17
5 PENGHARGAAN Alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan ini dengan jaya sekali. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini. Jutaan terima kasih ingin saya sampaikan kepada pensyarah Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (PIM 3113) kami, iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu Samah kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, terutamanya ketika sesi taklimat. Sesungguhnya jasa dan bantuan daripada beliau amatlah berguna dan sangat saya hargai. Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya P6E kerana bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama. Mereka bersama-sama membantu antara satu sama lain dan banyak sekali membantu saya dengan menerangkan sesuatu yang tidak saya fahami. Di samping itu, terdapat juga rakan kami meminjamkan bahan rujukan kepada saya dan turut membantu memberi penerangan mengenai bahagian yang saya tidak faham. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan- rakan di dalam kelas P6E.

esaimen ibadah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

padsaduijgbkjisdf asdfoihjsofjsof sdgfoijsdogfjsd gfsdogflidjsogifjds dasogfidjsaogfkijsda gdasogijdasogi dgasoisdhjogijasdg asdgoiasjgolaisdg sdgisdjanogsd gdsgjdosg dsgdisjgoi

Citation preview

PENGHARGAANAlhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan ini dengan jaya sekali.Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini. Jutaan terima kasih ingin saya sampaikan kepada pensyarah Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (PIM 3113) kami, iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu Samah kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, terutamanya ketika sesi taklimat. Sesungguhnya jasa dan bantuan daripada beliau amatlah berguna dan sangat saya hargai.Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya P6E kerana bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama. Mereka bersama-sama membantu antara satu sama lain dan banyak sekali membantu saya dengan menerangkan sesuatu yang tidak saya fahami. Di samping itu, terdapat juga rakan kami meminjamkan bahan rujukan kepada saya dan turut membantu memberi penerangan mengenai bahagian yang saya tidak faham. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan di dalam kelas P6E.Di samping itu, terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut membantu dari segi kewangan, moral dan kasih sayang kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim yang telah menyediakan kemudahan seperti Pusat Sumber sebagai tempat saya mencari bahan rujukan dan mengadakan perbincangan. Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Seorang guru harus sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan profesionalisme perkhidmatan mereka kerana profesion perguruan melibatkan pembinaan insan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Jadi, sebagai seorang guru perlulah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Hal ini kerana, tanpa guru, bagaimana mungkin sesebuah Negara itu dapat berkembang dan maju seiring dengan era globalisasi kini.

Tambahan pula guru juga perlu menampilkan akhlak yang baik dalam semua aspek kerana setiap apa yang dilakukan oleh guru akan diperhatikan oleh banyak pihak. Terdapat banyak kalam-kalam daripada para ulama terkenal dan tokoh ilmuan yang telah menekankan bahawa pentingnya seseorang guru memiliki akhlak dan peribadi yang mulia. Hal ini dapat kita teladani bagaimana akhlak dan peribadi agung baginda Rasulullah s.a.w yang merupakan contoh terbaik dalam semua bidang.

Dalam tugasan kali ini, pengkaji perlulah menjalankan suatu kajian kes bagi menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh seorang murid yang dipilih. Pengkaji telah memilih seorang murid yang bermasalah dari sudut ibadah yang mana murid tersebut sangat bermasalah dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang muslim. Pengkaji tertarik untuk mengkaji dalam bidang ini kerana bidang ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang Hamba dalam melaksanakan ibadat kepada Tuhannya. Jadi, kajian kes ini bukan sahaja mengambil berat berkenaan kes tersebut. Tetapi menyedarkan pengkaji sendiri tentang realiti seorang Hamba Allah.

SITUASI DAN BIODATA PELAJARNama: Danial Arif Bin AhmadMurid: Tahun 5 MutiaraUmur: 11 TahunSekolah : Sk Air KulimPekerjaan Bapa : Penjual SayurPekerjaan Ibu : Kerani KilangMasalah Dihadapi: Masalah Dalam Melaksanakan Ibadah Seharian.

