26
SHAHRIZAN BIN IDERIS (820601-13-5431 ) ( S. 35306 ) SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA MUDA PAKERI PALOH PEJABAT PELAJARAN DAERAH DARO 96200 DARO, SARAWAK. Kod Sekolah : YBA 6104 Email : [email protected] Email Guru : [email protected]

Fail Meja Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugas-tugas seorang guru sekolah

Citation preview

Page 1: Fail Meja Guru

SHAHRIZAN BIN IDERIS(820601-13-5431 )

( S. 35306 )

SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA MUDA PAKERI PALOHPEJABAT PELAJARAN DAERAH DARO

96200 DARO, SARAWAK.

Kod Sekolah : YBA 6104Email : [email protected]

Email Guru : [email protected]

Page 2: Fail Meja Guru

BIODATA GURUNama Guru : SHAHRIZAN BIN IDERIS

No. Kad Pengenalan : 820601-13-5431

Jawatan : GURU PPPLD

Gred Jawatan : DGA 32 (KUP )

Bahagian / Unit : KURIKULUM

Tarikh Lantikan Pertama : 03 JANUARI 2005

Tarikh Sah Jawatan : 03 JANUARI 2006

Tarikh Penempatan : 03 JANUARI 2005

No. Fail JPNS : S. 35306

Alamat : KAMPUNG MASJID LAMABELAWAI, 96150 BELAWAI,MUKAH, SARAWAK.

No. Telefon Bimbit : 013-3553815

Emel : [email protected]

1.SENARAI TUGAS GURU KELAS

1.0 Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru

1.1. Daftar pelajar baru dan serahkan borang pendaftaran pelajar baru kepada Jawatankuasa Pendaftaran untuk di daftarkan. Dapatkan nombor pendaftaran daripada JK Pendaftaran dan isi maklumat pelajar ke dalam buku pendaftaran seperti ditentukan oleh JK Pendaftaran. Tarikh pendaftaran mestilah mengikut tarikh hari pertama pelajar hadir ke sekolah.

1.2. Menyemak dokumen/maklumat peribadi pelajar. Jika tiada fail peibadi dibawa bersama / tidak diterima dari sekolah asal dalam masa 2 minggu sila buat surat susulan memohon maklumat /fail peribadi murid daripada sekolah asal. Dapatkan borang permohonan daripada pejabat dan berurusan dengan PT yang bertanggungjawab.

1.3. Rujuk carta aliran 1 perpindahan masuk pelajar.

2.0 Pertukaran Pelajar ke sekolah lain / luar negeri

2.1. Ibu bapa/waris bagi pelajar yang hendak bertukar perlu berjumpa pengetua/ PK HEM terlebih dahulu seterusnya mendapatkan borang pertukaran daripada pejabat . Broang yang dilengkapkan perlu dihantar ke pejabat untuk dipanjangkan ke PPD/ JPN.

Page 3: Fail Meja Guru

2.2. Murid tidak boleh bertukar sekolah selagi tiada jawapan dari PPD/ JPN. PK HEM akan memaklumkan tentang kelulusan rasmi dari pihak PPD/JPN

2.3. Pertukaran pelajar dan pemoongan nama daripada Jadual Kedatangan hanya dibuat setelah mendapat kelulusan pihak sekolah dan memastikan hanya ruangan catatan kedatangan saja dipotong . Jangan potong nama murid berkenaan seperti berikut:

Cara BetulMac 1 2 3 4 5 6 7Aisyah bt Syukri Berhenti mulai 6 . 3. 10

Carmen Lim Ji Bertukar ke SK Pitas mulai 3.3.12

2.4. Memastikan buku-buku SPBT dipulangkan ( jika pelajar ingin membawa bersama buku-buku tersebut minta pelajar mengisi borang yang disediakan oleh JK SPBT).

