48
1.0 PENGENALAN Terdapat perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak, orang asli dan kaum kaum lain. Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang asli adalah merupakan masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik. Merekalah yang mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan negara kita. Mereka sering dilabel sebagai tidak bertamadun dan kuno serta sering ditindas oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai tamadun yang tersendiri dan hebat. Juga harus diingat, di dalam masyarakat mereka, tidak berlakunya perbuatan jahat dan keji seperti membunuh, merogol, mencuri, sumbang mahram, khianat dan lain-lain lagi sebagaimana yang dilakukan oleh kita, yang kononnya masyarakat bertamadun. Mereka berjaya membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera hasil daripada konsep pandang dunia dan pengukuhan sistem kepercayaan terhadap kuasa- kuasa ghaib. Masyarakat Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam semulajadi walaupun sudah, memasuki dunia moden. Adat dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini . Masyarakat Orang Asli terutamanya wanita, sememangnya mahir dalam menghasilkan kraftangan. Mereka begitu memanfaatkan segala bahan mentah yang ada di kawasan sekeliling, malah mereka kreatif dalam mengitar semula bahan terbuang. Antara yang menarik perhatian ialah cucuk sanggul dan sikat yang diperbuat daripada buluh, tikar dan bakul daripada daun mengkuang. 1

Etnik Semai Edu3106 2 345

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PPG

Citation preview

1.0 PENGENALAN

Terdapat perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak, orang asli dan kaumkaum lain.Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang asli adalah merupakan masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik. Merekalah yang mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan negara kita. Mereka sering dilabel sebagai tidak bertamadun dan kuno serta sering ditindas oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai tamadun yang tersendiri dan hebat. Juga harus diingat, di dalam masyarakat mereka, tidak berlakunya perbuatan jahat dan keji seperti membunuh, merogol, mencuri, sumbang mahram, khianat dan lain-lain lagi sebagaimana yang dilakukan oleh kita, yang kononnya masyarakat bertamadun. Mereka berjaya membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera hasil daripada konsep pandang dunia dan pengukuhan sistem kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Masyarakat Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam semulajadi walaupun sudah, memasuki dunia moden. Adat dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini . Masyarakat Orang Asli terutamanya wanita, sememangnya mahir dalam menghasilkan kraftangan. Mereka begitu memanfaatkan segala bahan mentah yang ada di kawasan sekeliling, malah mereka kreatif dalam mengitar semula bahan terbuang. Antara yang menarik perhatian ialah cucuk sanggul dan sikat yang diperbuat daripada buluh, tikar dan bakul daripada daun mengkuang. Masyarakat Senoi misalnya, mahir menghasilkan perhiasan wanita seperti gelang, anting-anting dan rantai leher, menggunakan biji benih daripada pokok Karyel (dalam bahasa Senoi).Masyarakat Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam semula jadi walaupun sudah, memasuki dunia moden. Adat dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini .Saya memfokuskan perbincangan ini kepada kumpulan masyarakat Orang Asli yang terbesar di Malaysia iaitu masyarakat Orang Asli Semai dari kumpulan Senoi.Orang semai adalah berasal dari kelompok Senoi. Kaum Semai terbentuk dari suku Hoabinhnian dan Neolitik. Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat .Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42 000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya .Secara amnya, mereka boleh ditemui di seluruh Semenanjung dan sempadan Malaysia / Utara Thailand hingga ke Selat Johor di selatan .Secara tradisi, masyaraka Semai menjalankan pertanian pindah (swidden farmes) Mereka tinggal menetap di sesuatu tempat, tetapi yang berpindah ialah kawasan pertanian.

2.0 ASPEK KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA ETNIK SEMAI2.1 Bangsa Suku Kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993, menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat.Sebuah kampung biasanya terdapat diantara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang di lantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

Pada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai sama seperti Orang Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin.

2.2 Struktur Masyarakat/ kelas sosialSemai merupakan masyarakat yang paling ramai populasinya di kalangan 18 kumpulan etnik Orang Asli .Kebanyakan mereka menetap di sekitar Banjaran Titiwangsa meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat .Kehidupan ekonomi mereka ialah berburu, mencari rotan serta buah-buahan hutan.Ketua keluarga atau orang tua dalam keluarga tersebut bangun lebih awal untuk menghidupkan api bagi memanaskan badan dan memasak makanan seperti merebus ubi kayu untuk bekalan ke ladang, ke rumah menuju ke destinasi masing-masing.Pada waktu petang sebelum senja, mereka berehat di rumah duduk berbual-bual tentang ladang, member dan sebagainya .Setengahnya membuat damak, mencuci buluh sumpit atau membuat persediaan peralatan untuk esok harinya. Walaubagaimanpun keadaan ini mungkin telah berubah mengikut peredaran masa. Kini ramai Kaum Semai yang telah bekerja dengan kerajaan, swasta dan berniaga seperti di kedai runcit dan kraftangan.a)Sejarah KedatanganMalaysia unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia. Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia juga dikenali dengan nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957. Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini.Terdapat 3 kumpulan besar bagi Suku Kaum Orang Asli iaitu Kumpulan Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Setiap kumpulan pula terdiri daripada 6 suku bangsa atau Etnik. Misalnya, Kumpulan Negrito terdiri dari suku bangsa Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, mendrij dan bateq.Suku bangsa atau Etnik Orang Asli berbeza dari asal usul sejarah kedatangan dan taburan penempatan mereka juga tidak sama. Daripada statistik tahun 2008 yang ditujukkan, bilangan Orang Asli banyak terdapat di Pahang, Perak dan diikuti oleh Selangor manakala Suku Bangsa Orang Asli yang paling ramai pula ialah suku bangsa Semai, Temiar, Jakun dan Temuan.Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa,meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau "Batin" yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.Lokasi Etnik Semai Di Malaysia SemaidiKampong Kuala Bot,Sungai Bot,Tapah,Perak SemaidiSuak Padi,Padang Changkat,Parit,Perak SemaidiChenderiang,Tapah,Perak Semaidi Batu 6, Batu 7 dan Batu 8 ,Batang Padang,Tapah SemaidiKampung Chinggung,Behrang Ulu,Perak SemaidiKampung Ulu Geruntum,Gopeng,Perak SemaidiKampung Batu Berangkai,Kampar,Perak Semaidi Kampung Orang AsliRedang Punggor,Hilir Perak. Semaidi Kawasan Bandar Runding,Tapah,Perak. . Semaidi Perkampungan diPerak Selatan SemaidiPos Gedong,Perak. SemaidiRancangan Penempatan Semula Betau,Kuala Lipis,Pahang. SemaidiSungai Ruil,Tanah Rata,Cameron Highland,Pahang Semaidi Kampung Harong, Kampung Jentil, Lanai, Kampung Pantos,Kuala Medang,Kuala Lipis,Pahang

b)EkonomiMemburu dan menangkap ikan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dilakukan kaum ini. Aktiviti memburu biasa dilakukan oleh lelaki sahaja.Peralatan memburu seperti buluh sumpit, jerat, belatik dan perangkap mudah diperolehi di hutan .Antara jenis-jenis binatang yang diburu ialah monyet, kera, babi hutan, burung, biawak, tupai dan binatang kecil yang lain. Ikan adalah sumber utama protein. Ia ditangkap dengan menggunakan lukah, kail, racun akar tuba, serampang, jaring, tuar dan juga dengan tangan. Pekerjaan ini dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan. Hasil seperti rotan, damar, buluh, cendana danga haru akan dijual. Mereka mengamalkan ekonomi tradisional berasaskan pertanian sara diri. Padi huma, sekoi, jagung, ubi kayu, pisang, keladi dan berbagai jenis sayur-sayuran seperti labu, kacang panjang, timun, kacang bendi adalah hasil tanaman mereka. Kaum Semai mengamalkan sistem bertukar-tukar makanan, perkhidmatan dan keperluan lain secara berkongsi. Tidak ada urusan jual beli dilakukan. Sistem ekonomi cara ini akan mengeratkan lagi silaturahim dan semangat setia kawan di samping mewujudkan kemesraaan di kalangan mereka.c)Cara hidupPada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai sama seperti Orang Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin.Ketua keluarga atau orang tua dalam keluarga tersebut bangun lebih awal untuk menghidupkan api bagi memanaskan badan dan memasak makanan seperti merebus ubi kayu untuk bekalan ke ladang, ke rumah menuju ke destinasi masing-masing. Pada waktu petang sebelum senja, mereka berehat di rumah duduk berbual-bual tentang ladang, member dan sebagainya.Setengahnya membuat damak, mencuci buluh sumpit atau membuat persediaan peralatan untuk esok harinya. Walau bagaimanpun keadaan ini mungkin telah berubah mengikut peredaran masa. Kini ramai Kaum Semai yang lemah bekerja dengan kerajaan, swasta dan berniaga seperti di kedai runcit dan kraftangan.

