10
1.0 Pengenalan Umumnya pembandaran ialah suatu perubahan penduduk dari desa menjadi Bandar. Perubahan boleh berlaku melalui beberapa cara. Pertama, perpindahan penduduk dari desa ke Bandar, kedua melalui perluasan Bandar yang merebak ke kawasan luar Bandar di sekitarnya, ketiga melalui perancangan pembangunan in situ di kawasan desa yang menyebabkan guna tanah dan penduduk desa terbandar. Kawasan terbandar biasanya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai tahap penyedian kemudahan pasarana dan sosial yang lebih baik. Guna tanah bukan utamanya bukan lagi pertanian tetapi bangunan atau kediaman, tempat menjalankan aktiviti perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Proses pembangunan secara perpindahan, rebakan Bandar dan perancangan perbangunan in situ lazimnya menyebabkan penduduk mengalami perubahan sosioekonomi terutamanya dari segi perkerjaan, pendidikan, sikap, tahap kesihatan dan budaya kehidupan. Dalam dunia sebenar, fenomena pembandaran agak sukar untuk diukur. Ini kerana daya penglihatan dan keupayaan manusia mencerap penunjuk pembandaran amat terbatas. Disebabkan kekurangan maklumat atau petunjuk yang lengkap maka para penulis dan pengkaji cenderung untuk memberikan pandangan yang berbeza tentang maksud pembandaran. Pendekatan pertama adalah pendefinisian yang berasaskan pertunjuk demografi, dan pendekatan kedua mentakrif pembandaran sebagai suatu proses perubahan dalam konteks politik- ekonomi, sesebuah Negara. Bandar ialah petempatan yang mempunyai ciri moden dan maju dengan jumlah penduduk tertentu dan telah diwatakan oleh pemerintah. Ciri moden yang dimaksukan ialah guna tanah bukan pertanian tetapi perumahan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Manakala kemudahan asasnya baik dan keadaan persekitarannya bersih serta tersusun. Jumlah penduduk Bandar berbeza menurut tempat dan waktu.( Katiman Rostam(2002). ) 1

Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

1.0 Pengenalan

Umumnya pembandaran ialah suatu perubahan penduduk dari desa menjadi Bandar.

Perubahan boleh berlaku melalui beberapa cara. Pertama, perpindahan penduduk dari

desa ke Bandar, kedua melalui perluasan Bandar yang merebak ke kawasan luar Bandar

di sekitarnya, ketiga melalui perancangan pembangunan in situ di kawasan desa yang

menyebabkan guna tanah dan penduduk desa terbandar. Kawasan terbandar biasanya

mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai tahap penyedian

kemudahan pasarana dan sosial yang lebih baik. Guna tanah bukan utamanya bukan lagi

pertanian tetapi bangunan atau kediaman, tempat menjalankan aktiviti perniagaan,

perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Proses pembangunan secara perpindahan,

rebakan Bandar dan perancangan perbangunan in situ lazimnya menyebabkan penduduk

mengalami perubahan sosioekonomi terutamanya dari segi perkerjaan, pendidikan, sikap,

tahap kesihatan dan budaya kehidupan.

Dalam dunia sebenar, fenomena pembandaran agak sukar untuk diukur. Ini kerana daya

penglihatan dan keupayaan manusia mencerap penunjuk pembandaran amat terbatas.

Disebabkan kekurangan maklumat atau petunjuk yang lengkap maka para penulis dan

pengkaji cenderung untuk memberikan pandangan yang berbeza tentang maksud

pembandaran. Pendekatan pertama adalah pendefinisian yang berasaskan pertunjuk

demografi, dan pendekatan kedua mentakrif pembandaran sebagai suatu proses

perubahan dalam konteks politik-ekonomi, sesebuah Negara.

Bandar ialah petempatan yang mempunyai ciri moden dan maju dengan jumlah penduduk

tertentu dan telah diwatakan oleh pemerintah. Ciri moden yang dimaksukan ialah guna

tanah bukan pertanian tetapi perumahan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.

