Upload
kay-tie
View
287
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 Pengenalan
Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan
Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti
berikut :
“Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”
Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan
individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial.
Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan
ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan
berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu
mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-
perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu
berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang.
Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja
malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion
perguruan itu sendiri. Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di
sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang
berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat
peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak
dari dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion
yang profesional.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan
Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan
tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam
melaksanakan tugasan seharian sebagai guru. Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah
berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu
sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam
kelasmembantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu
pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi
iklim tingkah laku pelajar.
2.0 Definasi Etika
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang
sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab,
amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang
individu tersebut.
Apakah maksud sebenar etika?. Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris
“ethic”. Perkataan ethic itu pula berasal daripada bahasa Greek ethos yang membawa maksud
sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika biasanya berkaitan
erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah daripada bahasa Latin, iaitu “Mos” dan
dalam bentuk jamaknya “Mores”, yang bemaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang
dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari hal-hal tindakan yang
tidak sewajarnya. Etika dan moral hampir sama tetapi dalam kegiatan seharian terdapat
perbezaan, iaitu moral adalah untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika
adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Ia terbahagi kepada dua:
i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang
baik dan jahat.
ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis
semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi untuk
mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan
lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan 1996)
Etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian
kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara
individu. (Abdul Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral 1999).
Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut
pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku
yang baik yang dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang
dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis
perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese
pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah
laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk
kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Berikut pandangan tentang teori etika :
1. Etika Deontologi
* Berasal dari kata Yunani deon yang berarti kewajiban atau sesuai dengan prosedur.
* Menurut teori ini beberapa prinsip moral itu bersifat mengikat betapapun akibatnya
menekankan pada kewajiban manusia untuk bertindak baik.
* Tantangan dalam penerapan Deontologi adalah membedakan mana yang tugas, kewajiban,
hak, prinsip yang didahulukan.
2. Etika Teleologi
* Berasal dari kata Yunani telos yang berarti tujuan, sasaran atau hasil.
* Etika ini mengukur baik buruknya suatu tindakan berdasarkan tujuan yang mau dicapai
dengan tindakan itu atau berdasarkan konsekuensi yang ditimbulkan oleh tindakan itu.
* Tantangan yang dihadapi adalah kesulitan dalam mendapatkan seluruh informasi yang
dibutuhkan dalam mengevaluasi semua kemungkinan konsekuensi dari keputusan yang
diambil
3. Etika Keutamaan
* Etika ini mengutamakan pembangunan karakter moral pada diri setiap orang.
* Pendekatan ini berguna dalam menentukan etika individu yang bekerja dalam sebuah
komunitas profesional yang telah mengembangkan norma dan standar yang cukup baik.
Dengan lain perkataan, etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip
moral.Etika menurut French dan Granrose (1995) etika adalah : "A set of normative
guidelinesdirected towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal well-
being". Untuk membentuk etika yang baik, tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan
seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi
mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika
yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan
fungsi sosial seseorang itu.
Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: "…… is a
systematicalattempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social
moralexperience in such a way as to determined the rules that ought to governed
humanconduct and the values worth pursuing in life".Bagi memberi makna kepada
perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu sistemyang boleh menggunakan alasan-
alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku
manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itulebih bermakna.White (1993) pula mengatakan
etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral(virtue moral) dan menilai
tindakan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh diterima daripada segi
moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat.
Ketidakseimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang
tidak bermoral seperti rasuah, sumbang mahram dan penculikan yang semakin berleluasa
dewasa ini.
2.0 Profesion
Profesion adalah pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang
berpendidikan tinggi atau berkelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu. Contohnya
perguruan, akuantan, peguaman, kaunseling, perubatan dan perniagaan.
2.1 Ciri-ciri Profesion
2.1.1 Perkhidmatan yang unik dan penting.
2.1.2 Banyak menggunakan keupayaan.
2.1.3 Mendapat latihan Khusus.
2.1.4 Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.
2.1.5 Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
2.1.6 Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
2.1.6 Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
3.0 Falsafah Etika
Berdasarkan kamus Dewan, falsafah merupakan pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang
lain. Falsafah Etika berasal daripada perkataan bahasa Yunani yakni Philo ( cinta atau suka),
Sophia (hikmah), oleh yang demikian philosophia bermaksud cintakan kebijaksaan. Falsafah
merangkumi gugusan kepercayaan, sikap nilai, prinsip, etika dan praktis yang dipegang oleh
profesion tersebut.
