28
ETNIK BANJAR 1.0 PENGENALAN Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun yang demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza. Etnik Banjar merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat Jawa namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Banjar ini. Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut. Dalam pendokumentasian ilmiah pada kali ini, hasil tugasan ini akan dirungkai melalui penulisan esei berkenaan dengan tajuk yang dipilih. Oleh yang demikian, dalam tugasan kali ini, kumpulan yang dianggotai oleh Khairul Azman bin Abu Hassan, Nur Shera Nabila binti Abdul Aziz dan Mariatul Qibtiah telah mencapai persetujuan untuk memilih etnik Banjar sebagai etnik kajian kami. Justeru, penulisan esei ini akan merungkai sejarah kedatangan etnik Banjar ke Malaysia juga merungkai kebudayaan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan terdiri daripada pakaian, makanan, seni tari dan senibina rumah. Manakala, bagi budaya bukan kebendaan, aspek ini akan merungkai etnik Banjar daripada agama dan kepercayaan, adat resam dan bahasa. Oleh yang demikian, diharapkan agar penulisan ini dapat membantu dalam memahami dan mengenali etnik Banjar dengan lebih holistik. 2.0 SEJARAH KEDATANGAN ETNIK BANJAR KE TANAH MELAYU

ETNIK BANJAR

  • Upload
    ashairi

  • View
    36

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

banjar

Citation preview

Page 1: ETNIK BANJAR

ETNIK BANJAR

1.0       PENGENALAN

Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa

yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun yang

demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di

Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa,

rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza.

Etnik Banjar merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun

Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan

masyarakat Jawa namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Banjar ini.

Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan

mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini.  Tradisi Banjar serta adat istiadatnya

telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah

sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.

Dalam pendokumentasian ilmiah pada kali ini, hasil tugasan ini akan dirungkai

melalui penulisan esei berkenaan dengan tajuk yang dipilih. Oleh yang demikian, dalam

tugasan kali ini, kumpulan yang dianggotai oleh Khairul Azman bin Abu Hassan, Nur

Shera Nabila binti Abdul Aziz dan Mariatul Qibtiah telah mencapai persetujuan untuk

memilih etnik Banjar sebagai etnik kajian kami.

Justeru, penulisan esei ini akan merungkai sejarah kedatangan etnik Banjar ke

Malaysia juga merungkai kebudayaan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu

budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan terdiri daripada

pakaian, makanan, seni tari dan senibina rumah. Manakala, bagi budaya bukan

kebendaan, aspek ini akan merungkai etnik Banjar daripada agama dan kepercayaan,

adat resam dan bahasa. Oleh yang demikian, diharapkan agar penulisan ini dapat

membantu dalam memahami dan mengenali etnik Banjar dengan lebih holistik.

2.0       SEJARAH KEDATANGAN ETNIK BANJAR KE TANAH MELAYU

Sebenarnya, Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari

Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah

Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah itu yang terletak di bahagian tenggara Borneo.

Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah

Page 2: ETNIK BANJAR

Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian dari mereka

juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat yang terkenal

sebagai kawasan penanaman padi. Oleh demikian, ramai yang berpendapat bahawa

mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir

dalam penanaman padi. Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang

permata dan berniaga juga dikatakan mahir dilakukan oleh mereka. Pekerjaan inilah

yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak

yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan

kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata.

Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang

lembah Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.

Antara maklumat lain, turut dikatakan bahawa Suku Banjar yang tinggal di

Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang

datang dalam tiga gelombang migrasi besar. Bagi golongan mingrasi pertama,

penghijrahan telah berlaku pada tahun 1780 ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang

menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam

perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa

melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah

dijatuhkan hukuman mati.

Bagi golongan migrasi kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-

besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para

pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa

melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan

yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang

Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar. Bagi

golongan migrasi ketiga pula, etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-

besaran ke pulau Sumatera pada tahun 1905. Kali ini mereka terpaksa melakukannya

kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati

syahid di tangan Belanda. Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke

Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja

Indragiri sebelum raja yang terakhir.

Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain

ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak

Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan,

Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Daerah yang paling

ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul

Ridzuan. Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi

Page 3: ETNIK BANJAR

menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula

dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di

Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka dikatakan sering berulang alik berdagang

dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan

Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan

awal masyarakat ini di Tanah Melayu.

Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi

manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan

sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan

pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai

Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor

serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom,

Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di

antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari

daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah

Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura.

Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-

usulmereka di Tanah Banjar.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijrahan suku Banjar

terutamanya ke Tanah Melayu. Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang

mencengkam kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong

penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana

tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini

ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah pemerintahan penjajah

Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan

peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran

kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang

yang berulang-alik ke Tanah Melayu.Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat

menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan

mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal

dengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup.

Sebenarnya, menurut Qamaruz Zaman Ismail, Bekas Ahli Parlimen Bagan

Serai,  dipetik dalam rencana Berita Harian “Orang Banjar Warisi Darah Pejuang” (Isnin,

12 Mac 2012) yang disunting oleh Azrul Affandi Sobry mengatakan bahawa, “ada dua

kelompok penghijrahan orang Banjar ke negara ini iaitu mereka yang mahu bebas

daripada masalah dan tekanan di Banjar Masin serta sekelompok lagi ialah pendakwah.

Mereka yang lari dan mahu bina kehidupan baru telah memilih untuk mengasingkan diri

Page 4: ETNIK BANJAR

dan tinggal jauh di dalam hutan. Mereka ini tidak begitu disegani orang tempatan

kerana masalah bahasa.

Atas sebab pelbagai tekanan itu, ditambah dengan peluang mengembangkan

sumber ekonomi melalui pertanian yang terbuka di Tanah Melayu menyebabkan ramai

terpaksa berhijrah. Penghijrahan ini sebenarnya berlaku secara berperingkat tetapi

semakin hebat pada pertengahan abad ke-19.

3.0       CIRI-CIRI MASYARAKAT BANJAR

Menurut rencana Berita Harian pada 15 Mac 2012 yang ditulis oleh Azrul Affandi Sobry,

orang Banjar sememangnya terkenal dengan karektor tegas. Sinonimnya mereka

dengan sifat kepahlawanan bukan hanya omongan kosong yang tiada buktinya. Hal ini

terbukti dengan tindakan mereka meredah lautan meneroka tanah negara orang sudah

cukup menunjukkan keberanian. Golongan masyakat Banjar kini memonopoli

sebahagian kawasan seperti Kerian, Sungai Manik, Sabak Bernam dan sebahagian

kawasan di utara semenanjung.

