25

FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

  • Upload
    doliem

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah
Page 2: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah
Page 3: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA DALAM PEMBELAJARAN MATA

PELAJARAN FIZIK

DI DAERAH KOTA SETAR

LIM SAW YONG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer

Serta Pendidikan ( Fizik )

Fakulti Pendidikan

Universiti teknologi Malaysia

Februari, 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : __________________________

Nama Penulis : LIM SAW YONG__________

Tarikh : __________________________

Page 5: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (LIM LEAN KIAT) dan ibu (CHEW WAT FOO) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuangan dalam kehidupan ini …..

Buatmu adik ( HENG YEONG, HENG GIAP, HENG WOEI) yang disayangi,

Mu amat bermakna dalam diri ini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua …..

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan

tidak akan kulupai …..

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

Akan kukenangi selamanya …..

Page 6: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

iv

PENGHARGAAN

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan

peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua

pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama

ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan iklas ini kepada penyelia tesis, Encik

Lokman Bin Mohd Tahir atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama daripada pihak pengetua dan guru-guru

Fizik terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat keluarga tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat

dihargai. Sekian, terima kasih.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

v

ABSTRAK

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan tinjauan bagi mengetahui faktor-faktor

penghubung tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima dalam

pembelajaran mata pelajaran Fizik di daerah Kota Setar. Objektif kajian bertujuan

mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan di kalangan pelajar dari segi

akedemik, sosial dan psikologi. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengetahui

perbezaan jantina pelajar berhubung dengan tekanan yang dihadapi semasa pembelajaran

dalam mata pelajaran Fizik. Kajian ini telah melibatkan 170 orang pelajar Tingkatan

Lima dari tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Setar, Kedah sebagai sampel

kajian. Soal selidik yang berskala Likert digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data

kajian dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif seperti peratus, mod dan frekuensi

dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi

11.5. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi tekanan

dalam pembelajaran mata pelajaran Fizik dan faktor psikologi dari aspek penghargaan

diri yang rendah merupakan faktor utama dalam menimbulkan tekanan pelajar. Hasil

analisis juga menunjukkan dalam faktor jantina, jantina perempuan pelajar mengalami

tekanan yang lebih berbanding dengan jantina lelaki dalam pembelajaran mata pelajaran

Fizik. Cadangan juga dikemukakan dan menjadi harapan penyelidik agar pihak keluarga,

sekolah, dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat dan membendung

isu yang memberikan kesan kepada proses pembelajaran pelajar.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

vi

ABSTRACT

The objectives of this descriptive study are to identify the factors stress that

affecting student’s performance in Form Five in studying of Physics. The objectives of

this research are to identify the factors of stress from the aspects of academic, social and

psychology. Besides focusing in the factors, research will looks into the different genders

affected by stress during the studying of Physics. This research involves 170 Form Five

students from 3 different secondary schools in the Kota Setar district, Kedah, as samples

for this research. Data were collected from respondents through questionnaires using

Likert scale items. Data’s are then analyzed by the SPSS (Statistical Package for the

Social Science) software, version 11.5, using simple statistics such as percentages, mod

and frequencies. Overall, the result shows that students do face stress during the studying

of Physics and factor psychology for aspect low self esteem proves to be the main factor

in correlation with stress. The results also show that female respondents are keener to

stress compared to male respondents during the studying of Physics. Suggestions also

forwarded by the researcher which is hope that parents, schools and the Ministry of

Education will look more seriously at this psychological effects to students learning

process.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SIMBOL xv

BAB I PENDAHULUAN MUKA SURAT 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

