142
Enakmen Original NEGERI TERENGGANU ENAKMEN 12 TAHUN 1985 ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM Tarikh Persetujuan DiRaja : 29 Disember 1986 Tarikh disiarkan dalam Warta : 1 Januari 1987 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Ogos 1987 [Tr.P.U. 16/87] _____________ SUSUNAN SEKSYEN _____________ Mukadimah BAHAGIAN I - PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. Seksyen 2. Tafsiran. Seksyen 3. Pengekalan hak kelebihan. Seksyen 4. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam. Seksyen 5. Perkahwinan sah yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini. BAHAGIAN II - PERKAHWINAN Seksyen 6. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan. Seksyen 7. Umur minimum untuk perkahwinan. Seksyen 8. Pertalian yang melarang perkahwinan. Seksyen 9. Orang-orang dari agama lain. Seksyen 10. Perkahwinan tak sah. Seksyen 11. Persetujuan dikehendaki. Seksyen 12. Perkahwinan seseorang perempuan. Seksyen 13. Pertunangan. Permulaan kepada Perkahwinan Seksyen 14. Permohonan untuk kebenaran berkahwin. Seksyen 15. Mengeluarkan kebenaran berkahwin. Seksyen 16. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar'i. Seksyen 17. Kebenaran perlu sebelum akadnikah. Seksyen 18. Tempat perkahwinan. Seksyen 19. Mas kahwin dan pemberian. Seksyen 20. Catatan dalam Daftar Perkahwinan. Seksyen 21. Poligami. Seksyen 22. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri. BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN Seksyen 23. Pendaftaran. Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam - Enakmen 12 Ta... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta... 1 of 4 2/11/2014 12:03 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985 ENAKMEN UNDANG ... - Sisters in Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Terengganu.pdf.pdf · ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

Embed Size (px)

Citation preview

Enakmen Original

NEGERI TERENGGANU

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

Tarikh Persetujuan DiRaja : 29 Disember 1986Tarikh disiarkan dalam Warta : 1 Januari 1987Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Ogos 1987 [Tr.P.U. 16/87]

_____________SUSUNAN SEKSYEN_____________

Mukadimah

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.Seksyen 2. Tafsiran.Seksyen 3. Pengekalan hak kelebihan.Seksyen 4. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.Seksyen 5. Perkahwinan sah yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen inidan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 6. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.Seksyen 7. Umur minimum untuk perkahwinan.Seksyen 8. Pertalian yang melarang perkahwinan.Seksyen 9. Orang-orang dari agama lain.Seksyen 10. Perkahwinan tak sah.Seksyen 11. Persetujuan dikehendaki.Seksyen 12. Perkahwinan seseorang perempuan.Seksyen 13. Pertunangan.

Permulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 14. Permohonan untuk kebenaran berkahwin.Seksyen 15. Mengeluarkan kebenaran berkahwin.Seksyen 16. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar'i.Seksyen 17. Kebenaran perlu sebelum akadnikah.Seksyen 18. Tempat perkahwinan.Seksyen 19. Mas kahwin dan pemberian.Seksyen 20. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.Seksyen 21. Poligami.Seksyen 22. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri.

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 23. Pendaftaran.

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam - Enakmen 12 Ta... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 4 2/11/2014 12:03 PM

Seksyen 24. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq.Seksyen 25. Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal.Seksyen 26. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan,Perceraian, dan Ruju' Orang Islam dan Jurunikah.Seksyen 27. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.Seksyen 28. Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.Seksyen 29. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin di Terengganu.Seksyen 30. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.Seksyen 31. Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Islam yang diakadnikahkan dahulunya di bawahmana-mana undang-undang.Seksyen 32. Efek pendaftaran di sisi undang-undang.

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 33. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.Seksyen 34. Pelanggaran terhadap seksyen 30.Seksyen 35. Gangguan terhadap perkahwinan.Seksyen 36. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.Seksyen 37. Akadnikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.Seksyen 38. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akadnikah perkahwinan.Seksyen 39. Membetulkan kesilapan.Seksyen 40. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan.Seksyen 41. Bukti.

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 42. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.Seksyen 43. Pertukaran agama.Seksyen 44. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah.Seksyen 45. Timbangtara oleh hakam.Seksyen 46. Perceraian khulu' atau cerai tebus talaq.Seksyen 47. Perceraian di bawah ta'liq atau janji.Seksyen 48. Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju.Seksyen 49. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh.Seksyen 50. Anggapan mati.Seksyen 51. Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan.Seksyen 52. Perintah perceraian tidak boleh didaftarkan melainkan perintah mengenai nafkah, penjagaan, dsb.,telah dibuat.Seksyen 53. Membetulkan kesilapan.Seksyen 54. Pemeriksaan Daftar Perceraian dan Pembatalan.Seksyen 55. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.Seksyen 56. Hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh.Seksyen 57. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz.Seksyen 59. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi orang-orang tertentu.Seksyen 60. Pentaksiran nafkah.Seksyen 61. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.Seksyen 62. Mengkompaun nafkah.Seksyen 63. Lamanya tempoh perintah nafkah.Seksyen 64. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.Seksyen 65. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.Seksyen 66. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah.Seksyen 67. Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak boleh dipindahkan hak miliknya.Seksyen 68. Menuntut tunggakan nafkah.Seksyen 69. Nafkah sementara.Seksyen 70. Hak tempat tinggal.Seksyen 71. Kewajipan menanggung nafkah anak.Seksyen 72. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak.

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam - Enakmen 12 Ta... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

2 of 4 2/11/2014 12:03 PM

Seksyen 73. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak.Seksyen 74. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak.Seksyen 75. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak.Seksyen 76. Menuntut tunggakan nafkah seseorang anak.Seksyen 77. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.Seksyen 78. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.Seksyen 79. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf.

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN

Hadanah atau Penjagaan Kanak-kanak

Seksyen 80. Orang-orang yang berhak menjaga kanak-kanak.Seksyen 81. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan.Seksyen 82. Bagaimana hak penjagaan hilang.Seksyen 83. Lamanya penjagaan.Seksyen 84. Penjagaan anak-anak tak sahtaraf.Seksyen 85. Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan.Seksyen 86. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat.

Penjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 87. Orang-orang yang berhak kepada penjagaan.Seksyen 88. Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.Seksyen 89. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.Seksyen 90. Perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat.Seksyen 91. Penjaga bersama dengan ibu.Seksyen 92. Perubahan kuasa penjaga harta.Seksyen 93. Pemecatan penjaga.Seksyen 94. Cagaran hendaklah diberi.Seksyen 95. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.Seksyen 96. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal.Seksyen 97. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.Seksyen 98. Perintah khas mengenai harta kanak-kanak.Seksyen 99. Permohonan untuk mendapatkan pendapat, dsb.Seksyen 100. Perintah larangan oleh Mahkamah.Seksyen 101. Penjaga bagi anak yatim.Seksyen 102. Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 tidak boleh dipakai jika berlawanan dengan Agama Islam.Seksyen 103. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan, dsb.Seksyen 104. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

Legaan-Legaan Lain

Seksyen 105. Kuasa bagi Mahkamah membatalkan dan menahan perpindahan-perpindahan yang dimaksud untukmengecewakan tuntutan-tuntutan nafkah.Seksyen 106. Tegahan terhadap gangguan.

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI

Seksyen 107. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Terengganu.Seksyen 108. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., di Malaysia.

Kesahtarafan Anak

Seksyen 109. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.Seksyen 110. Kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat.Seksyen 111. Anak dari persetubuhan syubhat.Seksyen 112. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah.Seksyen 113. Anggapan dari pengakuan boleh dipatahkan.Seksyen 114. Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam 'iddah.Seksyen 115. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam - Enakmen 12 Ta... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

3 of 4 2/11/2014 12:03 PM

Seksyen 116. Pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu, atau bapa.Seksyen 117. Pengakuan tidak boleh dibatalkan.

Perintah supaya Hidup Bersama Semula

Seksyen 118. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung.

Rayuan

Seksyen 119. Rayuan.

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 120. Poligami tanpa kebenaran Hakim Syar'i.Seksyen 121. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.Seksyen 122. Tidak membuat laporan.Seksyen 123. Meninggal langsung isteri.Seksyen 124. Menganiaya isteri.Seksyen 125. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.Seksyen 126. Isteri tidak menurut perintah.Seksyen 127. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.Seksyen 128. Bersekedudukan semula dalam tempoh 'iddah raj'i.Seksyen 129. Ruju' tanpa persetujuan isteri.Seksyen 130. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah nafkah.Seksyen 131. Percubaan dan syubahat.

BAHAGIAN X - AM

Seksyen 132. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.Seksyen 133. Pemansuhan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam - Enakmen 12 Ta... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

4 of 4 2/11/2014 12:03 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

MukadimahBETA BERSETUJU,

MAHMUDSultan Terengganu

(MOHOR NEGERI)29-12-1986

Suatu Enakmen bagi mengkanunkan peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang keluarga Islam mengenaiperkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain perkara berkaitan dengan kehidupan keluarga.

