Upload
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TINJAUAN PASARAN DI ZON SELATAN PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN PENDIDIKAN (MATEMATIK)
ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
ERUAN SHAH BIN AMBAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia: DR. HAMDAN BIN SAID
Tarikh : 1 NOVEMBER 2010
i
TINJAUAN PASARAN DI ZON SELATAN PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN PENDIDIKAN (MATEMATIK)
ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
ERUAN SHAH BIN AMBAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan
Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : ERUAN SHAH BIN AMBAR
Tarikh : 1 NOVEMBER 2010
iii
DEDIKASI
Buat isteri tercinta…
Shahriza Inna Shahrom
Buah hatiku…
Eirdina Shafwa
Ibu bapa yang disayangi dan dihormati…
Allahyarham Hj.Ambar @ Tahir Satimin
Umi Habibah Marjan
Hj.Shahrom Kasnin
Siti Zaliha Muhamad
Saudaraku yang diingati…
Mohamad Murad & Norervina Jailani
Shahredza Amini & Shahredza Hanifi
Khairun Nasuha & Asmahani
Junaidah Ani & Mohamad Ibrahim
Semua pensyarah dan guru-guruku…
Rakan-rakan seperjuangan dan sekerja…
“TANPA DIRIMU, SIAPALAH DIRIKU”
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya Projek Sarjana ini dapat disiapkan dengan jayanya. Di kesempatan ini,
pengkaji ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.
Hamdan bin Said di atas segala kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan serta sokongan yang
telah beliau curahkan dalam menyiapkan kajian ini. Segala pertolongan beliau memang
tak dapat dibalas dengan wang ringgit. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada para
pensyarah yang turut sama menyumbangkan idea dan ilmu mereka sepanjang pengajian
saya di Fakulti Pendidikan ini.
Jutaan penghargaan buat ahli keluarga tercinta yang banyak bersabar,
memberikan bantuan, memberikan dorongan dan motivasi, jasa kalian tidak ternilai
harganya. Buat rakan-rakan SPPTP, Pontian, terima kasih atas segala kerjasama anda
semua. Tanpa kerjasama semua, tak mungkin program ini berjaya dijalankan.
Akhir kata, sekalung penghargaan buat semua yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan kajian yang dijalankan ini. Didoakan agar jasa bakti anda akan
dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Apakah program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) anjuran
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memenuhi keperluan
pasaran? Kajian diskriptif menggunakan kaedah tinjauan ini bertujuan untuk mencari
jawapan kepada persoalan ini dan sebagai memenuhi satu syarat Malaysian Quality
Assurance. Majikan institusi pendidikan diminta memberikan penilaian terhadap
kurikulum program akademik yang meliputi pengisian konsep teori, jangka masa
pengajian, peluang kerjaya, penajaan, dan keperluan pasaran pekerjaan. Satu set soal
selidik yang dikeluarkan oleh MQA digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 180 set
soal selidik lengkap telah dikumpulkan dalam masa yang diperuntukkan. Data telah
dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan
hasil analisis dipaparkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian
secara keseluruhannya menunjukkan bahawa majikan berpuas hati terhadap
kesesuaian pengisian konsep teori, jangka masa pengajian, peluang kerjaya, dan
pasaran pekerjaan program akademik yang dicadangkan.
vi
ABSTRACT
To what extent the Bachelor of Science with education (Mathematics) program
conducted by Universiti Teknologi Malaysia fulfill the market needs? The
descriptive study used survey method to discover the answer for this issue as to full
fill the requirement of Malaysian Quality Assurance (MQA). The educational
institution employers have been asked to evaluate the curriculum of academic
program included the theory concept, period of completing the program, carrier
opportunity and the requirement of employment. A set of questionnaire issued by
MQA were used in this study. There were 180 complete sets of questionnaire
returned in appropriate time. The data obtained have been analysed using Statistical
Package for Social Science (SPSS) and the findings were exhibit in the form of
percentage, frequency and mean. The overall findings showed that the employers
were satisfied on the suitability of the theory concept, period of completing the
program, carrier opportunity and the requirement of employment for the academic
program suggested.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Definisi Konsep 6
1.7.1 Tinjauan Pasaran 6
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Batasan Kajian 8
1.10 Penutup 8
2 SOROTAN KAJIAN 10
viii
2.1 Pengenalan 10
2.2 Modal Insan 10
2.3 Tinjauan Pasaran 11
2.4 Kepentingan Tinjauan Pasaran 12
2.5 Keperluan Tinjauan Pasaran Dalam
Program Akademik 13
2.6 Kaedah Pelaksanaan Tinjauan Pasaran 14
2.7 Jangkaan Dapatan Dari Tinjauan Pasaran 17
2.8 Aspek Penilaian Soal Selidik 17
2.8.1 Teori Asas 17
2.8.2 Jangkamasa Pengajian 19
2.8.3 Peluang Kerjaya 20
2.8.4 Penajaan 21
2.8.5 Kesesuaian Program 22
2.9 Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik) 23
2.10 Penutup 24
3.0 METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pengenalan 25
ix
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Instrumen Kajian 26
3.4 Populasi Dan Pensampelan 28
3.5 Prosedur Kajian 28
3.6 Analisa Data 29
3.7 Penutup 29
4.0 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 30
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Item 30
4.2.1 Bahagian 1 : Kandungan Program Dan
Kesesuaian Dengan Keperluan Organisasi 30
4.2.1.1 Jenis Organisasi 31
4.2.1.2 Memenuhi Asas Teori 31
4.2.1.3 Pemakaian Konsep Teori Dalam
Keadaan Semasa 32
4.2.1.4 Mata Pelajaran 32
4.2.1.5 Mata Pelajaran Yang Perlu 33
4.2.1.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu 33
4.2.1.7 Kriteria Teori Asas 34
x
4.2.1.8 Kriteria Konsep Semasa 34
4.2.1.9 Kriteria Perundangan / Akta 35
4.2.1.10Kriteria Penggunaan ICT 35
4.2.1.11Kriteria Penggunaan Kaedah
Kuantitatif 36
4.2.1.12Kriteria Hubungkait Dengan
Pasaran Kerja 36
4.2.1.13Jangkamasa Pengajian 37
4.2.1.14Tempoh Latihan Praktikal 37
4.2.2 Bahagian II : Peluang Kerjaya 38
4.2.2.1 Kesesuaian Bidang Pekerjaan 38
4.2.2.2 Kesesuaian Jawatan 38
4.2.2.3 Jumlah Jawatan 39
4.2.2.4 Jumlah Pendapatan 40
4.2.2.5 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran 40
4.2.3 Bahagian III : Lain-lain 41
4.2.3.1 Penaja Pengajar 41
4.2.3.2 Galakkan Mengikuti Program 41
4.2.3.3 Kesesuaian Program 42
xi
4.3 Pecahan Analisis Berdasarkan Objektif Kajian 43
4.3.1 Objektif Pertama 43
4.3.2 Objektif Kedua 44
4.3.3 Objektif Ketiga 45
4.3.4 Objektif Keempat 46
4.3.5 Objektif Kelima 47
4.4 Penutup 48
5.0 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 49
5.1 Pengenalan 49
5.2 Rumusan Kajian 49
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 50
5.3.1 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian
Pengisian Konsep Teori Dalam Program
Yang Ditawarkan 50
5.3.2 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian
Jangka Masa Pengajian Dan Tempoh Masa
Latihan Praktikal 51
5.3.3 Pandangan Majikan Terhadap Peluang Kerjaya
Graduan Dari Program Yang Ditawarkan 52
xii
5.3.4 Pandangan Responden Terhadap Kesediaan
Penajaan Bagi Membiayai Kakitanganya
Mengikuti Pengajian Program 52
5.3.5 Persepsi Majikan Tentang Kesesuaian Program
Dalam Menghasilkan Graduan Yang Memenuhi
Kehendak Pasaran 53
5.4 Implikasi Kajian 53
5.5 Cadangan 54
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 55
5.7 Kesimpulan 56
RUJUKAN 57
LAMPIRAN A 61
LAMPIRAN B 67
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Taburan Item Soal Selidik 26
3.2 Taburan Item Soalan Bahagian A 27
3.3 Taburan Item Soalan Bahagian B 27
3.4 Taburan Item Soalan Bahagian C 27
4.1 Taburan Responden Mengikut Jenis Organisasi
/ Industri 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Jawapan
Memenuhi Aspek Teori 31
4.3 Taburan Responden Mengikut Pandangan
Mereka Ke Atas Kesesuaian Pemakaian
Konsep Teori 32
4.4 Taburan Responden Mengenai Kekuatan
Mata Pelajaran Terhadap Program 32
4.5 Program Meliputi Mata Pelajaran Yang Perlu 33
4.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu 33
4.7 Kriteria Teori Asas 34
4.8 Kriteria Konsep Semasa 34
4.9 Kriteria Perundangan / Akta 35
4.10 Kriteria Penggunaan ICT 35
4.11 Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif 36
4.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja 36
4.13 Jangkamasa Pengajian 37
4.14 Tempoh Latihan Praktikal 37
4.15 Kesesuaian Bidang Pekerjaan 38
xiv
4.16 Kesesuaian Jawatan 39
4.17 Jumlah Jawatan 39
4.18 Jumlah Pendapatan 40
4.19 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran 40
4.20 Penaja Pengajar 41
4.21 Galakkan Mengikuti Program 42
4.22 Kesesuaian Program 42
4.23 Dapatan Mengikut Objektif Pertama 43
4.24 Dapatan Mengikut Objektif Kedua 45
4.25 Dapatan Mengikut Objektif Ketiga 45
4.26 Dapatan Mengikut Objektif Keempat 47
4.27 Dapatan Mengikut Objektif Kelima 47
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia sentiasa berusaha memperluaskan
program pengajaran dan penyelidikan dalam usaha menyediakan tenaga manusia
terlatih bagi memenuhi keperluan dalam pelbagai bidang. Oleh itu program
akademik yang ditawarkan mestilah dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja
bermutu tinggi tetapi menepati kehendak pasaran dunia pekerjaan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam
amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
meletakkan kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal yang perlu dilaksanakan
dan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 75% graduan memperoleh pekerjaan
yang sesuai dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian. Bagi
memenuhi agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tersebut, pihak IPT juga
disarankan agar melakukan perubahan pada kurikulum sedia ada agar usaha untuk
menambah nilai pasaran graduan serta penerapan nilai-nilai keusahawanan dalam diri
pelajar dapat dilaksanakan.
Zulkifly Osman dan Ishak Yussof (2008) menyatakan bahawa teori ekonomi
modal manusia menjelaskan bahawa modal insan yang lebih berkualiti merupakan
persediaan terbaik bagi mencapai tujuan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih
mapan dan berdaya saing terutamanya dalam suasana cabaran globalisasi semasa.
Persaingan antara IPT dalam menawarkan program akademik yang berkualiti dan
memenuhi keperluan pasaran sudah tentu akan meningkatkan kecekapan dalam
pengeluaran graduan. Walau bagaimanapun, situasi ini juga boleh menimbulkan
kemudaratan apabila pesaing yang lemah akan terpaksa keluar daripada pasaran. Ini
kerana, dengan jumlah modal tenaga insan yang ada pada masa kini, ditambah pula
2
dengan variasi program dan jumlah IPT di dalam negara, majikan mempunyai
pilihan yang banyak dalam memilih kualiti pekerja yang diinginkan.
Perlu diingatkan bahawa besarnya pelaburan yang dilakukan di sektor modal
insan tidak akan membawa hasil yang signifikan bagi pertumbuhan ekonomi tanpa
disertai peningkatan kualiti yang diperlukan (Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang,
2008). Pada masa yang sama, sektor swasta di Malaysia semakin menunjukkan minat
terhadap sistem pendidikan tinggi dan pembiayaanya. Pelbagai biasiswa diwujudkan
oleh majikan dalam membuktikan komitmen mereka kepada bidang pendidikan dan
latihan. Hal ini mungkin tercetus akibat rasa tidak puas hati pihak majikan dengan
latihan dan kemahiran yang dihasilkan oleh sistem sedia ada untuk dunia pekerjaan.
Malah menurut Siti Alida dan Halimah Ahmad (2007) terdapat juga majikan yang
menawarkan biasiswa kepada para pelajar peringkat diploma dan ijazah pertama
walaupun pelajar tersebut belum pernah bekerja dengan organisasi mereka.
1.2 Latarbelakang Masalah
Menurut laporan Berita Harian bertarikh 28 Julai 2009, kira-kira 150,000 graduan
institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menamatkan pengajian setiap tahun iaitu
meliputi 80,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan baki 70,000
orang dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Mengikut Sistem Kajian
Pengesanan Graduan yang dicatatkan tahun 2008, daripada 88,220 keseluruhan
graduan IPTA tamat pengajian, seramai 44,525 atau 50.5 peratus mendapat pekerjaan
selepas enam bulan tamat pengajian, tidak dapat pekerjaan seramai 19,198 atau 21.7
peratus dan selebihnya lain (melanjutkan pelajaran atau mengikuti latihan
kemahiran). Kajian yang sama bagi graduan IPTS pula seramai 13,053 atau 62.8
peratus yang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dan tidak mendapat
pekerjaan 4,910 orang atau 19.7 peratus. Bagaimanapun, jumlah bagi IPTS itu tidak
menggambarkan data keseluruhan graduan yang mendapat pekerjaan atau
menganggur kerana tidak semua IPTS di seluruh negara mendaftar dalam Sistem
Kajian Pengesanan Graduan ini.
