35
EPP 411 Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer 1 TUGASAN Januari 2015 SEMESTER KOD KURSUS EPP 411 NAMA KURSUS Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN FAJAR INTERNATIONAL COLLEGE, MIRI

EPP411.Pengajaran.komputer.B.melayu.jan.2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TUGASAN

Citation preview

Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

EPP 411Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

2

TUGASAN

Januari 2015 SEMESTER

KOD KURSUSEPP 411

NAMA KURSUSPengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATORAKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

FAJAR INTERNATIONAL COLLEGE, MIRI

TUGASAN (40%)

Pengenalan

Tugasan ini terdiri daripada TIGA Bahagian.

BAHAGIAN A: [10 markah]

Baca artikel bertajuk Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak oleh MELVINA CHUNG HUI CHING & JAMALUDIN BADUSAH

Apakah tujuan dan rasional kajian ini? 1 halaman

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah Bintulu, Sarawak. Sikap guru terhadap komputer atau ICT merupakan satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer, selain ciri-ciri komputer dan dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Di samping itu, kajian ini juga meninjau sikap terhadap penggunaan ICT berdasarkan jenisaliran sekolah dan kursus ICT yang pernah dihadiri oleh guru-guru.

Seramai 105 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah rendah di Bintulu, iaitu tujuh buah sekolah rendah kebangsaan (SK) dan lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) telah dijadikan sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian Fairose (2006). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah positif. Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran berdasarkan jenis aliran sekolah. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT.

Jelaskan dapatan kajian ini 3 halaman.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah baik iaitu berada dalam tahap tinggi dansederhana. Terdapat perbezaan sikap guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Pengalaman mengikuti kursus didapati mengubah sikap guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun peluang mengikuti kursus agak terbatas menyebabkan mereka merasakan tertinggal dari aspek pengaplikasian ICT. Guru-guru juga didapati bersikap kurang pasti terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

SIKAP GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN ICTSoal selidik dalam Bahagian B ini mengandungi 10 item yang berkaitan dengan sikap responden terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Melayu. Maklumat tentang sikap, terhadap penggunaan ICT dapat dijelaskan dalam Jadual 3. Berdasarkan Jadual 3, didapati sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran mereka berada pada tahap yang tinggi, iaitu dengan skor min 3.74. Analisis ini menunjukkan bahawa responden bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah. Hasil analisis juga menunjukkan 8 daripada 10 item yang diuji kepada guru-guru Bahasa Melayu dalam kajian ini berada pada tahaptinggi. Namun, terdapat 2 item menunjukkan responden bersikap sederhana terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual 3, didapati skor min yang tertinggi bagi aspek sikap ialah item yang merujuk kepada keperluankursus ICT untuk meningkatkan kemahiran guru. Guru suka mengikuti kursus ICT untuk meningkatkan kemahiran berkomputer, didapati seramai 94 orang guru (89.5%)bersetuju dan suka mengikuti kursus ICT untuk memantapkan kemahiran penggunaan komputer. Namun, terdapat 10 orang guru (9.5%) tidak pasti dengan pernyataan tersebut dan hanya seorang guru (1.0%) yang tidak suka mengikuti kursus ICT. Bagi item yang merujuk kepada sokongan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, terdapat 86 orang guru (81.9%) bersetuju dan menyokong penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Keyakinan guru-guru terhadap penggunaan ICT masih sederhana dengan skor min 3.50. Hanya 7 orang (6.7%) yangsangat bersetuju iaitu berkeyakinan untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Manakala seramai 30 orang (28.6%) masih tidak pasti dan seramai 14 orang (13.3%) tidak bersetuju. Sikap guru-guru juga sederhana terhadap bahan bantu mengajar dari sumber ICT dengan skor min 3.36.