Sedikit maklumat untuk pengetahuan umum, pengkaji telah mendapatkan maklumat ini semasa melakukan praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Kulim, Kedah. Pada mulanya, murid ini enggan untuk memberikan kerjasama kerana takut dan malu, tetapi setelah dipujuk berulangkali, Alhamdulillah dia ingin memberikan kerjasama. Murid ini malu kerana dia merasa hina berbanding rakan-rakannya yang lain yang lebih hebat dari sudut pengetahuan dan mengalami masalah ekonomi yang kurang stabil. Murid ini juga kurang mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya kerana sibuk dengan urusan masing-masing.PERNYATAAN MASALAH KAJIANSebagai seorang Guru Pendidikan Islam, kita bertanggungjawab mendidik pelajar ke arah yang lebih baik. Selain itu, Guru Pendidikan Islam juga berperanan untuk menyampaikan dakwah, menyemai iman serta membentuk sahsiah dan akhlak murid. Guru Pendidikan Islam terutamanya menjadi role model kepada semua pihak, bukan sahaja murid, malah guru-guru, kakitangan dan masyarakat sekitar. Maka, sebagai seorang Guru Pendidikan Islam haruslah mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dari segala aspek terutamanya Fardhu Ain.

Selain itu, menjadi kewajipan kepada Guru Pendidikan Islam untuk mengajar ilmu-ilmu asas Islam kepada murid-muridnya. Menjadi suatu tanda Tanya apabila terdapat segelintir anak murid Guru Pendidikan Islam itu tidak mengetahui langsung tentang ilmu-ilmu asas Islam ini. Jadi, sebagai seorang Guru, kita haruslah menanam sikap Ikhlas dalam mendidik anak-anak murid ini seperti anak-anak kita sendiri. Sekiranya semua Guru dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan dengan sempurna, insyaAllah masalah-masalah seperti tidak tahu tertib mengambil wudhuk, bilangan rakaat dalam solat 5 waktu sehari semalam tidak akan berlaku.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian kes ini adalah seperti berikut : 1. Mengetahui punca masalah yang dihadapi pelajar.2. Mengetahui peranan dan cara Guru menyelesaikan masalah pelajar dengan menggunakan cara-cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah atau cara-cara kajian ini dijalankan adalah dengan menggunakan beberapa cara. Antaranya adalah seperti berikut : Soal Jawab Qudwah Hasanah NyanyianLAPORAN KAJIAN

TARIKH : 16 Julai 2014MASA : 8.45 9.45 a.mTEMPAT : Kelas 5 Mutiara & Bilik KaunselingPengkaji telah memasuki kelas 5 Mutiara setelah mendapat Jadual Waktu Mengajar daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pengkaji memasuki kelas dan murid membaca doa secara bersama-sama. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang sesuai dengan tajuk pengajaran. Danial telah dikenalpasti mempunyai masalah dari sudut ibadah semasa pembelajaran di dalam kelas. Murid telah dipanggil untuk tujuan pengumpulan data. Murid menceritakan permasalahan beliau ketika di dalam kelas. Masalah telah dikenalpasti. Kaedah yang sesuai telah dirangka untuk proses pemulihan pelajar. Sesi berlangsung di bilik kaunseling. Soal jawab berlaku dan pengkaji dapat mengesan permasalahan yang berlaku kepada responden.

TARIKH : 21 Julai 2014MASA : 9.45 10.15 a.mTEMPAT : Surau Sekolah

Pada bertempat di sesi berlaku buat kali kedua. Pengkaji menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Pengkaji memulakan dengan soalan-soalan yang ringan iaitu bertanya khabar dan menenangkan murid berkenaan. Selepas itu, melalui metod Qudwah Hasanah iaitu tunjuk cara, pengkaji mengajak murid berkenaan untuk sama-sama mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Dhuha. Alhamdulillah, walaupun pertemuan yang kedua ini, Danial masih lagi malu-malu kerana belum selesa bersama pengkaji, tetapi dia menunjukkan respon yang positif kerana mengikut setiap kata-kata gurunya. Pengkaji meminta agar murid berkenaan mengikut setiap langkah-langkah yang telah dibuat oleh guru. Pengkaji menggunakan teknik tunjuk cara bagaimana mengambil wudhuk dengan sempurna pada pertemuan kali ini. Murid berkenaan dapat mengikuti kaedah ini dengan berkesan. Pada minggu ini, murid berkenaan kerap mengajak pengkaji ke surau untuk melihat cara-cara beliau mengambil wudhuk dan meminta agar diperbetulkan sekiranya masih berlaku kesilapan.