Masyarakat Banjar dikatakan panas baran dan tegas. Hal ini mungkin

disebabkan oleh sejarah masyarakat itu sendiri yang sentiasa berdepan dengan krisis

peperangan menuntut hak mereka. Tambahan pula, orang Banjar memang sejak dulu

lagi terkenal dengan sikap mudah naik radang. Sekiranya seseorang dari luar masuk ke

kawasan kampung orang Banjar dengan memakai kopiah senget, orang kampung akan

perbetulkan dan memberi teguran kerana pemakaian sebegitu dianggap samseng.

Orang Banjar dikatakan gemar bergaduh dengan masyarakat yang lain. Mungkin

kerana itu, masyarakat ini lebih terpencil dan tidak bergaul dengan masyarakat lain

selain mengalami permasalahan bahasa. Penggunaan senjata biasanya disebut

(lading), parang panjang atau badik juga tidak asing lagi bagi mereka terutamanya

ketika berlaku pergaduhan. Selain itu juga, dipercayai bahawa setiap keluarga orang

Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing untuk

menjaga keselamatan mereka.

Selain itu juga, menurut orang sumber lagi iaitu En. Samsudin bin Jilani,

sebenarnya orang Banjar memang pantang dicabar. Walaupun sikap itu terbawa-bawa

sehingga hari ini, namun dalam konteks positif di mana mereka terkenal sebagai

pesaing hebat dalam semua bidang. Semantelahan, orang Banjar juga terkenal dengan

sikap garang. Sikap garang ini dikatakan sudah sebati dengan diri masyarakat Banjar.

Pisau belati dijadikan senjata wajib bagi orang Banjar suatu ketika dahulu. Mungkin

kerana didikan sejak kecil kerana anak yang berani akan dipuji.

Page 5: ETNIK BANJAR

            Selain itu juga, penghijrahan masyarakat dari luar, ternyata membentuk struktur

hidup penduduk Malaysia dan ia lebih banyak bergantung kepada kehidupan di tanah

asal kedatangan. Apabila difokuskan kepada orang Banjar ke negara ini, masyarakat ini

lebih dekat dikaitkan dengan orang Jawa yang lebih terarah kepada pemugaran tanah

dan mengusahakan pertanian. Mereka akan memulakan sesuatu perkampungan

dengan nama awal Parit, seperti juga orang Jawa yang menunjukkan mereka sudah

memulakan sistem perairan untuk tanah pertanian yang ditulis oleh Azrul Affandi Sabry.

            Di negara ini orang Banjar dikaitkan dengan sistem tebuk iaitu mereka membina

penempatan di dalam hutan dengan adanya lorong kecil untuk ke perkampungan kecil

yang mempunyai sistem pertanian terancang. Orang Banjar tidak memfokuskan kepada

satu jenis tanaman sahaja tetapi mereka akan menggunakan setiap ruang yang ada

untuk menambahkan hasil tanaman dengan tanaman-tanaman yang lain. Selain itu,

sebelum mereka membina rumah, perkara utama yang bakal mereka akukan adalah

membuat parit yang akan memboehkan bekalan air sampai ke semua kebun dan

seterusnya sawah padi di hujung tanah sebelum akhirnya dilimpahkan ke sungai. Hal ini

dapat mengelakkan mereka daripada banjir.

            Menurut Wan Ahmad Arshad, kepintaran orang Banjar masih boleh dilihat

dalam pembinaan rumah seperti rumah yang dibina oleh Abdu Hamid Al-Banjari iaitu

dipanggil rumah Ganal atau besar yang dibina sendiri pada tahun 1890 dan masih utuh

sehingga kini. Beberapa faktor yang menjadi keutamaan ketika membina rumah adalah

mereka akan membuat sistem perparitan yang terbaik bagi tujuan kawalan banjir,

mengairi sawah serta dalam masa yang sama untuk menternak ikan. Hal ini pernah

diakui oleh Britain sebagai sistem perparitan terbaik pada zaman penjajahan.

            Manakala sekitar rumah orang Banjar pula akan ditanam dengan pelbagai

tanaman seperti labu di batas sawah, tebu dan kelapa pula untuk mengisi kekosongan

di sekitar rumah. Uniknya masyarakat Banjar ini mereka tinggal di daam kelompok

keluarga yang bermaksud rumah di antara saudara-mara berada di dalam tebuk yang

sama.

            Ada logiknya kenapa orang Banjar mempunyai kemahiran di dalam bidang

pertanian. Hal ini kerana faktor geografi di Banjarmasin kerana di sana iklim dan rupa

buminya sangat bersesuaian dengan tanaman tropika. Oeh itu, masyarakat Banjar

boleh dibahagikan kepada dua iaitu golongan pertama hanya berfokus kepada

pendapatan hasil pertanian, manakala golongan kedua adaah mereka yang turut

melakukan kerja-kerja sampingan seperti bertukang, menangkap ikan, mencari kayu,

rotan, damar dan sebagainya.

4.0       KEBUDAYAAN KEBENDAAN

Page 6: ETNIK BANJAR

4.1       Makanan

Menurut temuramah yang telah dijalankan iaitu Encik Samsudin Bin Jilani berumur 62

tahun beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai masyarakat Banjar. Beliau

adalah seorang pesara dan berketurunan Banjar serta tinggal di Parit Buntar yang

merupakan tempat majoriti bagi masyarakat Banjar. Menurut beliau, Masyarakat banjar

juga terkenal dengan pelbagai makanan dan manisan yang menjadi juadah kepada

masyarakat ini sejak dahulu hinggalah sekarang.

Antara makanan tersebut adalah wadai kepeng. Wadai kepeng ini pada masa

dahulu disediakan selepas selesai menanam padi ataupun di sebarang majlis doa

kesyukuran atau doa selamat (rujuk gambar 1). Proses menyediakan kuih ini tidaklah

sukar dan selalunya masyarakat Banjar akan membuatnya secara bergotong-royong.

Cara menyediakan wadai kepeng ini adalah menggunakan tepung pulut, garam dan air

suam. Semua bahan tersebut akan diuli bersama sehingga menjadi doh. Kemudian doh

tersebut perlu diambil di dalam kuantiti yang sedikit dan bentukkan menjadi bulat

kemudian dipicit sedikit agar menjadi leper.