2.5. Pastikan semua bayaran sekolah dijelaskan. 2.6. Serahkan ke pejabat perkara-perkara berikut untuk tindakan:

a. Fail Peribadib. Kad 001 c. Kad Kesihatand. Buku Adabe. Peka Sains,PLBS,SBOA,PAFA,Fail KSSRf. Markah kokurikulum h. dan lain-lain yang berkenaan

3.0 Kehadiran

3.1 Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah mengisi borang pelaporan serta memaklumkan kepada Guru Disiplin selepas surat amaran diberikan berdasarkan jadual berikut:

Surat Hari Tidak Hadir (P)Berturut-turut

Hari Tidak Hadir (P)Bukan Berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke - 3 Pada hari ke - 10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas( Hari Ke - 11) Amaran Pertama (Hari Ke - 20)

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran(Hari Ke - 18) Kedua (Hari Ke - 40)

* Surat Tunjuk Sebab Setelah Cukup 31 Hari Setelah Cukup 60 Hari (Surat Berdaftar)

Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari * Buang Sekolah

60 hari* Buang Sekolah

3.2 Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diiisi dalam 3 salinan – untuk waris murid, fail sekolah dan fail register.

3.3 Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat daripada ibu bapa / penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama buku kedatangan.

3.4 Guru Kelas diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas surat-surat dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa didalam borang yang dibekalkan.

4.0 Tugas dan Tanggungjawab Guru Kelas dalam Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid

4.1 Buku Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen rasmi. Semua butir –butir murid

Page 4: Fail Meja Guru

perlu dilengkapkan dengan kemas, jelas dan tepat. Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang. Sebarang pembetulan hendaklah dipotong dengan satu garis yang kemas serta ditandatangani.

4.2 Guru akan menerima senarai nama murid dari Pengetua/Penolong Kanan bagi sesebuah kelas

4.3 Guru tingkatan perlu menyiapkan senarai kedatangan sementara seperti JKM sebenar selewat-lewatnya pada minggu akhir Januari.

4.4 Senarai nama mestilah ditulis mengikut abjad dan pastikan semua butiran berikut dilengkapkan

o Nama murido Jantinao Bilangan Sekolaho Tarikh Masuko Bangsao Agamao Nombor Kad Pengenalano Tarikh lahiro Nombor Surat Beranako Umur pada 1 Jan. tahun berkenaano Nama ibu bapa/penjagao Pertalian murid dengan ibu bapa/penjagao Alamat ibu bapa/penjagao No. telefon ibu bapa/penjagao Pekerjaan ibu bapa/penjaga

4.5 Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar Kemasukan Sekolah bagi murid baru, atau murid baru berpindah masuk ( Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada minggu pertama Februari). Bagi murid tahun 2 – 6 nombor bilangan sekolah boleh dirujuk dalam Jadual Kedatangan Murid tahun sebelumnya.

4.6 Semak semua butiran untuk memastikan tiada berlaku kesilapan sebelum menyalin senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam Buku Kedatangan sebenar dan SMM.

4.7 Guru perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan meletakkan semula Buku Kedatangan ke rak di Bilik GPK selewat-lewatnya pada masa kedua.

4.8 Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke bulan hadapan.

4.9 Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya.4.10Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama mengikut abjad,(susunan murid

lelaki didahulukan, diikuti murid perempuan).

4.11Guru kelas menandakan kedatangan dengan cara:

o Tandakan / untuk murid yang hadiro Tandakan O untuk murid yang tidak hadiro Tandakan L untuk murid yang lewato Tandakan P untuk murid yang pontengo Tandakan S untuk murid yang hadir dengan kenyataan.o Tandakan W untuk murid yang mewakili sekolah

4.12Jumlahkan kedatangan harian:o Jumlah murid yang tidak hadiro Jumlah murid yang hadiro Jumlah murid sepatutnya dalam kelas

4.14 Pada akhir bulan:o Jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaano Jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaano Jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaano Jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaano Jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan

berkenaano Menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang Ringkasan

Page 5: Fail Meja Guru

o Menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang Ringkasano Menulis peratus kedatangano Menulis hitung panjang kedatangano Menulis bilangan murid yang masuko Menulis bilangan murid yang keluaro Menulis bilangan murid pada akhir bulano Menulis hitung panjang ramai murido Tandatangan guru kelas

4.15Semakan Buku Kedatangan akan dibuat oleh penyelia tingkatan pada akhir setiap bulan. Borangsemakan diserahkan kepada PK HEM.

