Upload
others
View
29
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ
PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF SAINS TULEN DI SEKOLAH YAYASAN
ISLAM KELANTAN
SITI NORBAYA BT MA HUSSIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF SAINS TULEN DI SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SITI NORBAYA BT MA HUSSIN
(KP : 821201-03-5276) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : 3438 JALAN SULTANAH ZAINAB, 15050 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : 30 APRIL 2009
(TANDATANGAN PENYELIA)
TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN NAMA PENYELIA
Tarikh : 30 APRIL 2009
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : 30 APRIL 2009
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH
PAKEJ PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF SAINS TULEN DI SEKOLAH
YAYASAN ISLAM KELANTAN
SITI NORBAYA BINTI MA HUSSIN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan di mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI NORBAYA BINTI MA HUSSIN
Tarikh : 30 APRIL 2009
iii
Dedikasi Teristimewa Buat :
Ayahanda Bonda Tercinta:
Hj Ma Hussin Bin Said & Hjh Noorasiah Binti Che Jaafar
Jutaan terima kasih buat ayahanda & bonda atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan
dan dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.
Semoga ayahanda & bonda dipanjangkan usia, diberikan kesihatan dan dirahmati Allah
S.W.T. selalu hendaknya.
Buat Adik Beradik Yang Dikasihi:
Muhammad Faisal, Nurul Huda, Muhammad Hazim, Muhammad Adib, Mastura &
Muhammad Luqman Hakim
Terima kasih di atas segala pengorbanan, bantuan masa, kesabaran, melapangkan minda
untuk membantu menyiapkan tesis ini. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki
serta dilindungi Allah S.W.T selalu hendaknya.
Buat Sahabat Istimewa, Teman Seperjuangan & Rakan-Rakan Yang Terlalu
Memahami
Kehadiran kalian begitu istimewa. Malah terlalu banyak dorongan dan sokongan yang
telah dicurahkan. Semoga kalian dirahmati Allah S.W.T selalu hendaknya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
Projek Sarjana Muda, Tuan Haji Hassan Bin Hushin di atas bimbingan dan
dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih
yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas segala
jasa baiknya selama ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada pihak Yayasan
Islam Kelantan dan juga semua warga pendidik serta pelajar pelajar sekolah Yayasan
Islam Kelantan diatas kesudian melapangkan masa memberi maklumat dan sedia
bekerjasama dalam segala aspek. Kepada rakan-rakan yang banyak membantu
mengulur bantuan dan masa memberi idea dan cadangan mengenai Projek Sarjana
Muda ini.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati dan dibalas Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar memilih pakej pengajian Islam elektif Sains Tulen di Sekolah Yayasan Islam
Kelantan. Terdapat empat persoalan kajian yang dinyatakan dalam kajian ini, iaitu
faktor minat, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Pengkaji juga mengkaji sistem
perkembangan pendidikan yang berlaku di dalam Yayasan Islam Kelantan melalui
dokumen analisis dan temuramah. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
dan skala Lima Likert pemeringkatan telah digunakan untuk mengukur jawapan
responden. Data-data mentah telah dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.5
iaitu Statical Package of Social Science 11.5 untuk mendapatkan kekerapan dan
peratusan. Berdasarkan kepada nilai kekerapan dan peratusan, keputusan menunjukkan
bahawa faktor minat, ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah tinggi dan telah
mendorong mempengaruhi pemilihan pelajar dalam kelas elektif Sains Tulen. Dalam
kajian ini juga pengkaji menyatakan beberapa cadangan lanjutan yang boleh digunakan
untuk kajian akan datang.