Page 10: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Tekanan 13

1.8.2 Dihadapi 14

1.8.3 Pelajar 14

1.8.4 Tingkatan 15

1.8.5 Pembelajaran 15

1.8.6 Fizik 16

1.8.7 Sekolah Menengah 16

1.8.9 Emosi 16

1.9 Penutup 17

BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 18

2.2 Faktor Akademik Dalam Tekanan 22

Pembelajaran Pelajar

2.2.1 Aspek Pembelajaran 22

2.2.2 Aspek Pengajaran Guru 23

2.2.3 Aspek Kekangan Masa 24

2.2.4 Aspek Prestasi Akademik 25

Rakan Sebaya

2.3 Faktor Sosial Dalam Tekanan 26

Pembelajaran

2.3.1 Aspek Keluarga 26

2.3.2 Aspek Jantina 27

Page 11: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

2.4 Faktor Psikologi Dalam 28

Tekanan Pembelajaran

2.4.1 Aspek Penghargaan Kendiri 28

2.5 Penutup 29

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Lokasi Kajian 32

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Prosedur Dan Tatacara Kajian 38

3.9 Penutup 39

BAB IV ANALISIS DATA

Page 12: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Latar Belakang 41

Responden

4.2.1 Jantina 41

4.2.2 Keputusan Percubaan Sijil 42

Pelajaran Malaysia (SPM)

4.3 AnalisisPersoalan Kajian 43

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 45

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 47

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 48

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 50

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 52

4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 53

4.3.7 Dapatan Persoalan Kajian 7 55

4.3.8 Dapatan Persoalan Kajian 8 56

4.4 Peratus Setuju Bagi keseluruhan Persoalan 57

Kajian

4.5 Penutup 60

BAB V RUMUSAN, CADANGAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Rumusan Kajian 61

5.3 Cadangan Kajian 63

5.4.1 Cadangan Kepada Kementerian 64

Page 13: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

Pendidikan Malaysia

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 64

5.4.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 65

5.4.4 Cadangan Kepada Para Pelajar 65

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 65

5.6 Penutup 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN A – F 73 - 91

Page 14: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

LAMPIRAN TAJUK

A. Borang Soal Selidik

B. Surat Pengesahan Soal Selidik

C. Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia

D. Surat Akuan Universiti Teknologi Malaysia (UTM )

E. Jadual Penentuan Saiz Sampel

F. Analisis Persoalan Kajian Lima Skala

Page 15: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Gejala Tekanan Mental 3

3.1 Pembahagian Item Mengikut Objektif Kajian 35

3.2 Tahap Pencapaian Tekanan Yang Dialami 38

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2 Keputusan Mata Pelajaran Fizik Dalam 42

Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM)

4.3 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, 45

Peratus Dan Mod Bagi Faktor Pembelajaran

4.4 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 47

Dan Mod Bagi Faktor Pengajaran Guru

4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi,Peratus Dan 49

Mod Bagi Faktor Kekangan Masa

4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 50

Dan Mod Bagi Faktor Prestasi Akademik Rakan Sebaya

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus Dan 52

Mod Bagi Faktor Keluarga

4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan 54

Peratus Bagi Faktor Perbezaan Jantina

4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 55

Dan Mod Bagi Faktor Penghargaan Diri Yang Rendah

4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan Mod 56

Bagi Penilaian Prestasi Keseluruhan Terhadap

Tekanan Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Fizik.

4.11 Peratus Setuju Bagi Maklumbalas Responden 57

Page 16: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

SENARAI SIMBOL

n - bilangan sampel

f - frekuensi

% - peratus

Page 17: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan bukan sahaja diharapkan akan mengeluarkan generasi pelajar

yang berpengetahuan, berdisiplin, bermaruah, berkemahiran dan berkeupayaan

menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat, tetapi juga mampu berkerjasama

membina kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan kepada Negara ( Ramlan, 1999

). Oleh kerana terdapat permintaan dalam pendidikan, sistem pendidikan ini akan

menyebabkan tekanan dan seterusnya mungkin menyebabkan punca masalah tingkah

laku ( Caspari, 1996 ).

Satu aspek yang penting dalam pengalaman persekolahan ialah proses menduduki

ujian atau peperiksaan yang diadakan pada setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun.

Markah yang diperolehi menjadi maklumat dan bahan tanggapan terhadap diri sendiri. (

Abu Bakar dan Salbiah, 1991 ) Hal ini berlaku kerana pelajar-pelajar biasanya

membanding-bandingkan markah yang diperolehi dengan markah yang diperolehi oleh

Page 18: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

rakan-rakannya. Pelajar juga akan membandingkan markah yang diperolehi dengan satu

tahap yang diingini dan dijangkakan.