4.16Guru masa pertama akan mengambilalih tugas guru kelas apabila guru kelas tiada di sekolah. Guru kelas perlu memaklumkan kepada PK Pentadbiran sekiranya mempunyai maklumat awal ketiadaannya di sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal rasmi. Dalam keadaan di mana kedua-dua guru kelas atau penyelia tingkatan tiada di sekolah, Kaunselor akan mengambilalih tugas ini.

4.17Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikano Semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah dilengkapkano Semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan

Ditandatanganio Menyerahkan buku kedatangan ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan

5.0 Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam kelas

5.1 Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang lengkap dan melaporkan mengenai kerosakan dengan segera kepada pihak sekolah/ JK 3K supaya tindakan dapat diambil.

5.2 Mempastikan kelas sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, cantik serta selamat.

5.3 Melengkapkan borang dan memastikan perkara-perkara di dalam daftar inventori dipatuhi.

5.4 Memastikan peralatan dan perabot dalam kelas mencukupi jika tidak perlu dimaklumkan kepada Jawatankuasa Aset.

5.5 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang keselamatan di dalam kelas.

5.6 Menerima aduan pelajar , merekod dan mengambil tindakan.

5.7 Melaporkan kemalangan yang berlaku.

6.0 Disiplin

6.1 Guru Kelas dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan. Rujuk kes disiplin dan jenis kesalahahan / hukuman)

6.2 Guru kelas / guru mata pelajaran perlu melapor segera tentang sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

6.3 Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa waktu P & P dan membuat catatan di dalam Buku Laporan Disiplin. Jika tidak dapat diselesaikan bawa kes kepada guru kelas dan juga guru disiplin.

6.4 Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, sila minta kebenaran guru tersebut.

6.5 Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat daripada kaunselor.

6.6 Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar seperti rambut, kuku, tag nama, warna rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon bimbit.

Page 6: Fail Meja Guru

7.0 Kebenaran Keluar / Masuk Kelas

7.1 Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu sahaja menggunakan pas keluar.

7.2 Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya pelajar yang perlu sahaja dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya pelajar tidak menyalahgunakan masa yang merugikan mereka.

7.3 Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan pelajar lain keluar kelas. Jika berlaku juga mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata pelajaran berkenaan.

8.0 Kebersihan Dan Kekemasan Bilik Darjah

8.1 Memastikan kelas mempunyai carta organisasi kelas dan telah mempunyai jadual bertugas harian.

8.2 Guru perlu mengingatkan pelajar tentang kebersihan kelas iaitu sebelum 7.00 pagi. Seramai 5 orang pelajar yang dibertanggungjawab perlu berada di kelas untuk melaksanakan tugas.

8.3 Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam tong sampah (besar) atau di tempat buang sampah.

8.4 Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur dan kemas sepanjang masa.

8.5 ‘White Board’ hendaklah dibersihkan.

8.6 Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar menyusun kerusi meja, serta menutup suis dan pintu bilik darjah.

8.7 Semua bilik darjah hendaklah dihias dengan sempurna dan papan kenyataan dalam kelas hendaklah dipenuhi dengan artikel-artikel yang berunsurkan ilmu pengetahuan. Hiasan kelas boleh mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru.

8.8 Mempastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah dan wajib dilengkapi dengan :

a. Jadual waktu kelasb. Carta organisasi kelasc. Jadual bertugas muridd. Pelan kawad kebakarane. Visi dan misi sekolahf. Rukun negarag. Inventori bilik darjahh. Senarai nama pelajari. Peraturan kelas dan lain-lain bahan ilmiah mengikut subjek.