Seterusnya, proses membuat kuahnya pula adalah menggunakan santan, air,

gula putih, gula merah dan garam. Semua bahan itu akan dimasak bersama sehingga

mendidih. Apabila kuah tersebut mendidih barulah dimasukkan adunan tepung yang

telah dibentuk tadi. Kesemua bahan tersebut perlu dikacau supaya tepung tadi tidak

melekat. Bagi memastikan bahawa juadah ini telah siap dimasak adalah dengan

melihat tepung tersebut telah timbul kemudian tenggelam kembali ke dalam kuah.

Gambar 1: menunjukkan makanan masyarakat Banjar, wadai kepeng.

            Salah satu makanan yang popular bagi masyarakat banjar adalah kuih kalakatar

(rujuk gambar 2 dan gambar 3). Menurut orang sumber, En. Samsudin lagi, kuih ini

hampir sama seperti bengkang tetapi cara membuatnya menggunakan isi kelapa muda

Page 7: ETNIK BANJAR

dan air kelapa muda. Kuih ini enak dimakan semasa panas. Cara membuat kuih ini

dianggap renyah oleh itu sukar untuk membuatnya dan masih ramai orang banjar yang

tidak mahir untuk membuat kuih ini.

Menurut seorang lagi orang sumber iaitu Pn. Salamiah binti Hj. Abdul Rashid

yang berusia 78 tahun, resipi bagi menyediakan kuih ini adalah dua cawan tepung

gandum, satu biji telur ayam, gula secukup rasa dan sedikit garam. Kemudian

campurkan campuran air dan isi kelapa muda, tepung, gula, telur dan garam hingga

sebati. Ambil bekas untuk memasak, sapukan sedikit minyak pada bekas berkenaan

dan masukkan adunan kuih ke dalam bekas berkenaan. Kuih ini boleh dimasak dengan

cara bakar mahupun kukus. Namun kebanyakkan orang yang menjual kuih ini akan

memasaknya dengan cara bakar. Kuih ini ternyata enak dimakan dan hanya terdapat di

kawasan yang mempunyai masyarakat banjar. , jika di tempat responden kuih ini akan

banyak dijual ketika bulan Ramadhan.

Gambar 2: menunjukkan kuih kalakatar yang dimasak secara bakar atau kukus

Gambar 3: menunjukkan kuih kalakatar yang digemari dalam masyarakat Banjar.

Page 8: ETNIK BANJAR

            Seterusnya adalah kuih balongan ahyam merupakan kuih tradisional yang

diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang masyarakat Banjar yang datang dari

Banjarmasin Indonesia. Menurut Pn. Salamiah, kebiasaannya, sebelum ini, kuih

tersebut hanya disediakan untuk hidangan keluarga pada bulan Ramadan tetapi sudah

dipasarkan bagi menambah pendapatan keluarga. Kuih ini tidak terlalu susah untuk

dibuat kuih  kerana ia hanya mengunakan bahan seperti kelapa, gula merah, gula putih,

daun pisang dan dikukus selama 15 minit (rujuk gambar 4). Rasanya pula enak manis

seperti dodol.

Gambar 4: menunjukkan kuih balongan ahyam

            Seterusnya, masyarakat Banjar juga mempunyai lauk tradisi iaitu ikan wadik

(rujuk gambar 5). Makanan ini seakan-akan pekasam namun tidak masam. Cara

penyediaan ikan wadik ini adalah dengan menggunakan ikan daripada jenis ikan darat

seperti sepat atau puyu yang banyak terdapat di kawasan penanaman padi.

Memandangkan Daerah Kerian merupakan salah satu tempat pengeluar padi yang

terbesar maka bagi mencari ikan dari jenis ini adalah tidak sukar diperolehi dan banyak

didapati di sini.

            Menurut orang sumber iaitu En. Samsudin, bagi penyediaan ikan wadik ini, ikan-

ikan tersebut akan diletakkan di dalam guri atau balang. Ikan tersebut akan disusun

secara berlapis-lapis sambil meletakkan garam di atas ikan tersebut. Terdapat juga

orang yang menyediakan ikan ini menaburkan beras goreng atau asam keping di

dalamnya. Untuk menikmati ikan tersebut perlu menunggu sehingga sebulan bagi

memastikan ikan-ikan tersebut benar-benar terperap dan sebati dengan bahan-bahan

yang telah dimasukkan di dalam ikan tersebut. Cara memasak ikan wadik ini adalah

dengan menggoreng bersama bawang besar dan cili padi serta dimakan panas-panas

Page 9: ETNIK BANJAR

bersama nasi putih. Hidangan ini nyata dapat membangkitkan selera kepada orang

yang menikmatinya.

Gambar 5: menunjukkan makanan tradisi etnik Banjar iaitu ikan wadik.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi makanan yang terdapat dalam masyarakat

Banjar. Kesemuanya melambangkan keunikan dan keistimewaan etnik ini dalam

mempertahankan identiti etnik Banjar.

4.2       Seni Bina/Rumah

Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur tradisional ciri-

cirinya yangmempunyai perlambang, mempunyai penekanan pada atap, ornamental,

dekorasi dan simetris.

Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya dan

ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun 1871 hingga tahun 1935. Umumnya

rumah tradisional Banjar dibangun dengan beranjung (ba-anjung) iaitu sayap bangunan

yang menjorok dari samping kanan dan kiri bangunan utama kerana itulah disebut

Rumah Baanjung. Anjung merupakan ciri khas rumah tradisional Banjar, walaupun ada

pula beberapa jenis Rumah Banjar yang tidak beranjung (rujuk gambar 6).

Menurut Pn. Samsiah binti Hj. Abd. Rashid, jenis rumah yang paling bernilai

tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton

(Dalam Sultan). Jadi nilainya sama dengan rumah joglo di Jawa yang diguna sebagai

keraton. Keagungan seorang pemimpin pada masa pemerintahan kerajaan diukur oleh

jumlah ukuran dan kualiti seni serta kemegahan bangunan-bangunan kerajaan

khususnya istana raja (Rumah Bubungan Tinggi). Pada pandangan beliau, dalam suatu

perkampungan suku Banjar terdiri dari pelbagai jenis rumah Banjar yang mencerminkan

status sosial mahupun status ekonomi pemilik rumah. Dalam kampung tersebut rumah

Page 10: ETNIK BANJAR

dibangun dengan pola linear mengikuti arah aliran sungai mahupun jalan raya terdiri

dari rumah yang dibangun mengapung di atas air, rumah yang didirikan di atas sungai

mahupun rumah yang didirikan di daratan, baik pada lahan basah (alluvial) mahupun

lahan kering.