3
Keupayaan IPT di negara ini dalam melahirkan kuantiti graduan yang
diperlukan oleh pasaran tenaga kerja dalam negara tidak dapat dinafikan. Namun
demikian, sejauh manakah kualiti graduan yang dihasilkan sebenarnya berupaya
menepati kualiti yang diperlukan oleh pihak majikan? Mungkinkah sebenarnya
antara punca kepada permasalahan pengangguran di negara ini sebenarnya
disebabkan oleh ketidaksesuaian program yang dianjurkan oleh IPT berbanding
dengan keperluan pihak majikan? Selain daripada masalah pengangguran, isu
mengenai gaji graduan yang diterima bekerja juga perlu diberi perhatian. Adakah
kesan daripada pendidikan yang diterima oleh graduan mempengaruhi
pendapatanya? Menurut Jacob Mincer (1974), di Amerika Syarikat umpamanya
mendapati tempoh persekolahan dan pengalaman bekerja (sebagai proksi modal
insan) dapat menerangkan sebanyak 30% daripada perubahan yang berlaku ke atas
perolehan atau upah pekerja. Majikan masa kini, menilai para graduan melalui
pengalaman program yang diikutinya sebelum ini. Adakah program yang diikuti itu
tadi menggunakan tempoh masa yang bersesuaian dan mempunyai latihan praktikal
yang mencukupi?
Masalah kekangan tenaga kerja yang berlaku dalam tempoh RMKe-6 dan
separuh penggal pertama perlaksanaan RMKe-7 jelas menunjukkan kegagalan sistem
pembangunan dan perancangan modal insan bertindak balas terhadap perkembangan
pasaran (Zulkifly Osman dan Ishak Yussof, 2008). Dalam tempoh berkenaan,
ekonomi Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang sangat ketara
kerana dikatakan dalam tempoh berkenaan pendidikan dan latihan yang diterima oleh
pekerja tempatan tidak bersesuaian dengan permintaan majikan. Masalah lebih ketara
terutamanya dalam bidang profesional dan teknikal sehingga menyebabkan ekonomi
negara menjadi kaku. Majikan akhirnya mengambil jalan kedua iaitu dengan
mendapatkan tenaga kerja asing. Namun demikian, dengan beberapa masalah yang
timbul akibat dari pengambilan pekerja asing, majikan mula mengorak langkah
dengan menggalakkan peningkatan tahap pendidikan pekerja masing-masing
(Norzamzila Mustafa, 2005). Ini dilakukan dengan memberikan latihan kepada
pekerja, membiayai perbelanjaan pendidikan pekerja ataupun dengan memberikan
cuti bergaji kepada pekerja yang menyambung pengajian. Kerana hal inilah, maka
majikan akan menentukan program pendidikan yang sesuai dengan keperluan
industri / organisasi mereka.
4
Walaupun strategi pembangunan ekonomi negara telah mengambil kira aspek
pembangunan modal insan yang menyeluruh, namun dari segi keberkesanannya
masih lagi menjadi persoalan. Misalnya, masalah kekurangan tenaga kerja
profesional, mahir dan separuh mahir khususnya dalam bidang teknikal yang berlaku
sebelum ini dan masalah mismatch yang masih wujud mungkin merupakan
manifestasi daripada kelemahan perancangan yang dibuat. Oleh itu, penilaian
terhadap program pembangunan modal insan semasa amat penting dilakukan,
sekurang-kurangnya bagi menolong mengenal isu-isu penting yang menjadi
penghambat kepada kejayaan pelaksanaan program-program pembangunan modal
insan yang lebih berkesan pada masa hadapan (Zulkifly Osman dan Ishak Yussof,
2008).
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk melihat semula program Ijazah Sarjana Muda Sains &
Pendidikan (Matematik) yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dalam melahirkan graduan yang bersesuaian dengan keperluan
semasa majikan. Kajian ini juga penting dalam memastikan program yang dianjurkan
oleh UTM adalah sentiasa bukan sahaja menepati kualiti yang pihak UTM tetapkan,
namun pada masa yang sama mendapat pengiktirafan dari semua pihak. Melalui
kajian ini, pihak universiti dapatlah membuat penilaian dan mendapatkan kekuatan
atau kekurangan yang ada dalam program yang telah mereka anjurkan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk meninjau persepsi majikan terhadap Program Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini
melihat secara khusus perkara-perkara utama berikut:
a) Mengenalpasti kesesuaian pengisian konsep teori dalam program yang
ditawarkan.
5
b) Mendapatkan maklum balas mengenai kesesuaian jangka masa pengajian dan
tempoh masa latihan praktikal.
c) Mendapatkan gambaran tentang peluang kerjaya graduan dari program yang
ditawarkan.
d) Mengenalpasti kesediaan penaja dalam membiayai kakitanganya bagi
menyambung pengajian dalam bidang ini.
e) Mengenalpasti kesesuaian program dalam menghasilkan graduan yang
memenuhi kehendak pasaran.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan
berikut:
a) Apakah konsep teori yang dimasukkan ke dalam program memenuhi
keperluan organisasi?
b) Apakah tempoh masa menjalankan program dan latihan praktikal
bersesuaian?
c) Bagaimanakah peluang kerjaya bagi graduan program ini?
d) Adakah organisasi berminat membiayai pengajian kakitanganya dalam bidang
ini?
e) Adakah graduan dari program ini mendapat permintaan dalam pasaran kerja?
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini bagi Universiti Teknologi Malaysia dapat dihuraikan seperti
berikut :
a) Mencerminkan kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Matematik), UTM yang telah dijalankan selama ini sama ada
ianya dapat memenuhi keperluan semasa majikan atau sebaliknya dari segi
pengisian teori asasnya.
6
b) Memastikan konsep semasa yang diterapkan dalam program selari dengan
perubahan semasa alam pekerjaan.
c) Aspek perundangan yang disampaikan melalui program Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM adalah memenuhi keperluan
majikan.
d) Penggunaan ICT dalam program ini bersesuaian dengan keperluan kemahiran
ICT semasa.
e) Penggunaan kaedah kuantilatif dalam pelaksanaan program memenuhi
keperluan majikan.
f) Program yang ditawarkan senantiasa mempunyai hubungkait dengan pasaran
/ industri yang berkaitan.
1.7 Definisi Konsep
Berikut adalah definisi istilah dan operasi yang digunakan dalam kajian ini.
1.7.1 Tinjauan Pasaran
Tinjauan pasaran menurut McQuarrie, (2007) merujuk kepada usaha untuk
mendapatkan maklumat tentang pasaran atau pelanggan. Paul Hague, 1998
menyifatkan tinjauan pasaran sebagai satu usaha yang mempunyai tujuan yang jelas
dan berstruktur. Tinjauan pasaran dilihat oleh Paul Hague sebagai langkah yang
perlu dilakukan secara sistematik bagi mengurangkan risiko apabila membuat
keputusan dalam pemasaran.
Carl McDaniel dan Roger Gates (2007) pula menggambarkan tinjauan
pasaran sebagai memainkan peranan dalam tiga fungsi utama, iaitu deskriptif,
diagnostik dan prediktif. Fungsi deskriptif melibatkan penyatuan dan persembahan
penyataan serta fakta. Sebagai contoh, apakah pandangan serta sambutan pelanggan
terhadap produk yang sudah dihasilkan sebelum ini? Fungsi yang kedua ialah sebagai
fungsi diagnostik. Fungsi diagnostik adalah usaha di mana data dan tindakan yang
dilakukan dihuraikan. Contohnya ialah apakah perubahan yang berlaku apabila
sesuatu perubahan dilakukan ke atas produk yang dihasilkan? Manakala fungsi yang
7
ketiga ialah fungsi prediktif. Fungsi prediktif merujuk kepada tindakan yang
dijangkakan terbaik dapat dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam usaha bersaing
dalam pasaran di masa hadapan.
Dalam kajian ini, fungsi deskriptif adalah berdasarkan maklum balas majikan
mengenai program yang telah diikuti para graduan yang bekerja di dalam organisasi
majikan yang menjadi responden kajian. Bagi fungsi diagnostik pula, program yang
dikaji akan dinilai berdasarkan perubahan semasa kehendak majikan pada masa kini.
Manakala fungsi prediktif bagi kajian ini adalah merujuk kepada rumusan dan
cadangan yang terbaik ilham dari tinjauan pasaran yang dilakukan keseluruhanya
terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) keluaran
Universiti Teknologi Malaysia. Cadangan yang dihasilkan dari tinjauan pasaran
diharapkan dapat digunakan untuk memantapkan lagi program yang ada di Fakulti
Pendidikan UTM. Majikan dalam kajian ini ditakrifkan sebagai pelanggan kepada
UTM di mana graduan dari lulusan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Matematik) UTM diambil atau berkemungkinan diambil bekerja.
Manakala graduan dari program ini pula dikenali sebagai produk keluaran.
1.8 Skop Kajian
Aspek yang dikaji dalam kajian ini meliputi enam aspek utama dalam Garis Panduan
Program Akademik yang digariskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT)
Kementerian Pendidikan Tinggi. Enam aspek tersebut ialah:-
a) Teori asas
b) Konsep Semasa
c) Perundangan
d) Penggunaan ICT
e) Penggunaan kaedah kuantilatif
f) Hubungkait dengan pasaran / industri
8
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini dihadkan kepada berikut:
a) Kajian ini hanya melibatkan persepsi organisasi pendidikan terhadap program
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM sahaja.
Persepsi dan pandangan pihak-pihak lain, misalnya graduan dan ibu bapa,
tidak diambil kira.
b) Program yang dinilai hanyalah program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Matematik), UTM sahaja. Ianya tidak menggambarkan persepsi
responden terhadap program-program lain Fakulti Pendidikan atau program-
program dari Universiti yang lain.
Kajian ini menjadikan persepsi responden yang terdiri dari kalangan majikan
yang mempunyai atau memerlukan pekerja lepasan graduan Sarjana Muda
Pendidikan (Matematik) UTM. Majikan yang dipilih pula adalah terdiri daripada
sekolah-sekolah, Kolej Komuniti, Pusat Matrikulasi, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Politeknik. Lingkungan kawasan kajian hanya meliputi zon selatan sahaja (Johor,
Negri Sembilan dan Melaka). Di dalam zon selatan, terdapat 393 buah sekolah
menengah, 17 buah Kolej Komuniti dan 6 buah Politeknik. Tempoh masa kajian
dijalankan adalah dari bulan Julai 2009 sehingga Mac 2010.
1.10 Penutup
Bagi memastikan program yang ditawarkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi
sentiasa mendapat pengiktirafan dan permintaan dari kalangan majikan, satu kajian
yang berbentuk penilaian dari kacamata majikan perlulah dijalankan. Persaingan
antara graduan dari pelbagai institusi dalam merebut peluang pekerjaan yang terhad
juga mendesak kepada usaha tersebut. Penggubalan kurikulum dalam melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual memang
menjadi hasrat utama dalam falsafah pendidikan negara. Kejayaan dalam melahirkan
9
pelajar yang seimbang dan berpengetahuan tinggi juga perlu disusuli dengan tahap
kebolehpasaran dan kecekapanya dalam mengharungi alam pekerjaan. Sebagai
sebuah institusi pendidikan, pihak universiti perlu mempunyai satu mekanisma
pengukuran tahap kesesuaian program mereka berbanding dengan kemahuan dan
keperluan majikan masa kini. Maka, dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan
pihak Universiti dan pihak majikan dapat bersama-sama berganding bahu dalam
usaha membentuk program akademik yang berupaya melahirkan pelajar yang berjaya
dalam pelajaran dan kariernya.
10
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan dengan lebih mendalam tentang tinjauan pasaran
program pendidikan. Aspek yang dibincangkan melibatkan aspek modal insan,
tinjauan pasaran, kepentingan tinjauan pasaran, keperluan tinjauan pasaran dalam
program akademik, kaedah pelaksanaaan tinjauan pasaran, dan jangkaan dapatan dari
tinjauan pasaran. Aspek penilaian soal selidik pula menjurus kepada teori asas,
jangkamasa pengajian, peluang kerjaya, penajaan dan kesesuaian program. Akhir
sekali, latar belakang Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik) dibentangkan.
2.2 Modal Insan
Modal insan merupakan aset yang dominan bagi sesebuah negara yang sedang
membangun. Pembangunan modal insan memainkan peranan yang penting dalam
menjana dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara. Proses migrasi antarabangsa
modal insan ekoran daripada keperluan terhadap tenaga kerja sama ada yang
profesional, terlatih dan tidak terlatih telah membuka ruang transformasi yang lebih
luas berasaskan kepada permintaan pasaran global (Ab. Aziz Yusof, 2008).
Corak persaingan masa kini sesebuah negara, sangat bergantung kepada
kelebihan dari segi modal insan yang berkualiti iaitu mereka yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini. Untuk membolehkan sesebuah
negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang berterusan dua isu
penting perlu diberi perhatian. Pertama, keperluan tenaga kerja yang mencukupi dan
yang kedua kualiti sumber tenaga kerja berkenaan untuk menjamin kecekapan
penggunaanya (Ishak & Mohd. Yusof 2002).
11
Di peringkat industri, pembangunan modal insan bukan sahaja penting tetapi
amat kritikal kepada ketahanan sesebuah syarikat. Syarikat yang kekurangan modal
boleh meminjam tetapi syarikat yang kekurangan modal insan yang diperlukan
mempunyai peluang yang tipis untuk bertahan sama ada dalam jangka pendek
mahupun jangka panjang. Menurut Becker (1975) teori modal manusia lebih
memfokuskan kepada keperluan pelaburan modal insan untuk mencapai dan
mengekalkan daya saing sesebuah negara. Pengeluaran modal insan yang tidak
efektif sudah tentu akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan daya
saing negara berkenaan.
2.3 Tinjauan Pasaran
Mencipta nilai dan memuaskan pelanggan merupakan teras dan kunci kejayaan
sesebuah syarikat atau organisasi. Secara umumnya matlamat pemasaran adalah
untuk memuaskan pelanggan dan mencapai objektif organisasi. Pemasaran
ditakrifkan sebagai proses sosial dan pengurusan di mana individu dan kumpulan
memperolehi apa yang diperlukan dan dikehendakki melalui penciptaan dan
pertukaran nilai antara satu sama lain. American Marketing Association pula
memberi definisi pemasaran yang lebih jelas sebagaimana berikut: “Pemasaran
merupakan proses perancangan dan pelaksanaan konsepsi, penentuan harga, promosi
dan pengagihan idea, barangan dan perkhidmatan untuk mencapai pertukaran yang
memuaskan individu dan objektif organisasi.”