[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Kuasa Undangan Negeri Terengganu seperti berikut:

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Mukadimah (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KE... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:04 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Raja melalui pemberitahuan dalamWarta.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. (ENAKMEN UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan-

"anak dara" ertinya seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum;

"balu" ertinya perempuan yang suaminya telah mati;

"bermastautin" ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

"darar syar'i" ertinya bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, atauhartabenda, menurut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syara';

"duda" ertinya lelaki yang isterinya telah mati;

"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 [En.Tr .12/86.];

"fasakh" ertinya pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara'menurut seksyen 49;

"Hakim Syar'i" ertinya seseorang Qadi yang dilantik di bawah seksyen 28 Enakmen Pentadbiran, dan termasuklahQadi Besar;

"harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasamenurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara';

"janda" ertinya perempuan yang telah bernikah dan diceraikan setelah bersetubuh;

"Jurunikah" ertinya seseorang Jurunikah yang dilantik di bawah seksyen 26;

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawahseksyen 26;

"Kitabiyah" ertinya-

(a) seorang perempuan dari ketururan Bani Ya'qub; atau

(b) seorang perempuan Nasrani dari keturunan orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad menjadiRasul; atau

(c) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi 'Isa menjadi Rasul;

"lafaz", berhubungan dengan talaq, ertinya lafaz secara lisan, bertulis, atau dengan isyarat;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi Syar'iah atau Mahkamah Rendah Syar'iah, mengikut mana yang berkenaan,yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Enakmen Pentadbiran;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen Pentadbiran;

"mas kahwin" ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri padamasa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutangdengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara', dapat dinilai dengan wang;

Seksyen 2. Tafsiran. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIR... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 2 2/11/2014 12:08 PM

"mukim" mempunyai erti yang sama seperti dalam Kanun Tanah Negara [56/65].;

"mut'ah" ertinya pemberian saguhati yang diberi menurut Hukum Syara' kepada isteri yang diceraikan;

"nasab" ertinya keturunan melalui pertalian darah yang sah menurut Hukum Syara';

"Negeri" termasuklah Wilayah Persekutuan;

"Pendaftar" ertinya seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawahseksyen 26, dan, kecuali dalam seksyen 6, termasuklah Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar;

"persetubuhan syubhat" ertinya persetubuhan yang dilakukan atas anggapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnyaakad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap, dan termasuklah mana-manapersetubuhan yang tidak dihukum had dalam Islam;

"ruju' " ertinya perkembalian kepada nikah yang asal;

"sesusuan" ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungnya sekurang-kurangnya sebanyaklima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah;

"tak sahtaraf", berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah tetapi bukan hasil daripadapersetubuhan syubhat;

"ta'liq" ertinya ikrar, sama ada secara lisan atau bertulis, yang dibuat oleh suami sesudah akadnikah atau padabila-bila masa kemudiannya, bahawa isterinya akan tertalak apabila berlakunya kejadian yang ditentukan dalam ikraritu;

"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1(2) untuk mula berkuatkuasanyaEnakmen ini;

"thayyib" ertinya perempuan yang pernah bersetubuh;

"wali Raja" ertinya seseorang yang diberi kuasa dengan Tauliah oleh Raja untuk menjadi wali dalam perkahwinanbagi mana-mana perempuan yang tidak mempunyai wali menurut Hukum Syara'.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam seksyenini tetapi ditakrifkan dalam Enakmen Pentadbiran hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yangberlainan, mempunyai makna yang diberi kepadanya masing-masing oleh Enakmen itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 2. Tafsiran. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIR... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

2 of 2 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 3. Pengekalan hak kelebihan.

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak kelebihan dankuasa-kuasa Raja sebagai Ketua Agama Islam di Terengganu, sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalamUndang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 3. Pengekalan hak kelebihan. (ENAKMEN UNDANG-UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 4. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.

Jika bagi maksud-maksud Enakmen ini timbul apa-apa soal tentang sama ada seseorang itu orang Islam, soal ituhendaklah diputuskan menurut kriterium reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkankeimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 4. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Is... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 5. Perkahwinan sah yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagaididaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telahdiakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.

(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan,hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ianyatelah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-

(a) dengan kematian salah seorang daripada pihak-pihak yang berkahwin itu;

(b) dengan apa-apa talaq sebagaimana yang dilafazkan di bawah Enakmen ini;

(c) dengan perintah Mahkamah yang berbidangkuasa layak; atau

(d) dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah yang berbidangkuasa layak.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 5. Perkahwinan sah yang masih berterusan hendaklah disifatkan... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 6. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.

(1) Sesuatu perkahwinan di Terengganu hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan hendaklahdiakadnikahkan mengikut Hukum Syara' hanya oleh-

(a) wali, dengan kebenaran Pendaftar; atau

(b) seorang Jurunikah sebagai wakil wali.

(2) Wali hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas mengakadnikahkan perkahwinan,membekalkan butir-butir tentang perkahwinan itu dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 6. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan. ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 7. Umur minimum untuk perkahwinan.

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripadalapan belas tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syar'i telah memberikebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 7. Umur minimum untuk perkahwinan. (ENAKMEN UNDAN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 8. Pertalian yang melarang perkahwinan.

(1) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwindengan-

(a) ibunya atau bapanya;

(b) neneknya hingga ke atas, sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu;

(c) anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu perempuannya atau, cucu lelakinya hingga ke bawah;

(d) saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan atau saudara lelaki sebapa,dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu;

(e) anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah;

(f) emak saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas;

(g) emak saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.

(2) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin,berkahwin dengan-

(a) ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas;

(b) emak tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya;

(c) nenek tirinya iaitu isteri atau suami kepada nenek lelakinya atau nenek perempuannya, sama ada darisebelah bapa atau sebelah ibu;

(d) menantunya;

(e) anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah.

(3) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan,berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jikahubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarangberkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

(4) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antarasatu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau susuan dan pertalian itu adalah dari jenis yang, jika salahseorang daripada mereka adalah seorang lelaki, menjadi perkahwinan antara mereka tetap tidak sah disisi HukumSyara'.

Seksyen 8. Pertalian yang melarang perkahwinan. (ENAKMEN UND... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 2 2/11/2014 12:08 PM

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 8. Pertalian yang melarang perkahwinan. (ENAKMEN UND... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

2 of 2 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 9. Orang-orang dari agama lain.

(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

(2) Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 9. Orang-orang dari agama lain. (ENAKMEN UNDANG-U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 10. Perkahwinan tak sah.

Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara', untukmenjadikannya sah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 10. Perkahwinan tak sah. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 11. Persetujuan dikehendaki.

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-duapihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada-

(a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syara'; atau

(b) Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atauseseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syar'i itu telah, selepaspenyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinanitu sebagai wali Raja mengikut Hukum Syara', persetujuan tersebut boleh diberi jika wali tidak dapat dikesanatau enggan memberi persetujuannya tanpa sebab yang cukup.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 11. Persetujuan dikehendaki. (ENAKMEN UNDANG-UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:08 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 12. Perkahwinan seseorang perempuan.

(1) Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwindengan seseorang lelaki lain.

(2) Jika perempuan itu adalah seorang janda-

(a) tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh 'iddahnyayang dikira menurut Hukum Syara', berkahwin dengan seseorang melainkan lelaki yang akhir dia telahbercerai;

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan-

(i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masaitu berkuatkuasa; atau

(ii) suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan perceraiannya dalam daftarperceraian yang berkenaan; atau

(iii) suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonannya, selepas penyiasatan yang wajar, olehHakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat, yangbermaksud bahawa dia adalah seorang janda;

(c) Jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengansuaminya yang dahulu itu, melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah bersetubuhdengan suaminya yang baru itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah,dan setelah habis 'iddah nya.

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu,dia tidak boleh, dalam masa 'iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminyayang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itubermastautin.

(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu-

(a) dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh 'iddahnya yangdikira menurut Hukum Syara';

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat perakuan kematian suaminya ataudengan cara lain membuktikan kematian suaminya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 12. Perkahwinan seseorang perempuan. (ENAKMEN UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:09 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Seksyen 13. Pertunangan.

Jika seseorang telah membuat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau bertulis,dan sama ada dengan sendirinya atau melalui orang tengah, dan kemudiannya, tanpa apa-apa sebab yang sah,enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi, sedangkan pihak yang satu lagi itu sanggup berkahwin, maka pihakyang mungkir, jika lelaki, hendaklah membayar, sebagai ganti rugi, jumlah mas kahwin yang patut dibayar atau, jikatidak ada apa-apa perjanjian menentukan jumlah mas kahwin yang patut dibayar, jumlah yang difikirkan patut olehMahkamah setelah mengambil perhatian akan kehendak-kehendak Hukum Syara', bersekali dengan belanja-belanjalain yang telah dikeluarkan oleh atau untuk pihak perempuan dengan suci hati untuk membuat persediaan bagiperkahwinan itu, atau, jika perempuan, hendaklah memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, ataunilai baginya dan membayar, sebagai ganti rugi, belanja-belanja lain yang telah dikeluarkan oleh atau untuk pihaklelaki dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan ganti rugi dan pemberian-pemberianpertunangan itu, atau nilai baginya, boleh didapati melalui tindakan di Mahkamah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 13. Pertunangan. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:09 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 14. Permohonan untuk kebenaran berkahwin.

(1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di Terengganu, tiap-tiap satu pihak kepadaperkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwinkepada Pendaftar bagi mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin.

(2) Jika pihak lelaki bermastautin di mukim yang berlainan dari mukim pihak perempuan, atau bermastautin dimana-mana Negeri lain, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan dari Pendaftarbagi mukimnya atau dari pihak berkuasa yang hak bagi Negeri lain itu, mengikut mana yang berkenaan, yangbermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikan perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalahbenar.

(3) Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh harisebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebihsingkat dalam mana-mana kes tertentu.

(4) Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 14. Permohonan untuk kebenaran berkahwin. (ENAKMEN U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:09 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 15. Mengeluarkan kebenaran berkahwin.

Tertakluk kepada seksyen 16, Pendaftar, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebutdalam permohonan itu, tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu, dan, jika pihak lelaki itu sudah berkahwin,bahawa kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 21 telah diberi, hendaklah, pada bila-bila masa selepaspermohonan itu dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untukberkahwin dalam borang yang ditetapkan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 15. Mengeluarkan kebenaran berkahwin. (ENAKMEN UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 16. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar'i.

(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu-

(a) jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakandalam seksyen 7; atau

(b) jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh seksyen 12(3); atau

(c) jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab menurut Hukum Syara',

maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 15, merujukkan permohonan itu kepadaHakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(2) Hakim Syar'i, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dantentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberiankebenaran bagi maksud seksyen 7, atau kebenaran bagi maksud seksyen 12(3), atau persetujuannya terhadapperkahwinan itu bagi maksud-maksud seksyen 11(b), mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bilamasa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkankepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 16. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar'i. (ENAK... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 17. Kebenaran perlu sebelum akadnikah.

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi-

(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 15 atau oleh Hakim Syar'i di bawah seksyen 16, jika perkahwinan itumelibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Terengganu; atau

(b) oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri lain, jika perkahwinan itu melibatkan seorangperempuan yang bermastautin di Negeri itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 17. Kebenaran perlu sebelum akadnikah. (ENAKMEN UND... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 18. Tempat perkahwinan.

