24
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL : SATU KAJIAN DI MADRASAH AL-YAMANI MOHD ZAID BIN ABU HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL : SATU KAJIAN DI

MADRASAH AL-YAMANI

MOHD ZAID BIN ABU HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

Judul: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL : SATU KAJIAN DI MADRASAH AL-YAMANI

Sesi Pengajian :2003/2004

Saya_______________________________________________________________________

(HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 41-01-08 Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tarikh: ______________ Tarikh : _______________

Nama Penyelia :

Dr Ramli bin Awang

SULIT

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

" Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Pengajian Islam )."

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : Dr Ramli bin Awang

Tarikh : ………………………………

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN SECARA

TRADISIONAL : SATU KAJIAN DI MADRASAH AL-YAMANI

MOHD ZAID BIN ABU HASSAN

Latihan Ilmiah Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

" Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan : …………………………………………..

Nama Penulis : MOHD ZAID ABU HASSAN

Tarikh : ………………………….................

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

DEDIKASI

Dengan ingatan tulus ikhlas, kutitipkan nukilan ini buat:

Ustaz, Tuan Guru, Baba, Kiyai, Maulana, Syeikh, Sayyid, Habib

Di atas petunjuk ilmu, bimbingan rohani, dan kecintaan kepada Rasulullah

Terima Kasih di atas segala jasa dan pengorbanan

Ayah yang sentiasa berkorban,

Mak yang bersusah payah membesarkanku,

Semoga ditempatkan Allah di kalangan orang yang bertaqwa di akhirat

Adik-adik tercinta,

Mohd Akmal, Mohd Taufik, Mohd Ehsan, ,

Siti Hajar, Siti Solehah, Siti NurJannah, dan Mohd Naim,

Moga menjadi ulama’ dan da’ie apabila besar kelak

Dan seluruh pencinta ilmu serta Kaum Muslimin sekalian,

Moga sentiasa dilimpahi taufik dan hidayat

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah nan Maha Esa, Yang Maha Meliputi semesta semua,

Yang liputan-Nya menyangkal bicara, Dan yang bagi-Nya tiada suatu pun tara. Dan

salawat yang tiada berputusan serta salam yang tiada berhabisan kepada abdi dan

rasul-Nya junjungan kita Muhammad, pemilik panji kepujian yang mengikrarkan

hakikat namanya sebagai mukjizat nyata yang terus berlaku. Seterusnya kepada

keluarganya yang dipersuci kesuciannya, yang nasabnya tumbuh teguh dalam

sejarah, laksana pohon yang akarnya membenam merangkum bumi dan daunnya

melambai di langit murni. Dan kepada para sahabatnya yang bagai bintang tetap

bertabur menghiasi langit kelam, laksana lantera laut memandu bahtera ke pantai

Salam.

Alhamdulillah, akhirnya telah sempurna projek sarjana muda ini. Penyelidik

ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil

Ustaz Marzuki bin Mohammad dan Dr Ramli Awang selaku penyelia projek di atas

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Mudir

Madrasah Al-Yamani, Ustaz Fadzli Ahamad Al-Yamani yang banyak membantu

serta seluruh pelajar madrasah yang memberikan kerjasama yang baik dalam

menjayakan projek sarjana muda ini.