Sebelum melakukan aktiviti pemasaran, sesebuah organisasi sepatutnya
melakukan tinjauan pasaran terlebih dahulu agar kehendak dan corak keperluan
pasarannya diketahui. Tinjauan pasaran menggambarkan falsafah sesuatu perniagaan,
dan oleh kerana falsafah di sini berfokus kepada pendidikan, perubahan organisasi
mungkin diperlukan apabila sesebuah organisasi mahu meningkatkan prestasinya
hasil dari tinjauan pasaran yang telah dilakukanya (McQuarrie 2006).
Dalam melaksanakan tinjauan pasaran, Boone, Kurtz, MacKenzie dan Snow
(2009) menyatakan terdapat enam langkah yang perlu diikuti. Pertama ialah
12
mengenal pasti masalah. Apakah masalah yang yang sebenarnya dihadapi oleh
organisasi. Kedua ialah melakukan kajian eksplorasi bagi mengenal pasti punca
permasalahan. Ketiga ialah mencipta hipotesis. Penciptaan hipotesis dilakukan bagi
menetapkan dan mengecilkan lagi skop tumpuan tinjauan pasaran yang ingin
dijalankan. Keempat ialah mereka bentuk kajian tinjauan pasaran yang bakal
dijalankan. Kelima ialah pengumpulan data sama ada data primer dan data sekunder.
Yang terakhir sekali yang keenam ialah menganalisis, mentafsir dan
mempersembahkan hasil dari kajian tinjauan pasaran yang dilaksanakan itu.
2.4 Kepentingan Tinjauan Pasaran
Tinjauan pasaran adalah penting bagi sesebuah organisasi. Tinjauan pasaran boleh
dilihat memainkan tiga peranan utama iaitu deskriptif, diagnostik dan prediktif
(McDaniel & Gates, 2005). Fungsi deskriptif sesebuah tinjauan pasaran adalah
meliputi proses menyatukan dan pembentangan kenyataan atau fakta sebenar.
Sebagai contoh, apakah kehendak majikan terhadap graduan pada masa kini?
Persoalan berbentuk deskriptif ini dapat dijawab melalui tinjauan pasaran.
Peranan kedua tinjauan pasaran iaitu sebagai pengukur diagnostik. Melalui
peranan ini, setiap data atau tindakan dapat dihuraikan dan diperjelaskan. Sebagai
contoh, apakah impak terhadap graduan selepas perubahan kurikulum dilaksanakan?
Peranan ketiga tinjauan pasaran pula iaitu sebagai fungsi prediktif pula akan dapat
memberikan gambaran kepada organisasi tentang apakah tindakan yang perlu
dilakukan selepas tinjauan dilaksanakan.
Tinjauan pasaran bukanlah perkara yang baru terutamanya di dalam dunia
perniagaan. Philip Kotler (2003) menyatakan jika pemasaran adalah enjin kepada
ekonomi Amerika Syarikat, maka tinjauan pasaran adalah merupakan penggerak
kepada enjin tersebut. Pada waktu dahulu, tinjauan pasaran dibuat lebih menjurus
kepada tujuan meningkatkan pengeluaran berbanding memahami kehendak
pengguna. Namun bila waktu semakin berubah, organisasi yang menjalankan
tinjauan pasaran mendapati bahawa tinjauan pasaran adalah mekanisma terbaik
dalam memahami kemahuan dan kehendak semasa pengguna (Philip Kotler, 2003).
13
Paul Christ (2009) menyatakan proses tinjauan bukanlah satu pembelajaran
semata-mata untuk sesebuah organisasi tetapi ianya adalah komponen kritikal yang
diperlukan dalam membuat keputusan. Tinjauan pasaran berperanan dalam
membantu sesebuah organisasi dalam membuat keputusan dengan menunjukkan
situasi sebenar yang akan dan bakal berlaku dalam pasaran. Tinjauan pasaran yang
dijalankan dengan baik akan memberikan pilihan yang pelbagai kepada organisasi
dalam membuat keputusan yang terbaik untuk organisasinya.
McDaniel & Gates (2005) menyatakan tinjauan pasaran adalah penting bagi
mengenal pasti mana-mana kelemahan yang terdapat pada produk atau
perkhidmatan. Sebagai contoh, syarikat PEPSI pernah melancarkan produk minuman
PEPSI AM di Amerika Syarikat pada lewat 1980an. Setelah mendapati terdapat
kelemahan pada jualan minuman itu satu tinjauan pasaran telah dilakukan oleh
syarikat tersebut. Hasilnya didapati nama minuman tersebut telah disalah ertikan
pengguna sebagai minuman yang hanya sesuai diminum pada waktu pagi sahaja.
Oleh itu pengeluaranya dihentikan serta merta bagi mengelakkan kerugian
berterusan.
2.5 Keperluan Tinjauan Pasaran Dalam Program Akademik
Terdapat beberapa kajian dan pandangan tentang keperluan tinjauan pasaran dalam
sesuatu program akademik. Perdebatan mengenai keperluan melakukan penyelidikan
seumpama ini memberikan beberapa gambaran tentang keperluanya dalam sistem
pendidikan negara secara amnya. Knapp & Siegel (2009) menyatakan pada zaman
pengajianya di Southern Adventist University di tahun 1960-an, tinjauan pasaran
pada mulanya dikenali sebagai kajian perhubungan awam. Pada waktu tersebut
kepentingan tinjauan pasaran bagi pihak universiti digambarkan mampu membantu
pihak universiti bagi mencapai objektif strategik dalam merekrut pelajar,
menambahkan dana universiti, membina hubungan baik dengan universiti-universiti
lain dan menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.
14
John L.Pulley (2003) di dalam penulisannya di akhbar The Chronicle of
Higher Education menyatakan institusi pendidikan sedang bersaing antara satu sama
lain dan juga dengan institusi bukan pendidikan dalam mendapatkan penghargaan,
peruntukkan kerajaan dan sumbangan sektor swasta. Persaingan dalam melahirkan
pelajar yang cemerlang, membentuk cendiakawan yang terbaik dan mendapatkan
rangking tertinggi dalam kedudukan antara institusi adalah cabaran institusi
pendidikan masa kini. Oleh itu, tinjauan pasaran bagi sesebuah institusi pendidikan
adalah perkara yang perlu dilakukan meskipun perkara tersebut menyebabkan
pengeluaran sejumlah kos tertentu.
Terdapat beberapa isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, bahawa
penyelidikan seperti tinjauan pasaran ini adalah tidak sesuai dijalankan kerana ratio
pelajar-staf yang semakin tinggi, masalah infrastruktur pendidikan yang perlu
dimajukan dan masalah kewangan institusi pendidikan dilihat lebih perlu
diutamakan. Jadi, adakah tinjauan pasaran benar-benar perlu dalam program
pendidikan? Mark Tennant, Cathi McMullen dan Dan Kaczynski (2009),
memberikan kita satu gambaran yang menarik mengenai keperluan penyelidikan
dalam program pendidikan. Menurut mereka “Persoalanya ialah bukan sama ada kita
mampu atau tidak untuk melabur dalam melakukan penyelidikan, tetapi persoalanya
ialah, adakah kita mampu menanggung akibat dari tidak melakukanya
(penyelidikan)”.
2.6 Kaedah Pelaksanaan Tinjauan Pasaran
Terdapat beberapa kaedah dan jenis pelaksanaan tinjauan pasaran. Menurut Rick
Shuttle dalam laman sesawang ehow.com, tinjauan pasaran adalah satu cara di mana
maklumat mengenai pelanggan dan bukan pelanggan atau perniagaan diperolehi.
Bagaimana pelanggan dan pengguna melihat kepada produk syarikat / organisasi
atau perkhidmatan berbanding produk pesaing yang lain. McDaniel & Gates (2005)
menyatakan tinjauan pasaran boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu melalui
kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Bagi syarikat komersil, biasanya kaedah
kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi tinjauan ke atas skala kecil
15
manakala kaedah kuantitatif digunakan ke atas tinjauan yang lebih menggambarkan
populasi yang besar dan umum.
Beberapa teknik yang biasa digunakan dalam pelaksanaan tinjauan pasaran
adalah seperti tinjauan kumpulan fokus. Melalui tinjauan kumpulan fokus, kaedah
yang biasa digunakan adalah kaedah kualitatif. Temubual boleh dilakukan ke atas
responden dari pelbagai kumpulan demografik seperti berasaskan umur, pendapatan
ataupun jantina. Objektif tinjauan berasaskan kumpulan ini adalah untuk
mendapatkan corak jawapan responden dari segi perbezaan pendapat mengikut
kumpulan mereka. Ahli kumpulan mebincangkan semua topik yang relevan secara
mendalam dan bertumpu pada satu isu yang diutarakan. Individu yang berada dalam
kumpulan itu haruslah mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai topik
yang dibincangkan. Penemubual dalam kumpulan fokus dikenali sebagai
pemudahcara atau dikenali juga sebagai moderator. (Krueger, 1988)
Kaedah pelaksanaan tinjauan pasaran yang kedua yang dikenal pasti ialah
kaedah tinjauan satu dengan satu. Kaedah satu dengan satu (one-on-one surveys)
adalah satu lagi kaedah tinjauan yang menggunakan teknik kualitatif. Kebiasaanya
tinjauan jenis ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas terhadap produk atau
perkhidmatan baru. Soalan yang digunakan biasanya menjurus kepada pendapat
pelanggan tentang pengalaman dan pandangan mereka terhadap produk dan
perkhidmatan yang baru dilancarkan tersebut. Apabila mahu mendapatkan maklum
balas dari pelanggan utama yang jumlahnya tidak ramai dan merupakan antara
penentu masa depan organisasi, tinjauan satu dengan satu adalah kaedah yang
terbaik. Hal ini kerana melalui tinjauan jenis ini, pelanggan akan lebih rasa dihargai
kerana merasakan hubungan yang terjalin adalah lebih mesra (Clive Shearer 2006).
Kesulitan dalam menjalankan tinjauan jenis ini ialah dalam menetapkan temujanji
untuk sesi soal jawab. Oleh itu, penyediaan jadual bagi sesi soal selidik akan menjadi
satu perkara yang amat sulit sekali. Tinjauan jenis satu dengan satu ini juga perlulah
dijalankan oleh individu yang berkecuali (tiada kepentingan dengan hasil tinjauan).
Individu yang berkecuali diperlukan kerana tinjauan jenis kualitatif ini jika
dijalankan oleh individu yang berkepentingan dalam organisasi, sudah tentu
membataskan kejujuran jawapan dari reponden. Responden akan merasa bimbang
dengan reaksi yang bakal diterima jika memberikan jawapan yang jujur mengenai
16
produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi pengkaji (Clive Shearer
2006).
Selain daripada tinjauan berbentuk satu dengan satu dan tinjauan berfokuskan
kumpulan, terdapat juga kaedah pelaksanaan tinjauan pasaran menggunakan kaedah
tinjauan telefon. Kaedah tinjauan telefon biasanya digunakan untuk mengukur tahap
kepuasan responden. Kaedah tinjauan jenis ini juga hanya sesuai untuk jumlah
responden terhad sahaja. Ini kerana, kaedah tinjauan jenis ini walaupun dapat
mengeratkan hubungan antara organisasi dan klien, namun kos pelaksanaanya adalah
tinggi. Kaedah tinjauan ini selalunya dijalankan dalam bentuk kuantitatif. Kaedah
kuantitatif digunakan kerana melalui cara ini, jawapan soal selidik adalah terus
menjurus kepada kelemahan atau kekuatan aspek-aspek yang diukur (Clive Shearer
2006). Kaedah kuantitatif juga dipilih kerana dengan itu, jawapan akan dapat
diberikan dengan pantas oleh responden. Menjimatkan masa bermakna menjimatkan
wang.
Selain dari kaedah tinjauan melalui telefon, kaedah tinjauan melalui kiriman
pos juga boleh dilakukan. Syarikat yang berorientasikan perniagaan biasanya
menggunakan kaedah ini apabila mereka mendapati produk atau perkhidmatan
mereka mula tidak digunakan lagi oleh pengguna. Menurut laman sesawang
ehow.com, terdapat juga syarikat yang menyertakan insentif kewangan kepada
responden dalam jumlah yang kecil sebagai balasan tanda terima kasih kerana
membantu mengisi borang soal selidik. Kaedah tinjauan pasaran jenis ini juga
biasanya sangat berinformatif kerana responden diberikan ruang untuk menulis
pendapat dan cadangan di ruang yang disediakan.
Kaedah yang popular masa kini bagi mendapatkan maklum balas responden
dari kumpulan generasi muda pula adalah melalui kaedah tinjauan atas talian (online
surveys). Kaedah tinjauan atas talian selalunya disertakan di dalam laman web rasmi
sesebuah organisasi. Kebaikan kaedah tinjauan jenis ini ialah, tinjauan boleh
dilakukan pada bila-bila masa dan statistik jawapan dari responden boleh diperolehi
serta merta. Kebiasaanya kaedah tinjauan jenis ini tidak menetapkan had masa
kerana agak sukar untuk menentukan bilakah jumlah soal selidik yang telah dijawab
akan mencukupi bilangannya. Kelemahan yang ketara dari kaedah tinjauan jenis ini
17
ialah, pengkaji sukar untuk mengawal jenis kumpulan responden dari segi
demografik dan latar belakang mereka.
2.7 Jangkaan Dapatan Dari Tinjauan Pasaran
Menurut Abu Bakar Abdul Hamid (2002), penyelidikan pemasaran menghasilkan
maklumat harian berhubung perkembangan dalam persekitaran yang mampu
menolong pengurus menyediakan, mengumpul, mengubahsuai rancangan pemasaran,
mengumpul sistem lakaran, laporan maklumat dan menyampaikan hasil dan
implikasi kajian. Melaui tinjauan pasaran yang akan dijalankan, pengkaji
menjangkakan akan mendapat gambaran mengenai kekuatan program yang
dianjurkan oleh pihak penganjur program.