SIKAP GURU BAHASA MELAYU YANG PERNAH MENGHADIRI KURSUS ICT DENGAN TIDAK PERNAH MENGHADIRI KURSUS ICT TERHADAP PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN

Hasil kajian mendapati sikap positif guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran mereka.Suwarnee (2006) telah juga melihat kesediaan guru-guru terhadap penggunaan ICT. Hasil kajiannya mendapati sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.94 yang mana menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang bersedia menggunakan ICT dalam pengajaran mereka adalah guru yang pernah menghadiri kursus ICT berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Ini sejajar dengan pendapat Summer (1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Russel dan Bradley (1997) dalam Alexandra et al. (2006) melaporkan bahawa ramai guru yang tidak menggunakan komputer disebabkan mereka kurang keyakinan diri ataupun berasa takut akan komputer. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati kewujudan sikap negatif guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional.

Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004) yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mind-set tentang kaedahpengajaran yang disukai mereka. Guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus ICT harus didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT melalui kursus-kursus ICT yang ditawarkan. Ini sejajar dengan pendapat Ahmad Fuad (2003) bahawa hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses P&P memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif.

Nyatakan implikasi dapatan kajian ini 1 halaman.

Perkembangan dalam penyelidikan yang berhubung dengan ICT memerlukan anjakan peranan pendidik dan profesion keguruan. Oleh yang demikian,, latihan pendidikan guru memerlukan perubahan paradigm bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan untuk mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), pangkalan data atau melalui sistem internet. Penggunaan alat bantu mengajar ini akan dapat meningkatkan minat serta merangsangkan minda pelajar pada zaman siber ini dan telah dianggap serta diakui sebagai pemangkin dalam proses pengajaran danpembelajaran (Norizan et al. 2004). Dalam zaman ledakan Dunia Bermaklumat(Information Age) ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolah-sekolah seluruh negara. Menjelang tahun 2010, semua sekolah di negara ini akan menerapkan pembelajaran berkonsepkan Sekolah Bestari, iaitu pengajaran dan pembelajaran berteraskan ICT. Cabaran baharu dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan guru-guru yang aktif menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajarandaripada tradisi kepada kaedah yang lebih canggih dan moden. Esah (2003), menyatakan bahawa dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah menuntut pelbagai pembaharuan dan cabaran secara komprehensif.

Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara yang terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.

Berdasarkan kajian ini, didapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam bahagian Bintulu, Sarawak mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT. Guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan ICT ketika menjalankan pengajaran danpembelajaran. Sikap yang sedemikian agak membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Pendedahan ICT kepada guru Bahasa Melayu perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan guru-guru mahir menggunakan ICT dalam pdp Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka berkemungkinan guru-guru kita akan terus ketinggalan dan kurang mahir menggunakan ICT, khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada zaman siber ini. Sebagai langkah bijak, kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat diberi kursus atau latihan ICT. Dalam masa yang sama, guru-guru Bahasa Melayu harus mengambil inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran. Justeru, pengajaran secara tradisional yang berteraskan chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran baharu. pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan

BAHAGIAN B: [10 markah] 5-6 halaman

Dalam bahagian ini, anda dikehendaki menjalankan kajian tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran & pembelajaran bahasa Melayu di sekolah anda dan tulis satu laporan.

Pengenalan

Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestari telah diperkenalkan pada tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikan sebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antara langkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal komputer, TV pendidikandan penyediaan kemudahan SchoolNet. Agenda kerajaan untuk membina dan membangunkan modal insan pada masa depan amat bergantung pada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirancang dan dilaksanakan untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia dan telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP ini menggariskan enam teras utama dan salah satu teras utamanya iaitu, pembangunan modal insan yang memberikan tumpuan untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu,penekanan dalam hal ini dapat dilihat daripada program yang dirancang dalam Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Ia menyatakan bahawa pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Program ini melibatkan usaha melengkapkan semua sekolah dengan infrastruktur, perkakasan, perisian dan aplikasi, latihan guru serta pengurusan perubahan yang bersesuaian dan mencukupi.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa telah lama diaplikasikan. Menurut Gagne et al. (2005), penggunaan teknologi seperti information communication technologies (ICT) sebagai media pengajaran dalam P&P mampu membantu guru sebagai bahan bantu mengajar dan membantu murid sebagai bahan bantu belajar. Hal ini adalah selari dengan dasar ICT dalam pendidikan negara yang telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, di mana penggunaan ICT dalam pendidikan menjadi media pengajaran utama dan guru sebagai fasilitator bermula pada tahun 2010 (Lim, 2010).