vi
ABSTRACT
This research was conducted in order to identify the factors that influenced the
form four students choosing the Islamic education with Pure Science elective in
Kelantan Islamic Foundation School. Four research question namely factors such as
interest, parents, teachers and peergroups were studied. The progress and development
of the Kelantan Islamic Foundation was also studied through document analysis and
interview. The questionnaires which used the Likert scale were analyzed using SPSS
version 11.5 (Statical Package of Social Science 11.5) to obtain the frequencies and
percentages. Based on the frequencies and percentages obtain the results showed that the
interest factors, parents, teachers and peergroups were high and led the students in
choosing the science elective. In this study some recommendations were made that can
be used for futher research.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop Kajian 12
viii
1.8 Definasi Istilah
1.8.1 Faktor 13
1.8.2 Pengaruh 13
1.8.3 Pelajar 13
1.8.4 Pengajian Islam 13
1.8.5 Elektif Sains Tulen 14
1.8.6 Minat 14
1.8.7 Ibu Bapa 14
1.8.8 Guru 15
1.8.9 Rakan Sebaya 15
1.9 Kesimpulan 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pendidikan Dalam Islam 17
2.3 Pendidikan Melalui Sistem Persekolahan Islam 19
2.4 Yayasan Islam Kelantan 21
2.5 Sistem Pengajian Di Sekolah Yayasan Islam Kelantan 21
2.5.1 Kurikulum Dalam Sistem Persekolahan Yayasan
Islam Kelantan 22
2.5.2 Pakej Pengajian Islam dan Sains Teknologi
Yang Ditawarkan 23
2.6 Sikap Pelajar 26
2.7 Minat Pelajar 27
2.8 Faktor Ibu Bapa 31
2.9 Faktor Guru 35
2.10 Faktor Rakan Sebaya 38
ix
2.11 Kesimpulan 40
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Rekabentuk Kajian 43
3.3 Pengumpulan Data 44
3.3.1 Kajian Perpustakaan 44
3.3.2 Temubual 45
3.3.3 Kajian Lapangan 46
3.4 Lokasi Kajian 46
3.5 Populasi dan Sampel 48
3.6 Instrumen Kajian 50
3.7 Kajian Rintis 54
3.8 Prosedur Kajian 56
3.9 Jangka Masa Kajian 58
3.10 Analisis Data 59
3.11 Kesimpulan 60
4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 61
4.1.1 Bagi Bahagian A 63
4.1.1.1 Jantina 63
4.1.1.2 Sekolah 63
4.1.1.3 Keputusan Peperiksaan PMR 64
4.1.1.4 Gred bagi subjek Sains dan Matematik 65
4.1.1.5 Jenis Pekerjaan Ibu Bapa Responden 66
x
4.1.2 Bagi Bahagian B 68
4.1.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 68
4.1.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 72
4.1.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 76
4.1.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 80
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN, KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 85
5.2 Rumusan 85
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 86
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item 87
5.2.1.1 Faktor Minat 87
5.2.1.2 Faktor Ibu Bapa 88
5.2.1.3 Faktor Guru 89
5.2.1.4 Faktor Rakan Sebaya 89
5.3 Perbincangan 91
5.3.1 Apakah pelajar mempunyai minat terhadap
kelas Pengajian Islam elektif Sains Tulen 91
5.3.2 Apakah ibu bapa mempengaruhi pelajar
Mengikuti kelas Pengajian Islam elektif Sains
Tulen 93
5.3.4 Apakah peranan guru dalam mempengaruhi
Pelajar memilih kelas Pengajian Islam
elektif Sains Tulen 94
5.3.5 Apakah peranan rakan sebaya dalam
mempengaruhi pelajar memilih kelas
Pengajian Islam elektif Sains Tulen 95
5.4 Cadangan 97
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98
5.6 Penutup 98
BIBLIOGRAFI 99
LAMPIRAN
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F
Lampiran G
Lampiran H
Lampiran I
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Pakej Elektif Pengajian Yang DiTawarakan Di Sekolah YIK 5
1.2 Menunjukkan Pakej Pengajian Yang DiTawarkan Di Sekolah-Sekolah YIK 8 2.1 Jenis Peperiksaan Bagi Pelajar Sekolah YIK 23 2.2 Pakej Pengajian Yang DiTawarkan Di Sekolah YIK 25 3.1 Sekolah Yang Terlibat Dalam Kajian 46 3.2 Jumlah Populasi 49
3.3 Taburan Responden Mengikut Sekolah 50
3.4 Penggunaan Skala Likert 53 3.5 Jenis Konstruk dan Bilangan Item Dalam Soal Selidik 53 3.6 Taburan Item 54 3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratusan 60