Gambar 6: menunjukkan rumah etnik Banjar. Anjung yang berjurai merupakan ciri

istimewa rumah etnik ini.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa bukan sahaja tertumpu pada makanan,

tetapi sebenarnya, etnik Banjar juga mempunyai identiti dengan seni bina rumahnya.

Seni binanya yang unik membuktikan bahawa etnik Banjar merupakan etnik yang

berdaya kreatif dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

4.3       Seni Tarian

Menurut Azrul Affandi Sobry dalam rencananya di Berita Harian (Khamis, 15 Mac 2012)

mengatakan bahawa sebenarnya memang agak sukar untuk dipastikan sama ada

dalam masyarakat Banjar, tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu. Hal

ini mungkin berikutan daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai

masyarakat yang tinggi pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah

asal, berkemungkinan ia tidak dibawa ke sini.

            Cuma perbezaaan etnik Banjar dengan etnik yang lain adalah dari segi

berpakaian. Hal ini kerana, orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang

turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya juga ringkas dan sekadar

mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi

Page 11: ETNIK BANJAR

etnik yang lain, sarat dengan aksesori. Jika diperhatikan, sebenarnya masyarakat

Banjar mempunyai rentak muzik yang tersendiri kerana rentak yang diiramakan

mengadaptasi kegiatan harian etnik dan cara hidup yang diamalkan. Tarian yang

terdapat dalam etnik ini mengadaptasi kegiatan harian ini dengan menyelitkan elemen

kelembutan dan nilai seni tradisional yang tinggi selain membuktikan bahawa etnik ini

sangat mementingkan pengekalan busana asal masyarakat ini (rujuk gambar 7).

Gambar 7: menunjukkan tarian Banjar yang menyelitkan keunikan hidup

masyarakatnya.

            Menurut Azrul Affandi Sobry lagi dalam rencananya, tarian yang ditarikan

mempamerkan kelembutan gadis Banjar menyambut tetamu dengan kata-kata indah

serta lemah-gemalai gerak seni tari yang dicipta melambangkan seni tari kreatif dan

keindahan bahasa dilafazkan. Secara kesimpulannya, jika dilihat sekali pandang, tarian

yang memang lemah lembut ini sedikit menyerupai tarian inang di mana penarinya

hanya menggerakkan tangan dan melangkah lembut tanpa gerak yang tangkas. Ulik

tangan pun sekadar melentik ke kiri dan ke kanan penuh kelembutan.

4.4       Pakaian

Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa

kaum lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai pasangannya

dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah

berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah

dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi

seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung. Warna yang

digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna kuning.

Page 12: ETNIK BANJAR

            Lelaki yang telah berusia bagi masyarakat Banjar pula mengenakan baju

palimbangan, iaitu kemeja berlengan panjang dengan leher baju bulat dilengkapi

dengan butang lima dan mempunyai poket sebanyak tiga buah. Pasangannya

digunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling, sejenis sarung terbuat dari

katun atau sutra bermotif garis-garis melintang dan membujur. Sebagai penutup kepala

digunakan kopiah dari kain beludru, kain satin (kupiah Padang) atau kupiah jangang.

Alas kakinya ada berbagai jenis, iaitu sandal kalipik, sandal tali silang, dan selop (rujuk

gambar 8).

   

 

Gambar 8: menunjukkan cara berpakaian masyarakat Banjar dahulu dan sekarang.

Perbezaan ini juga menunjukkan cara berpakaian bagi golongan tua dan golongan

muda.

            Selain itu juga, menurut Pn. Samsiah binti Abd. Rashid, pakaian yang kerap

dipakai para remaja dan orang tua kaum perempuan Banjar adalah baju kebaya

berpasangan dengan kain batik (rujuk gambar 10). Menjadi kebiasaan setiap

perempuan akan menyiapkan rambutnya dengan cara disanggul. Ada dua cara yang

disebut galung malang babuntut dan galung malang. Sanggul ini berbentuk bundar

Page 13: ETNIK BANJAR

seperti angka lapan. Buntut pada sanggul menunjukkan pemakainya masih gadis.

Untuk wanita dewasa dikenakan baju kebaya basawiwi (basujab), kebaya biasa yang

diberi variasi kain yang memanjang di bagian depan yang dinamakan sawiwi atau sujab

selebar 10 cm.

5.0       KEBUDAYAAN BUKAN KEBENDAAN

5.1       Fahaman/Kepercayaan Dan Agama

Perkara ini sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari

Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi, bagi memastikan

kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok. Salah satu ciri

terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman

kesukuan. Menurut orang sumber, Pn. Samsiah binti Hj. Abd. Rashid, mereka

merasakan orang-orang selain dari suku mereka dianggap orang luar. Keadaan inilah

yang telah mempengaruhi perkembangan keperibadian dan corak pergaulan mereka.

Menurut beliau lagi, jarang berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Justeru, mereka

dapat mengekalkan ciri-ciri keperibadian yang tersendiri dalam msyarakat ini. Keadaan

kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak

mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi, meja dan almari. Peralatan yang ada

seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas

yang mustahak sahaja.

Satu hal yang agak menarik juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan

gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang

pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-

perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Pekerjaan bertani

khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk

mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai

dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati

dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan orang Banjar.

Menurut En. Samsudin bin Jilani, disebabkan kebanyakkan masyarakat banjar

tinggal di kawasan penanaman padi maka terdapat satu budaya yang dinamakan

berderau bagi aktiviti penanaman padi ini. Berderau dalam erti kata lain adalah

menjalankan aktiviti penanaman padi secara berkumpulan. Aktiviti ini diadakan apabila

musim penanaman padi bermula. Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa

orang yang datang membantu untuk menanam padi. Sebagai contoh, jika tuan pemilik

tanah sawah padi ingin menanam padi, terdapat 10 orang yang datang untuk

membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut harus membantu 10 orang itu

untuk menanam padi mereka. Aktiviti ini menunjukkan satu sikap kerjasama yang baik

Page 14: ETNIK BANJAR

antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain

mempercepatkan proses menanam padi.

Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah

berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini

menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan

kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkembangan pendidikan

secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca Al-

Quran, mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu agama yang lain.

Tambahan pula, kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri

daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang

sempurna. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahawa masyarakat Banjar ini amat

condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam dalam kehidupan mereka.