Seorang pelajar yang sering memperolehi pencapaian akademik yang baik akan

berasa bangga terhadap sekolahnya, sentiasa gembira bila berada di sekolah dan

beranggapan bahawa pelajaran yang diajar oleh guru mudah untuk difahami. Pelajar ini

akan mempunyai sikap positif terhadap persekolahan ( Bloom, 1976 ), khususnya ia

mempunyai sikap positif terhadap sesuatu mata pelajaran, terhadap sekolah dan terhadap

diri ( Husen, 1967 ). Sebaliknya, pelajar yang mendapat pencapaian rendah merasa

dirinya serba kekurangan, pelajarannya dianggap susah untuk difahami, sering

mempunyai perasaan cemas bila berhadapan dengan guru dan rakan-rakan dan mereka

merasa tidak gembira bila berada di sekolah ( Atkinson dan Litwin, 1960). Pelajar ini

yakin tentang kekurangan dirinya dan bersikap negatif terhadap sesuatu mata pelajaran,

khususnya mengalami tekanan semasa pembelajaran.

Menurut Esa ( 2003 ), tekanan membawa dua maksud iaitu perkara yang

menyebabkan seseorang itu berasa tertekan atau dikenali sebagai stressaurs. Tekanan

juga boleh membawa reaksi indivudu apabila berhadapan dengan perkara yang

mendatangkan tekanan yakni melibatkan perubahan pada sistem autonomic seperti

pertambahan gerak jantung, perubahan sistem endokrin seperti pertambahan hormon

adrenalina dan juga perubahan pada kesan psikologikal seperti berasa diri dibelenggu.

Antara peristiwa yang boleh menyebabkan seseorang remaja mengalami tekanan

ialah :

I. Persaingan mengejar tempat dalam dunia akademik.

II. Keresahan dalam mendapatkan pasangan hidup.

III. Tekanan dan himpitan pengaruh rakan-rakan.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

IV. Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.

V. Kekaburan dan kekeliruan matlamat hidup.

VI. Ibu bapa yang sering bergaruh dan menghadapi krisis.

Sebenarnya, tekanan bukan perkataan yang menjijikkan malah perkataan ini

memotivasikan. Tekanan didefinisikan sebagai penukaran pada fizikal dan minda akibat

permintaan dan perubahan kehidupan. Ini disebabkan oleh hasil interaksi antara

peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu ( Brecht, 1996 ).

Tekanan mungkin berlaku dari tiga faktor utama : fizikal anda, minda dan sosial

atau alam persekitaran ( Abd Fatah, 2001 ).Ada beberapa gejala yang menandakan mental

anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah :

Jadual 1.1 : Gejala tekanan mental

Perubahan Fizikal

Berpeluh pada tangan dan badan

Sering rasa dada berdebar

Menggeletar,kering mulut dan

kerongkong

Mudah merasa letih

Kerap kecing

Sukar untuk tidur

Masalah menghadzaman seperti loya,

muntah, cirit-birit, sembelit

Sakit kepala dan leher

Sakit-sakit sendi dan badan

Mudah diserang penyakit

Page 20: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

Tingkah Laku

Tabiat merokok yang meningkat

Penggunaan alkohol dan dadah sebagai

cara mendapat mengurangkan masalah

Hilang selera makan atau makan

berlebihan

Mudah cuai dan sering terbabit dalam

kemalangan

Mudah terkejut

Bertindak secara impulsif dan agresif

Perasaan

Merasa bimbang

Merasa cepat marah

Merasa lemah semangat

Merasa tidak tenteram dan gelisah

Fikiran

Bimbang terhadap masa depan

Kurang daya tumpuan

Menjadi mudah lupa

Fikiran tertumpu pada masalah tempat

kerja

Takut gagal

Rendah harga diri

Sosial atau Alam Persekitaran

Keadaan tempat yang sangat sibuk dan

bising

Pergaulan dalam masyarakat yang tidak

menggalakkan

Perkara yang boleh menakutkan

keselamatan diri

( Terbitan Bulanan Untuk Promosi Kesihatan Mental, Hospital Bukit Pandang)Mental ,

Hospital Bukit

Page 21: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

Walau bagaimanapun, kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah,

dihapuskan atau dikurangkan. Sehubungan dengan itu sekolah, ibu bapa dan masyarakat

perlu sehaluan dan bergabung tenaga dalam menangani masalah tekanan pelajar.

Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana

yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang

kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan

kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi perketi yang luhur ( Mahathir, 1991 ).

1.2 Latar Belakang Masalah

Kejayaan Yap Sui Lin mendapat 16 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

( SPM ) adalah satu sejarah. Inilah kali pertama sebegitu banyak subjek diambil oleh

seorang pelajar dan kesemuanya mencatat gred A. Selama beberapa hari, media-media

utama memuatkan berita pelajar Sekolah Perempuan Kuen Cheng, Kuala Lumpur itu.

Ramai yang tersentuh dengan kesungguhan dan kisah luar biasa Sui Lin. ( Mohd Zuki,

2003 )

Namun di tengah-tengah kegembiraan ada duka yang melanda J.Leethumy, juga

seorang pelajar yang baru memperoleh keputusan SPM, dijumpai mati tergantung dalam

bilik di rumahnya, dipercayai membunuh diri. Dia dikatakan berduka kerana mendapat

sekadar lulus bagi kertas Bahasa Melayu. Sebenarnya keputusan Lecthumy tidak buruk.

Dia mendapat A1 bagi Bahasa Inggeris dan Matematik manakala bagi subjek lain dia

mendapat kredit ( Mohd Zuki, 2003 ).

Page 22: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

Mati dan tertekan kerana SPM? Ia satu tragedi, sebenarnya. Dunia hari ini hanya

menyukai yang menang dan yang tewas langsung tidak diterima. Kita telah sampai ke

peringkat yang mana telah ditetapkan bahawa tidak sesiapa sepatutnya membuat

kesilapan dan orang yang membuat kesilapan pastinya menerima hukuman.

Sistem pendidikan dunia kini sudah bertukar, anak-anak dididik bukan untuk

tujuan yang bersifat moral, tetapi lebih atas alasan ekonomi. Mereka dilatih untuk

menjadi “mesin pencetak wang” belaka. Situasi ini memberi tekanan hebat. Malah,

bilangan pelajar-pelajar sekolah yang membunuh diri di Jepun dilaporkan kian meningkat

berikutan gejala ini ( Mohd Zuki, 2003 ).

Semasa di Tingkatan Satu hingga Tiga, pelajar mempelajari sains secara umum,

iaitu sains adalah satu mata pelajaran yang terdiri daripada kombinasi Fizik, Kimia dan

Biologi. Tetapi dalam Tingkatan Empat dan Lima, pelajar aliran sains akan mempelajari

sains tulen, iaitu mempelajari Fizik, Kimia dan Biologi sebagai satu-satu mata pelajaran

berasingan ( Frank dan Tamby Subahan,1982).

Mata pelajaran Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh

dua tahun untuk murid Tingkatan Empat dan Lima. Ia dirancang untuk membolehkan

murid memahami konsep dan prinsip Fizik dengan lebih mendalam serta aplikasinya

dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas

pendidikan Fizik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik dan bidang yang

berkaitan dengan Fizik di peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu murid mendapat

persediaan untuk membolehkan mereka menceburi diri dalam berbagai bidang kerjaya

yang berorientasikan sains dan teknologi ( Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM,

2001 ).

Page 23: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

Dalam ketiga-tiga mata pelajaran sains tulen ini, sifat ilmu Fizik yang abstrak ini

telah diperkaitkan dengan kesulitan mempelajari Fizik ( Khalijah, 1998 ). Oleh itu,

keseriusan dalam proses membina kemahiran berfikir dalam ilmu Fizik ini dikatakan

telah menimbulkan tekanan pelajar dalam mempelajari ilmu Fizik.