Manakala kemudahan asasnya baik dan keadaan persekitarannya bersih serta tersusun.

Jumlah penduduk Bandar berbeza menurut tempat dan waktu.( Katiman Rostam(2002). )

1

Page 2: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembandaran Yang Di Malaysia

Sejak Tahun 1970.

2.1 Migrasi

Pada tahun 1970-an data destinasi migran mula di kumpulkan daripada jumlah 2 juta

migran, 21 peratus berpindah dari luar Bandar ke Bandar. Bakinya 79 peratus berpindah

dari sesebuah Bandar ke andar yang lain. Negeri selangor mencatatkan perpindahan dari

Bandar ke Bandar sebanyak 39 peratus, pulau pinang 32 peratus dan perak sebanyak 23

peratus. Ini bermakana lebih ramai yang berpindah ke Bandar daripada luar Bandar.

Pertumbauhan urbanisasi yang tinggi telah berlaku antara tahun 1970 dengan 1980-an.

Urbanisasi di terengganu bertambah sebanyak 15.9 peratus, kelantan sebanyak 12.9

peratus, negeri sembilan sebanyak 11.0 peratus, pahang dan johor meningkat sebanyak 8-

9 peratus. Sebenarnya kadar ubanisasi Malaysia hanya meningkat sebanyak 7.3 peratus

sahaja. Keadaan ini menunjukan kadar urbanisasi di Malaysia timur bergitu perlahan dan

kedua-dua buah negeri ini harus mengadakan program pembangunan yang lebih dinamik

untuk menarik lebih ramai penduduk luar Bandar ke Bandar di masa hadapan. ( Usman

haji Yaakod (1989).)

Masalah migrasi banyak di hadapi oleh kebanyakan Negara membangun. Tetapi pada

hari ini, pembangunan yang pesat di kawasan Bandar menjadi satu bidang penarik migran

dari kawasan luar bandar ke bandar. Kawasan luar bandar dan pendalaman yang terbiar

tidak dapat menampung penduduk yang ramai keran kurang peluang perkerjaan dan juga

kurang kemudahan asas seperti kesihatan, perubatan, persekolahan dan perkhidmatan

sosial yang lain. Mengikut Bock Rothen Bag terdapat tiga sebab utama berlakunya

migrasi dalaman di negara membangun , pertumbuhan penduduk, perindustrian,

urbanisasi. Migrasi daripada luar negeri atau dalam negeri mempunyai banyak kebaikan

kepada negara. Contohnya pada masa dahulu ramai migran datang ke sekitar lembah

Klang untuk mencari perkerjaan di sektor perlombongan. Pada masa kini Lembah Klang

sudah menjadi bandar Raya akibat daripada kedatangan migran tersebut

2

Page 3: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

Pada masa kini perbandaran terjadi akibat daripada pelbagai perkhidmatan yang

disediakan kepada penduduk bandar. Keadaan ini menarik minat migran untuk berhijerah

ke bandar. Antara kemudahan yang di sediakan seperti pendidikan, perkhidmatan dan

lain-lain. Kemajuan perindustrian dan urbanisasi saling berkaitan antara satu dengan yang

lain menjadikan faktor yang menarik penduduk di kawasan bandar.

2.2 Perindustrian

Istilah perindustrian telah diberi penghuraian yang berbeza-beza oleh beberapa ahli

ekonomi dan ahli-ahli disiplin yang lain. Menurut Muray Brayce (1960), pengertian

perindustrian boleh dihuraikan dalam dua bentuk. Dalam pengertian yang sempit

perindustrian membawa erti pembangunan di sektor industri, manakala dalam pengertian

yang luas pula perindustrian ditakrifkan sebagai pembangunan infrastruktur seperti stesen

tenaga dan kemudahan-kemudahan pengangkutan. Ini kerana, ketiadaan kemudahan-

kemudahan tersebut membuatkan perindustrian moden tidak akan dapat diwujudkan.