Pengajaran bahasa dengan menggunakan teknologi adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.

Perhatikan amalan guru dan kemudahan yang disediakan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.

Pada tahun 2003, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah diimplementasikan disekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara. Sebanyak Ringgit Malaysia 1.3 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Blue print Pendidikan Kebangsaan memperuntukkan 123,725 buah komputerdan 3,205 pusat akses Internet di semua sekolah seluruh negara (The Star, Julai 2007). Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Program-program tersebut adalah langkah kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berilmu dan celik IT yang seiring dengan cabaran globalisasi. Oleh itu, guru merupakan medium utama yang memainkan peranan untuk memastikan program ini berjaya mencapai matlamatnya. Pada bulan Januari hingga Jun 2007 sahaja, sebanyak 123,725 buah komputer telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Malaysia dan 2,043 buah sekolahmenengah telah dibekalkan dengan 8,172 unit komputer, 2,043 buah pencetak digital untuk tujuan pihak pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.

Berdasarkan kajian oleh Sunal (1996), beliau mendapati bahawa pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada Internet oleh pelajar. Namun demikian keadaan ini tidak akan berlaku selagi guru tidak mempunyai pengetahuan yang dapat membantu memudahkan penggunaan ICT dalam kalanganpelajar. Malah menurut Robiah dan Juhana (2002), dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesa-gesa.Selain daripada itu, proses memahirkan guru untuk menjayakan Program Penggunaan Teknologi memerlukan kos dan memakan masa yang panjang. Mengikut Charp (2003) guru memerlukan tiga tahun untuk mahir dalam penggunaan teknologi. Menurutnya tahun pertama untuk menguasai sumber teknikal, tahun kedua untuk meneroka kurikulum dan tahun ketiga untuk memperkemaskan aplikasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur, guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas dan ada di kalangan guru menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagikumpulan guru yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif terhadap komputer.

Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar.

Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini menuntut sikap positif guru terhadap teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan dengan mengintegrasikan aplikasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya akan memanfaatkan golongan pelajar.

Temu bual beberapa guru bahasa Melayu tentang penggunaan teknologi Apakah jenis teknologi digunakan oleh guru bahasa Melayu?

Kemudahan komputer dan alat teknologi merupakan elemen penting untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer hendaklah mencukupi dalam setiap sesi pembelajaran dimana tiada istilah sebuah komputer untuk kegunaan 2 atau 3 orang pelajar. Selain itu, talian internet amat diperlukan bagi setiap pelajar untuk mencari maklumat tambahan dan bahan rujukan bagi sesuatu matapelajaran. Ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar disamping kemahiran memproses dan menganalis data. Dengan adanya kemudahan internet juga, guru dan pelajar boleh menjalankan sesi pembelajaran secara forum. Pelajar dapat bertanyakan pelbagai soalan mengenai sesuatu topik secara terus seperti sesi pembelajaran di kelas. Guru akan memberi respon kepada pelajar dengan cepat dan pantas. Disamping itu, penggunaan komunikasi elektronik (email) amat di galakkan untuk bertukar-tukar idea mengenai pelajaran dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Mereka dapat menerima bahan pembelajaran dalam pelbagai bentuk seperti teks, video, animasi dan sebagainya yang mampu meningkatkan lagi pemahaman tentang sesuatu konsep. Sekolah juga dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran interaktif berbentuk CD.

Berdasarkan kajian Mayer dan Chandler (2001), animasi yang dibina berlandaskan teori atau prinsip amat berkesan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Semasa pembentangan dijalankan, guru dan para pelajar boleh menggunakan alat pemancar (projector) yang disambung ke komputer dan boleh disaksikan di papan layar putih. Pembentangan itu akan menjadi lebih menarik dan bermanfaat jika disertakan video atau animasi berkaitan topik yang dibentangkan.

Melalui integrasi ICT, beberapa perubahan berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusat pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar ini membenarkan pelajar mengambil peranan yang lebih proaktif, bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan bahan-bahan pembelajaran pelbagai serta melalui pengalaman belajar dan kemahiran menilai yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat mereka.

