9
1.0 PENGENALAN Research Center on Academic Success (CRIRES) mendefinisikan pencapaian akademik sebagai pencapaian individu pada tahap tertentu yang diperoleh dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan berkaitan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi. Dalam sesebuah bilik darjah, pencapaian akademik bagi setiap murid adalah berbeza. Terdapat murid yang sering mendapat markah tertinggi dalam ujian setiap mata pelajaran dan sebaliknya. Murid yang memperoleh pencapaian tinggi dalam peperiksaan dikatakan sebagai pandai atau cerdas, manakala murid yang berpencapaian rendah dalam akademik dianggap murid lemah. Dalam situasi ini, seseorang guru seharusnya perlu mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik di kalangan murid. Setelah mengenal pasti faktor-faktor tersebut, guru boleh mengambil langkah-langkah bernas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza agar semua murid dapat meningkatkan atau memperbaiki tahap pencapaian akademik mereka. Bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid dalam sesebuah kelas , saya telah menjalankan kajian ke atas dua orang murid dalam kelas tahun enam di saya. Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada dua orang murid tahun 6 yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza iaitu Murid A mepunyai pencapaian akademik baik dan Murid B berpencapaian akademik lemah. Instrumen kajian yang saya gunakan ialah keputusan ujian bulanan, temu bual dan borang soal selidik.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PSIKOLGI PENDIDIKAN

Citation preview

Page 1: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

1.0 PENGENALAN

Research Center on Academic Success (CRIRES) mendefinisikan pencapaian akademik

sebagai pencapaian individu pada tahap tertentu yang diperoleh dalam pelbagai bidang ilmu

pengetahuan dan kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses

pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan berkaitan dengan aspek pendidikan, kelayakan

dan sosialisasi. Dalam sesebuah bilik darjah, pencapaian akademik bagi setiap murid adalah

berbeza. Terdapat murid yang sering mendapat markah tertinggi dalam ujian setiap mata

pelajaran dan sebaliknya. Murid yang memperoleh pencapaian tinggi dalam peperiksaan

dikatakan sebagai pandai atau cerdas, manakala murid yang berpencapaian rendah dalam

akademik dianggap murid lemah. Dalam situasi ini, seseorang guru seharusnya perlu mengenal

pasti faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik di kalangan murid. Setelah

mengenal pasti faktor-faktor tersebut, guru boleh mengambil langkah-langkah bernas dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid yang mempunyai pencapaian

akademik yang berbeza agar semua murid dapat meningkatkan atau memperbaiki tahap

pencapaian akademik mereka. Bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik murid dalam sesebuah kelas , saya telah menjalankan kajian ke atas dua

orang murid dalam kelas tahun enam di saya. Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada dua

orang murid tahun 6 yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza iaitu Murid A

mepunyai pencapaian akademik baik dan Murid B berpencapaian akademik lemah. Instrumen

kajian yang saya gunakan ialah keputusan ujian bulanan, temu bual dan borang soal selidik.

Page 2: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

MURID YANG BERBEZA PENCAPAIAN AKADEMIK

Salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik Murid A dan Murid B ialah

keadaan sosioekonomi keluarga. Murid A datang daripada keluarga yang mempunyai keadaan

sosioekonomi keluaraga yang agak baik, manakala Murid B adalah sebaliknya. Berdasarkan

temu bual yang saya jalankan ke atas dua responden yang dipilih, Murid A mendapat kemudahan

pendidikan yang cukup daripada ibu bapanya, manakala Murid B tidak ada kelengkapan yang

cukup seperti buku dan peralatan tulis. Dari segi kebersihan diri, Murid A sentiasa berpakaian

bersih dan kemas, manakala Murid B biasanya datang ke sekolah dengan pakaian yang lusuh dan

kurang bersih. Situasi ini menyebabkan Murid B sering menghadapi masalah pembelajaran

dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa belajar berbanding

dengan Murid A. Murid B juga selalunya datang ke sekolah tanpa bersarapan pagi dan tidak

adawang poket yang cukup untuk membeli makanan pada waktu rehat. Ini menjejaskan

penumpuan Murid B semasa proses pembelajaran. Keperluan makanan tergolong dalam

keperluan fisiologi iaitu hierarki pertama dalam Teori Keperluan Hierarki Maslow. Menurut

Maslow (1970), keperluan peringkat bawah perlu dipenuhi sebelum seseorang individu berusaha

memenuhi keperluan peringkat atas.