xiv
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina 63
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut
Sekolah 63
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Keputusan PMR
Mengikut Bilangan ’A’ 64
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Gred Yang Diperolehi
Oleh Responden Bagi Subjek Sains 65
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Gred Yang Diperolehi
Oleh Responden Bagi Subjek Matematik 66
4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Jenis Pekerjaan
Bapa Responden 66
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Jenis Pekerjaan
Ibu Responden 67
4.8 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar
Mengenai Minat 69
4.9 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar
Mengenai Faktor Ibu bapa 73
4.10 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar
Mengenai Faktor Guru 77
4.11 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar
Mengenai Faktor Rakan Sebaya 81
4.12 Menunjukkan Nilai Peratusan Pembolehubah Yang Dikaji 84
5.1 Ringkasan Penyebab Yang Mempengaruhi Pelajar Tingkatan
Empat Di Sekolah YIK Memilih Kelas Pengajian Islam
elektif Sains Tulen 90
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Cara Pengiraan Sampel Untuk Satu Sekolah 49
xv
SENARAI SINGKATAN
YIK - Yayasan Islam Kelantan PMRU - Penilaian Menengah Rendah Ugama PMR - Penilaian Menengah Rendah SMU - Sijil Menengah Ugama SPM - Sijil Pelajaran Malaysia STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Transkrip Mengenai Yayasan Islam Kelantan
B Data Temubual Bersama Ustaz Zakaria bin Mohamed
(Timbalan Pengarah (Bahagian Akademik) YIK.
C Data Temubual Bersama Cikgu Sabri bin Mat Daud
(Penolong Pengarah Unit Kurikulum dan Ko-Kurikulum)
D Set Borang Soal Selidik
E Keputusan Nilai Alfa Kajian Rintis
F Surat Pengesahan Item Soal Selidik
G Surat Kebenaran Daripada YIK Untuk Menjalankan Kajian
Di Sekolah- Sekolah YIK
H Surat Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah YIK
I Surat Pengesahan Pelajar UTM
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Yayasan Islam Kelantan atau singkatanya YIK merupakan sebuah organisasi
Kerajaan Negeri yang diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti di dalam bidang
pendidikan Islam dan juga pengajian Bahasa Arab bagi rakyat Kelantan (YIK, 2008).
Ia merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab dalam
memperkembangkan bidang pendidikan di negeri tersebut.
Tujuan utama penubuhan Yayasan Islam Kelantan adalah untuk meningkatkan
pendidikan menerusi sekolah-sekolah agama supaya seimbang dengan keperluan
masyarakat dan negara. Ia juga turut berusaha untuk melayakkan sekolah-sekolah
agama di negeri Kelantan untuk menjadi saluran ataupun penyumbang kepada pusat
pengajian tinggi di dalam dan juga diluar negara. Berdasarkan matlamat pendidikan
pula adalah untuk melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu
pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangunkan keluarga,
masyarakat, negara dan ummah. Selaras dengan matlamat pendidikan tersebut,
2
Yayasan Islam Kelantan amat menititberatkan aspek pendidikan Islam dalam bidang
pendidikan sebagaimana falsafah pendidikan YIK iaitu pendidikan Islam sebagai yang
diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta’dib, irsyad dan tadris adalah satu
usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai
hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqilah, emosi, aqidah dan jasmani
berdasarkan kepada ajaran Islam. Bertepatan dengan falsafah pendidikan negara,
pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh
yang demikian YIK merupakan organisasi yang menguruskan institusi pendidikan
yang berkualiti dalam melahirkan insan yang berintelektual dan beriman serta
berakhlak terpuji. YIK juga turut berfungsi dalam proses pembangunan insan secara
menyeluruh dan juga pembangunan insan sepanjang hayat. Proses pembangunan insan
melibatkan pembangunan minda dan juga pembangunan akhlak ataupun sahsiah diri.
