3
BINCANGKAN KESAN PELAYARAN KEPADA POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DUNIA. Setelah perkembangan penciptaan perahu dan kapal layar telah mengalakkan aktiviti pelayaran semua bangsa untuk menjalankan aktiviti penjelajahan dan peneroka untuk menguasai dunia baru. Aktiviti pelayaran banyak dipelopori oleh China dan eropah. Pelayar - pelayar China telah memulakan pelayaran seawal 1400 sebelum eropah pada tahun 1500. Hasil daripada pelayaran oleh kedua-dua pihak ini telah memberi kesan kepada sistem politik, ekonomi dan sosial di dunia ini. Antara kesan-kesan pelayaran terhadap politik dapat dilihat melalui pengukuhan kuasa pemerintahan monarki dan pembentukan negara bangsa di eropah. Menjelang abad ke-15 di eropah telah wujud negara bangsa. Pembentukan negara bangsa ini berlaku disebabkan masyarakat kelas pertengahan iaitu yang terdiri daripada golongan pedagang dan pengusaha. Golongan pedagang dan pengusaha ini memerlukan perlindungan daripada sebuah kerajaan pusat yang kukuh dan berkesan dalam memastikan aktiviti perdagangan dan pelayaran mereka terjamin. Oleh itu, mereka sanggup membayar cukai kepada institusi di raja bagi mendapatkan perlindungan. Cukai yang dibayar oleh mereka inilah kemudiannya digunakan oleh raja bagi menggaji tentera untuk melindungi golongan pedagang dan pengusaha. Kesan daripada pembayaran cukai telah mengukuhkan lagi kedudukan sistem monarki di Eropah. Melalui pelayaran juga telah membolehkan dua buah kerajaan menjalinkan hubungan diplomatik antara satu sama lain bagi mengukuhkan kekuasaan di tanah jajahan masing-masing. Sebagai contoh Kerajaan china telah menghantar zheng he ke asia tenggara bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan di sana. Contoh dinasti Ming membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan kesultanan melayu Melaka dengan membantu menyelesaikan pertelingkahan diantara kerajaan siam dengan kerajaan Melaka.

Exam Pelayaran 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ugugu

Citation preview

Page 1: Exam Pelayaran 3

BINCANGKAN KESAN PELAYARAN KEPADA POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DUNIA.

Setelah perkembangan penciptaan perahu dan kapal layar telah mengalakkan aktiviti pelayaran semua bangsa untuk menjalankan aktiviti penjelajahan dan peneroka untuk menguasai dunia baru. Aktiviti pelayaran banyak dipelopori oleh China dan eropah. Pelayar - pelayar China telah memulakan pelayaran seawal 1400 sebelum eropah pada tahun 1500. Hasil daripada pelayaran oleh kedua-dua pihak ini telah memberi kesan kepada sistem politik, ekonomi dan sosial di dunia ini.

Antara kesan-kesan pelayaran terhadap politik dapat dilihat melalui pengukuhan kuasa pemerintahan monarki dan pembentukan negara bangsa di eropah. Menjelang abad ke-15 di eropah telah wujud negara bangsa. Pembentukan negara bangsa ini berlaku disebabkan masyarakat kelas pertengahan iaitu yang terdiri daripada golongan pedagang dan pengusaha. Golongan pedagang dan pengusaha ini memerlukan perlindungan daripada sebuah kerajaan pusat yang kukuh dan berkesan dalam memastikan aktiviti perdagangan dan pelayaran mereka terjamin. Oleh itu, mereka sanggup membayar cukai kepada institusi di raja bagi mendapatkan perlindungan. Cukai yang dibayar oleh mereka inilah kemudiannya digunakan oleh raja bagi menggaji tentera untuk melindungi golongan pedagang dan pengusaha. Kesan daripada pembayaran cukai telah mengukuhkan lagi kedudukan sistem monarki di Eropah. Melalui pelayaran juga telah membolehkan dua buah kerajaan menjalinkan hubungan diplomatik antara satu sama lain bagi mengukuhkan kekuasaan di tanah jajahan masing-masing. Sebagai contoh Kerajaan china telah menghantar zheng he ke asia tenggara bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan di sana. Contoh dinasti Ming membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan kesultanan melayu Melaka dengan membantu menyelesaikan pertelingkahan diantara kerajaan siam dengan kerajaan Melaka. Malahan cina menjadi pelindung kepada kerajaan Melaka di asia tenggara ini.