Mcquarrie (2006) pula memberikan pendapat, oleh kerana tinjauan pasaran
memberikan refleksi mengenai falsafah perniagaan tertentu, dan oleh kerana falsafah
itu juga berfokus pada pembelajaran, perubahan dalam organisasi mungkin
diperlukan jika organisasi mahu meningkatkan prestasinya bergantung pada hasil
tinjauan pasaran tersebut. Oleh itu, sekiranya tinjauan pasaran ini mendapati, terdapat
kelemahan dalam aspek tertentu tentang program yang dianjurkan, cadangan usaha
penambahbaikan dapat diutarakan.
2.8 Aspek Penilaian Soal Selidik
Kajian yang dilaksanakan ini mengukur lima aspek penilaian program yang utama.
Aspek pengukuran tersebut adalah aspek teori asas, jangkamasa pengajian, peluang
kerjaya, penajaan, dan kesesuaian program.
2.8.1 Teori Asas
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.
Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi
18
panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.
Sulaiman Masri (2003) menyatakan teori ialah dasar dan rangka suatu ilmu
pengetahuan. Ia merupakan sekumpulan binaan konsep, definisi, dan dalil yang
saling berkait yang menghadirkan suatu pandangan yang sistematis bagi maksud
menjelaskan dan meramalkanfenomena. Pakar-pakar penyelidikan berpendapat
bahawa teori yang dipandang ilmiah atau berguna untuk penyelidikan ilmiah, perlu
berupaya menilai data yang sesuai atau yang bertentangan dengannya.
Terdapat perbezaan antara teori yang berbentuk tak formal dan teori yang
berbentuk formal. Teori tak formal, banyak diperhatikan pada teori-teori pendidikan
yang menggunakan bahasa sehari-hari terutama dalam ilmu kemasyarakatan. Teori
yang berbentuk formal pula membezakan postulat hipotesis, kesimpulan dan
generalisasi dengan sesuatu masalah (atau pemboleh ubah/variabel) diperlihatkan
dengan jelas, sehingga penyelidik mampu mengukur setiap pemboleh ubah untuk
menguji kebenaran teori (Sulaiman Masri, 2003).
Kegagalan menguasai teori asas boleh menyumbangkan masalah kepada para
pelajar dan juga bakal majikan. Dalam kajian Keberkesanan Program Pengalaman
Berasaskan Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru Pelatih KPLI Sekolah Rendah,
MPPM Ambilan 2003: Satu Tinjauan, didapati Program Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) telah berjaya mendedahkan budaya sekolah kepada guru pelatih KPLI
sekolah rendah tetapi mereka masih kurang berjaya mengaitkan aspek teori dan
praktis semasa menjalani program PBS (Ab. Latip dan Abd Ghani, 2003). Ini
menunjukkan kebolehan menterjemah pengetahuan aspek teori juga bakal
menentukan kebolehan graduan dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuanya ke
dalam alam pekerjaan kelak.
Sebagai bakal pendidik yang berkemahiran tinggi, terdapat beberapa teori
asas yang mesti dikuasai oleh pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Antara ilmu asas yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah teori pedagogi.
Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan
formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di
sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi
mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas,
19
pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar
Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga
bidang, iaitu apa yang dimaksudkan sebagai Taksonomi Bloom. Menurut Taksonomi
Bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada tiga iaitu bidang kognitif, bidang afektif
dan bidang psikomotor. Bidang kognitif adalah berkenaan dengan aktiviti mental
seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Bidang afektif pula adalah berkaitan
dengan sikap dan sahsiah diri. Manakala Bidang psikomotor adalah berkenaan
dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan (Noraini
Idris, 2001).
Walaupun slogan di laman web Fakulti Pendidikan berbunyi “Teaching is
Our Core Business”, ini tidak bermakna graduan dari fakulti ini hanya diterapkan
dengan teori asas pengajaran semata-mata. Sebaliknya teori asas yang berkaitan
dengan bimbingan dan kaunseling, teknologi ICT, komunikasi, keusahawanan dan
ko-kurikulum juga turut sama diterapkan. Justeru itulah maka mata pelajaran yang
diajarkan kepada para graduan program ini meliputi juga mata pelajaran yang bakal
melengkapkan diri graduan menjadi individu yang seimbang dari aspek pengetahuan,
kemahiran, sikap profesionalisme dan kemahiran insaniah.
2.8.2 Jangkamasa Pengajian
Jangkamasa pengajian adalah jangka waktu maksimum yang diperuntukkan oleh
pihak Universiti sebagai syarat bagi seseorang siswazah menamatkan pengajianya.
Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), jangka
masa pengajian yang diperuntukkan adalah selama 4 tahun (minimum) dan 6 tahun
sekiranya perlu (maksimum). Dalam tempoh tersebut, satu semester dicadangkan
sebagai tempoh masa latihan praktikum. Tempoh masa pengajian ini adalah selaras
dengan kehendak Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Mesyuarat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Disember 2005
telah bersetuju dengan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian
20
Qualifications Framework atau MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti
pengajian tinggi dan titik rujukan standard dan kriteria program pengajian. MQF
merupakan alat yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan
satu set kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan antarabangsa
yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang dicapai, hasil pembelajaran bidang
pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini
diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah pembekal pendidikan tinggi
yang diiktiraf , justeru MQF menyatupadukan semua kelayakan negara.
Menyentuh tentang kepelbagaian program pendidikan perguruan pra
perkhidmatan di IPTA dan IPG, apa pun bentuk kursus dan jenis pengajian,
komponen latihan mengajar dilihat sebagai teras dalam penghasilan guru-guru novis
melalui pendedahan pengalaman dalam situasi sebenar. Aspek ini diberi penekanan
oleh KPT dan KPM (2006) di mana semasa latihan mengajar, pengalaman yang
diperolehi dianggap sebagai sumber paling berpengaruh dalam sosialisasi seorang
guru novis. Lanjutan daripada itu, semua guru pelatih diwajibkan menjalani latihan
praktikum.
2.8.3 Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya graduan keluaran Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik) dijadikan satu lagi pengukur kepada keupayaan dan kekuatan program
di mata majikan. Peluang kerjaya dipilih kerana, melalui tahap kebolehpasaran
graduan program ini di pasaran tenaga kerja negara, ianya bakal melambangkan
permintaanya dalam sektor pekerjaan semasa. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa graduan yang mempunyai peluang kerjaya yang luas adalah datangnya dari
program akademik yang baik. Dalam era globalisasi kini, pencapaian tahap akademik
yang tinggi sahaja tidak mencukupi untuk para graduan diterima terus ke pasaran
pekerjaan. Prof. Dato‟ Dr. Hassan Said dalam ucapanya sempena pelancaran Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah Untuk IPT pada 2006 berkata “Dengan
ekspektasi majikan dan cabaran pekerjaan yang semakin meningkat, graduan perlu
memilikki bukan sahaja kelayakan akademik tetapi kebolehan dan kemahiran yang
memberikan nilai tambah yang mampu menarik minat majikan”.
21
Janet Fine (2005) menyatakan graduan lepasan program pendidikan seperti
guru sebenarnya adalah juga merupakan seorang ahli psikologi, pemimpin dalam
aneka bidang dan pada masa yang sama mampu menyelami hati orang lain. Ini
kerana latihan perguruan mensasarkan kepada pembinaan sifat ingin tahu dan
meningkatkan pembinaan diri, maka sebenarnya di sinilah bermulanya titik
permulaan untuk pelbagai jenis karier, baik untuk karier perguruan mahupun karier
dalam bidang-bidang yang lain. Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah sekiranya
terdapat majikan yang bukan terlibat dengan bidang pendidikan, namun mahu
mendapatkan graduan dari fakulti pendidikan akibat dari mutu keluaran tinggi yang
dapat dihasilkan fakulti.
2.8.4 Penajaan
Penajaan oleh majikan untuk menyambung pelajaran adalah boleh dilihat sebagai
persefahaman antara dua pihak yang menguntungkan kedua-duanya. Pekerja yang
ditaja oleh majikan akan mendapat kelulusan pendidikan yang lebih baik,
pengetahuan tinggi yang terkini, kos pengajian yang lebih rendah berbanding tajaan
sendiri dan pekerjaanya selepas pengajian telah disediakan. Bagi pihak majikan pula,
keuntunganya adalah dari segi pelaburan jangka panjang. Pekerja yang ditaja oleh
majikan, kebiasaanya adalah pekerja yang telah dikenal pasti sebagai cekap dalam
menjalankan tugasnya dan mampu membawa keuntungan pada organisasi di masa
hadapan. Berbanding dengan mengambil pekerja baru yang tinggi kelayakan tetapi
cetek pengalaman bekerja, kebanyakkan majikan yang berpandangan jauh lebih
gemarkan idea pelaburan dalam pembangunan modal insan.
Pelaburan dalam modal manusia mempunyai dua bentuk iaitu pelaburan yang
berlaku di tempat kerja dan yang berlaku di luar tempat kerja (Rahmah, 1996).
Pelaburan modal manusia yang berkaitan dengan tempat kerja terdiri daripada latihan
secara formal dan tidak formal. Manakala, pelaburan modal manusia yang berkaitan
kegiatan di luar tempat kerja boleh dikategorikan seperti persekolahan, kesihatan dan
mencari pekerjaan. Selain itu, pelaburan modal manusia dapat dilihat sebagai
keputusan pelaburan di mana individu mengagihkan beberapa bahagian pendapatan
22
mereka bagi tujuan pendidikan dan latihan demi meningkatkanperolehan masa
hadapan (Blundell R., Powell J., 2000).
Sementara itu, Maimunah Aminuddin (1995) dalam bukunya yang Panduan
Pengurusan Personel telah memberikan tiga kepentingan program latihan dan
pembangunan modal insan. Pertama, program latihan dan pembangunan dapat
menjimatkan wang. Apabila pekerja mengetahui bagaimana melakukan kerja mereka
dengan cara yang betul, kos akan kurang dan keuntungan menjadi lebih tinggi.
Kedua, ialah bertujuan untuk mengekalkan pekerja supaya mengurangkan kadar
pusing ganti. Ketiga, program latihan dan pembangunan secara tidak langsung dapat
mengekalkan pelanggan kerana pelanggan akan berasa gembira apabila mendapat
hasil kerja atau perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009) dalam Kajian Kes
Pelaburan Pendidikan Modal Insan Di Kalangan Suku Kaumsama-Bajau Di Kota
Kinabalu: halatuju Dan Cabaran menyatakan proses urbanisasi dan globalisasi turut
memberikan tekanan dan ancaman kepada individu masa kini. Ini kerana, tahap
pendidikan yang rendah di kalangan masyarakat akan menyebabkan individu gagal
bersaing dalam arus tersebut dan gagal mendapat manfaat sepenuhnya daripada
pembangunan yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, adalah amat penting
bagi menyediakan halatuju yang jelas dalam pelaburan modal insan untuk
membolehkan individu menghadapi cabaran urbanisasi dan globalisasi yang semakin
mencabar pada abad ini.
2.8.5 Kesesuaian Program
Kesesuaian program akademik yang dianjurkan oleh pihak Universiti dengan
kehendak semasa majikan atau pasaran kerja adalah penting dalam memastikan
program tersebut mendapat pengiktirafan semua pihak. Terdapat kajian lalu yang
menunjukkan kegagalan dalam pengisian program, kursus atau kurikulum yang baik
akhirnya menimbulkan masalah kepada pelajar selepas tamat pengajianya. Soo Wee
Leng dan Juma‟yah (2001) mendapati kurikulum yang ditawarkan oleh institusi
vokasional tidak mengikut permintaan pasaran indutri yang mengakibatkan
23
kemahiran lepasan vokasional tidak memenuhi keperluan pihak industri. Ini
bermakna institusi pendidikan vokasional tidak menjurus kepada pasaran kerja.
Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat mengaplikasikan
apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaanya dan tidak dapat menyesuaikan diri
di alam pekerjaan baru.
Noah dan Eckstein (1988) pula dalam satu kajiannya mendapati bahawa di
England, Jerman, dan Perancis, para majikan industri masih tidak berpuas hati dan
sering mengkritik pihak sekolah kerana mereka merasakan pihak sekolah tidak
berupaya menyediakan para pelajar dengan latihan kemahiran pekerjaan secukupnya
untuk membolehkan mereka memasuki dunia pekerjaan. Para majikan industri juga
menyatakan bahawa kurikulum sekolah terlalu menekankan perkara akademik sahaja
dan kurang mengambil berat terhadap pelajar yang mempunyai bakat praktikal.
2.9 Latar Belakang Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) adalah salah satu
program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Bahasa pengantar yang digunakan dalam program ini adalah menggunakan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja. Jangkamasa pengajian yang diperuntukkan
adalah minimum 4 tahun dan maksimum selama 6 tahun. Syarat kemasukan ke
dalam program ini adalah melalui 3 laluan iaitu bagi pelajar lepasan matrikulasi,
diploma atau STPM. Syarat minimum bagi penganugerahan ijazah adalah mencapai
jumlah 123/122 jam kredit dengan mendapat minimum CPA 2.0, lulus latihan
praktikum dan menyiapkan projek sarjana muda pada tahun empat. Lepasan dari
program ini boleh memohon pekerjaan sebagai tenaga pengajar di institusi
pendidikan kerajaan mahupun swasta atau pensyarah di institusi pengajian tinggi.
Terma matematik pada asalnya diambil dari istilah Greek iaitu mathematikos
yang datang dari perkataan mathanein yang membawa maksud „untuk belajar‟. Dari
pandangan masyarakat Greek, perkataan matematik memberi maksud untuk
mempelajari atau mendapatkan semua pengetahuan. Masyarakat Babylon pula
24
menganggap matematik sebagai pengetahuan tentang pertimbangan dan pengukuran.
