Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah

    1/4

    Tugasan 1(a)

    Pendahuluan

    Pendidikan merupakan suatu hak asasi kepada semu manusia. Setiap manusia

    berhak untuk memperoleh peluang untuk menikmati pendidikan yang sama rata

    tanpa mengira sebarang perbezaan latar belakang dan juga sosiobudaya. Namun

    begitu, kesamarataan peluang pendidikan ini tidak dapat dinikmati oleh kesemua

    murid lantaran wujudnya beberapa faktor tersendiri. Isu ini bukan sahaja menjadi

    batu penghalang kepada proses pembangunan sumber manusia yang dikehendaki

    malah menjadi punca kepada pelbagai lagi masalah lain seperti kemenjadian diri

    manusia yang terganggu serta kurangnya literasi saintifik dalam kalangan

    masyarakat di Malaysia.

    ntuk mengatasi isu ini, pelbagai usaha dan dasar telah diperkenalkan dan

    dilaksanakan oleh pihak kerajaan dari dahulu hinggalah ke hari ini. !ermula daripada

    "aporan !arnes #$%& yang diwujudkan sebelum tercapainya kemerdekaan negara

    hinggalah ke Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia '(, pelbagai cadangan

    dan langkah telah diusahakan oleh pihak kerajaan dalam merapat jurang pendidikan

    antara kaum, antara kelas sosial, dan juga jantina. Namun, isu ini terus wujud dan

    diperdebatkan hingga ke hari ini.

    Konsep

    Menurut )amus *ewan +disi )e( -#$$/ ketaksamaan boleh didefinisikan

    sebagai tidak sama antara gambaran dan hakikat. Manakala seorang pengkaji

    tempatan, Noran 0auziah 1aakob berpendapat ketaksamaan bermaksud keadaan di

    mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. 2leh itu dalam konteks

    penulisan esei ini, ketaksamaan peluang pendidikan boleh difahami sebagai

    perbezaan peluang untuk mengakses pendidikan yang sama rata dalam kalangan

    masayarakat di Malaysia pada masa kini. Perbezaan peluang untuk mengaksespendidikan yang sama rata ini mempunyai empat faktor utama iaitu kelas sosial

    dalam kalangan masyarakat, bias jantina, kumpulan minoriti yang terabai, dan isu

    kumpulan berkeperluan khas. Maknanya disini, ketaksamarataan peluang pendidikan

    ini boleh kita ringkaskan sebagai perkara yang menghalang para murid daripada

    menikmati peluang pendidikan yang sama dengan murid lain yang berbeza latar 

    sosiobudaya.

    Kelas Sosial

    0aktor yang pertama ialah wujudnya perbezaan kelas sosial dalam kalangan

  • 8/17/2019 Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah

    2/4

    masyarakat. Stalcup -#$34/ mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam

    masyarakat , yakni manusia mengganggap diri mereka sama dari segi latar belakang

    keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras, dan sikap terhadap isuisu sosial. Ini

    bermakna mereka hanya mengganggap mereka setara dengan manusia lain yang

    mempunyai persamaan taraf dalam ciriciri yang dinyatakan tadi sahaja. *i negara

    ini, kelas sosial lebih tertumpu kepada taraf ekonomi sesebuah keluarga yang akhir 

    mempengaruhi akses kepada pendidikan itu sendiri. )eluarga dengan taraf ekonomi

    yang tinggi mempunyai peluang mengakses pendidikan yang lebih luas dan

    berkualiti, lebih berpeluang menggunakan teknologi terkini, dan pelbagai lagi

    kemudahan pendidikan yang lain. 5ealiti ini amat berlawanan dengan situasi dan

    peluang yang dimiliki oleh keluarga dengan taraf ekonomi yang rendah.

    6ontohnya dalam bilik darjah yang berkepelbagaian sosiobudaya, murid dengankelas social yang lebih tinggi berpeluang untuk memiliki buku rujukan dan juga

    kelengkapan persekolahan yang lebih berkualiti berbanding murid daripada kelas

    social yang lebih rendah. Ini memberi impak kepada prestasi akademik mereka yakni

    murid dengan kelas sosial yang lebih tinggi lebih berpotensi untuk mendapat

    keputusan akademik yang lebih cemerlang berbanding murid daripada kelas social

    yang lebih rendah.