Rajah 1.1 Hierarki Keperluan Maslow

Page 3: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

Sosio ekonomi keluarga yang baik akan menjamin keperluan asas yang cukup serta

kemudahan pendidikan yang baik bagi seseorang murid. Oleh itu, murid yang berasal dari

keluraga yang mempunyai sosioekonomi yang baik lebih bersedia untuk belajar. Keadaan ini

akan membantu seseorang individu berkembang secara optimum berbanding dengan murid yang

mempunyai latarbelakang keluarga yang rendah sosioekonominya.

Selain daripada itu, prestasi akademik kedua-dua murid ini juga dipengaruhi oleh asuhan dan

bimbingan daripada ibu bapa. Melalui temubual, saya dapati Murid A mendapat perhatian dan

kasih sayang yang cukup daripada ibu bapanya. Ibu bapa Murid A juga aktif dalam aktiviti

sekolah dan sering bertanya sekolah tentang kemajuan pelajaran anaknya. Berbeza dengan

Murid B, ibu bapanya lebih bersikap acuh tidak acuh terhadap perkembangan anaknya di sekolah

dan jarang menghadiri aktiviti sekolah yang melibatkan ibu bapa. Keluarga Murid B agak kucar-

kacir, di mana ibu bapanya adalah pemabuk dan selalu bergaduh. Anak-anak bukan sahaja

terabai malah selalu menjadi mangsa pergaduhan. Menurut Carl Rogers (1902-1987), sekiranya

ibu bapa mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, menunjukkan tingkah laku yang tidak

konsisten kepada anak-anak dan saling membenci, maka anak–anak akan membentuk

kebimbangan. Menurut beliau lagi, manusia memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan

disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain supaya dapat

berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Asuhan dan bimbingan ibu bapa yang sempurna

akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik, terutama dari segi sosioemosi dan

mental. Asuhan dan bimbingan ibu bapa Murid B yang kurang baik ini menyebabakan Murid B

lebih bersifat ekstrovert iaitu pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi di dalam kelas.

Sikap ini menyekat Murid B daripada mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran

sepenuhnya dan seterusnya menjejaskan prestasi akademiknya.

Pencapaian akademik murid juga dipengaruhi oleh perbezaan individu dari segi kognitif

atau keupayaan iaitu kebolehan menaakul, berfikiran logik, kebolehan berbahasa, mengira dan

berimagiansi. Berdasarkan kajian terhadap responden, saya dapati Murid A mempunyai

keupayaan kognitif yang lebih yang lebih tinggi daripada Murid B. Di dalam kelas, Murid A

selalu dapat dapat menjawab dengan cepat dan betul soalan-soalan yang berkaitan dengan topik

yang dipelajari. Beliau juga mampu menyelesaikan tugasan yang memerlukan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif tanpa memerlukan bimbingan yang banyak daripada guru.

Selain daripada itu, Murid A juga menguasai kemahiran berbahasa dengan baik dan

Page 4: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

memudahkan beliau memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru. Murid B pula selalu

memerlukan bimbingan guru dan rakan sekelas dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang

diberikan. Dari aspek kemahiran berbahasa, penguasaan bahasa Murid B yang agak terhad dan

ini menyukarkannya memahami sesuatu konsep yang diajar. Melalui keputusan ujian bulanan,

Murid A menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan Murid B. Ini menunjukkan

murid-murid yang cerdas biasanya akan menunjukkan pencapaian akademik yang jauh lebih baik

berbanding dengan murid-murid yang kurang cerdas.

Tahap pencapaian akademik murid-murid di dalam sesebuah kelas juga dipengaruhi oleh

jangkaan guru. Jika yang mengajar sesebuah kelas itu telah mengandaikan bahawa tahap

pencapaian yang akan diperoleh oleh seseorang murid itu setakat sederhana, maka guru itu akan

cepat berpuashati dengan pencapaian yang memuaskan sahaja. Sebaliknya, jika jangkaan guru

terhadap seseorang murid adalah tinggi, maka guru itu pasti bertungkus lumus meningkatkan

prestasi muridnya melalui latihan dan bimbingan. Menurut Erikson (1902-1994), kanak-kanak

yang berumur 6-12 tahun berada pada tahap perkembangan psikososial yang keempat iaitu tahap

industri lawan rasa rendah diri. Pada peringkat ini, guru memberi pengaruhi yang besar ke atas

perkembangan kanak-kanak kerana sebahagian besar masa kanak-kanak dihabiskan di sekolah.