Yang lebih mendatangkan masalah ialah tekanan ini turut digunakan ke atas

pelajar-pelajar dari kelas pertengahan yang dikategorikan sebagai sederhana sahaja

pencapaiannya. Ramai di kalangan ibu bapa daripada golongan ini menaruh harapan

tinggi dan mendesak anak-anak untuk menjadi cemerlang dengan menghantar mereka ke

pusat-pusat tuisyen. Namun, harapan yang terlampau tinggi serta tekanan persekitaran

akan menyebabkan banyak masalah lain muncul. Pelajar berkenaan mungkin akan

berjaya mencapai tahap keputusan peperiksaan yang diharapkan tetapi emosinya amat

tertekan.

Ada kemungkinan juga, pelajar berkenaan gagal mencapai seperti yang dicita-

citakan dan dia mungkin bertindak buruk kerana terlampau kecewa. Tidak mustahil ada

pelajar yang sanggup membunuh diri apabila berdepan dengan situasi ini.

Selepas 46 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan di negara

ini sudah banyak berubah. Adakah sistem yang ada ketika ini cukup sempurna dalam

melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam jasmani, emosi, intelek dan rohani? Ini

merupakan perkara yang perlu diprihatin oleh semua pihak.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Mcquade dan Aikman ( 1987 ), stress yang menghantui masyarakat kita

adalah stress yang subjektif. Ia bukan merupakan “pistol” yang mengacu ke arah kita tapi

kitalah yang merasa cemas akan ditodong. Ia bukan merupakan rasa takut akan

persaingan yang nyata tetapi sebuah memo bernada tajam yang beredar ke seluruh badan,

kita bukan takut akan gejala-gejala difteria yang timbul tetapi kita merasakan suatu

kecemasan terhadap anak kita yang sedang urak-urakan di luar rumah dan dengan

demikian mengundang kehancuran baginya. Masalah-masalah tersebut tidak dapat kita

lawan dengan respons badaniah, tetapi secara terus menerus kita mengadakan perlawanan

dan akibatnya kita tidak saja tercekik oleh persoalan-persoalan tetapi juga terlibat oleh

respons kita. Adakah kita dapat mengubah respons kita itu? Dalam kajian ini, penyelidik

ingin mengkaji faktor-faktor penyumbang tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar

Tingkatan Lima dalam pembelajaran mata pelajaran Fizik. Penyelidik cuba meninjau

tanggapan pelajar-pelajar terhadap tahap tekanan yang dialami. Tahap tekanan yang

dialami dalam pembelajaran mata pelajaran Fizik adalah berkaitan dengan faktor-faktor

seperti akademik, sosial dan psikologi.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor penyumbang tekanan yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar di Tingkatan Lima dalam pembelajaran Fizik dan perkara

yang berkaitan dengan masalah ini. Untuk tujuan tersebut, beberapa persoalan telah

diberi keutamaan dan akan cuba dijawab oleh responden.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN … · 2005-02-05 · 1.8.4 Tingkatan 15 1.8.5 Pembelajaran 15 1.8.6 Fizik 16 1.8.7 Sekolah Menengah

Persoalan-persoalan tersebut ialah :

Faktor akademik :

i. Adakah aspek pembelajaran menjadi punca tekanan pelajar dalam pembelajaran

Fizik ?

ii. Adakah aspek pengajaran guru menjadikan pelajar itu tertekan ?

iii. Adakah aspek kekangan masa menjadi punca tekanan pelajar dalam pembelajaran

Fizik ?

iv. Adakah aspek prestasi akademik rakan sebaya menjadikan pelajar tertekan?

Faktor sosial :

v. Adakah aspek keluarga menjadi punca tekanan pelajar dalam pembelajaran Fizik

?

vi. Adakah terdapat apek perbezaan jantina berhubung dengan tekanan yang dialami

oleh pelajar-pelajar?

Faktor psikologi :

vii. Adakah aspek penghargaan diri yang rendah dalam bidang akademik telah

menyebabkan pelajar itu tertekan ?