2.3 Kepercayaana) agama/ kepercayaanSuku Kaum Semai amat percayai kewujudan kuasa ghaib seperi kuasa:* Nyenang (Tuhan)* Nyanik (Tuhan dan Syaitan)2.3.1 Kuasa NyenangNyenang merupakan makhluk yang yang tidak dapat dilihat, disentuh atau sebagainya dan dipercayai wujud di kalangan Kaum Semai. Oleh kerana setiap keburukan dan kebaikan yang manusia lakukan pasti ada balasannya. Ianya dianggap sebagai makhluk yang teragung dari sekalian makhluk, mempunyai sifat pengasih, penyayang dan berkuasa. Orang Semai juga percaya bahawa semua kehidupan di dunia ini tertakluk di bawah kuasa Nyenang. Walaupun tidak diketahui di mana Nyenang berada tetapi tetap wujud menyebabkan kaun Semai takut untuk melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan tenghak (dosa) kerana yang bersalah akan menerima akibatnya dari Nyenang.2.3.2 NyanikNyanik amat ditakuti oleh Orang Asli kerana Nyanik dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu sakit dan boleh membawa maut, juga dipercayai simati akan menjadi makanan Nyanik kerana Nyanik adalah makhluk jahat. Terdapat banyak Nyanik dan di antaranya ialah:2.3.3 Nyanik KeramatDipercayai mempunyai kuasa di satu-satu daerah atau tempat. Nyanik Pechnoch dan Nyanik Ratah ada di bawah kuasa atau Pengawasannya. Orang Asli Semai sentiasa meminta pertolongan dan perlindungan keselamatan dari semua jenis wabak penyakit serta bencana alam. Permintaan ini dilakukan pada tiap-tiap tahun melalui pawang dimana upacara ini dinamakan gengulang.2.3.4 Nyanik Pechnoch (Penunggu)Dipercayai Nyanik ini menjadi Penunggu atau penghuni susuatu benda. Contohnya pokok besar dan rending. Pokok-pokok yang menjadi kegemaran Nyanik ialah Pulai, Gelutong, Jawi, Terap, Sena dan sebagainya. Manakala benda-benda yang lain ialah busut, lubuk, tasek,batu besar dan tinggi, gunung serta rumah yang ditinggalkan. Nyanik jenis ini dianggap sebagai penunggu manusia.2.3.5 Nyanik RatahTerdapat lima jenis Nyanik dalam Kumpulan Nyanik Ratah iaitu Kicmoc, Mai Berlag Mat, Mai Cereg Teg dan Mai Cereg Song. Nyanik-Nyanik ini suka menyakat atau mengganggu manusia terutama Nyanik Cereg Song.2.3.6 Nyanik KickmockNyanik ini bergerak waktu malam iaitu bermula di antara jam 8.00 malam hingga 5.00 pagi. Tempat kediamannya di kawasan perkuburan. Sebelum kemunculan dirinya ke penglihatan manusia, ia akan mengeluarkan bau yang wangi. Ia menjelma dengan hanya kelihatan manusia dan kadang kala kedengaran bunyi suara manusia yang parau dan kasar dari arah perkuburan. Menurut kepercayaan Orang Asli Semai, Nyanik ini berasal dari manusia yang telah meninggal dunia.2.3.6 Nyanik Mai Berlag MatIa akan menjelma menyerupai manusia (sedangkan orang itu telah meninggal) kecuali keadaan matanya yang berbeza. Ia tidak mempunyai anak mata kecuali mata putih sahaja. Nyanik ini tidak suka menyakat atau mengusik manusia kecuali manusia akan terkejut atau takut apabila terserempak apabila melihatnya. Ia berada di mana-mana sahaja. Ianya berjalan jika perlu ataupun pada masa-masa tertentu iaitu waktu malam ketika berlaku kematian dan di mana kematian seseorang merupakan makanannya. Salah satu sifat Nyanik ini yang aneh ialah membawa ambong (bakul) bakul yang terbalik ke bawah.2.3.7 JeetJeet berasal dari Kickmoch kerana umur Kickmoch terhad sehingga 50 tahun sahaja bermula dari kematian seseorang manusia. Apabila umur kickmoch mencapai 50 tahun, ia akan bertukar jadi Jeet. Ia bergerak di kawasan tanah perkuburan seseorang. Nyanik ini tidak mencederakan seseorang. Ia cuma memikul manusia yang masih hidup dan akan meninggalkan paring tersebut di atas kubur. Oleh kerana manusia takut kepada Nyanik maka apabila tersedar dan didapati dirinya berada di atas kubur maka manusa tersebut akan hilang semangat, demand dan seterusnya mati jika tidak mendapat rawatan pemulihan daripada bomoh2.3.8 Nyanik Mai Cereg SonNyanik Cereg Song ini suka menyanyi sama ada ianya berada di tengah tasek atau di atas pokok. Ia menjelma sebagai gadis cantik yang berambut panjang dan apabila menyakat atau mengusik manusia maka manusia tersebut akan menjadi gila dan gila tersebut amat sukar untuk diubati.2.3.9 Nyanik Cereg TegNyanik ini tinggal di atas pokok pulai, jelutong dan terap. Bentuknya menyerupai siamang, biji matanya berwarna merah terutama apabila terkena cahaya lampu. Ia mengusik atau menyakat mangsanya dengan cara menerkam atau menggoncang pokok tempat di mana di menumpang.Ia berbuat demikian supaya mangsanya kehilangan ruai (semangat).2.3.10 Mai Tepas (Orang Bunian)Mai Tepas merupakan makhluk halus yang mana walahnya menyerupi wajah manusia. Ia tinggal di bukit-bukit atau gunung-gunung di hutan atau pedalaman. Makhluk ini tinggal berkumpulan atau bermasyarakat. Walau bagaimanapun Mai Tepas ini amat sukar dilihat oleh orang biasa kecuali bomoh atau orang perseorangan yang kebiasaannya Orang Asli yang sering berburu atau mencari rotan di man bermalam di pedalaman dan terus mengikut makhluk tersebut dan menyebabkan ianya tersesat. Kesesatan tersebut disebabkan oleh ajakan makhluk halus tersebut. Ini menyebabkan orang berkenaan akan hilang terus masyarakatnya atau bila kembali ia akan hilang ingatan, letih lesu dan akhirnya sakit dan terus meninggal. Kejadian ini dipercayai ia telah dijadikan oleh makhluk tersebut sebagi ahli keluarganya. Mai Tepas tidak memakan manusia tetapi hanya memperdayakannya sahaja.2.3.11 LudatLudat tinggal di batu-batu, busut terutama di tempat tinggi dan sejuk. Seperti juga Mai Tepas ia tidak memakan manusia, ia sering merayau-rayau dalam hutan dengan membawa buluh sumpit. Ia mencari rezeki dengan menyumpit binatang-binatang atau kehidupan di atas pokok. Ia jarang sekali menyumpit atau memperdayakan manusia kecuali jika perlu, maka ia bergerak atau berjalan pada waktu siang2.3.12 GuningGuning bertuankan Mai Halaq (bomoh). Kebiasaan Guning adalah dari kumpulan Nyanik Ratah, Ludat, Mai Tepas dan lain-lain lagi. Peranan Guning untuk memujuk Nyanik yang menyebabkan manusia sakit. Guning boleh memulihkan orang sakit.Bagi Tok Halaq untuk mengubat pesakit, beliau memanggil Guningnya melalui Ramol (berbumbum). Penyakit penyakit yang boleh diubati oleh Guning ialah terkena sampuk, hilang semangat dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh Nyanik.