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam mukim di mana pihak perempuan bermastautin,tetapi Pendaftar atau Hakim Syar'i yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 15 atau 16 bolehmemberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada di Terengganu atau dimana-mana Negeri lain.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawahseksyen 15 atau 16.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam mukim yanglain daripada mukim di mana pihak perempuan bermastautin jika-

(a) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin di Terengganu, kebenaran berkahwin mengenaiperkahwinan itu telah diberi di bawah seksyen 15 atau 16 dan kebenaran untuk perkahwinan itudiakadnikahkan dalam mukim yang lain itu telah diberi di bawah subseksyen (1); atau

(b) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu Negeri lain, kebenaran berkahwinmengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam mukim yang lain itutelah diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 18. Tempat perkahwinan. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 19. Mas kahwin dan pemberian.

(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnyadi hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu danmerekodkan-

(a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;

(b) nilai dan butir-butir lain pemberian;

(c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telahdijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan

(d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 19. Mas kahwin dan pemberian. (ENAKMEN UNDANG-U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 20. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.

(1) Selepas sahaja akadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yangditetapkan dan ta'liq yang ditetapkan atau ta'liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan .

(2) Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua orang saksiyang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 20. Catatan dalam Daftar Perkahwinan. (ENAKMEN UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulan kepada Perkahwinan

Seksyen 21. Poligami.

Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang perempuan lain di mana-mana tempat dalam masa diamasih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis dariHakim Syar'i.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 21. Poligami. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADB... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINANPermulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 22. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luarnegeri.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syara' oleh Pendaftaryang dilantik di bawah seksyen 26(3) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mananegara yang tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan diKedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

(2) Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuas hati-

(a) bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemastautin Terengganu;

(b) bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin menurut Hukum Syara' dan Enakmenini; dan

(c) bahawa, jika salah satu pihak bukan pemastautin Terengganu, perkahwinan yang dicadangkan itu, jikadiakadnikahkan, akan dikira sebagai sah di tempat di mana pihak itu bermastautin.

(3) Prosedur bagi akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serbaperkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan diTerengganu di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorangPendaftar untuk Terengganu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 22. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Mala... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 23. Pendaftaran.

Setiap perkahwinan yang diakadnikahkan di Terengganu selepas tarikh yang ditetapkan hendaklah, dalam masatujuh hari selepas akadnikah, didaftarkan mengikut Enakmen ini, jika perkahwinan itu sah menurut Hukum Syara',walaupun apa-apa peruntukan Enakmen ini telah dilanggar atau tidak dipatuhi.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 23. Pendaftaran. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 24. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq.

(1) Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, Pendaftarhendaklah mengeluarkan surat-surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagiperkahwinan itu.

(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta'liq dalamborang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 24. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq. (ENAKME... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:10 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 25. Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kesdalam mana dia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah atau bahawa sesuatu perkahwinan yangkena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 25. Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal. (E... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 26. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, dan PenolongPendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam dan Jurunikah.

(1) Raja boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua PendaftarPerkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasamenjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, danruju' di bawah Enakmen ini.

(2) Raja boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar,Timbalan Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi mana-manamukim di Terengganu sebagaimana ditentukan dalam perlantikan itu.

(3) Raja boleh, melalui pemberitahu dalam Warta, melantik mana-mana anggota diplomatik Malaysia di mana-mananegara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen inidi negara itu.

(4) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) akan mempunyai kuasa-kuasa Jurunikah bagi maksud-maksudEnakmen ini di negara yang mengenainya dia dilantik sedemikian itu.

(5) Raja boleh, dengan Tauliah dan tertakluk kepada syarat-syarat yang Raja fikirkan perlu, melantik mana-manaorang yang layak dan sesuai, termasuklah orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2), sebagai Jurunikah.

(6) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) atau (5) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkansebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan [N.M.B. Bab 45].

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 26. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 27. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan buku-buku sebagaimana yang ditetapkanoleh Enakmen ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini, dan tiap-tiap perkahwinan yangdiakadnikahkan di Terengganu hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam DaftarPerkahwinannya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 27. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua per... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 28. Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.

(1) Tiap-tiap Pendaftar hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu bulan,menyerahkan kepada Ketua Pendaftar suatu salinan tiap-tiap catatan yang diperakui benar dan ditandatanganiolehnya yang telah dibuat dalam Daftar Perkahwinan.

(2) Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yangditetapkan dan hendaklah menjadi Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 28. Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua P... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 29. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin diTerengganu.

(1) Jika seseorang yang bermastautin di Terengganu telah berkahwin di luar negeri dengan sah menurut HukumSyara', bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 22, dan perkahwinan itu belum didaftarkandi luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa dua bulan selepas salah satu ataukedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Malaysia dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapanmana-mana Pendaftar di Terengganu dan-

(a) mengemukakan kepada Pendaftar itu surat perakuan nikah atau apa-apa keterangan, sama ada lisanatau dokumentar, yang boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku dan ianya sahmenurut Hukum Syara';

(b) memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar untuk pendaftaran sewajarnyaperkahwinan itu; dan

(c) memohon dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu didaftarkan dan menandatangani akuandi dalamnya.

(2) Pendaftar boleh mengecualikan satu daripada pihak-pihak itu daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa adasebab-sebab yang baik dan cukup bagi pihak itu tidak hadir, dan dalam hal yang demikian catatan dalam DaftarPerkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang sebab pihak itu tidak hadir.

(3) Bagi maksud memuaskan hatinya di bawah subseksyen (1) (a) bahawa perkahwinan itu telah berlaku danbahawa ianya sah menurut Hukum Syara', Pendaftar hendaklah mengindahkan, tetapi tidak diwajibkan menerimasebagai muktamad, apa-apa perkara yang terkandung dalam apa-apa surat perakuan atau dokumen asing.

(4) Selepas sahaja pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, satu salinan sah catatan dalam DaftarPerkahwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suamidan satu salinan lagi kepada isteri, dan satu lagi salinan sah yang diperakui hendaklah dihantar, dalam tempohsebagaimana yang ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua salinan-salinan yangdiperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri.

(5) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir dihadapan pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh, atas permohonankepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 29. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang berm... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 30. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.

Tiada seseorang, lain daripada seseorang yang dilantik di bawah seksyen 26, boleh-

(a) menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpanmengikut Enakmen ini; atau

(b) mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatusalinan surat perakuan bagi suatu perkahwinan atau suatu perakuan perkahwinan yang didaftarkan olehPendaftar.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 30. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 31. Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Islam yangdiakadnikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang.

(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 5 dan 29, pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan mengikut Hukum Syara'yang diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, jikaperkahwinan itu belum didaftarkan, memohon pada bila-bila masa kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkanuntuk didaftarkan perkahwinan itu.

(2) Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakanapa-apa keterangan yang dikehendakinya mengenai perkahwinan itu, sama ada lisan atau dokumentar, danmemberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki olehnya.

(3) Pendaftar boleh, setelah berpuas hati tentang kebenaran pernyataan-pernyataan yang terkandung dalampermohonan itu, mendaftarkan perkahwinan itu dengan mencatatkan butir-butir mengenainya dalam DaftarPerkahwinan yang ditetapkan bagi maksud ini.

(4) Catatan perkahwinan dalam Daftar Perkahwinan itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuatcatatan itu dan oleh kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, jika dapat hadir, atau, jika tidak, oleh pihak yang hadirdi hadapan Pendaftar.

(5) Selepas perkahwinan itu didaftarkan, satu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui danditandatangani oleh Pendaftar dan dimeterai dengan meterai jawatannya hendaklah diserahkan atau dihantarkepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri dan satu salinan ketiga hendaklah dihantar kepada KetuaPendaftar.

(6) Pendaftar tidak boleh mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawaperkahwinan itu adalah tidak diakui di bawah Enakmen ini.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 31. Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Isla... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 32. Efek pendaftaran di sisi undang-undang.

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini bolehditafsirkan sebagai menjadikan diakui atau tidak diakui sesuatu perkahwinan semata-mata oleh sebab ianya telahdidaftarkan atau tidak didaftarkan, yang mana, sebaliknya, adalah tidak diakui atau diakui.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 32. Efek pendaftaran di sisi undang-undang. (ENAKMEN U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:11 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 33. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.

Jika seseorang yang dikehendaki oleh seksyen 29 hadir di hadapan seorang Pendaftar tidak berbuat demikiandalam masa yang ditetapkan, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidakmelebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 33. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapk... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 34. Pelanggaran terhadap seksyen 30.

Seseorang yang melanggar seksyen 30 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidakmelebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan, bagi kesalahan kalikedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 34. Pelanggaran terhadap seksyen 30. (ENAKMEN UNDAN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 35. Gangguan terhadap perkahwinan.

Kecuali jika dibenarkan oleh Hukum Syara' seseorang yang menggunakan apa-apa kekerasan atau ugutan-

(a) untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan kemahuannya; atau

(b) untuk menahan seseorang dari berkahwin dengan sahnya,

adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 35. Gangguan terhadap perkahwinan. (ENAKMEN UNDANG... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 36. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.

Jika seseorang, bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, sengaja membuatsesuatu akuan atau pernyataan yang palsu, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklahdihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 36. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwina... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 37. Akadnikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.

Seseorang yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan sesuatuperkahwinan manakala dia tidak diberi kuasa di bawah Enakmen ini, adalah melakukan suatu kesalahan danhendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanyasekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 37. Akadnikah perkahwinan yang tidak dibenarkan. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 38. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akadnikah perkahwinan.

(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagaimengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-

(a) tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 17; atau

(b) selain dari di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi, di samping orang yang mengakadnikahkanperkahwinan itu, yang layak menurut Hukum Syara',

adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang berkahwin, atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai berkahwin, atau menjalani sesuatu caraperkahwinan, dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan ataukedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 38. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akadnikah perka... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 39. Membetulkan kesilapan.

(1) Jika Pendaftar berpuas hati melalui akuan berkanun atau selainnya bahawa sesuatu catatan berhubungandengan sesuatu perkahwinan adalah silap pada bentuk atau isinya, dia boleh, di hadapan orang-orang yangbernikah itu, atau, jika mereka tidak ada, di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapanitu dengan memotong catatan itu dan membuat catatan yang betul dan dia hendaklah selepas itu mengarahkansupaya catatan dalam Daftar Perkahwinan tempatan dibetulkan mengikut cara yang sama.