Berapa kerap teknologi digunakan? Apakah alasan-alasan yang diberi oleh guru untuk tidak menggunakan teknologi?

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dilaksanakan mengikut kadar yang masih kurang dan jarang dilaksanankan.Pada dasarnya perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut :

1. Kekurangan Masa Masalah yang sering dikemukakan oleh guru-guru Bahasa Melayu ataupun guru-guru mata pelajaran lain ialah tentang kekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan pengajaran menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru tidak sempat meneliti bahagian-bahagian perisian yang sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu. Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Seorang guru memerlukan masa yang khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan yang melibatkan pengunaan ICT yang kadang kala sedikit rumit. Persediaan untuk pdp menggunakan ICT memerlukan perancangan yang baik untuk memastikan pdp dijalankan dengan lancar, teratur dan berkesan..

2. Kekurangan Bahan SumberApa yang maksudkan dengan bahan sumber ialah kekurangan alat atau kelengkapan terhadap alatan ICT. Justeru itu, ianya akan menimbulkan masalah kepada guru ketika menggunakan peralatan ICT kerana alatan tidak cukup atau tidak lengkap. Ini menyebabkan guru akan hilang minat terhadap pengaplikasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

3. Kurang mahirKurang mahir terhadap penggunaan alatan canggih atau berteknologi tinggi merupakan salah satu faktor mengapa guru tidak berminat atau kurang menggunakan ICT dalam pdp bahasa Melayu.

4. Kurikulum Yang SamarKurikulum pada masa kini tidak mengaplikasikan secara keseluruhan subjek atau matapelajaran di ajar menggunakan kaedah ICT. Jadi ini bakal menimbulkan halangan kepada guru-guru yang ingin menggunakan pendekatan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran kerana bimbang dan khuatir ianya lari atau bercanggah dengan kurikulum.

5. Kurang Sokongan Daripada Pihak AtasanSikap sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap lepas tangan dan kurang member sokongan kepada para guru dalam penggunaan ICT juga mematikan semangat guru. Seharusnya sokongan yang kuat harus diberikan untuk menaikkan semangat guru namun apa yang berlaku guru dipandang lekeh dan tidak memberi sebarang kerjasama kepada guru dalam meningkatkan pengaplikasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

6. Kekurangan Latihan Dan Bantuan Teknikal.Di dalam penggunaan ICT,Bukan semua penggunaan ICT berjalan dengan senang dan lancar tanpa ada masalah yang berkaitan dengan aplikasi ICT. Tidak semua sekolah yang ada pegawai teknikal khas yang mengendalikan peralatan ICT di sekolah dan dapat memberi bantuan teknikal. Ini menyebabkan guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jika berlaku kerosakan kepada sistem komputer. Masalah yang berlaku dalam sistem komputer tersebut menyebabkan guru merasa tidak mengambil endah akan masalah yang dihadapi.

7. Guru Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Tentang KomputerGuru-guru yang menggunakan pengaplikasian ICT ini bukanlah semuanya mempunyai kemahiran berkaitan dengan komputer, malah mereka tidak mengambil subjek yang khusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek sampingan. Ini menyebabkan guru-guru bahasa Melayu mempunyai kemahiran komputer yang asas sahaja dan ia mempengaruhi keyakinan mereka dalam mengaplikasikan penggunaan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

8. Bilangan Komputer Yang Tidak MencukupiBilangan komputer tidak mencukupi sekolah ini merumitkan guru yang ingin menggunakan kemudahan komputer sebagai proses pengajaran yang lebih menarik dan percubaan di dalam pengaplikasian ICT di dalam pembelajaran. Sekolah kami mempunyai bilik komputer yang dapat menempatkan 22 buah komputer, namun bilik itu sehingga ke hari ini masih kosong dan bekalan komputer belum lagi diterima walaupun sudah berkali-kali pihak PKG memaklumkan pihak sekolah akan menerima peralatan tersebut dalam waktu terdekat. Nampaknya seperti menabur janji yang kosong.