b) Pantang larangTerdapat berbagai pantang larang berbentuk ethos, mores dan folkways di kalangan masyarakat ini, yang turut membentuk keperibadian dan kehidupan sosial Semai. Umpamanya sewaktu nyaap (mambang kuning), masyarakat ini melarang anggota-anggotanya bersuka ria atau membuat bising di waktu ini. Larangan ini berkaitan dengan kepercayaan bahawa waktu senja bagi manusia adalah waktu pagi bagi nyaniik.Larangan yang sama dikenakan semasa ujan panas (hujan panas). Masyarakat ini dilarang bermain air hujan panas kerana mereka percaya air hujan panas merupakan air mata Nyaniik, khususnya kikmoij (hantu manusia). Selain itu, masyarakat ini juga mempercayai air hujan panas berasal daripada teguran ataupun pertanyaan kikmoij. Ahli masyarakat ini ditegah bermain air hujan panas kerana dengan berbuat demikian, orang tersebut akan terkena keteguran. Setiap teguran Nnyaniik akan menjadi penyakit kepada penyakit manusia.PANTANG LARANG PERUBATAN Perubatan yang dijalankan oleh bomoh atau Tok Halaq secara perubatan tradisonal terbahagi kepada tiga cara:* Jampi Serapah* Berkebut (Berbumbun)* Cara Bercagoh

PANTANG-LARANG DARI SEGI MAKANANOrang yang sedang menerima rawatan dari Tok Halaq harus mengikut pantang larang yang ditentukan olehnya seperti berikut:a. dilarang memakan ikan yang mempunyai sengat (berbisa)b. Dilarang memakan rusa, siamang, ayam denak, tenggiling dan sebagainya bergantung kepadapenyakit yang dihidapi dan mengikut pantang yang dikenakan oleh Tok Bomoh.c. Dilarang memakan kunyit, cabai, keladi dan makanan yang berwarna merah.Jika sekiranya ada pesakit yang melanggar pantang larang tersebut, ia akan memudaratkan pesakit dan akan berlaku Tekreg (Pecah Pantang) dan boleh membawa maut atau Tok Halaq sendiri akan ditimpa sakit yang teruk yang tidak dapat diubati.Semasa Tok Halaq memberi rawatan, orang luar dari rumah atau kampung berkenaan melawatnya kerana ini juga akan menimbulkan tetreg juga. Semasa rawatan sedang dijalankan pesakit tidak dibenarkan menerima rawatan dari Tok Halaq yang lain selagi Tok Halaq bekenaan belum selesai. Kepada pesakit yang menerima rawatan tidak dibenarkan membuat kerja-kerja harian kerana dikhuatiri tersentuh benda-benda yang dikirakan pantang. Pantang-pantang tersebut termasuk: i. Memasuki kain melalui kepala ii. Kepala terantuk kepada sesuatu objek. iii. Berdiang di bawah sinaran matahari atau api iv. Mengelakan diri terkejut atau terperanjat v. Mengelakan diri daripada luka berdarahvi. Mengelakan diri daripada memegang benda yang boleh mengeluarkan cahaya putih. Contohnya ubi kayu, melihat cermin dan sebagainya.Selain dari pesakit, orang lain juga dilarang melakukan kerja-kerja yang boleh memudaratkan pesakit contohnya:i. Jangan bisingii. Mengibas kainiii. Menghebah berita yang boleh mengejutkan atau memeranjatkan.LARANGAN SEMASA MEMBINA RUMAH BARUa. Kedudukan rumah dilarang menghala laluan matahari. Jika tidak mengikut peraturan tersebut penghuni rumah berkenaaan kelak akan selalu demam dan sakit.b. Dilarang membuat kerja-kerja memasang kerja-kerja memasang rumah di waktu senja dan pada hari-hari yang dianggap tidak baik iaitu bulan 15, 16 dan 17, dipercayai penghuni rumah berkenaan tidak tenteram dan aman.c. Kayu alang dan gelegar serta lain-lain pemasangan hendaklah dipotong mengikut segi rumah tersebut supaya tidak tertinggal lebihan kayu tersebut.d. Tiap-tiap pemasangan perabot atap, penutup gendang hendaklah dipasang pada hari yang sama.e. Sebelum rumah tersebut didiami, rumah tersebut ditepung tawar dahulu.f. Tetamu pertama yang datang secara bertandang ke rumah tersebut dari kampung/tempat lain dikehendaki bermalam di rumah tersebut, jika tidak ianya akan didenda.

