25
MURID DAN ALAM BELAJAR [EDU 3103] HASIL KAJIAN PERMAINAN SUKAN TRADISIONAL RAKYAT DI MALAYSIA (PERMAINAN “TENG-TENG”) SEJARAH DAN ASAL-USUL PERMAINAN “TENG-TENG” Teng-teng adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Teng-teng sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. kerana disebabkan permainan teng-teng ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Permainan tradisional rakyat ini tidak mempunyai asal usul tetapi ramai anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain teng-teng. Teng-teng sebenarnya mudah hendak dimain. Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat

ESEI PERMAINAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan sem 3..

Citation preview

MURID DAN ALAM BELAJAR [EDU 3103]

MURID DAN ALAM BELAJAR [EDU 3103]

HASIL KAJIANPERMAINAN SUKAN TRADISIONAL RAKYAT DI MALAYSIA(PERMAINAN TENG-TENG)

SEJARAH DAN ASAL-USUL PERMAINAN TENG-TENGTeng-teng adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Teng-teng sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. kerana disebabkan permainan teng-teng ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.Permainan tradisional rakyat ini tidak mempunyai asal usul tetapi ramai anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain teng-teng. Teng-teng sebenarnya mudah hendak dimain. Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.Permainan teng-teng tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah atau tua. Permainan ini boleh dimain secara individual ataupun berkumpulan. Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh dicapai sehingga empat orang atau lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh empat orang supaya mereka tidak keliru apabila giliran mereka tiba.Teng-teng sekurang-kurangnya mempunyai sembilan rumah yang dilukis sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke dalam rumah bermula daripada kotak pertama. Jika campakan itu kena, pemain boleh lompat ke lapan kotak yang lain dan tidak boleh memijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan seterusnya sehingga habis satu pusingan.

TUJUAN PERMAINANPermainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mengagak jarak dengan menggunakan kaki sambil mengimbang badan. Permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan.

JENIS-JENIS PERMAINAN TENG-TENG (KETINTING)1) Ketinting Kapal Terbang Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini. Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah. Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing. Melakukan penentuan giliran. Pemain pertama memulakan ting-ting. Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua. Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'. Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.

Rajah 1 : Jenis permainan Ketingting Kapal Terbang2) Ketinting Buku Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang. Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'. Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama. Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya. Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu. Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan. Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.

Rajah 2 : Jenis permainan Ketingting Buku.

BAHAN DAN ALAT UNTUK MEMBUAT TENG-TENGTeng-teng merupakan suatu permainan tradisional yang sangat mudah untuk mendapatkan bahan dan alat untuk membuatnya. Ia hanya boleh dibuat dengan melukis di atas tanah. Alat yang digunakan hanyalah kapur yang boleh dilukis di atas tanah tersebut. Permainan ini tidak perlu mempunyai bahan-bahan yang banyak dan mengelirukan. Ia hanya perlu dilukis di gelanggan kecil dengan menggunakan kapur tetapi harus mempunyai barang kecil atau gundu untuk memulakan permainan tersebut. Dengan menggunakan kapur, lukis sembilan buah berbentuk kotak dan nomborkan kotak-kotak tersebut. Gundu pula, hanyalah sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di kotak-kotak gelanggang.

GELANGGANG DAN GUNDUGelanggang teng-teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah.Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

Rajah 3 : Gelanggang dan gundu.

SENARAI KEPERLUANBahan: Batu leper ataupun pecahan tembikar ketingting.Bilangan pemain : sekurang-kurangnya dua orang.CARA BERMAIN1. Tentukan giliran pemain dengan cara Osom!2. Pemain akan berdiri di tempat permulaan. Pemain akan melontarkan batu di petak pertama dan pemain akan melompat terus ke petak kedua dengan menggunakan sebelah kaki. Kemudian, diteruskan ke petak berikutnya mengikut turutan nombor.3. Tetapi, sekiranya semasa mencampak ceper, ceper terkena pada garisan ataupun terkeluar daripada petak maka, giliran diberi kepada pemain yang seterusnya.4. Permainan diteruskan sehingga ke petak ke enam dan ke tujuh pemain akan memusingkan diri dengan melompat secara mengangkang. Pada masa itu, kaki kanan pemain akan berada di petak keenam dan kaki kiri akan berada di petak ketujuh.5. Kemudian, pemain akan terus melompat menggunakan sebelah kaki ke kotak kelima, keempat, ketiga, kedua dan pemain berhenti untuk mengutip ceper pada petak pertama dan melompat ke petak pertama lalu terus keluar ke tempat permulaan.6. Teruskan permainan dengan mencampak ceper ke petak kedua. Teruskan lompatan daripada petak pertama langkau petak kedua, terus petak ketiga.7. Apabila pemain berjaya melalui semua petak, pemain akan cuba membuat rumah.8. Pemain akan membaling ceper ke petak bulan. Kemudian, ia akan mengambil dengan cara membelakangkan petak bulan sambil mencangkung mengambil ceper. 9. Apabila sudah mendapat ceper, pemain akan bangun dan berdiri membaling ceper ke petak dibelakangnya.10. Di petak dimana ceper itu jatuh, petak itu akan menjadi rumah.11. Pemain akan meneruskan permainan dari awal hingga akhir sehinggalah permainan tamat.12. Pemain yang mempunyai rumah yang banyak dikira sebagai pemenang.PERATURAN BERMAIN1) Ceper yang dicampak tidak boleh terkena garisan.2) Tangan dan kaki pemain tidak boleh memijak garisan semasa melompat ataupun semasa mengambil batu.3) Pemain diberi peluang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan rumah.4) Pemain tidak boleh memijak petak rumah orang lain, sebaliknya terus melangkaui petak tersebut.