TARIKH : 21 Julai 2014MASA : 9.45 10.15 a.mTEMPAT : Bilik J-Qaf

Sesi ketiga kajian dijalankan di Bilik J-Qaf kerana mempunyai alat-alat muzik yang sesuai untuk kaedah Nyanyian. Pengkaji menggunakan kaedah pengulangan dan nyanyian sebagai pengukuhan. Pengkaji menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Langkah 1 Pengkaji menyanyikan nyanyian Rukun Solat kepada murid. Langkah 2 Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dan cuba menghafal. Langkah 3 Pengkaji membantu murid mengingat lirik nyanyian Rukun Solat. Guru membuat pengulangan sambil menggunakan alat muzik supaya murid lebih tertarik. Selepas tamat sahaja nyanyian Rukun Solat ini responden selalu meminta agar berqasidah bersama-sama. Antara Qasidah yang menjadi kegemarannya ialah Ya Hanana dan Ya Badratim. Pengkaji juga memberikan hadiah kepada responden sekiranya responden berjaya menghafal nyanyian Rukun Solat berkenaan.

TARIKH : 21 Julai 2014MASA : 9.45 10.15 a.mTEMPAT : Pondok SekolahPerjumpaan kali terakhir ini berlaku di pondok sekolah. Responden menghadirkan diri dalam perjumpaan pada kali ini. Pengkaji sempat bertanya khabar tentang bagaimana keadaan keluarga responden dan beberapa perkara peribadi. Pengkaji bersoal jawab dengan responden mengenai perubahan yang dialami. Alhamdulillah, berlinang air mata responden apabila menceritakan bahawa bukan sahaja dia dapat menunaikan solat dengan sempurna, malah dia dapat mengajar ibunya menunaikan solat bersamanya kerana ibunya tidak pandai memnunaikan solat sepanjang hidupnya kerana hidup mereka susah. Sepanjang kajian ini berlangsung banyak perubahan yang positif terhadap responden.

PERBINCANGAN

Qudwah Hasanah adalah dakwah yang dilaksanakan melalui seseorang itu menunjukkan nilai-nilai yang yang murni dan dapat dijadikan ikutan kepada sesiapa sahaja. Qudwah hasanah adalah lahir daripada hati seseorang itu tanpa dirancang. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan kaedah ini dengan mengajak responden untuk solat dhuha pada waktu rehat secara tidak dirancang. Responden memberikan tindak balas yang positif dengan menuruti ajakan pengkaji tanpa ada sebarang alasan. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat menunjukkan cara yang betul dan tepat kepada responden bagaimana melakukan ibadah dengan sempurna. Disamping itu, hasil daripada qudwah hasanah ini juga, responden dapat menyampaikan ilmu ini kepada ibunya di rumah.

Instrumen soal selidik dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat murid dalam mengingat rukun solat melalui kaedah pengulangan dan nyanyian. Aktiviti pengulangan dan nyanyian ini ternyata memberi keseronokan terhadap mereka. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, responden menunjukkan respon tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Terutamanya apabila tamat sahaja nyanyian, responden acapkali meminta agar berqasidah bersama-sama. Metod pengulangan menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana dianggap perlu dan penting untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Responden diminta untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan responden cepat menghafal nyanyian.

RUMUSAN

Sebagai seorang Guru yang telah sinonim dengan Islam sebenarnya mampu untuk mengaplikasikan ajarannya dalam segenap aspek kehidupan kita termasuklah hiburan. Guru-guru, masyarakat, artis dan pihak terbabit sememangnya boleh berganding bahu dan bersama-sama mengorak langkah ke arah mewujudkan suatu budaya hiburan melalui muzik dan nyanyian yang lebih positif dan menggunakannya sebaik mungkin sebagai satu medium untuk berdakwah. Kesimpulannya, tidak ada masalah dalam dunia ini yang tidak dapat diselesaikan. Dalam kajian kes ini, guru sebagi pengkaji sangat memainkan peranan yang penting kerana bukan sekadar mengajar mengikut sukatan pelajaran semata-mata malah guru perlu menghayati realiti-realiti yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Semua guru di sekolah terutamanya Guru Pendidikan Islam wajib berperanan sebagai seorang murabbi yang dapat membentuk akhlak anak-anak didiknya di sekolah demi agama, bangsa dan Negara.