Manakala, kesan pelayaran kepada ekonomi juga telah wujudnya perdagangan antarabangsa. misalnya wujud aktiviti perdagangan antara kerajaan china dengan Melaka, samudera, kalikut dan hormuz. Aktiviti perdagangan yang melibatkan pertukaran barang seperti sutera, seramik dan kraftangan china. Malahan, perkembangan pelayaran ini juga telah mengembangkan perdagangan rempah ratus di asia tenggara. Perkara ini telah menyebabkan kerajaan luar

Page 2: Exam Pelayaran 3

seperti china, Portugal, turki ingin menjalinkan hubungan dengan negara-negara asia tenggara yang merupakan pembekal rempah ratus terbesar di dunia pada masa itu. Seterusnya membawa kepada Perkembangan sistem ekonomi berbentuk merkantalisme. Merkantalisme dapat difahami sebagai satu sistem yang mana ianya melibatkan campur tangan kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan kekayaan serta kekuasaan negara. Rentetan daripada perkara inilah pihak pemerintah sanggup menaja dan menggalakkan aktiviti-aktiviti pelayaran dan penerokaan dijalankan. Misalnya kerajaan sepanyol yang menaja pelayaran Christopher Columbus untuk mencari tanah jajahan baru untuk sepanyol. Pelayaran Columbus menjumpai benua amerika yang kaya dengan sumber emas dan perak. Hasil daripada penemuan ini telah meningkatkan lagi sumber ekonomi kerajaan sepanyol. Malahan, wujudnya sistem ekonomi kapitalisme kesan daripada aktiviti pelayaran ini. Kapitalisme merupakan sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Secara tidak langsung sistem kapitalisme ini menggalakkan individu mengumpul kekayaan. Bukti wujudnya ekonomi kapitalisme pada abad ke-15 ialah apabila munculnya keluarga-keluarga tertentu di bandar-bandar besar yang memonopoli ekonomi. Contohnya ialah keluarga Medici yang memonopoli ekonomi di bandar Florence.

Dari segi sosial pula aktiviti pelayaran ini telah membawa kepada wujudnya sistem perhambaan di dunia. Sebagai contoh semasa era pelayaran eropah pada abad ke-15 masihi telah menggalakkan aktiviti perhambaan dimana hamba-hamba dari negara afrika, benua amerika dan asia tenggara diperdagangankan dan diambil untuk bekerja dengan kerajaan eropah. Sebagai contoh Christopher Columbus telah menangkap penduduk peribumi iaitu orang Arawak untuk dijadikan hamba bagi mencari lokasi sumber di san Salvador. Malahan, aktiviti pelayaran juga menyebabkan berlakunya penyebaran agama seperti Islam dan Kristian di seluruh dunia. Sebagai contoh pedagang-pedagang arab yang datang berdagang di tanah melayu dan sekitar nusantara telah menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat di sekitar kawasan tersebut sehingga wujudnya beberapa kerajaan islam seperti kesultanan melayu Melaka, kerajaan acheh, kerajaan demak dan sebagainya hasil daripada pelayaran pedagang-pedagang arab ke kawasan nusantara. manakala, sepanyol pula menyebarkan agama Kristian di Filipina setelah berjaya menawan Filipina dan memerintah Filipina dari tahun 1521 sehingga 1898.

Page 3: Exam Pelayaran 3

Oleh itu, dapat dijelaskan secara mendalam mengenai pelayaran yang memberi banyak impak dari segi sistem politik, ekonomi, dan sosial sehingga membawa kearus pemodenan sesebuah tamadun di eropah dan asia kesan daripada aktiviti pelayaran dan penerokaan ini.