HASIL KAJIANESEI 3KEPENTINGAN PERMAINAN TENG TENG DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI, INTELEK DAN SOSIAL

Sememangnya terdapat banyak jenis permainan sukan rakyat di negara kita, Malaysia. Antaranya ialah permainan teng-teng, permainan congkak, permainan batu seremban, permainan gasing, wau dan sebagainya. Permainan ini bukan sahaja sekadar permainan biasa malah, ia juga mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada sesiapa yang melibatkan diri dalam sukan rakyat ini. Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu pertama ialah perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi pendidikan kerohanian dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari segi kognitif (intelek), dan keempat ialah perkembangan dari segi sosial.

Perkembangan FizikalMelalui permainan fizikal yang aktif kanak-kanak dapat bersenam dan membina otot. Ia juga adalah saluran mengeluarkan tenaga yang berlebihan yang mana apabila disimpan ia menyebabkan kanak-kanak tegang, gementar, meragam dan terlalu aktif. Permainan fizikal dapat meningkatkan kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan motor halus dan kasar serta mempelajari konsep ruang.Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan fizikal antara ialah dapat menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk berlari, melompat, menendang, memanjat, mengimbang, menyambut bola dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian- bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Menerusi aspek ini, murid dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu. Menerusi bermain juga, ianya dapat meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak seperti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.

Aspek Perkembangan Fizikal (Jasmani)

Permainan sukan rakyat iaitu permainan teng-teng ini dapat mengembangkan perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani. Permainan teng-teng ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain bergerak melompat dari petak ke petak serta mencampak atau membaling buah.

Perkembangan Sosio EmosiDalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Kami sebagai guru kelak harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Kepentingan bermain dalam aspek emosi juga berupaya untuk membina kemahiran kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Jika permainan diterapkan dengan cara yang bijak, ia akan dapat melahirkan individu yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh, murid yang boleh berkomunikasi ketika bermaina sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cara mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak dan bagus dalam memberi arahan dan mengeluarkan idea atau pendapat ketika dewasa kelak. Jika kita lihat kepentingan bermain secara ringkas, kita dapat lihat bahawa murid atau kanak- kanak dapat belajar konsep meningkatkan keupayaan kognitif, memupuk pemikiran yang inovatif, kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan, membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran sosial dan banyak lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui aktiviti permainan.Bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebakan oleh halangan daripada persekitaran terhadap tingkah laku mereka. Dengan bermain bersama kanak-kanak lain, kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial dan bagaimana menyelesaikan masalah sosial yang berlaku. Mereka juga belajar menjadi pemimpin dan pengikut di samping belajar bertoleransi dan bekerjasama.