Pembangunan negara berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Ramai ahli ekonomi

menganggap perindustrian sebagai suatu pemangkin untuk menggerakkan pembangunan

ekonomi secara keseluruhan. Projek-projek pembangunan ini yang biasanya bercorak

intensif modal menjadi pendorong kepada pembangunan sesuatu kawasan. Kawasan

sekitar sesebuah projek perindustrian akan mendapat faedah melalui proses yang dikenali

sebagai 'kesan limpahan'. Ini bermakna, pembangunan melalui peluang pekerjaan,

peningkatan kemudahan dan infrastruktur bukan sahaja akan mempengaruhi

pembangunan kawasan setempat malahan pembangunan di kawasan sekitarnya. Dengan

terdapatnya kawasan perindustrian maka sesebuah Bandar akan terbentuk.

Perindustrian di Malaysia, sektor perindustrian telah dianggap mempunyai tenaga

dinamik yang boleh menggerakkan pembangunan. Di Malaysia, peranan perindustrian

dalam pembangunan negara jelas membawa banyak faedah dari segi peningkatan

keluaran dan eksport negara serta pekerjaan.

3

Page 4: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), Perbadanan Kemajuan Industri

Persekutuan (FIDA) ditubuhkan bertujuan untuk memperkuatkan pembaikan galakan

industri serta memainkan peranan dalam membangunkan industri negara. Fungsi

perbadanan ini jelas apabila terdapatnya peningkatan dalam nilai di tambah sektor

pembuatan pada tahun 1971 iaitu sebanyak 13.1 peratus berbanding dengan 8.5 peratus

pada tahun 1960. Terdapat juga sumbangan lain yang terhasil daripada program

perindustrian di Malaysia seperti kepelbagaian keluaran, peningkatan peluang pekerjaan

dan sebagainya.

Sumbangan keluaran sektor ini telah menyebabkan KDNK Malaysia meningkat setiap

tahun. Misalnya KDNK tahunan bagi tahun 1980 ialah sebanyak RM 5,374,000

meningkat kepada RM 15,509,000 pada tahun 1990 iaitu peningkatan sebanyak 188.60

peratus dalam tempoh 10 tahun. Pencapaian ini disebabkan oleh eksport Malaysia yang

bertambah serta permintaan dalam negara yang semakin meningkat. Antara industri

utama yang banyak memberikan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi ialah industri

minyak, lemak, tekstil, jentera dan elektronik.

Pekerjaan Kebanyakan industri yang dibangunkan akan memberikan kesan yang besar

terhadap gunatenaga kerana ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang baru.

Kemajuan perindustrian di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1980

sehingga 1990, telah mewujudkan lebih daripada 9,411,000 peluang pekerjaan. Industri

pakaian, elektrik dan elektronik, serta barangan makanan kesemuanya telah memberikan

sumbangan yang besar terhadap jumlah pekerjaan baru yang di wujudkan dalam sektor

perindustrian.

Menurut Goss (1962), sesebuah negara tidak dianggap maju atau membangun selagi ia

tidak melalui proses perindustrian. Kini, sektor perindustrian boleh disifatkan sebagai

faktor penggerak utama pembangunan ekonomi selain daripada sektor pertanian.

Pembangunan perindustrian yang berlaku di Malaysia telah bermula sejak selepas

merdeka lagi. Pada mulanya, penekanan kerajaan terhadap sektor ini adalah sebagai salah

4

Page 5: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

satu usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di Malaysia. Namun, selepas

perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), kepentingan sektor ini jelas dalam

menyumbangkan pendapatan kepada Malaysia di samping sektor pertanian. Untuk itu,

kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan lagi sektor ini

termasuklah pemberian galakan serta penubuhan badan-badan khusus yang berfungsi

untuk melancarkan program pembangunan perindustrian di Malaysia.