Sekiranya guru tidak memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya kepada para murid,

sudah pasti murud-murid merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada kebolehan diri

sendiri. Dalam kajian yang saya lakukan, harapan guru terhadap Murid B adalah rendah sahaja.

Guru menggangap bahawa murid tersebut kekurangan semangat belajar, malas untuk mencuba

dan tidak meminati pelajaran yang disampaikan. Dengan persepsi negatif yang sedemikian, guru

tidak terdorong untuk memberikan latihan-latihan tambahan atau bimbingan yang intensif serta

mengabaikan murid semasa proses pembelajaran. Sikap guru ini sudah tentu menambahkan rasa

rendah diri pada murid dan tidak membantu dalam meningkatkan prestasi akademik murid

tersebut. Dalam kes Murid A, guru-guru yang mengajarnya meletakkan harapan yang tinggi

terhadapnya. Murid ini juga menjadi salah seorang calon sekolah untuk mendapat keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelbagai usaha

untuk dilakukan oleh guru khususnya dan pihak sekolah amnya untuk membantu murid ini

meningkatkan lagi prestasi akademiknya. Ini menyebabkan Murid A bersikap lebih positif,

berani, rajin dan yakin dalam mengikuti pembelajaran.

Page 5: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

3.0 LANGKAH-LANGKAH BERNAS YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SESEORANG

GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG

MELIBATKAN MURID-MURID DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK YANG

BERBEZA.

Guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi murid yang mempunyai pencapaian akademik berbeza. Menurut Slavin

(1982), pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari

pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang

sama. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama

lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran

diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Terdapat beberapa jenis

pembelajaran koperatif, antaranya ialah kaedah Jigsaw. Dalam cara ini, murid pelbagai

kebolehan diagihkan kepada kumpulan kecil yang mengandungi 4-5 orang murid. Bahan

pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil dan setiap ahli kumpulan diberi tugas untuk

untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, setiap murid akan

bergilir menyampaikan topik masing-masing kepada ahli kumpulannya dan membantu mereka

menguasai topik tersebut. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli

kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan

cara pengajaran berpusatkan murid, di mana setiap murid memainkan peranan penting dalam

menjayakan aktiviti ini. Pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam lingkungan murid

yang memilik tahap pencapaian akademik yang berbeza kerana ia menggalakkan perasaan positif

dengan saling menghargai, manyokong dan menghormati sesama murid. Ini membolehkan

perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai

dengan falsafah konstruktivisme.

Selain itu, guru juga boleh melaksanakan aktiviti pengayaan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang

mempunyai kesukaran beraras tinggi daripada aras aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam

bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada

pada murid, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk mengasah

Page 6: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid dalam pelbagai

bidang serta memperkembang potensi murid pada tahap maksimum. Aktiviti pengayaan sesuai

untuk semua murid dalam sesebuah kelas, sama ada murid cerdas, sederhana ataupun lemah.

Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas dan biasanya

diberikan kepada murid selepas mereka menguasai satu atau lebih kemahiran asas tertentu.

Murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai sebelumnya bagi

menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dijalankan mengikut keperluan kognitif

murid sama aada bercorak belajar kendiri berdasarkan modul atau berbentuk lembaran kerja

ataupun projek. Bagi memenuhi keperluan murid cerdas, adalah wajar guru menyediakan

program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar murid. Bagi murid

dalam golongan lemah pula, guru perlu menyediakan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan

kebolehan dan keupayaan kognitif mereka. Melalui pengayaan, murid akan sama-sama

berpeluang menikamati pelbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam

aktiviti pembelajaran. Antara pengisian program pengayaan termasuklah aktiviti seni, kuiz,

permainan, muzik, menulis jurnal dan kunjungan lapangan. Contohnya, aktiviti pengayaan

dalam matapelajaran matematik ialah permainan sudoku dan congkak.

Guru juga boleh mempelbagaikan media dan bahan bantu mengajar

dalam proses pengajaran bagi membantu murid lebih mudah menerima

pelajaran kerana pada peringkat sekolah rendah, keupayaan kognitif murid

masih terhad. Kanak-kanak pada peringkat ini berfikir secara logik dan

konkrit (Piaget1896-1980). Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi

diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid dalam sesuatu topik.