8.9 Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut :a. Penyapub. Bakul sampahc. Pemadamd. Penyodoke. Marker penf. Kain pengelap tingkap

9.0 Hal Ehwal Biasiswa dan bantuan

9.1 PK HEM akan memberikan senarai nama dan nombor biasiswa murid yang menerima biasiswa kepada guru-guru kelas setelah menerimanya daripada pihak JPN/ PPD.

9.2 Guru kelas perlu mengenalpasti pelajar yang memerlukan biasiswa atau bantuan lain dan menyerahkan senarai tersebut kepada PK HEM pada awal tahun dan akhir tahun jika pelajar ini masih belum mendapat apa-apa bantuan.

10.0 Fail Peribadi, Fail KSSR, Buku Adab, Buku Kesihatan dan Kad Pergigian

Page 7: Fail Meja Guru

10.1 Guru kelas harus memastikan semua pelajar mempunyai fail peribadi, fail KSSR, Buku Adab, kad kesihatan dan kad pergigian. Jika hilang minta murid beli daripada kedai buku sekolah.

10.2 Butiran peperiksaan perlu dilengkapkan seminggu selepas keputusan peperiksaan Pertengahan tahun dan akhir tahun di dalam Buku Adab.

11.0 Skim Insuran Takaful

11.1 Guru kelas perlu melaporkan dengan segera jika ada murid yang terlibat dalam sebarang kemalanan yang mengakibatkan kecederaan / kematian atau kemalangan biasa kepada PK HEM.

11.2 Aduan / laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera dan laporan bertulis hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari oleh PT kepada pihak Takaful.

11.3 Pengesahan / Laporan bertulis daripada pihak hospital perlu disertakan semasa permohonan tuntutan dibuat.

Page 8: Fail Meja Guru

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

CARTA ORGANISASI KELAS

Penolong Kanan Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelia Petang

GURU BESAR

PIBG

Panitia

KurikulumPentadbiran

Bahasa Inggeris

Matematik

Bahasa Malaysia

Sains

Pend. Islam P. Moral

P. Seni P. Muzik

Pemulihan

BBM

Kemahiran Hidup

Kajian Tempatan

Peperiksaan & Penilaian

Kelas Tambahan

Pusat Sumber

Bilik APD

Perpustakaan

Jadual WaktuJadual Ganti

SPBT

PengurusanStaff Pejabat

Perkembangan Staf

Pendaftaran / Rekod

Kebersihan & Keceriaan

KeselamatanProjek Khas

Bimbingan & Kaunseling

KurikulumSukan Tahunan

Permainan

P.Jasmani

RMT & Program Susu Sekolah

KewanganDisiplin & Pengawas

Inventori Kebajikan

Kesihatan

Bangunan & Selenggaraan

Maklumat Guru

Prasekolah

Bekalan

GuruStatistik /Data

Pentadbiran

Penyeliaan

Perancangan /PembangunanSekolah

Pencegahan Dadah

Badan Uniform

Kelab & Persatuan

Bola sepakBola JaringSepak takrawHokiBadminton

Lawatan MSS

Projek Khas

PengakapPBSMTunas PuteriPuteri Islam

B. MalaysiaB. InggerisMatematikSainsPen. IslamKebudayaan

KoKurikulum

Hal Ehwal Murid

Projek Khas

Projek Khas

Kantin

GURU KELAS

KETUA KELAS PENOLONG KETUA KELAS

SETIAUSAHABENDAHARIAJK

Page 9: Fail Meja Guru

1.0 OBJEKTIF GURU MATA PELAJARAN

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran.

1.2. Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

1.3. Memastikan target mata pelajaran bagi setiap peperiksaan tercapai.

1.4. Menanam nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

2.0 SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

2.1 Menyediakan rancangan pelajaran untuk tempoh setahun / harian bagi mata pelajaran yang diajar dalam Buku Rekod Mengajar.