Aspek Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral (Emosi)Selain itu, permainan teng-teng ini juga dapat mengembangkan perkembangan diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan kerohanian dan moral ataupun lebih difahami oleh semua orang dengan menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila menunggu giliran mereka dan memahami peraturan permainan semasa permainan berlangsung.Permainan sukan rakyat ini juga dapat memenuhi masa lapang para pemain khususnya kanak-kanak dengan baik. Dengan ini, mereka dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral tetapi sebaliknya, kanak-kanak ini dapat belajar mengenai pengurusan masa yang teratur.Perkembangan KognitifPerkembangan kognitif merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan individu.Mendengar,membaca,berbincang dan bertutur amat membantu dalam perkembangan kognitif.Melalui bermain,melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar akan mempercepat penguasaan bahasa dan kognitif secara amnya.Terdapat banyak kepentingan bermain dalam kanak-kanak antaranya melalui aspek perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.Melalui bermain,murid dapat berusaha untuk menjayakan permainan tersebut dan meningkatkan daya keintelektualan murid- murid.Menerusi bermain juga murid dapat berfikir sejauh manakah tahap murid dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan.Melalui bermain,perkembangan minda kanak-kanak akan berkembang dan mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam sesebuah atau sesuatu aktiviti permainan.Menerusi perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya.Ketika inilah murid akan berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang di sekitarnya.Di samping itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan kognitif ialah membantu murid-murid berfikir dengan lebih kreatif dan logik.Menerusi permainan,murid dapat belajar mengenai syarat dan peraturan permainan.Seterusnya hal ini akan membuatkan murid mengikuti segala peraturan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu permainan.Hal ini bukan sahaja dapat menajamkan minda kanak-kanak malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran baru kanak-kanak untuk membentuk suatu permainan yang baharu.Melalui bermain,murid juga mendapat maklumat tambahan serta mendedahkan murid-murid tentang cara menyelesaikan masalah.Dalam aspek kognitif ini,penekanan kepada minda murid-murid ditekankan.Murid-murid akan dapat berfikir bagaimana sesuatu permainan dapat menimbulkan keseronokan dan gurauan sesama rakan.Aspek kognitif yang utama menerusi bermain ialah murid dapat mendengar dengan teliti serta berbahasa dengan betul dan fasih.Melalui bermain,murid dapat memahami arahan yang diberi seterusnya berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti bermain.Bagi perkembangan kognitif, permainan Teng-teng ini dapat membantu dalam perkembangan intelek seperti konsep memahami undang-undang permainan, konsep pramatematik dan konsep pemerhatian. Selain itu juga, permainan ini juga mengajar kanak-kanak berfikir dan menerapkan kemahiran merancang strategi semasa bermain.Bermain juga membantu mengembangkan daya kreatif kanak-kanak kerana ia memberi peluang daya cipta tanpa had. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak gemar untuk melakukan dan mencipta sesuatu yang baru.

Aspek Perkembangan Kognitif (Intelek)Di samping itu, permainan ini cukup terkenal dengan keberkesanan dalam membantu kanak-kanak mengenal simbol nombor dan turutan nombor menaik iaitu nombor satu hingga tujuh. Permainan teng-teng ini juga membantu kanak-kanak memahami turutan nombor menurun tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua dan satu. Apabila kanak-kanak melibatkan diri mereka dalam permainan rakyat ini, tahap pemikiran mereka dapat berkembang dengan baik dan dapat menjadikan otak mereka lebih sihat serta mereka akan mempunyai akal fikiran yang cerdas sekaligus mempunyai tubuh badan yang cergas. Malahan juga, mereka akan mudah dan senang untuk memahami dan menerima ilmu pengetahuan yang mereka pelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Perkembangan Komunikasi Dan BahasaUntuk bermain dengan jayannya kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan orang lain dalam cara yang dapat difahami, di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang lain kepadanya. Komunikasi melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab. Komunikasi membantu kanak-kanak membina ayat yang kompleks, menambah kosa kata, belajar memberi arahan dan memahami peraturan.

Aspek Perkembangan SosialMenerusi perkembangan sosial, kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak- kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat menyampaikan sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sebaya. Melalui perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk belajar menghormati hak orang lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai alam sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya.Menurut teori instinct(naluri),alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa. Pengalaman bermain memberikan latihan kearah kedewasaan.Pengalaman bermain seperi main peranan dan main imaginatif dapat membantu kanak-kanak mencapai kematangan.Melalui permainan imaginatif seperti main pondok-pondok dan doktor-doktor,kanak-kanak belajar peranan sebagai orang dewasa. Menerusi bermain,murid dapat menerima kekalahan sesuatu permainan dengan perasaan yang berusaha untuk bangkit semula pada masa akan datang. Melalui bermain dalam aspek sosial juga murid dapat menghargai alam sekitar sekeliling. Ketika ini,tahap berfikir murid murid mencapai aras yang tinggi. Menerusi bermain murid dapat mengetahui betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan manusia. Selain itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan sosial juga murid berupaya untuk menghormati nilai budaya serta menghargai nilai estetika dalam sesuatu aktiviti bermain.Dari segi sosial pula, para pemain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mereka. Apabila mereka bermain, secara tidak langsung mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan sepanjang permainan dijalankan sekaligus mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi di antara mereka dengan baik. Tambahan pula, permainan sukan rakyat ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pemain. Ini dapat dibuktikan apabila mereka menunggu giliran untuk meneruskan permainan. Oleh itu, kanak-kanak lain yang tidak bermain dapat memberikan sokongan dan semangat kepada rakan-rakan mereka yang sedang bermain.

