31
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELATIH DI PUSAT LATIHAN GIATMARA NEGERI JOHOR MOHD HILMI BIN ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

  • Upload
    vokien

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELATIH DI

PUSAT LATIHAN GIATMARA NEGERI JOHOR

MOHD HILMI BIN ISA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELATIH DI

PUSAT GIATMARA NEGERI JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya MOHD HILMI BIN ISA

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 78, LORONG 30, TAMAN TAS,

25150KUANTAN, PAHANG

DR AMIRMUDIN BIN UDIN

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

i

“Saya akui karya ini saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”.

Tandatangan : ………………………………. Penyelia : DR. AMIRMUDIN BIN UDIN Tarikh : 6 JULAI 2012

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELATIH DI

PUSAT GIATMARA NEGERI JOHOR

MOHD HILMI BIN ISA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Julai 2012

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penulis : Mohd Hilmi bin Isa

Tarikh : 6 JULAI 2012

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

iii

DEDIKASI

Ditujukan Khas Buat Dr. Amirmudin Bin Udin

pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu

Bonda dan ayahanda yang disayangi, Isa bin Mohamad Dawam

&

Naterah binti Abas

Yang sentiasa memberi sokongan

Untuk ku meneruskan perjuangan ini

Kekanda Serta Adinda Tersayang Nur Sharnida Marliza

Amirul Azizi

yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan

agar menjadi insan cemerlang

Teman-teman seperjuangan

Terima kasih diatas bantuan dan doa ikhlas dari kalian.

Semoga Allah jualah yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya maka

Projek Sarjana ini dapat disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dr. Amirmudin bin Udin selaku

pensyarah bimbingan di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan kepada

saya untuk menyiapkan projek ini.

Buat seluruh cendekiawan Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih

diucapkan atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan dikenang sepanjang

masa.

Rakaman terima kasih juga kepada rakan seperjuangan dan individu yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan projek ini. Semoga

Allah SWT membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

Wassalam

Mohd Hilmi bin Isa

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

v

ABSTRAK

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) kini sedang meniti era

transformasinya kearah pendidikan yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Mengarusperdanakan pendidikan dan latihan vokasional antara lain bertujuan untuk

memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia ke arah status negara

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Golongan sasaran diyakini akan

memperolehi kemahiran terbaik melalui pelbagai jenis program latihan yang disediakan.

Namun, apalah gunanya slogan dan sepanduk jika terdapat program yang ditawarkan

kurang mendapat sambutan. Kajian yang dijalankan di Pusat Giatmara sekitar Negeri

Johor ini telah memfokuskan tiga faktor yang mempengaruhi enrolmen di kalangan

pelajar yang dikategorikan sebagai faktor-faktor luaran yang terdiri daripada faktor

individu yang signifikan, faktor ciri-ciri tetap kolej dan faktor usaha kolej untuk

berkomunikasi dengan pelajar oleh Chapman (1981). Selain itu, penyelidik juga

memfokuskan kajian ini kepada peringkat pencarian maklumat serta peringkat

kemasukan ke kolej di dalam Model Proses Pemilihan Kolej oleh Hossler dan Gallagher

(1987) bagi mengkaji permasalahan ini. Dapatan kajian mendapati bahawa ketiga-tiga

faktor luaran ini iaitu pengaruh individu yang signifikan, ciri tetap kolej dan usaha kolej

untuk berkomunikasi dengan pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai min

sebanyak 3.21, 3.56 dan 3.30.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

vi

ABSTRACT

Technical and Vocational Education (TVE) is currently in its era of

transformation towards a more competitive and better quality education. Mainstreaming

vocational education and training, aimed to accelerate the development of world-class

human capital in achieving the status of high-income country by 2020. The target group

is believed to gain the best skills through a variety of training programs provided.