Tidak ketinggalan juga kepada guru-guru yang pernah mendidikku secara

rasmi di menara ini iaitu Ustaz Mahussain Mohd Zain, Ustaz Md Shah Lamat, Ustaz

Mohd Nasir Ripin, Prof. Madya Dr Mohd Said Hj Ishak, Ustaz Abbas Abdul Latiff,

Dr Ramli Awang, Ustaz Sayed Mahussin Ahmad, Dr Tamar Jaya Nizar, Prof Madya

Tamjes Kastiran, Ustaz Sulaiman Kadikon, Prof. Madya Dr Yahya Jusoh, Prof

Madya Abd Ghani Jalil, Ustaz Ahmad Kilani Mohammed, Ustaz Marzuki

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

Mohammad, Prof Madya Ajmain Safar, Prof Madya Aminuddin Ruskam, Ustaz

Arief Salleh Rosman, Ustazah Arpah Abd Wahab, Ustaz Azhar Mohamad, Ustaz

Azmi Shah Suratman, Dr Habibah Awang, Prof. Madya Dr Hussin Solomon, Ustaz

Idris Ismail, Ustaz Ahmad Puhad Alim, dan Ustaz Kamarul Azmi Jasni serta

pensyarah-pensyarah subjek pendidikan dan komputer. Sekalung penghargaan juga,

buat pensyarah-pensyarah yang banyak memberi nasihat dan tunjuk-ajar serta

bertukar-tukar pendapat secara tidak langsung di luar kelas; Ustaz Mohd Ismail

Musytari, Ustaz Azmi Shah Suratman, Prof Madya Ajmain Safar, Ustaz Kamarul

Azmi Jasni, Prof Selamat Hashim, Prof Madya Dr. Osman Sabran, Dr Habibah

Awang, Ustaz Sulaiman Shakib, Ustaz Husin Junoh dan seluruh staf Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) serta warga kerja Masjid Sultan Ismail.

Syukur kepada Allah dan jutaan terima kasih ditujukan buat Syeikh Nuruddin

Marbu Banjari Al-Makki, Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Rembawi, Syeikh Jahid

Sidek, Tuan Guru Abdul Rahim Aur Cina, Tuan Guru Muhammad Pondok

Berangan, Ustaz Hafiz Selamat Pondok Jenderam, Ustaz Mohd Zaidi Abdullah

Lubok Tapah, Ustaz Shamsuri Lubok Tapah, Ustaz Fadzli Ahmad Al-Yamani, Ustaz

Mohd Razib Mohd Aris, Akhi Taib, Akhi Faisal, Akhi Azim kerana telah

mencurahkan ilmu agama secara tradisional dan menyedarkanku tentang betapa

pentingnya sistem pengajian tradisional.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat SPI yang banyak memberi bantuan

sepanjang mengharungi dunia UTM ini. Ingatlah, dunia adalah tempat tumpangan

sementara dan akhirat jualah yang kekal. Pertingkatkanlah amalan, baikilah sahsiah,

tuntut dan sampaikanlah ilmu, serulah ke arah kebaikan, serta ikhlaskan niat kerana

Allah dalam setiap perkara. Wallahua’lam.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran di institusi pengajian tradisional terhadap pelajar-pelajar di Madrasah

Al-Yamani, Kampung Baru. Pada masa yang sama, kajian ini juga bertujuan untuk

mengetahui sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap faktor ibu bapa, rakan-rakan,

dan kelebihan institusi pengajian tradisional dalam mempengaruhi mereka untuk

melanjutkan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada semua pelajar di

madrasah berkenaan iaitu seramai 20 orang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

faktor kelebihan institusi pengajian tradisional lebih mempengaruhi pelajar untuk

melanjutkan pembelajaran ke Madrasah Al-Yamani dengan nilai purata min bagi

soalan tersebut ialah 3.62. berbanding faktor ibu bapa sebanyak 2.50 dan faktor rakan

sebanyak 2.86. Soalan 27 mencatatkan peratusan paling tinggi di mana 90 peratus

responden sangat setuju dengan pernyataan ‘Institusi pengajian tradisional/pondok

memelihara warisan ilmu Islam’. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada

individu dan agensi terbabit supaya sedar tentang kelebihan pengajian tradisional

agar mereka dapat memperoleh atau mengadaptasikan pendidikan yang terbaik

kepada diri, keluarga dan masyarakat. Diharapkan, hasil kajian ini akan dapat

menyedarkan seluruh umat Islam tentang alternatif pendidikan agama secara

tradisional sejak turun temurun di seluruh dunia.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the factors which influence the

students of Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru to further their study in the

institute of traditional education. In the meantime, the aim of this study is to know

how far the perception of students toward the factors of parent, friends, and the

advantages of institute of traditional education. Study samples involved all students

in that madrasah which are 20 in numbered. This study was in a descriptif form

servey, expressioned in frequency, percentage form and min as a method to analise

the data. Study result showed that the advantages of the institute of traditional

education influence more than other factors for students to further their study in

Madrasah Al-Yamani. For this, some suggestions have been purpose to individual

and agency involved to make realize about the advantages of the institute of

traditional education in order to gain and adapt the best education to self, family, and

society. This study result is hoped to make realize all Muslims about the alternative

in religious education hereditary all over the world.

