Upload
raf-ieds
View
71
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Evolusi 1−2011
P e n c e t u s I d e o l o g i, P e m a n g k i n G l o b a l I s a s i
P u s a t L a t i h a n T e k n o l o g i T i n g g i ( A D T E C ) K e m a m a n
w w w . a d t e c k m n . g o v . m y
Isi Kandungan DariDariDariDari P E N G A R A H Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, dengan kehendakNya Buletin EVOLUSI :
Pencetus Ideologi, Pemangkin Globalisasi telah berjaya
diterbitkan untuk pertama kalinya. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada sidang redaksi atas usaha yang bersungguh-
sungguh dan komitmen yang jitu sehingga terbitnya buletin ini.
Terlebih dahulu, selamat datang diucapkan kepada semua
kakitangan dan tahniah bagi kakitangan yang baru dilantik
dalam perkhidmatan awam. ADTEC Kemaman merupakan
ILJTM yang baru beroperasi, berperanan memberi latihan
teknikal dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berdaya
saing dan berkemahiran tinggi serta berinovasi sesuai dengan
era globalisasi.
Justeru itu, ADTEC Kemaman akan
meneruskan usaha bagi
mempertingkatkan budaya kerja
cemerlang melalui peningkatan dan
penambahbaikan kualiti
perkhidmatan agar dapat memenuhi
keperluan pelanggan. Ini
memerlukan satu perubahan minda
(mindset) dan disiplin yang tinggi ke
arah pembaharuan dari segi
perancangan, strategi, program dan
mekanisme pelaksanaan serta
pemantauan keberkesanan untuk
mengukur kejayaan atau kegagalan.
Oleh itu, setiap anggota ADTEC Kemaman perlu menjadi
kumpulan kerja barisan hadapan (front liners) yang dapat
menonjolkan imej kecemerlangan perkhidmatan awam dan
sebagai sebuah institut latihan yang berteknologi tinggi.
Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada sidang redaksi di
atas informasi dan idea-idea yang telah disediakan sehingga
Evolusi Bil.1 Tahun 2011 berjaya diterbitkan. Semoga inisiatif
ini menjadi satu usaha yang berterusan demi memartabatkan
ADTEC Kemaman.
IR HJ SUNTONG B ABDULLAH
Assalamualaikum….
Syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya
EVOLUSI : Pencetus Ideologi,
Pemangkin Globalisasi
telah berjaya diterbitkan. Jutaan TAHNIAH
kepada sidang redaksi atas komitmen 110 %
dan idea-idea yang bernas dalam
menghasilkan buletin ini. Semoga segala info
dan laporan yang telah disediakan dapat
dikongsi bersama serta memberi ilham
kepada warga ADTEC Kemaman untuk
merancang aktiviti-aktiviti seterusnya dalam
usaha membangunkan institut ini.
E D I T O R
3
4 6
7 8
9 10
12
Coret-coret
Perhimpunan Bulanan
Berita Semasa
Indahnya Islam
Anjung Sihat
Kaki Gadget
Tahukah Anda
Sudut Nukilan
Tirai KKSK
P e r h i m p u n a n
b u l a n a n
erhimpunan Bulanan (MEI) ADTEC
Kemaman diadakan pada 10 Mei 2011
bertempat di Dewan Kuliah Utama telah di acarakan
oleh Cik Zanariah Sadile.
Perhimpunan kali ini telah dimeriahkan lagi dengan
Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi ADTEC
Kemaman. Laman Web ini telah dibangunkan oleh
pasukan web yang terdiri daripada kakitangan ADTEC
Kemaman bermula pada pertengahan bulan Mac 2011
dan diketuai oleh En Mohd Affidi b Sidek sebagai Web
Master.