Terdapat banyak kajian mengenai potensi perkembangan perindustrian di kawasan luar

bandar di Malaysia, namun kajian mengenai kesan perindustrian terhadap pembangunan

ruang dan kawasan adalah amat terhad. Walau bagaimanapun, kajian mengenai kesan

industri luar bandar di luar negara menunjukkan penubuhan industri di sesebuah negara

mendapat sambutan dengan meninggalkan kesan yang berbeza-beza dari sebuah negara

dengan negara yang lain. Menerusi pekerja-pekerja kumpulan aktiviti yang baru muncul,

perkembangan industri boleh menyebabkan pertambahan permintaan dalam

perkhidmatan dan barangan. Kenaikan pendapatan secara langsung menyebabkan

perubahan kepada wilayah tersebut. Dengan adanya bidang perindustrian di sesuatu

kawasan maka suatu kawasan Bandar akan tertubuh.

2.3 Politik / Refomasi Tanah dan Kerajaan

Proses penyatuan tanah yang berpecah seperti yang di lakukan di sesetengah Negara

menggalakan perkembangan petempatan berkelompak. Di Malaysia pembukaan tanah

pertanian oleh agensi kerajaan seperti LKTP dan kerajaan Negeri, mewujudkan

petempatan berpusat yang lebih terancang sebagai contoh pada masa kini Bayang Lepas

menjadi kawasan yang maju akibat daripada dasar kerajaan yang memberikan perlepasan

cukai dan tarap printis kepada pemaju di sekitar Bayang Lepas. Keadaan ini

menggalakkan lagi para pelabur untuk masuk melabur di kawasan sekitar itu. Semakin

rami kedatangan para pelabur yang ingin melabur di kawasan itu maka kawasan itu akan

menjadi Bandar pada masa akan datang.

5

Page 6: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

Selain itu Pusat Bandar Jengka juga merupakan salah satu pengaruh daripada dasar

kerajaan untuk membangunkan kawasan itu. Kerajaan membina kawasan petempatan di

tengah-tengah kawasan pertanian dan memberikan pelbagai kemudahan. Sector pertanian

menjadi penggerak kepada penubuhan pusat Bandar Jengka. Pembinaan jalan raya,

terusan , kemudahan kesihatan, bekalan elektrik dan air boleh menyebabkan penduduk

tertarik untuk mendiami kawasan berdekatan dengannya kerana ingin menikmati

kemudahan yang disediakan. Akibatnya majulah kawasan petempatan berpusat di sekitar

puast perkhidmatan dan penggankutan berjajar di sepanjang jalan penggankutan , terusan

dan sebagainya menjadi Bandar.

2.4 Ekonomi

Faktor ini lebih penting berbanding daripada faktor yang lain. Sistem dan saiz kawasan

pertanian , jenis tenakan atau tenakan yang berbeza boleh menghasilkan pola petempatan

berkelompok atau berpusat. Pertanian pindah menggalakkan kewujudan petempatan

berkelompok atau berpusat. Pertanian ladang atau perlombongan, perkhidmatan dan

perdagangan di Bandar juga menggalakkan pemusatan petempatan kawasan pertanian

campur, rumah kediaman yang di bina berhampiran dengan pusat perkhidmatan

menghasilkan pertumbuhan pembandaran. Kegiatan pertanian yang lain seperti

kediaman, pembalakan dan pelancongan menghasilkan corak petempatan yang berbeza.

Kampung Nelayan di Malaysia lebih mirip untuk membentuk pola berjajar di pinggir

pantai. Petempatan berpusat juga wujud di kawasan perlancongan. Pusat pelancongan

juga lazimnya membentuk pekan kecil.

6

Page 7: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

2.5 sejarah / Perlindungan dan Keselamatan

Pada masa dahulu, akibat daripada acaman komunis di semenanjung Malaysia, maka

kerajaan mengambil keputusan untuk mengelompokkan penduduk di satu kawasan.