9. Kurang Inisiatif Untuk Memantapkan Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Dalam Mengintegrasikan ICT Dalam Bilik DarjahKebiasaan guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan sumber primer seperti bahan bercetak,buku teks dan lain-lain untuk meneruskan prosespengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Disebabkan oleh penggunaan ICT ini mengambil masa yang lama semasa proses memasukkan maklumat serta semasa ingin memulakan sesi pengajaran. Kadangkala berlaku permasalahan terhadap perisian komputer,jadi para guru mengambil inisiatif untuk melakukan proses pengajaran secara tradisional sahaja yang mana proses pengajaran hanya berlaku di dalam kelas sahaja.

10. Kekangan Dalam Menghabiskan SilibusBagi guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer, didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.

11. Sikap Negatif GuruTerdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam sekolah telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.

12. Kekurangan KemahiranPenggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagaikecerdasan yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti daninovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Sejauh manakah guru mahir dan minat menggunakan teknologi? Adalah kemudahan teknologi mencukupi?

Sejajar dengan perkembangan dunia terkini, penggunaan ICT dalam kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Akan tetapi, dalam memperihalkan penggunaan ICT, guru bahasa Melayu seringkali dikaitkan dengan masalah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu.

Melalui temubual saya bersama beberapa orang guru, rata-rata memberitahu bahawa merela memang berminat untuk menggunakan komputer untuk pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Sama ada mahir atau tidak mengendalikan komputer, semua guru pernah mencuba atau pernah menggunakan komputer dan ICT dalam pdp. Namun kekangan yang berlaku menyebabkan kurangnya penggunaan ICT atau komputer semasa pdp adalah atas kesulitan atau kekangan masa untuk mengatur skrin, projector dan sebagainya. Masa yang banyak diperuntukkan hanya untuk membuat persiapan peralatn tersebut memandangkan kemudahan yang ada di sekolah ini adalah terhad. Projektor-projektor LCD yang dibekalkan oleh pihak kerajaan sudah tidak berfungsi lagi. Projektor yang tinggal adalah atas inisiatif pihak sekolah. Maka dengan adanya hanya satu projector maka guru-guru terpaksa mengambil giliran untuk menggunakannya.

Selain itu juga, guru-guru menggunakan komputer riba peribadi untuk memastikan murid tidak ketinggalan dalam arus siber ini. Dengan kemudahan ICT yang kurang memuaskan, guru-guru berusaha dengan gigih untuk memastikan murid SK Kampung Bakam didedahkan dengan teknologi dan ICT. Walaupun pdp berbantukan komputer atau ICT jarang dilaksanakan namun ianya ada dijalankan dengan usaha guru-guru. Semasa temubual saya bersama guru-guru ini, rata-rata mereka amat berminat menggunakan teknologi. Namun kekurangan kemudahan teknologi yang dibekalkan ke sekolah seolah-olah menjadi halangan yang amat besar kepada sekolah. Pihak pengurusan sekolah telah berusaha memohon sumbangan dari luar dan dengan usaha itu sekolah telah dibekalkan dengan komputer riba 1 Malaysia sebanyak 41 buah. Semoga dengan ini nanti, guru-guru akan terus berminat untuk melaksanakan pdp berbantukan teknologi dan internet.

Majoriti daripada guru tidak menghadapi masalah untuk mengajar bahasa Melayu. Walau bagaimanapun berdasarkan temubual saya, guru menghadapi masalah dalam memilih kemahiran dan kandungan pengajaran yang sesuai untuk semua murid. Masalah ini timbul disebabkan kebolehan murid yang berbeza-beza berada dalam satu kelas. Guru-guru tidak dapat menyediakan latihan yang berbeza, iaitu satu latihan untuk kumpulan baik dan satu latihan lagi untuk kumpulan yang pencapaianjnya rendah.

Mengikut tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Bahasa Melayu telahpun menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian PelajaranMalaysiadalam membantu guru-guru memartabatkan Bahasa Melayu. Mereka telah menggunakan perisian Internet dengan baik. Ini menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi membantu mereka semasa di dalam kelas. Walaupun kebanyakan guru Bahasa Melayu adalah guru yang sudah berumur lebih daripada 40 tahun, namun mereka tidak segan menggunakan teknologi dan sentiasa ingin belajar. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dengan berkesan.