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

PERAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK viii

ABTSRACT ix

KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL ix

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 5

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Persoalan Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 10

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

1.7.1 Faktor 10

1.7.2 Pembelajaran 10

1.7.3 Tradisional 1

1.7.4 Sanad 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Teori Asas Mengenai Bidang Yang Dikaji 12

2.2 Kajian-kajian Terdahulu Yang Berkaitan

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Pembelajaran Secara Tradisional. 14

2.3 Penutup 16

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 17

3.1 Rekabentuk Kajian 18

3.2 Tempat Kajian 18

3.3 Populasi Dan Persampelan 19

3.4 Instrumen Kajian 19

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 20

3.5.1 Kajian Rintis 20

3.5.2 Prosedur Pengendalian Maklumat 22

3.6 Analisis Data 22

3.7 Penutup 23

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 24

4.1 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Ibu Bapa 25

4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

Rakan-Rakan 32

4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Kelebihan

Institusi Pengajian Tradisional. 41

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 51

5.1 Perbincangan Hasil Kajian 52

5.1.1 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor

Ibu Bapa 52

5.1.2 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor

Rakan-Rakan. 54

5.1.3 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor

Kelebihan Institusi Pengajian

Tradisional 56

5.2 Rumusan 58

5.3 Cadangan 59

5.3.1 Cadangan di Peringkat JAPIM,

KPM,dan IPT 60

5.3.2 Cadangan kepada Belia 60

5.3.3 Cadangan kepada Ibu Bapa 61

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 61

5.5 Penutup 62

BIBLIOGRAFI 63

LAMPIRAN 67

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1. Perkara-Perkara Yang Diuji Dalam Borang Soal Selidik 20

2. Ubahsuai dari Skala Likert 23

3. Persepsi Pelajar Terhadap Ibu Bapa 25

4. Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Rakan-Rakan 32

5. Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Kelebihan Institusi

Pengajian Tradisional. 41

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

SENARAI SINGKATAN

A.S. - Alaihis-Salam

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

JAPIM - Jabatan Pendidikan Islam Malaysia

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PBB - Pertubuhan Pondok Berhad

PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala

SPSS - Statistical Package For Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 BORANG SOAL SELIDIK

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Allah S.W.T. telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk. Manusia

dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah demi memakmurkan alam. Manusia

pada asalnya tergolong daripada jenis binatang dan Allah S.W.T. telah membezakannya

dengan binatang melalui kemampuannya untuk berfikir agar mereka dapat bertingkah

laku dengan tertib( Ibnu Khaldun, 2002 : 524 ). Adapun, pada dasarnya manusia itu

adalah jahil dan menjadi seorang yang berilmu setelah mendapat ilmu pengetahuan.

...........“Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”

(Taha : 20)

Begitulah firman Allah S.W.T. yang merupakan dalil yang menunjukkan

keutamaan ilmu pengetahuan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani ( 2002 : 263 ) ilmu

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

2

sangat penting kerana Allah S.W.T. tidak pernah memerintahkan Nabi-Nya untuk

mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat

yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan seorang mukalaf tentang urusan agama

yang meliputi ibadah, muamalah, akidah, dan sebagainya.

Ilmu dan penghayatan agama merupakan teras kejayaan manusia yang sebenar.