5.2       Adat Resam/Budaya/Pantang Larang

5.2.1   Adat Perkahwinan

Asimilasi dalam perkahwinan di negara ini pastinya lebih menyerlah dan ketara kerana

kebanyakannya berhijrah dari tanah lain. Lebih ketara adalah asimilasi dalam budaya

perkahwinan melayu. Seperti yang kita ketahui, perkahwinan adalah satu sisi budaya

yang unik dan berbeza bagi setiap masyakat dan etnik. Etnik Banjar juga tidak terlepas

dari senarai asimilasi budaya perkahwinan ini. Pada masa sekarang, ramai yang

mengakui bahawa semakin sukar untuk melihat pengantin Banjar mengenakan pakaian

tradisional dan menjalankan adat perkahwinan asal mereka. Namun yang demikian,

budaya perkahwinannya tidak akan dilupakan. Menurut Drs. Syarifuddin dalam Adat

Melayu Serumpun, Abdul Latif Abu Bakar (2001) mengatakan bahawa, orang Banjar

memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat penting. Menurut pandangan

sebahagian besaro orang Banjar, akad nikah tanpa diikuti oleh upacara adat

perkahwinan menimbulkan kecurigaan bahawa pengantin perempuan hamil sebelum

bernikah.

Seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat

Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah, tetapi dalam suasana yang cukup

ringkas. Menurut Azrol Affandi Sobry dalam rencananya “Pengantin ‘Berpapai’ Sebelum

Naik Rumah” (Sabtu, 17 Mac 2012) mengatakan bahawa, sebelum upacara

perkahwinan berlangsung, mereka tidak ada adat merisik seperti kebanyakan

masyarakat yang lain (rujuk gambar 9). Hal ini kerana, dalam masyarakat Banjar zaman

dahulu, perkahwinan mereka berlangsung antara sesama saudara, seperti sepupu dan

sebagainya. Upacara dimulakan apabila kedua-dua belah berkenaan, keluarga lelaki

berjanji akan datang ke rumah perempuan selalunya pada waktu Isyak untuk

Page 15: ETNIK BANJAR

menyatakan hajat mereka untuk meminang anak perempuan secara terus terang,

(Khairi Muhammad Nor, Berita Harian, Sabtu 17 Mac 2012, dalam rencana yang ditulis

Azrul Affandi Sobry).

Gambar 9: menunjukkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dirai

dalam perkahwinan etnik Banjar.

Sekiranya pihak perempuan bersetuju, perjanjian akan dibuat untuk menentukan

tarikh bila hendak diadakan majlis perkahwinan. Pada kebiasaannya, majlis

perkahwinan diadakan selepas musim mengetam dan menuai padi. Hal ini disebabkan

oleh bekalan beras yang dapat ditampungnya sendiri. Menurut adat masyarakat Banjar,

kedua-dua bakal pengantin tidak dibenarkan berjumpa antara satu sama lain. Majlis

akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu sebelum majlis kenduri

berlangsung. Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu

sebelum majlis kenduri berlangsung (Khairi Muhammad Nor, 2012).

Apabila pihak lelaki telah menghantar barang keperluan dan duit belanja, barulah

pengantin perempuan boleh bersiap sedia untuk upacara ‘mandi adat’. Upacara ‘mandi

adat’ atau ‘berpapai’ dijalankan di tempat khas yang dipanggil balai yang diperbuat

daripada empat batang tiang yang diikat dengan batang tebu. Pada setiap batang tebu

diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah pisang, ketupat dan

kuih cincin. Menurut Azrul Affandi Sobry (2012) lagi dalam rencananya, kawasan balai

akan menempatkan bidan dan pembanti untuk memandikan pengantin dengan

menggunakan upih pinang. Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan

untuk upacara mandi bersama atau ‘mandi adat’. Pengantin lelaki dikehendaki memakai

kain pelikat dan selendang manakala pengantin perempuan  pula memakai kain batik

(kain telasan) dan selendang jarang ketika upacara dijalankan.

Kemudian, ketika hendak melangkah keluar daripada balai, mereka dikehendaki

melakukan upacara pijak telur sebelum naik ke rumah. Selepas itu, kedua-dua

pengantin duduk mengelilingi cermin, lampu, pelita atau lilin sebanyak tiga kali dengan

Page 16: ETNIK BANJAR

dibantu oleh bidan. Selesai acara itu, lilin atau pelita ditiup sambil memasang niat.

Upacara ini dinamakan ‘tahaba’ bermaksud bertembung dalam bahasa Melayu.

Kemudian, pengantin perempuan pula tidak dibenarkan melihat wajah di cermin kerana

dikhuatiri akan hilang seri wajahnya.

Pengantin disandingkan di tengah laman, di atas buaian sambil dipersembahkan

pencak silat sembah dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu gong. Ketika

bersanding, hanya upacara bersalaman dengan pengantin sahaja yang dilakukan tanpa

merenjis pengantin atau disebut sebagai ‘tepung tawar’ dalam masyarakat Melayu.

Selain itu juga, pada hari persandingan tersebut diadakan majlis khatam Al-Quran

pengantin dan tetamu diberikan bunga telur sebagai kenangan.

Menjelang malam, mereka sekali lagi disandingkan di dalam kelambu. Ketika ini,

upacara makan di dalam kelambu diadakan iaitu makanan yang dimasak daripada

barangan yang dibekalkan oleh pihak lelaki sebelum ini. Selepas selesai, pengantin

lelaki keluar dari bilik dan pada ketika itu, dia berzanji dan bermarhaban sehingga pukul

12 tengah malam. Kemudian, barulah pengantin lelaki disuruh masuk semula ke dalam

bilik untuk bertukar pakaian manakala pengantin perempuan disuruh melipat kain. Pada

ketika ini, terdapat adat ‘bertaguran’ iaitu adat bertegur sapa. Selepas tiga hari, pihak

perempuan dikehendaki mengadakan majlis bubur bayak atau berayak sebagai tanda

selamat bertujuan menyelamatkan ‘kelambu’ atau perkahwinan yang baru

dilangsungkan. Pada hari berikutnya, barulah kedua orang mempelai sudah boleh

‘bertaguran’ atau ‘bertegur sapa’.

