30
SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92). Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang

Faktor perkembangan islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Faktor perkembangan islam

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini

berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan

kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas

Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan

harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan

akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92).

 

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan

ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah

dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan

dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat

Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar

di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam

perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama

yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk

mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau

lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan

Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di

Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345

hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan

mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih

belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah

tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh

agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu,

Page 2: Faktor perkembangan islam

Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar

penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).

 

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang

bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan

politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang

Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya

Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu &

Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana

orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum

dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran

dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana

kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak

mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

 

PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHAN

Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan

penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman

penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya &

golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam

dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu,

kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan

dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan

tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya

masih dapat dipertahankan (JAKIM).

Page 3: Faktor perkembangan islam

 

PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN

Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO,

yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada

pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC)

dalam gagasan “Perikatan”, dengan mengekalkan identiti parti masing-masing dalam perkara-

perkara tertentu (JAKIM).

 

Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China,

India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik

dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti

UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO

sebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang

masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan Islam dan orang

Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam

di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM).

 

Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam

terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial cuma yang agak tersekat dalam

proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat

perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan

oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat. Undang-undang yang

agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah

membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza

dengan Islam, demikian juga dalam hukum ta’zirkesalahan-kesalahan maksiat. Selain

Page 4: Faktor perkembangan islam

daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi

dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan

didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih

berpegang, kepada adat perpatih (JAKIM).

 

Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukan-

peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta

Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta

Koperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi

berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri &

Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-

undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan

Islam yang menyeluruh perlu dipinda (JAKIM).

 

SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM

Selepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh

penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem

demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini

terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam

sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat

memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam

ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan

kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam

Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara

kelompok, bukan meluaskan jurang (JAKIM).

Page 5: Faktor perkembangan islam

 

Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem

ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah

tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya “divide & rule”. Kalau diambil asas yang

masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan

Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa

politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang

membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang

Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah “divide & rule” yang kita

sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan

proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa

negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara

Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu

kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim

selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna,

kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam

pada dirinya (JAKIM).

 

KESIMPULAN

Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat

nas Qat’i yang menentukannya. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam

menentukan ciri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan

ada mencirikan perlaksanaan syari’ah sebagai penentu. Dalam pengalaman sejarah politik

Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada

secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang

Page 6: Faktor perkembangan islam

ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. Ulama juga

tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali

beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan

ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau

bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang

dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin).

Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam,

keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan

kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim (JAKIM).

 

PENUTUP

Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi

dalam kehidupan Muslim.

1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah

tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.

2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk

kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.

3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di

mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut

dielakkan dalam kehidupannya.

4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam,

serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan.

5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya

dalam keupayaan masing-masing.

 

Page 7: Faktor perkembangan islam

RUJUKAN

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Bentong: PTS Publications &Distributor Sdn. Bhd.

 Ayadurai. (1999). Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahyuddin Yahya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd. www.jakim.gov.my

Page 8: Faktor perkembangan islam

pengenalan

Latar belakang Nusantara. Latar belakang masyarakat Nusantara sebelum kedatangan Islam. Teori kedatangan Islam ke Nusantara. Faktor-faktor perdagangan dan kecergasan budaya tempatan tidak berlaku secara

terpisah antara satu sama lain tetapi sebaliknya saling berkaitan. Para pedagang Gujerat yang telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan Nusantara boleh dianggap sebagai agen-agen bagi penyebaran agama Islam yang bercirikan Sufisme.

Penegasan soalan : Jelas bahawa agama Islam tersebar ke Kepulauan AsiaTenggara bukan sahaja disebabkan peranan pedagang melalui aktiviti perdagangan. Faktor-faktor lain turut menyumbang kepada penyebaran agama Islam ke Kepulauan Melayu.

Isi-Isi Penting :

Faktor-faktor penyebaran agama Islam ke Nusantara :

Faktor Perdagangan :

Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di Nusantara sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang Islam mempunyai peluang yang sebaik-baiknya untuk menyebarkan Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan. Selain itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Di samping itu, pada abadabad 14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan bahawa kegiatan perdagangan amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad ke-14 kerajaan Pasai, abad ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di Nusantara. Kedudukan Nusantara yang amat strategik membantu kerancakan perdagangan.

Faktor Ajaran Islam :

Kedatangan Islam ke Nusantara terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah satu kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa rasional dan amat sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya, dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah mereka yang paling bertakwa. Di samping itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan Islam yang bersifat universal, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersatu padu, dan lain-lain.