Pembangunan minda adalah proses pendidikan secara ilmiah, dimana ia akan
menghasilkan pencapaian terhadap diri pelajar tersebut. Sebagaimana institusi
pengajian ataupun sekolah yang menyediakan pendidikan di negara kita, aspek yang
diutamakan ialah penyediaan kurikulum dan ko-kurikulum untuk para pelajar
mengikut tahap tertentu berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).
Penyediaan bidang pendidikan yang baik akan menghasilkan kecemerlangan
untuk pelajar dalam meningkatkan kualiti pendidikan di dalam perkembangan
pendidikan tanah air khususnya. Sebagaimana kejayaan yang terbaru dilakarkan dalam
3
sistem pendidikan Malaysia, dimana Pelajar Terbaik SPM 2008 iaitu Nik Nur
Madihah adalah antara pelajar yang telah mendapat pendidikan menengah di salah
sebuah sekolah YIK iaitu di Maahad Muhammadi Perempuan
(http://kotabharudaily.spaces.live.com). Kejayaan yang diraih merupakan sesuatu
yang menjadi aspirasi buat semua pelajar sekaligus rakyat Malaysia. Bagaimana
beliau mampu mencipta kejayaan dengan memperolehi gred ‘A’ dalam semua
matapelajaran dan apakah sistem pengajian yang telah beliau ikuti. Sebenarnya beliau
telah pun melalui sistem pendidikan dwi kurikulum yang telah diperkenalkan di
sekolah-sekolah YIK. Sistem ini telah berperanan sebagai medium pengajian sejak
dulu sehingga kini bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk proses pembangunan
pendidikan di negeri Kelantan dan tanah air khususnya. Sistem dwi kurikulum
merupakan dua kurikulum yang diamalkan secara serentak iaitu kurikulum al-Azhar
dan kurikulum Kebangsaan (kurikulum arus perdana).
Dalam temubual yang telah dilakukan dengan Ustaz Zakaria Mohamed,
Timbalan Pengarah (Akademik) YIK pada 20 Ogos 2008. Menurut beliau YIK telah
melaksanakan sistem serampang dua mata dalam kurikulumnya iaitu dengan
mengamalkan dua kurikulum secara serentak Kurikulum yang digunakan adalah
kurikulum al-Azhar dan kurikulum Kebangsaan (Arus Pedana). Kurikulum al-Azhar
merupakan kurikulum asas utama dalam pengajian diseluruh sekolah YIK. Kurikulum
al-Azhar ini membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah Ugama (PMRU), Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM). Semua jenis peperiksaan tersebut mencakupi mata pelajaran
agama dan bahasa arab. Ia juga merupakan sebahagian kecil daripada kurikulum yang
dipelajari di Universiti Al-Azhar, Mesir. Manakala kurikulum Kebangsaan pula
kurikulum yang wajib diambil oleh setiap pelajar yang belajar disekolah-sekolah
Malaysia sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Kurikulum
Kebangsaan membolehkan para pelajar YIK menduduki peperiksaan Penialai
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajarn Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Keterangan lanjut
mengenai sistem pendidikan Yayasan Islam Kelantan terdapat di dalam Bab Dua.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem kurikulum serampang dua mata yang diamalkan oleh YIK telah
melibatkan pengajian dalam aliran agama dan juga sastera ikhtisas sahaja.