(2) Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perakuan nikah itudan dalam Daftar Perkahwinan tempatan itu.

(3) Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang dihadapannya catatan itu telah dibuat.

(4) Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui hendaklah dihantar dengan segera kepada Ketua Pendaftar supayasuatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perkahwinannya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 39. Membetulkan kesilapan. (ENAKMEN UNDANG-UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 40. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan.

(1) Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen inihendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang setelah dibayar fee yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fee yangditetapkan, memberi suatu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan, yang diperakui dengan tandatangan danmeterai jawatan Ketua Pendaftar atau Pendaftar itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada seseorang yangmenghendakinya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 40. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan. (ENAKMEN UNDAN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:12 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 41. Bukti.

Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini dansesuatu salinan apa-apa catatan di dalamnya, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatannya sebagaisuatu salinan atau cabutan yang benar, adalah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah dantribunal mengenai tarikh-tarikh dan perbuatan-perbuatan yang terkandung atau dinyatakan dalam DaftarPerkahwinan, salinan, atau cabutan itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 41. Bukti. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIR... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:13 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 42. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkanMahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorangsuami melafazkan talaq kecuali-

(a) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syara'; dan

(b) jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalahdi Terengganu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 42. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah. (ENAKMEN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 43. Pertukaran agama.

(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripadaIslam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itumelainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yangdemikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehinggadisahkan sedemikian oleh Mahkamah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 43. Pertukaran agama. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG P... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 44. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah.

(1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untukperceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun mengandungi-

(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur, dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dariperkahwinan itu;

(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 42;

(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri antara pihak-pihakitu, termasuk tempat prosiding itu;

(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;

(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa langkah telah diambil untuk mencapai perdamaian dan, jikaada, apakah langkah-langkah itu;

(f) syarat-syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dananak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dariperkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihakitu, jika ada, atau, jika tiada sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenaihal-hal itu; dan

(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta.

(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu samandiserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yangdibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamahuntuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadapperceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatanyang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklahmenasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

(4) Mahkamah hendaklah merekodkan hal pelafazan satu talaq itu, dan hendaklah menghantar satu salinan rekod ituyang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawaada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah denganseberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agamasebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, danmerujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.

(6) Pada melantik dua orang itu di bawah subseksyen (5), Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaankepada saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

(7) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai itu tentang hal menjalankanperdamaian itu dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu.

(8) Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati tentang cara ia menjalankan

Seksyen 44. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah. (ENAKME... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 2 2/11/2014 12:14 PM

perdamaian itu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya.

(9) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia dibentukatau dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

(10) Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir dan hendaklah memberi tiap-tiap seorang darimereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatanyang difikirkannya patut dan boleh, jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.

(11) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itusupaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuantentang hal yang demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa syor yang difikirkannya patutberkenaan dengan nafkah dan penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, berkenaandengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal lain berhubungan dengan perkahwinan itu.

(12) Tiada seseorang peguambela dan peguamcara boleh hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak dalamsesuatu prosiding di hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh sesiapajua, selain dari seorang ahli keluarganya yang karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.

(13) Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itutelah hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian itu.

(14) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapaiperdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri,Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, danjika Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq, ataujika suami itu enggan melafazkan satu talaq, maka Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada hakam untuktindakan menurut seksyen 45.

(15) Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatukes-

(a) di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidaktahu di mana pihak yang satu lagi itu berada;

(b) di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia Barat dan ianya tidak mungkin masuk kedalam bidangkuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa tiga bulan selepas tarikh permohonan itu;

(c) di mana pihak yang satu lagi itu sedang dipenjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang takboleh sembuh; atau

(e) di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luarbiasa yang menyebabkan rujukankepada suatu jawatankuasa pendamai tidak praktik.

(16) Sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah tidak bolehberkuatkuasa sehingga tamat tempoh 'iddah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 44. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah. (ENAKME... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

2 of 2 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 45. Timbangtara oleh hakam.

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada sesuatuperkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syara', dua orang penimbangtara atau hakam untukbertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.

(2) Pada melantik hakam di bawah subseksyen (1), Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepadasaudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

(3) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada hakam tentang hal menjalankan penimbangtaraan dan merekahendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu dan Hukum Syara';

(4) Jika hakam tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka menjalankanpenimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik hakam lain bagi menggantikan mereka.

(5) Hakam hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing, danboleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah jika dibenarkan sedemikianoleh Mahkamah, dan jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan menghantarsatu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untukdidaftarkan.

(6) Jika hakam berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat mendikrikan perceraian olehkerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik hakam lain dan hendaklah memberi kepada mereka kuasauntuk mendikrikan perceraian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan dikri itu danmenghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada KetuaPendaftar untuk didaftarkan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 45. Timbangtara oleh hakam. (ENAKMEN UNDANG-UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 46. Perceraian khulu' atau cerai tebus talaq.

(1) Jika suami tidak bersetuju melafazkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju berceraidengan cara penebusan atau cerai tebus talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaqdipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan, danperceraian itu adalah ba-in sughra atau tak boleh ruju'.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinanrekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(3) Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itumengikut Hukum Syara' dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamahsebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatuperdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawahseksyen 44 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 46. Perceraian khulu' atau cerai tebus talaq. (ENAKMEN U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 47. Perceraian di bawah ta'liq atau janji.

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat suratperakuan ta'liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraianyang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraianitu dan, jika berpuas hati bahawa perceraian itu adalah sah menurut Hukum Syara', hendaklah mengesahkan danmerekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaandan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 47. Perceraian di bawah ta'liq atau janji. (ENAKMEN UND... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 48. Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju'.

(1) Dalam seksyen ini "talaq raj'i" ertinya perceraian dengan satu atau dua talaq yang tidak diikuti dengan habis'iddah, dan "bersekedudukan semula" ertinya hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraianmenjadi tak boleh ruju'.

(2) Jika, selepas sesuatu talaq raj'i, suami melafazkan ruju' dengan persetujuan bersama, suami hendaklahmelaporkan hal ruju' itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi mukim di mana suamibermastautin pada masa melapor.

(3) Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyiasatan yang perlu dan, jika berpuas hati bahawa ruju' telah berlakumengikut Hukum Syara', hendaklah mendaftarkan ruju' itu dengan membuat suatu catateraan pada catatanberhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian dan Pembatalan, jika perceraian itu telah didaftarkanolehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya surat-surat perakuan cerai yang berkaitandan hendaklah mengeluarkan kepada mereka surat perakuan ruju' dalam borang yang ditetapkan.

(4) Pendaftar hendaklah juga menyerahkan satu salinan surat perakuan ruju' itu kepada Ketua Pendaftar yang manahendaklah mendaftarkan ruju' itu dengan membuat suatu catateraan pada catatan berhubungan dengan perceraianitu dalam Daftar Perceraian dan Pembatalan yang disimpan olehnya.

(5) Suami yang tidak melaporkan hal ruju' sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (2) adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulanatau kedua-duanya sekali.

(6) Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh pendaftar yang kepadanya laporan di bawah subseksyen (2) itu dibuat,dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan ruju' itu danhendaklah menghantar surat-surat perakuan cerai kepada Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengansatu salinan surat perakuan ruju' itu, dan Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan ruju' itudengan membuat suatu catateraan pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian danPembatalan dan hendaklah menyerahkan salinan surat perakuan ruju' itu kepada Ketua Pendaftar yang manahendaklah mendaftarkan ruju' itu dengan membuat catateraan pada catatan berhubungan dengan perceraian itudalam Daftar Perceraian dan Pembatalan yang disimpan olehnya.

(7) Jika talaq raj'i telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta isterisupaya bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu.

(8) Jika kemudian daripada talaq raj'i, suami melafazkan ruju' dan isteri telah bersetuju terhadap ruju' itu, isteriboleh, atas permohonan suami, diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, melainkan jikaisteri itu menunjukkan sebab-sebab yang baik, menurut Hukum Syara', untuk sebaliknya, dan, jika demikian halnya,Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 44dan seksyen itu hendaklah di pakai sewajarnya.

(9) Jika selepas talaq raj'i suami melafazkan ruju' tetapi isteri telah tidak bersetuju terhadap ruju' itu keranasebab-sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syara', dia tidak boleh diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semulasebagai suami isteri, tetapi Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimanadiperuntukkan di bawah seksyen 44 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 48. Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju'. (ENAKME... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 49. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh.

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untukmembubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu-

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tigabulan;

(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkahbatin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahupada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atausedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia mencapai umur enam belastahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi olehsuaminya itu;

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu antara lain-

(i) lazim menyakitinya atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;atau

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandanganHukum Syara'; atau

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi Hukum Syara'terhadap harta itu; atau

(v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan agamanya; atau

(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secaraadil mengikut kehendak-kehendak Hukum syara';

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengajaenggan mensetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan,kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh Hukum Syara';

Seksyen 49. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh. (... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 2 2/11/2014 12:14 PM

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atauberselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah dari jenis atau setakat yangmenjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawahHukum Syara'.

(2) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (c) subseksyen (1) sehingga hukuman itutelah muktamad dan suami telah pun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (e) subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, ataspermohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enambulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamahsedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hatiMahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinanitu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai denganmunasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jikadibuat perintah itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 49. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh. (... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

2 of 2 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 50. Anggapan mati.

(1) Jika suami seseorang perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didapati apa-apaperkhabaran mengenainya selama tempoh tujuh tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut,bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap menurut Hukum Syara' sebagai telah mati,tetapi perakuan kematian di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299] tidak dapatdiperolehi, Mahkamah boleh, atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar,mengeluarkan, dalam borang yang ditetapkan, suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan kemudiandaripada itu perempuan itu adalah bebas berkahwin semula mengikut Enakmen ini.

(2) Suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematiansuami itu dalam erti seksyen 12(4) (b).

(3) Dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwinsemula tanpa suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), walaupun Mahkamah Tinggi mungkin telahmemberi kebenaran menganggap suami itu telah mati.

(4) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telahmewujudkan perceraian.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 50. Anggapan mati. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PEN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 51. Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan.