Ole
h : L
i n d a / T. R a z i h a h
Majlis Pelancaran Laman Web ini telah disempurnakan
oleh Tuan Pengarah ADTEC Kemaman, Tuan Ir Haji
Suntong bin Abdullah. Pelancaran Laman Web ini sangat
memberi makna kepada ADTEC Kemaman dan sekalung
syabas kepada pasukan laman web ADTEC Kemaman
yang telah berusaha keras membangunkan
Laman Web ini sehingga berjaya. Web ADTEC Kemaman kini sudah boleh di layari di www.adteckmn.gov.my.
Perhimpunan bulanan buat julung kalinya telah menjemput seorang penceramah En Fauzi bin Chik yang
menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘ KERJA SEBAGAI IBADAH’. Beliau merupakan penceramah bebas dan Pakar
Perunding Motivasi yang memiliki syarikat perunding Creative Event Resources dan beliau juga dilantik oleh pihak
Kementrerian sebagai fasilitator dan penceramah Biro Tata Negara di Jabatan Perdana Menteri.
Ceramah yang disampaikan adalah berkisar kepada budaya kerja yang positif justeru ianya merupakan ibadah lantas
perlu diterapkan di dalam menjalankan tugas harian. Dalam motif ke arah membudayakan suasana dan cara kerja
yang cemerlang, banyak ilmu serta pengetahuan telah dikongsi oleh penceramah kepada semua Warga kerja ADTEC
Kemaman.
Pada perhimpunan bulan ini juga KSSK telah menyambut Hari Lahir ahli yang dilahirkan pada bulan Mei iaitu
En Rosazmir b Mat Rashid.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi bergambar.
P
Perhimpunan Bulanan :
Slot ceramah yang telah disampaikan oleh EN. Fauzi bin Chik
Sesi perhimpunan dan nyanyian lagu-lagu rasmi
MEI 2011
B e r i t a
s e m a s a
Blok yang sudah siap ditebuk dan sedia untuk kerja penandaan
ermula pada 12 April 2011,
ADTEC Kemaman sedang
m e n j a l a n k a n a k t i v i t i
gotong-royong yang melibatkan
penandaan dan pengekodan aset
alih kerajaan memandangkan
ADTEC Kemaman merupakan
sebuah Institusi Latihan Jabatan
Tenaga Manusia (ILJTM) yang
baru. Perlaksanakan kerja gotong-
royong bersama ini dilakukan
secara berperingkat yang mana
melibatkan semua kakitangan
ADTEC Kemaman.
Kerja penandaan dan pengekodan
aset alih kerajaan ini melibatkan
semua harta modal dan inventori di
bangunan Pentadbiran, Pusat
Sumber, Dewan Kuliah Utama,
Dewan Besar, Asrama, Surau,
Kuarters, Astaka, Kafeteria, Dewan
Makan dan semua bengkel. Tujuan
penandaan dan pengekodan aset
alih ini adalah untuk memudahkan
p e n g e s a n a n , p e m a n t a u a n ,
penyelenggaraan, pelupusan dan
penggantian aset di masa akan
datang.
Setelah hampir dua bulan
berjalannya gotong-royong ini,
penandaan dan pengekodan aset
alih adalah dijangka siap
sepenuhnya pada pertengahan
Jun 2011. Semoga jalinan
ker jasama yang d isemai
dikalangan kakitangan ADTEC
Kemaman akan berkekalan bagi
kerja-kerja seterusnya.
GGGGOTTTTONNNNG RRRROYYYYONNNNG AAAASEEEET AAAALIIIIH KKKKERRRRAJJJJAAAAAN
‘Spray’ aset
Penandaan pada aset
aman sesawang ini telah dibangunkan oleh web-team yang mana
terdiri daripada kakitangan-kakitangan ADTEC Kemaman dan kini
boleh dilayari di laman sesawang http://www.adteckmn.gov.my
mulai 15 April 2011.