Pengabungan dua kurikulum ini telah diamalkan sejak dulu lagi sehingga hari ini.
Sejak YIK mula ditubuhkan, fokus YIK terhadap bidang pendidikan adalah lebih
kepada bidang pengajian pendidikan Islam sahaja. Walaupun pengajian pendidikan
Islam dan sastera ikhtisas sahaja yang ditawarkan di sekolah - sekolah YIK, ibu bapa
masih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut dengan hasrat
agar anak-anak mereka akan mendapat pendidikan agama. Hasilnya para pelajar
lepasan YIK hanya boleh mengikuti jurusan pengajian Islam dan sastera sahaja
selepas mereka menamatkan pengajian mereka di sekolah menengah. Keadaan ini
telah menyebabkan ibu bapa menganggap, peluang kerjaya bagi para pelajar lepasan
YIK hanya dalam bidang tersebut sahaja. Sedangkan para ibu bapa juga ingin melihat
anak-anak mereka mengikuti bidang profesional di alam kerjaya kelak.
Sistem kurikulum yang diamalkan oleh YIK juga turut menyebabkan para
pelajar akan berpindah ke sekolah menengah biasa untuk mengikuti bidang pengajian
yang mereka minati serta dapat mencapai cita-cita mereka untuk terlibat di dalam
bidang professional seperti doktor, jurutera, saintis dan sebagainya lagi. Peluang
kerjaya yang pelbagai merupakan elemen yang penting dalam pemilihan aliran
ataupun bidang pengajian yang perlu diikuti sejak zaman persekolahan lagi. Adalah
penting bagi sesebuah sekolah menyediakan kelas aliran seperti sains tulen, teknikal
dan vokasional dan juga perakaunan bagi membolehkan para pelajar menyertai aliran
pengajian yang pelbagai. Adalah menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan ingin
melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang pendidikan, tidak hanya cemerlang
dalam bidang pengajian Islam sahaja tetapi juga perlu cemerlang dalam bidang
akademik Kecemerlangan dalam bidang akademik akan membolehkan para pelajar
menjadi tenaga kerja yang professional. Sebelum tahun 1996 pelajar YIK tidak
mempunyai peluang memilih aliran jika mereka ingin meneruskan pengajian di
5
sekolah-sekolah YIK. Tetapi jika mereka ingin memilih aliran sains tulen, teknikal
dan perakaunan, mereka perlu bertukar ke sekolah lain seperti sekolah menengah
biasa. Dalam temubual bersama Encik Sabri Mat Daud selaku Penolong Pengarah
(Kurikulum Umum dan Ko-Kurikulum YIK), akibat daripada pemindahan para pelajar
ke sekolah menengah biasa, YIK telah mengambil satu langkah dengan menyediakan
kelas aliran bagi memberikan peluang kepada para pelajarnya memperolehi sistem
pengajian yang sama seperti pelajar sekolah menengah harian biasa. Oleh yang
demikian bermula tahun 1996, YIK telah memperkenalkan kelas pengajian Islam
elektif Sains Tulen di Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammmadi
Perempuan, sebagaimana di dalam senarai jadual dibawah :
Jadual 1.1: Pakej Elektif Pengajian Yang DiTawarkan Di Sekolah YIK
Aliran Pengajian Selain Bahasa Arab dan Agama
Pakej Pengajian Sekolah
Pengajian Islam elektif Sains Tulen
Maahad Muhammadi Lelaki
Maahad Muhammadi Perempuan
Pengajian Islam elektif Sastera Ikhtisas
(Perdagangan/ Akaun)
Maahad Muhammadi Lelaki
Maahad Muhammadi Perempuan
Maahad Muhammadi Pasir Mas
Maahad Muhammadi Pasir Pekan
Sumber Yayasan Islam Kelantan
Dengan tertubuhnya pakej pengajian tersebut, maka telah ramai pelajar yang
mengikuti kelas tersebut bagi memperolehi bidang pengajian yang mereka minati di
sekolah-sekolah YIK juga. Ini bermakna para pelajar selesa dengan sistem pengajian
yang ditawarkan oleh YIK, tambahan pula mereka juga dapat mengikuti bidang
pengajian yang mereka sukai. Hasilnya para pelajar di sekolah YIK mula
menunjukkan kecemerlangan dalam aliran yang dipilih seperti aliran pengajian Islam
elektif Sains Tulen. Bermula dari tahun kelas elektif ini diperkenalkan pada SPM
6
1997, pencapaian yang ditunjukkan adalah memberangsangkan. Pada tahun 2000
apabila sistem persijilan terbuka diperkenalkan dalam SPM yang menyebabkan pelajar
boleh mengambil sejumlah mata pelajaran yang tiada had di dalam peperiksaan SPM.
