Etika Dan Rasuah

  • View
    97

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

etika

Text of Etika Dan Rasuah

  • FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER MEI / 2013

    ETIKA PROFESIONAL

    OUMH 3203

    NAMA : SANIAH BT KHALID

    NO. METRIK : 771219065788001

    NO. KAD PENGENALAN : 771219-06-5788

    PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KOTA BHARU

  • 1

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN 2

    1.1 Definisi Rasuah 3

    1.2 Sejarah Rasuah 5

    2.0 ANALISIS EKONOMI 5

    3.0 ANALISIS UNDANG-UNDANG 8

    4.0 ANALISIS ETIKA 10

    4.1 Eternal Law ( Teori Undang-undang Abadi) 11

    4.2 Classical Teleological Ethical Theory ( Teori Utilitarianism) 11

    4.3 Classical Deontological Ethical Theory (Teori Universalism) 12

    4.4 Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Sejagat) 12

    4.5 Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Abadi) 12

    5.0 KESIMPULAN 13

    RUJUKAN 15

  • 2

    1.0 Pengenalan

    Rasuah wujud sejak wujudnya tamadun manusia. Senario rasuah ini berbeza di antara

    sebuah negara dengan negara yang lain. Gejala yang menjadi parasit ini belaku dalam semua

    negara tanpa mengira tahap pembangunan sosial dan ekonominya. Negara mundur, sedang

    membangun, mahu pun negara maju tidak terlepas dilanda gejala rasuah. Walau

    bagaimanapun, tahap perluasan gejala rasuah itu adalah berbeza. Ada negara yang rasuah

    dikatakan sudah sebati dengan segala aspek pekerjaan dan kehidupan sehingga dikatakan

    rasuah itu sudah menjadi budaya dan amalan masyarakatnya. Namun begitu, secara

    keseluruhannya, kebanyakkan negara di dunia melihat gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa

    dan penyelewengan sebagai satu perbuatan tidak beretika, sangat jijik, keji dan abnormal.

    Kebanyakkan negara di dunia meletakkan rasuah sebagai kesalahan, tetapi ada negara yang

    sukar untuk menepis gejala rasuah yang telah berleluasa dalam masyarakatnya. Namun dari

    segi pengalaman dan kajian yang dilakukan, ada negara yang walaupun memang ada

    kadangkalanya berlaku gejala negatif ini, tetapi kewujudannya dianggap sebagai unthinkable

    act jika dilakukan oleh seseorang individu, baik anggota perkhidmatan awam, bahkan oleh

    masyarakat umum dalam negara itu. Ancaman rasuah wujud dalam apa juga sistem

    kehidupan. Ia menyerap dalam struktur dan aspek sosial, ekonomi, politik dan pentadbiran

    sesebuah negara. Rasuah juga berlaku dalam apa juga corak dan fahaman sama ada yang

    mengamalkan sistem kapitalis, sosialis, komunis dan sebagainya. Justeru, rasuah bukan lagi

    satu masalah berasingan yang dihadapi oleh sesebuah negara sahaja, tetapi ia merupakan satu

    masalah di peringkat global.

    Berlawanan dengan perkataan rasuah, seseorang yang tidak mudah kalah dengan

    temptation atau penawaran kebendaan, keistimewaan atau kebesaran yang diperoleh

    lantaran rasuah dikatakan orang yang beretika dan berintegriti. Etika ialah himpunan nilai dan

    moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen (Pelan

    Intergasi Nasional, 2007). Integriti pula kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan

    padu pada individu dan organisasi. Intergriti berkaitan erat dengan etika dan merupakan

    pencerminan etika dalam tindakan. Amanah dalam pengurusan, umpamanya, adalah

    sebahagian daripada etika yang baik. Sesuatu pentadbiran tidak boleh diuruskan dengan baik

    jika tidak ada amanah kerana tanpa amanah pengurusan dan pentadbiran kerajaan tidak dapat

    dilaksanakan, malah boleh menyebabkan huru- hara dan keruntuhan kuasa kerajaan. Sebagai

  • 3

    contoh, memberi tender kepada kontraktor yang tidak sepatutnya, mungkin menghasilkan

    kualiti aset yang rendah. Seterusnya, akan berlaku peningkatan kos seandainya hasil yang

    diperoleh adalah tidak mencapai standard yang dikehendaki. Akibatnya belanjawan akan

    meningkat. Lebih menarik lagi jika kita dapat kaitkan dengan satu laporan kajian persepsi

    yang dibuat oleh The Business Ethics Of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama University of

    Nottingham Malaysia dan Kolej Universiti Binary terhadap kepercayaan masyarakat

    terhadap mereka yang terlibat dalam 15 bidang kerjaya yang terpilih. Antara kerjaya yang

    dikaji ialah doktor, guru, profesor, menteri, pemimpin perniagaan dan ahli politik.