Selain itu, pengantin juga akan melalui budaya ‘bergosok’. Dalam upacara adat

ini, badan pengantin perempuan digosok oleh bidan untuk mengembalikan seri

pengantin. Bahan yangh diperlukan untuk upacara ini ialah kulit kayu yang diperoleh

daripada 44 pokok yang belum berbuah atau dikenali sebagai pokok dara. Terdapat

pantang larang yang dipegang ketika mengambil kulit kayu tersebut. Doa dipohon

kepada Nabi Ilias sambil menyeru nama pengantin yang berbintikan ibunya. Bahan lain

yang digunakan dalam upacara bergosok ialah segenggam beras pulut yang digoreng

tanpa minyak dan ditumbuk halus serta diayak, bertujuan mengeluarkan daki dari

badan pengantin. Telur ayam dara, sedikit air, daun sirih bertemu urat, kapur yang

dipangkah, gambir dan pinang, dilipat dan digulung serta disimpul kemudian, ditumbuk

halus. Menurut Azrul Affandi bin Sobry (2012) lagi, bidan akan menggosok pengantin

bermula dari pangkal hidung, dan terus naik ke atas. Dua tangan berpusing, dan

diletakkan rata ke muka.

Sebenarnya, pengaruh agama Islam terhadap adat dan upacara perkahwinan

orang Banjar sangat besar, (Drs. Syarifuddin dalam Adat Melayu Serumpun, Abdul Latif

Abu Bakar, 2001). Hal ini mungkin disebabkan kebanyakan daripada masyakarat

Page 17: ETNIK BANJAR

Baanjar merupakan penganut agama Islam. Terdapat dua pengaruh besar dalam adat

perkahwinan orang Banjar iaitu pengaruh ekonomi dan pengaruh agama. Hal ini

terbukti, apabila pengantin perempuan anak orang kaya biasanya akan menerima

jujuran yang lebih banyak daripada pengantin perempuan anak orang miskin. Bagi

pengantin lelaki pula, anak lelaki keluarga kaya perlu memberi jujuran yang lebih bayak

daripada anak lelaki keluarga miskin. Hal ini memenuhi syarat, adat dan resepsi secara

barat.

Menurut Abd. Rahman Hj. Abdullah (1985), sekiranya dahulu jodoh mereka

ditentukan orang tua, mereka sekarang boleh memilih pasangan yang sesuai dengan

pandangan hidup mereka.

5.2.2   Adat Masuk Rumah Baru

Dalam masyarakat Banjar, budaya masuk rumah baru bagi masyarakat ini menurut

Khairi Muhammad Nor di dalam rencana yang ditulis Azrul Affandi Sobry, mereka perlu

memastikan kepala tiang rumah dibalut dengan kain tiga warna. Duit syiling bernilai 10

sen atau 5 sen akan digunakan. Mereka akan membalut duit syiling tersebut dengan

kain putih dan dimasukkan kepada kepala tiang itu. Semasa memasukkan duit syiling

tersebut, mereka akan berniat supaya dimurahkan rezeki kepada orang yang masuk ke

rumah itu. Orang ramai juga akan membacakan yasin dan selawat ketika tiang

dinaikkan. Sekiranya terdapat tujuh tiang yang perlu dinaikkan maka ketujuh-tujuh tiang

tersebut hendaklah dinaikkan dengan dimulakan dengan kepala tiang yang telah

dimasukkan dengan duit syiling tersebut. Selepas gelegar dipasang barulah tetamu

akan pulang dan jika kerja belum selesai maka mereka perlu datang pada keesokan

harinya pula. Setelah selesai tuan rumah akan mengadakan kenduri.

5.2.3   Pantang Larang Wanita Hamil

Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain.

Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi

mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yang

hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang lain. Menurut

Zahrah Ijan (2012) di dalam artikel Berita Harian oleh Azrul Affendi Sobry, pantang

larang bagi wanita hamil masyarakat Banjar adalah mereka tidak dibenarkan duduk di

tengah pintu. Hal ini boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan susah untuk keluar.

Seterusnya, jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak

sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Perkara ini

disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang.

Page 18: ETNIK BANJAR

            Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka

perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah

sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila

ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita, jangan memalingkan muka atau

membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain.

            Bagi wanita yang bakal bersalin penggunaan air pelongsor sangat popular dan

digunakan sehingga ke hari ini. Tujuan penggunaan air ini adalah bagi memudahkan

proses melahirkan anak. Tempoh bagi wanita berpantang pula adalah selama 44 hari.

Bagi wanita yang berpantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan serta mereka

akan mengamalkan minum air halia setiap hari. Amalan yang diamalkan sepanjang

berpantang bagi orang Banjar adalah mereka akan menggunakan barut sepanjang

bermeter-meter. Di dalam balutan ini akan dimasukkan pelbagai jenis herba seperti

halia, jintan manis dan bawang putih. Kaki perempuan yang bersalin juga akan

dibedung supaya tidak boleh terlalu mengangkang. Manakala selepas 10 hari, akan

dilakukan urutan supaya dapat menaikkan peranakan dan urutan akan dilakukan

sebanyak 3 kali.

5.2.4   Adat Menanam Uri

Selain daripada adat perkahwinan, terdapat beberapa lagi adat yang semakin dilupakan

dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Banjar. Walau yang demikian,

sebahagiannya masih diteruskan terutamanya di kawasan kampung kerana masih

berada dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam kawasan tersebut. Antaranya

ialah kaedah menanam uri iaitu uri yang keluar bersama bayi dengan membasuh dan

membaca bacaan tertentu sebelum ditanam. Kemudian, uri tersebut ditanam bersama

sembilu, cabai, bawang, asam, garam dan dimasukkan ke dalam periuk tanah yang

mempunyai lubang di bawahnya dan tidak dikambus.

Menurut Azrul Affandi Sobry (2012), mengatakan bahawa upacara bersunat pula

dilakukan dalam suasana yang cukup ringkas, majlis kenduri doa selamat dan hidangan

pulut kuning. Selalunya bagi anak lelaki, mereka berpakat bersunat beramai-ramai

kerana diadakan kenduri selepas berkhatan. Bagi anak perempuan, sunat dilakukan

oleh bidan kampung. Selain itu, upacara ‘belah mulut’ turut dilakukan oleh bidan

kampung. Cincin akan digunakan untuk diletakkan di dalam mulut tidak kira cincin milik

ibu mahupun milik bidan diiringi bacaan tertentu yang diamalkan.

5.2.5   Adat Upacara Naik Buaian

Page 19: ETNIK BANJAR

Terdapat beberapa budaya yang masih diamalkan oleh orang Banjar pada masa

sekarang antaranya adalah upacara naik buaian. Walaupun tidaklah semeriah dengan

budaya asal namun pelaksanaannya masih dapat dilihat sehingga kini.