Majlis perasmian tersebut telah dilaksanakan pada Perhimpunan
Bulanan ADTEC Kemaman—Mei 2011. Acara perasmian telah
disempurnakan oleh Ir. Haji Suntong bin Abdullah, Pengarah ADTEC
Kemaman di Dewan Kuliah Utama (DKU) ADTEC Kemaman.
Semasa perasmian tersebut, Tuan Pengarah telah dijemput untuk
melaksanakan satu gimik dengan melengkapkan ‘Jigsaw Puzzle’ yang bertulis
laman sesawang rasmi ADTEC Kemaman http://www.adteckmn.gov.my. Sebaik
‘jigsaw puzzle’ berjaya dilengkapkan oleh Tuan Pengarah, laman tersebut
dipaparkan pada skrin besar untuk tatapan Pengarah serta semua kakitangan
ADTEC Kemaman.
Pengarah melengkapkan ‘Jigsaw Puzzle’ .
Laman Interaktif ADTEC Kemaman
B
L
Penyediaan blok-blok untuk setiap bangunan
PERASMIAN LAMAN WEB PERASMIAN LAMAN WEB PERASMIAN LAMAN WEB PERASMIAN LAMAN WEB
ADTEC KEMAMANADTEC KEMAMANADTEC KEMAMANADTEC KEMAMAN
B e r i t a
s e m a s a
Ole
h : R
o s e n i z a r / Q a y y u m
e p a n j a n g t e m p o h
tanggungan kecacatan
bangunan, kakitangan ADTEC
Kemaman sentiasa dilengkapkan
dengan ilmu latihan penggunaan
peralatan yang dikendalikan oleh
pembekal peralatan. Ini adalah bagi
memastikan kakitangan dapat
mempelajari penggunaan peralatan
tersebut dengan betul. Pembekal menunjukkan secara praktikal
pengunaan peralatan dapur kepada peserta Peserta mengaplikasikan segala latihan
yang diajar dari pembekal
ebagai persediaan kepada kaki-
tangan ADTEC yang baru, be-
berapa latihan dalaman telah di-
jalankan di ADTEC Kemaman dibawah kel-
olaan BKKL (Bahagian Kawalan & Kualiti
Latihan). Latihan tersebut telah dan akan
dijalankan secara berterusan memandang-
kan ADTEC Kemaman berada dalam perse-
kitaran yang baru. Latihan-latihan ini di-
harap dapat menjadi pelengkap diri bagi
menjalani bidang tugas sebenar kelak.
Topik:
Asas Kimpalan dan Keselamatan
Bengkel
Penceramah: En. Mohd Rafidi bin Hashim
(PLV J42)
Tarikh: 5 Mei 2011.
Topik:
Pengenalan kepada PLC
(Programmable Logic Controller)
Penceramah: En. Mohd Rozi Bin Su
(PLV J41)
Tarikh: 11 Mei 2011
Topik:
Pengenalan kepada AutoCAD
Penceramah: En. Ahmad (PLV J42)
Tarikh: 26 Mei & 1 Jun 2011
Topik:
4 Steps Method
Penceramah: En. Rasli bin Che Karr
(PLV J42)
Tarikh: 22 Jun 2011
KURSUS & LATIHAN ANJURAN ILJTM YANG TELAH DIHADIRI OLEH
KAKITANGAN ADTEC KEMAMAN
(12 – 15 April – ADTEC Taiping)
Bengkel Fail Meja
-Cik Nor Faizah binti Abdul Karim
-Cik Wan Rosenizar binti Wan Yusoff
(17 – 23 April – ADTEC Taiping)
Bengkel Pengurusan Nilai dan
Semakan Spesifikasi Perolehan
Peralatan.
