21
TUGASAN PROJEK-SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3109) 1.0 PENGENALAN Pada 21 Februari 2013, kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Semester 5 KS/PJ/PSV telah mendapat satu tugasan bagi kursus major kami iaitu Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial (PSS3109). Kami dikehendaki menyediakan satu penulisan ilmiah berkenaan kepentingan sumber pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kami turut dikehendaki merancang satu sesi pengajaran serta menghasilkan satu sumber pengajaran pembelajaran yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Tugasan ini dilaksanakan secara individu. Pengajaran atau pedagogi bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Terdapat b eberapa teori pengajaran dan pembelajaran dibincangkan supaya boleh membantu guru mengamalkannya dan membuat penilaian semasa pengajaran iaitu teori behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor tingkah laku. Teori kognitif yang mengatakan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman. Seterusnya, teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Akhir sekali, teori humanis yang menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosinya. Santrock J.W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning). Bersangkutan dengan tugasan yang diberikan, terdapat pelbagai kepentingan penggunaan sumber pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja kepada guru malah kepada pelajar juga. Dengan berlakunya ledakan pengetahuan, sewajarnya amalan kaedah dan teknik pengajaran chalk and talk diberikan nafas baru dan dipelbagaikan pula dengan teknik-teknik lain untuk menarik minat dan meransang minda pelajar seperti adanya kepelbagaian dalam penggunaan sumber pengajaran. Mukasurat | 1

Essay Pss3109

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

1.0 PENGENALAN

Pada 21 Februari 2013, kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda

(PISMP) Semester 5 KS/PJ/PSV telah mendapat satu tugasan bagi kursus major

kami iaitu Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial (PSS3109).

Kami dikehendaki menyediakan satu penulisan ilmiah berkenaan kepentingan

sumber pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,

kami turut dikehendaki merancang satu sesi pengajaran serta menghasilkan satu

sumber pengajaran pembelajaran yang akan digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang dirancang. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru

menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya.

Terdapat beberapa teori pengajaran dan pembelajaran dibincangkan supaya boleh

membantu guru mengamalkannya dan membuat penilaian semasa pengajaran iaitu

teori behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor tingkah laku. Teori kognitif

yang mengatakan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk

mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman.

Seterusnya, teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses

peniruan.

Akhir sekali, teori humanis yang menumpukan pada apa yang berlaku pada

diri seseorang seperti perasaan atau emosinya. Santrock J.W dalam bukunya

Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa

pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu pengetahuan

profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun

dengan cemerlang (excellent instructional planning).

Bersangkutan dengan tugasan yang diberikan, terdapat pelbagai kepentingan

penggunaan sumber pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bukan

sahaja kepada guru malah kepada pelajar juga. Dengan berlakunya ledakan

pengetahuan, sewajarnya amalan kaedah dan teknik pengajaran “chalk and talk”

diberikan nafas baru dan dipelbagaikan pula dengan teknik-teknik lain untuk menarik

minat dan meransang minda pelajar seperti adanya kepelbagaian dalam

penggunaan sumber pengajaran.

M u k a s u r a t | 1

Page 2: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

2.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran adalah proses di mana aktiviti-aktiviti disusun untuk pelajar

bertujuan membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses

pembelajaran. Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang

agak kekal akibat pengalaman atau latihan. Oleh itu, pengajaran yang berkesan

berlaku jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran

yang diajar oleh guru. Pembelajaran adalah satu perubahan tingkahlaku yang agak

kekal, hasil daripada amalan atau pelbagai jenis pengalaman (Schunk,2004).

Mengikut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya 'Psychology for Teaching',

pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk

pelbagaikan aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan P&P

dalam bilik darjah merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat

duduk dan memperuntukan masa pelajaran.

Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan.

Pengajaran yang berkesan dapat dihasilkan dengan merancang topik, objektif, isi,

cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan

minat pelajar. Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa

perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna serta melibatkan

pemikiran,perasaan, dan penilaian.

Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada

pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan

mereka. Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional.

Dalam pengajaran terkini, terdapat pengajaran yang memusatkan kepada murid.

Dalam pengajaran tradisional, pengajaran lebih kepada memusatkan kepada guru.

Pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya banyak bergantung

kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan akan mencapai hasil atau matlamat pembelajaran

seperti yang dihasratkan. Dalam pada itu, setiap guru perlu menyedari bahawa

pengurusan pengajaran dan pembelajaran bukan semata-mata berada dalam skop

untuk memastikan muridnya mencapai hasil pembelajaran dalam domain kognitif

M u k a s u r a t | 2

Page 3: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

sahaja, sebaliknya guru perlu sedar hasil pembelajaran kemahiran insaniah yang

sama sekali tidak boleh diabaikan (Noriati A. Rashid et.al, 2011).

3.0 KONSEP PENGGUNAAN SUMBER DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui

penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik

minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan,

membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik

serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya

berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan

bertanggungjawab.

Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi

pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber

pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seperti yang diketahui umum, teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan

amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan

sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

Dalam pada itu, seseorang guru perlu tahu pengertian kaedah pengajaran

terlebih dahulu sebelum memikir dan menentukan apakah kaedah yang ingin

digunakan dalam proses pengajaran menggunakan sumber yang disediakan.

Sebagai contoh, perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru

bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik,

terancang dan teratur.

Selain itu, perancangan juga merupakan satu prosedur bagi melakukan

sesuatu aktiviti yang didahului dengan kewujudan pendekatan. Tambahan pula,

perancangan juga dapat membantu pengajaran yang ingin digunakan oleh guru bagi

memudahkan proses pemindahan pengetahuan kepada pelajar ataupun kemahiran.

M u k a s u r a t | 3

Page 4: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Bersangkutan dengan tugasan yang diberikan, dalam program Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Pengajian

Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai,

terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid.

Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru.

Hal ini membuatkan mereka lebih memahami isi pelajaran dan apa yang

difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka. Kesemua sumber, jika

digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak

sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna

(Romiszowski,A.J.1964). Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran

turut menjadi lebih interaktif dan berkesan.

Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi,

rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur

yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada

pengajaran terancang. Sumber pengajaran dan pembelajaran (SPP) adalah faktor

terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan

rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk

menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Oleh yang demikian, sumber

pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk membantu guru menyampaikan

ilmu dan murid menerima ilmu secara berkesan. 

Sebagai contoh, dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di

sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan

penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep,

kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang

digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

M u k a s u r a t | 4

Page 5: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

4.0 CIRI-CIRI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Keberkesanan sesuatu pengajaran turut bergantung kepada bahan-bahan

sumber yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini

sama ada dihasilkan sendiri oleh guru ataupun dibeli perlulah bersesuaian dengan

kumpulan dan keperluan murid. Semasa merancang dan menyediakan bahan

sumber pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi

perhatian.

Antaranya ialah umur murid. Bahan sumber yang digunakan perlulah

bersesuai dengan umur murid. Hal ini bertujuan memastikan murid dapat

memanfaatkan bahan sumber yang disediakan dengan sebaiknya di samping

selamat untuk digunakan. Selain daripada itu, sebelum menyediakan bahan sumber

pengajaran, guru perlulah mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

murid. Hal ini memudahkan guru untuk menyediakan bahan sumber yang dapat

memudahkan lagi kefahaman murid terhadap pembelajaran sekali gus pengajaran

guru turut mencapai objektif dan hasil pembelajaran.

Di samping itu, tahap keupayaan intelek murid turut perlu dipertimbangkan

oleh guru dalam proses penyediaan bahan sumber pengajaran. Sumber pengajaran

yang disediakan tidak boleh melepasi tahap keupayaan murid untuk berfikir. Hal ini

bertujuan untuk membantu murid dalam memahami pengajaran guru di samping

dapat menggunakan sumber pengajaran guru dengan sebaik mungkin. Hal ini sekali

gus memudahkan lagi proses pengajaran guru terhadap pelajar.