Oleh kerana itu pada dua tahun kebelakangan ini pencapaian yang ditunjukkan oleh
pelajar YIK amat membanggakan seperti dalam jadual di bawah :
Analisa Keputusan Peperiksaan Persijilan Terbuka Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2007 dan 2006 di Maahad Muhammadi Lelaki
Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2007
13A 12A 11A 10A 9A 8A 7A 6A 5A
Jumlah Pelajar
1 6 5 7 5 10 11 16 26
Sumber Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan
Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2006
13A 12A 11A 10A 9A 8A 7A 6A 5A
Jumlah Pelajar
1 10 12 10 10 19 20 20 22
Sumber Majalah Al-Hikmah Maahad Muhammadi Lelaki
7
Analisa Keputusan Peperiksaan Persijilan Terbuka Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2007 dan 2006 di Maahad Muhammadi Perempuan
Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2007
15A 14A 13A 12A 11A 10A 9A 8A 7A
Jumlah Pelajar
1 1 2 - 11 8 11 19 29
Sumber Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan
Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2006
18A 17A 16A 15A 14A 13A 12A 11A 10A
Jumlah Pelajar
1 2 - 1 1 13 9 17 14
Sumber Majalah Al-Nur Maahad Muhammmadi Perempuan
Tambahan pula adanya permintaan daripada pihak ibu bapa yang meminta
pihak YIK menyediakan lebih banyak kelas aliran ini, di setiap sekolah YIK bagi
membolehkan anak-anak mereka mengikuti kelas aliran pengajian Islam elektif Sains
Tulen. Bermula tahun 2003, terdapat 4 buah sekolah lagi yang menawarkan aliran
pengajian Islam elektif Sains Tulen. Ini adalah berikutan dengan permintaan
dikalangan para pelajar berdasarkan minat mereka dalam bidang tersebut. Menurut
En. Sabri Mat Daud lagi, pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dan
cemerlang akan mendapat tawaran daripada YIK untuk melanjutkan pelajaran dimana-
mana sekolah YIK yang mempunyai aliran pengajian Islam elektif Sains Tulen. YIK
akan menawarkan aliran pengajian tersebut melalui sekolah para pelajar. Disamping
itu guru dan rakan sebaya merupakan agen penyumbang yang penting terhadap
pemilihan kelas Pengajian Islam elektif Sains Tulen.
8
Berikut merupakan jenis tawaran aliran pengajian yang dilakukan oleh YIK
kepada para pelajar yang mendapat keputusan PMR yang baik seperti berikut.
Jadual 1.2: Menunjukkan pakej pengajian yang ditawarkan di sekolah-sekolah YIK
Bil. Jenis Aliran Pengajian
Sekolah Yang Menawarkan Aliran Syarat Kemasukkan
1. Pengajian Islam Sains Tulen
• Maahad Muhammadi Lelaki
• Maahad Muhammadi Perempuan
• Memperolehi sekurang-kurangnya 6A ke atas.
• Lulus sekurang-kurangnya pangkat B dalam subjek Sains dan Matematik.