-En. Mohammad Musa bin Ahmad
-En. Mohd Nazri Bin Muhamad
-En. Mohd Qayyum Mohd Khalid
-Cik. Noor Haslinda binti Hanapi
-Pn. Noor Syazila binti Samsudin
-En. Rosazmir Bin Mat Rashid
-Cik Suhaila binti Yahya @
Mohamed Nasa
-En. Syahriman Muhamad Kasim
(18– 22 April – ILP Terengganu)
Kursus ‘PIC PROGRAMMING’
Pasukan Robot Challenge Zon
Wilayah Timur
-En. Noor Salahuddin bin Mohamed
Noor
-En. Mohd Rozi bin Su
-En. Fairolizwan b. Abdullah
(25 -27 April – ADTEC Batu Pahat)
Taklimat Pengaktifan Akaun (CCAI)
Bengkel Penambah Baikan Silibus
Diploma Lanjutan Komputer
Rangkaian Tahap 5
-En. Mohd Affidi bin Sidek
(4 – 8 April - ILP Kuantan)
Kursus TTT (Train The Trainer)
-Cik Norhidayah Mohd Hanapiah
-Pn. Norsalinda binti Yusof
(6 April – ILP Kuantan)
Seminar Kerjaya Peringkat Negeri
Pahang.(KSM)
-En. Affidi bin Sidek
-En. Zulkifli bin Tahir
-En. Mohd Rafidi bin Hashim
(11 – 13 April – ILP Kuantan)
Kursus EET (Evaluation on
Effectiveness of Training)
-En. Mohd Ridzuan Kamaruzaman
-En. Mohd Qayyum Mohd Khalid
(11 – 12 April – Sunway Carnival
Convention Centre)
Persidangan Tech. Kejuruteraan
Kebangsaan
-Ir. Hj. Suntong bin Abdullah
(11 – 14 April– ILP Marang)
Bengkel Kerja Pembangunan
Kurikulum (Silibus - Civil)
-En. Muhammad Musa bin Ahmad
-En. Rosazmir bin Mat Rashid
S
S
KURSUS DAN LATIHAN KAKITANGAN
ADTEC KEMAMAN SEPANJANG BULAN
LATIHAN DALAMAN
ANJURAN ADTEC KEMAMAN
Program Qiamullail
I n d a h n y a
I s l a m
Ole
h : F
a i z a h / S y a h r u l
Pada tanggal 20 Mei 2011 bersamaan 16 Jamadil Akhir
1432H, program Qiamullail telah diadakan di Surau
ADTEC Kemaman. Program ini melibatkan staf ADTEC
Kemaman bersama-sama Tuan Pengarah, Ir. Haji Sun-
tong bin Abdullah.
Program Qiamullail ini telah dimulakan dengan solat-solat
sunat (solat tahajud, solat taubat, solat hajat dan solat
witir), diikuti oleh solat Subuh secara berjemaah dan
bacaan Al-Ma’thurat. Program pada pagi tersebut telah
diteruskan dengan penyampaian tazkirah oleh Tuan
Pengarah dan diakhiri dengan jamuan ringkas.
Diharapkan semoga program Qiamullail ini dapat
dilaksanakan secara istiqamah sebagai suatu latihan
pengabdian seorang hamba kepada Khaliqnya.
Program usrah bagi staf wanita dan isteri kakitangan
ADTEC Kemaman buat kali keempat telah dijalankan pada
hari Rabu 18 Mei 2011 bersamaan 14 Jamadil Akhir
1432H bertempat di Kuarters FA-1-02. Program pada
malam tersebut telah dimulakan dengan solat maghrib
berjemaah, bacaan al-Ma’thurat, bacaan Al-Quran dan
terjemahan (Surah Al-Baqarah : ayat 17-25), diikuti oleh
solat Isyak berjemaah, solat witir dan diakhiri dengan
jamuan ringan.