Manakala masyarakat Mesir purba pula menggunakan matematik dalam kajian
astronomi mereka. Sehingga ke hari ini, pelbagai maksud digunakan dalam
menjelaskan maksud matematik. Untuk sesetengah individu, matematik berkaitan
dengan struktur, penyusunan, ketepatan, logik dan masalah. Namun bagi para pelajar,
mereka mungkin menganggap matematik sebagai sesuatu yang mereka perlu pelajari
sebagai syarat untuk lulus dalam peperiksaan sahaja (Noraini Idris, 2006).
Noor Azlan dan Norhayati (2010) menyatakan para pendidik mungkin
mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana seseorang itu boleh dilatih
untuk mengajar. Walau bagaimanapun, kesemua mereka bersetuju bahawa kebolehan
mengajar perlu dilatih dan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu bakat yang
berkembang secara semulajadi. Fakulti Pendidikan UTM melatih graduan supaya
mereka mampu menjalankan proses pengajaran yang berkesan kerana ia bukannya
proses yang mudah. Proses membentuk pengajar memerlukan bentuk latihan yang
sistematik dalam aspek teori dan praktikal. Di sinilah dapat dilihat besarnya
sumbangan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM
dalam melahirkan tenaga pengajar subjek matematik seluruh negara.
2.10 Penutup
Secara keseluruhanya tinjauan pasaran dilakukan untuk melihat kesesuaian program
yang dijalankan dalam memenuhi kehendak semasa majikan. Penilaian yang
dilakukan oleh majikan terhadap program yang dikaji adalah menjurus kepada lima
aspek penilaian yang dipilih. Aspek penilaian yang dipilih ialah kesesuaian konsep
teori, kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh latihan praktikal, peluang
kerjaya graduan, kesediaan penajaan dan juga kesesuaian program secara
keseluruhan dalam menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.
25
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini bertujuan membincangkan kaedah atau metodologi kajian tinjauan pasaran
program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) dari pandangan
majikan. Pandangan yang diberikan oleh para majikan yang mempunyai kakitangan
graduan program ini atau berkemungkinan mendapatkan khidmat graduan dari
program ini akan mencerminkan kebolehan program dalam membentuk tenaga kerja
yang berkemahiran tinggi di alam pekerjaan nanti. Seterusnya dari hasil kajian ini,
segala kekuatan dan kelemahan program akan dapat dikenal pasti dan cadangan
terhadap langkah penambahbaikan dapat dikemukakan.
3.2 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian ini ialah kajian deskriptif jenis tinjauan iaitu berdasarkan objektif
kajian untuk melihat kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik) UTM. Majikan yang telah dan mungkin akan menggunakan tenaga
kerja graduan dari program ini dikenal pasti terlebih dahulu. Tujuan pemilihan bakal
responden dilakukan adalah agar tidak berlaku keadaan di mana responden
memberikan jawapan dalam keadaan yang tidak jelas mengenai kehendak soalan.
Ketidakfahaman mengenai kehendak soalan bakal memberikan jawapan yang tidak
signifikan dengan kehendak kajian dilakukan.
26
3.3 Instrumen Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dalam Bahasa Melayu yang
mengandungi tiga bahagian. Jenis soalan soal selidik adalah menggunakan set soal
selidik yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency). Taburan
item soalan dan nombor item soalan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
3.1.
Jadual 3.1 : Jadual Taburan Item Soal Selidik
Bahagian Item
A. Kandungan Program dan Kesesuaian Dengan A1 – A14
Keperluan Organisasi
B. Peluang Kerjaya B1 – B5
C. Lain-Lain C1 – C3
Instrumen kajian soal selidik telah diubahsuai sedikit oleh pengkaji dari set
soalan yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency). Perubahan
ini tidak menjejaskan set soalan yang asal, sebaliknya hanya nombor item soalan dan
pengkhususan kepada program yang dikaji lebih diperincikan.
Secara khususnya, instrumen bagi item di bahagian A lebih memperincikan
maklumat mengenai kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan
organisasi. Item A1, merujuk kepada jenis organisasi responden (sama ada tempatan
atau milik asing). Manakala item A2 – A7 adalah mengenai kesesuaian konsep teori
dan mata pelajaran yang ditawarkan melalui program Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Item A7 –A12 juga merupakan penilaian
berdasarkan kekuatan program dari segi kekuatanya memenuhi kriteria yang
ditetapkan. Kandungan item A1 – A14 dapat ditunjukkan dalam jadual 3.2.
27
Jadual 3.2 : Taburan Item Soalan Bahagian A
Aspek Soalan No. Item
a. Jenis Organisasi A1
b. Konsep teori A2, A3 & A7
c. Matapelajaran A4, A5 & A6
d. Konsep Semasa A8
e. Perundangan / Akta A9
f. Penggunaan ICT A10
g. Penggunaan Kaedah Kuantitatif A11
h. Kaitan Pasaran Kerja A12
i. Jangkamasa Pengajian / Latihan Praktikal A13 & A14
Bagi item yang terkandung dalam Bahagian B, aspek soalan adalah menjurus
kepada peluang kerjaya kepada bakal graduan Program Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3 : Taburan Item Soalan Bahagian B
Aspek Soalan No. Item
a. Peluang Kerjaya B1, B2 & B3
b. Pendapatan B4
c. Pengajian Lanjutan B5
Dalam Bahagian C, soalan-soalan tentang hal-hal lain diutarakan. Aspek
soalan dalam hal-hal lain adalah berkenaan penajaan dan kesesuaian program. Ini
dapat ditunjukkan melalui Jadual 3.4.
Jadual 3.4 : Taburan Item Soalan Bahagian C
Aspek Soalan No. Item
a. Penajaan C1 & C2
b. Kesesuaian Program C3
28
3.4 Populasi Dan Persampelan
Populasi kajian ini adalah majikan yang mempunyai kakitangan atau mempunyai
prospek mendapatkan kakitangan yang terdiri daripada graduan Program Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM di sekolah-sekolah
menengah, kolej komuniti, kolej / pusat matrikulasi dan politeknik di kawasan Zon
Selatan Semenanjung Malaysia iaitu yang terletak di Negeri Sembilan, Negeri
Melaka dan Negeri Johor. Semua majikan daripada 419 buah organisasi pendidikan
diberikan soal selidik. Namun begitu hanya 180 sahaja yang dikembalikan dalam
masa yang diperuntukkan. Justeru itu kajian ini terbatas dari segi bilangan responden.
3.5 Prosedur Kajian
Untuk memastikan kajian dijalankan dengan lancar, prosedur kajian yang
melibatkan langkah-langkah berikut telah diikuti sepanjang kajian dilakukan :
Langkah pertama : Maklumat mengenai populasi kajian diperolehi
daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej
Komuniti dan Politeknik.
Langkah kedua : Bilangan sampel saiz ditentukan.
Langkah ketiga : Mendapatkan kebenaran untuk melakukan kajian ke
atas responden yeng telah dipilih.
Langkah keempat : Melakukan kajian rintis dengan mengedarkan soal
selidik ke atas 30 orang majikan di daerah Kulai untuk
melihat kebolehpercayaan soal selidik.
Langkah kelima : Melakukan kajian sebenar dengan mengedarkan soal
selidik kepada para responden. Data yang dikumpulkan
hanyalah data yang diperolehi dalam sela masa yang
ditetapkan.
Langkah keenam : Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS).
Langkah ketujuh : Perbincangan dibuat ke atas dapatan kajian.
29
3.6 Analisa Data
Analisa terhadap data dijalankan dengan menggunakan analisa deskriptif iaitu
melihat kepada peratusan dan kekerapan bagi mendapatkan kepastian tentang
pandangan majikan terhadap kekuatan program yang dikaji. Analisa data adalah
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).
3.7 Penutup
Bab ini membincangkan metodologi kajian. Ini meliputi reka bentuk kajian,
instrumen kajian, populasi dan persampelan, prosedur kajian dan analisis data yang
teratur dan sistematik. Penentuan terhadap elemen yang dinyatakan di atas dapat
menjamin kualiti kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang jitu.
30
BAB 4
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan
Bab ini memaparkan analisa data kajian. Dapatan kajian daripada seramai 180 orang
responden dapat menerangkan kekuatan dan kelemahan berkaitan program yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian pasaran
adalah merujuk kepada maklum balas dari majikan mengenai program yang
dilaksanakan oleh pihak universiti.
4.2 Analisis Item
Bagi mengenalpasti kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Matematik (SPM) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik
telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian I diletakkan di bawah skop
kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan organisasi. Bahagian II pula
ialah mengenai peluang kerjaya manakala Bahagian III ialah tentang soalan lain-lain.
Jumlah keseluruhan soalan adalah 22. Analisis dibentangkan dalam bentuk frekuensi
dan peratusan.
4.2.1 Bahagian I : Kandungan Program dan Kesesuaian Dengan Keperluan
Organisasi
Bahagian ini mengandungi 14 item soalan yang berkaitan dengan jenis organisasi,
kandungan program dan kesesuaian program dengan keperluan sesebuah organisasi.
31
4.2.1.1 Jenis Organisasi
Bahagian ini terdiri dari satu soalan berkaitan jenis organisasi / industri responden.
Jadual 4.1 menunjukkan taburan jenis organisasi seramai 180 responden yang
terlibat dalam kajian ini, 180 (100 peratus) adalah terdiri daripada organisasi /
industri tempatan.
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jenis Organisasi / Industri
Item A1
Tempatan Milik Asing
A1 Nyatakan jenis organisasi /
industri anda 180 (100%) 0 (0%)
4.2.1.2 Memenuhi Asas Teori
Jadual 4.2 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap aspek teori.
Kesemua 180 responden menyatakan bahawa asas teori di dalam Program Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM adalah memenuhi
keperluan yang mereka mahukan.
Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Jawapan Memenuhi Aspek Teori
Item A2
Memenuhi
sepenuhnya
Memenuhi
sebahagian
Tidak
Memenuhi
Langsung
A2
Adakah program yang
dicadangkan memenuhi
asas-asas teori dalam
bidang berkenaan?
180 (100%) 0 (0%) 0 (0%)
32
4.2.1.3 Pemakaian Konsep Teori Dalam Keadaan Semasa
Jadual 4.3 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian
pemakaian konsep teori dengan keadaan semasa. Kesemua 180 responden (100
peratus) menyatakan, konsep teori yang diterapkan di dalam program adalah
bersesuaian dengan keadaan semasa.
Jadual 4.3 : Taburan Pandangan Responden Terhadap Kesesuaian Pemakaian
Konsep Teori
Item A3
Ya Tidak
A3 Adakah pemakaian konsep teori
sesuai dengan keadaan semasa? 180 (100%) 0 (0%)
4.2.1.4 Mata Pelajaran
Jadual 4.4 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran yang
menyumbang kepada kekuatan program. Kesemua 180 responden (100 peratus)
menyatakan, mata pelajaran yang ditawarkan adalah menyumbang kepada kekuatan
program.
Jadual 4.4 : Taburan Pandangan Responden Mengenai Kekuatan Mata
Pelajaran Terhadap Program
Item A4
Ya Tidak
A4
Adakah mata pelajaran yang
ditawarkan ini menyumbang
kepada kekuatan program?
180 (100%) 0 (0%)
33
4.2.1.5 Mata Pelajaran Yang Perlu
Jadual 4.5 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran
keperluan untuk program ini. Kesemua majikan yang menjadi responden dalam
kajian ini sebulat suara menyatakan bahawa program ini meliputi semua mata
pelajaran yang perlu.
Jadual 4.5 Program Meliputi Mata Pelajaran Yang Perlu
Item A5
Ya Tidak
A5
Adakah program yang
dicadangkan ini meliputi semua
mata pelajaran yang difikirkan
perlu?
180 (100%) 0 (0%)
4.2.1.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu
Jadual 4.6 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran yang
dirasakan tidak perlu. Melalui tinjauan atas kemungkinan terdapat mata pelajaran
yang dirasakan tidak perlu, semua responden memilih jawapan tidak ada.
Jadual 4.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu
Item A6 Ya Tidak
A6
Adakah mata pelajaran yang
dicadangkan ini meliputi mata
pelajaran yang difikirkan tidak
perlu?
0 (0%) 180 (100%)
34
4.2.1.7 Kriteria Teori Asas
Jadual 4.7 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap program dalam
memenuhi kriteria teori asas. 175 responden (97.2 peratus) memilih jawapan
memenuhi keperluan, manakala 5 responden (2.8 peratus) memilih jawapan
memenuhi sebahagian keperluan.
Jadual 4.7 Kriteria Teori Asas
Item A7
Memenuhi
keperluan
Memenuhi
sebahagian
keperluan
Gagal
sebahagian
keperluan
Ulasan
(jika ada)
A7
Sila nyatakan
program untuk
memenuhi kriteria
berikut : teori asas
175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)
4.2.1.8 Kriteria Konsep Semasa
Jadual 4.8 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria konsep
semasa program ini. Seramai 5 orang responden (2.8 peratus) menganggap program
ini hanya memenuhi sebahagian dari keperluan konsep semasa yang dimahukan
majikan. Manakala selebihnya iaitu 175 orang (97.2 peratus) pula menganggap
program ini telahpun memenuhi keperluan konsep semasa.
Jadual 4.8 Kriteria Konsep Semasa
Item A8
Memenuhi
keperluan
Memenuhi
sebahagian
keperluan
Gagal
sebahagian
keperluan
Ulasan
(jika ada)
A8
Sila nyatakan
program untuk
memenuhi kriteria
berikut : Konsep
semasa
175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)
35
4.2.1.9 Kriteria Perundangan / Akta
Jadual 4.9 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria perundangan
/ akta pendidikan. Melalui maklum balas dari reponden, 111 (61.7 peratus)
responden berpendapat program ini memenuhi sepenuhnya keperluan kriteria
perundangan / akta. Manakala 69 (38.3 peratus) lagi menganggap ianya hanya
memenuhi sebahagian keperluan sahaja.
