24
-red . GN IM PS. Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI DULU HINGGA KINI ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2008

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

-red

. GN IM PS.

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI

DULU HINGGA KINI

ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2008

Page 2: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

1sYStit 1Ü1U1111üi A 12kCllmliit AkIil@Il/i,:

UMVERSITI MALAYSIA SARAWAK

P. KMIDMAT MAKLUMAT AKAD[MIK

UKIMAs

flhIIIIII11111111 1609273077

PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI DULU HINGGA KINI

ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2008

V

Page 3: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI DULU HINGGA KINI.

SESI PENGAJIAN: 2005/2008

Saya ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR mengaku membenarkan tesis/laporan ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat- syarat kegunaan seperti berikut:

I I. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *Sila tandakan 0

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan

% Tandatangan Penulis Tarikh: r, /5-`aoc8

Alamat Tetap: 29, Kampung Mara Parit Tinggi, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tandatangan Penyelia Tarikh: 5- 5-. ag

Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis/Laboran ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

Page 4: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

PENGAKUAN

Projek bertajuk Perubahan Ciri-ciri Rekabentuk Rumah Bumbung Panjang Negeri

Sembilan Dari Dulu Hingga Kini ini telah disediakan oleh Rose Masrina Binti

Mohamed Nor dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai

memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh le-

(Pn Rahah Bte Hasan)

Tarikh:

5-- , af- . a. s

1

Page 5: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Allah s. w. t dengan limpah kumia dan rahmat-Nya dapat

saya menyiapkan kajian yang bertajuk Perubahan Ciri-Ciri Rekabentuk Rumah Bumbung

Panjang Negeri Sembilan Dari Dulu Hingga Kini ini akhimya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya

menyiapkan kajian ini terutama para pensyarah Program Pengurusan Seni yang banyak

memberi tunjuk-ajar dan ilmu untuk membimbing saya ke arah kejayaan. Tidak lupa

kepada rakan-rakan Program Pengurusan Seni Sesi 2005-2008, para responden di atas

sokongan dan bantuan yang kalian hulurkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa

kalian.

Teristimewa buat ayah dan mak tercinta, Mohamed Nor dan Norkhatijah serta

keluarga yang tidak pernah menghampakan dan selalu meminjamkan semangat serta

keyakinan setiap kali rasa putus asa menjengah, terima kasih semua. Jika tanpa kalian,

mungkin saya tidak akan berada di sini.

Akhir kata, buat semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini, terima kasih

atas setiap kerjasama, bantuan, komen dan sokongan yang tclah diberikan. Semoga kajian

ini mampu memberi manfaat kepada semua. Sekian.

11

Page 6: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

1'uaat Khidaiat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SAItAWAK

JADUAL KANDUNGAN

Halaman tajuk

Borang pengesahan status laporan

Pengesahan dan tandatangan penyelia

Penghargaan

Abstrak

Abstract

ix

X

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Sejarah Negeri Sembilan 1

1.1.2 Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan 9

1.2 Definisi 23

1.3 Objektif Kajian 24

1.4 Hipotesis

1.5 Skop Kajian

1.6 Pemasalahan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

25

26

27

28

iii

Page 7: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan

Bibliografi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Lokasi Kajian

3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer

3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi

3.5 Persampelan

3.6 Instrumen Kajian

3.7 Limitasi Kajian

3.8 Rumusan dan Kesimpulan

29

36

38

43

44

46

47

49

51

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Penganalisaan Data

4.2.1 Temuramah 53

4.3 Ciri-ciri Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan 57

4.3.1 Bumbung panjang dan melentik

iv

Page 8: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

4.3.2 Berserambi

4.3.3 Bertiang dan berlantai tinggi dari tanah

4.3.4 Bertangga kayu

4.4 Faktor-faktor Rumah Bumbung Panjang berubah 92

4.4.1 Bahan mentah

4.4.2 Taraf hidup meningkat

4.4.3 Perubahan fungsi dan kegunaan ruang

4.5 Kesimpulan 97

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusän

5.3 Cadangan

5.3.1 Memelihara, mengekal dan membaikpulih

5.3.2 Program pengembangan seni pertukangan Melayu

5.3.3 Galakkan membina rumah bercirikan tradisional

5.4 Cadangan untuk pengkaji akan datang

5.4.1 Perbezaan rumah dengan rumah Minangkabau

5.4.2 Pola ragam hias rumah bumbung panjang

5.5 Kesimpulan

Bibliografi

Lampiran

99

100

101

105

109

V

Page 9: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

SENARAI RAJAH

PERKARA

RAJAH 1

RAJAH 2

RAJAH 3

RAJAH 4

RAJAH 5

RAJAH 6

RAJAH 7

RAJAH 8

RAJAH 9

RAJAH 10

RAJAH 11

RAJAH 12

RAJAH 13

RAJAH 14

Peta Negeri Sembilan

Pembahagian ruang dalam rumah Melayu tradisional

Rumah bumbung panjang (pandangan hadapan)

Rumah bumbung panjang (pandangan tepi)