““““Dan berilah khabar gembira kepada orangDan berilah khabar gembira kepada orangDan berilah khabar gembira kepada orangDan berilah khabar gembira kepada orang----orang yang orang yang orang yang orang yang
beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
tiaptiaptiaptiap----tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis
buahbuahbuahbuah----buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah
diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan
rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan
hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga
itu pasanganitu pasanganitu pasanganitu pasangan----pasangan, isteripasangan, isteripasangan, isteripasangan, isteri----isteri yang sentiasa bersih isteri yang sentiasa bersih isteri yang sentiasa bersih isteri yang sentiasa bersih
suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya
selamaselamaselamaselama----lamanya.”lamanya.”lamanya.”lamanya.”
Usrah Wanita
Ayat pilihan usrah kali ini
Kelas
Al-Matien
Kelas pengajian Al-Matien bagi staf lelaki telah
dijalankan pada setiap hari Selasa bertempat di
Surau ADTEC Kemaman selepas solat Maghrib
berjemaah.
Aktiviti ini telah dipandu oleh Encik Noor Salahuddin bin
Mohamed Noor selaku Imam Besar Surau ADTEC
Kemaman. Kelas ini di laksanakan bagi
membimbing staf-staf dalam memperbaiki bacaan
Al-Quran dari segi tajweed dan makhraj huruf.
A n j u n g
s i h a t
Pentingnya Sarapan Pagi
Membantu Penurunan Berat Badan 1111
Menambah Nutrisi dan Meningkatkan Tenaga 2222
Semasa tidur, tubuh anda berpuasa sepanjang malam. Melewatkan sarapan membuatkan
tubuh berada dalam kelaparan. Pengambilan sarapan akan memberi peningkatan
metabolisme dan dapat membantu dalam proses penurunan berat badan
Sarapan dapat membekalkan nutrisi seperti zat besi, vitamin dan serat (bergantung kepada sarapan yang diambil)
Bahan Bakar Untuk Meningkatkan Konsentrasi 3333 Sarapan memperbaiki kemampuan berfikir dan menjaga mental dalam
keadaan terbaik. Sarapan membekalkan bahan bakar kepada otak bagi
meningkatkan kemampuan dalam penyelesaian masalah dan ingatan.
Menghindari Makan Yang Tak Terkawal 4444 Sarapan dengan baik akan menjaga anda dari
rasa lapar berlebih dan dapat mencegah daripada
makan berlebihan di siang hari.
Ole
h : N
a b i l a h / F a i r o l
IDAK SIHAT menyebabkan pergerakan tubuh yang terbatas. Badan mudah letih dan lesu termasuklah ketika
menunaikan ibadah. Muslim yang sihat dapat menunaikan ibadah dengan sempurna, tanpa kesakitan dan
kepayahan. Islam sendiri menitikberatkan kepentingan kesihatan.
Islam tidak akan dapat diamalkan dengan sempurna dan tidak dapat dihayati tanpa kesihatan pada
individu muslim dan boleh menjejaskan matlamat penciptaan manusia iaitu mengabdikan kepada
Allah taala dan menjadi khalifah yang memakmurkan dunia ini.
Islam adalah satu agama yang ‘syumul’ dan lengkap. Dalam Islam bukan hanya mengajar akan kepentingan
kesihatan malah turut menyarankan tindakan-tindakan untuk memelihara dan mengembalikan kesihatan. Islam bersikap
pro aktif dalam dasarnya. Islam lebih mengutamakan usaha-usaha pencegahan.
Prinsip pencegahan ini boleh berlaku
melalui kaedah; (sumber Konsep Perubatan Islam, Dr Danial Zainal abidin)
1. Menjauhkan diri dari sumber penyakit
2. Melaksanakan proses tazkiah (penyucian jiwa)
3. Penjagaan kebersihan diri.
4. Jaga Persekitaran
5. Menjaga pemakanan yang betul
6. Bersenam
TTTT
Sabda Rasulullah SAW “ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima yang lain; masa muda kamu sebelum datang masa tua, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk dan masa hidup kamu sebelum datang masa mati”
(Riwayat Al-Hakim)
Firman Allah taala SWT “ Hai manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang
ada dibumi ini yang halal dan baik”
Sabda Rasulullah SAW “Ambillah peluang dari kesihatan kamu untuk masa sakit kamu
dan dari kehidupan kamu untuk masa kematian kamu” (Riwayat Al-Bukhari)
Petua Opah Orang kuat bekerja memang mudah
diserang sakit kepalasakit kepalasakit kepalasakit kepala. Jika tiada minyak cap kapak di rumah. Boleh la cuba petua Opah ni yer.