    Keputusannya, tahap kepercayaan responden terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan

    menteri adalah rendah sekali. Masing-masing meraih 11%, 16% dan 20% kepercayaan

    reponden dan berada di senarai tiga terbawah berbanding doktor (72%); guru (67%) dan

    profesor (58%) yang berada pada senarai tiga teratas. Pada masa yang sama juga responden

    soal selidik BEIM merasakan mereka tidak boleh mempercayai ahli politik dan tokoh

    korporat (http://www.ikim.gov.my ). Walaubagaimanapun di Malaysia, menurut Zulkifli bin

    Mat Noor (2005), rasuah masih berada di tahap yang rendah. Ia bukan merupakan satu

    budaya.

    1.1 Definisi Rasuah

    1. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah yang digolongkan

    dalam kata umum batil, meliputi juga perbuatan jenayah seperti merompak, memeras

    ugut dan menipu.

    2. Istilah Inggeris iaitu corrupt berasal daripada dua perkataan Latin iaitu cor

    bermakna bersama dan rupt bermakna kehancuran.

    3. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi rasuah

    ialah dengan memberikan atau menawarkan apa-apa ganjaran kepada mana-mana

    orang untuk mempengaruhi kelakuannya, atau menerima apa-apa hadiah. Ada

    pendapat kedua daripada John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteleys

    Law Dictionary memberi definisi rasuah dengan mengambil atau memberi wang

    untuk prestasi atau tidak prestasi terhadap kewajipan awam mereka sendiri.

    4. Istilah rasuah yang digunapakai dalam bahasa melayu yang bermaksud pemberian

    untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok dan menyuap.

  • 4

    5. Bagi Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed (1986) dalam

    penulisannya mentafsirkan rasuah sebagai suatu perbuatan yang mana seseorang

    memperoleh pendapatan atau pemberian melalui jalan yang salah. Menurut beliau,

    rasuah secara umumnya difahami sebagai memberi sesuatu kepada seseorang yang

    berkuasa dan berpengaruh supaya orang berkenaan menyalahgunakan kuasanya dan

    memberi keistimewaan kepada si pemberi.

    6. Menurut undang-undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a) (b) dan 4 (a)

    (b), Akta Pencegahan rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah:

    menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan

    kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan

    sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya. Suapan pula menurut

    Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah wang, derma, pinjaman, hadiah,

    cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta

    sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya.

    7. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan

    tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila

    melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang

    dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan

    kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap

    pilih kasih dalam tindakannya (http://seramgiler-hidupsegan.blogspot.com/).

    8. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009)

    (Akta 694), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau

    dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu

    perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah,

    bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Terdapat empat kesalahan rasuah

    yang utama iaitu:

    1. Meminta / menerima rasuah (Seksyen 16 & 17 (a) ASPRM 2009)

    2. Memberi suapan ) Seksyen 17(b) ASPRM 2009)

    3. Mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 ASPRM 2009)

    4. Salah guna kuasa (Seksyen 23 ASPRM 2009)

    Secara keseluruhannya, rasuah boleh didefinisikan dengan pelbagai cara, tetapi

    maksudnya tetap sama iaitu pemberian atau penerimaan sesuatu yang bertujuan melakukan

  • 5

    perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang-undang atau peraturan harian tertentu

    yang berkaitan dengan tugas. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, individu

    tersebut tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya.

    1.2 Sejarah Rasuah

    Rasuah merupakan amalan yang sudah menjadi darah daging orang-orang Yahudi

    sejak zaman berzaman. Al-Quran al-karim telah menyentuh persoalan ini dalam beberapa

    ayatnya ketika menjelaskan sifat-sifat orang Yahudi. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-

    Maidah ayat 5 bermaksud, Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka

    memakan segala yang haram. Menurut Ibn Jarir al-Tabari dalam Muhammad Zaini Yahaya,

    et.al. (2010) segala yang haram pada ayat tersebut membawa maksud rasuah. Pendapat ini

    disokong oleh Zulkifli Mat Noor yang mengatakan rasuah wujud sejak wujudnya tamadun

    manusia. Selain itu, jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akanmendapati bahawa

    rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlakunya

    revolusi. Kesan amalan rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi,

    malah memb