However, what's the point of slogans and banners if the programs offered get a lack of

responses among its target group. This study has been conducted at Pusat Giatmara

around the State of Johor and has focused on three factors that influenced the

enrollment among students which is also known as the external factors including

significant person, college characteristics and college efforts to communicate with

students by Chapman (1981). Besides, the researcher also employed two stages from the

model of College Choice Process by Hossler and Gallagher which are information

searching and college entry to examine this issue. As the results, those three external

factors are at the moderate level with the mean value of 3.21, 3.56 and 3.30.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

viii

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Kerangka Konsep Kajian 12

1.10 Definisi Istilah 16

1.10.1 Enrolmen 16

1.10.2 Faktor-Faktor Luaran 16

1.10.3 Individu Yang Signifikan 17

1.10.4 Ciri Tetap Kolej 17

1.10.5 Komunikasi 17

1.10.6 Pelatih 18

1.10 Rumusan 18

BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 19

2.2 Kepentingan Kajian Pemilihan Kolej 19

2.3 Model Pemilihan Kolej 20

2.3.1 Model Pemilihan Kolej di Kalangan

Pelajar 22

2.3.1.1 Pengaruh Individu Yang Signifikan 23

2.3.1.1.1 Ibu Bapa 24

2.3.1.1.2 Rakan-rakan 27

2.3.1.1.3 Kaunselor Sekolah 28

2.3.1.2 Ciri-ciri Tetap Kolej 32

2.3.1.2.1 Lokasi 32

2.3.1.2.2 Program Akademik

Yang Ditawarkan 33

2.3.1.2.3 Reputasi Kolej 33

2.3.1.2.4 Bantuan Kewangan 35

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

ix

2.3.1.2.5 Peluang Untuk

Mendapat Pekerjaan

Selepas Tamat Belajar 35

2.3.1.2.6 Kemudahan

Pembelajaran 36

2.3.1.3 Usaha Kolej Untuk

Berkomunikasi Dengan Pelajar 37

2.3.1.3.1 Informasi Bertulis dan

Pengiklanan 38

2.3.1.3.2 Lawatan dan Pameran 38

2.3.2 Model Proses Pemilihan Kolej 43

2.3.3 Faktor Demografi 44

2.3.3.1 Faktor Umur 44

2.3.3.2 Faktor Kelulusan Akademik

Tertinggi 45

2.3.3.3 Pendapatan Ibu Bapa Sebulan 46

2.3.3.4 Faktor Tempat Tinggal 47

2.4 Rumusan 48

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 49

3.2 Rekabentuk Kajian 49

3.3 Tempat Kajian 50

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 50

3.5 Instrumen Kajian 51

3.5.1 Bahagian A 52

3.6.2 Bahagian B dan Bahagian C 53

3.6 Kesahan Kandungan Instrumen 54

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

x

3.7 Kajian Rintis 55

3.8 Prosedur Kajian 57

3.9 Kaedah Penganalisaan Data 59

3.10 Andaian Kajian 60

3.11 Rumusan 60

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 61

4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden 61

4.2.1 Kursus yang Diikuti 62

4.2.2 Umur 63

4.2.3 Tempat Tinggal 63

4.2.4 Kelulusan Akademik Tertinggi 64

4.2.5 Pendapatan Ibu Bapa (Sebulan) 65

4.3 Bahagian B dan C: Analisis Data Persoalan Kajian 65

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 66

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 68

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 72

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 74

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 75

4.3.6 Analisis Persoalan Kajian 6 76

4.3.7 Analisis Persoalan Kajian 7 76

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 78

4.5 Rumusan 80

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

xi

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 82

5.2.1 Bahagian B dan C 82

5.2.1.1 Faktor Individu yang Signifikan 83

5.2.1.2 Faktor Ciri-Ciri Tetap Kolej 83

5.2.1.3 Faktor Usaha Pihak Kolej Untuk

Berkomunikasi dengan Pelajar 84

5.2.1.4 Perbezaan Signifikan Diantara

Faktor-Faktor Luaran dengan

Faktor Umur 85

5.2.1.5 Perbezaan Signifikan Diantara

Faktor-Faktor Luaran dengan

Faktor Tempat Tinggal 85

5.2.1.6 Perbezaan Signifikan Diantara

Faktor-Faktor Luaran dengan

Faktor Kelulusan Akademik

Tertinggi 86

5.2.1.7 Perbezaan Signifikan Diantara

Faktor-Faktor Luaran dengan

Faktor Pendapatan Ibu Bapa

Sebulan 86

5.3 Rumusan Keseluruhan 87

5.4 Cadangan Kajian 89

5.4.1 Kaunselor sekolah 89

5.4.2 Penjenamaan Semula Pusat Giatmara 89

5.4.3 Mendekatkan Pusat Giatmara Dengan

Ahli Komuniti Setempat 90

5.4.4 Pengiklanan 91

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