Antaranya adalah upacara naik buaian yang selalunya diadakan pada bulan

maulud ataupun pada Rabiulawal yang mana disertai dengan upacara berzanji dan

marhaban. Kelainannya upacara ini adalah mengikut jantina bayi tersebut. Jika bayi

tersebut adalah lelaki, mereka perlu dipakaikan dengan kain batik lepas dan dialas

dengan kain belacu yang dicelup dengan dua warna secara berselang-seli. Warna yang

digunakan adalah putih kemudian merah dan putih kembali. Bagi bayi perempuan pula

yang membezakannya adalah warna kain belacu yang bermula dengan merah dan

berselang-seli dengan putih dan kemudian merah.

            Upacara ini dilakukan tanpa upacara cukur jambul. Mereka hanya akan

membawa bayi tersebut mengelilingi buaian sebanyak tiga kali. Di tepi buaian itu

diletakkan sebuah bakul yang mengandungi segantang beras, satu gula kabong, sebiji

kelapa, sepiring pulut, sebiji telur rebus, dan dua batang lilin. Dua batang lilin tersebut

akan dinyalakan sambil berdoa supaya diterangkan hati secerah cahaya lilin tersebut.

            Selesai upacara, semua barang akan diserahkan kepada orang yang

meletakkan bayi ke dalam buaian. Pada tali buaian pula diikat makanan seperti tiga biji

ketupat nasi, tiga biji ketupat pulut, kuih cincin dan pisang dengan tujuan kehidupan

kanak-kanak tersebut akan menjadi semanis-manis makanan tersebut. Selesai sahaja

selawat makanan ini akan diserahkan kepada kanak-kanak yang datang melihat dan

memeriahkan majlis.

5.2.6   Budaya Bapukung           

Bagi masyarakat Banjar, budaya berendoi mereka unik sekali. Kedudukannya nampak

tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi.

Sebenarnya, budaya yang dinamakan ‘bapukung’ bukan sekadar untuk majlis cukur

jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini. Di mana sahaja, bayi

diletak dalam buaian dalam cara yang sama (rujuk gambar 10).

Page 20: ETNIK BANJAR

Gambar 10: menunjukkan budaya bapukung yang masih diamalkan.

Pelik melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian

tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain batik lain

yang menjerut badannya di bahagian atas (bahagian leher). Walaupun keadaan bayi

kelihatan amat menyeksakan, namun sebenarnya, keadaan sebegini menyebabkan

bayi tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat. Budaya bapukung

sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa dan dakapan kepada

bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa terganggu.

Menurut Asmah Ramli (2012) dalam rencana oleh Azrul Affandi Sobry, bayi

seawal usia sebulan sudah boleh dipukung. Bayi akan merasa lebih selesa berbanding

kaedah buaian yang biasa. Memang kelihatan seperti terseksa tapi sebaliknya bayi

lebih selesa dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih

boleh dipukung. Cara membalut bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan

bayi merasa seperti dalam rahim ibu. Biasanya, orang Banjar akan membuat satu

pondok kecil sekadar boleh memuatkan buaian bapukung dan sesuai dihayun ke depan

dan ke belakang (Asmah Ramli, 2012 dalam rencana ‘Bapukung Buai Bayi Tidur

Nyenyak, Selesa’ oleh Azrul Affandi Sobry).

Justeru, orang Banjar yang berkebun dahulu tidak ada masalah membawa anak

bersama ke kebun dengan menggunakan bapukung. Pada kebiasaannya, ketika

mendodoi anak dalam bapukung, ada nyanyian khusus yang digelar ‘dudoi lagu Banjar’.

Asmah Ramli (2012) mengatakan lagu yang dinyanyikan adalah seperti berikut,

“Yun ayun anakku ayun, ayun di dalam, dalam ayunan, lakas bakijim lakasi

guring, umak aur banyak gawian. Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. Yuna

dinana anakku guring, guring di dalam, dalam Bismillah, jauhi culas jauhkan kulir, kus

samangat hidup baiman”.

Page 21: ETNIK BANJAR

Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan

seperti buaian lain. Tidak sampai beberapa lama, matanya mula terpejam dan terlena.

Menurutnya lagi, jika dibiarkan begitu, bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi lagi.

Menurut temuramah yang telah dijalankan iaitu Encik Samsudin Bin Jilani

berumur 62 tahun pula, beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai masyarakat

Banjar, pukung adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang Banjar khususnya

bagi menidurkan bayi. Mereka akan membuat buaian menggunakan kain batik atau

pelikat. Buaian ini akan dipanggil ayunan.

Bayi akan diletakkan di dalam ayunan dengan cara bayi tersebut akan berada

dalam keadaan duduk dan kain tersebut akan diikat sehingga ke bahagian leher bayi

tersebut. Oleh itu, bayi yang berada dalam pukongan hanya akan menampakkan

kepala sahaja. Bayi yang berada dalam keadaan ini membolehkan mereka tertidur. Ini

merupakan salah satu cara yang berbeza daripada masyarakat lain bagi menidurkan

bayi.

5.2.7   Adat Upacara Kematian

Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih

mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai

budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai

pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk

bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian.

Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali

manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang menziarahi serta

membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh mereka akan

menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai , menyediakan gula waluh dan ayam

bapak. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat terbabit di akhirat kelak.

            Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang

bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali kuburdan

sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 oang jemaah

maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan

sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang. Untuk mengebumikan

jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain

usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat

daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut

sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu

mengingati arwah.

Page 22: ETNIK BANJAR

            Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan

kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia

isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Masyarakat Banjar

juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari pertama, kedua,

ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100. Setahun sekali juga

akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah.

5.3       Perubatan

Rencana oleh Azrul Affandi Sabry di dalam Berita Harian pada 13 Mac 2012 telah

memperjelaskan mengenai perubatan masyarakat Banjar. Walaupun pada masa

sekarang terdapat banyak kaedah perubatan moden, namun bagi masyarakat Banjar

mereka masih lagi menggunakan pengamal perubatan tradisional yang dulu menjadi

rujukan utama mereka. Oleh itu, masih terdapat lagi pengamal perubatan tradisional

yang menggunakan ayat al-Quran sebagai kaedah utamanya. Boleh dikatakan

kebanyakkan pengamal perubatan ini mewarisi kebolehan daripada generasi terawal

yang membawa bersama kemampuan mereka daripada Banjarmasin. Kemahiran ini

pula sukar dipelajari dan tidak pula menggunakan kaedah tertentu, namun sekadar

bacaan ayat al-Quran.