Bidang falsafah boleh dikategorikan kepada 5 cabang yang berlainan
berdasarkan persoalan tertentu iaitu:
3.1 Metafizik
3..1.1 Bidang falsafah yang memikirkan tentang sesuatuu kewjudan
di dunia ini meliputi aspek semulajadi, manusia dan ketuhanan.
3.2 Epistemologi
3.2.1 Bidang falsafah yang memikirkan tentang ilmu pengetahuan.
3.3 Etika
3.3.1 Bidang falsafah yang memikirkan tentang persoalan moral pada
manusia seperti tindakan yang dilakukan, perbezaan tindakan
moral dan tidak bermoral serta tindakan yang betul dan salah.
3.4 Logik
3.4.1 Bidang falsafah yang mengkkaji penaakulan manusia.
3.5 Estetika
3.5.1 Bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan
4.0 Kod Etika Perguruan
Etika adalah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau di
dalam organisasi. Setiap badan profesional di Malaysia seperti doktor, peguam dan jurutera
mempunyai kod etika masing-masing. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang
perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Perkara ini disebut
sebagai kod etika.
Etika profesional adalah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh
individu-individu mengikut profesional masing-masing. Kod etika memperjelaskan
tindakan-tindakan yang betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu
dihindari oleh individu di dalam profesion tersebut. Kod etika bertujuan unutk mengekalkan
integriti moral sesuatu profesion. Setiap guru di dalam sektor perguruan harus mematuhi kod
etika dan tanggungjawab yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:
4.1 Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
4.2 Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
4.3 Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4.4 Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
4.5 Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
4.6 Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
4.7 Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
4.8 Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
4.9 Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
4.10 Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
4.11 Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
4.12 Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
4.13 Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
4.14 Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
4.15 Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.
4.16 Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
4.17 Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
4.18 Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.
4.19 Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
4.20 Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
4.21 Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
4.22 Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Seorang Guru
Tanggungjawab terhadap pelajar
Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dan profesion perguruan
Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru.
Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Berdisiplin dan Beradab
Penggerak ke arah kebaikan
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Menghargai dan bertanggungjawab hasil
usaha organisasi
Memperkotakan apa yang dikatakan
5.0 Perbandingan Kod Etika Perguruan dengan kod etika profesion yang lain.
5.1 Kod Etika Kedoktoran
Persatuan Perubatan Dunia telah menjadikan Deklarasi Geneva pada tahun
1947sebagai etika dalam bidang perubatan iaitu :
5.1.1 Doktor berikrar dengan sesungguhnya untuk mendidikasikan hidupnya untuk
perkhidmatan kemanusiaan
5.1.2 Doktor akan memberikan penghormatan kepada guru dan rasa terhutang budi
kepada mereka.
5.1.3 Doktor akan melaksanakan professionnya dengan ikhlas dan berintegrasi.
5.1.4 Kesihatan pesakit adalah keutamaan.
5.1.5 Doktor akan memelihara rahsia yang diamanahkan
5.1.6 Doktor akan mengekalkan sedaya upaya dalam kekuasaan integriti dantradisi
professional perubatan
5.1.7 Sahabat adalah saudara
5.1.8 Doktor tidak akan membenarkan pertimbangan agama, kerakyatan,keturunan,
parti politik atau kedudukan sosial mempengaruhi tanggungjawabterhadap
pesakit.
5.1.9 Doktor akan mengekalkan integriti kehidupan manusia sejak awal walaupundi
bawah ancaman dan tidak akan menggunakan pengetahuan
peribatanbertentangan dengan undang-undang kemanusian.
5.1.10 Doktor melakukan janji ini dengan penuh ikhlas, bebas dan integriti.
Hasil Deklarasi Geneva pada tahun1947 tersebut akhirnya dijadikan sebagaiasas
kepada penggubalan kod etika perubatan dunia. Sebanyak enam kod etikaperubatan
yang diteripakai secara menyeluruh dalam bidang perubatan iaitu :
5.2.1 Seorang doktor mestilah mengekalkan standard (tahap pencapaian) yangtinggi
dalam tingkah laku professional
5.2.2 Seseorang doktor mestilah melaksanakan profesionalnya tanpa
dipengaruhioleh motif untuk mencari untung
5.2.3 Berikut ini dikira sebagai tindakan beretika:
5.2.3.1 Sebarang iklan peribadi kecuali yang diluluskan oleh kod etika
5.2.3.2 Perubatan kebangsaan bersubahat dengan sebarang
bentukperkhidmatan perubatan di mana doktor tidak
mempunyaikebebasan profesionalnya.