xii

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.6 Rumusan 92

BIBLIOGRAFI 93

Lampiran A-D 100-128

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

HALAMAN

1.1 Maklumat Pengambilan Pelatih 2011 Bagi Kursus

yang Mengalami Kekurangan Pelajar Mengikut

Giatmara Di Negeri Johor

5

3.1 Bilangan Pelatih Mengikut Pusat Giatmara yang

Dipilih Sebagai Sampel Kajian

51

3.2 Taburan Item Mengikut Latar Belakang Responden 53

3.3 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 53

3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert Bagi Bahagian B

dan C

54

3.5 Tafsiran Nilai Alpha Cronbach 56

3.6 Tahap Bagi Nilai Min 59

3.7 Jadual Pengelasan Likert 59

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 62

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 63

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 63

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik

Tertinggi Sebelum Mengikuti Latihan Kemahiran di

Giatmara

64

4.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa

(Sebulan)

65

4.6 Lima Pilihan Jawapan Berdasarkan Skala Likert 66

4.7 Taburan Responden Mengikut Faktor Individu yang

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

xiv

Signifikan 67

4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor Ciri-ciri Tetap

Kolej

69

4.9 Taburan Responden Mengikut Faktor Usaha Pihak

Kolej Untuk Berkomunikasi Dengan Pelajar

73

4.10 ANOVA Antara Umur Dengan Faktor-Faktor Luaran

yang Mempengaruhi Proses Enrolmen

75

4.11 ANOVA Antara Tempat Tinggal Dengan Faktor-

Faktor Luaran yang Mempengaruhi Proses Enrolmen

75

4.12 ANOVA Antara Kelulusan Akademik Tertinggi

Dengan Faktor-Faktor Luaran yang Mempengaruhi

Proses Enrolmen

76

4.13 ANOVA Antara Pendapatan Ibu Bapa (Sebulan)

Dengan Faktor-Faktor Luaran yang Mempengaruhi

Proses Enrolmen

77

4.14 Peratusan dan Min Responden Secara Keseluruhan 78

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1

Kerangka Konsep Gabungan Model Pemilihan Kolej

Di Kalangan Pelajar oleh Chapman (1981) dan Model

Proses Kemasukan Kolej oleh Hossler dan Gallagher

(1987)

13

2.1 Model Pemilihan Kolej di Kalangan Pelajar oleh

Chapman (1981)

23

2.2 Model Proses Kemasukan Kolej oleh Hossler dan

Gallagher (1987)

43

3.1 Kerangka Kajian 58

5.1 Kerangka Pendidikan Giatmara 90

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

xvi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

MARA - Majlis Amanah Rakyat

PGM - Pusat Giatmara

TVET - Technical and Vocational Education and Training

UNESCO - United Nations Educational, Scientific And Cultural Organization

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

RMK9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

MPV - Matapelajaran Vokasional

MARA - Majlis Amanah Rakyat

JMTI - Institut Teknikal Jepun-Malaysia

ADTEC - Pusat Latihan Teknologi Tinggi

ILP - Institut Latihan Perindustrian

UiTM - Universiti Teknologi Mara

MRSM - Maktab Rendah Sains Mara

IKM - Institut Kemahiran Mara

KPM - Kolej Profesional Mara

ABM - Akedemi Binaan Malaysia

CIDB - Construction Industry Development Board

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

EPPS - Skala Keutamaan Personal Edward

SPSS - Statistical Pakages for Social Sciences

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Pengesahan Status Pelajar 100

B Borang Kesahan Kandungan Soal Selidik 101

C Set Soal Selidik 102

D Hasil Data Analisis SPSS 108

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELATIH PUSAT

GIATMARA NEGERI JOHOR

MOHD HILMI BIN ISA

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Julai 2012

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan Pendidikan Teknik dan

Vokasional (PTV) salah satu agenda utama negara terutama sekali dalam mengejar

cita-cita menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Melalui perspektif baru yang

cuba diterapkan oleh pihak kerajaan, PTV kini sedang meniti era transformasinya ke

arah pendidikan yang lebih berkualiti dan berdaya saing. Walaupun dahulunya PTV

sering dianggap sebagai suatu bentuk latihan dan bukan bercorak pendidikan oleh

kebanyakan orang termasuklah warga pendidik (Yahya Emat, 2005), namun kini ia

sudah mula berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pendidikan arus

perdana.