Jadual 4.9 Kriteria Perundangan / Akta
Item A9
Memenuhi
keperluan
Memenuhi
sebahagian
keperluan
Gagal
sebahagian
keperluan
Ulasan
(jika ada)
A9
Sila nyatakan
program untuk
memenuhi kriteria
berikut :
Perundangan / Akta
Pendidikan
111 (61.7%) 69 (38.3%) 0 (0%) 0 (0%)
4.2.1.10 Kriteria Penggunaan ICT
Jadual 4.10 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria
penggunaan ICT di dalam program. Melalui maklum balas dari reponden, 175 (97.2
peratus) responden berpendapat program ini memenuhi sepenuhnya keperluan
kriteria penggunaan ICT. Manakala 5 (2.8 peratus) lagi menganggap ianya hanya
memenuhi sebahagian keperluan sahaja.
Jadual 4.10 Kriteria Penggunaan ICT
Item A10
Memenuhi
keperluan
Memenuhi
sebahagian
keperluan
Gagal
sebahagian
keperluan
Ulasan
(jika ada)
A10
Sila nyatakan program
untuk memenuhi kriteria
berikut : Penggunaan
ICT
175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)
36
4.2.1.11 Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif
Jadual 4.11 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap penggunaan
kaedah kuantitatif. 117 (65 peratus) dari responden menyatakan program ini
memenuhi keperluan kriteria penggunaan kaedah kuantitatif. Manakala 63 (35
peratus) lagi menganggap ianya hanya memenuhi sebahagian keperluan sahaja.
Jadual 4.11 : Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif
Item A11
Memenuhi
keperluan
Memenuhi
sebahagian
keperluan
Gagal
sebahagian
keperluan
Ulasan
(jika
ada)
A11
Sila nyatakan
program untuk
memenuhi kriteria
berikut :
Penggunaan
kaedah kuantitatif
117 (65%) 63 (35%) 0 (0%) 0 (0%)
4.2.1.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja
Jadual 4.12 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap hubungkait
dengan pasaran kerja. 175 (97.2 peratus) reponden menyatakan program ini
memenuhi sepenuhnya kriteria hubungkait dengan pasaran kerja. Manakala 5 (2.8
peratus) responden menyatakan program ini hanya memenuhi sebahagian kriteria
hubungkait dengan pasaran kerja sahaja.
Jadual 4.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja
Item A12
Memenuhi
keperluan
Memenuhi
sebahagian
keperluan
Gagal
sebahagian
keperluan
Ulasan
(jika ada)
A10
Sila nyatakan program
untuk memenuhi kriteria
berikut : Hubungkait
dengan pasaran kerja
175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)
37
4.2.1.13 Jangkamasa Pengajian
Jadual 4.13 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian
jangkamasa pengajian. Dilihat di sini kesemua majikan sependapat dengan
menyatakan jangkamasa pengajian untuk program adalah mencukupi. Seramai 180
(100 peratus) responden memilih jawapan yang sama.
Jadual 4.13 Jangkamasa Pengajian
Item A13
Ya Tidak
A13
Adakah anda berpendapat
program yang dicadangkan ini
mencukupi dari segi:
jangkamasa pengajian
180 (100%) 0 (0%)
4.2.1.14 Tempoh Latihan Praktikal
Jadual 4.14 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian tempoh
latihan praktikal. Kesemua responden memilih untuk mengatakan tempoh latihan
praktikal bagi program ini adalah bersesuaian.
Jadual 4.14 Tempoh Latihan Praktikal
Item A14
Ya Tidak
A6
Adakah anda berpendapat
program yang dicadangkan ini
mencukupi dari segi: tempoh
latihan praktikal
180 (100%) 0 (0%)
38
4.2.2 Bahagian II : Peluang Kerjaya
Bahagian kedua dalam soal selidik ini, merangkumi soalan yang menjurus kepada
persoalan tentang peluang kerjaya para graduan dari program ini dari kaca mata
majikan.
4.2.2.1 Kesesuaian Bidang Pekerjaan
Jadual 4.15 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian bidang
pekerjaan graduan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
UTM. Analisis menunjukkan graduan dari bidang ini sesuai di ambil bekerja dalam
bidang Matematik sahaja, dengan 180 (100 peratus) responden memilih bidang
Matematik sahaja.
Jadual 4.15 Kesesuaian Bidang Pekerjaan
Item B15
Matematik Kimia Fizik Lain-lain
B15
Adakah graduan
program ini sesuai
bekerja di organisasi
anda? Jika ya, sila
nyatakan dalam
bidang apa?
180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)
4.2.2.2 Kesesuaian Jawatan
Jadual 4.16 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian
jawatan bagi graduan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik) UTM. Dari maklum balas tinjauan yang dilakukan, 176 (96.7 peratus)
responden memilih jawatan Guru Siswazah sebagai jawatan yang sesuai untuk para
39
graduan keluaran program ini manakala selebihnya pula 6 (3.3 peratus) merasakan
graduan dari program ini lebih sesuai diberi jawatan sebagai Pensyarah.
Jadual 4.16 Kesesuaian Jawatan
Item B16
Guru
Siswazah
Pegawai
Pelajaran
Daerah
Pegawai
Kegiatan
Guru
Pensyarah
B16
Apakah jawatan
yang sesuai di
organisasi anda
bagi graduan
program ini?
174 (96.7%) 0 (0%) 0 (0%) 6 (3.3%)
4.2.2.3 Jumlah Jawatan
Jadual 4.17 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap jumlah
kekosongan jawatan yang sesuai diisi oleh graduan program kajian. Jumlah
kekosongan jawatan di dalam organisasi / industri majikan bagi graduan dari
program ini adalah dari satu hingga tiga kekosongan sahaja. Ini kerana kesemua
responden 180 (100 peratus) memilih jawapan kekosongan jawatan yang sesuai diisi
pada kumpulan 1-3.
Jadual 4.17 Jumlah Jawatan
Item B17
1-3 Jawatan 4-6 Jawatan 7-9 Jawatan Lain-lain
B17
Berapakah banyak
(jumlah) jawatan
yang sesuai diisi
dalam organisasi anda
oleh graduan program
ini?
180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)
40
4.2.2.4 Jumlah Pendapatan
Jadual 4.18 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap jumlah pendapatan
yang dicadangkan oleh majikan untuk graduan program kajian. Jumlah pendapatan
di sini adalah merujuk kepada jumlah gaji permulaan yang akan dibayar kepada
graduan baru lulusan program ini jika diambil bekerja. Kesemua responden 180 (100
peratus) menyatakan jumlah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan
program ini ialah antara RM 1,500 hingga RM 2,000.
Jadual 4.18 Jumlah Pendapatan
Item B18
< RM
1,000
RM 1k –
1.5k
RM 1.5 –
2k
RM 2k –
2.5k
Lain-
lain
B18
Apakah
pendapatan
(income) yang
sesuai ditawarkan
kepada graduan
ini?
0 (0%) 0 (0%) 180
(100%) 0 (0%) 0 (0%)
4.2.2.5 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran
Jadual 4.19 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian
program ini untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi. Analisis menunjukkan
kesemua responden beranggapan graduan dari program ini sesuai untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Jadual 4.19 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran
Item B19 Ya Tidak
B19
Adakah program ini sesuai
untuk dilanjutkan ke peringkat
yang lebih tinggi?
180 (100%) 0 (0%)
41
4.2.3 Bahagian III : Lain-lain
Dalam bahagian ketiga soal selidik ini, hanya dua soalan diutarakan iaitu tentang
penaja pengajar dan kesimpulan pandangan majikan tentang kebolehan program
dalam menghasilkan graduan yang diingini.
4.2.3.1 Penaja Pelajar
Jadual 4.20 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap penaja kepada
program kajian. Analisis menunjukkan 144 (80 peratus) menyatakan bahawa
organisasi responden mempunyai penaja pelajar dalam bidang berkaitan manakala 20
peratus lagi menyatakan tidak ada.
Jadual 4.20 Penaja Pelajar
Item C20
Ya Tidak
C20
Adakah organisasi anda menaja
pelajar dalam bidang ini?
144 (80%) 36 (20%)
4.2.3.2 Galakkan Mengikuti Program
Jadual 4.21 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap galakkan daripada
majikan kepada kakitangan untuk mengikuti bidang ini. Kesemua 180 responden
(100 peratus) menyatakan bahawa mereka menggalakkan kakitangan mereka
mengikuti program ini.
42
Jadual 4.21 Galakkan Mengikuti Program
Item C21
Ya Tidak
C21
Adakah anda akan
menggalakkan kakitangan anda
untuk mengikuti program ini?
180 (100%) 0 (0%)
4.2.3.3 Kesesuaian Program
Jadual 4.22 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian
program dalam menghasilkan graduan yang diingini. Analisis menunjukkan semua
responden menyatakan bahawa program ini bersesuaian dan dapat menghasilkan
graduan yang mereka ingini.
Jadual 4.22 Kesesuaian Program
Item C22
Ya Tidak
C22
Pada pendapat anda, adakah
program ini dapat menghasilkan
graduan yang diingini?
180 (100%) 0 (0%)
43
4.3 Pecahan Analisis Berdasarkan Objektif Kajian
Hasil analisis yang berikut dikelompokkan mengikut objektif yang ingin diperolehi
dalam kajian ini. Analisis dikelompokkan semula agar bentuk jawapan dari
responden dapat dilihat dari aspek menyempurnakan objektif yang telah ditetapkan.
4.3.1 Objektif Pertama
Jadual 4.23 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut
objektif kajian pertama. Berdasarkan objektif pertama iaitu mengenalpasti kesesuaian
pengisian konsep teori dalam program yang ditawarkan, rujukan dilakukan
berdasarkan dapatan dari item soal selidik yang berikut:-
Jadual 4.23 Dapatan Mengikut Objektif Pertama
Item A2
Memenuhi
sepenuhnya
Memenuhi
sebahagian
Tidak
Memenuhi
Langsung
A2
Adakah program yang
dicadangkan memenuhi
asas-asas teori dalam
bidang berkenaan?
180 (100%) 0 (0%) 0 (0%)
Item A3
Ya Tidak
A3
Adakah pemakaian
konsep teori sesuai
dengan keadaan
semasa?
180 (100%) 0 (0%)
Item A4
Ya Tidak
A4
Adakah mata pelajaran
yang ditawarkan ini
menyumbang kepada
kekuatan program?
180 (100%) 0 (0%)
44
Item A5
Ya
Tidak
A5
Adakah program yang
dicadangkan ini
meliputi semua mata
pelajaran yang
difikirkan perlu?
180 (100%) 0 (0%)
Item A6
Ya Tidak
A6
Adakah mata pelajaran
yang dicadangkan ini
meliputi mata pelajaran
yang difikirkan tidak
perlu?
0 (0%) 180 (100%)
Item A7
Memenuhi
keperluan
Memenuhi
sebahagian
keperluan
Gagal
sebahagian
keperluan
Ulasan
(jika ada)
A7
Sila nyatakan
program untuk
memenuhi kriteria
berikut : teori asas
175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)
Dari analisis item A1 hingga A7, secara keseluruhanya majikan yang
merupakan responden dalam kajian ini berpendapat bahawa konsep teori yang
ditawarkan dalam program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
anjuran UTM adalah bersesuaian.
4.3.2 Objektif Kedua
Jadual 4.24 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut
objektif kajian yang kedua. Objektif kajian yang kedua iaitu mendapatkan maklum
balas mengenai kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh masa latihan praktikal
pula adalah berdasarkan analisis item yang berikut:-
45
Jadual 4.24 Dapatan Mengikut Objektif Kedua
Item A13
Ya Tidak
A13
Adakah anda berpendapat
program yang dicadangkan ini
mencukupi dari segi:
jangkamasa pengajian
180 (100%) 0 (0%)
Item A14 Ya Tidak
A14
Adakah anda berpendapat
program yang dicadangkan ini
mencukupi dari segi: tempoh
latihan praktikal
180 (100%) 0 (0%)
Analisis item A13 dan A14 menunjukkan bahawa satu jawapan yang mutlak
diperolehi iaitu 100 peratus responden menjawab bahawa program yang dijalankan
oleh UTM ini adalah menggunakan masa pengajian dan tempoh latihan praktikal
yang bersesuaian sekali.
4.3.3 Objektif Ketiga
Jadual 4.25 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan kajian
mengikut objektif ketiga. Bagi mendapatkan objektif kajian ketiga analisis item B15
hingga B18 digunakan. Objektif kajian ketiga adalah mendapatkan gambaran tentang
peluang kerjaya graduan dari program yang ditawarkan.
Jadual 4.25 Dapatan Mengikut Objektif Ketiga
Item B15
Matematik Kimia Fizik Lain-lain
B15
Adakah graduan
program ini sesuai
bekerja di organisasi
anda? Jika ya, sila
nyatakan dalam
bidang apa?
180
(100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)
46
Item B16
Guru
Siswazah
Pegawai
Pelajaran
Daerah
Pegawai
Kegiatan
Guru
Pensyarah
B16
Apakah jawatan yang
sesuai di organisasi
anda bagi graduan
program ini?
174
(96.7%) 0 (0%) 0 (0%) 6 (3.3%)
Item B17
1-3
Jawatan 4-6 Jawatan
7-9
Jawatan Lain-lain
B17
Berapakah banyak
(jumlah) jawatan
yang sesuai diisi
dalam organisasi anda
oleh graduan program
ini?
180
(100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)
Item B18
< RM
1,000
RM
1k –
1.5k
RM 1.5
– 2k
RM 2k –
2.5k Lain-lain
B18
Apakah pendapatan
(income) yang sesuai
ditawarkan kepada
graduan ini?
0 (0%) 0
(0%)
180
(100%) 0 (0%) 0 (0%)
Dari analisis item B15-B18, satu gambaran yang jelas dapat dinyatakan di
sini bahawa kesemua majikan bersetuju bahawa graduan dari program ini hanya
sesuai bekerja dalam bidang Matematik (Item B15) dengan tawaran pendapatan
antara RM 1,500 – RM 2,000 (Item B18) sebagai permulaan. Kesemua responden
juga menyatakan terdapat 1-3 jawatan yang sesuai diisi oleh graduan dari program
ini (Item B17). 96.7% responden menyatakan graduan dari program ini sesuai
menyandang jawatan Guru Siswazah manakala selebihnya menyatakan graduan
program ini sesuai menyandang jawatan sebagai Pensyarah (Item B16).