Usaha-usaha telah dijalankan dimana guru-guru mahir telah mengadakan bengkel-bengkel dan ladap dalam usaha membantu guru-guru yang masih belum mahir ICT. Usaha-usaha ini dijalankan berterusan dalam usaha untuk memastikan guru-guru baru dan lama tidak ketinggalan dalam arus dunia teknologi dan siber. Harapan pihak sekolah agar pdp subjek lain juga dapat dilaksanakan menggunakan komputer.

Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya mereka dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu dimanafaatkan penggunaan secara efektif dan efisen. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, namun ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya. Harus diingatkan teknologi hanyalah alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sudah tentu ia tidak dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang lebih luas.

BAHAGIAN C: [20 markah] 15 halaman

Tujuan Untuk menunjukkan bagaimana teknologi diintegrasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Perancangan: Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - mengajar salah satu aspek kemahiran membaca, menulis, mendengar atau bertutur Masa: 1-2 masa Format RPH KSSR jelaskan dengan terperinci kaedah dan langkah-langkah dan teknologi yang digunakan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )10.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )Tarikh :08 April 2015Tahun :: 4 BestariBilangan Murid : 35 orang Masa :60 minit Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tema :Kebudayaan Tajuk :Perayaan di MalaysiaSTANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Bertutur, berbual danmenyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripadapelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti namadiri orang dan kata ganti nama diri tanya dengan betul dalam formal dan tidak formal secara bertatasusila.

2.3 Membaca kuat pelbagaibahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan untuk menjana idea dengan betul.

5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi.5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telah mantap dengan betul dalampelbagai situasi.

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat;1. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaa secaralisan.2. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenaiperayaan di Malaysia.3.Murid dapat menuliskaranganpendek tentang perbezaan perayaandi Malaysia denganmenggunakan ayat majmuk yang betul.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.Sistem Bahasa Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.Pengisian Kurikulum / Elemen Merentas Kurikulum Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan, Pendidikan Moral Nilai Murni : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.StrategiKemahiran Bernilai Tambah (KBT)Kemahiran Berfikir: Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.Kemahiran Belajar Cara : Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalamanmereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia

Bahan Bantu Mengajar : Power point, buku latihan dan alat tulis

JenisBilangan

1Komputer Riba1

2LCD1

3Gambar-gambar perayaan pelbagai kaum5

4Borang Pengurusan Grafik

Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi (5 Minit) Murid diperdengarkan audio .(Audio) Kemudian murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia .(Jenis Perayaan di Malaysia) i)Murid diminta mendengar dan meneka audio yang diperdengarkaan.ii)Murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.ii)Bersoal jawab tentang jenis perayaan iii) Penerangan guru tentang slaid dan audio dengan pelajaran .

KB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBM : power point.Audio.

Langkah 1 (15 minit) Guru mempamerkan teks cerita yang bertajukPerayaan Di Malaysia melalui power point.(Petikan perayaan di Malaysia)

i)Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul.ii)Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.iii)Bersol jawab tentang isi petikan..KB : Membuat inferens BCB : i) Membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita,power point

Langkah 2 (15 minit)

Murid berbincangan dalam kumpulan dan membentangkan hasil dapatan melalui carta pengurusan grafik

i) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.ii)Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)Murid dikehendaki mencatat perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dalam carta grafik.iv)Murid diminta membentangkan kepada rakan--rakan. v)Bersoal jawab tentang soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormat-menghormati Penilaian objektif Pemerhatian berdasarkan perbincangan dalam kumpulan & pembentangan hasil kerja

BBM: Carta Pengurusan Grafik

Langkah 3 (20 minit) Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Menulis karangan Pendek.(Karangan)

i)Murid terlebih dahulu diberi penerangan dan panduan untuk menulis karangan pendek. Pengayaanii)Murid diberi latihan iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia.Pemulihaniii)Murid yang lemah dibimbing oleh guru untuk menulis cerita pendek.

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBM : kertas latihan

Penutup (5 minit) Rumusan guru mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menanyakan nilai - nilai murni yang terdapat dalam slaid yang ditayangkan.(Slaid Raya) i)Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati

KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : Gambar .