2.2 Menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memahami pelajaran yang diajar.

2.3 Memeriksa buku latihan pelajar masing-masing dan memulangkan dengan segera selepas semakan / pemeriksaan untuk tugas selanjutnya. Pastikan pelajar membuat kerja pembetulan sebelum latihan selanjutnya.

2.4 Menggubal soalan peperiksaan prestasi.

2.5 Memeriksa skrip jawapan pelajar.

2.6 Memeriksa kerja kursus pelajar.

2.7 Menghantar buku latihan / buku aktiviti kepada pentadbir untuk semakan atau pemeriksaan apabila dikehendaki.

2.8 Memastikan keselamatan pelajar semasa menjalankan pengajaran di makmal atau semasa membuat kerja-kerja luar bilik darjah.

2.9 Menggunakan alat-alat bantuan mengajar dengan sistematik dan meluas. Guru hendaklah memastikan keselamatan alat-alat bantu mengajar dan membantu Guru Perpustakaan dan Media dalam menjaga keselamatan dan kebersihan dan kekemasan alat-alat

serta bilik sumber.

2.10 Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.

3.0 SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN

JAWATAN : GURU MATA PELAJARAN

Tugas Pegawai Atasan Yang Ada

Hubungan

Tugas dan Tanggungjawab

Kuasa Yang Diberi Tugas Pegawai-Pegawai Lain Yang Ada

Hubungan Serta Jenis Hubungan

1. Guru Besar – mengeluarkan arahan.

2. Penolong Kanan I – memastikan arahan dijalankan.

1.1. Menyediakan rancangan pelajaran.

1.2. Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

1.3. Memeriksa buku latihan pelajar.

1.4. Menggubal soalan peperiksaan prestasi.

Arahan Guru Besar

Arahan Guru Besar

Arahan Guru Besar

Arahan Guru Besar

1.1. Ketua Panitia.

1.2. Guru Mata Pelajaran

1.3. Ketua Panitia.

1.4. Guru Kelas / Koordinasi

1.5. Ketua Panitia.

1.6. Ketua Panitia.

1.7. Guru Pusat Sumber

Page 10: Fail Meja Guru

1.5. Memeriksa skrip jawapan pelajar.

1.6. Menghantar buku latihan/nota kepada Penolong Kanan.

1.7. Memastikan keselamatan pelajar semasa di makmal, dan kerja luar bilik darjah.

1.8. Menggunakan BBM dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1.9. Menghadiri kursus yang berkaitan.

Arahan Guru Besar

Arahan Guru Besar

Arahan Guru Besar

Arahan Guru Besar

Arahan Guru Besar

/ Penyelaras PSPN.

1.8. Pegawai yang berkenaan.

4.0. AKTIVITI SETIAP FUNGSI UTAMA GURU MATA PELAJARAN

4.1. PROSES KERJA MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN

JAWATAN PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Mendapatkan Buku Rekod Mengajar dari Pentadbir.

Mendapatkan sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran daripada Ketua Panitia.

Melengkapkan buku Rekod Mengajar berdasarkan rancangan tahunan dan harian.

Menyerahkan ke Pejabat setiap hujung minggu (Hari Jumaat).

Mengambil semula Buku Rekod Mengajar yang telah disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar.

Page 11: Fail Meja Guru

CARTA ALIRAN

Mula

Mendapatkan buku rekod mengajar.

Mendapatkan sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran

Melengkapkan buku rekod

Menyerahkan ke Pejabat.

Mengambil semula

Tamat

4.2. PROSES KERJA MENJALANKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JAWATAN PROSES KERJA

Guru Mata PelajaranMenulis rancangan pengajaran harian.

Masuk kelas mengikut jadual.

Ucap selamat dan doa.

Memastikan kelas dalam keadaaan bersih.