Jalan untuk menuju kepada kejayaan memerlukan bimbingan guru yang ‘alim. Oleh

sebab itulah, sekiranya kita meneliti sejarah Islam silam, kita dapati bahawa Rasulullah

S.A.W. berguru dengan Jibril A.S. Setiap kali bulan Ramadhan, Jibril akan menyemak

hafalan Al-Quran Rasulullah S.A.W. secara talaqqi dan musyafahah ( Hj Abdullah

Ishak, 1995 : 206 )

Dalam pada itu, sahabat-sahabat juga berguru dengan baginda dalam majlis-

majlis ilmu yang diadakannya. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., Islam berkembang

dengan sangat pesat. Ramai di kalangan sahabat yang menziarahi negeri-negeri Islam

untuk mencari, menyemak, dan menyebarkan hadis. Ketika pemerintahan Saidina

Uthman, Abdullah bin Saba’ seorang munafik Yahudi telah menyebarkan hadis-hadis

palsu untuk menjatuhkan kepimpinan beliau dan memecah belahkan kesatuan umat

Islam ( Abdul Rahman Haji Abdullah, 1981 : 89 ) Para sahabat dan tabiin berusaha

untuk memelihara kesucian hadis dengan membuat suatu peraturan yang ketat dan

ilmiah. Sahabat tidak lagi menerima sesuatu hadis tanpa menanyakan sanad dan meneliti

perawinya ( M. Hasbi Al-Shidieqy , 2000 : 53 ). Imam Muslim meriwayatkan pada

pendahuluan kitab Sahih Muslim bahawa Ibnu Sirrin berkata:

“Mereka tidak bertanya tentang sanad. Tatkala telah terjadi fitnah, mereka pun

berkata : Sebutlah nama-nama perawimu. Maka dilihatlah mana yang ahli sunnah

diambil hadisnya, dan mana yang ahli bid’ah lalu ditinggalkan hadisnya” (M. Hasbi Al-

Shidieqy , 2000: 54 )

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

3

Sanad sebenarnya adalah suatu elemen penting dalam pengajian agama. Institusi

pengajian tradisional sangat menitik beratkan perkara ini. Ini adalah untuk memelihara

ilmu-ilmu Islam daripada penyelewengan orientalis. Syeikh Abu Hassan Ali Al-Nadwi

pernah memberi pandangan tentang kepentingan sanad. Katanya “ Antara teori yang

digunakan dalam sistem pendidikan Barat ialah menimbulkan keraguan dan syak kepada

kesucian riwayat dan dalil. Oleh itu, jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah

merangka semula sistem Pendidikan Islam walaupun menghadapi kesulitan dan waktu

yang panjang”. ( 1987 : 27 ).

Secara amnya, masyarakat tidak mengetahui sama ada sesuatu yang dipelajari

itu benar-benar daripada sumber asalnya atau pun tidak. Musuh-musuh Islam sentiasa

mencari peluang untuk menokok tambah atau menghilangkan ilmu-ilmu Islam. Ini dapat

dibuktikan apabila ramai ulama muktabar menekankan sanad dalam pencarian ilmu

pengetahuan seperti Abdullah bin al-Mubarak, Imam Syafi’e, murid-murid Imam

Bukhari, Hafiz al-Zahabi, Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Hakim, Jalaluddin al-

Dawwani, Syah Waliyullah al-Dahlawi, dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh sains

Islam ( Mohd Zaidi Abdullah, 2002 : 62 ) seperti Abu Bakr Muhammad bin Zakaria al-

Razi atau dikenali Barat sebagai Rhazes yang menukilkan rantaian sanad dalam buku

perubatannya (al-Hawi ) untuk menjamin kesahihan isi.( Dr. Abdul Fattah Abu

Ghuddah, 1992 : 36 ).

Bertitik tolak dari sinilah, maka pengajian tradisional yang menitikberatkan

sistem sanad diteruskan sehingga ke hari ini. Sistem pengajian tradisional mempunyai

tiga ciri utama ( Mohd Zaidi Abdullah, 2000 : 3 ):

1. Secara dengar

2. Secara baca di hadapan guru

3. Secara ijazah sanad (ijazah am atau khas)

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

4

Sejarah membuktikan bahawa pengajian agama di Malaysia bermula sejak sekian

lama dahulu. Pendidikan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar

diajar oleh mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu pada masa itu.