5.2.3.3 Menerima sebarang wang yang dikenakan kepada pesakit selaindari
bayaran profesional perubatan yang sebenarnya walaupundengan
pengetahuan pesakit
5.2.4 Sebarang tindakan atau nasihat yang boleh melemahkan rangsangan fizikaldan
mental manusia hanya boleh dilakukan untuk kepentingan pesakit.
5.2.5 Seorang doktor dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam
menggunakanpenemuan baru atau teknik-teknik rawatan baru.
5.2.6 Seorang doktor diberikan kebenaran atau kuasa terhadap bidang
kepakaransahaja.
Seorang doktor mengutamakan kesihatan pesakit manakala seorang guru akan
mengutamakan pembelajaran terhadap pelajar mereka. Seorang dotor mempunyai
sikap untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan mendedikasikan sepenuh tumpuan dan
segala sumber ilmu pengetahuan kepada pesakit manakala seorang guru mempunyai
sikap untuk mendidik pelajar untuk menjadi insan yang berguna di masa akan datang.
Seorang doktor juga mempunyai persamaan dengan seorang guru daripada
aspek melayani rakan sejawatnya. Seorang dockor berkewajipan melayani rakan
sejawatnya sepertimana ia mengharapkan layanan yang sama dengan orang lain.
Walau bagaimanapun, seorang doktor tidak boleh mengambil pesakit daripada rakan-
rakan doktor yang lain. Ini amat berbeza daripada bidang perguruan, di mana tiada
perebutan pelajar antara guru dan tiada isu guru mengambil pelajar guru yang lain,
malah guru-guru bekerjasama dalam mendidik pelajar.
6.0 Etika kerja di Jepun.
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya
menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu,
terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas
di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun
1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih,
tersusun, bersistem dan lebih produktif. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan
etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang
lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang
tinggi. 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shisuke.
6.1 Seiri-部屋の中のゴミとは無関係の職場で材料投
heya no naka no gomi to wa mukankei no shokuba de zairyō tō
Kerapian - Membuang semua sampah dan bahan-bahan yang tidak berkaitan di
tempat kerja
Tidiness - Throw away all rubbish and unrelated materials in the workplace
· Kenalpasti dan mengasingkan barang yang tidak perlu untuk pelupusan dan merekod
(jika perlu).
· Melakukan aktiviti sisih secara berterusan mengikut keperluan.
6.2 Seiton-迅速な検索とストレージのための適切な場所に設定するすべての
jinsoku na kensaku to sutorēji no tame no tekisetsu na basho ni settei suru subete no
Ketertiban - Letak segala sesuatu di tempat yang mudah diambil dan disimpan
Orderliness - Set everything in proper place for quick retrieval and storage
· Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah diambil dan
disimpan semula.
· Tempat simpanan boleh diambil oleh semua kakitangan di tempat yang mudah
dilihat dan dikesan.
· Barang atau dokumen yang kerap digunakan diletak dekat/berhampiran dengan
tempat yang mudah dicapai.
· Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas.
· Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.
6.3. Seiso - クリーンな職場では誰でも用務員する必要があります
kurīn na shokuba de wa dare demo yōmuin suru hitsuyō ga ari masu
Kebersihan - Bersihkan tempat kerja; setiap orang harus menjadi seorang petugas
kebersihan
Cleanliness - Clean the workplace; everyone should be a janitor
· Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.
· Amalkan Seiso 5-10 minit setiap hari.
· Patuhi jadual mencuci dan memeriksa peralatan dan keselamatan bagi menwujudkan
tempat kerja yang selesa dan selamat.
· Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
· Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan.
· Buat dengan kerjasama semua kakitangan.
· Galakkan kawan sekerja memberi idea kreatif untuk penambahbaikan tempat kerja
yang produktif
· Anjurkan gotong royong 2 kali setahun.