Page 9: Faktor perkembangan islam

Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah :

Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramaldengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Nusantara. Mereka bukan sahaja berpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah. Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah dan pengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya. Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar negara. Contohnya, pada zaman Acheh mereka memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Mereka menganggotai beberapa lembaga pemerintahan. Balai Gadang pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah dianggotai oleh 22 orang ulama terkenal di Acheh. Di samping itu, ulama-ulama luar yang datang ke Acheh seperti dari negeri-negeri Semenanjung Arab, Parsi, Turki, India, Gujerat, dan lain-lain telah menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid-masjid.

Faktor Penaklukan :

Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor penyebaran Islam di Nusantara. Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong tersebarnya Islam dengan cepat. Jika daerah yang ditawan belum Islam maka melalui penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif polotik, kedudukan, ekonomi, dan sebagainya. Jika daerah yang ditakluk itu telah Islam maka Islam dapat dikembang dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderagiri, Rokan, Siak, Johor, Bengkalis, dan lain-lain.

Faktor Kesusasteraan dan Penulisan :

Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Nusantara. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Nusantara. Selain itu, berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak kitab agama dikarang atau diterjemahkan ke bahasa Melayu. Karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Nusantara. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja

Page 10: Faktor perkembangan islam

Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan sebagainya sering dibacakan kepada penduduk Nusantara.

 

Faktor Perkahwinan :

Perkahwinan turut menjadi faktor penting dalam penyebaran Islam di Nusantara. Perkahwinan berlaku melalui dua cara iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan gadis-gadis tempatan, terutama anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan. Keduanya ialah perkahwinan antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain. Contohnya, perkahwinan Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan bergelar Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam kemudiannya.

Peranan Pemerintah di Nusantara :

Penyebaran Islam di Nusantara sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah.

Hubungan Diplomatik :

Penyebaran Islam di Nusantara turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.

Perlaksanaan Perundangan Dan Keadilan :

Hukum Kanun Melaka mempunyai unsur-unsur Islam. Jadi perlaksanaan undangundang ini mewujudkan keadilan dalam masyarakat

Faktor Institusi Pendidikan :

Contoh Istana-istana, pondok, balai gadang, Jamiah Baitul Rahman. Para pelajar yang menerima ilmu pengetahuan dan ajaran Islam akan menyebarkan pula di tempat masing-masing setelah tamat pengajian.

Page 11: Faktor perkembangan islam

KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU

OlehMilus Hj. Abd. Wahad

PENGENALAN DAN BEBERAPA TEORI

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak merubah alam pemikiran masyarakat Melayu, di mana perubahan ini telah menjadikan daya fikir intelektual Melayu terus berkembang sehingga kerajaan Melaka abad ke 15 menjadi pusat intelektual Islam sedunia berkumpul untuk membahaskan pelbagai disiplin keilmuan Islam serta isu masyarakat semasa.

Oleh kerana kepesatan Islam berkembang di alam Melayu, maka pihak barat terpaksa mengambil peranan sama untuk menilai keupayaan Islam membentuk tamadun Melayu Islam yang telah mengancam gerakan ‘imperialisme’ terhadap negara-negara Nusantara. Maka itu, pihak barat cuba mengheret golongan intelektual dan para sejarawan tempatan terhadap kedatangan Islam ke alam Melayu sebagai tumpuan perdebatan. Tujuan mereka adalah untuk mengelirukan umat Melayu Islam terhadap peranan Islam, dengan itu mereka mengutarakan beberapa pandangan tentang kedatangan Islam supaya agenda Islamisasi di Nusantara berjalan dengan perlahan.

Pandangan Barat

Antaranya ialah teori kedatangan Islam ke alam Melayu yang dikemukakan oleh Eredia Gadinho, di mana beliau mengatakan bahawa Islam telah sampai ke alam Melayu Melalui China, beliau mendakwa bahawa pedagang-pedagang China dan Arab telah menyebarkan Islam di kepulauan Nusantara. Manakala hujah kedua telah dikemukakan oleh Snouck Hurgronje merupakan seorang sarjana Belanda yang mendakwa bahawa Islam yang ada di alam Melayu pada masa ini telah disebarkan oleh para pedagang India, dan juga seorang sarjana barat lagi iaitu John Crowford menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh para pedagang Arab.

Hujah ini cuba memperkecilkan golongan pendakwah sebenar yang telah menyebarkan Islam dengan harapan pembentukan awal Tamadun Melayu tidak disandarkan kepada peranan utama Islam dan seterusnya memperlihatkan betapa rendahnya intelektual Islam yang hanya disebarkan oleh golongan para pedagang. Secara rasionalnya, apabila pedagang yang menyebarkan Islam, maka pemikiran Melayu Islam amat rendah nilainya, dan hujah ini amat lemah berbanding peranan besar yang dimainkan oleh tokoh-tokoh awal Islam.

