Exam Pelayaran 2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/26/2019 Exam Pelayaran 2

    1/3

    JELASKAN MENGENAI IDEA-IDEA PENCIPTAAN PERAHU, PERSEPSI

    PELAYAR SEBELUM ABAD KE-15 DAN MITOS PELAYARAN.

    Masyarakat awal dunia pada mulanya hanya menggunakan jalan darat sebagai

    jalan perhubungan. Namun mereka menghadapi masalah apabila mereka inginmenyeberangi sungai besar dan lautan yang terdapat di sesetengah kawasan.

    Perkara ini telah mencetuskan idea untuk membina perahu bagi memudahkan

    mereka menyeberang sungai dan lautan tersebut. Setelah perahu dan kapal

    dicipta timbul keinginan untuk meneroka ke dunia luar. Walaubagaimanapun,

    masyarakat awal mempunyai pelbagai persepsi dan kepercayaan dan mitos

    pelayaran terhadap lautan sebelum abad ke-1 masihi.

    Perkembangan idea pembinaan perahu bermula dengan penggunaan kayu balak

    sebagai alat pengangkutan air. Manusia awal berpendapat kayu balak mampu

    membawa mereka untuk menyeberangi sungai. Sebaliknya kayu balak tersebut

    tidak mampu menampung berat yang berlebihan menyebabkan kayu balak

    tenggelam. !agi mengatasi masalah ini, manusia awal telah mencipta rakit.

    "akit dihasilkan dengan mengikat beberapa batang buluh. #engan rakit manusia

    awal mampu membawa barangan makanan bersama mereka untuk bergerak di

    kawasan yang mempunyai sungai. Seterusnya pembinaan perahu terus

    berkembang dengan ino$asi baru dimana kayu balak dipotong kepada duabahagian dan dipahat bahagian tengahnya menggunakan tanduk haiwan atau

    dibakar kawasan tengah kayu ini bagi menghasilkan lubang pada kayu balak

    tersebut. %da sesetengah masyarakat awal menggunakan kulit haiwan untuk

    menghasilkan perahu dengan membina rangka perahu dari kayu dan dijahit kulit

    haiwan tersebut di seluruh rangka perahu tersebut. Perkembangan penciptaan

    perahu terus berkembang dengan penciptaan dayung dan layar untuk

    memudahkan pergerakan perahu dan kapal. kedudukan matahari dan bintang

    juga dijadikan panduan kepada arah pelayaran mereka. Masyarakat awal juga

    dapat mengesan kedudukan sesebuah pulau melalui pergerakan burung dan

    awam yang mengelilingi pulau tersebut.

    &erdapat pelbagai jenis perahu dan kapal yang telah digunakan di Nusantara

    semasa perkembangan era maritime. Sebagai contoh Perahu Sekoci merupakan

    perahu nelayan tradisi yang paling banyak digunakan oleh masyarakat Melayu

    dan dibina dalam pelbagai sai'. Perahu kecil digunakan untuk akti$iti mengail,

    mencandat dan sebagainya. (ebanyakan perahu ini dipasang bangau supayakelihatan lebih cantik menurut kepercayaan orang Melayu. "ata-rata penduduk

  • 7/26/2019 Exam Pelayaran 2

    2/3

    di bahagian kuala sungai dan pesisir pantai menggunakan perahu ini kerana

    tahan menghadapi ombak. Perbe'aan di antara perahu sekoci dengan perahu-

    perahu lain ialah bentuk kepala haluannya. (apala haluannya dibina tegak dan

    menarik manakala di bahagian belakangnya dipasang kemudi. Malahan, terdapat

    juga kapal dari Sulawesi selatan yang dikenali sebagai (apal phinisi. (apal ini

    digunakan oleh masyarakat bugis dan makassar. kapal ini memiliki dua tiang

    layar utama dengan tujuh bidang layar, iaitu tiga di hujung depan, dua di depan,

    dan dua di belakang, dan panjangnya antara )*-+ meter. Sebuah phinisi pernah

    belayar daripada akarta ke (anada mengharungi lautan Pasi k dengan selamat.

    Pada mulanya masyarakat awal seperti eropah dipengaruhi oleh persepsi

    daripada pihak gereja mengenai pelayaran ke dunia baru. Sebelum orang eropah

    terlibat di dalam akti$iti pelayaran pada abad ke-1 , mereka telah dilarang olehpihak gereja untuk meneroka, kerana menurut pihak gereja sesiapa yang keluar

    belayar akan mendapat sumpahan dan gangguan daripada makhluk mistik di

    laut. Selain itu, orang eropah juga menganggap laluan perdagangan dikuasai

    oleh orang slam. orang eropah awal juga menghadapi masalah serangan

    daripada orang gasar untuk memulakan pelayaran mereka. &ambahan lagi, pihak

    gereja menyatakan bentuk muka bumi ini mendatar kepada orang eropah.

    #isamping itu, kewujudan mitos pelayaran juga merupakan perkara penting

    dalam perkembangan pelayaran di dunia ini. setiap masyarakat dunia

    mempercayai kewujudan makhluk mistik dan raksasa di lautan. Sebagai contoh

    orang eropah awal takut dengan kraken iaitu seekor sotong gergasi yang

    merupakan mitos masyarakat Norway dan /reenland. sotong gergasi ini bersai'

    0* hingga * kaki, kraken ini dikatakan telah banyak memusnahkan kapal-kapal

    pelayar eropah awal. Manakala, bagi orang cina pula mereka mempercayai

    dewa !uddha yang dikenali sebagai purna. Purna merupakan dewa laut yang

    melindungi pelayar cina daripada ditimpa sebarang musibah ketika mereka

    berlayar. Masyarakat awal juga mempercayai kewujudan naga dan duyung di

    lautan sehingga menghalang mereka belayar sebelum abad ke-1 masihi.

    (esimpulannya, masalah untuk menyeberangi sesebuah kawasan yang

    mepunyai sungai dan lautan telah mempengaruhi manusia untuk ber kir

    menghasilkan sebuah pengangkutan air yang dikenali sebagai perahu bagi

    memudahkan pergerakkan mereka di sungai dan laut. asil daripada

    perkembangan penciptaan perahu ini juga telah melahirkan beberapa tokoh

    pelayaran yang hebat seperti 2heng ho, 3heng he, 2hristopher 2olumbus,

  • 7/26/2019 Exam Pelayaran 2

    3/3

    4erdinand Magellen dan lain-lain sehingga membawa perubahan besar kepada

    dunia hari ini.