(1) Tiap-tiap Pendaftar dan juga Ketua Pendaftar hendaklah masing-masing menyenggara suatu Daftar Perceraiandan Pembatalan dan hendaklah serta-merta mencatatkan di dalamnya butir-butir yang ditetapkan mengenai semuaperintah perceraian dan pembatalan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (2) dan mengenai semuaperintah perceraian dan pembatalan yang dipohon di bawah subseksyen (3) untuk didaftarkan .

(2) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi dan merekodkan sesuatu perintah perceraian atau pembatalan atau yangmembenarkan dan merekodkan sesuatu talaq atau apa-apa bentuk lain perceraian hendaklah serta-mertamenghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftaruntuk didaftarkan.

(3) Jika sesuatu perkahwinan yang diakadnikahkan di Terengganu dibubarkan atau dibatalkan dengan suatu perintahMahkamah yang berbidangkuasa layak di luar Terengganu, salah satu daripada pihak-pihak itu boleh memohonkepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan perintah itu, dan Pendaftar yangberkenaan itu dan Ketua Pendaftar hendaklah mendaftarkan perintah itu apabila berpuas hati bahawa perintah ituadalah satu perintah yang patut diiktiraf sebagai sah bagi maksud-maksud undang-undang di Terengganu.

(4) Jika sesuatu lafaz talaq di hadapan Mahkamah atau sesuatu perintah perceraian atau pembatalan, di mana juadiberi, telah membubarkan sesuatu perkahwinan yang telah diakadnikahkan di Terengganu dan telah didaftarkan dibawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa sebelum Enakmen ini,Pendaftar yang berkenaan dan Ketua Pendaftar hendaklah, apabila mendaftarkan talaq atau perintah itu,mengarahkan supaya catatan mengenai perkahwinan itu dalam Daftar Perkahwinan ditandakan dengan perkataan"Dibubarkan" dan dengan rujukan mengenai prosiding dalam mana talaq itu telah dilafazkan atau perintah itu telahdibuat.

(5) Apabila mendaftarkan talaq atau perintah perceraian atau pembatalan itu dan apabila dibayar kepadanya feeyang ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan cerai atau pembatalan dalam borangyang ditetapkan kepada kedua-dua pihak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 51. Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan. (ENA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 52. Perintah perceraian tidak boleh didaftarkan melainkan perintah mengenainafkah, penjagaan, dsb., telah dibuat.

Tiada apa-apa lafaz talaq atau perintah perceraian atau pembatalan boleh didaftarkan melainkan jika KetuaPendaftar berpuas hati bahawa Mahkamah telah membuat perintah atau perintah-perintah muktamad mengenaipenjagaan dan nafkah anak-anak tanggungan, mengenai nafkah dan tempat kediaman isteri yang diceraikan, danmengenai bayaran mut'ah kepadanya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 52. Perintah perceraian tidak boleh didaftarkan melainkan peri... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:14 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 53. Membetulkan kesilapan.

(1) Jika Pendaftar berpuas hati melalui akuan berkanun atau selainnya bahawa sesuatu catatan dalam DaftarPerceraian dan Pembatalan adalah silap pada bentuk atau isinya, dia boleh, dihadapan dua orang saksi yang bolehdipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong catatan itu dan membuat catatan yang betul.

(2) Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perakuan ceraiatau pembatalan.

(3) Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yangdihadapannya catatan itu telah dibuat.

(4) Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui hendaklah dihantar dengan segera kepada Ketua Pendaftar supayasuatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perceraian dan Pembatalannya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 53. Membetulkan kesilapan. (ENAKMEN UNDANG-UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:15 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 54. Pemeriksaan Daftar Perceraian dan Pembatalan.

(1) Tiap-tiap Daftar Perceraian dan Pembatalan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawahEnakmen ini hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang setelah dibayar fee yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fee yangditetapkan, memberi suatu salinan catatan dalam Daftar Perceraian dan Pembatalan, yang diperakui dengantandatangan dan meterai jawatan Ketua Pendaftar atau Pendaftar itu, mengikut mana yang berkenaan, kepadaseseorang yang menghendakinya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 54. Pemeriksaan Daftar Perceraian dan Pembatalan. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:15 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 55. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpasebab yang patut.

Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patutoleh suaminya boleh memohon mut'ahatau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepasmendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yangpatut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut menurut Hukum Syara'.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 55. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang di... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:15 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 56. Hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh.

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada padaseseorang isteri di bawah Hukum Syara' terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apabahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 56. Hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh. (E... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:15 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 57. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

(1) Mahkamah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintahperceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan denganusaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagiantara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang-

(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, ataukerja bagi memperolehi aset-aset itu;

(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersamamereka;

(c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah mirip kepada membuat pembahagianyang sama banyak.

(3) Mahkamah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian,memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihakkepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagiantara pihak-pihak itu.

(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada-

(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu kepadakebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;

(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasiljualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimanapun, pihak yang telahmemperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

(5) Bagi maksud-maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperolehi dalam masa perkahwinantermasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan padasebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersamamereka.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 57. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencari... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:15 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz.

(1) Tertakluk kepada Hukum Syara', Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepadaisteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Hukum Syara' dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkahapabila dia nusyuz, atau enggan dengan tidak berpatutan mentaati kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu,antara lain-

(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,

tanpa apa-apa sebab yang sah menurut Hukum Syara'.

(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan mentaati kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklahlagi menjadi nusyuz.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek n... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:15 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 59. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi orang-orang tertentu.

Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu menurut Hukum Syara',supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, untuk mencarikehidupan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawamemandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 59. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi orang-orang terte... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:15 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 60. Pentaksiran nafkah.

Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannyaterutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan tidak mengira kadar nafkah itu berbandingdengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 60. Pentaksiran nafkah. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG P... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 61. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itusupaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta padapemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripadapendapatan harta itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 61. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 62. Mengkompaun nafkah.

Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau lain-lain harta, wang pokok bagi menjelaskan segalatuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat, oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadaiterhadap apa-apa tuntutan nafkah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 62. Mengkompaun nafkah. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 63. Lamanya tempoh perintah nafkah.

Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau dibatalkan,dan tertakluk kepada seksyen 64, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kenamembayar nafkah itu atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang telah dibuatitu, mengikut mana yang lebih awal.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 63. Lamanya tempoh perintah nafkah. (ENAKMEN UNDANG... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 64. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

Hak seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatuperintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh 'iddah atau apabila isteri itu nusyuz.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 64. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian. ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 65. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masamembatalkan, sesuatu perintah nafkah yang masih berkuatkuasa, sama ada bercagar atau tak bercagar, ataspermohonan orang yang berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah yang telah dibuatitu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapanfakta atau jika sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 65. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah. (ENA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 66. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah.

Tertakluk kepada seksyen 62, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atauselepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan material telah berlakutentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 66. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah. (E... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 67. Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak bolehdipindahkan hak miliknya.

Nafkah yang kena dibayar kepada seseorang di bawah sesuatu perintah Mahkamah tidak boleh diserahhak ataudipindah milik atau kena ditahan, diasingkan, atau didapatkan untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atautuntutan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 67. Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tid... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 68. Menuntut tunggakan nafkah.

(1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, sama ada kena dibayar menurut perjanjian atau di bawah sesuatuperintah Mahkamah, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan ituterkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan ituboleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakanitu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pesakanya.

(2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itumati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang bagi orang itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 68. Menuntut tunggakan nafkah. (ENAKMEN UNDANG-UN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 69. Nafkah sementara.

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah bolehmembuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuatkuasa dengansertamerta dan terus berkuatkuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan untuk nafkah.

(2) Suami boleh melaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan amaun yang diperintah supaya dibayar untuknafkah di bawah perintah Mahkamah, dengan syarat bahawa amaun yang diterima oleh isteri, setelah ditolakapa-apa potongan, adalah cukup untuk keperluan asasnya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 69. Nafkah sementara. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG P... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 70. Hak tempat tinggal.

(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa diaberkahwin, selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti-

(a) jika tempoh 'iddah telah tamat; atau

(b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat; atau

(c) jika perempuan itu telah berkahwin semula,

dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 70. Hak tempat tinggal. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG P... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:16 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 71. Kewajipan menanggung nafkah anak.

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalahmenjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya ataudalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan,perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannyaatau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah HukumSyara', supaya menanggung nafkah, atau memberi sumbangan kepada nafkah, kanak-kanak, jika bapa kanak-kanakitu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidakberupaya menanggung nafkah mereka.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 71. Kewajipan menanggung nafkah anak. (ENAKMEN UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 72. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak.

(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-manaanaknya-

(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;

(b) jika dia telah meninggal langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;

(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri; atau

(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaanseseorang lain.

(2) Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syara',supaya membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuashati bahawamemandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan sedemikian.

(3) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepadaorang yang menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada pemegang amanah bagi anak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 72. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-k... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 73. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseoranganak.

(1) Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak, memerintahkanorang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagiandaripadanya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supayamembayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

(2) Kemungkiran mematuhi perintah menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu meletakhakapa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatupenghinaan terhadap mahkamah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 73. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 74. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan ataunafkah seseorang anak.

Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, pada bila-bila masa dan darisemasa ke semasa, mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah mengenaipenjagaan atau nafkah seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atassesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan material telah berlaku tentang halkeadaan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 74. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perintah mengenai penjag... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 75. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkahseseorang anak.

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjianberhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang anak, sama ada perjanjian itu dibuat sebelum atau selepastarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu, jika Mahkamah berpuashati bahawa adalah munasabah dan untuk kebajikan anak itu berbuat demikian.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 75. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 76. Menuntut tunggakan nafkah seseorang anak.

Seksyen 68 hendaklah dipakai, dengan pindaan yang sesuai, bagi perintah-perintah mengenai pembayaran nafkahuntuk faedah seseorang anak.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 76. Menuntut tunggakan nafkah seseorang anak. (ENAKMEN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 77. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahlikeluarga.

(1) Jika seseorang telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya,maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah anak-anak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak,setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apaperintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Kewajipan yang ditanggungkan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa pergi olehbapa atau ibunya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 77. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 78. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.