Malaysia juga merancang untuk memesatkan pembangunan modal insan

bertaraf dunia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi dengan

melaksanakan langkah-langkah tertentu dan salah satu daripadanya adalah

mengarusperdanakan latihan kemahiran (Unit Perancang Ekonomi, 2010). Tetapi

mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa pendidikan yang dahulunya dianggap

sebagai pilihan kedua ini boleh dijadikan tiket untuk Malaysia berada di gelanggang

negara-negara maju kelak.

Jawapannya terletak kepada keunikan yang dimiliki oleh PTV itu sendiri.

Seperti mana yang kita ketahui, PTV merupakan pendidikan yang berteraskan

pekerjaan di mana para pelajar akan dididik dan dilatih untuk memenuhi kehendak

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

2

industri dan pekerjaan yang ingin mereka ceburi. Dalam sistem PTV ini visi

utamanya bukanlah hanya untuk menjana kecerdasan minda para pelajar semata-mata

malah, ia lebih menekankan tentang bagaimana para pelajar dapat menzahirkannya

melalui perbuatan mereka.

PTV juga memberi dimensi baru kepada maksud perkataan pandai itu sendiri.

Berbeza dengan pendidikan arus perdana, PTV tidak hanya melihat keputusan atau

pencapaian akademik para pelajarnya sahaja, tetapi keterampilan pelajar dalam

melakukan sesuatu dengan jayanya lebih diberi perhatian. Dengan kata lain, “pandai”

itu tidak hanya boleh dinilai melalui gred yang baik tetapi ia juga dapat dinilai melalui

perbuatan atau kerja yang dilakukan oleh pelajar itu. Jelaslah bahawa PTV

mendukung penuh Dasar Modal Insan yang diterajui kerajaan dimana mereka tidak

hanya menilai pelajar dari segi kualiti akal sahaja tetapi kualiti kemahiran turut

diambil kira. Oleh itu, potensi PTV tidak harus diperkecilkan dalam membangunkan

sumber manusia demi pembangunan negara Malaysia yang maju.

Maka, jelaslah bahawa pelestarian terhadap kursus-kursus yang ditawarkan

oleh institusi-institusi PTV adalah amat perlu bagi memastikan sumber tenaga kerja

dan modal insan yang berkualiti dapat terus dihasilkan. Amatlah rugi jika kursus-

kursus yang telah ditawarkan ini terpaksa dimansuhkan hanya kerana enrolmen

pelajar menurun dari tahun ke tahun. Pelbagai usaha boleh dijalankan bagi menarik

semula minat masyarakat terhadap kursus-kursus tersebut. Pemansuhan kursus

bukanlah selalunya jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Wawasan 2020 merupakan cita-cita agung negara kita ke arah mencapai

matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang serba canggih dan mampu bersaing

di peringkat global. Keunikan wawasan 2020 ini terletak pada visinya yang tidak

hanya menumpukan pada kemajuan ekonominya sahaja, tetapi ia juga mencakupi

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

3

aspek politik, sosial, rohani, psikologi dan juga budaya (Kementerian Penerangan

Malaysia, 2011). Lebih unik, apabila Mahathir Mohamad (1991) dalam kertas

kerjanya “Malaysia: The Way Forward” telah menyatakan bahawa kemajuan yang

harus dicipta dalam Wawasan 2020 ini tidak perlu ditiru dari mana-mana negara maju

yang lain tetapi haruslah mengikut acuan kita sendiri.

Tempoh masa 30 tahun yang kita ada sebelum ini tidak pernah disia-siakan

oleh kerajaan. Usaha-usaha yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pihak

kerajaan begitu komited dalam merealisasikan Wawasan 2020 ini. Kini, dengan

berbaki hanya sembilan tahun sahaja lagi, Malaysia berada di fasa yang amat genting.