Menyemak kehadiran pelajar dan menanda dalam Buku Kedatangan.

Induksi set.

Memaklumkan tajuk dan objektif pengajaran pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.

Guru memberi soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar dan menilai

Page 12: Fail Meja Guru

pengajaran dan pembelajaran berkesan atau tidak.

Membimbing pelajar yang lemah dan yang tidak memahami konsep.

Menerapkan nilai-nilai murni.

Membuat tindak ikut seterusnya dengan memberi latihan tambahan dan kerja rumah.

Pelajar Ucapan terima kasih kepada guru.

CARTA ALIRAN

Mula

Menulis rancangan pengajaran

Guru masuk kelas mengikut jadual

Pelajar ucap selamat dan doa

Memastikan kelas bersih dan teratur

Arahkan Tidak Bersih dan teratur?pelajar bersihdan susun kelas Ya

Guru menyemak kehadiran pelajar

Memaklumkan tajuk dan objektif pengajaran

Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung

Bimbingan Tidak Objektif pengajaran tercapai?individu ataukumpulan Ya

Latihan dan pengukuhan

Menerapkan nilai murni

Membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran

Tindak ikut selanjutnya

Ucapan terima kasih kepada guru / Tamat4.3. PROSES KERJA MEMERIKSA BUKU LATIHAN PELAJAR

Page 13: Fail Meja Guru

JAWATAN PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Memberi latihan kepada pelajar mengikut tajuk

Mengumpul buku latihan pelajar.

Menyemak buku latihan pelajar.

Mengembalikan buku latihan kepada pelajar.

CARTA ALIRAN

Mula

Memberi latihan

Mengumpul buku latihan

Menyemak

TidakPenilaian

Pembetulan

Mengembalikan buku latihan pelajar

Page 14: Fail Meja Guru

Tamat

4.4. PROSES KERJA MENGGUBAL SOALAN PEPERIKSAAN

JAWATAN PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Menyediakan soalan mengikut format dan topik yang ditetapkan.

Menyerahkan soalan untuk disemak oleh Ketua Panitia.

Menyerahkan soalan ke Pejabat untuk diperbanyakkan.

Mengambil semula soalan yang telah diperbanyak.

Mengetip dan menyusun soalan mengikut bilangan pelajar dalam kelas.

Menyimpan soalan di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran.

Meletakkan soalan di bilik Penolong Kanan pada hari peperiksaan berlangsung.

CARTA ALIRAN

Page 15: Fail Meja Guru

Mula

Menyediakan soalan mengikut format dan topik

Menyerahkan soalan untuk disemak oleh Ketua Panitia

Menyerahkan soalan ke Pejabat untuk diperbanyak.

Mengambil semula soalan yang telah diperbanyak.

Mengetip dan menyusun soalan mengikut bilangan pelajar.

Menyimpan soalan di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran.

Meletakkan soalan di bilik Penolong Kanan pada hari peperiksaan berlangsung.

Tamat

4.5. PROSES KERJA MEMERIKSA SKRIP JAWAPAN PELAJAR

JAWATAN PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Mengambil skrip jawapan.

Menanda skrip jawapan pelajar.

Menyerahkan markah kepada guru kelas.

Menyerahkan skrip jawapan yang telah disemak kepada pelajar.

Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar.

Membuat tindakan susulan.

Page 16: Fail Meja Guru

CARTA ALIRAN

Mula

Mengambil skrip pelajar.

Menanda skrip jawapan pelajar.

Menyerahkan markah kepada guru kelas.

Menyerahkan skrip jawapan kepada pelajar.

KelemahanMengenal pasti kelemahan / kekuatan pelajar.

Pemulihan

Tamat

4.6. PROSES KERJA MENGHANTAR BUKU LATIHAN / NOTA KEPADA PENOLONG KANAN

Page 17: Fail Meja Guru

JAWATAN PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Memberi latihan kepada pelajar mengikut bilangan latihan yang ditetapkan.