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis & tampal di kiri & kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala & biarkan semalaman. Hirisan
bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering & sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan
mengelupas dalam sehari dua.
Mudah−mudahan hilanglah sakit kepala cucu tu. Tapi kalau dah di rumah tak ada bawang putih. Tak dapek la Opah nak nolong.
~Opah Nab~Opah Nab~Opah Nab~Opah Nab~
SIhat : dari sudut Islam
AhadAhadAhadAhad IsninIsninIsninIsnin SelasaSelasaSelasaSelasa RabuRabuRabuRabu KhamisKhamisKhamisKhamis JumaatJumaatJumaatJumaat SabtuSabtuSabtuSabtu
1 2
3 4 5 6
7
8 9 10 11
12 13 14
15
16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
Ole
h : N
a t r a h
MEI 2011
MEI 2011
MEI 2011
MEI 2011
58 hari sendawa 58 hari sendawa tanpa berhentitanpa berhenti
Tahukah kamu..?
HARI HARI HARI HARI
ASMA / LELAHASMA / LELAHASMA / LELAHASMA / LELAH
HARI IBUHARI IBUHARI IBUHARI IBU
HARI GURUHARI GURUHARI GURUHARI GURU
HARI HARI HARI HARI
BOMBABOMBABOMBABOMBA
HARI WESAKHARI WESAKHARI WESAKHARI WESAK
HARI HARI HARI HARI
PEKERJAPEKERJAPEKERJAPEKERJA
PELIK
Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun
telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah
jalan raya di Denver, Colorado.
Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan
mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan
kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat
tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu
membebaskannya dan memberi balik gigi palsu
tanpa mengapa-apakannya.
HARI HARI HARI HARI
JURURAWATJURURAWATJURURAWATJURURAWAT
T a h u k a h
a n d a ?
Eerrr.. cikgu...
fakta
Rekod sendawa paling lama hingga setakat ini dipegang oleh seorang lelaki yang bernama
Vera Stong dari Tennessee, Amerika. Dia sendawa tanpa berhenti selama 58 hari.
K a k i
g a d g e t
Ole
h : N
a s / F a i r o l
Operating
System
Penerangan logo Model telefon
iOS
iOS (dikenali sebagai IPHONE OS sebelum Jun 2010)
ialah sistem pengendalian bergerak Apple.
Pada mulanya dikembangkan untuk iPhone
sejak itu dilanjutkan menyokong alat-alat Apple lain
seperti iPod touch, TV iPad and Apple.
iPhone
Android
Pelancaran versi 1.0 pada September 2008
dibangunkan oleh Google dan Open Handset Alliance
telah berkembang sehingga ke versi 3.x.x
Popular dengan aplikasi open source dan fungsi
multi-tasking
HTC
Blackberry
BLACKBERRY OS ialah satu sistem pengendalian
bergerak proprietari.
dibangunkan oleh Research In Motion untuk BlackBer-
rynya alat-alat pegangan tangan telefon pintar.
Blackberry
Windows
Phone
dibangunkan oleh microsoft pada Febuari 2010
Merupakan perintis kepada platform Windows Mobile
Live Tiles - memaparkan informasi di halaman awal
(home screen). SMS/ email masuk, Facebook update dan
lainnya boleh dibuka tanpa perlu klik ke menu lain
HTC, Samsung,
Nokia
Symbian Symbian ialah satu sistem pengendalian (OS)
platform perisian direka bentuk
untuk telefon pintar dan kini dijaga oleh Nokia
Nokia, Samsung
Apa ituApa ituApa ituApa itu Android ?Android ?Android ?Android ?