PINDAH KE RUMAH BARUBila sesebuah keluarga pindah ke rumah baru, sedikit jamuan, upacara bersemah atau tepung tawar diadakan bertujuan untuk menjamu hantu-hantu atau makhluk yang halus. Jika tidak dilakukan, keluarga yang baru berpindah akan diganggu oleh hantu atau makhluk halus.PANTANG LARANG DALAM RUMAHa. Tidak boleh jatuh di dalam rumah yang sedang dalam pembinaan. Kalau jatuh, ini boleh mendatangkan sial atau kurang sihat penghuni rumah tersebut.b. Seseorang yang akan bermalam di rumah yang baru dibina eloklah bermalam sehingga 3 malam, jika kurang boleh mendatang perkara yang tidak baik kepada tuan rumah.c. Setiap rumah baru mesti diadakan kenduri atau ditepung tawar. Jika tidak melakukannya mungkin mendatangkan sial kepada penghuni rumah tersebut.d. Tidur boleh tidur atau pindah ke rumah masih belum siap dibina sepenuhnya, kanak-kanak juga dilarang menangis di rumah tersebut. Jika berlaku keadaan itu, rumah tersebut tidak akan membawa tuah kepada penghuninya.e. Sebelum rumah dibina, pawang atau bomoh akan menjampi kawasan tersebut untuk menghalau hantu-hantu akan mengganggu penghuni rumah tersebut.f. Bila rumah siap dibina, Tiang Seri rumah itu mesti dijampi dahulu oleh bomoh atau pawang. Tiang atau sudut rumah akan dipangkah dengan kapur atau bedak yang telah dijampi. Kalau tidak dilakukan, hantu-hantu akan mengganggu penghuni rumah tersebut.PANTANG SEMASA MEMBUAT LADANG BARUSemasa menjalankan pembukaan ladang baru, beberapa larangan perlu dipatuhi: a. Kerja-kerja harus dimulakan hari kelima, kerana hari lain dipercayai tidak baik dan dilarang sama sekali yong parong ini disebut pantang yong (parong).b. Setelah 3 hari memotong pokok, hari ke 4 kerja-kerja diberhentikan.Selepas direhatkan sehari iaitu hari kelima ia akan dimulakan kembali. Kaedah ini dipanggil Pantang Jex (Pantang Beliung).Perkara di atas dikenakan pantang kerana untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik, contohnya ditimpa pokok-pokok atau luka.Ketika penanaman dimulakan, beberapa pantang larang harus dipatuhi sehingga ke peringkat putus menuai.a. Dilarang mengubah atau mencabut kayu atau tanda-tanda yang dijadikan sempadan antara satu ladang dengan ladang yang lain. Jika ini dilakukan boleh mendatangkan penyakit dan ladang tersebut tidak mendatangkan hasil yang banyak.b. Setelah menugal tiga hari, hari keempat diberhentikan. Ianya digelar pantang Pandang Keneh (Kayu Tunggal).c. Pantang Keneh Neck (Kayu tunggal yang tidak baik) juga dilakukan pada hari keempat. Pantang ini diamalkan supaya ladang tersebut memberi hasil yang lumayan.KENDURI PADI BARUPantang ini diamalkan untuk menunjukkan terima kasih kepada semangat padi (Ruai Bag) kerana semangat tersebut telah memberi hasil yang lumayan. Jika sekiranya ada orang luar dari kampung tersebut, orang tersebut hendaklah turut serta sehingga selesai. Jika tidak ia akan didenda dengan istiadat mengikut tok pawang dengan memohon restu dari jembalang tanah bagi memulihkan semangat padi tersebut.a. Memuja semangat padi supaya rezeki pada tahun-tahun yang akan datang dapat memberi penghasilan yang lumayan.b. Manakala denda pulih Ruai Bag, supaya ladang-ladang yang akan datang, lumayan serta boleh Mendang Penyalut Koul (Sampul urat dan simpul biawak) akibat kemungkaran jembalang tanah dan boleh menjadi lumpuh.PANTANG SEMASA KELAHIRAN DAN MELAHIRKANa. Anak yang telah dimandikan akan dijampi dan ditinggalkan supaya tidak disampuk atau terkena sawan dan diganggu oleh hantu.b. Ibu yang baru bersalin dilarang memakan binatang-binatang dan lauk-lauk yang boleh menyebabkan anaknya terkena penyakit sawan kerana si ibu menyusu bayi tersebut.c. Bagi bayi yang baru lahir tidak dibenarkan memuji-muji tentang kegemukan dan kecantikan.- Dilarang meminta untuk dipelihara oleh orang lain. Jika ini berlaku ianya mestilah ditukarkan dengan benda yang lain, supaya semangat bayi tersebut tidak hilang.- Dibawah rumah sentiasa dihidupkan unggun api di mana tempat ibu bersalin.Ini mengelakkan hantu akan mengacau tempat dimana daerah dan air ketuban tumpah. Ini akan mengakibatkan bayi tersebut disampuk hantu dan sakit.PANTANG SEMASA KEMATIANa. Si mati disimpan sehari di rumah.Atas mayat diletakkan seketul bayu/benda yang berat bagi mengelakkan perutnya kembung- Hari seterusnya, unggun api dihidupkan untuk menyedarkan simati bahawa dia telah berada di alam lain.b. Hari keenam dipanggil alik palok (alih kayu yang bakar) yang mana roh simati tidak lagi berkeliaran.c. Hari ketujuh keluarga simati akan menambak dan memperkemaskan tanah kubur dan membuat kenduri.d. Tempat di mana simati meninggal dunia, diletakkan makanan dan minuman serta apa sahaja makanan kegemarannya sehingga hari keenam. Kubur etnik semaiSemasa dalam berpantang mereka ditegah:a. Bersukaria (menyanyi, bersiul, bersorak-sorak, menjerit dan sebagainya).b. Berpakaian cantik.c. Semua jenis kerja ditangguh.Berkabung menghormati simati dan rohnya oleh penduduk tempatan dan pelawat-pelawat yang ada di tempat tersebut.a. Barang dan alat simati-seperti pakaian, alat memburu - tidak boleh digunakan oleh orang lain kecuali harta atau pusaka peninggalan diberi dan dibahagi-bahagikan kepada kaum keluarga.b. Alat-alat pengebumian seperti cangkul, parang dan sebagainya tidak boleh dibawa naik terus ke rumah. Barang-barang itu hendaklah direndam dalam air selama satu malam sebelum dibawa naik.c. Orang yang pergi menanam tidak boleh naik turun rumah. Ianya mesti mandi dan pakaian yang dipakai semasa pengkebumian tidak boleh dibawa naik ke rumah. - Keliling rumah dan di kubur dipasang api selama seminggu. Di kubur apabila api genap seminggu dipaling puntungnya. Tujuannya roh akan pergi terus.Anak-anak si mati hendaklah ditangkal, ini pada yang belum dewasa. Dengan menconteng arang bertanda palang (+) di dahi dan di dada bertentang dengan jantung, di belakang tapak tangan dan di belakang tapak kaki.d. Pantang dan larang kepercayaan di atas adalah untuk mengelak hantu daripada mengikut balik ke rumah.PANTANG LARANG DALAM PEMAKANANa. Kebanyakan binatang-binatang hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama dengan binatang di air, seperti ikan dengan daging kerbau. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit demam kuning, keguguran rambut, batuk darah, sakit paru-paru, kayap dan kudis.b. Sisa-sisa makanan tidak boleh dibawa oleh binatang, semut tidak boleh ditanam atau dihanyutkan ke dalam air. Sebaliknya hendaklah dikumpul dan dibakar. Jika tidak, boleh mendapat penyakit dan kembung perut(busung).c. Semua air yang bertakung dalam tin, botol atau tunggul kayu tidak boleh diminum dilangkah atau didekati, jika dilakukan juga boleh menyebabkan penyakit busung.- Buah-buahan yang mana pokoknya tumbuh dibawah kayu teras atau yang berapit serta dahan atau batang bertakung air, tidak boleh dimakan.Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit.d. Mengeji dan mengata kepada benda makanan seperti ikan dikatakan babi dan lain-lain. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit atau kembung perut(busung) yang berpanjangan.

PANTANG LARANG SEMASA BERJALAN DI DALAM HUTANa. Tidak dibenarkan berjanji kerana jika sekiranya salah seorang tidak dapat pergi makna perjalanan tersebut seharusnya dibatalkan. Jika tidak yang pergi tersebut akan terkena Serenglog. Contohnya, kemungkinan digigit ular, ditimpa pokok, jatuh dan sebagainya.Dalam perjalanan tidak dibenarkan bercakap takbur dengan binatang-binatang buas.b. Pantang menunjuk dan menegur sesuatu yang ganjil. Orang asli sangat takut menunjuk atau menegur kepada sesuatu yang ganjil seperti melihat gua-gua besar, pokok-pokok yang menyerupai suatu bentuk binatang dan sebagainya. Akibat daripada menegur atau menunjuk seseorang itu boleh mendapat penyakit atau menjadi cacat pada dirinya.c. Ketawa pada benda-benda atau perbuatan yang menggelikan hati. Orang Asli sangat takut ketawa pada binatang, perlakuan yang boleh menggelikan seperti beruk dan juga manusia yang menyerupai dirinya atau bertopengkan jenaka, juga ketawa pada kupu-kupu dan cacing. Akibatnya dari melakukan perkara tersebut boleh mendatangkan petir dan rebut yang kuat serta banjir di tempat pantang larang yang tersebut.d. Dilarang menyebut binatang-binatang buas semasa di dalam perjalanan seperti harimau, gajah, buaya dan lain-lain lagi. Tetapi boleh disebut dengan nama samaran yang boleh disesuaikan dengan rupa bentuk binatang tersebut umpamanya harimau digelar pak belang.

2.4 Bahasa Bahasa digunakan oleh penuturnya untuk menyampaikan gagasan, buah fikiran dan perasaannya dalam berbagai-bagai situasi dan tujuan komunikatif. Penggunaan bahasa dengan pelbagai strategi ini telah menampakkan bermacam-macam nilai sosial dan kebudayaan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat bahasa itu. Dengan ini (Bush, 1973; Clore, Ortony, & Foss,1987; Davitz, 1969; Johnson-Laird &Oatley, 1989; Ortony, Clore, & Collins, 1988; Ortony, Clore, & Foss, 1987, dan Fussel, 2002; dalam Bahren Umar Siregar, 2010) menyatakan bahawa semua bahasa di dunia ini mempunyai berbagai-bagai strategi verbal untuk menyampaikan buah fikiran dan emosi penuturnya. Oleh itu, corak dan bentuk sesuatu bahasa itu bergantung kepadas iapa yang menuturkannya dan dalam suasana mana bahasa itu digunakan (Nik Safiah Karim, 1992).Suku kaum terbesar bilangannya ialah suku kaum Semai yang tergolong dalam kelompok Senoi dengan jumlah 42,383 orang atau 30% daripada jumlah keseluruhan Orang Asli di negara ini. Sukatan Pelajaran Bahasa Semai sekolah rendah adalah sukatan pelajaran bahasa tambahan dan merupakan salah satu mata pelajaran bahasa etnik Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam tafsiran Akta Pendidikan Negara. Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang dapat berkomunikasi dengan berkesan untuk menghasilkan budaya dan warisan Semai di Semenanjung Malaysia.Contoh bahasa suku semai: Saya = eng Makan = Cak Minum = Ngaut Mandi = Mehmu Bersih = Parlain Bagus = Bor Ayam = Bafung/Fung Beras = Cengroy Cendawan = Cenai Jalek = Kenapa Rahalook = Bagaimana