Oleh itu, pelbagai inisiatif serta pelan transformasi telah dijalankan oleh kerajaan bagi

membentuk rakyat Malaysia untuk menjadi masyarakat yang demokratis, liberal, adil

dan saksama ekonominya, progresif dan makmur serta dapat menguasai ekonomi

yang mampu bersaing, dinamis, dan mempunyai daya tahan disamping memiliki nilai-

nilai moral yang utuh (Mahathir Mohamad, 1991).

Oleh itu, reformasi dalam pendidikan dilihat sebagai jalan yang terbaik bagi

mewujudkan masyarakat Malaysia seperti yang dinyatakan di atas. Untuk tujuan itu,

bidang pendidikan juga harus turut serta menjalani era transformasinya yang

tersendiri. Sebagai contoh, mengarusperdanakan pendidikan teknik dan latihan

vokasional yang lantang disuarakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran

merupakan salah satu usaha yang antara lain bertujuan untuk memesatkan

pembangunan modal insan bertaraf dunia ke arah status negara berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2020. Golongan sasaran diyakini akan memperolehi kemahiran

terbaik melalui pelbagai jenis program latihan yang disediakan. Namun, apalah

gunanya slogan dan sepanduk jika terdapat program yang ditawarkan kurang

mendapat sambutan.

Walaupun terdapat kolaborasi yang dijalankan dalam pembangunan kurikulum

PTV sebagai salah satu usaha dalam penjagaan kualiti bagi meningkatkan minat

pelajar untuk menyertai program-program yang ditawarkan, namun didapati bahawa

masih terdapat kekurangan dari segi penyertaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

4

Sebagai contoh dalam bidang sains dan teknologi, data pada tahun 2000 menunjukkan

bahawa cuma 17.5% sahaja pelajar peringkat diploma berada dalam jurusan sains dan

25.8% di bidang teknikal. Manakala di peringkat ijazah pula, hanya 35.63% pelajar

berada dalam jurusan yang berkaitan sains dan teknologi (Norliza dan Sufean, 2009).

Senario yang hampir sama juga berlaku di Pusat Giatmara sekitar Negeri

Johor. Jika dirujuk kepada maklumat pengambilan pelatih sesi Januari 2011,

sejumlah 14 daripada 20 jenis kursus yang ditawarkan mengalami masalah

kekurangan pelatih (Giatmara, 2011). Masalah ini bukanlah sesuatu yang boleh

dipandang remeh kerana perkara ini bukan sahaja akan mengundang lebih ramai

pekerja asing masuk ke negara ini, malah ia juga ia akan menjejaskan bekalan modal

insan yang berkualiti dalam bidang-bidang tersebut (Akhmal Annas, 2010).

Dalam Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh Abdullah Haji Ahmad

Badawi ada menyatakan bahawa sejumlah RM47.7 bilion, yang merupakan 23 peratus

daripada Bajet 2009, telah diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan. Sejumlah

RM2.4 bilion diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta menjalankan

program latihan dan kemahiran. Melalui bajet ini, pihak kerajaan juga berhasrat agar

jumlah enrolmen dapat dipertingkatkan daripada 112 ribu kepada 120 ribu pelajar.

Sejumlah RM360 juta disediakan bagi membiayai projek Institut Kemahiran MARA

dan Institut Kemahiran Tinggi MARA, projek Kolej Pelajaran Mara dan projek

Giatmara. Bagi membantu pelatih Giatmara, elaun bulanan akan dinaikkan daripada

RM100 kepada RM200 (Bajet 2009).

Jumlah wang yang telah diperuntukkan untuk Giatmara begitu besar dan ini

menandakan kerajaan meletakkan hasrat yang tinggi bagi badan ini untuk

merealisasikan pembangunan modal insan yang menjadi tunjang kepada

pembangunan negara. Pelbagai insentif telah disediakan bagi menarik minat

golongan belia untuk medaftar di Giatmara termasuklah meningkatkan elaun bulanan

daripada RM100 ke RM200. Namun, berdasarkan statistik terkini, hal ini tidak

berlaku seperti yang dirancang.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

5

Jadual 1.1: Maklumat Pengambilan Pelatih 2011 Bagi Kursus yang Mengalami

Kekurangan Pelajar Mengikut Giatmara Di Negeri Johor

Giatmara

Kursus

Tentera

Jantina

Jumlah

yang

Mendaftar

Jumlah

Maksimum

Bagi Setiap

Kursus

L P

Tebrau PEL04 0 17 0 17 20

Pengerang PPU05 0 10 0 10 20

Labis

PEL04 3 8 0 11 20

EAV09 0 1 2 3 20

Prima P. Gudang GDA27 0 6 7 13 20

Tg. Piai (Pontian)

