18
HNS 2013 KENEGARAAN TAJUK “PENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT KRONIK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DI MALAYSIA”. BINCANGKAN NAMA PENSYARAH PROF MADYA DR KHAZIN BIN MOHD TAMRIN DISEDIAKAN MOHAMAD FARID BIN ABU HASSAN D20141067909 940819-05-5545 AT 43 SAINS KEJURULATIHAN

ESEI KENEGARAAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

azrul

Citation preview

HNS 2013 KENEGARAANTAJUKPENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT KRONIK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DI MALAYSIA. BINCANGKAN

NAMA PENSYARAH PROF MADYA DR KHAZIN BIN MOHD TAMRIN

DISEDIAKANMOHAMAD FARID BIN ABU HASSAND20141067909940819-05-5545AT 43 SAINS KEJURULATIHAN

PENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT KRONIK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DI MALAYSIA. BINCANGKAN.

PENGENALAN

Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba,kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling denganmelepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hinggamenjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatukeadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awamatau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasamenghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelahmata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui, pencemaran boleh diklasifikasikankepada empat jenis yang utama iaitu air,udara,tanah dan bunyi.

Punca-punca dan kesan-kesan berlakunya pencemaran alam.

PENCEMARAN AIRPencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut. Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.

Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah wujud istilah pulau sampah secara terancang atau tidak terancang.Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu.

PENCEMARAN UDARAPencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal.Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primerdan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfurmonoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidakl engkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udaradan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakanpencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasanindustri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapurarang atau kayu yang tidak terkawal. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta. Selain itu, pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Bahan-bahan seperti sampah sarap, sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah. Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut. Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi, pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa. Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainyaPencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan dinegara ini pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulutmanusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darahdengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2)boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon(O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan -bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengant iga cara iaitu Nekrosis (Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Tumbuhan-tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfurdioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan negara kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu akibat daripada berlakunya pencemaran udara ini.

PENCEMARAN TANAHPencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktivitimanusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dantumpahan minyak menyebabkan tanah tercemarAntara kesan pencemaran tanah ini adalah berlakunya hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Tidak ketinggalan juga Negara kita juga tidak pernah terlepas daripada berlakunya kejadian hakisan tanah ini Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan cerum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluasdan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

. Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

PENCEMARAN BUNYIPencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukaikerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, iadi definisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyiberpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dansebagainya. Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan diPasar, dan trafik. Seterusnya steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, danpengetam. Selain itu,Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan, senjatapi,.Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yangberulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali intermittent Noise Iaitu seperti pengangkutan udara dan lalulinta.Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara fisiologi. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain. Seterusnya, tekanan dan hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung atau 'tinitus yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga.Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran akibat. Statistik telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan kepada bunyi yang bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding rakan sejawat yang tidak terdedah. Walaupun perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi pendengaran yang sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi kedua-dua kumpulan ini tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun. Satu perbandingan telah menunjukkan bahawa puak Maaban di Ghana tidak begitu terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh pengangkutan atau perkilangan, berbanding dengan penduduk di Amerika Syarikat yang biasa. Perkara ini menunjukkan bahawa pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran dengan tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan pendengaran.Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan tekanan perasaan atau vasoconstrictionjuga mendorong kepada dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.

Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran alam.Setiap perkara negatif yang berlaku dalam kehidupan didunia pasti ada cara untuk mengatasinya. Begitu juga dengan masalah pencemaran alam. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam ini dari terus berlaku. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah dengan menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan individu atau syarikat yang melakukan pencemaran alam ini dari berleluasa berlaku. Pihak kerajaan perlu mengenakan denda,kompuan,saman,menarik lesen perniagaan dan lain-lain lagi kepada mereka yang tidak menjaga alam sekitar ini. Sebagai contoh apabila,adanya sebuah syarikat perkilangan, yang tidak mematuhi arahan pihak yang berwjib tentang penyaluran sisa pepejal ke kolam yang disediakan khas dan bukannya melepaskan sisa-sisa pepejal berkenaan ke sungai maka pihak yang berkenaan haruslah mengheret mereka ini ke muka pengadilan agar tidak sesuka hati mencemarkan sungai. Hal ini secara tidak langsung dapat menyedarkan pihak tertentu ini agar sentiasa berwaspada agar tidak sewenang-wenangnya melakukan pencemaran Langkah seterusnya ialah melalui kempem. Pelbagai cara untuk berkempem dalam memastikan pencemaran alam agar tidak berlaku antaranya ialah media massa dan media cetak. Kempem tentang penjagaan alam sekitar ini haruslah berterusan dan mesej yang disampaikan perlulah sampai ke dalam sanubari hati masyarakat. Sebagai contoh kempem cintailah sungai kita , sayangilah hutan kita , kempem kitar semula dan lain-lain lagi adalah satu usaha yang dilakukan bagi memastikan alam daripada berlakunya pencemaran alam. Dengan adanya kempem sebegini sekaligus masyarakat akan lebih memahami dan prihatin terhadap penjagaan alam sekitar ini daripada berlakunya pencemaran. Perlu diingatkan bahawa alam adalah warisan yang akan diwarisi oleh generasi akan datang dan mereka akan bertanggungjawab terhadap alam ini daripada dirakusi oleh individu-individu yang tidak ada sifat menghargai alam.Langkah seterusnya ialah melalui pendidikan. Pendidikan adalah satu cara yang baik dalam mengatasi masalah berlakunya pencemaran alam ini. Melalui cara ini,kita dapat melahirkan generasi akan datang yang mencintai dan menghargai alam sekitar. Dalam sistem pendidikan hari ini terdapat subjek-subjek yang menerapkan pembelajaran berkaitan dengan alam sekitar. Sebagai contoh subjek sivik dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam mempelajari akan keprihatinan terhadap alam sekitar. Dalam pada masa yang sama , disekolah-sekolah haruslah mengadakan aktiviti yang lebih menjerumus kepada penjagaan alam sekitar. Ini sekaligus dapat menjadikan para pelajar sentiasa menanamkan sifat menjaga alam sekitar ini walaupun dimana mereka berada.Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

KesimpulanDalam asyik kita mencapai kemajuan jangan dilupakan akan penjagaan terhadap alam sekitar. Pada hari ini ramai manusia rakus dalam melakukan pencemaran alam ini tanpa memikirkan kesan yang akan mendatang. Harus diingat bahawa bumi ini telah berbudi kepada kita dan jangan pula nanti ianya merajuk dan tanpa diduga akan mendatangkan sesuatu yang buruk kepada kita. Oleh itu saya mengharapakan bahawa kerajaan akan sentiasa bertegas dalam memcegah perkara-perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar. Meperketatkan atau menguatkuasakan undang-undang adalah satu langkah yang baik dalam memberik kesedaran kepada individu-individu tertentu agar berwaspada dalam setiap tingkah laku dalam memelihara alam sekitar. Pada masyarakat pula saya mengharapkan agar bersama-sama dalam menjaga alam sekitar ini. Dengan cara ini kita akan lahir sifat sayangi kepada alam sekitar. Masyarakat akan bersama memelihara alam daripada punah dan akibatnya dan kesannya akan menjejaskan kehidupan seharian bersama. Pada diri pula saya berharap dapat menanamkan sifat menghargai dan keprihatinan kepada alam sekitar agar menjadi rutin dalam kehidupan sehingga ke akhir hayat. Mencemarkan lebih mudah daripada memulihara. Sayangilah alam kita.

Gambar pencemaran alam

Pencemaran air

Pencemaran udara

Pencemaran tanah

Pencemaran bunyi

Gambar langkah-langkah penjagaan alam