oleh syarak itu sendiri.Antaranya saling mewarisi antara suami dan isteri.

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Perhubungan di antara tuan dengan hamba yang dibebaskanTuan kepada hamba boleh mewarisi harta pusaka bekas hambanya, sebaliknya hamba tidak boleh mewarisi harta pusaka bekas tuannya.Bekas tuan kepada hamba akan mewarisi harta tersebut berbentuk asabah:Waris kepada hamba tidak dapat menghabisi harta yang ditinggalkan.Hamba yang dibebaskan tidak ada waris.

  • SEBAB PUSAKA MEMPUSAKAI (Reasons Of Inheritance)Baitulmal akan mewarisi harta si mati yang tidak mempunyai waris atau;Waris yang ada tidak dapat menghabisi harta pusaka walaupun telah dibahagi mengikut hukum faraid.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)Dipastikan kematiannya sama ada mati hakiki atau hukmi.Mati hakikiKematian yang nyata yang dapat disaksikan oleh orang ramai seperti jenazahnya dimandikan, dikapan, disembahyang dan dikebumukan.Dibuktikan dengan sijil kematian / permit perkuburan.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)ii. Mati hukmiKematian seseorang yang tidak dapat disaksikan kematiannya atauKematiannya tidak dapat dibuktikan dengan nyata tetapi dihukumkan sebagai telah mati oleh hakim melalui anggapan kematian.Contoh kehilangan di hutan atau lautan atau peperangan.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)Waris hidup ketika pemilik harta mati.Waris-waris yang mati dahulu daripada pemilik harta tidak akan mewarisi pusaka.Waris yang mati kemudian walaupun beberapa saat selepas kematian pemilik harta berhak mewarisi harta.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.1 MEMBUNUHPembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh sama ada membunuh dengan niat atau sebaliknya, sama ada dengan hak atau tidak. Anak membunuh bapanya.Menjatuhkan hukuman bunuh ke atas si mati

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.1 MEMBUNUHPendetailan:Mazhab Syafie: Tidak menerima pusaka secara mutlak iaitu sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, dilakukan dengan sendiri atau terpaksa. Sekalipun dengan pembunuhan yang benar seperti pelaksana qisas, pemerintah atau hakim. Begitu juga pembunuhan tidak sengaja seperti orang tidur, orang gila dan kanak-kanak.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.1 MEMBUNUHPendetailan:Mazhab Hanbali: Membezakan antara yang hak dengan tidak hak. Yang tidak berhak menerima pusaka hanya pembunuhan tanpa hak dan sebenar.Pembunuhan dengan hak kerana suatu sebab seperti melaksanakan hukum hudud, menjalankan qisas, mempertahankan diri, memerangi golongan bughah dan sebagainya, maka boleh menerima harta pusaka.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.1 MEMBUNUHPendetailan:Mazhab Hanbali: Pembunuhan dalam bentuk sengaja dan permusuhan = Tidak dapat mewarisi pusaka.Pembunuhan dalam bentuk tersilap = Boleh mewarisi hartanya, tetapi tidak boleh mewarisi diyatnya.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.1 MEMBUNUH : ( )Daripada Umar, aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda " Seorang pembunuh tidak berhak memperolehi harta pusaka.

    (Hadis riwayat Imam Muslim)

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.2 BERLAINAN AGAMASeorang Islam tidak boleh mewarisi pusaka bukan Islam dan sebaliknya (pandangan jumhur ulama).Orang-orang Islam boleh mewarisi harta orang-orang bukan Islam (pandangan Muaz dan Muawiyah). Di negara kita, di bawah AKTA 1004, Distribution (Amendment) Act 1997 bagi harta pusaka orang-orang bukan Islam tidak menyebut tentang orang-orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang-orang bukan Islam.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.2 BERLAINAN AGAMA ( ) .

    Daripada Usamah bin Zaid sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda : Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)3.3 MURTADSeseorang waris yang murtad tidak berhak mewarisi pusaka pemilik harta yang beragama Islam.Harta orang murtad sama ada boleh diwarisi atau tidak:Dua pandangan:Tidak boleh diwarisi , dianggap sebagai (al-fay) tetapi dikembalikan kepada Baitulmal (Jumhur).Harta yang diperoleh sebelum seseorang murtad boleh dibahagi kepada waris-waris manakala harta yang diperoleh selepas murtad dikembalikan kepada baitulmal (Mazhab Hanafi).

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)HALANGAN TAMBAHAN:Talak BainPenceraian yang berlaku di antara suami isteri di mana suami tidak boleh rujuk semula isterinya walaupun dalam iddah, ia merupakan penceraian untuk selama-lamanya.Talak Bain terbahagi kepada dua:Talak Bain KubraPenceraian dengan talak tiga atau telah berlaku tiga kali penceraian.Talak Bain Sughra

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)HALANGAN TAMBAHAN:Talak Bain SughraPenceraian yang berlaku di antara suami dan isteri secara:Sebelum persetubuhanTebus talakTalak satu atau dua dan tidak dirujuk hingga habis iddahIla (suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya lebih empat bulan)

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)HALANGAN TAMBAHAN:2. FasakhPembatalan sesuatu perkahwinan dengan sebab yang tertentu.

    3. Anak angkatWalaupun dibin atau dibintikan dengan bapa angkatnya.

  • SYARAT PUSAKA MEMPUSAKAI (condition inheritance)HALANGAN TAMBAHAN:4. Anak LianSuami menuduh isterinya berlaku curang dan ia tidak mengakui anak yang dilahirkan sebagai anaknya.

  • (6) (7) (8) (9)

    [6]Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - [7]Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. [8]Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - [9]Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (al-Nur: 6-9)

    *

    *

    *