Pandangan Tempatan

Menurut Syed Naquib al-Attas seorang sarjana tempatan, menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh orang Arab sama ada melalui perdagangan atau juga usaha dakwah yang dibawa oleh para ahli sufi dan ilmuan Islam. Pendapat al-Attas ini cukup kukuh dan utuh untuk menjelaskan kedatangan

Page 12: Faktor perkembangan islam

Islam sebenar serta juga gerakan Islamisasi yang berlaku di Nusantara. Secara jelas al-Attas menyatakan keupayaan penyebar Islam sebenar seperti Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Nurudin ar-Raniri serta lain-lain pendakwah telah berjaya mendidik masyarakat memahami Islam yang syumul.

SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM

Sejarah kedatangan Islam ini boleh dilihat dlam beberapa catatan dan antaranya Sejarah Melayu, di mana dalam Sejarah Melayu ini menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Melaka sekitar tahun 1409, di mana Parameswara selaku Raja Melaka pada masa itu telah memeluk Islam dengan membawa gelaran Sultan Iskandar Syah. Semasa I-Tsing berkunjung ke Srivijaya beliau juga mendapati bahawa orang Melayu sudah menerima Islam sekitar tahun 671 masihi. Begitu juga di Kelantan turut menerima Islam sekitar 1181, ini dibuktikan dengan wujudnya kerajaan Islam Kelantan dan penggunaan wang dinar.

Manakala di Filipina menurut Cesar Adib Majul, Islam telah mula bertapak sekitar 1400an terutama di kepulauan Sulu, manakala di Mindanao sekitar 1520an apabila Melaka jatuh kepada Portugis pada tahun 1511. Di Pulau Borneo kedatangan Islam adalah merujuk kepada penerimaan Islam oleh kerajaan Brunei sekitar 1400an. Umumnya kedatangan Islam ke alam Melayu adalah lebih awal daripada penyebaran agama Kristian dan pada masa Islam datang, agama Hindu sudah pun bertapak lebih awal.

Apa yang jelas kedatangan Islam telah memberi makna besar terhadap Tamadun Melayu Islam di Nusantara. Kewujudan Tamadun Melayu Islam telah merubah peradaban masyarakat Melayu, daripada masyarakat animisme kepada masyarakat Melayu yang mentauhidkan Penciptanya iaitu ALLAH SWT.

KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT

Sosial dan Budaya

Islamisasi yang berlaku di alam Melayu pada ketika itu telah memberi kesan besar terhadap dunia Melayu. Antaranya ialah pembentukan Sosial dan Budaya Melayu Islam. Kedatangan Islam telah banyak merubah budaya dan sosial masyarakat Nusantara. Menurut Syed Naquib al-Attas perubahan sosial dan budaya pada masyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan undang-undang kekeluargaan. Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi budaya yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat banyak berteraskan ajaran Islam.

Politik

Selain itu, Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara, cContohnya kerajaan Melaka dan Aceh. Kerajaan Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomasi kerajaan China. Ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang tersohor,

Page 13: Faktor perkembangan islam

hubungan dengan kerajaan China terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo semakin erat kerana pada ketika itu Islam sistem Islam banyak memainkan peranan dalam pentadbiran. Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telah meluaskan lagi pengaruh Islam di sekitar kepulauan Nusantara dan dilihat oleh barat sebagai halangan utama terhadap cita-cita mereka.

Ekonomi

Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu, sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam. Contohnya, Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. Kesan terhadap sistem ekonomi yang berlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Para pedagang luar datang ke Melaka untuk menguruskan perniagaan mereka, antaranya China, India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri. Keselamatan di perairan Nusantara juga turut mempengaruhi kegiatan ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telah membantu merancakkan lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara.

Alam Pemikiran

Penyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran masyarakat Nusantara. Sebelum Islam, masyarakat lebih terikat dengan faham agama Hindu yang banyak memasukkan unsur-unsur mistik sebagai anutan. Apabila Islam datang, segala kekhurafatan dan ketahyulan dapat dijelaskan dan dirungkai dalam pemikiran masyarakat. Melaka dan Aceh telah menjadi pusat keilmuan dengan lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Hamzah Fansuri, Nurudin Ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lainnya. Kegiatan para ilmuan ini telah mendorong pemikiran masyarakat Melayu Nusantara kepada realiti pentauhidan dan kekhalikan Maha Pencipta.

