Upload
fathul-khair-mohd-dahlan
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/8/2019 Fadilat Puasa Dan Orang Berpuasa
1/1
Program Ihya Ramadan IPG Kampus Ipoh Edisi 1
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.
Biro Agama dan Kerohanian
IPG Kampus Ipoh
PengarahTuan Haji Abdul Kadir bin Basiran
Ketua Jabatan JAPIMUstaz Asad bin Awang
PenasihatUstaz Zakariah bin Din
ExcoMuhammad Firdaus bin Jamaluddin
Timbalan Exco
Fawwiza binti Shaharudin
Timbalan Exco IIMuhammad Ehsan bin Abdul Halim
Barisan LujnahTarbiah
Hal Ehwal Wanita Islam (HELWI)Hal Ehwal Surau (HES)
Kesenian dan Kebudayaan IslamRiadah dan Rekreasi
EkonomiMakanan
Penerangan, Penerbitan dan Publisiti
(3P)
EditorMohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan
Penolong EditorNur Shapinatul Nashirah bt. Mohammad
Nashir
Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada rukun Islam,iaitu puasa. Ibadat yang terkandungnya 1001 macam rahsia dan
hikmah serta membawa kepada banyak pahala dan ganjaran kepada
mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulanRamadan.
Bahawa diriwayatkan orang yang berpuasa dikurniakankelebihan yang tidak dikurniakan kepada mana-mana kaum sebelum
ini. Hal ini merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad
dan Al-Baihaqi.
Daripada Abi Hurairah R.A sabda Rasulullah s.a.w:Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang
tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orangyang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, malaikat
mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi se tiap hari di
syurga-Nya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yangsoleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat
padanya syaitan dan diampunkan bagi mereka pada akhir malam.
Berdasarkan hadis di atas, lima kelebihan yang dijanjikan oleh
Rasulullah bukanlah suatu janji yang kosong. Biarpun hasilnya tidak
dapat dilihat dengan pancaindera, namun keberhasilan amalan
sepanjang bulan Ramadan yang sentiasa dijaga daripada tercemardengan perbuatan-perbuatan yang sia-sia serta boleh membatalkan
puasa, akan dibalas di akhirat kelak. Keistimewaan yang dimiliki ini
janganlah kita persiakan dengan pelbagai perkara yang bolehmenjejaskan amalan puasa kita. Kita semua harus ingat dan
renungkan, kewajipan berpuasa perlulah kita renungi dan hayati
berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat ke-183 yangbermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar bertakwa.
Ayat di atas sangat jelas mengenai kewajipan puasa kepadasemua orang yang beriman. Objektifnya adalah untuk menanam sifattakwa dalam diri setiap orang yang berpuasa. Takwa di sini bermaksud
takut kepada Allah untuk melakukan sebarang perkara yang boleh
mengundang kepada membatalkan puasa dan perkara yang boleh
mengundang kemurkaan Allah Taala. Oleh hal yang demikian, ibadatpuasa mampu membimbing umat Islam untuk menjadi orang yang
sentiasa menjaga amalan dan pahala.
Tuntasnya, ibadat puasa sememangnya boleh menjadikan
seorang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasulnya menjadi
seorang hamba yang taat kepada perintah Allah dan Rasul. Merekatidak akan sesekali melakukan sebarang perkara yang boleh
menjejaskan pahala amalan puasa sepanjang bulan Ramadan, kerana
ketakwaan yang tersemat di dalam hati.
Akhirul kalam, diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua
umat Islam, terutamanya kepada warga Institut Pendidikan GuruKampus Ipoh yang dirahmati Allah sekalian. Jadikanlah bulanRamadan ini sebagai kayu ukur untuk kita beramal ibadat kepada
Allah.
Hak Cipta Terpelihara
Sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada
Fathul : 017-3136631Shapina : 012-4766552
Edisi Pertama