Selain daripada itu, guru juga perlu tahu penyediaan bahan sumber sama ada

untuk individu, kumpulan atau sekelas. Hal ini bertujuan bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar sekali gus dapat mengelakkan

berlakunya kekurangan bahan sumber semasa mengajar dan sebagainya. Bahan

sumber yang digunakan juga perlu mudah diperolehi dan mudah digunakan di mana

guru dan murid mudah memahami dan dapat menggunakannya seoptimum yang

mungkin. Bahan tersebut juga perlulah mudah untuk dialih dan diselenggarakan.

M u k a s u r a t | 5

Page 6: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Perkara yang paling penting dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang

berkualiti dan berkesan ialah, apakah bahan tersebut dapat memberi pelbagai

ransangan dan menggunakan pelbagai deria. Murid lebih memahami sesuatu

pelajaran jika melibatakan kesemua deria mereka. Oleh yang demikian, bahan bantu

yang baik dan bermutu patut memberi ransangan yang dapat menarik minat murid

untuk belajar selain melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam pelajaran

dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang digunakan.

Selain itu, sumber pengajaran yang digunakan perlu memenuhi keperluan

kurikulum untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan proses pengajaran

dan pembelajaran. Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kos, masa dan teknologi

yang sesuai untuk mengoptimum proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan

pula, sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan

objektif pengajaran dan pembelajaran, latar belakang dan strategi pembelajaran

murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Sumber yang dipilih menarik minat

murid serta mengayakan pengetahuan dan pengalaman murid.

Walaubagaimanapun, penggunaan  sumber pendidikan yang berkesan perlu

dirancang dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas :

M u k a s u r a t | 6

Page 7: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

M u k a s u r a t | 7

Rajah 1 : Perancangan Penggunaan Sumber Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Page 8: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

5.0 JENIS-JENIS SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Atan Long (1982) bahan bantu mengajar atau media pengajaran

dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan

pandang-dengar. Namun demikian, secara amnya terdapat dua jenis media atau

sumber pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan

media bukan cetakan.

Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan teknologi

cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah, suratkhabar, carta,

peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan

tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model, diorama, papan pengajaran,

bahan audio visual.

Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri

yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu.

Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait

rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media

yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran mungkin tidak

sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada persekitaran yang berbeza.

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan

dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus.

Ciri-ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan

dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Kebiasaannya, bahan

bercetak seperti buku, majalah dan suratkhabar banyak disimpan di pusat sumber

atau di perpustakaan ataupun di arkib.

Kesemuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir

dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini

telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama

kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang

didapati di mana-mana. Selain itu, ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk

pada bila-bila masa.

M u k a s u r a t | 8

Page 9: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Kelebihannya yang lain ialah bahan tersebut mudah alih dan mudah diakses

menyebabkannya menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan

selalu digunakan. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada

bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk

buku yang tebal contohnya buku teks, menyebabkannya sukar untuk dibawa kerana

berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya

peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan

tidak terkini.

Hal ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian

dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk

mengikut peredaran zaman. Bahan bukan cetak pula dapat dibahagikan kepada dua

jenis iaitu bahan tayang dan bahan bukan tayang. Bahan tayang terdiri daripada

tayang kaku. Tayang gerak. Bahan bukan tayang pula terdiri .daripada grafik,

gambar kaku, bahan pameran, alat paparan dan bahan audio

Seterusnya, media pengajaran visual. Visual ialah bahan media pengajaran

yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan.

Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan

dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan

interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan

dengan lebih berkesan.

Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan

tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid,

kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan adalah

seperti carta, poster, papan tulis dan model. Perkara ini dapat dijelaskan lagi seperti

rajah dibawah :

M u k a s u r a t | 9

Page 10: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

M u k a s u r a t | 10

Page 11: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Rajah 2 : Jenis-jenis Media

6.0 KEPENTINGAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Seperti yang diketahui umum, semua pelajar adalah berbeza dari segi

keperluan, minat dan kebolehan. Sebagai seorang guru, cara mengajar perlu

diubahsuai dengan kebolehan,keperluan dan minat pelajar. Oleh itu, inisiatif perlu

diambil dengan mempelbagaikan sumber pengajaran. Sebagai contoh, Pengajian

Sosial adalah bidang yang luas berkaitan dengan interaksi persekitaran. Oleh yang

demikian, pembelajaran kaedah terus iaitu hanya melalui penyampaian guru tidak

mencukupi untuk memberi pengajaran yang berkesan kepada pelajar.

Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan satu faktor utama bagi

mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka

kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.

Murid akan lebih berminat belajar mengenai pakaian trasional kaum-kaum di

Malaysia seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik &

Kewarganegaraan Tahun 4. Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih

mendalam lagi sekiranya mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh

itu, mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna

Sumber pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan maklumat

yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa kepentingan penggunaan sumber

dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah menggalakkan lagi proses

kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Hal ini disebabkan oleh, kemahiran ini

sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat,

banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul

maklumat semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

M u k a s u r a t | 11

Page 12: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

M u k a s u r a t | 12

Page 13: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Rajah 3 : Kepentingan Sumber Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6.1 Kemahiran Berfikir

Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-

murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan

mula wujud dan murid-murid akan melibatkan secara aktif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh, terdapat sumber pengajaran dan

pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan

seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran

berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan

mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang

disamapaikan dalam pembelajaran.

6.2 Keseronokkan Dalam Pembelajaran

Seterusnya, secara tidak langsung wujudnya keseronokkan dalam

pembelajaran. Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk

mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang

hendak disampaikan, dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan

aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran

sekali gus pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri.

Sebagai contoh, penggunaan bahan realia akan meransang minat murid

kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui.

Tambahan pula, aktiviti berpusatkan murid seperti membina bentuk muka bumi bagi

mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5, dengan menggunakan plastisin yang

disediakan oleh guru, guru boleh mengajak murid-murid, bersama-sama

menghasilkan bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia. Murid-murid akan

berasa seronok kerana dapat menghasilkan dengan kreativiti mereka di samping

menggalakkan pengalaman konkrit dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat dikukuhkan

lagi dengan peneguhan dan komen positif daripada guru terhadap hasil pelajar.

6.3 Merasai Dan Melihat Secara Langsung

M u k a s u r a t | 13

Page 14: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Tambahan pula, sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang

kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan

tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar

murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke

tempat-tempat bersejarah seperti Bukit Kepong. Hal ini akan menambahkan lagi

keseronokan pelajar. Apabila pelajar dapat merasai dan melihat secara langsung,

pelajar dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap pembelajaran mereka

di samping meningkatkan lagi daya ingatan mereka.

6.4 Peningkatan Daya Ingatan

Bukan itu sahaja, peningkatan daya ingatan murid juga merupakan salah satu

kepentingan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat

dibuktikan melalui proses guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan

sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Penambahan sebarang

maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada

sesuatu perkara.

Hal ini dapat dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von

Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan

terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan

pengalaman sedia ada. Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru

kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan

dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan

murid merasai sendiri pengalaman tersebut.

6.5 Membantu Guru

Kepentingan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran yang

seterusnya ialah dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya

secara berkesan. Sumber pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis dapat

dijadikan sebagai bahan sokongan kepada guru dalam menyempurnakan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa yang sama, guru juga dapat mengenalpasti kelebihan dan

kelemahan suatu sumber pengajaran itu dan apakah ia membantu untuk mencapai

M u k a s u r a t | 14

Page 15: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

objektfi pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat membantu guru menilai sejauh mana

penguasaan pelajar dalam satu-satu mata pelajaran sebelum berpindah ke topik

baru.