Bahasa dan Tulisan

Faktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu, penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama menunjukkan bagaimana Islam merubah dan meletakkan nilai insani kepada tahap yang betul. Tulisan jawi digunakan secara meluas, bahkan tulisan jawi masih berterusan terutama apabila berhubung dengan raja-raja Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa penyebaran Islam di alam Melayu atau Nusantara. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam telah memantapkan kekuatan Islam di Nusantara. Di samping itu, ia juga menjadi bahasa ilmu yang boleh menyesuaikan pelbagai istilah Arab sebagai kata pinjam, contohnya ‘ilmu’, ‘alam’, ‘amal’, ‘ibadat’, ‘zakat’ dan sebagainya.

Pendidikan

Perubahan terhadap alam pendidikan turut berlaku dalam masyarakat Melayu, sebelum itu pendidikan masyarakat lebih menjurus kepada adat-istiadat terutama

Page 14: Faktor perkembangan islam

faham Hindu dan unsur animisme, tetapi setelah Islam sampai pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan akhlak. Pendidikan lebih kepada memahami Khaliq atau Maha Pencipta, seperti pengenalan ilmu Tauhid, Fekah, Muamalat, Usuluddin dan Syariah. Kanak-kanak mula mempelajari al-Quran sebagai asas utama, kelas-kelas al-Quran dibuka oleh guru-guru agama dan imam-imam. Surau, Masjid, Rangkang dan Pondok didirikan bagi memberi ruang kepada masyarakat mempelajari agama dengan lebih luas lagi. Peranan institusi pendidikan ini juga bukan sahaja terhad kepada bidang keilmuan, tetapi lebih kepada pusat pentadbiran dan perbincangan. Istana turut dijadikan kutab dan medan pembicaraan keilmuan yang turut melibatkan pihak pemerintah pada masa itu.Semangat jihad juga turut didedahkan kepada masyarakat, kesannya masyarakat sanggup mempertaruhkan diri demi mempertahankan agama Islam.

KESIMPULAN

Apa yang jelas, kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa satu perubahan yang besar, bahkan boleh disifatkan kedatangan Islam merupakan pemodenan budaya, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun ada pertikaian berkaitan dakwaan ini, namun al-Attas tetap mempertahankan kewajaran bagaimana Islam merubah dimensi pemikiran serta sifat kerohanian yang amat mendalam. Kehadiran Islam juga telah mengeluarkan masyarakat dari kegelapan pemikiran ortodok yang bersifat kabur dan khayalan kepada realiti hidup yang sebenar.

Page 15: Faktor perkembangan islam

Faktor Perkembangan Islam Di Alam Melayu

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DIALAM MELAYU

PendahuluanAgama Islam mula berkembang di alam Melayu dalam abad ke 13 Masihi. Menjelang abad ke 15 Masihi, agama Islam berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh alam Melayu dan menamatkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasai daerah tersebut sejak abad ke 15 Masihi.Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke alam Melayu telah memahami permasalahan budaya yang dihadapi oleh penganut-penganut Islam di daerah tersebut. Pemikir-pemikir budaya melayu dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspek dari kebudayaan Melayu denga ciri-ciri keislaman, sehingga dengan itu lahirlah peradaban Melayu yang memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal.Dengan keunggulan peradaban Melayu yang bercorak Islam melahirkan suatu masyarakat alam Melayu yang dinamik sehingga terbentuk kuasa-kuasa sahsiah yang kuat. Tetapi kekuatan penjajahan Barat yang dibantu oleh teknologi moden dapat mengatasi dan menguasai dunia Islam. Akibatnya umat Islam ketinggalan beberapa abad lamanya dari arus perkembangan tamadun dunia.Apabila dunia Islam bebas dari belenggu penjajahan maka umat Islam menghadapi suatu permasalahan budaya semasa untuk menyesuaikan berbagai-bagai aspek dalam tamadun yang menguasai kehidupan mereka dengan roh agama. Ini merupakan satu cabaran yang memerlukan pendekatan yang konkrit bagi memperlihatkan ciri keunggulan yang boleh menarik sokongan yang mengembalikan kekuatan seperti yang dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Pengenalan Alam Melayu