4.3.4 Objektif Keempat
Jadual 4.26 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut
objektif kajian yang keempat. Mengenalpasti kesediaan penaja dalam membiayai
47
kakitanganya bagi menyambung pengajian dalam bidang ini merupakan objektif
kajian yang keempat. Bagi mencapai objektif keempat ini, item B19 dan C20
dianalisis.
Jadual 4.26 Dapatan Mengikut Objektif Keempat
Item B19 Ya Tidak
B19
Adakah program ini sesuai
untuk dilanjutkan ke peringkat
yang lebih tinggi?
180 (100%) 0 (0%)
Item C20 Ya Tidak
C20 Adakah organisasi anda
mempunyai penaja pelajar
dalam bidang ini?
144 (80%)
36 (20%)
Dari analisis item di atas, kesemua responden menyatakan bahawa program
ini sesuai dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi (Item B19). Walau
bagaimanapun hanya 80% responden menyatakan bahawa mereka mempunyai
penaja bagi tujuan pengajian dalam program ini (Item C20).
4.3.5 Objektif Kelima
Jadual 4.27 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan kajian
mengikut objektif kajian yang kelima. Bagi tujuan mencapai objektif kelima, iaitu
mengenalpasti kesesuaian program dalam menghasilkan graduan yang memenuhi
kehendak pasaran, analisis C21 dan C22 digunakan.
Jadual 4.27 Dapatan Mengikut Objektif Kelima
Item C21
Ya Tidak
C21
Adakah anda akan menggalakkan
kakitangan anda untuk mengikuti program
ini?
180 (100%) 0 (0%)
Item C22 Ya Tidak
C22 Pada pendapat anda, adakah program ini
dapat menghasilkan graduan yang diingini?
180 (100%) 0 (0%)
48
Dari analisis C21 dan C22, didapati program ini adalah sangat memenuhi
kehendak pasaran. Ini kerana kesemua responden bukan sahaja menganggap program
ini telah berjaya menghasilkan graduan yang mereka ingini, malah para majikan
sebagai responden kajian ini juga turut menggalakkan kakitanganya untuk mengikuti
program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) anjuran UTM ini.
4.4 Penutup
Bab ini menjelaskan tentang analisis data yang diperolehi daripada 180 responden
kajian. Data demografi yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif iaitu
menggunakan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia adalah satu program yang dianggap baik oleh para
majikan. Pengujian ke atas lima kriteria pemilihan objektif mendapati hampir semua
responden memberikan jawapan yang seragam. Perbincangan, rumusan, cadangan
dan saranan untuk kajian lanjutan yang berkaitan dengan dapatan akan dijelaskan
dalam Bab 5.
49
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merumuskan dapatan kajian yang dilakukan berdasakan persoalan dan
objektif kajian. Bab ini seterusnya menunjukkan perbincangan persepsi responden
(majikan) terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik) yang dikendalikan Fakulti Pendidikan UTM. Penilaian dilakukan
menggunakan satu set soal selidik yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian
Qualifications Agency).
5.2 Rumusan Kajian
Tujuan kajian ini adalah melihat penilaian yang diberikan oleh majikan terhadap
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) yang
dikendalikan Fakulti Pendidikan UTM. Penilaian yang diberikan oleh pihak majikan
adalah penting kepada semua pihak kerana melalui tinjauan seperti ini, kekuatan dan
kelemahan dalam penghasilan graduan yang memenuhi pasaran pekerjaan dapat
dikenalpasti. Responden yang terlibat terdiri daripada 180 majikan yang mempunyai
atau mahukan pekerja dari lulusan program ini. Responden terdiri dari tiga negeri di
selatan tanahair iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Dari tinjauan yang
dilakukan, secara keseluruhanya majikan memberikan maklum balas yang sangat
positif terhadap pengisian dan cara program ini dijalankan. Rumusan dari kajian ini
dapat ditunjukkan seperti berikut :
1. Pengisian konsep teori dalam program yang ditawarkan adalah bersesuaian
dengan kehendak majikan.
2. Kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh masa latihan praktikal adalah
menepati kehendak semasa majikan.
50
3. Dari respon majikan, graduan dari program ini sesuai bekerja sebagai guru /
pensyarah Matematik dengan pendapatan RM 1,500 – RM 2,000. Serta
terdapat 1-3 jawatan itu di organisasi mereka.
4. Kesemua majikan menyatakan program ini sesuai untuk dilanjutkan ke
peringkat yang lebih tinggi. Namun kesediaan dalam penajaan hanya meliputi
80% sahaja.
5. Program ini sangat digalakkan oleh majikan untuk diikuti oleh kaktitanganya
dan penilaian dari majikan mendapati program ini berjaya menghasilkan
graduan yang diingini.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Bahagian ini akan memaparkan perbincangan dari dapatan kajian berdasarkan
objektif dan persoalan kajian.
5.3.1 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Pengisian Konsep Teori
Dalam Program Yang Ditawarkan
Dari kajian yang dilakukan ini, didapati majikan sebagai responden sangat berpuas
hati dengan pengisian konsep teori yang diterapkan di dalam program. Dengan
bacaan 100 peratus bersetuju dicatatkan pada persoalan sama ada program memenuhi
pengisian konsep asas teori dan kesesuaiannya dengan keadaan semasa. Maka pihak
UTM seharusnya berbangga dengan kejayaan pihak universiti dalam menganjurkan
program yang dapat memenuhi kehendak majikan pada aspek pengisian teori. Malah,
semua responden juga menganggap semua mata pelajaran yang ditawarkan juga
adalah bersesuaian dan tidak ada satu pun mata pelajaran yang diajar dalam program
ini dianggap tidak perlu.
Pengisian konsep teori merupakan antara perkara asas yang perlu dilihat
dalam pembangunan sesuatu program akademik. Kepincangan atau kelemahan dalam
penyediaan konsep teori asas yang baik, boleh menyebabkan graduan yang
dilahirkan bukan sahaja kekurangan dari segi aspek teori, malah boleh menyebabkan
51
peluang pekerjaan mereka terjejas. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Institut
Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun 2003 tentang masalah
pengangguran dalam kalangan siswazah, didapati antara punca siswazah menganggur
adalah kerana banyak kemahiran yang diperolehi selepas tamat pengajian di IPT
adalah tidak selari dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja.
5.3.2 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Jangka Masa Pengajian Dan
Tempoh Masa Latihan Praktikal.
Dapatan kajian mendapati kesemua responden (100 peratus) bersetuju dengan
tempoh masa pegajian (program dijalankan) dan juga dengan tempoh masa latihan
praktikal yang perlu dilalui pelajar. Tempoh masa pengajian yang bersesuaian
dengan pengisian program akan dapat memastikan proses pembelajaran yang dilalui
oleh pelajar adalah mencukupi bagi mereka untuk mahir dalam setiap subjek.
Menurut Noor Azlan dan Norhayati (2010) menyatakan penguasaan pelajar terhadap
topik-topik yang diajar juga menjadi punca kejayaan pelajar semasa menjalani
latihan mengajar.
Tempoh masa pengajian yang pendek boleh menyebabkan graduan yang
dihasilkan dari sesuatu program kekurangan dari aspek kecemerlangan, pengalaman
dan kematangan. Dalam kajian tentang masalah pengangguran siswazah yang
dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun
2003, tiga isu mengenai tempoh pengajian dan tempoh latihan praktikal
dibangkitkan. Antara isu tersebut ialah, pemendekkan tempoh pengajian dari 4 tahun
kepada 3 tahun akan menyebabkan universiti tidak memberikan tumpuan kepada
latihan praktik, latihan ilmiah dan kokurikulum.
Latihan praktikal adalah salah satu syarat wajib bagi Program Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik) bagi memenuhi syarat penganugerahan ijazah.
Tujuan latihan praktikal adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan
yang sebenar, mempertingkatkan pengetahuan pelajar mengenai fungsi organisasi
dan memberi peluang kepada mereka melaksanakan pekerjaan sebenar dalam
suasana yang lebih mencabar. Nina Katajavuori, Sari Lindblom-Ylänne dan Jouni
52
Hirvonen (2006), menyatakan bahawa latihan praktikal dapat meningkatkan
kefahaman pelajar tentang aspek teori yang dipelajari dan meningkatkan lagi
motivasi mereka untuk belajar.
5.3.3 Pandangan Majikan Terhadap Peluang Kerjaya Graduan Dari Program
Yang Ditawarkan
Dari kajian ini, didapati kesemua responden (100 peratus) berpendapat bahawa
graduan dari program ini sesuai untuk diambil bekerja di dalam bidang Matematik di
organisasi mereka. Ini disebabkan oleh kerana program ini menjuruskan kepada
bidang pendidikan Matematik sahaja. Dari segi jawatan yang sesuai disandang pula,
didapati 96.7 peratus responden berpendapat bahawa graduan dari program ini sesuai
untuk bekerja dalam sebagai guru siswazah. Manakala selebihnya pula berpendapat
mereka ini sesuai untuk bekerja sebagai pensyarah. Jawatan sebagai guru siswazah
dilihat lebih berseuaian sebagai bidang pekerjaan graduan dari program ini kerana
pertama, kekosongan guru siswazah dalam bidang ini paling sesuai diisi oleh
graduan dari program ini. Kemungkinan yang kedua pula ialah sebilangan graduan
yang mengikuti program ini adalah pelajar tajaan Kementerian pelajaran yang mana
mereka ini terikat untuk mengajar di sekolah selepas tamat pengajian mereka.
Kesemua responden juga berpendapat graduan dari program ini sesuai
ditawarkan pendapatan permulaan dari kumpulan pendapatan RM 1,501 hingga RM
2,000. Jumlah tawaran pendapatan ini terletak dalam kumpulan tersebut kerana ianya
dilihat sinonim dengan gaji pokok yang diterima oleh seorang guru baru yang
diambil bertugas.
5.3.4 Pandangan Responden Terhadap Kesediaan Penajaan Bagi Membiayai
Kakitanganya Mengikuti Pengajian Program.
Walaupun terdapat 20 peratus responden yang tidak menyediakan penajaan bagi
graduanya mengikuti program ini, namun jumlah tersebut dilihat kecil jika
dibandingkan dengan jumlah yang menyediakan penajaan. Dengan keadaan ekonomi
53
semasa yang tidak menentu, kesediaan penajaan dari kalangan 80 peratus dari
kalangan majikan dilihat sebagai satu angka yang besar. Dari segi refleksinya,
ternyata keperluan dari pihak organisasi bagi memilikki kakitangan yang memilikki
ijazah dalam bidang ini adalah tinggi.
Pengetahuan yang dimilikki selepas menamatkan pengajian di peringkat
ijazah adalah dilihat penting bagi para majikan bagi memastikan organisasi mereka
dapat terus bersaing antara satu sama lain. Persaingan yang sihat ini akan dapat
memastikan bahawa output yang dikeluarkan oleh organisasi masing-masing akan
berada pada tahap kualiti yang tertinggi. Tidak mustahil satu masa kelak, para
majikan berlumba-lumba menyediakan penajaan bagi kakitanganya untuk
menyambung pengajian di peringkat sarjana pula kerana mungkin pada waktu
tersebut keperluan terhadap kakitangan yang mempunyai sarjana adalah mendesak.
5.3.5 Persepsi Majikan Tentang Kesesuaian Program Dalam Menghasilkan
Graduan Yang Memenuhi Kehendak Pasaran
Dari kajian ini, didapati semua majikan yang menjadi responden berpendapat bahawa
program ini telah berjaya melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.
Malah jika dilihat pada aspek penilaian C21, para majikan menggalakkan
kakitanganya untuk mengikuti program ini. Ini adalah satu bukti yang jelas bahawa
program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) anjuran UTM adalah
satu program yang berjaya bukan sahaja dari segi pengisianya tetapi dalam
memenuhi pasaran kerja yang ada di negara kita.
5.4 Implikasi Kajian
Dapatan dari kajian ini menyumbangkan satu persepsi yang jelas dari kalangan
majikan tentang penilaian mereka terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Matematik) keluaran UTM. Pandangan dari majikan adalah sangat
penting bagi memastikan program yang dijalankan ini senantiasa berdaya saing dan
memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa. Dari kajian ini, pihak fakulti dapat
54
membuat refleksi terhadap kekuatan program mereka dan sejauh manakah pula
sambutanya dari pihak majikan yang bakal menerima graduan kelahiran program
mereka.
Bagi pihak majikan, kajian seperti ini merupakan antara platform kepada
mereka dalam melahirkan pandangan dan pendapat mengenai program akademik
yang dijalankan di UTM. Kerjasama antara majikan dan universiti yang baik akan
dapat memastikan usaha penambahbaikan program dapat diteruskan. Naib Canselor
UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang dalam ucapannya semasa menyempurnakan
majlis penganugerahan ijazah / diploma program kerjasama UTM pada 2008 ada
menyatakan bahawa pihak universiti akan terus komited untuk meningkatkan kualiti
program-program yang ditawarkan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan. UTM juga akan sentiasa mengemaskini keperluan pihak Kementerian
Pengajian Tinggi, industri malah dalam memenuhi keperluan melahirkan modal
insan dengan minda kelas pertama.
Bagi pelajar yang sedang atau bakal mengikuti program ini, kajian ini
sebenarnya mencerminkan keupayaan yang bakal mereka perolehi apabila
menamatkan pengajian kelak. Kesedaran tentang sambutan dari pihak majikan
terhadap mereka boleh memberikan mereka motivasi untuk memperbaiki mana-mana
kelemahan diri sendiri dalam mengikuti program yang sedia ada ini. Oleh kerana di
dalam kajian ini, didapati program ini dinilai dengan sangat positif oleh pihak
majikan, maka sudah tentu ini akan memberikan satu cabaran baru kepada bakal
graduan untuk memastikan semua yang diajarkan dapat dihayati dan diamalkan
sebaik mungkin.