Kecuali-

(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seorang anak dinyatakan sebagai selama tempoh yang lebihsingkat; atau

(b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau

(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk-

(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya darisegi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;

(ii) seseorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidakberkebolehan menanggung nafkah dirinya,

perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, ataspermohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempohtambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut ataulebih tinggi.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 78. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak. (ENAKMEN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN

Seksyen 79. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf.

(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sahtaraf yangtidak berupaya menanggung nafkah dirinya, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya,memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Jika tuntutan dibuat terhadap bapa yang disangkakan, tuntutan itu hendaklah dibawa dalam Mahkamah Majistretyang mana boleh memerintahkan bapa itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah olehMahkamah itu.

(3) Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keenggananmenanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalamperintah itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 79. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf. (E... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:17 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANHadanah atau Penjagaan Kanak-kanak

Seksyen 80. Orang-orang yang berhak menjaga kanak-kanak.

(1) Tertakluk kepada seksyen 81, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnyadalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syara' dari mempunyai hakterhadap hadanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindahkepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;

(b) bapa;

(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;

(d) saudara perempuan seibu sebapa;

(e) saudara perempuan seibu;

(f) saudara perempuan sebapa;

(g) emak saudara sebelah ibu;

(h) anak perempuan bagi saudara perempuan seibu sebapa;

(i) anak perempuan bagi saudara perempuan seibu;

(j) anak perempuan bagi saudara perempuan sebapa;

(k) anak perempuan bagi saudara lelaki;

(l) emak saudara sebelah bapa;

(m) waris lelaki yang menjadi 'asabah.

(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki ituadalah seorang mahram, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana diadilarang berkahwin dengannya.

(4) Jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan danbersetuju menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifatpaling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya samamempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 80. Orang-orang yang berhak menjaga kanak-kanak. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:19 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANHadanah atau Penjagaan Kanak-kanak

Seksyen 81. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan.

Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hakterhadap hadanah jika-

(a) dia adalah seorang Islam;

(b) dia adalah sempurna akal;

(c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yangmungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segiakhlak atau jasmani.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 81. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan. (ENA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:19 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANHadanah atau Penjagaan Kanak-kanak

Seksyen 82. Bagaimana hak penjagaan hilang.

Hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang-

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanakitu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah kembali semulaapabila perkahwinan itu dibubarkan;

(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu darimenjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang berceraiboleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

(d) jika perempuan itu murtad;

(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 82. Bagaimana hak penjagaan hilang. (ENAKMEN UNDANG... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:19 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN

Seksyen 83. Lamanya penjagaan.

(1) Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuhtahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamahboleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapaiumur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapaiumur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu ataubapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 83. Lamanya penjagaan. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:19 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN

Seksyen 84. Penjagaan anak-anak tak sahtaraf.

Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 84. Penjagaan anak-anak tak sahtaraf. (ENAKMEN UNDAN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:19 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANHadanah atau Penjagaan Kanak-kanak

Seksyen 85. Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan.

(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 80, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan perintah memilih untukmeletakkan seseorang kanak-kanak dalam jagaan salah seorang daripada orang-orang yang tersebut di dalamseksyen itu atau, jika ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan tidak diingini bagi kanak-kanak itudiamanahkan kepada salah seorang daripada orang-orang itu, Mahkamah boleh dengan perintah meletakkankanak-kanak itu dalam jagaan mana-mana orang lain atau mana-mana persatuan yang tujuan-tujuannya adalahtermasuk kebajikan kanak-kanak.

(2) Untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang kanak-kanak patut diletakkan, pertimbangan yang utamaialah kebajikan kanak-kanak itu dan, tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah memberi perhatiankepada-

(a) kemahuan-kemahuan ibubapa kanak-kanak itu; dan

(b) kemahuan-kemahuan kanak-kanak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatupendapatannya sendiri.

(3) Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-kanakdalam masa dia kecil supaya berada bersama ibunya, tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagifakta-fakta sesuatu kes tertentu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada tidak baiknya mengacaukehidupan seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukarnya jagaan.

(4) Jika ada dua orang atau lebih kanak-kanak dari sesuatu perkahwinan, Mahkamah tidaklah terikat meletakkankedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan orang yang sama tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiapseorangnya secara berasingan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 85. Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan. ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:19 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANHadanah atau Penjagaan Kanak-kanak

Seksyen 86. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat.

(1) Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh Mahkamah patutdikenakan dan, tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa, perintah itu adalahmenghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk memutuskan semua soal berhubungan dengan pendidikan danpelajaran kanak-kanak itu.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh-

(a) mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana kanak-kanak itu akan tinggal dan cara pelajarannya;

(b) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada bagi sementara dalam pemeliharaan dan kawalanseseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;

(c) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atauseseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada masa-masa dan bagiapa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;

(d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telahmati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu pada masa-masa dan denganseberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah; atau

(e) melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu keluar dari Malaysia.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 86. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat. (ENAKMEN UN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:19 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 87. Orang-orang yang berhak kepada penjagaan.

(1) Sungguhpun hak terhadap hadanah atau penjagaan anak mungkin terletak pada seseorang lain, bapa adalahpenjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telahmati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang yang berikutmengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-

(a) datuk lelaki di sebelah bapa;

(b) wasi yang dilantik menurut wasiat bapa;

(c) wasi kepada wasi bapa;

(d) wasi datuk lelaki disebelah bapa;

(e) wasi kepada wasi datuk lelaki di sebelah bapa,

dengan syarat bahawa dia adalah seorang Islam, seorang dewasa, adalah siuman, dan boleh dipercayai.

(2) Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yangdifikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubungdengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka, dengan syarat bahawa dia adalah siumansepenuhnya.

(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika had-had dan syarat-syarat bagi suratcara yang meletakkan harta padakanak-kanak itu terang-terang tidak membenarkan orang-orang yang tersebut di dalamnya daripada menjalankanapa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagiharta kanak-kanak itu.

(4) Bagi maksud-maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanakmelainkan dia telah genap umur lapan belas tahun.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 87. Orang-orang yang berhak kepada penjagaan. (ENAKMEN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:20 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 88. Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.

(1) Berkenaan dengan harta takalih, seseorang penjaga di sisi undang-undang tidak mempunyai apa-apa kuasauntuk menjual, kecuali dalam hal-hal yang berikut, iaitu-

(a) jika, dengan menjual harta itu kepada orang luar, dia boleh mendapat harga kurang-kurangnya dua kaliganda harga harta itu;

(b) jika kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa mata pencarian lain, dan penjualan itu adalah benar-benarperlu untuk menanggung nafkahnya, dan kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa harta lain;

(c) jika harta itu perlu dijual bagi maksud menjelaskan hutang pewasiat, yang tidak dapat diselesaikan jikaharta itu tidak dijual;

(d) jika ada sesuatu peruntukan am dalam wasiat pewasiat itu yang tidak dapat dikuatkuasakan dengan tidakdijual harta itu;

(e) jika pendapatan yang terkumpul dari harta pesaka itu tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaanyang telah dilakukan dalam menguruskannya dan untuk membayar hasil tanah;

(f) jika harta itu sedang diancami bahaya yang akan menyebabkannya menjadi musnah atau binasa olehkerana reput;

(g) jika harta itu ada dalam tangan orang yang tidak berhak kepadanya, dan penjaga itu ada sebab bagimengkhuatiri bahawa tidak ada peluang bagi mendapatkan pemulihan yang saksama; atau

(h) dalam sesuatu hal lain, jika harta itu benar-benar perlu dijual atas alasan-alasan lain yang dibenarkan olehHukum Syara' dan penjualan itu adalah nyata atau jelas sekali untuk faedah kanak-kanak itu.

(2) Berkenaan dengan harta alih, seseorang penjaga di sisi undang-undang adalah mempunyai kuasa menjual ataumenyandarkan barang-barang dan harta benda kanak-kanak itu, jika dia berkehendakkan keperluan-keperluan yangmustahak, seperti makanan, pakaian, dan asuhan; dan jika harta alih seseorang kanak-kanak adalah dijual denganikhlas dan jujur bagi sesuatu balasan yang memadai, dengan tujuan untuk melaburkan hasil jualan itu denganselamat dan untuk memperolehi pendapatan tambahan, maka penjualan harta itu hendaklah dikira sebagai sah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 88. Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih. (ENAKMEN ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:20 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 89. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.

(1) Jika tidak ada penjaga-penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untukmemperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah, dan pada membuatsesuatu perlantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan-pertimbangan kepada kebajikankanak-kanak itu.

(2) Pada menimbangkan apakah akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambilperhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu danbagaimana karibnya persaudaraannya dengan kanak-kanak itu, kemahuan-kemahuan, jika ada, ibubapanya yangtelah mati, dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengankanak-kanak itu atau dengan hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur membolehkannya untukmembuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 89. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah. (ENAKME... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:20 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 90. Perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat.

Seseorang ibu, sama ada seorang Islam atau seorang Kitabiyah, boleh dilantik dengan sah menjadi wasi bagi bapa,dan dalam hal yang demikian ibu itu boleh menjalankan kuasa-kuasanya sebagai penjaga melalui wasiat atau, jikatidak ada seorang penjaga di sisi undang-undang, dia boleh dilantik sebagai penjaga di sisi undang-undang olehMahkamah, tetapi jika dia tidak dilantik sebagai sedemikian maka dia tidak boleh membuat apa-apa urusanmengenai harta kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 90. Perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 91. Penjaga bersama dengan ibu.

Jika Mahkamah melantik ibu menjadi penjaga, Mahkamah boleh juga melantik seorang lain menjadi penjaga samaada bagi diri atau harta kanak-kanak itu atau kedua-duanya, untuk bertindak bersama dengan ibu itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 91. Penjaga bersama dengan ibu. (ENAKMEN UNDANG-U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 92. Perubahan kuasa penjaga harta.

Pada melantik seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak, Mahkamah boleh, dengan perintah, menentu,menyekat, atau memperluaskan kuasa penjaga berhubungan dengannya, setakat mana yang perlu bagi kebajikankanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 92. Perubahan kuasa penjaga harta. (ENAKMEN UNDANG-... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 93. Pemecatan penjaga.

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa memecat seseorang penjaga, sama ada seorangibubapa atau orang lain dan sama ada dia adalah penjaga bagi diri atau harta kanak-kanak, dan boleh melantikseorang lain menjadi penjaga untuk menggantikannya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 93. Pemecatan penjaga. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 94. Cagaran hendaklah diberi.