Kawasan pengelompokkan penduduk ini diri nama sebagai kampung Baru. Pembinaan

kampung Baru ini dapat menggelakan daripada ancaman komunis dan memberikan

perlindungan dan keselamatan kepada penduduk. Oleh itu wujudlah kawasan

penggelompokan berpusat. Kesan daripada pembinaan Kampung Baru itu berlakulah

pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan. Perkembangan di sekitar kawasan

kampung Baru ini berterusan dan lama kelamaan membentuk pola pembandaran

2.6 Keadaan Fizikal Tapak

Tapak yang sempit menggalakkan petempatan berpusat seperti yang terdapat di kawasan

perlombongan, oasis dan puncak tanah tinggi. Di kawasan pertanian luas, petempatan

cenderung untuk berselerak. Manakala di terbing sungai yang tinggi dan pinggir laut

petempatan biasanya bercorak sejajar.

2.6 penduduk

Perpindahan penduduk ke semenanjung malaysia boleh di kaitkan dengan proses

pembangunan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penduduk cenderung

berpindah ke bandar. Motif perkerjaan. Dasar kerajaan yang banyak menumpukan

pembangunan di kawasan bandar menyebabkan sebahagian besar peluang perkerjaan

terdapat di kawasan seperti itu. Penubuhan pusat perindustrian seperti Sungai Way

berhampiran Kuala Lumpur, Pertaling Jaya, Shah Alam, Senawang, Tampoi, Perai dan

lain-lain menyediakan peluang perkerjaan yang banyak kepada penduduk. Kuala Lumpur

dan bandar ibu negeri lain adalah pusat pertadbiran , pengangkuatan, perdagangan,

perniagaan, kebudayaan dan pendidikan. Fungsi ini juga menyediakan banyak

7

Page 8: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

menyediakan perkerjaan kepada penduduk. Peluang perkerjaan menjadi tarikan utama

untuk berpindah ke bandar.

Perpindahan penduduk ke negeri-negeri yang lain juga di kaitkan dengan pembangunan

dan penerokaan kawasan pertanian. Johor menerima kemasukan 118000 orang yang

sebahagian besarny menuju ke arah Johor Tenggara( KEJORA ). Bergitu juga

perpindahan ke Terengganu, kebanyakan menuju ke arah pembangunan Terengganu

Tengah (KETENGAH) selain ke kawasan pantai yang sedang maju dengan perusahaan

petroleumnya. Oleh kerana terdapat pengaliran penduduk dari luar kawasan negeri

tersebut, kini perbukaan tanah sudah tidak dilakukan. Perpindahan berubah corak dengan

tumpuan ke kawasan perindustrian seperti Selangor dan Johor.

Manakala bagi kawasan yang di datangi oleh penghijerah kesannya lebih nyata.

Umumnya perpindahan dapat mengimbangi taburan penduduk antara kawasan di dalam

negara serta memajukan kawasan yang sebelumnya mundur. Perpindahan antara kawasan

dapat mencorakan taburan penduduk di negara berkenaan. Selain itu perpindahan juga

boleh dijadikan strategi penting bagi membantu mengimbangi proses pembangunan

negara jika di rancang dengan baik. Perpindahan juga merupakan strategi yang berguna

bagi mengawal proses pembandaran. Dengan mengubah haluan perpindahan misalnya,

selain menuju ke kawasan kawasan pembangunan wilayah, racangan racangan boleh di

buat supaya penduduk tertarik untuk berpindah ke bandar sederhana untuk mengurangkan

penumpuan penduduk di bandar besar. Oleh itu jelas di sini terdapat hubungan yang rapat

di antara perpindahan penduduk dengan pembangunan.

8

Page 9: Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

RUJUKAN

Sham Sani, Abdul Samad Hadi.(1986). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu dan Pengurusannya.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Razali Agus, Tasbir Noor Sidin.(2000). Pembandaran dan Perancangan Persekitaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distribution.

Katiman Rostam.(2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaya.

Usman haji Yaakod(1989). Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

9