Hal ini juga menjamin objektif pengajaran guru dapat tercapai pada akhir

pengajaran. Selain itu, ia juga memudahkan guru dalam menyampaikan sesuatu

topik pengajaran dengan menggantikan perkataan lisan dengan objek untuk

menggambarkan sesuatu perkara atau imej.

6.6 Peningkatan Daya Kreativiti

Penggunaan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan daya kreativiti murid-murid. Hal ini disebabkan oleh, kreativiti

merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-

murid lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih bernas serta menarik.

Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah

diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru di mana aktiviti

tersebut boleh menguji sejauh mana daya kreativiti yang ada pada murid-murid.

Selain itu guru juga boleh meningkatkan lagi daya kreativiti murid-murid dengan

menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Contoh yang boleh diberikan ialah dalam tema Hidup Berjiran dalam mata

pelajaran Kajian Tempatan, di mana bahan yang boleh digunakan ialah bahan

maujud. Guru boleh melakukan simulasi gaya hidup berjiran yang sihat dengan

melibatkan pelajar sebagai watak utama.

Simulasi adalah salah satu situasi pengajaran dan pembelajaran dalam

keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan situasi yang serupa dengan situasi

sebenar bagi tujuan menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Konsep

penggabungjalinan juga boleh diaplikasikan oleh guru dimana dengan masih

menggunakan tema yang sama, guru boleh menggunakan bahan teknologi

maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-

murid tentang cara-cara dan nilai-nilai hidup berjiran.

M u k a s u r a t | 15

Page 16: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Oleh yang demikian, dengan secara tidak langsung murid-murid akan

menerima input yang baru dan idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak fikiran

mereka hasil daripada pendedahan yang diterima. Daya kreativiti murid-murid boleh

dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan semasa mereka melakonkan situasi

hidup berjiran yang sihat. Pada masa yang sama, guru juga perlu memantau

perkembangan mereka di samping memberi tunjuk ajar dan membaiki kelemahan-

kelemahan yang dikenalpasti dari masa ke semasa.

6.7 Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Kemahiran interpersonal dan intrapersonal turut dapat dipupuk dalam

kalangan pelajar dengan penggunan sumber dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Bert Decker (1993), komunikasi interpersonal berlaku setiap

kali kita berinteraksi dengan orang lain.

Menurut Astrid French (1996) pula, kemahiran interpersonal adalah kemahiran

yang digunakan semasa berkomunikasi atau berurusan dengan orang lain secara

bersemuka. Menurut Stanley Cunningham (1989), kemahiran intrapersonal pula

adalah satu proses yang unik dimana pertukaran dan perpindahan maklumat berlaku

dalam diri individu. Contohnya seperti merenung, berfikir, berkhayal dan berfantasi.

Seperti yang kita sedia maklum, sumber pengajaran dan pembelajaran

mempunyai pelbagai jenis yang dapat digunakan sekaligus mengasah kemahiran

interpersonal dan intrapersonal murid-murid. Aktiviti dalam kumpulan merupakan

salah satu contoh aktiviti yang dapat mengasah kedua-dua kemahiran interpersonal

dan kemahiran intrapersonal murid-murid.

Contoh yang boleh diberikan ialah seperti aktiviti melengkapkan teka silang

kata. Dalam kumpulan, setiap ahli dalam kumpulan perlu melengkapkan teka silang

kata yang ditampal oleh guru di hadapan kelas dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti

seperti ini memerlukan kerjasama daripada murid-murid dan secara umumnya guru

boleh melatih kemahiran interpersonal manakala kemahiran intrapersonal pula dapat

dilatih dengan melihat sejauh mana penglibatan seseorang murid itu dalam aktiviti

yang diadakan.

M u k a s u r a t | 16

Page 17: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

Selain itu, aktiviti seperti melakukan simulasi mengenai sesuatu situasi turut

memerlukan kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam kalangan pelajar.