(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak, maka diahendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, memberi cagaran dengan nilai sebanyak mana yangditetapkan bahawa dia akan melaksanakan kewajipan-kewajipannya sebagai penjaga dengan sewajarnya.

(2) Cagaran itu hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima-penerima yang dilantikoleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik itu hendaklah mengemukakan akaun-akaunnya pada tempoh-tempohyang diperintahkan, dan hendaklan membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalamMahkamah mengikut cara yang ditetapkan bagi penerima-penerima.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 94. Cagaran hendaklah diberi. (ENAKMEN UNDANG-UN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 95. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpakebenaran Mahkamah-

(a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milikmana-mana harta alih atau harta takalih kanak-kanak itu; atau

(b) memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan seksyen ini bolehditetapkan sebagai taksah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang padapendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagikepentingan kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 95. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah. (E... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 96. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal.

Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, melainkan jikaMahkamah memerintah sebaliknya dalam sesuatu hal, diberi kuasa untuk memberi akuan penyelesaian yangsewajarnya bagi apa-apa legasi atau apa-apa wang modal lain yang kena dibayar kepada atau boleh diterima olehkanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 96. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 97. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukanyang berpatutan dari pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pelajaran kanak-kanak itu, memandangkepada taraf kehidupan kanak-kanak itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang lebih daripada tiga ratus ringgit sebulanboleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan dari harta kanak-kanak itu yang ada dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi bagi maksud itu,atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supayaperuntukan bagi maksud itu diadakan dari harta modal kanak-kanak itu, dan bagi maksud itu Mahkamah bolehmembenarkan apa-apa bahagian dari harta kanak-kanak itu dijual, digadaikan, atau digadai janji dan boleh memberiapa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 97. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan. ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 98. Perintah khas mengenai harta kanak-kanak.

(1) Jika, memandang kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu dan kepada nilai hartanya dan juga kepada segala halkeadaan kes yang berkenaan, didapati bermanfaat supaya harta modal kanak-kanak itu digunakan bagimenanggung nafkah, pelajaran, atau kemajuannya dengan cara yang boleh mengelakkan belanja bagi membuatpermohonan kepada Mahkamah, maka Mahkamah, daripada melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu,boleh memerintahkan supaya segala harta kanak-kanak itu, dari apa jua jenis pun, diletakkan dalam tanganseseorang yang akan dilantik oleh Mahkamah, dengan kuasa penuh untuk membuat apa-apa urusan dan untukmenggunakan harta itu bagi maksud yang tersebut tadi menurut budi bicaranya sendiri bebas dari apa-apa kawalan;dan dalam hal yang demikian resit dari orang yang dilantik itu adalah menjadi akuan penyelesaian yang sewajarnyabagi sesiapa jua yang membuat apa-apa pembayaran atau pindah milik apa-apa harta kepadanya bagi pihakkanak-kanak itu.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh diperintahkan oleh Mahkamah supaya mengemukakansuatu akaun mengenai urusan-urusan yang dibuat olehnya mengenai harta kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah boleh, kerana sesuatu sebab yang memadai, membatalkan apa-apa perintah, atau memansuhkanapa-apa perlantikan, yang dibuat di bawah subseksyen (1), dan boleh melantik seorang lain dengan memberikepadanya kuasa yang sama atau apa-apa kuasa yang lebih besar atau lebih kecil yang difikirkan patut, atau bolehmelantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 98. Perintah khas mengenai harta kanak-kanak. (ENAKMEN ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 99. Permohonan untuk mendapatkan pendapat, dsb.

Seseorang penjaga boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan pendapat, nasihat, atau budi bicaranyaatas apa-apa soal mengenai pengurusan atau pentadbiran harta kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 99. Permohonan untuk mendapatkan pendapat, dsb. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 100. Perintah larangan oleh Mahkamah.

(1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 88, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian,membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasimereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-

(a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milikmana-mana harta alih atau harta takalih kanak-kanak itu; atau

(b) memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun,

tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagaisuatu penghinaan terhadap mahkamah dan Mahkamah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dijatuhkan itu,boleh-

(a) menetapkan sebagai taksah pelupusan harta kanak-kanak itu dan membuat apa-apa perintah yangdifikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu; atau

(b) memerintahkan orang yang disabitkan kesalahannya itu membayar kepada kanak-kanak itu pampasanyang tidak lebih daripada nilai harta kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa ketetapan atau perintah di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen(2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 100. Perintah larangan oleh Mahkamah. (ENAKMEN UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 101. Penjaga bagi anak yatim.

Jika bapa dan datuk lelaki sebelah bapa seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melaluiwasiat, mana-mana penghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orangyang menjaga kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa-kuasa seorang Pelindung dibawah Akta Kanak-kanak dan Orang-Orang Muda 1947 [Akta 232], boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawakehadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi hartakanak-kanak itu, atau kedua-duanya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 101. Penjaga bagi anak yatim. (ENAKMEN UNDANG-UND... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 102. Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 tidak boleh dipakai jika berlawanandengan Agama Islam.

(1) Tiada apa juapun dalam Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 [13/61] yang berlawanan dengan Agama Islamboleh dipakai bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun yang beragama Islam dan yangbapanya beragama Islam atau pada tarikh kematiannya beragama Islam atau, mengenai seorang kanak-kanakyang tak sahtaraf, yang ibunya beragama Islam atau telah beragama Islam.

(2) Mengenai mana-mana orang lain, Akta tersebut, setakat mana ia berlawanan dengan Agama Islam hendaklahterhenti dipakai baginya apabila dia menganuti Agama Islam jika pada tarikh itu dia telah genap umur lapan belastahun atau, jika belum lagi genap umur itu, dia menganuti Agama Islam dengan persetujuan orang yang di bawahAkta itu adalah penjaga bagi diri kanak-kanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 102. Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 tidak boleh dipakai ji... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 103. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan, dsb.

Apabila menimbangkan apa-apa soal berhubungan dengan penjagaan atau nafkah seseorang kanak-kanak,Mahkamah hendaklah, bila-bila juga praktik, mendapatkan nasihat seseorang, sama ada pegawai awam atau tidak,yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi Mahkamah tidaklah terikat untuk menurutinasihat itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 103. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANPenjagaan ke atas Diri dan Harta

Seksyen 104. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak-

(a) jika keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami-isteri belum selesai; atau

(b) jika, di bawah sesuatu perjanjian atau di bawah perintah Mahkamah, hanya ibu sahaja atau bapa sahajaada mempunyai jagaan atas anak itu manakala yang satu lagi itu tidak ada mempunyai jagaan,

mengeluarkan suatu tegahan menahan pihak yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysiaatau Mahkamah boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertaklukkepada apa-apa syarat atau akujanji yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu tegahanmenahan seseorang, lain daripada orang yang ada mempunyai jagaan atas kanak-kanak itu, daripada membawaseseorang kanak-kanak keluar dari Malaysia.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagaisuatu penghinaan terhadap mahkamah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 104. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar da... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:21 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANLegaan-Legaan Lain

Seksyen 105. Kuasa bagi Mahkamah membatalkan dan menahan perpindahan-perpindahan yang dimaksud untuk mengecewakan tuntutan-tuntutan nafkah.

(1) Jika-

(a) sesuatu prosiding hal ehwal suami-isteri belum selesai; atau

(b) sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 55, 58, atau 72 dan belum lagi dibatalkan; atau

(c) nafkah kena dibayar di bawah sesuatu perjanjian kepada atau untuk faedah seorang isteri atau isteri yangdahulu atau anak,

Mahkamah adalah berkuasa atas permohonan-

(i) jika ia berpuas hati bahawa apa-apa perpindahan harta telah dilakukan oleh suami atau suami yang dahuluatau ibu atau bapa bagi orang yang telah membuat atau yang bagi pihaknya telah dibuat permohonan itu,dalam masa tiga tahun sebelumnya, dengan tujuan di pihak orang yang melakukan perpindahan itu hendakmengurangkan kemampuannya membayar nafkah atau kemampuan suami itu membayar mut'ah atau hendakmenghalangi isterinya daripada apa-apa hak berhubungan dengan harta itu, menghendaki orang yangmembuat perpindahan itu membatalkan perpindahan itu; dan

(ii) jika ia berpuas hati bahawa sesuatu perpindahan harta dicadang hendak dilakukan dengan sesuatu tujuanyang demikian, memberi suatu tegahan menahan perpindahan itu.

(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini-

"harta" ertinya apa-apa jenis harta, alih atau takalih, dan termasuklah wang;

"perpindahan" termasuklah sesuatu penjualan, pemberian, pajakan, gadai janji, atau apa-apa transaksi lain yangdengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindahmilik atau dibebankan tetapi tidak termasuk sesuatuperpindahan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu bernilai wang kepada atau untuk faedah seseorang yangbertindak dengan suci hati dan dengan tidak mengetahui tujuan perpindahan itu dilakukan.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagaisuatu penghinaan terhadap mahkamah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 105. Kuasa bagi Mahkamah membatalkan dan menahan perpin... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:23 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAANLegaan-Legaan Lain

Seksyen 106. Tegahan terhadap gangguan.

(1) Mahkamah adalah berkuasa, dalam masa prosiding hal ehwal suami-isteri masih belum selesai atau pada atauselepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahandirinya dari mengganggui atau mencerobohi dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suamiatau bekas isterinya.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagaisuatu penghinaan terhadap Mahkamah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 106. Tegahan terhadap gangguan. (ENAKMEN UNDANG-U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:23 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI

Seksyen 107. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Terengganu.

(1) Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Malaysia, lain daripada perkahwinan yangdiakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di bawah seksyen 22,hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika ia adalah sah menurut Hukum Syara'.

(2) Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diiktirafsebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika ia adalah sah di bawah undang-undang Negeri itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 107. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:23 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI

Seksyen 108. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., di Malaysia.

Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di sesuatu Kedutaan,Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Malaysia hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segalamaksud Enakmen ini jika ia adalah sah menurut Hukum Syara'.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 108. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan d... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:24 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 109. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

Jika seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan seorang anak dalam masa enam bulanatau lebih dari tarikh perkahwinan itu, atau dalam jangka masa yang boleh diterima oleh Hukum Syara' selepasperkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itupula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu bolehmenafikan, dengan cara li'an mengikut Hukum Syara', bahawa anak itu adalah anaknya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 109. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa. (ENAKMEN U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 110. Kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat.

Jika seseorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat suatu pengakuan bahawa tempoh 'iddahnyatelah tamat, sama ada 'iddah itu adalah oleh sebab kematian suaminya atau perceraian, dan perempuan itukemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu,melainkan jika anak itu telah dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima oleh Hukum Syara' dari tarikhperkahwinan itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 110. Kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat. ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 111. Anak dari persetubuhan syubhat.

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan dalam keadaan syubhat dan kemudiannyaperempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan atau jangka masa yang lebih panjangyang boleh diterima oleh Hukum Syara' selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapaanak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 111. Anak dari persetubuhan syubhat. (ENAKMEN UNDAN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 112. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah.

Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yangsah, lelaki itu hendaklah diakui sah sebagai bapa anak itu jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi, iaitu-

(a) tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;

(b) perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara merekasebagai bapa dan anak;

(c) jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentangianya diakui sebagai anak;

(d) lelaki itu dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah, dalam perkahwinan pada masapembenihan;

(e) pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagaianak sahtarafnya;

(f) lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;

(g) pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk mensabitkan pertalian nasabnya;

(h) pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 112. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah. (ENAKMEN U... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 113. Anggapan dari pengakuan boleh dipatahkan.

Anggapan yang berbangkit dari pengakuan yang dibuat oleh seseorang bahawa dia adalah bapa kepada seseorangyang diakuinya sebagai anak boleh dipatahkan hanya dengan-

(a) penolakan di pihak orang yang telah diakui sebagai anak itu;

(b) bukti bahawa perbezaan umur antara pihak yang mengaku dan pihak yang diakui adalah sebegitu kecil,atau bahawa umur pihak yang diakui adalah sebegitu tinggi, hingga menyebabkan pertalian yang dikatakan itumustahil dari segi fizikal;

(c) bukti bahawa pihak yang diakui itu adalah sebenarnya anak seorang lain; atau

(d) bukti bahawa ibu anak itu tidak mungkin menjadi isteri yang sah kepada pihak yang mengaku pada masapercantuman benih anak itu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 113. Anggapan dari pengakuan boleh dipatahkan. (ENAKME... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 114. Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam 'iddah.

Jika orang yang membuat pengakuan itu adalah seorang perempuan yang berkahwin atau yang sedang dalam'iddah, suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa kepada orang yang diakui itu melainkan jikapengakuan perempuan itu disahkan oleh suaminya itu atau disahkan dengan keterangan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 114. Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam 'iddah. (... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 115. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.

Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika disetujui atau disahkanoleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu, sertamembetuli kehendak-kehendak Hukum Syara', adalah menjadi suatu perkeluargaan yang sah, setakat perhubungandi antara bapa atau ibu dengan anak itu sahaja, dengan syarat bahawa memandang kepada umur orang yangmembuat pengakuan dan umur orang yang diakui itu maka adalah munasabah di sisi Hukum Syara' orang yangdiakui itu menjadi ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 115. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 116. Pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu, atau bapa.

Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai seorang keluarga, selain daripada sebagai seorang anak, ibu, ataubapa, pengakuan itu tidak boleh menyentuh mana-mana orang lain melainkan orang lain itu mengesahkan pengakuanitu.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 116. Pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu, atau bapa. (... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIKesahtarafan Anak

Seksyen 117. Pengakuan tidak boleh dibatalkan.

Sesudah sahaja pengakuan atau pengesahan dibuat tentang pertalian sebagai bapa dan anak atau tentangperkeluargaan atau persaudaraan, maka pengakuan atau pengesahan itu tidak boleh dibatalkan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 117. Pengakuan tidak boleh dibatalkan. (ENAKMEN UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:25 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIPerintah supaya Hidup Bersama Semula

Seksyen 118. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung.

Jika seseorang telah tidak lagi bersekedudukan dengan isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh HukumSyara', isteri itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersamasemula dengan isterinya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 118. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung. (ENAK... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:26 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAIRayuan

Seksyen 119. Rayuan.

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan mana-mana Pendaftar di bawah Enakmen ini bolehmerayu mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Enakmen Pentadbiran atau mana-mana undang-undang lainberkenaan dengan prosedur sivil di Mahkamah Syar'iah bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah RendahSyar'iah.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 119. Rayuan. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADB... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:26 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 120. Poligami tanpa kebenaran Hakim Syar'i.

Jika seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan lain di mana-mana tempat dalam masa dia masihberisterikan isterinya yang sedia ada tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Hakim Syar'i,maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit ataupenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 120. Poligami tanpa kebenaran Hakim Syar'i. (ENAKMEN ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 121. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dantanpa kebenaran Mahkamah itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidakmelebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 121. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahk... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 122. Tidak membuat laporan.

(1) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah Enakmen ini dan dia bersengaja cuai atautidak berbuat demikian, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihisatu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau dikehendaki mengemukakan sesuatu permohonandi bawah Enakmen ini atau dikehendaki memberi sesuatu maklumat atau menyempurnakan atau menandatanganiapa-apa dokumen yang perlu di sisi undang-undang bagi maksud melaksanakan pendaftaran dokumen itu, dan diacuai atau tidak membuat laporan itu atau mematuhi kehendak itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan danhendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanyasekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 122. Tidak membuat laporan. (ENAKMEN UNDANG-UNDA... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 123. Meninggal langsung isteri.

Jika seseorang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan diabersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklahdihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 123. Meninggal langsung isteri. (ENAKMEN UNDANG-UN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 124. Menganiaya isteri.

Seseorang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya adalah melakukan suatu kesalahan danhendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanyasekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 124. Menganiaya isteri. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 125. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.

Seseorang yang tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isterinya mengikut Hukum Syara' adalahmelakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 125. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri. ... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 126. Isteri tidak menurut perintah.

Seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut perintah yang sah yang diberi oleh suaminya mengikut HukumSyara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagikesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 126. Isteri tidak menurut perintah. (ENAKMEN UNDANG-... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 127. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.

Seseorang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan menjadikan dirinya murtad untukmembatalkan perkahwinannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara tidak melebihienam bulan.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 127. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan. (ENAKM... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 128. Bersekedudukan semula dalam tempoh 'iddah raj'i.

(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya dalamtempoh 'iddah raj'i tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju' yang sah adalah melakukan suatu kesalahan danhendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanyasekali.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian itu, makasuami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit ataupenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Seseorang perempuan yang bersyubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalahmelakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidakmelebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 128. Bersekedudukan semula dalam tempoh 'iddah raj'i. (EN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 129. Ruju' tanpa persetujuan isteri.

Seseorang suami yang melafazkan ruju' dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada isterinyaadalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 129. Ruju' tanpa persetujuan isteri. (ENAKMEN UNDANG-... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 130. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah nafkah.

Tanpa menyentuh hak seseorang yang ada mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah nafkah yang dibuatdi bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakannya di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undanglain, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh, jika perintah nafkah itu dengan sengaja tidak dipatuhi,mengarahkan supaya jumlah yang kena dibayar itu didapatkan mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah, atau boleh menjatuhkan hukuman penjarake atas orang yang sengaja cuai mematuhi perintah nafkah itu selama tempoh tidak melebihi satu bulan bagitiap-tiap bulan nafkah yang masih belum dibayar.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 130. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah nafkah. (ENAK... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN

Seksyen 131. Percubaan dan syubahat.

Barang siapa cuba melakukan, atau bersyubahat melakukan, sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini adalahmelakukan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan bagi kesalahanutamanya.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 131. Percubaan dan syubahat. (ENAKMEN UNDANG-UND... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN X - AM

Seksyen 132. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

(1) Raja, dengan nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untukmengawal amalan dan prosedur dalam semua prosiding hal ehwal suami-isteri di bawah Enakmen ini mengikutsebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yangkena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepadanya itu, semua prosiding di bawah Enakmen ini hendaklahdikawal oleh amalan dan prosedur Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat mana amalandan prosedur itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan prosedur dalam prosiding hal ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengannyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam EnakmenPentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan prosedur yang difikirkannya wajar bagi mengelakkanketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak berkenaan.

(3) Raja, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud-maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakanperuntukan-peruntukan bagi-

(a) cara bagaimana Pendaftar-Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam hendaklahmenjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada mereka oleh Enakmen ini;

(b) bentuk Daftar-Daftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' dan surat-surat perakuan nikah, perceraian, danruju' dan cara bagaimana Daftar-Daftar dan surat-surat perakuan dikehendaki disimpan;

(c) membekal dan menyimpan dengan selamat Daftar-Daftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju', bukunota-bukunota Pendaftar, dan segala akuan yang dibuat bagi maksud-maksud Enakmen ini;

(d) menyedia dan mengemukakan penyata-penyata perkahwinan, perceraian, dan ruju' yang didaftarkan dibawah Enakmen ini;

(e) bentuk apa-apa perakuan, notis, atau lain-lain dokumen yang dikehendaki bagi maksud melaksanakanEnakmen ini;

(f) membuat pencarian-pencarian dan memberi salinan-salinan yang diperakui;

(g) fee yang boleh dikenakan bagi maksud-maksud Enakmen ini;

(h) hukuman kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini;dan

(i) lain-lain perkara bagi maksud melaksanakan Enakmen ini.

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 132. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah. (ENAKMEN UN... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:27 PM

ENAKMEN 12 TAHUN 1985ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN X - AM

Seksyen 133. Pemansuhan.

Bahagian VII,VIII, seksyen 133, 136, 137, 138, dan perenggan (n) seksyen 160 Enakmen Pentadbiran HukumSyara', [En. Tr. 4/1955.] adalah dengan ini dimansuhkan.

Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 5 Disember 1985.

[SUK. TR. (S) 771; PUN. TR. (S) 142/2]

CHE MAT BIN JUSOH,Setiausaha Dewan Undangan Negeri,

Terengganu

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.

Seksyen 133. Pemansuhan. (ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENT... http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Sta...

1 of 1 2/11/2014 12:28 PM