Sejarah versi sistem pengendalian Android bermula dengan pelancaran versi 1.0 pada September 2008.
Android ialah satu sistem pengendalian bergerak dibangunkan oleh Google dan Open Handset Alliance.
Android telah dilihat semakin berkembang dan menjadi sistem pengendali yang paling diterima dengan
meluas dengan bilangan pengguna yang maksimum. Sistem ini sentiasa dikemaskini dengan penambahbaikan versi
dan penambahan ciri-ciri baru.
Umumnya setiap versi dibangunkan di bawah satu nama kod berdasarkan butir pencuci mulut.
Nama-nama kod berada dalam menurut abjad, sebagai dilihat oleh Cupcake, Donut, Eclair, Froyo, Gingerbread,
Honeycomb, dan yang terbaru ialah Ice Cream Sandwich.
Pengilang-pengilang perintis makin bertambah berganjak ke arah Android untuk telefon-telefon bimbit.
Dengan rakyat semakin bertambah menukar kepada alat- alat pegangan tangan untuk penggunaan internet harian
dan Android telah menjadi platform utama yang mengusai pengendali operasi telefon pintar.
T i r a i
K K S K
ermula pada bulan April 2011, Kelab
Kebajikan Sukan Dan Kakitangan ADTEC
Kemaman telah menganjurkan
pertandingan Sukan Badminton antara
staf dan acara ini akan diadakan secara berperingkat
sehingga tamat kejohanan yang mana masih belum
ditetapkan.
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Pengarah ADTEC Kemaman, Tn. Hj. Ir Suntong bin
Abdullah pada hari rabu bersamaan 11 Mei 2011
dalam satu upacara rasmi yang sederhana. Pukulan
servis antara Tuan Pengarah dan Timbalan
Pengarah, Tuan Hj. Musa sehingga jatuhnya bulu
tangkis ke lantai menjadi simbolik bagi upacara
perasmian kejohanan tersebut.
Penyertaan kejohanan ini mendapat sambutan yang
menggalakan daripada semua kakitangan dari semua
peringkat umur. Kategori yang dipertandingkan
adalah perseorangan lelaki, perseorangan wanita,
bergu lelaki, bergu wanita dan bergu campuran.
Bagi kategori perseorangan lelaki, juara di sandang
oleh saudara Rosazmir manakala bagi perseorangan
wanita pula, juara disandang oleh saudari Noor
Syazila. Saudara Rosazmir sekali lagi mendominasi
tunggak kejuaraan apabila muncul juara bagi
kategori regu campuran bersama pasangannya
saudari Rafidah. Tidak kurang hebatnya pula bagi
saudari Noor Syazila apabila turut merangkul
kejuaraan berganda tapi kali ini bagi kategori regu
wanita bersama pasangannya saudari Nor Faizah.
Corak permainan yang begitu hebat dan meyakinkan
melayakkan pasangan Saudara Mohd Affidi Sidek
dan saudara Noor Salahuddin untuk muncul sebagai
juara bagi kategori beregu lelaki bagi kejohanan kali
pertama ini. Diharapkan agar kejohanan ini dapat
diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.
B
Barisan peserta perempuan
Barisan peserta lelaki
Pasangan regu campuran kidal ADTEC Kemaman
VSVSVSVSVSVSVSVSVSVSVSVS
KEJOHANAN BADMINTON 2011
Pengarah Timbalan Pengarah
T i r a i
K K S K
Ole
h : H
i d a y a h
pril 2011, Kelab Kebajikan Sukan Dan Kaki-
tangan (KKSK) ADTEC Kemaman telah men-
ganjurkan pertandingan mencipta logo
rasmi memandangkan KKSK masih dalam
proses penubuhan di mana logo rasmi merupakan
antara syarat-syarat utama yang diperlukan dalam
proses melengkapkan penubuhan Kelab Kebajikan
dan Sukan ADTEC Kemaman secara rasmi.