Kemahiran ini juga turut dapat dilihat melalui adanya kerjasama dalam ahli

kumpulan. Secara tidak langsung, ia juga melatih kemahiran berkomunikasi dan

meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Guru yang mengguna dan

menguasai kemahiran ini akan berjaya menguasai murid serta suasana pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah.

6.8 Kemahiran Psikomotor

Kemahiran psikomotor juga merupakan salah satu daripada kepentingan

menggunakan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Psikomotor melibatkan

penyelarasan perbuatan (otot-otot pada badan) bagi membentuk sesuatu

kemahiran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kemahiran psikomotor

bermaksud proses pngajaran dan pembelajaran yang melibatkan pergerakan tubuh

badan sama ada guru mahupun pelajar. Terdapat banyak jenis pergerakan

psikomotor tetapi ia bergantung kepada guru untuk melatih mana-mana kemahiran

psikomotor kepada murid-murid dengan menggunakan sumber pengajaran dan

pembelajaran.

Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tema Keindahan

Negara Kita, di mana aktiviti yang boleh dijalankan ialah lawatan ke negeri-negeri

yang mempunyai tempat-tempat bersejarah terutamanya, dapat meningkatkan

kemahiran psikomotor murid. Murid dapat mengenali lokasi Malaysia di Asia

Tenggara di samping itu, murid juga berpeluang mengenali negeri-negeri yang

terdapat di Malaysia secara langsung dan seterusnya mengetahui identiti negara.

Aktiviti di dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih

kemahiranpsikomotor murid-murid. Melalui tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh

mengadakan aktiviti seni tari mengikut budaya kaum di Malaysia. Seni tari

melibatkan banyak pergerakan yang unik dan secara tidak langsung kemahiran

psikomotor dapat dilatih.

Di sini penggabungjalinan juga dapat dilakukan dengan menggabungkan seni

muzik semasa aktiviti seni tari dijalankan. Pada masa yang sama, guru perlu

M u k a s u r a t | 17

Page 18: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

memantau aktiviti murid-murid dan banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka

tentang perkara-perkara baru yang masih lagi asing bagi murid-murid. Aktiviti ini

memerlukan latihan yang kerap untuk memastikan murid-murid dapat mencapai

objektif pembelajaran serta menepati tujuan penggunaan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang telah digunakan.

6.9 Peningkatan Motivasi

Motivasi bermaksud suatu keadaan yang menggerakkan pelajar bagi

memulakan sesuatu dan diikuti dengan keupayaan bagi mengekalkan penglibatan

itu.Sememangnya peningkatan motivasi merupakan salah satu keperntingan hasil

penggunaan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Tengku Sarina Tengku Kasim dalam bukunya “Kaedah Mengajar dan

Kemahiran Interpersonal” motivasi penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana ia mampu menjadi tenaga penggerak kepada pelajar di

samping menjadi pembangkit minat pelajar.

Seperti yang kita sedia maklum, proses pengajaran dan pembelajaran akan

berjalan lancar sekiranya seorang guru itu berjaya memusatkan perhatian murid-

murid terhadap pengajarannya di dalam kelas. Akan tetapi, ia menjadi satu cabaran

bagi guru untuk mengekalkan perhatian mereka terhadap apa yang diajar. Pada

masa yang sama, murid juga akan berasa bosan sekiranya, kaedah pembelajaran

yang digunakan adalah tidak kreatif dan tidak dapat menarik perhatian mereka.

Kepelbagaian kaedah akan dapat menarik perhatian pelajar bagi mengikuti

sesuatu pengajaran guru dan motivasi bagi bersaing dengan pelajar yang lain akan

bertambah. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan tahap IQ murid supaya murid mempunyai

motivasi atau semangat dengan melibatkan diri dalam akvititi yang dijalankan.

Tambahan pula, proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan sekiranya guru

itu berjaya menjadi pengelola yang kreatif.