6.4 Seiketsu - 清潔さを維持するのを標準化する方法
seiketsu sa wo iji suru no wo hyōjun ka suru hōhō
Pemiawaian - Standardkan cara menjaga kebersihan
Standardization- Standardize the way of maintaining cleanliness
· Bila mengulangi tiga konsep di atas iaitu Sisih-Susun-Sapu,tempat kerja akan
menjadi bersih dan tersusun.
· Melihat kepada perkara-perkara yang tidak normal atau ''abnormality".
· Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan.
6.5 Shitsuke - 練習'5 S'を毎日 - 人生のその方法を、これまた'約束'を意味します
renshū '5 S'wo mainichi - jinsei no sono hōhō wo , kore mata 'yakusoku 'wo imi shi
masu
Disiplin - Amalan 'Lima S' setiap hari - menjadikannya sebuah cara hidup; ia juga
bererti 'komitmen'
Discipline- Practice 'Five S' daily - make it a way of life; this also means
'commitment'
· Mematuhi setiap peraturan, standard, peringatan yang diwujudkan.
· Latihan dan perkongsian berterusan.
· Wujudkan semangat berpasukan.
Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal, logik untuk menghasilkan teknik
yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali
sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun.
Objektif utama Program 5S.
7.0 Isu-isu dalam pendidikan
7.1 Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari Universiti Tempatan yang tidak mendapat tempat di Sekolah.
Ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah
terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru dan
dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta. Penyelaras Gabungan Graduan
ISMP Malaysia (GGIM) Abdul Rahman Usman (bawah) berkata, masalah itu
berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih
belum diumumkan. Graduan ISMP mempunyai latihan khusus dalam pendidikan yang
menjadikan mereka sukar diterima di pasaran kerja dan tiada pilihan selain menjadi
guru.
Graduan ISMP ini telah ditolak mentah-mentah permohonan pekerjaan di
sector swasta atas alasan tidak kekal lama dan mengambil hak graduan bidang lain.
Memberi kesedaran tentang kepentingan dan
faedah pelaksanaan Program Amalan 5S.
Membina budaya
kaizen di tempat kerja.
Membina kerjasama melalui penyertaan semua.
Membina amalan
kepimpinan pengurus dan
penyelia.
Pada penghujung tahun lepas, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi
berkata, Kira-kira 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan akan dilantik sebagai guru di
sekolah menengah mulai Januari 2012, daripada jumlah itu seramai 3,894 graduan
ISMP telah pun ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi
tujuan berkenaan. Beliau juga menafikan graduan ISMP dianaktirikan dalam
pemilihan guru kerana ia dibuat berdasarkan kelayakan dan opsyen bersesuaian.
Bakal guru seharusnya bersabar dalam menghadapi cabaran dan tidak cepat melatah
dengan isu-isu perguruan masa ini. Bidang perguruan adalah bidang yang mencabar,
bakal guru seharusnya menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran seorang
guru. Kelewatan penempatan graduan ISMP adalah kerana bilangan graduan ISMP
terlalu ramai dan mereka terpaksa menunggu giliran untuk dipanggil temuduga oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
7.2 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula
sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau
petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika;
Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi;
Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini
menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus
kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Kurikulum baru ini diharapkan dapat
membangunkan modal insan yang seimbang serta membangunkan akal, hati dan jiwa
manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara
maju.
8.0 Kesimpulan
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi
sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti
ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang
sekali pun. Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya
membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk
akautebiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan
adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya
menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai
penjawat awam.
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya mereka
dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan
semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang
amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini
perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu
yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya.
Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di rumah, di
sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang digunakan
dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam tugasan yang
diberikan. Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal insan bagi
melahirkan generasi yang bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya antara
tunjang utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah
yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan
betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral. Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam
organisasi juga menyumbang kepada permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan
hendaklah dipupuk dalam organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif
dan berdaya saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang
dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan yang
tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak
merebak kepada generasi akan datang.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difahami dan dipelajari oleh setiap
individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang berlaku
melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. “Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk
dada tanyalah iman” ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan
prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan
tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan
ianya tidak diperakui oleh setiap individu.Bertepatanlah dengan Firman Allah “ Aku tidak
mengubah sesuatu kaum itu, sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri”. Ini
bermakna setiap individu perlu mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang
beretika, bermoral, berilmu dan beramal.