A
Semua peserta yang turut bertanding
telah menerima sijil penyertaan bagi setiap
individu manakala bagi saudara Mohd qayyum
Mohd Khalid dan Mohamad Ridzuan
Kamaruzaman, masing-masing telah membawa
pulang sijil penghargaan dan hadiah misteri yang
dijanjikan berupa yuran keahlian secara percuma
selama satu tahun. Sekalung tahniah diucapkan
buat pemenang. Kelab kebajikan dan Sukan
Kakitangan ADTEC Kemaman berharap agar semua
kakitangan dapat member kerjasama dan
mengambil bahagian dalam apa jua bentuk
penganjuran yang akan datang.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
Pertandingan ini telah mendapat sambutan
yang sangat menggalakan daripada seluruh kakitangan
ADTEC Kemaman dan telah berjalan selama seminggu.
Semua peserta menunjukkan kreativiti, keaslian dan
bakat semula jadi masing-masing. Agak sukar bagi juri
untuk membuat pilihan dalam menentukan calon
emenang. Pemilihan bagi pemenang pertandingan ini
telah dilakukan secara tertutup yang mana pemenang
telah dipilih melalui undian antara Ahli Jawatan Kuasa
tertinggi KKSK.
Ahli mesyuarat sebulat suara telah
mengistiharkan pemenang bagi pertandingan mencipta
logo KKSK tersebut adalah Mohd Qayyum bin Mohd
Khalid dan Mohamad Ridzuan bin Kamaruzaman.
Pemenang bagi pertandingan ini menerima hadiah
yuran penyertaan selama setahun yang mana telah
disampaikan oleh Tuan Pengarah.
Mohamad Ridzuan
Mohd Qayyum
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
S u d u t
n u k i l a n
Karya Terpilih
Selamat Selamat Selamat Selamat Pengantin Pengantin Pengantin Pengantin
BaruBaruBaruBaru Baby baru..Baby baru..Baby baru..Baby baru.. Tahniah!!Tahniah!!Tahniah!!Tahniah!!
CHIEF EDITOR:
EDITOR:
JURUFOTO:
Sidang redaksi
En solah Nat / Nas
Fieds
Fairol
Kak Ila
Kak Ida
Hidayah
Kak Ha
Faizah
Linda
Ila
Eja
Nanab
Qayyum
Syahrul
Gambar pilihan bulan ini
NOTA UNTUK SAYANOTA UNTUK SAYANOTA UNTUK SAYANOTA UNTUK SAYA O l e h : fara_dini
Pagi saya gembira… Belum tentu malam saya bahagia... Pagi saya bersedih… Belum tentu malam saya berduka... Pagi saya ketawa… Belum tentu malam saya ceria... Pagi saya menangis… Belum tentu malam saya lara... Saya cuba suka semua orang disekeliling saya... Belum tentu mereka terima saya seadanya... Saya cuba menceriakan suasana... Belum tentu semua orang boleh terima kehadiran saya... Hari-hari yang saya lalui lengkap sempurna... Ada gembira...Ada juga kecewa... Ada ketawa...Ada juga berlinangan air mata... Saya bersyukur kepada ALLAH atas kurniaanNYA... DIA hadiahkan saya kegembiraan… Agar saya bersyukur atas nikmat kebahagiaan... DIA uji saya dengan dugaan… Agar saya menghayati setiap kedukaan... Ya ALLAH terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengecapi nikmat suka & duka…
ITULAH AKU ITULAH AKU ITULAH AKU ITULAH AKU O l e h : M.R.S.M
Dari Gemersik cengkerik………Berzikir mendayu−dayu Memuja malam………Malam yang hampir pupus Menjemput siang……………Itulah AKU