INOVASI SUKAN ATAU PERMAINAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAHMasalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Masalah membaca dalam kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pelajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah.Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), menunjukkan bahawa semua sekolah rendah di Malaysia umumnya mempunyai sebilangan pelajar yang mempunyai masalah mengenali diri sendiri dan keluarga. Justeru itu, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti permainan perlu diketengahkan agar para pelajar ini tidak ketinggalan dan tercicir di dalam pelajaran mereka disebabkan masalah-masalah yang dialami oleh mereka. Umumnya mengetahui bahawa pembelajaran melalui permainan mampu menarik minat pelajar untuk belajar.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, permainan membawa maksud sesuatu yang digunakan untuk bermain-main sahaja iaitu mainan. Pembelajaran melalui bermain merupakan asas perkembangan kanak-kanak kerana melalui kaedah bermain, kanak-kanak mula belajar mengenali diri sendiri dan dapat melakukan pelbagai kegiatan yang merangsang dan mendorong kepada keperibadian kanak-kanak itu sendiri meliputi aspek keterampilan atau psikomotor, kecerdasan bahasa, emosi mahupun sosial (Rini Mulyani, 2006).Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa (Saayah Abu, 2006). Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang sering tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus.Untuk mengatasi masalah pelajar yang bermasalah di dalam pembelajaran seperti masalah membaca, kami telah mengenegahkan satu inovasi berbentuk permainan yang diadaptasikan daripada permainan tradisional. Kami telah memilih permainan teng-teng sebagai inovasi permainan kami. Kami menamakan inovasi permainan ini sebagai Ting-Ting Minda. Melalui pemerhatian dan dapatan kajian, didapati bahawa pengajaran dan pembelajaran melalui permainan akan menjadi lebih seronok, dan sekaligus guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar. Antara tindakan yang kami jalankan ialah memperkenalkan permainan Ting-Ting Minda kepada para pelajar untuk merangsang minat mereka dengan subjek Sejarah seterusnya dapat menanam semangat patriotisme dalam diri mereka. Untuk itu, kami telah merangka beberapa aktiviti. Antaranya ialah :1.Aktiviti 1:Kami menjalankan aktiviti kenali diri saya

2.Aktiviti 2:Kami menjalankan aktiviti bercerita iaitu kenali sejarah keluarga saya

3.Aktiviti 3:Kami menjalankan aktiviti mari mengetahui salsilah keturunan saya

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan oleh guru untuk diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran : Tapak Ting-Ting Minda Buah dadu minda atau gerundu Kad-kad perkataan kv Kad-kad perkataan kvk Kad perkataan suku kata terbuka dan tertutup

MODEL TIKAR TING-TING MINDA

Antara langkah dan kaedah pelaksanaan permainan ini ialah:1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.

2. Sebelum permainan dimulakan, pelajar harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakanla lai li tam plong.3. Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan batu kecil ke dalam petak pertama dengan cara membelakangi petak. Perkara yang sama juga berlaku bagi pemain yang lain. 4. Apabila gundu berjaya dimasukkan pemain itu boleh meneruskan gilirannya. 5. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak yang ditentukan, giliran pemain tersebut dianggap mati dan diteruskan oleh pemain selepasnya. 6. Sekiranya berjaya dimasukkan, pemain dikehendaki melompat dari satu petak ke satu petak yang lain dengan menggunakan satu kaki sahaja.

7. Pelajar tidak dibenarkan memijak pada petak yang terdapat gundu.

8. Sebelum pemain sampai di petak yang mengandungi gundu, pemain tersebut diminta membuka soalan yang disediakan.9. Pelajar dikehendaki menjawab soalan Sejarah yang telah disediakan dengan betul.10. Sekiranya salah, pemain tersebut akan tunggu giliran yang berikutnya dan pemain selepasnya akan meneruskan permainan dengan cara yang sama.11. Seandainya betul, pelajar dibenarkan untuk meneruskan permainan.12. Begitulah seterusnya permainan diteruskan sehinggalah ada pemenang.13. Pemenang ditentukan bagi siapa yang dapat membawa gundu hingga ke petak pertama kembali.

KESIMPULANPermainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk perkembangan kanak-kanak terutamanya dalam aspek kognitif, fizikal dan afektif. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya.Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan, mereka dapat mempelajari peranan-peranan individu mereka. Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk berkongsi sejarah salasilah keluarga sambil bermain.Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material (pujian dan sanjungan). Rumusannya , aplikasi Ting-ting Minda dalam P&P Sejarah secara tidak langsung telah membantu murid untuk berkongsi berkenaan dengan sejarah keluarga seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri dan keberanian selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.

4