2. Pengajian Islam Sains Tulen
• Maahad Amir Indera Petra.
• Maahad Pengajian Islam.
• Maahad Muhammadi Pasir Mas.
• Maahad Muhammadi Tumpat.
• Memperolehi sekurang-kurangnya 5A ke atas.
• Lulus sekurang-kurangnya pangkat B dalam subjek Sains dan Matematik
Sumber Yayasan Islam Kelantan
Bersesuaian dengan falsafah YIK yang mahukan para pelajarnya mahir dalam
pelbagai bidang sains dan teknologi sama seperti para pelajar yang belajar di sekolah
menengah biasa. Berdasarkan visi YIK yang ingin melahirkan professional yang
beriman dan berakhlak mulia, maka penubuhan kelas aliran ini sebagai satu
cabangnya.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah diatas, YIK telah memainkan peranan
yang besar dalam perkembangan pendidikan bagi para pelajarnya. Dasar terbuka yang
diamalkan oleh YIK ternyata telah memberikan kesan yang positif terhadap sistem
pendidikan yang diamalkan. Meskipun masih mengekalkan sistem pengajian Islam
terhadap para pelajarnya, YIK turut mengambil kira faktor minat ataupun keinginan
para pelajarnya terhadap bidang sains dan teknologi. Begitu juga dengan permintaan
yang sangat tinggi dalam kalangan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka belajar
dalam bidang sains dan teknologi tetapi dalam masa yang sama menerima pengajian
Islam. Guru-guru dan rakan sebaya juga turut berperanan dalam memberikan galakkan
dan dorongan yang sihat serta positif terhadap para pelajar. Oleh yang demikian,
tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar memilih kelas Pengajian Islam elektif Sains Tulen di sekolah-
sekolah YIK
10
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau beberapa
aspek tersebut :
i. Mengenalpasti sama ada minat pelajar terhadap kelas Pengajian Islam Sains
Tulen.
ii. Mengenalpasti sama ada ibu bapa mempengaruhi pelajar mengikuti kelas
Pengajian Islam Sains Tulen.
iii. Mengenalpasti sama ada peranan guru dalam mempengaruhi pelajar memilih
kelas Pengajian Islam Sains Tulen.
iv. Mengenalpasti sama ada rakan sebaya dalam mempengaruhi pelajar memilih
kelas Pengajian Islam Sains Tulen.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan.
Dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang hendak diselidiki adalah seperti berikut :
i. Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar terhadap kelas Pengajian Islam
Sains Tulen ?
ii. Apakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar mengikuti kelas Pengajian
Islam Sains Tulen ?
11
iii. Apakah faktor guru mempengaruhi pelajar memilih kelas Pengajian Islam
Sains Tulen ?
iv. Apakah faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi pelajar memilih kelas
Pengajian Islam Sains Tulen ?
1.6 Kepentingan Kajian
Melalui kajian penyelidikan dapat menghuraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi para pelajar memilih kelas pengajian Islam elektif Sains Tulen.
1.6.1 Pelajar mendapat kesedaran bahawa terdapat berbagai-bagai alternatif pilihan
yang boleh dipilih untuk meneruskan pengajian di tingkatan 4.
1.6.2 Pelajar-pelajar tingkatan 3; sebagai panduan untuk merancang memperoleh
keputusan peperiksaan yang baik dalam PMR.
1.6.3 Peranan ibubapa dan keluarga penting dalam membimbing anak-anak menbuat
pilihan terhadap kelas pengajian Islam elektif Sains Tulen. Mereka juga perlu
mengikuti perkembangan terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran
diperingkat yang lebih tinggi.
1.6.4 Guru-guru dapat mempertingkatkan lagi daya usaha mereka untuk
memberikan pengetahuan dan pendedahan yang terperinci dalam pengajaran
dan pembelajaran secara formal dan tidak formal.