5
1. Bumi yang lestari hanya impian kerana manusia terus mengeksploitasi alam sekitar demi pembangunan dan pemodenan. Berikan pendapat anda. Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, peliharalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya. Pepatah ini jelas membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Arus modenisasi masa kini memesatkan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi giat dijalankan. Namun, tanpa kita sedari alam sekitar di sekeliling bumi turut terjejas di sebalik pembangunan dalam meniti arus kemodenan. Dewasa ini, sering kedengaran berlakunya pencemaran dan bencana alam sekitar di serata pelosok dunia. Ianya berlaku akibat kealpaan manusia itu sendiri yang hanyut dalam arus pembangunan dan kemodenan. Apabila keuntungan dihamparkan di depan mata, manusia dengan rakusnya meratah segala isi bumi yang ada tanpa memikirkan natijah yang bakal berlaku kesan daripada kerakusan mereka. Maka, berlakulah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncingkan. Pencemaran alam sekitar didefinisikan sebagai perbuatan mencemarkan alam sekitar yang bersih menjadi kotor. Ia boleh dikategorikan kepada tiga perkara yang utama iaitu pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran tanah. Pencemaran air nyata memberikan pelbagai impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik dihumban berterusan ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul lazimnya akan menyekat aliran air, sekaligus menyumbang kepada takungan air. Ia boleh mengakibatkan banjir kilat berlaku. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang yang disalurkan ke sungai atau laut boleh menjejaskan

esei

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bumi yang lestari hanya impian kerana manusia terus mengeksploitasi alam sekitar demi pembangunan dan pemodenan. Berikan pendapat anda.

Citation preview

1. Bumi yang lestari hanya impian kerana manusia terus mengeksploitasi alam sekitar demi pembangunan dan pemodenan. Berikan pendapat anda.

Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, peliharalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya. Pepatah ini jelas membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Arus modenisasi masa kini memesatkan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi giat dijalankan. Namun, tanpa kita sedari alam sekitar di sekeliling bumi turut terjejas di sebalik pembangunan dalam meniti arus kemodenan. Dewasa ini, sering kedengaran berlakunya pencemaran dan bencana alam sekitar di serata pelosok dunia. Ianya berlaku akibat kealpaan manusia itu sendiri yang hanyut dalam arus pembangunan dan kemodenan. Apabila keuntungan dihamparkan di depan mata, manusia dengan rakusnya meratah segala isi bumi yang ada tanpa memikirkan natijah yang bakal berlaku kesan daripada kerakusan mereka. Maka, berlakulah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncingkan.Pencemaran alam sekitar didefinisikan sebagai perbuatan mencemarkan alam sekitar yang bersih menjadi kotor. Ia boleh dikategorikan kepada tiga perkara yang utama iaitu pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran tanah. Pencemaran air nyata memberikan pelbagai impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik dihumban berterusan ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul lazimnya akan menyekat aliran air, sekaligus menyumbang kepada takungan air. Ia boleh mengakibatkan banjir kilat berlaku. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang yang disalurkan ke sungai atau laut boleh menjejaskan ekosistem kehidupan marin. Lebih merumitkan lagi, pencemaran air boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia dan juga hidupan lain. Pencemaran tanah pula berlaku akibat ketamakan manusia yang berjiwa serakah seperti golongan pemaju perumahan yang sentiasa berkiblatkan keuntungan semata mata. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas menggondolkan bukit bukau dan gunung ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Selain itu, penerokaan hutan juga semakin berleluasa. Hutan mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Akan tetapi, eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, penternakan dan sebagainya telah mengakibatkan ketandusan kawasan tadahan hujan serta merubah struktur tanah yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan banjir kilat. Lantas membawa kepada kemusnahan habitat flora dan fauna. Seterusnya, flora dan fauna ini akan mengalami ancaman kepupusan yang akhirnya lenyap dari muka bumi jika tidak diatasi masalah pencemaran yang semakin meruncing kini.Masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku kesan daripada penggunaan kenderaan bermotor yang semakin meningkat dan juga aktiviti pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah sarap. Selain itu, industri perkilangan juga turut menyumbang kepada pencemaran ini apabila membebaskan asap asap tanpa tapisan terus ke udara. Semua ini memberikan kesan rumah hijau akibat penipisan lapisan ozon oleh gas gas beracun seperti karbon dioksida dan karbon monoksida yang terbebas di udara. Bentuk muka bumi yang kian ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas beracun ini menyebabkan cuaca dunia makin meningkat. Maka berlakulah pemanasan global. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia. Kesannya, berlaku pencairan bongkah bongkah ais di kutub utara dan selatan. Pencairan ini boleh memberikan impak negatif jika kawasan daratan yang sedia ada ditenggelami air.Pencemaran yang berlaku boleh menggugat keindahan alam sekitar. Segala tindakan manusia mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan alam. Bumi yang lestari hanya impian jika tiada usaha yang efektif dilakukan bagi membendung aktiviti mengeksploitasi alam sekitar daripada bermaharajalela. Kesejahteraan alam sekitar perlu dipelihara untuk kepentingan sejagat. Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu hati mengambil langkah memelihara dan memulihara alam sekitar agar dapat dikekalkan keindahannya. Arus kemodenan bukanlah satu alasan yang konkrit untuk tidak menjaga alam sekitar. (598 patah perkataan)

1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna mampu membendung kenaikan harga barang?

Pengguna mampu membendung kenaikan harga barang melalui kuasa beli yang dimiliki. Pengguna perlulah bijak dan bermaklumat. Pengguna wajar memulau, memboikot dan membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang barangan yang tidak sepadan dengan nilai wang yang dibelanjakan. Ketegasan sebegini menjadi pengimbang kepada penentuan takat harga agar ia tidak dimonopoli oleh peniaga. (50 patah perkataan)

2. Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa Akta Perlindungan Pengguna 1999 gagal berfungsi sebagai pelindung hak pengguna. Berikan hujahan anda.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 gagal berfungsi sebagai pelindung hak pengguna. Ia berpunca daripada pengguna sendiri. Pengguna seharusnya tidak teragak agak untuk membuat aduan tentang amalan perniagaan yang tidak beretika kepada pihak berkuasa. Aduan yang dibuat memudahkan pihak berkuasa menjalankan tindakan undang undang kepada peniaga tegar sekaligus menangani isu kenaikan harga barangan. (50 patah perkataan)