Sukatan Pelajaran Bahasa Semai KBSRIPEMULARasionalSenukat Pelajaran Bahasa Sema ibis ediehopand uann ucikgu de kiajar mate pelajaran Bahasa Semai kuulah.Senukatpelajaranadehmulabigunaku Tahut 3 sekulah rendah lei Tahut 6. Mate pelajaran Bahasa Semai berupa matepelajaran BahasaTambahan pelajarku sekulah.Senukat pelajaranBahasaSemaiadehbibahagi

2.5 Adat Resama) Adat perkahwinanKelayakan umur minima untuk berkahwin bagi lelaki adalah 21 tahun dan 18 tahun bagi perempuan. Kebiasaannya mereka akan memilih pasangannya sendiri atau pilihan keluarga. Terdapat pelbagai proses sebalum perkahwinan berlangsung iaitu:

a) Adat Merisikb) Adat Meminangc) Tanggung Nafkahd) Semasa Bertunange) Hari Berkahwin Keberangkatan Pengantin Lelaki Ke Rumah Pengantin Perempuan Istiadat Berarak Merenjis Atau Menabur Bertih Memohon Tanda Upacara Bersandingf) Menyembah (Menerima Nasihat)g) Upacara PenyatuanADAT MERISIK Setelah kedua-dua pihak setuju untuk berkahwin, mereka akan ditemukan dalam satu pakatan sulit antara pihak lelaki dan perempuan.

ADAT MEMINANG Pihak lelaki akan menghantar alat adat meminang kepada pihak perempuan. Alat-alat berkenaan adalah seperti berikut:-Sebutan adatalat/banyaknya

Salin tigaSepasang persalinanpakaian pengantin perempuan

Warnasebarangan tanpa corak

Belanja tubuhRM60.25

SelendangSehelai

Cincin PerakSebentuk

Sirih pinangSetepak

TANGGUNG NAFKAH Ketika dalam tempoh pertunangan, pihak ellaki dikenakan Tanggung Nafkah bakal pengantin perempuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan dipersetujui bersama iaitu wang tunai sebanyak RM15 x sebulan.Jika dalam bentuk barang, barang-barang hendaklah dihantar ke rumah pengantin perempuan.

BERTUNANG Pihak lelaki dikehendaki menyediakan alat-alat seperti satu set alat tidur,sepasang persalinan pakaian pengantin berwarna tanpa corak dan sepasang kasut pengantin perempuan. Pihak lelaki juga dikehendaki membuat persiapan diri dengan menyiapkan sebuah kopiah,sehelai kain selempang dada, sepasang pakaian Melayu dan sepasang kasut.

HARI BERKAHWINSebelum bersanding kedua-dua pengantin dikehendaki melakukan adat-adat iaitu berinai, bergandik bagi pengantin perempuan,gunting rambut bagi pengantin lelaki, dan wajib mandi limau dan dijampi bagi mengelakkan malapetaka.Selepas itu, kedua-dua pengantin akan dihias dengan pakaian cantik.Pengantin perempuan akan memakai pakaian salin tiga yang telah dosediakan oleh pihak lelaki.Keberangkatan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan :Istiadat berarak- Pengantin lelaki diapit oleh ibu wali dan waris-waris diarak berjalan kaki ke rumah pengantin perempuan. Jika pengantin lelaki berketurunan anak penghulu atau tok batin, dia akan dijulang hingga ke rumah pengantin perempuan. Ia diiringi muzik biola, paluan rebana,gong dan mereka berbalas pantun. Sementara itu, pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki di atas pelamin.Merenjis atau menabur bertih- Setibanya pengantin lelaki di muka pintu,sebelum dibenarkan naik tangga, air direnjis di atas daun pisang dan bertih ditabur. Pengiring-pengiring dengan serentak menyebut selamat kepada pengantin lelaki sebanyak tiga kali.Memohon tanda- Ibu Mas Wali akan memeohon Tanda sebagai kebenaran masuk ke perkarangan pelamin. Kebenaran hanya diberi setelah permohonan dibuat sebanyak tiga kali. Permohonan tersebut kadang kala dalam bentuk pantun. Ibu Wali dan rombongannya memberi tanda sebilah keris sebagai tanda bahawa yang diarak masuk itu adalah pengantin lelaki yang sebenarnya.Bersanding- Selepas menerima tanda masuk, Mas Wali akan membuka tirai di mana pengantin perempuan sedang menunggu di atas pelamin. Pengantin lelaki yang diiringi oleh pengapit-pengapitnya dibawa duduk di sisi sebelah kanan pengantin perempuan. Istiadat menyuap Nasi Kunyit atau Nasi damai dan makan sirih disempurnakan. Upacara ini disaksikan oleh kedua-dua belah wali dan saudara mara terdekat.- Kedua-dua mempelai akan meneruskan persandingan di halaman rumah untuk memenuhi permintaan ramai yang belum puas menatap wajah pengantin.

MENYEMBAH (MENERIMA NASIHAT)Kedua-dua pengantin dibawa naik ke rumah dan melakukan istiadat menyembah wali wakil,ibu bapa mertua dan waris-waris. Di sini akan berlakunya pengishtiharan adat resam nikah kahwin. Nasihat-nasihat tentang kerukunan hidup berumah tangga di lakukan oleh mereka.

b)Upacara kematianApabila terdapat kematian di sesebuah kampung, biasanya sanak saudara jauh dan dekat akan diberitahu. Penduduk tempatan akan menziarahi dan membantu upacara pengkebumian. Ahli masyarakat akan menangguhkan semua kegiatan harian mereka kerana dikhuatiri roh simati akan marah atau menegurnya dan akibatnya orang yang terlibat akan ditimpa malang. Kebiasaannya mayat tidak kebumikan pada hari kematian dengan itu tujuan memberi peluang kepada saudara mara simati yang jauh datang memberi penghormatan terakhir.

Pada malam tersebut penduduk kampung akan berjaga di rumah simati sehingga pagi untuk mengelakkan mayat tersebut daripada diganggu oleh hantu atau dilangkah oleh kucing kerana dipercayai boleh menyebabkan mayat tersebut bangun dan mengacau. Api akan dinyalakan di sekeliling rumah untuk mengelak atau menghalau hantu yang menyebabkan kematian itu. Kanak-kanak akan ditangkalkan dengan menconteng arang di kedua-dua belah kening atau kedua-dua belah tapak kaki dan juga pada daun-daun yang dipercayai ditakuti oleh hantu.

Sebelum upacara pengkebumian, mayat tersebut akan dimandikan dan dibungkus dengan kain baru atau kain putih dan seterusnya dibungkus dengan tikar, diikat kemas-kemas supaya senang diusung. Liang lahad digali sedalam 1 meter. Mayat dimasukkan ke dalam liang lahad. Sebelum di kambus, tiga kepal tanah bercampur arang yang telah dijampi akan diletakkan di kedua-dua belah telinga dan bahagian dada untuk memutuskan hubungan si mati dengan keluarganya. Jika tidak, keluarga yang hidup akan jatuh sakit dan boleh membawa mati.Setelah dikambus, kayu yang diukir (ala kadar) dicacak di atas kubur sebagai penanda dan diikuti dengan upacara meletakkan makanan, minuman dan rokok yang telah dinyalakan diatas kubur selama enam hari berturut-turut.

Pada hari keenam, kayu yang telah dibakar akan dialih untuk memberitahu simati bahawa dia sudah berada di alam lain. Upacara ini dilakukan dalam rumah simati. Setelah masuk hari ketujuh, keluarga serta penduduk kampung akan bergotong-royong menambak atau memadatkan tanah kubur tersebut agar tidak jerlus. Penanda sementara tadi diganti dengan batu nisan yang kekal. Sebelum meninggalkan kubur, makanan, minuman dan rokok akan dilekatkan diatas kubur berkenaan. Salah seorang ahli keluarganya akan memegang batu nisan serta memanggil nama simati seolah-olah menggerakkannya untuk menjamu makanan dan minuman, di samping berpesan bahawa perjalanannya ke alam lain adalah selamat dan memohon supaya tidak mengganggu ahli keluarga yang masih hidup.