Masjid, surau dan rumah-rumah tok guru menjadi tempat di mana ilmu agama diajar.

Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan

sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan

Hadis ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 : 14 ).

Dalam laporan Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah ( 1992 : 10 ),

sistem pendidikan agama di Malaysia terbahagi kepada 3 tahap iaitu sistem belajar di

rumah guru, sistem pondok, dan sistem madrasah. Kehadiran Islam telah merubah

sistem kehidupan masyarakat di Tanah Melayu dari Hindu kepada Islam. Oleh sebab itu,

pelajar datang ke rumah guru untuk mendalami ilmu agama. Apabila bilangan pelajar

makin bertambah, timbullah idea baru dengan membina surau berdekatan rumah guru.

Bilangan pelajar yang ramai dan datang dari beberapa tempat menyebabkan pondok-

pondok kecil pula dibina berdekatan dengan rumah guru bagi memudahkan pengajaran

untuk pelajar-pelajar yang datang dari luar daerah. Apabila pendidikan ini semakin

berkembang, tumpuannya tidak sekadar ibadah dan tauhid tetapi juga ilmu Hisab,

Geografi, dan lain-lain. Jadi, sistem madrasah pula bentuk.

Walaupun perubahan telah banyak berlaku dalam sistem Pendidikan Islam

dewasa ini, institusi pendidikan tradisional masih dapat bertahan sehingga ke hari ini dan

masih ada lagi pelajar yang berminat untuk mengikuti sistem pengajian ini.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

5

1.1 Latar Belakang Masalah

Seperti mana yang kita ketahui, agama dan ilmu merupakan dua unsur yang

saling berhubung dan tidak dapat dipisahkan. Ilmu merupakan wahana terpenting yang

mendorong kepada pengukuhan iman dan taqwa. Iman seseorang tidak akan sempurna

tanpa ilmu. Begitu juga ilmu; tidak akan berperanan secara berkesan tanpa adanya iman.

Islam memandang ilmu pengetahuan sebagai suatu yang suci kerana semua ilmu

pengetahuan adalah manifestasi Allah kepada manusia. Pandangan suci tentang ilmu

pengetahuan inilah yang mewarnai seluruh sistem pendidikan dalam Islam hingga ke

hari ini ( Hassan Langgulung, 1991 : 112 ).

Secara umumnya di Malaysia, terdapat sistem pendidikan konvensional dan

tradisional. Sistem pendidikan konvensional di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu

peringkat persekolahan (rendah, menengah) dan peringkat pendidikan tinggi ( Abdullah

Sani Yahaya, 2003 : 103 ) Setiap warganegara Malaysia diwajibkan untuk mula belajar

pada usia tujuh tahun. Seseorang itu akan belajar selama enam tahun di peringkat

sekolah rendah dan sekurang-kurangnya lima tahun bagi pembelajaran di peringkat

menengah. Selepas itu mereka boleh melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di

institusi-institusi pengajian tinggi.

Pada dasarnya, peluang pendidikan bagi rakyat Malaysia disediakan oleh pihak

kerajaan dan swasta. Kerajaan memperuntukkan tempat bagi pelajar yang ingin

melanjutkan pelajaran dalam bidang agama sama ada di sekolah menengah mahupun di

institusi pendidikan tinggi. Sebenarnya, terdapat sebanyak 54 buah Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama, 3 Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh, Sekolah Menengah

Kerajaan Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan Sekolah Menengah Agama

Swasta di negara ini ( Pendidikan Islam Dan Moral, 2000 : 1 )

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

6

Pada peringkat pendidikan tinggi pula, terdapat banyak institusi pengajian tinggi

yang menawarkan pengajian dalam bidang agama iaitu Universiti, Kolej Universiti,

Maktab Perguruan, dan Kolej Swasta.

Pada hakikatnya, institusi pengajian tradisional semakin merosot dengan

wujudnya banyak institusi pengajian konvensional yang menawarkan sijil dan

pengiktirafan. Ia dianggap penting oleh masyarakat untuk menjamin kerjaya dan masa

hadapan mereka.