Mengumpul semua buku latihan pelajar.

Menyemak dan membuat pengesahan.

Memilih sepuluh buah buku latihan berdasarkan yang lemah, sederhana, dan terbaik dari kelas masing-masing.

Menyerahkannya kepada penyemak ( Penolong Kanan ).

CARTA ALIRAN

Mula

Memberi latihan kepada pelajar.

Mengumpul semua buku latihan pelajar.

Menyemak dan membuat pengesahan.

Memilih sepuluh buah buku latihan.

Menyerahkan kepada penyemak.

Tamat

Page 18: Fail Meja Guru

4.8. MEMASTIKAN KESELAMATAN PELAJAR SEMASA DI MAKMAL, DAN KERJA LUAR BILIK DARJAH

JAWATAN

PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Mengarahkan pelajar berbaris di luar makmal.

Mengarahkan pelajar supaya membawa buku dan peralatan yang dibenarkan sahaja.

Mengarahkan pelajar mengambil dan menggunakan peralatan yang berkaitan sahaja.

Mengarahkan pelajar membersihkan semua peralatan / meja / bilik selepas digunakan.

Mengarahkan pelajar mengembalikan semula peralatan ke tempat asal.

Mengarahkan pelajar keluar secara beratur.

CARTA ALIRAN

Mula

Page 19: Fail Meja Guru

Mengarahkan pelajar berbaris di luar makmal.

Mengarahkan pelajar supaya membawa buku dan peralatan yang dibenarkan.

Mengarahkan pelajar mengambil / menggunakan peralatan yang berkaitan.

Mengarahkan pelajar membersihkan semua peralatan /meja / bilik selepas digunakan.

Mengarahkan pelajar mengembalikan semula peralatan ke tempat asal.

Tamat

4.9. PROSES KERJA MENGGUNAKAN BBM DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JAWATAN

PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Mengambil / membuat BBM dalam proses P&P (menyesuaikan dengan tajuk).

Menggunakan BBM yang bersesuaian dengan tajuk.

Menyimpan semula BBM di tempat yang dikhaskan.

Page 20: Fail Meja Guru

CARTA ALIRAN

Mula

Mengambil / menyediakan BBM.

Menggunakan BBM dalam proses P & P.

Menyimpan semula BBM di tempat yang dikhaskan.

Tamat

4.10. PROSES KERJA MENGHADIRI KURSUS YANG BERKAITAN

Page 21: Fail Meja Guru

JAWATAN

PROSES KERJA

Guru Mata Pelajaran

Mendapatkan surat arahan dari Guru Besar.

Menghadiri kursus mengikut tarikh yang ditetapkan.

Melapor / mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru lain.

CARTA ALIRAN

Mula

Mendapatkan surat arahan.

Menghadiri kursus mengikut tarikh.

Melapor / manik curai kepada Guru Besar / GPK

Mengadakan Kursus Dalaman. Mengedarkan bahan.

Tamat

Page 22: Fail Meja Guru

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

SLOGAN

‘ BERKUALITI DAN UNGGUL ‘

DASAR KUALITI

SK OKMP Paloh Bertekad Untuk Memastikan Pendidikan Dilaksanakan Secara Profesional, Efisen Dan Berkualiti Bagi Memenuhi Kepuasan Hati Pelanggan. Proses Ini Melibatkan Kerja Sepasukan, Kajian Semula Pengurusan

Dan Proses Penambahbaikan Yang Dilaksanakan Secara Menyeluruh Dan Berterusan.

OBJEKTIF KUALITI

Memastikan semua anggota dalam organisasi melaksanakan system pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memenuhi kepuasan hati dan kehendak pelanggan pada setiap masa.

Memastikan semua anggota dalam organisasi melakukan penambahbaikan yang berterusan di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk memenuhi kepuasan hati pelanggan.

Memastikan semua anggota dalam organisasi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri melalui proses latihan yang berterusan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.