2.6 Kebudayaan/Keseniana)TarianTarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli yang masih kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah hiburan utama di kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. lagu-lagu tarian sewang ini berbentuk kegembiraan atau hiburan. Di Semenanjung Malaysia tarian bagi tujuan seperti ini kebiasaannya diamalkan oleh masyarakat orang Asli iaitu tarian sewang. Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu, iaitu untuk kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru. Kedua, untuk menandakan tamat tempoh berkabung dan ketiga bagi tujuan mengiringi pengubatan tradisional.Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang Asli yang masih kekal diamalkan dan dipertahankan hingga sekarang. Tarian sewang dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini biasanya diketuai oleh Tok Halak dan lima hingga sepuluh orang penari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Selain itu, terdapat enam orang pemuzik iaitu lima orang pemukul centung (buluh yang berukuran berbeza) dan seorang pemukul gong. Sambil bersahut-sahutan beramai-ramai, penari perempuan mengetuk buluh centung ke atas buluh panjang atau kayu keras yang padat bagi mengeluarkan bunyi nyaring.Tarian ini biasanya dilakukan dalam empat formasi yang berbeza bergantung kepada fungsi tarian tersebut. Antaranya tarian secara berbaris iaitu penari-penari berada dalam satu barisan sambil menari. Bentuk seterusnya ialah bulatan iaitu penari berada dalam bulatan sambil berjalan berpusing mengikut arah jam atau lawan jam. Selain itu tarian ini juga dilakukan secara berpasangan antara lelaki dan perempuan yang kadang kalanya berpegangan tangan. Manakala formasi keempat ialah tarian secara beramai-ramai. Tarian sewang untuk tujuan kegembiraan kebiasaannya diadakan setelah upacara menuaipadi, menyambut kepulangan anak yang bekerja di perantauan, menyambut kedatangan tahun baru, perkahwinan atau apa sahaja yang difikirkan dapat memberi kegembiraan di dalam kampung. Manakala sewang untuk perubatan dijalankan pada waktu malam selama enam hari berturut-turut. Semasa sewang perubatan dijalankan, orang luar tidak dibenarkan naik ke rumah tempat tarian diadakan sehingga tarian selesai.Tarian sewang bertujuan untuk kegembiraan yang dipersembahkan oleh masyarakat orang Asli kaum Semai di Kampung Lenjang dan Kampung Titom, Kuala Lipis, Pahang.

b)lagu-lagu Tarian Sewang

Lagu 1 Kok GagekMari Cepat Kok gagek hek kok gagek mari cepat, hei mari cepatde ga araq har wes dekjangan terlupa rumah Kok gagek hek kok gagek mari cepat hei mari cepatde ga araq har ladui jangan terlewat hari dah petangga gaduh hek ga gaduh jangan gopoh hai jangan gopohpek berapak har hanloi dah dekat tempat yang dituju Bernorlah bungak deh benarlah cantiknya bunga inide bigui ku danos berjalan melintasi titi perintah tuhan hik mengikut perintah tuhanharapan hik senoi berharap pada pada tuhan Bernorlah bungak deh benarlah cantiknya bunga ini de bigui ku danos berjalan melintasi titi perintah tuhan hik mengikut perintah tuhanharapan hik senoi... harapan kita pada tuhan

Lagu 2 Seribu AmpunSeribu AmpunTabik ampun memohon kebenaranseribu ampun untuk banyak-banyak kebenaranan laluk mong ma juntumpang lalu pada orang tuaSelak liaq daun buluhselak penacek daun kepayang eng gu kek hek s aya selalu cari awakeng gu riak saya selalu rinduSelak gagdaun keladiselak kelapa daun kelapamong harik ada masa nantihar ha bah leh kita berjumpaSelak liaqdaun buluhselak penacek daun kepayangeng gu kek hek saya selalu cari awakeng gu riak saya selalu rindu

Lagu 3Panas Siang Panas SiangPanas siangPanas siangpanas malam panas malamdatang ha ilui ninendatang orang yang sama jugaJar abeh jar berbilang saya dan ayah berkira hari-hariHari Isnin hari Isninhari Selasa hari Selasahari Rabu hari Rabuhari Khamis hari Khamis Panas panas panas panas Panas panas panas panashati jar abek dia dan ayahnya berpakathilir Kuala Merdanghilir ke Kuala Merdangbeli ikan sekilo saje beli ikan sekilo sahajadi kedai pak alang di kedai Pak AlangHari Jumaat hari Jumaathari Sabtu hari Sabtu hari Ahadhari Ahadberehat di dalam rumah berehat di dalam rumahsudah dapat dibeli barang kerana sudah ada barang makan

Kumpulan Muzik Etnik Semai

c)permainanKercangadalah sejenis alat permainan tradisiMelayulama. Alat permainan ini biasanya diperbuat darirotanyang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling Contoh Permainanmudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan seterusnya.Permainan ini adalah popular dikalanganorang aslidanorang Melayuyang tinggal di sekitar dan di sekeliling hutan Endau Rompin pada suatu masa dahulu. Tapi kini masyarakat Melayu telah melupainya dan hanya dimainkan sekali-sekala dikalangan orang asli apabila ada pelawat luar sebagai pertunjukan.

d) Kraf tanganOrang Asli suku Semai ini menghasilkan produk kraf yang diperbuat daripada buluh, rotan dan kulit kayu seperti sumpit, bubu buluh dan seruling..e) pakaianEtnik Semai yang dahulu dikenali sebagai sukuKercang ini juga menghasilkan pakaian daripada kulit kayu yang sering digunakan dalam upacara tarian Sewang.

2.7 PerayaanKaum Semai mempunyai hari perayaan sendiri seperti Hari Genggulang/ Menyambut Tahun Baru, Hari Menuai atau Menggulung dan Hari Membuka Ladang Baru.a) Hari GenggulangKebiasaannya disambut oleh Suku Kaum Semai yang tinggal di kawasan Perak Tengah, Hilir Perak dan Selatan Perak pada akhir tahun iaitu akhir bulan Disember atau di awal tahun pada bulan Januari atau Februari. Ia merupakan upacara tahunan yang paling meriah dan penuh tradisi. Mengikut kepercayaan turun-temurun Suku Kaum Semai, Hari Genggulang diadakan untuk kesejahteraan dan keselamatan kampung. Namun begitu pada masa kini upacara tersebut sudah beransur berubah mengikut peredaran masa.Perayaan dimulakan oleh pawang atau bomoh dengan mentera dan jampi, cenagoh untuk memanggil roh, keramat dan penunggu yang dipercayai wujud sejak zaman nenek moyang mereka. Pawang atau bomoh akan melaksanakan upacara tersebut di balei (rumah pemujaan) yang telah disediakan dalam satu kawasan khas. Balei ini dihias dengan anyaman daun serdang, mengkuang hutan, bunga-bungaan dan lain-lain. Di hadapan Balei terdapat dua buah sangkak di mana di kiri kanannya diisi dihidang dengan jamuan hantu yang mengandungi pulut, wajik periong (sejenis makanan seperti gulai bercampur sayur ubi, keledek, keladi, labu dan abu, pulut kuning dan telur ayam yang sedang diram dan berdarah di dalamnya). Setelah selesai upacara di balei, tok pawang akan mengikat pantang.Kemuncak upacara adalah di mana setiap penduduk mengadakan kenduri di rumah masing-masing dan orang ramai dipelawa sama. Untuk meriahkan lagi perayaan itu, ia disambut dengan joget orang asli atau Modek dan di setengah tempat mereka menggunakan muzik pengiring. Upacara ini biasanya berlarutan hingga ke pagi hari.

b) Menuai Dan Menyulung TahunSuku Kaum Semai menyambut hari menuai padi dengan mengadakan kenduri pada hari pertama padi dituai. Hari itu merupakan hari yang paling sibuk kerana setiap orang menjalankan berbagai-bagai aktiviti seperti menangkap ikan, memburu, mengutip sayur, menuai dan menumbuk padi sebagai persediaan untuk kenduri besar.

c) Membuka Ladang Baru

Membuat ladang merupakan tugas yang mesti dilakukan oleh Orang Asli kerana ia adalah punca pendapatan mereka. Setiap tahun mereka akan membuka ladang baru untuk mendapatkan makanan. Mengikut kepercayaan setiap hutan tebal, gunung, gaung, bukit, dan anak sungai ada keramat dan penunggu yang boleh mendapatkan bencana atau bala. Oleh itu untuk keselamatan diri dan tapak ladang, mereka akan mengadakan kenduri sebagai menjamu penunggu atau keramat di daerah itu. Kenduri ini biasanya diiringi oleh sewang diwaktu malam hingga ke siang hari.