Walau bagaimanapun, amat menghairankan kerana ada pelajar yang masih

berminat untuk melanjutkan pengajian di institusi tradisional sedangkan banyak pilihan

kepada mereka untuk mengikuti pembelajaran secara konvensional.

1.2 Pernyataan Masalah

Dewasa ini, peluang yang disediakan kerajaan dalam sistem pendidikan negara

amat luas. Falsafah Pendidikan Negara menggariskan tiga bidang utama tujuan

pendidikan yang merangkumi aspek-aspek keperluan individu, negara, dan ekonomi

iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat, dan kemakmuran

negara ( Abdullah Sani Yahaya, 2003 : 55 ). Prasarana yang disediakan kerajaan dan

pihak swasta di Malaysia amat membanggakan. Kewujudan banyak sekolah, kolej,

maktab, dan universiti menjadi tanda pencapaian membanggakan pendidikan di negara

ini. Tambahan pula sistem pendidikan yang dirangka bersistematik dan menjanjikan

peluang pekerjaan yang baik. Namun, ada segolongan pelajar yang lebih berminat untuk

memilih aliran pendidikan tradisional.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

7

Hasil temu bual dengan bekas pelajar Pondok Pasir Tumbuh, Ustaz Mohd Zaidi

bin Abdullah menyatakan bahawa faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran

secara tradisional dewasa ini ialah faktor ilmu yang dipelajari secara teliti dan

menyeluruh. Pembelajaran yang dijalankan adalah secara turath iaitu mempelajari kitab

dari helaian pertama sehingga tamat. Menurut beliau, faktor sampingan ialah sikap ibu

bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke institusi pengajian tradisional.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Mazliana Yusof ( 1993 : 93 ) mendapati

kelebihan institusi tradisional ialah didikan ilmu-ilmu syariat, tarekat, dan hakikat yang

boleh menguatkan iman dan memperbaiki akhlak. Institusi pengajian tradisional

merupakan institusi penting dalam usaha melahirkan insan yang kukuh serta mantap

akhlaknya dan tebal kecintaan kepada Allah.

Berdasarkan fakta di atas, jelaslah bahawa institusi pengajian tradisional masih

dapat bertahan kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mendapat sokongan

sesetengah ibu bapa. Walau bagaimanapun, hasil penelitian penyelidik di beberapa

perpustakaan universiti awam tempatan mendapati bahawa pada akhir 1980 dan awal

1990-an, banyak kajian yang dilakukan oleh pelajar universiti tertumpu kepada

kemerosotan institusi pengajian tradisional. Berdasarkan hal tersebut, penyelidik ingin

membuat kajian tentang kemungkinan apakah faktor pendorong yang menyumbang

kepada pembelajaran di institusi pengajian tradisional.

1.3 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan kepada

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan

8

beberapa persoalan berpandukan kepada beberapa matlamat dan objektif penyelidikan.

Di antara persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Sejauh manakah ibu bapa dapat mempengaruhi pembelajaran anak di institusi

pengajian tradisional?

2. Sejauh manakah faktor rakan-rakan dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar di

institusi pengajian tradisional?

3. Adakah faktor kelebihan institusi pengajian tradisional mempengaruhi pelajar

melanjutkan pembelajarannya ke sana?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar untuk belajar di institusi pengajian tradisional dari segi faktor ibu

bapa, faktor rakan-rakan, dan kesedaran pelajar tentang kelebihan institusi pengajian

tradisional.

Tiga objektif utama yang dijadikan ialah untuk:

1. Mengenal pasti sejauh manakah faktor ibu bapa dalam mempengaruhi anak

untuk melanjutkan pembelajaran di institusi pengajian tradisional.

2. Mengenal pasti sejauh manakah faktor rakan-rakan dalam mempengaruhi pelajar

untuk melanjutkan pembelajaran di institusi pengajian tradisional.

3. Mengetahui pandangan pelajar tentang kelebihan institusi pengajian tradisional

yang mempengaruhi pembelajaran mereka ke sana.