2
Saban tahun sepanjang saya dipertanggungjawabkan mengajar Matematik UPSR, saya menghadapi cabaran yang hebat. Latar belakang keseluruhannya pelajar saya lemah dalam Matematik. Hasil soal selidik kepada murid-murid mereka berpendapat bahawa mata pelajaran Matematik itu adalah susah dan mencabar. Sebagai seorang guru Matematik, saya perlu lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan. Langkah pertama saya ialah, saya cuba menyelami masalah murid- murid. Mengapa mereka mengatakan demikian, hinggakan ramai yang hilang minat kepada mata pelajaran Matematik. Minat mereka hilang kerana mereka memperoleh markah yang rendah. Puncanya banyak yang mereka tidak tahu daripada tahu. Inilah yang menyebabkan minat mereka hilang dari masa ke semasa. Pada hal ada di antara mereka yang cemerlang semasa di tahun 1 tetapi semakin merosot apabila menjejakkan kaki ke tahun 2 dan hinggalah ke tahun 6. Berdepan dan mendengar masalah-masalah murid tersebut, timbullah pelbagai tanda tanya dan seribu perasaan. Mengapa dan bagaimana masalah ini berlaku?. Di manakah puncanya?. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut?. Melihat kepada punca, tentunya banyak kesilapan guru. Antaranya kurang penekanan kepada kemahiran asas nombor, tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada pandangan saya kemahiran ini yang paling penting sebelum murid- murid mempelajari kemahiran-kemahiran lain. Sebenarnya saya sangat setuju dengan pembentukan Kurikulum Matematik yang dibina dan disusun begitu teliti bermula dari tahun 1 hingga tahun 6. Kurikulum telah menggariskan supaya guru- guru melaksanakan pengajaran Matematik itu menggunakan pendekatan mudah kepada susah. Walau bagaimana pun terdapat segelintir guru yang tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut. Sebagai contoh guru tahun 3 mungkin membuat anggapan bahawa murid sudah pandai dan sudah menguasai kemahiran asas nombor semasa di tahun 2, maka guru berkenaan kurang memberi penekanan kepada kemahiran asas tersebut dan meneruskan pengajaran tentang kemahiran-

Esei gc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Esei gc

Saban tahun sepanjang saya dipertanggungjawabkan mengajar Matematik UPSR, saya menghadapi cabaran yang hebat. Latar belakang keseluruhannya pelajar saya lemah dalam Matematik. Hasil soal selidik kepada murid-murid mereka berpendapat bahawa mata pelajaran Matematik itu adalah susah dan mencabar. Sebagai seorang guru Matematik, saya perlu lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan.

Langkah pertama saya ialah, saya cuba menyelami masalah murid-murid. Mengapa mereka mengatakan demikian, hinggakan ramai yang hilang minat kepada mata pelajaran Matematik. Minat mereka hilang kerana mereka memperoleh markah yang rendah. Puncanya banyak yang mereka tidak tahu daripada tahu. Inilah yang menyebabkan minat mereka hilang dari masa ke semasa. Pada hal ada di antara mereka yang cemerlang semasa di tahun 1 tetapi semakin merosot apabila menjejakkan kaki ke tahun 2 dan hinggalah ke tahun 6.

Berdepan dan mendengar masalah-masalah murid tersebut, timbullah pelbagai tanda tanya dan seribu perasaan. Mengapa dan bagaimana masalah ini berlaku?. Di manakah puncanya?. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut?. Melihat kepada punca, tentunya banyak kesilapan guru. Antaranya kurang penekanan kepada kemahiran asas nombor, tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada pandangan saya kemahiran ini yang paling penting sebelum murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran lain.

Sebenarnya saya sangat setuju dengan pembentukan Kurikulum Matematik yang dibina dan disusun begitu teliti bermula dari tahun 1 hingga tahun 6. Kurikulum telah menggariskan supaya guru-guru melaksanakan pengajaran Matematik itu menggunakan pendekatan mudah kepada susah. Walau bagaimana pun terdapat segelintir guru yang tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut. Sebagai contoh guru tahun 3 mungkin membuat anggapan bahawa murid sudah pandai dan sudah menguasai kemahiran asas nombor semasa di tahun 2, maka guru berkenaan kurang memberi penekanan kepada kemahiran asas tersebut dan meneruskan pengajaran tentang kemahiran-kemahiran baru. Ini adalah faktor utama mengapa murid lemah kemahiran asas dan seterusnya memberi kesan yang berpanjangan hingga ke tahun 6.

Antara lain ialah guru kurang memberi penekanan kepada kefahaman konsep dalam sesuatu kemahiran Matematik. Sebagai contoh murid tahun 2 yang baru mengenal operasi darab. Guru tidak sepatutnya terus meminta murid menghafal sifir, tanpa membimbing mereka tentang konsep darab itu sendiri berbantukan bahan maujud. Guru perlu kreatif menggunakan kaedah dan teknik untuk memastikan murid memahami konsep darab. Kefahaman murid tentang konsep ini akan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah dalam Matematik.

Walau bagaimana pun, masalah-masalah murid tersebut banyak mambantu saya meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam bidang ini. Perbezaan individu menyebabkan cabaran-cabaran yang datang tidak sama dan berbeza. Oleh itu sebagai seorang guru, kita perlu bijak berfikir untuk menghasilkan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Page 2: Esei gc

Sebagai guru Matematik Tahun 6, yang bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid saya memperoleh gred yang terbaik di dalam peperiksaan UPSR, tetapi juga yang paling penting memastikan mereka mendapat semaksimum ilmu dan pengetahuan Matematik sebelum mereka ke Sekolah Menengah.

Selama hampir 8 tahun pengalaman saya mengajar Matematik UPSR, banyak kenangan manis dan kejayaan yang saya capai. Ianya bukan sahaja memberi impak kepada pelajar tetapi juga kepada diri saya dan ibu bapa. Saya berasa bangga atas kejayaan anak didik saya. Rahsia kejayaaan inilah yang saya fikirkan perlu dikongsi bersama guru-guru lain jika saya diberi peluang menjadi guru cemerlang.