3.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA ETNIK SEMAI DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH

3.1 Guru Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid kaum semai ini tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang contohnya etnik semai ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.

Guru juga perlu menganalisis latar belakang murid-muridnya yang terdiri daripada pelbagai etnik ontohnya orang asli atau orang asal seperti etnik semai sebelum merancang pengajaran. Hal ini kerana, apabila terdapat etnik semai yang juga merupakan orang asli sebagai minoriti di dalam sesebuah kelas, pastinya akan berlaku sikap perkauman dan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pembelajaran mereka. Oleh itu pemahaman yang mendalam tentang kepelbagaian pelajar bukan hanya dilihat dari aspek pembelajaran malah daripada aspek budaya, etnik, bangsa, agama dan sebagainya.Guru juga digalakkan mempelajari kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa mengikut etnik yang ada dalam bilik darjah.

Guru juga harus mengurangkan bahasa dialek mana-mana etnik dan menggunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, terdapat beberapa orang murid dari orang asli atau orang asal etnik semai yang kurang fasih menggunakan bahasa standard. Oleh itu, guru perlu memahami masalah mereka dan memberi bimbingan serta perhatian yang lebih kepada mereka, jika tidak besar kemungkinan mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran dan keciciran.Guru tidak seharusnya menggunakan latar belakang murid untuk mengesahkan generalisasi dan perlabelan kepada murid. Guru seharusnya menggunakan maklumat latar belakang murid untuk memahami tingkah laku murid dan luahan perasaan yang banyak dipengaruhi oleh persekitarannya.Apabila guru memahami situasi murid dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap murid dalam etnik ini. Guru perlu mengelakkan diskriminasi dan memberikan layanan yang adil bagi setiap murid.Pembelajaran yang berkesan yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan tahun. Guru tidak seharusnya mengganggap semua pelajar boleh belajar melalui cara yan sama Pendidikan yan saksama bukan bermakna sistem penyampaian yang sama digunakan untuk semua pelajar.Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung.Kumpulan etnik yang bebeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.Tugas guru adalah mengajar dan melaksanakan kurikulum formaltetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan didalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Guru juga perlu sedar bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan kelas sosial,jantina ataupun bangsa .Guru juga perlu berubah sikap dan pandangan terhadap pelajar dan mengelakan amalam diskriminasi. Tugas untuk menyediakan P&P yan selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar.Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Sesebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minoriti, pelajar minoriti mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada unsur-unsur budaya etnik dalam sumber pembelajaran.Guru juga perlu berhati-hati dalam memilih sumber pembelajaran yang sesuai. Guru hendaklah mengelakkan unsur-unsur negetif dan sensitif bagi mana-mana etnik.Menghormati adat resam, kepercayaan dan amalan ritual pelbagai etnik di Malaysia perlu diberikan perhatian oleh semua guru. Penggunaan bahasa yang menyentuh sesitiviti kaum dan etnik boleh membawa kepada salah faham. Jesteru pemilihan bentuk bahasa dan istilah yang dapat diterima, tidak bais dan prejudis perlu diutamakan.

3.2MuridMurid beretnik semai atau orang asli ini harus pandai bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini dapat direalisasikan sekiranya murid ini dapat membuang sikap prejudis terhadap latar belakang murid lain dan berinteraksi di antara satu sama lain. Mahu tidak mahu, murid etnik semai perlu meneruskan pembelajaran mereka bersama-sama selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat. Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan murid etnik semai terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.Gollnick dan Chin (1990) berpendapat Culture provides the blueprints that detemine the way an individual thinks. Feel and behave in society,.Dalam sesebuah kelas yang terdapat pelbagai etnik dan budaya komunikasi atau perbualan dalam dailek yang sama adalah perlu untuk mengelakan salah faham.Selain itu, pelajar yang berbeza budaya atau etnik perlu mempelajari budaya etnik lain. Pelajar juga boleh menguasai bahasa ibunda etnik lain.Pelajar yang menguasai lebih bahasa, akan mudah menguasai pembelajaran. Sekira sebaliknya pelajar itu akan ketinggalan kerana kurang faham bahan yang dibaa dan penerangan yang disampaikan oleh guru.Pemahaman dan kesedaran budaya lain boleh dipelajari dengan bergaul dengan pelbagai etnik. Etnik semai yang merupakan etnik minoriti dalam sesebuah sekolah perlu menyesuaikan diri dengan etnik lain agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Pelajar yang belajar dalam sesebuah sekolah yang pelbagai etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam,pandangan dan cara berfikir kaum etnik yan berbeza sama ada secara sedar atau tidak ataupun sebaliknya.Pelajar akan belajar bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan harian pada masa formal atau tidak formal.Pelajar yang terdiri daripada pelbagai kelas sosial contohnya rendah, sederhana atau tinggi mengikut taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Contohnya sekiranya pelajar dalam kelas sosioekonomi yang rendah pastinya tidak atau menghadapi masalah dalam pergaulan. Sekiranya pelajar dalam kelas sosial yang berbeza , belajar dalam kelas yang sama hendaklah menghormati antara satu sama lain.hasilnya walau apapun asal kita , kita perlulah saling menerima dan belajar bersama tanpa ada sekatan budaya.Setiap budaya mempunyai gaya atau cara tersendiri dalam pendekatan menyeleaikan tugasan. Pelajar perlu berusaha menyiapkan tugasan tanpa mengira pandangan atau kepentingan etnik lain dan bekerja dalam satu pasukan untuk selesaikan tugasan yan diberikan.Pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan amalan budaya perlu menyelasaikannya dengan rasa tanggunjawab bersama.Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses P&P dan seharusnya pelajar menyesaikan gaya belajar agar tidak ketinggalan dan salah menerima maklumat dalam P&P.

3.3SekolahKomposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat.Budaya yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Ianya bergantung kepada kecekapan sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing.Amalan dalam sistem persekolahan di malaysia menjurus ke arah sistem berpusat namun pelaksanaanya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza. Budaya sekolah juga berbeza memandangkan warga sekolah terdiri daripada kaum etnik yang tertentu. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada amalan etnik majoriti etnik tertentu. Pelajar dan guru contohnya di sekolah Tamil yang terdiri daripada pelbagai kaum contohnya malayali, tamil, gujerati dan sikh. Begitu juga bagi sekolah SJK Cina, sukuan seperti Hokien,Kantonis dan Hakka akan membawa dialek dan budaya etnik yang berbeza.Kepelbagaian sosiobudaya juga dapat dilihat daripada segi kelas sosial dan amalan adat resam serta kepercayaan agama.Bagi etnik semai yang belajar di sekolah kebangsaan, mereka perlu bekerjasama,fokus dan bermatlamat yang sememangnya menjadi pegangan warga sekolah.