            Pengamal perubatan Fatimah Butit menceritakan penggunaan senjata seperti

keris juga adalah sebahagian amalan khusus yang diwarisi sebahagian orang Banjar.

Disebabkan 90 peratus daripada generasi pertama dahulu adalah orang yang hebat

dalam agama dan handal dalam perubatan serta amalan dalaman maka orang Banjar

ini terkenal dengan perubatan berasaskan Islam. Tidak ramai yang menggunakan

mantera untuk perubatan, sebaliknya semua adalah dari ayat al-Quran.

            Perubatan bagi orang Banjar pula tidak terhad kepada beberapa jenis penyakit

sahaja. Mereka boleh mengubati daripada demam, dirasuk sampailah kepada membuat

air selusuh untuk wanita mahu bersalin. Air penawar serta penerang hati juga mereka

boleh membuatnya. Jika menggunakan khidmat perubatan Banjar mereka tidak

menetapkan bayaran khas. Jika membawa secupak beras serta sebilah jarum juga

sudah memadai. Namun, perlu juga disertakan dengan duit 25 sen atau disebut suku.

Duit tersebut tidak kiralah diberi sebanyak RM25 sen atau RM1.25, RM10.25. Apa yang

penting adalah jumlah 25 sen di belakangnya. Tujuan diletakkan suku di belakang

adalah adalah amalan untuk melindungi bomoh tersebut. Hal ini kerana takut penyakit

itu akan berpindah ke tubuh bomoh. Suku ini berperanan sebagai pendinding.

5.4       Bahasa

Page 23: ETNIK BANJAR

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan sesetengah tempat

di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia. Bahasa

Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari Bahasa Melayu.

Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar

Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain.

Bahasa Banjar dihipotesakan sebagai bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa

Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu). Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh

bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak. Bahasa Banjar atau sering pula disebut

Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu:

      i.        Bahasa Banjar Hulu

    ii.        Bahasa Banjar Kuala

Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi yang

panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain

dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana yang lebih

dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut

"inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan

dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan.

Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/.

Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia

majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar yang

dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal usulnya di

Kalimantan Selatan.

Selain itu, menurut orang sumber yang kami temui, Encik Samsudin Bin Jilani (62

tahun), beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai masyarakat Banjar. Beliau

juga menambah bahawa kebanyakkan anak muda sekarang tidak mahir di dalam

bahasa banjar. Jika dibandingkan dengan masa dahulu mereka memang telah

mempelajari bahasa ini sejak kecil lagi manakala anak muda sekarang tidak terlalu

didedahkan dengan bahasa ini sehingga mereka tidak tahu untuk bertutur di dalam

bahasa ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa mereka telah berhijrah ke tempat

lain dan jarang menggunakan bahasa ini.

Namun begitu terdapat juga golongan muda yang boleh memahami bahasa banjar

ini tetapi tidak boleh menuturkannya. Hal ini juga telah diterbitkan di dalam akhbar Sinar

Harian pada 1 Jun 2010 yang bertajuk Belia Banjar Kurang Kuasai Bahasa iaitu

mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Banjar Malaysia

(PBM) Abdul Latif Datuk Masud hanya lebih kurang 60 peratus masyarakat Banjar yang

berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas sahaja yang dapat bertutur bahasa ini

dengan baik.

Page 24: ETNIK BANJAR

  

6.0       RUMUSAN

Sebagaiman yang boleh dilihat, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-

masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mendailing,

Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus

perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri.

Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila

mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun

apabila berlakunya perkahwinan campur.

Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar,

perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan

bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalaan adat resam

dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar

sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap

pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya

melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang

tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agama masih tetap

menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat diperhatikan

daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang

tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di

Selangor.

Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Banjar

sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan cara

hidupnya yang tersendiri. Namun yang sedemikian, kami percaya bahawa mereka tetap

berpijak pada bumi Malaysia dan sedia bersama-sama dalam membangunkan negara.

Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga

membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Maka,

kesedaran perlulah dipupuk bahawa etnik Banjar juga merupakan sebahagian daripada

rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.

RUJUKANa)    BUKU

Abdul Latiff Abu Bakar. (2001). Adat Melayu Serumpun. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya.

Abd. Rahman Hj. Abdullah. (1985). Adat Istiadat Dan Upacara Perkahwinan DaerahKalimantan Selatan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.

Page 25: ETNIK BANJAR

Dr. Omar Farouk Bajunid. (1989). Pengantar Kesenian Perak. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Habsah Bt Mohd Nordin & Zainal Jazlan. (2005) Istiadat Perkahwinan Melayu Perak. Ipoh: Sakan Multitrading.

Wan Maizura Wan Mahmud. (2007). Masyarakat Malaysia. Selangor: Pustaka Cahaya Intelek.

b)   ARTIKEL DALAM AKHBARAzrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Orang Banjar Warisi Darah Pejuang. Berita Harian, N8-N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Buat Tebuk Bina Kampung Sukar Jejaki Orang Luar. Berita Harian, N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Banjar Pakar dalam Sektor Pertanian. Berita Harian, N8-N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Bahasa Berbeza Dari Segi Slanga, Dialek, Kosa Kata.Berita Harian, N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Perubatan Banjar Guna Ayat Suci. Berita Harian, N8-N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Pantang Larang Wanita Hamil Seperti Orang Melayu. Berita Harian, N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak, Selesa. Berita Harian, N8-N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Tarian Masyarakat Banjar Lemah-Lembut. Berita Harian, N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 16). Budaya, Cara Hidup Banjar Unik. Berita Harian, N8-N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 16). Wadai Kepeng Dibuat Secara Bergotong-Royong.Berita Harian, N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 17). Pengantin 'Berpapai' Sebelum Naik Pelamin. Berita Harian, N8-N9.Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 17). Arus Kemodenan Antara Punca Adat Asal Terhakis.Berita Harian, N9

c)    LAMAN WEB Tiada penulis. Kulaan Banjar Kerian. https://www.facebook.com/pages/Kulaan- Banjar- Kerian/167420489940489. Dilayari pada 13 Mac 2012.Tiada penulis. (2011). Balongan Ahyam, Cenkarok Juadah Ramadan MasyarakatBanjar.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm&arc=hive. Dilayari pada 13 Mac 2012.