Selain itu, bagi mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6, tema Kejayaan dan

Kebanggaan Negara, guru boleh menaikkan motivasi melalui aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan cara memberi kata-kata semangat kepada mereka. Guru

M u k a s u r a t | 18

Page 19: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

boleh mengadakan pertandingan berdebat atau pidato di dalam kelas mengenai

kejayaan negara Malaysia.

Guru akan memberi komen hasil persembahan dengan kata-kata positif atau

motivasi bagi meningkatkan dan mengekalkan minat pelajar semasa belajar. Dengan

cara ini, murid-murid bukan sahaja mendapat pengetahuan serta maklumat yang

perlu tentang kejayaan negara kita, malah mereka akan lebih sedar dan

bersemangat dalam memajukan negara kita, Malaysia.

Motivasi dalaman pelajar dapat dihisupkan oleh sesetengah kaedah

pengajaran guru yang menggunakan teknik-teknik yang dapat menimbulkan

kesedaran diri pelajar untuk meneruskan sesuatu tindakan sehingga berjaya.

Motivasi luaran pelajar juga dapat diwujudkan menerusi sesetengah pemilihan

kaedah pengajaran oleh guru dengan melibatkan teknik-teknik pengajaran yang

menarik. Guru boleh mengadakan aktiviti berpusatkan murid seperti melengkapkan

puzzle dan memberi peneguhan positif atas kejayaan mereka.

Kepelbagaian kaedah pengajaran dengan penggunaan sumber yang berbeza

dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menggerakkan motivasi dalamn

pelajar supaya terus berminat mengikuti pengajaran guru.

6.10 Mengembangkan Ransangan Deria Murid

Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak

langsung kepada murid. Sebagai contoh, bahan maujud. Bagi subjek Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh

menyediakan pakaian tradisional seperti cheongsam, sari dan baju melayu. Bahan

maujud boleh memberikan pengalaman langsung.

Contohnya, apabila murid melihat dan menyentuh sendiri model pakaian

tersebut, mereka akan mengetahui kepelbagaian pakaian mengikut kaum yang

terdapat di Malaysia ini. Oleh yang demikian, aktiviti menghasilkan baju tradisional

dalam kelas akan memberi pengalaman yang konkrit kepada murid.

Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses

pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman

M u k a s u r a t | 19

Page 20: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih

memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang

untuk mencuba dan meneliti bahan-bahan yang digunakan dalam membuat pakaian

tradisional tersebut

7.0 RUMUSAN

Bersangkutan dengan tugasan yang diberikan, penggunaan sumber dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting bagi menjayakan proses

pembelajaran. Tambahan pula, keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran berkait rapat dengan kemahiran guru memilih dan mengaplikasikan

sumber pengajaran pembelajaran yang dipilih untuk digunakan.

Sumber pengajaran yang digunakan adalah bertujuan untuk menolong guru-

guru supaya mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan sempurna di

samping memudahkan pemahaman murid-murid dengan isi penyampaian semasa

proses pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama,

untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi, kita perlu berfikiran

terbuka di samping menjadi lebih kreatif untuk mengelakkan murid-murid berasa

bosan dengan kaedah pengajaran yang sama dan hilang tumpuan sekali gus

mengakibatkan objektif pembelajaran yang ditetapkan tidak tercapai.

Tuntasnya, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa kualiti proses pengajaran

dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan yang

baik, memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid. Penggunaan sumber

pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu

konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara

yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka

secara proaktif dan bertanggungjawab.

Seterusnya, guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut

kesesuaian murid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran. Selain itu, aspek

tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian

M u k a s u r a t | 20

Page 21: Essay Pss3109

T U G A S A N P R O J E K - S U M B E R P E N G A J A R A N P E M B E L A J A R A N D A L A M P E N G A J I A N S O S I A L ( P S S 3 1 0 9 )

oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid

iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah

rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Hal

ini bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi

lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses

pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.

M u k a s u r a t | 21