4.0CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

4.1 GuruKebiasaannya pergaduhan berpunca dari sikap ego etnik majoriti di sesebuah sekolah. Jika etnik semai yang menjadi golongan majoriti, guru perlu menerangkan kepada mereka mengenai perlunya menghormati budaya dan kepercayaan etnik lain dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, guru perlu bijak memilih aktiviti pembelajaran supaya sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama bagi memupuk persefahaman dalam kalangan mereka.Kesan kepelbagaian sosio budaya dalam bilik darjah banyak memberikan cabaran kepada guru dalam memastikan objektif pembelajaran mereka tercapai khususnya bagi murid-murid dari etnik semai. Justeru, cadangan pertama yang boleh dilakukan ialah guru hendaklah bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid dari etnik semai dengan murid yang berlainan latar belakang dan berbeza etnik serta budayanya. Sebagai contoh, apabila murid-murid terdedah dengan budaya sosial di sekolah, guru perlu menghalang mana-mana aktiviti yang dilihat negatif seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain. Satu strategi p&p menggunakan Kaedah pembelajaran koperatif. Me lalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya kumpulan etnik yang berbeza dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.Kaedah P&P seperti kaedah sumbang saran iaitu pembelajaran konstruktivisme yang mementingkan pembelajaran yang aktif.Pelaksanaan pembelajaran aktif dengan membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil dan pelajar boleh berinteraksi serta belajar secara harmoni dengan perkongsian idea atau maklumat. Mengikut Orlich (2007) kaedah sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan dalam memperoleh pembelajaran yan diingini.Setiap ahli digalakkan untuk memberikan untuk memberikan idea dan idea itu akan di kaji dengan teliti. Sumbang saran bertujuan melatih pelajar mengemukakan idea atau pandangan yang bernas.Guru juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengemukakan pendapat di hadapan pelajar lain dan memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain. Ianya juga dapat memupuk sifat-sifat sosial seperti kerjasama, bantu-membantu dana menghormati pandangan oran lain. Ianya juga dapat menggalakkan perkembangan mental pelajar.Teknik atau kaedah bercerita juga boleh digunakan untuk mencernakan daya kreativiti pelajar.Teknik ini bertujuan untuk dapat mencernakan daya kreativiti pelajar serta imaginasi selain melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan. Pelajar dilatih untk mengenali masyarakat sekitar dan kehidupan berdasarkan cerita yan di dengar. Pelajar dapat memperluaskan pengalaman dan enetahuan dalam pelbagai bidang.Mengikut Gauthier (2001)Kaedah perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Dengan perbincangan pelajar dapat berinteraksi secara bermakna pelbagai pertukaran idea dengan pelajar. Walaupun terdapat pelbagai etnik dalam kelas , dengan kaedah ini ianya boleh meningkatkan kemahiran pertuturan dan pemikiran pelajar.

4.2 Murid

Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi, muridetniksemaiini dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerap kali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Factor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkah laku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran.Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleren kea rah memacu pembangunan Negara.Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut mengikut hendaklah diabaikan. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa standard. Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai.Aktiviti bercorak peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang oleh guru. Bercakap denga bahasa yang lembut dan bersopan,meniru dan membetulkan kesilapan dengan cara yang berrthemah.Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan yang penting kea rah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunanaan alat-alat tetentu seperti computer, telefon dan sebagainya.Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Gurumesti menggunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi berkesan.Murid biasanya akan terpengaruh dengan dengan tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional. Guru perlu mengadakan program-program yang berrtujuan untuk membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkah laku negative.Murid biasanya suka budaya belajar yang ceria, menyoronokkan,meningkatkan kecerdasan mental,kreatif dan inovatif serta bermatlamat. Guru diperlukan untukmembentukbudaya bilik darjah yang dinamik,mementingkan aspek nilai-nilaimurni,hubungan yang mesra sesame murid dan guru.Murid sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta arakan sebaya,tahap disiplin yang terklawal melalui tindakan yang berhemah dan terbsik untuk mengembangkan potensi diri kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti.

4.3 SekolahPada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistema pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK,SJKC,SJKT. Pada peringkat menengah terdapat SMK harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama penuh, Sekolah menengah Teknik dan SMK Agama.Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosio budaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekoilah.Program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah saatu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.Sekolah wawasan yang ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalamkalangan murid diserkolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain. Kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid Melayu,Cina dan India serta kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal lagi, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan intergasi antara kaum sejak kecil iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan mereka kerana kanak-kanak mudah dilentur.

5.0 KESIMPULANEtnik semai adalah salah satu etnik unik dan menarik. Walaupun asalnya masyarakat peribumi di Malaysia serta terdapat adat resam dan kepercayaan mereka kepada alam semula jadi. Masyarakat ini begitu menjaga hubungan baik sesama mereka. Keunikan masyarakat ini adalah sangat stabil dari segi sosial, ekonomi dan politiknya. Masyarakat semai adalah masyarakat yang penuh dengan pantang larang. Sebagai guru kita haruslah prihatin kepada etnik ini. REFLEKSI Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu Pengajian sains. Saya telah memilih etnik Semai sebagai memenuhi tugasan ini. Mengapa saya memilih etnik Semai? Ini kerana saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan etnik ini. Etnik semai ini sangat unik kerana ia merupakan masyarakat orang asli atau asal yang terbanyak sekali di Malaysia. Saya cuba mengupas etnik ini melalui pembacaan daripada buku, Jurnal artikel, majalah dari bahan maya ataupun sebenar. Rujukan demi rujukan dibuat bagi mengenal pasti etnik ini kerana saya begitu berminat untuk mendalami etnik ini.Saya juga pernah ke sebuah sekolah semasa saya mengikuti Program Kepengetuaan anjuran Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands sekitar tahun 2008/2009. Semasa program penanda aras itu saya dapat mendekati etnik ini yang terdapat di sebuah sekolah di negeri Pahang. Saya teruja melihat mereka yang ke sekolah bersama kaum lain yang terdapat di sekolah tersebut. Walaupun mereka diasingkan di dalam satu kelas tetapi sekiranya mereka dapat mengikut P&P dengan baik mereka akan di tempatkan bersama rakan-rakan lain.Kehidupan etnik ini unik. Terdapat sukatan mata pelajaran yang telah di keluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum sebagai mata pelajaran yang di ajar di sekolah yang majoritinya etnik ini.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya agak sukar untuk mencari bahan yang berkaitan etnik ini. Tetapi saya bersyukur dapat juga menyiapkan tugasan ini.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran ini. Ia menjadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik dengan mendapat pelbagai sumber untuk menyelidik etnik semai ini. Sikap ini akan saya terapkan kepada murid saya sekarang ini.

HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLISAINS 1PPG.

BIBLIOGRAFIBahagian Penyelidikan dan Perancangan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (2003). Data Maklumat Asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.Kementerian KemajuanLuar Bandar dan Wilayah.Mohd. Rizal bin Yaakub (1994). Tarian Sewang Masyarakat Asli Semai, Kuala Lipis, Pahang. Kertas Projek. Universiti Kebangsaan Malaysia.Juli Edo (1990). Tradisi Lisan Semai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mazarul Hasan Mohamad Hanapi (2002). Analisis Lagu Etnik Kreatif Dari Sudut Morfologi. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.Norlati A Rashid, PY Boon, Syarifah Fakhiyah Syed Ahmad (2009). Siri Pendidikan Guru, Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Bhd. Kuala Lumpur.Norlati A Rashid, PY Boon, Syarifah Fakhiyah Syed Ahmad , Zuraidah A. Majid (2011). Siri Pendidikan Guru, Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Bhd. Kuala Lumpur.Azhar Mad Aros. 2000. TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar BaktiDentan R.K.(Tesis Ph.D.) 1965. Some Senoi Dietary Restrictions: A study of Food Behaviuor in a Malaysian Hill Tribe. Universiti Yale.Dentan, R.K. 1979. The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York: Holt, Rinehart andWinston.Evans, I.N.H. 1924. Among Primitive Peoples in Borneo, London. Hood salleh, Kamaruddin M. Said dan Awang Hasmadi Mois (eds). 1993. Mereka yang Terpinggir. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Intan.1991.MalaysiaKita,KualaLumpur

Juli Edo. 1990. Tradisi Lisan Masyarakat Semai. Monograf No.16. Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

JurnalJuli Edo (Tesis Sarjana Falsafah). 1988. Agama dan Perubatan Masyarakat Semai. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2000. Nong Pai (Haluan Baru). Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2001. Nong Pai (Haluan Baru). Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2002. Orang Asli Berjaya. Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2003. Orang Asli Berjaya Edisi II. Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA

Internethttp://repo.uum.edu.my/1874/1/37.pdfhttp://orangaslimalaya.blogspot.com/2012/03/v-behaviorurldefaultvmlo.htmlPosted by haifa_hadriah at 10:24 AMhttp://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20KAJIAN%20SEWANG.pdfdieksespada 11/3/1012

44