Alam Melayu merupakan kawasan yang turut dikenali sebagai ‘Nusantara’. Ia merujuk kepada negara-negara Asia Tenggara iaitu kepulauan-kepulauan Indonesia, Malaysia dan Filipina. Konsep alam Melayu yang dipakai oleh UNESCO mengambil kira seluruh rumpun Melayu Polonesia dari Pulau Malagasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di timur, Pulau Formosa, Hawaii di utara serta kepulauan Indonesia dan New Zealand di sebelah selatan.Alam Melayu terkenal sebagai ‘Mutiara Timur’. Muka buminya subur dengan pelbagai flora dan fauna serta menyimpan pelbagai khazanah sumber ekenomi di perut bumi dan di dasar lautnya. Di persadanya pelbagai kelompok etnik manusia hidup bersama. Ini menjadikan alam Melayu sebagai ‘Taman Kesuma Wicitra’ atau ‘Taman Aneka Bunga’ yang melahirkan falsafah kepelbagaian budaya dalam satu rumpun Melayu yang besar.Dari perspektif sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih 5000 tahun dengan mengambil kira Tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum masihi. Alam melayu juga telah lama membina kebudayaanya yang tersendiri seiring dengan tamadun dunia yang lain. Dalam proses perkembangannya, ia melalui 3 peringkat utama iaitu:a) Tamadun Purba atau Pra-sejarah(sehingga abad ke-3 Masihi)b) Tamadun Hindu iaitu mulai kedatangan pengaruh Hindu(abad ke-3 Masihi & Arab Jahiliah, hingga tahun 1200 Masihi)c) Tamadun Moden iaitu selepas kedatangan Islam(1200 Masihi hingga kini)FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYUTerdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu.

Page 16: Faktor perkembangan islam

Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :

1) PerdaganganRamai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Diantara barang-barang tersebut ialah lada, rempah, kemenyan dan terutamanya kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia pernah dianggap sebagai punca yang membawa orang-orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.

Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di Perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.

Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.

2) Keunggulan IslamFaktor-faktor penyebaran Islam di alam Melayu juga datang daripada keunggulan Islam itu sendiri. Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam, tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan dewa disamping mangamalkan sistem kasta.

Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan Bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakat lama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama.

Sesungguhnya sistem-sistem kasta diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapi tidaklah benar sama sekali jika dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf dikalangan masyarakat orang beragama Hindu digugusan kepulauan melayu pada masa itu.

3) PerkahwinanRamai saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan

Page 17: Faktor perkembangan islam

keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.

Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam.

Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.

4) Pengislaman PemerintahPengislaman pemerintah merupakan salah satu faktor bagi perkembangan Islam di alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Apabila pemerintah memeluk Islam, nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang-orang yang kaya. dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.

5) Perlumbaan Penyebaran Agama Islam Dan KristianSatu lagi faktor yang bertanggumgjawab bagi perkembangan agama Islam di rantau ini disebabkan adanya perlumbaan penyebaran agama Islam dan Kristian, terutama di dalam abad ke-15 dan ke-16 yang dianggap ekoran dari Perang Salib. Sejak semenanjung Iberia ditawan oleh kuasa Islam dalam tahun 732 M berlanjutan hingga Peperangan Salib dan seterusnya dalam abad ke-15 telah meninggalkan kesan-kesan yang mendalam dan di dalam tulisan-tulisan orientalis Barat selalu mengecil-ngecilkan peranan Islam di samping usaha-usaha melemahkan agama Islam. Persaingan ini menjadi satu sebab Islam telah berkembang dengan pesat di kalangan penduduk Kepulauan Melayu.

6) PenaklukanPenaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi. Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam catitan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.Melaka di zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah diTanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Petani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lainya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam

Page 18: Faktor perkembangan islam

dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.

7) KesusasteraanKesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.Dizaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara.

8) Peranan Ahli Tsawuf dan SufiKegiatan penyebaran Isalm dikebangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf da sufu merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun dan bertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempersonakan orang ramai.Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bija dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan par pembesar. Di zaman kesultanan Acheh,golongan tasawuf telah diberi peranan penting dalam pentadbiran. Semasa pentadbiran Iskandar Muda,seramai 22 orang ulama(ahli tasawuf) telah menganggotai Balai Gadang yang menjadi pusat bagi membicangkan masalah pemarintahan negara dan masalah agama. Antara mereka adalah Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Acheh dalah kegiatannya sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara.Sementara pada zaman kerajaan Islam Demak, golonhan ini lebih dikenali sebagai Wali Songo. Mereka memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Pulau Jawa. Tokoh-tokoh Sunan Ampel,Sunan Bonang dan Sunan gunung Jati memang tidak asing dalam sejarah perkembangan pengaruh islam di Jawa dan sekitarnya.

KesimpulanAgama Islam telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk alam Melayu walaupun agama Hindu lebih awal bertapak di rantau ini. Islam telah membawa tamadun

Page 19: Faktor perkembangan islam

yang tinggi dan seba lengkap meliputi semua aspek kehidupan. Asas asas tamadun Islam yang tersebar di nusantara semenjak awal abad ke 15 telah menjadi nilai hidup orang-orang Melayu sehingga kini.

Page 20: Faktor perkembangan islam
Page 21: Faktor perkembangan islam