IMT01 0 13 0 13 20

KFL02 0 14 0 14 20

PEM19 0 12 0 12 20

Pontian (Sg. Benut)

TAF06 0 19 0 19 24

BMK07 0 11 0 11 24

Komuniti Ledang

PEL04 7 14 0 21 25

PPU05 0 19 0 19 25

EAV09 0 11 2 13 25

EID16 0 5 10 15 25

AO 0 9 0 9 25

Segamat

IMT01 0 2 0 2 20

TML08 0 7 1 8 20

FND11 0 0 19 19 20

Sekijang

TAF06 0 23 0 23 27

SGR23 0 2 17 19 20

Sri Gading TML08 0 18 1 19 20

Parit Sulong EID16 0 14 5 19 20

Bakri caw. Pt. Sulong TML08 0 8 0 8 20

TAF06 0 16 0 16 20

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

6

Pagoh

KFL02 0 8 0 8 20

Batu Pahat PPU05 0 15 2 17 20

Mersing

KFL02 0 12 0 12 20

FND11 0 1 17 18 20

Kulai

PEL04 0 19 0 19 20

KFL02 0 15 0 15 20

EAV09 0 4 0 4 20

Gelang Patah (Pulai)

PEL04 0 16 0 16 20

TSK15 0 6 13 19 20

EID16 0 5 2 7 20

Kota Tinggi

IMT01 0 3 0 3 20

TML08 0 12 1 13 20

(Sumber: Giatmara, 2011)

1.3 Pernyataan Masalah

Kekurangan enrolmen pelatih di Pusat Giatmara (PGM) di Negeri Johor dalam

bidang-bidang tertentu adalah bertentangan dengan aspirasi PTV iaitu bagi mencapai

sasaran sebanyak 40 peratus bilangan pekerja mahir menjelang tahun 2015. Perkara

seperti ini bukan sahaja dibimbangi akan menjatuhkan reputasi institusi tersebut

malah, ia juga boleh menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti pelajar,

guru, dan ibu bapa akan hilang kepercayaan terhadap potensi bidang Teknik dan

Vokasional bagi mencorak masa depan yang baik untuk mereka. Jika perkara ini

terus dibiarkan, usaha kerajaan untuk mentransformasikan bidang PTV ini dikhuatiri

akan kurang berjaya. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya

merupakan salah satu misi negara yang perlu dijayakan bagi mencapai status negara

maju kelak.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

7

DesJardins et al. (1999); Brown et al. (1999); Hossler dan Gallagher (1987)

dan Chapman (1981) telah mencadangkan bahawa bagi menangani masalah seperti

ini, pemahaman terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam memebuat

keputusan semasa proses pemilihan kolej amatlah penting. Kajian seperti ini perlu

dilakukan bagi meningkatkan kesesuaian antara pelajar dan institusi tersebut. Jika

matlamat pelajar dan pihak institusi tidak selari maka, perkara ini boleh menyebabkan

program pengambilan pelajar akan terjejas atau kurang berkesan dan masalah untuk

mengekalkan pelajar sedia ada akan timbul. Selain itu, jika sesebuah institusi mahu

merancang tentang pengambilan pelajar secara lebih efektif, mereka perlulah

memberikan tumpuan yang lebih kepada perilaku pemilihan kolej (college choice

behavior) dengan mengambil kira (1) kesan pelajar dan (2) ciri-ciri institusi. Caranya

adalah dengan menjadi lebih responsif terhadap keperluan pasaran dan lebih celik

terhadap kepentingan pengambilan pelajar (Paulsen, 1990).

Oleh itu, kajian terhadap faktor pemilihan kolej perlu dijalankan supaya dapat

membantu pihak pentadbir kolej agar mereka dapat memainkan peranan yang

sewajarnya serta dapat membuat penyusunan strategi tertentu bagi meningkatkan

kembali enrolmen pelajar di Pusat Giatmara di Negeri Johor khususnya.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Antara fokus-fokus

utama kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti sama ada faktor individu yang signifikan mempengaruhi proses

enrolmen pelatih di Pusat Giatmara Negeri Johor.

ii. Mengenalpasti sama ada faktor ciri-ciri tetap kolej mempengaruhi proses

enrolmen pelatih di Pusat Giatmara Negeri Johor.