Selain daripada itu, penggunaan bahan dan alat bantu mengajar dapat

mengatasi perbezaan individu di kalangan murid. Penggunaan media dan

bahan pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif

murid kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman

pelajar tentang pelajaran yang diterimanya. Antara media dan bahan yang

boleh digunakan oleh guru ialah, penyampaian maklumat melalui bahan

grafik seperti lukisan dan graf, bahan pameran seperti model tiga dimensi

dan media audio seperti komputer dan radio. Media dan bahan seumpama

Page 7: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

ini membantu murid lemah lebih cepat dan mudah menerima maklumat,

sementara murid yang cerdas dapat memperkembangkan kemahiran jika

diberi peluang mengendalikan media dan bahan tersebut. Guru juga boleh

menyediakan sudut pembelajaran di dalam bilik darjah seperti sudut

informasi yang memaparkan berita-berita terkini atau artikel-artikel yang

berkaitan dengan pelajaran di sekolah. Sudut seperti ini adalah satu media

pembelajaran yang bukan sahaja menambah pengetahuan murid malah

boleh merangsang minda murid berfikir kerana terdapat banyak maklumat

yang boleh diperoleh melaluinya.

Strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai perlu

digunakan oleh guru bagi menjangkau murid-murid yang mempunyai

prestasi akademik yang berbeza. Penggunaan strategi dan kaedah yang

pelbagai ini dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran di kalangan murid

serta dapat mengelak rasa bosan di kalangan murid, di samping dapat

menarik murid. Antara strategi dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru

adalah kaedah amali. Dalam kaedah amali, murid dibekalkan alatan untuk

menjalankan kerja amali. Peranan guru adalah fasilitator iaitu sebagai

pemerhati dan pembimbing sahaja, manakala murid akan menjalankan

kerja-kerja amali. Contohnya, dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, murid

melakukan kerja amali seperti membuat rak pelbagai guna dan menjahit.

Teknik ini juga adalah sangat berkesan dalam melatih kemahiran psikomotor

murid. Menurut R. Havingghurst, kanak-kanak pada peringkat 6 hingga 12

tahun mengalami pertumbuhan tulang dan otot dan bersedia untuk

mempelajari kemahiran menangkap, menendang, berguling dan berenang.

Menurut Piaget pula, kanak-kanak pada tahap ini berupaya mengawal otot-

otot kecil dengan lebih baik dan membolehkan mereka menulis, bermain alat

muzik dan menggunakan pelbagai alat pertukangan. Satu lagi kaedah yang

boleh digunakan oleh guru ialah kaedah simulasi seperti projek. Kaedah

projek ini adalah berlandaskan teori yang menyatakan bahawa hasil

pembelajaran murid akan lebih berkesan jika murid bersedia untuk

Page 8: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara

menarik. Melalui kaedah ini, murid dapat memerhati situasi sebenar untuk

mendapatkan hasil. Selain itu, kaedah ini juga dapat meningkatkan

penglibatan murid secara langsung mengembangkan kemahiran yang ada

pada murid yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah lain.

4.0 PENUTUP

Daripada perbincangan, nyatalah bahawa faktor sosioekonomi keluarga, asuhan dan

bimbingan ibu bapa, perbezaan kognitif murid dan jangkaan guru terhadap murid membawa

pengaruh besar dalam pencapaian akademik seseorang murid. Faktor-faktor ini perlu diambil

perhatian oleh seseorang guru dalam menyedia dan melaksana proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada setiap murid. Jika guru mengabaikan faktor –faktor

tersebut, apapun usaha guru dalam meningkatkan prestasi murid-muridnya pastinya kurang

berkesan. Sebagai seorang guru, adalah menjadi kewajipan untuk mengetahui latarbelakang

murid-muridnya, disamping sentiasa membuat refleksi diri bagi meningkatkan proses pengajaran

dan pembelajaran seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid secara keseluruhannya.

Pembelajaran koperatif dan aktiviti pengayaan dilihat sebagai langkah yang bernas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid berpercapaian akademik berbeza. Selain

itu, penggunaan media dan bahan yang pelbagai dan menarik juga tidak kurang pentingnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap

serta gaya pembelajaran murid pula mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua

murid tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain,

ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi murid-murid tertentu akan

menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya

berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.

Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu

pengetahuan kepada murid tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia

pendidikan yang sebenar terutama dalam mengenalpasti punca-punca masalah murid dalam

pembelajaran. Hal ini kerana realitinya, murid yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang

dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik,

personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal,

Page 9: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid

tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk

terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Guru juga perlu sentiasa proaktif

dalam menangani masalah ini dengan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi membantu

murid mencapai perkembangan yang sepenuhnya dalam bidang akademik khususnya.

(2351 pp)