5.5 Cadangan
Beberapa cadangan dapat diutarakan disini:
1) Majikan diberikan peluang untuk membuat lawatan dan pemerhatian ke atas
perjalanan program bagi mendapatkan gambaran sebenar perjalanan program.
55
2) Penilaian semula ke atas pendapatan yang ditawarkan oleh majikan kepada
graduan yang diambil bekerja dalam organisasi mereka perlu dibuat. Ini
kerana dikhuatiri berlakunya kekeliruan antara maksud pendapatan dengan
gaji pokok. Jika sesuatu program mendapat pengiktirafan majikan, sepatutnya
pendapatan yang ditawarkan adalah lebih baik.
3) Mendedahkan kehendak pasaran dan majikan kepada bakal graduan dan
pensyarah agar mereka dapat membuat penambahbaikan dalam pembelajaran
dan pengajaran seharian.
4) Memberikan pendedahan yang lebih mendalam dan berterusan kepada bakal
majikan tentang sejarah, perjalanan dan objektif program agar setiap
perubahan yang berlaku semasa proses penambahbaikan program adalah
dalam pengetahuan bakal majikan.
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
Cadangan untuk kajian lanjutan adalah seperti berikut:
1. Kajian perbandingan antara program yang sama dari universiti yang berbeza
dilakukan. Hasil kajian ini akan dapat mencerminkan kekuatan antara
universiti yang menganjurkan program yang sama. Kelemahan dan kekuatan
dari pelbagai universiti akan dapat dikesan dan seterusnya penambahbaikan
dapat dilakukan.
2. Kajian terhadap kebolehan graduan lepasan program ini yang telah bertugas
dari penilaian para pelajar mereka di sekolah / kolej boleh dijalankan. Kajian
seperti ini akan dapat memberikan gambaran kejayaan program dalam
memupukkan aspek teori dan kesesuaian latihan praktikal yang telah mereka
jalani.
56
3. Kajian tentang program ini dilakukan serentak dengan beberapa program lain
yang juga dianjurkan oleh UTM. Maka dengan ini, perbandingan terhadap
persepsi majikan dapat dikesan. Pihak fakulti / universiti juga seterusnya
dapat mengesan mana-mana programnya yang disukai atau kurang diminati
oleh pihak majikan.
5.7 Kesimpulan
Dari tinjauan pasaran yang dilakukan ke atas majikan ke atas graduan program ini,
didapati maklum balasnya secara keseluruhanya adalah positif dengan semua aspek
yang dikaji menyokong sepenuhnya perjalanan dan pengisian di dalam program ini.
Walaupun demikian, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan yang dapat
dilakukan oleh pihak universiti. Selain daripada menjalin hubungan dua hala dengan
para majikan dalam menetapkan satu tahap piawai program yang cemerlang, pihak
universiti juga boleh meningkatkan lagi strategi pemasaran mereka agar penajaan
untuk mana-mana individu yang mahu mengikuti program ini menjadi lebih banyak
dan mudah dikeluarkan. Selain dari faktor penajaan, usaha juga boleh dilakukan
demi memperjuangkan pendapatan yang lebih baik bagi graduan yang lahir dari
program ini. Dengan keadaan ekonomi semasa, gaji permulaan di bawah paras RM
2,000 dilihat tidak sepadan dengan apa yang dimilikki oleh graduan ini. Pastinya satu
yang menghairankan di sini apabila satu program yang mendapat sambutan positif
dari majikan dan diiktiraf sebagai bertepatan dengan kehendak semasa pasaran tetapi
tidak pula ditawarkan dengan gaji yang setimpal.
57
RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof (2008). Pengurus Glokal: Menerjah Pengurusan Global. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd .
Ab. Latip Idris dan Abd Ghani Taib (2003). Keberkesanan Program Pengalaman
Berasaskan Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru Pelatih KPLI Sekolah
Rendah, MPPM Ambilan 2003: Satu Tinjauan. Maktab Perguruan Perempuan
Melayu Melaka.
Abd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Abd. Hamid (2002). Prinsip Pemasaran, Teori Dan Praktis. Kuala
Lumpur: McGraw Hill.
Aniha Mat Soh (2003). Keperluan Kemahiran Generik kepada Industri. Universiti
Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.
Barry R. Chiswick (2003). Jacob Mincer, Experience and the Distribution of
Earnings. University of Illinois : Discussion Paper.
Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.
Becker G.S. (1993). Human Capital, Third Edition. Chicago: The Chicago
University Press.
Blundell R. dan Powell J. (2000). Endogeneity in nanoparametric regression
models. Invited Lecture. Econometric Society World Meeting Seattle.
Boone L. E., Kurtz D. E., Mckenzie H. F. and Snow K. (2009). Contemporary
Marketing (2nd
Canadian Ed). US: Nelson Education Ltd.
Bruner, J. (1996). The Culture of Education. Cambridge: Harvard University Press.
Carl McDaniel Jr and Roger Gates (2007). Marketing Research. New Jersey: John
Wiley And Sons, Inc.
Clive Shearer (2006). Everyday excellence: creating a better workplace through
attitude, action, and appreciation. Milwaukee: American Society for Quality.
Farah Zulkifli (2003). Persepsi Majikan Terhadap keperluan Kemahiran Generik di
Kalangan Pekerja Industri Kecil Sektor Pemprosesan Makanan di daerah
Hulu Langat, Selangor. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda
Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
58
Jacob Mincer (1974). Schooling, Experience and Earnings. New York : Columbia
University Press.
Jami’ah Shukri (2009). Lulusan Universiti Perlu Keterampilan Untuk Meraih
Keperluan Pasaran Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian. Berita Harian, 28
Julai 2009.
Janet Fine (2005). Opportunities in Teaching Careers. US: McGraw-Hills Co.
John L. Pulley (2003). Tainted Gift. The Chronicle of Higher Education. 3 Januari
2003.
Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah
Sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia :
Tesis Sarjana Muda.
Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009) Kajian Kes Pelaburan Pendidikan
Modal Insan Di Kalangan Suku Kaumsama-Bajau Di Kota Kinabalu:
Halatuju Dan Cabaran. Jurnal Kemanusiaan. Fakulti Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia.
Knapp J. C. & Siegel D. J. (2009). The Business Of Higher Education. California:
ABC Clio.
Maimunah Aminuddin (1995). Panduan Pengurusan Personel. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Mark Tennant, Cathi McMullen & Dan Kaczynski (2009). Teaching, Learning, and
Research in Higher Education. Kentucky: Routledge.
McQuarrie, E. F. (2006). The Market Research Toolbox. (Edisi Kedua). California :
Sage Publications, Inc.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan,
Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman.
Noah H. J. dan Eckstein M. (1988). Dependency Theory in Comparative Education:
Twelve Lessons from the Literature. dalam J. Schriewer ed., Theories and
Methods in Comparative Education: Frankfurt-am-Main: Peter Lang.
Nina Katajavuori, Sari Lindblom-Ylänne dan Jouni Hirvonen (2006). The
significance of practical training in linking theoretical studies with practice.
Helsinki: University Of Helsinki.
59
Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Norhayati Abdul Rahman (2010). Keberkesanan
Pengajaran Mikro Dalam Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik Fakulti
Pendidikan, UTM Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.
Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:
Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.
Noraini Idris (2006). Teaching And Learning Of Mathematics. Kuala Lumpur:
Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.
Norzamzila Mustafa (2005). Pengambilan Pekerja Asing Dalam Industri
Pembinaan, Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana.
Paul Christ (2009). Know This: Marketing Basic. Pennsylvania: Know This Media.
Philip Kotler (2003). Marketing Insights From A to Z . New Jersey: John Wiley &
Sons Inc.
Krueger R. A. (1988). Focus groups: A practical guide for applied research (3rd ed.)
California: Sage Publications.
Rahmah Ismail. 1996. Modal Manusia dan Perolehan Buruh. Siri Teks Ekonomi
Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Rozanis Mustafa (2006). Kepentingan Kemahiran Generik di Kalangan Bakal
Pendidik. Kajian Kes: Pelajar Tahun 4,Pendidikan Teknik Vokasional,
Fakulti Pendidikan, UTM.Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia.
Soo Wee Leng, dan Juma’ayah Salleh. 2001. Hubungan Industri dan Pendidikan
Vokasional: Isu dan Strategi. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Sekaran, U. (2003), Research Methods for Business: A Skill Building Approach (4th
Edition). New York: John Wiley & Sons Inc.
Siti Alida John Abdullah dan Halimah @ Nasibah Ahmad (2007), Kewangan Dan
Pelajar IPT. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd .
Sulaiman Masri (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.
Sutyastie Soemitro (2002). Kemiskinan dan Ketidakmerataan Di Indonesia (Satu
Analisis Awal). Jakarta : Rineka Cipta.
60
Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang (2008). Pembangunan Modal Insan Isu Dan
Cabaran. Bangi : Penerbit UKM.Yukl, Gary A. 1981. Leadership in
Organization. New York: Prentice-Hall Inc.
Zulkifly Osman & Ishak Yussof. 2008. Dasar dan Masalah Guna Tenaga di
Malaysia: Pengalaman Khusus Isu Pekerja Asing dan Pengangguran
Siswazah. Jurnal Tepak Manajemen Bisnes, Vol. 1. No. 1: 3-24, UNRI, Riau.
[ISSN 1979-3294]
61
LAMPIRAN A
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR
BORANG SOAL SELIDIK TINJAUAN PASARAN PROGRAM SARJANA MUDA SAINS SERTA
PENDIDIKAN (MATEMATIK), FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai
kajian yang saya jalankan. Saya berharap mendapat kerjasama daripada saudara /
saudari sekalian untuk menyertai saya sebagai responden kajian.
Sila berikan jawapan anda dengan ikhlas. Maklumat yang diperolehi diharapkan
dapat membantu memberikan dan mewujudkan satu variasi kepada sistem
pendidikan semasa di Malaysia.
Segala maklumat adalah RAHSIA dan hanya untuk kajian sahaja.
Kesudian saudara / saudari sekalian melibatkan diri dalam kajian ini, saya dahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh :
…………………………………..
(ERUAN SHAH BIN AMBAR)
Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentdabiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
62
KAJIAN PASARAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
BAHAGIAN I : KANDUNGAN PROGRAM DAN KESESUAIAN DENGAN
KEPERLUAN ORGANISASI
[Sila tandakan ( / ) di mana sesuai]
A.1) Nyatakan jenis organisasi / industri anda :
I. Organisasi / industri milik tempatan
II. Organisasi / industri milik asing
a. Pengisian Konsep Teori
A.2) Adakah program yang dicadangkan memenuhi asas-asas teori dalam bidang
berkenaan?
Memenuhi sepenuhnya
Memenuhi sebahagian
Tiada memenuhi langsung
A.3) Adakah pemakaian konsep teori sesuai dalam keadaan semasa?
Ya
Tidak
A.4) Adakah subjek-subjek yang ditawarkan menyumbang kepada kekuatan program?
Ya
Tidak
63
A.5) Adakah program yang dicadangkan ini meliputi semua mata pelajaran yang
difikirkan perlu?
Ya
Tidak
Jika TIDAK, sila nyatakan subjek yang perlu ditambahkan.
a. ……………………………………………………………………………………….
b. ……………………………………………………………………………………….
A.6) Adakah mata pelajaran yang dicadangkan ini meliputi mata pelajaran yang
difikirkan tidak perlu?
Ya
Tidak
Jika YA, apakah subjek-subjek yang perlu dikeluarkan?
a. ……………………………………………………………………………………….
b. ……………………………………………………………………………………….
Sila nyatakan program ini dapat memenuhi kriteria berikut :
Memenuhi Memenuhi Gagal Ulasan
Keperluan sebahagian Memenuhi (Jika ada)
A7) Teori Asas
A8) Konsep Semasa
A9) Perundangan
A10) Penggunaan ICT
A11) Penggunaan Kaedah
Kuantitatif
A12) Hubungkait Dengan
Pasaran Kerja
64
Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi:
A13) a. Jangkamasa pengajian Ya
Tidak
Jika tidak, nyatakan jangkamasa pengajian yang sesuai. Sila jelaskan.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
A14) b. Tempoh latihan praktikal Ya
Tidak
Jika tidak, nyatakan tempoh latihan praktikal yang sesuai. Sila jelaskan.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
BAHAGIAN II: PELUANG KERJAYA
B1) Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda?
Jika ya, nyatakan dalam bidang apa?
Contoh i. Matematik
ii. Kimia
iii. Fizik
iv. Lain-lain (sila nyatakan)
1. ________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________
B2) Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini?
Contoh i. Guru Siswazah
ii. Pegawai Pelajaran Daerah
iii. Pegawai Kegiatan Guru
1. ________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________
65
B3) Berapa banyakkah (jumlah) jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh
graduan program ini?
1 – 3 jawatan
4 – 6 jawatan
7 – 9 jawatan
Lain-lain. Sila nyatakan _____________
B4) Berapakah pendapatan (income) yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini?
Kurang dari RM 1,000
RM 1,001 – 1,500
RM 1,501 – 2,000
RM 2,001 – 2,500
Lain-lain. Sila nyatakan _____________
B5) Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi?
Ya
Tidak
Jika ya, sila nyatakan peringkat-peringkat pengajianya?
Peringkat Ijazah
Peringkat Sarjana
Peringkat Kedoktoran
66
BAHAGIAN III : LAIN-LAIN
Penaja
C1. Adakah organisasi anda menaja pelajar dalam bidang ini?
Ya
Tidak
C2. Adakah anda akan menggalakkan kakitangan anda untuk mengikuti program
ini?
Ya
Tidak
Jika tidak, sila nyatakan alasanya.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Kesesuaian Program
C3. Adakah anda akan menggalakkan kakitangan anda untuk mengikuti program
ini?
Ya
Tidak
Jika ya, sila nyatakan alasanya.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Jika tidak, sila nyatakan alasanya.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________