REFLEKSI

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Pertama sekali, saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan ruang waktu untuk saya siapkan tugasan yang diberikan ini. Tanpa nikmat masa dan kesihatan daripada-Nya, tidak mungkin saya dapat melakukan tugasan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada pensyarah bagi mata pelajaran PIM 3111 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu Samah dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang kami melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan dari kelas P6E yang turut membantu memberikan maklumat dan idea serta pandangan dalam usaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak putus asa mendoakan dan memberi sokongan kepada diri ini. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira.Permulaan tugasan diberi diterima dengan penuh rasa takut dan gelisah oleh saya. Ini kerana buat pertama kalinya membuat satu kajian kes mengenai metod dakwah Rasululah dalam pendidikan serta membuat pameran Pendidikan Islam . Untuk pengetahuan Ustazah, saya telah berjumpa banyak orang berpengalaman untuk membantu saya dalam melancarkan penulisan kajian ini. Dalam perlaksanaan pameran, kami bertungkus lumus dalam memastikan program berjalan dengan lancar. Dengan berkat dan redha Ilahi, pameran berlangsung dengan meriah sekali. Walaupun booth saya dan ahli kumpulan yang lain tidak mendapat tempat di hati juri, tetapi saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kumpulan kami sediakan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan wadah dakwah melaui pameran ini berjalan dengan lancar.

Dalam melaksanakan tugasan ini juga, saya telah berbincang dengan pensyarah dan juga rakan-rakan tentang skop tugasan yang perlu dilakukan. Saya juga telah mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti buku-buku ilmiah, artikel, jurnal dan juga daripada laman web. Alhamdulillah, maklumat tentang profesionalisme Guru Pendidikan Islam serta perubahan yang berperingkat ini banyak dan mudah didapati. Oleh itu, mudah bagi saya untuk menghuraikan dan menjawab soalan tugasan ini.Semasa kajian ini dijalankan, saya merasa sangat gembira dan terharu kerana apabila melihat responden saya yang sebelum ini langsung tidak minat belajar matapelajaran Pendidikan Islam oleh kerana banyak yang perlu dihafal, kini sudah menjadi matapelajaran kegemarannya. Alhamdulillah.Selain itu juga, dapat saya simpulkan bahawa tugasan kali ini membolehkan saya berfikir secara kognitif bahawa menuntut ilmu itu dituntut, tapi cara penapisan ilmu yang dicari ilmu perlu kena masa dan tempatnya. jangan destinasi menuju redha Allah yang dicari tidak kesampaian, jauh terpesong menuju kesesatan.Secara rumusnya, kaedah dakwah Rasulullah saw ini memberi kepentingan kepada murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui nyanyian ini ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keaadan tertekan. Diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti guru-guru, murid-murid dalam lebih mencintai ilmu agama Allah ini seterusnya mengembangkan lapangan dakwah islam di muka bumi ini.

Akhir kata, saya berharap dengan tugasan yang diberikan akan mematangkan lagi pemikiran saya dalam ilmu quran dan hadith khasnya juga dalam ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Banyak manfaat dan pengajaran yang telah saya dapati dalam proses melaksanakan tugasan ini. Dengan pengalaman yang saya perolehi ini akan saya gunakan dan manfaatkan dalam kehidupan saya kelak. Wallahu alam.Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Abdul Kadir. (1960). Hikayat Abdullah Munshi bin Abdul Kadir Munshi. Singapore: Malayan Publishing House.

Abdullah Ishak. (1987). Ke Arah Mengembalikan Identiti Pengajian Pondok di Malaysia. Tesis M. A, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya.

Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

LAMPIRAN