    Bias Jantina

    0aktor yang kedua ialah bias jantina. Penyelidik tempatan seperti 7minah

     7hmad -'&&&/ menyatakan bahawa penglibatan wanita sangat menggalakkan tetapi

    masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat terutamanya

    di sekolah 8okasional dan teknik dan juga di institusi pendidikan tinggi terutamanya

    di politeknik. )etaksamaan ini wujud atas sebab beberapa perkara seperti

    kebimbangan terhadap keselamatan dalam kalangan perempuan, kaedah nilai yang

    sewajarnya berbeza mengikut jantina, perbezaan gaya dan kecenderungan

    pembelajaran dan juga pengkhususan bidang mengikut jantina.

    !ias jantina ini juga berlaku akibat kecenderungan seseorang guru itu sendiri

    terhadap sesuatu kelompok jantina. 9uru yang cenderung mengutamakan sesuatu

    kelompok jantina akan menjadi lebih peka dan mengfokuskan sesi P:P terhadap

     jantina yang digemari dan kurang memberi perhatian kepada jantina yang

    berlawanan. Situasi ini bakal menyebabkan jantina yang terabai ini memperoleh

    peluang pendidikan yang tidak sama rata berbanding kumpulan jantina yang

    mendapat keutamaan seseorang guru.

    Kumpulan Minoriti

  • 8/17/2019 Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah

    3/4

    Seterusnya, isu kumpulan minoriti yang terbiar turut menjadi punca berlakunya

    ketaksamaan peluang pendidikan. )umpulan minoriti membawa maksud golongan

    kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya, dan sebagainya yang tinggal di

    sesebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, dan

    sebagainya - Kamus Dewan, 2007 ). *alam aspek peluang pendidikan, kumpulan

    minoriti ini merujuk kepada dua iaitu kumpulan minoriti iaitu kaum orang asli di

    pedalaman yang mempunyai infrastruktur yang pendidikan yang terhad dan juga

    pelajar daripada kaum lain yang belajar di sekolah yang didominasi kaum lain. *alam

    konteks kaum orang asli, kekurangan infrastrukur pendidikan yang berkualiti sendiri

    telah menutup ruang dan peluang kepada mereka untuk memiliki pendidikan yang

    setara dengan pelajar lain di tempat yang membangun manakala dalam konteks

    minoriti di sekolah yang didominasi kaum lain pula wujudnya kemungkinan bias

    dalam layanan dan pergaulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri

    - P:P /.

    )umpulan minoriti di sesebuah sekolah contohnya berpotensi untuk menjadi

    kumpulan murid yang terabai. ;al ini demikian kerana wujudnya masalah kepada

    kumpulan ini untuk menyesuaikan diri dengan kumpulan majoriti yang akhirnya

    menyebabkan mereka ketinggalan dalam proses P:P. 6ontohnya kumpulan minoriti

    Melayu di sekolah bermajoriti murid 6ina yang gagal menyesuaikan diri dengan

    kumpulan majority cenderung diabaikan dan turut berpotensi dipulaukan yang

    akhirnya memberi kesan yang sangat buruk terhadap peluang pendidikan mereka

    Kumpulan Berkeperluan Khas

      0aktor terakhir ialah isu kumpulan berkeperluan khas. )umpulan berkeperluan

    khas ini ialah kanakkanak istimewa yang memerlukan perhatian khusus daripada

    ibu bapa dan guru. )anakkanak ini ialah mereka yang menghidapi penyakit autisme,

    sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, cerebral palsy, dan kecacatan deria.

    Sebelum kemerdekaan, kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam

    penyediaan peluang pembelajaran kepada kumpulan ini namun situasi ini telah

    berubah. )ementerian Pendidikan -#$$

  • 8/17/2019 Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah

    4/4

    lantaran kurangnya sifat memahami terhadap kondisi mereka. )esannya, mereka

    tidak mendapat peluang pendidikan yang mereka berhak untuk terima. Selain itu,

    lantaran masalah kesihatan yang mereka punyai, mereka seringkali terabai lantaran

    kurangnya pengorbanan daripada orang di sekeliling untuk membantu dan memberi

    peluang kepada mereka untuk menikmati peluang pendidikan yang sama rata.

    Sebagai rumusan, ketidaksamarataan peluang pendidikan di Malaysia perlu

    terus diatasi selaras dengan 0alsafah Pendidikan )ebangsaan iaitu membentuk

    rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. ;arapannya, suatu hari nanti kesemua

    rakyat Malaysia dapat mengecapi akses pendidikan yang sama rata tanpa mengira

    latar belakang mahupun perbezaan mereka.