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

8

iii. Mengenalpasti sama ada faktor usaha pihak kolej untuk berkomunikasi dengan

pelajar mempengaruhi proses enrolmen pelatih di Pusat Giatmara Negeri Johor.

iv. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor-

faktor luaran dengan faktor umur dalam proses enrolmen pelatih di Pusat

Giatmara Negeri Johor.

v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor-

faktor luaran dengan faktor tempat tinggal dalam proses enrolmen pelatih di

Pusat Giatmara Negeri Johor.

vi. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor-

faktor luaran dengan faktor kelulusan akademik dalam proses enrolmen pelatih

di Pusat Giatmara Negeri Johor.

vii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor-

faktor luaran dengan faktor pendapatan ibu bapa sebulan dalam proses

enrolmen pelatih di Pusat Giatmara Negeri Johor.

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

9

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan objektif kajian yang

dijalankan adalah seperti di bawah:

i. Adakah faktor individu yang signifikan mempengaruhi proses enrolmen pelatih

di Pusat Giatmara Negeri Johor?

ii. Adakah faktor ciri-ciri tetap kolej mempengaruhi proses enrolmen pelatih di

Pusat Giatmara Negeri Johor?

iii. Adakah faktor usaha pihak kolej untuk berkomunikasi dengan pelajar

mempengaruhi proses enrolmen pelatih di Pusat Giatmara Negeri Johor?

iv. Adakah terdapat perbezaan signifikan diantara faktor-faktor luaran dengan

faktor umur dalam proses enrolmen pelatih di Pusat Giatmara Negeri Johor?

v. Adakah terdapat perbezaan signifikan diantara faktor-faktor luaran dengan

faktor tempat tinggal dalam proses enrolmen pelatih di Pusat Giatmara Negeri

Johor?

vi. Adakah terdapat perbezaan signifikan diantara faktor-faktor luaran dengan

faktor kelulusan akademik tertinggi dalam proses enrolmen pelatih di Pusat

Giatmara Negeri Johor?

vii. Adakah terdapat perbezaan signifikan diantara faktor-faktor luaran dengan

faktor pendapatan ibu bapa sebulan dalam proses enrolmen pelatih di Pusat

Giatmara Negeri Johor?

Page 31: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan . ... kurang mendapat sambutan. ... 1.9 Kerangka

10

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mungkin berguna bagi beberapa pihak khususnya pegawai-pegawai

di bahagian hal ehwal pelajar di Pusat Giatmara di Negeri Johor. Pegawai-pegawai di

bahagian hal ehwal pelajar seperti pegawai pendaftar boleh merujuk kepada dapatan

daripada kajian ini untuk merekabentuk semula program-program pengambilan

pelajar.

Hasil kajian ini kelak akan mendedahkan perkara-perkara yang

dipertimbangkan oleh para pelajar dalam membuat keputusan bukan sahaja dalam

pemilihan Pusat Giatmara sebagai institusi pendidikan lanjutan mereka secara khusus

tetapi juga, pemilihan kolej secara amnya. Maklumat sedemikian mungkin

membolehkan kakitangan di bahagian pengambilan pelajar menyusun dan mereka

semula strategi mereka untuk menarik minat pelajar untuk mendaftar di institusi

tersebut.

Dari segi penyelidikan pula, kajian ini dijalankan untuk meninjau aspek-aspek

yang mempengaruhi faktor-faktor pemilihan kolej yang mempengaruhi enrolmen

pelatih di Pusat Giatmara Negeri Johor. Kajian akan datang mungkin boleh

menggunakan kaedah yang digunakan dalam kajian ini untuk meneroka faktor-faktor

pemilihan kolej bagi pelajar di institusi lain pula.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada tiga faktor utama dalam proses pemilihan

kolej oleh pelajar iaitu individu yang signifikan, ciri-ciri tetap kolej dan usaha kolej

untuk berkomunikasi dengan pelajar yang mempengaruhi proses enrolmen pelatih di

Pusat Giatmara Negeri Johor bagi kemasukan Januari 2011.