Bumbung yang beratap curam

Bumbung yang beratap curam

Tebar Layar

tikciran pada kepala tangga

Ukiran pada kepala tangga

Ukiran pada tupai-tupai

Ukiran pada tupai-tupai

Rumah bumbung panjang beranjung dua

Rumah bumbung panjang beranjung tiga dan berloteng

Pelan bukaan rumah mengikut ruang

RAJAH 15 Keratan rentas struktur bumbung

RAJAH 16

RAJAH 17

Perabung panjang dan melintang

Sistem Alang

RAJAH 18 Tunjuk langit

MUKA SURAT

3

10

11

11

12

12

13

19

19

20

20

57

58

60

64

65

65

66

VI

Page 10: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

RAJAH 19

RAJAH 20

RAJAH 21

RAJAH 22

RAJAH 23

RAJAH 24

RAJAH 25

RAJAH 26

RAJAH 27

RAJAH 28

RAJAH 29

RAJAH 30

RAJAH 31

RAJAH 32

RAJAH 33

RAJAH 34

RAJAH 35

RAJAH 36

RAJAH 37

RAJAH 38

RAJAH 39

RAJAH 40

Keratan rentas tunjuk langit

Tebar layar berukir

Rumah berpangkal serambi

Rumah berserambi beranjung dua

Rumah berserambi beranjung tiga

Ruang serambi

Serambi yang banyak tingkap

Kisi-kisi tingkap yang berukir

Tingkap labuh

Tingkap berkisi-kisi dan berukir

Dinding pelupuh

Papan menegak yang diapit oleh papan berlidah

Papan dinding yang disusun timpa melintang

Tiang tinggi dari tanah

Tiang pecah lapan

Tiang segi empat

Alas kaki tiang

Lantai dialas kayu gelegar

Lantai dialas kayu gelegar

Lantai dari batang pokok Nibong

Lantai yang diketam licin

Tangga kayu bulat

66

67

68

69

69

70

72

73

73

74

75

75

76

77

77

77

79

80

80

81

82

83

vii

Page 11: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

RAJAH 41 Tangga kayu beruti 83

RAJAH 42 Tangga batu yang berjubin 83

RAJAH 43 Tangga pada bahagian hadapan rumah 85

RAJAH 44 Tangga pada bahagian selang rumah 85

RAJAH 45 Tangga pada bahagian belakang rumah 86

RAJAH 46 Rajah ciri-ciri rumah bumbung panjang 87

RAJAH 47 Jadual perubahan ciri-ciri rumah bumbung panjang 90

RAJAH 48 Carta faktor ciri-ciri rumah bumbung panjang berubah 95

Viii

Page 12: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

ABSTRAK:

Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan yang berbumbung lentik adalah

merupakan satu binaan yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Seni bina

ini bukan sahaja menjadi identiti bagi negeri ini bahkan ciri-ciri rekabentuknya yang

berseni melambangkan kehalusan dan kemahiran seni pertukangan masyarakat Melayu

khususnya. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti perubahan ciri-ciri rekabentuk yang

berlaku terhadap rumah bumbung panjang Negeri Sembilan dari dahulu hingga kini.

ix

Page 13: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

ABSTRACT:

Negeri Sembilan long roof house with the curve roof is an unique architecture

and have its own aesthetic value. This architecture does not only become the identity of

this state, but also through the characteristic of its artistic design, it symbolize the beauty

and skill in the art of handicraft among Malay society. The purpose of this research is to

identify the changes in the design features of the Negeri Sembilan long roof house from

past till present.

X

Page 14: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan tentang latar belakang kajian iaitu

sejarah Negeri Sembilan serta latar belakang rumah bumbung panjang Negeri Sembilan.

Selain itu, pengkaji juga akan menyentuh serba-sedikit tentang definisi, objektif kajian,

hipotesis kajian, skop kajian, permasalahan kajian juga kepentingan kajian.

1.1.1 SEJARAH NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan Darul Khusus yang terletak di bahagian tengah

Semenanjung Malaysia mempunyai kedudukan yang stategik yang dari segi

geografinya kerana terletak bersempadan dengan Selangor di sebelah utara,

Pahang di sebelah timur dan Melaka serta Johor di sebelah selatan. Seremban

adalah merupakan ibu negeri bagi negeri ini dan berfungsi sebagai pusat

pentadbiran Kerajaan Negeri. Dengan keluasan keseluruhan sebanyak 6,645km

persegi dan suhu sekitar 21 °C (70°F) hingga 32°C (90°F), negeri ini mempunyai

bilangan penduduk yang berjumlah 978,248 ribu orang yang terdiri dari berbagai

kaum. Kehidupan penduduknya aman harmoni walaupun berbeza dari segi agama

dan kepercayaan serta budaya.

1

Page 15: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

Menurut Haji Buyong Adil (1981), Negeri Sembilan bermaksud 'sembilan

daerah atau luak'. Negeri ini dinamakan sedemikian disebabkan pada suatu ketika

dahulu, negeri ini terdiri daripada sembilan daerah iaitu Sungai Ujong, Jelebu,

Johol, Rembau, Segamat, Naning, Kelang, Pasir Besar, dan Jelai. Namun begitu,

ada pula pendapat yang mengatakan bahawa nama Negeri Sembilan yang kekal

hingga sekarang ini adalah diambil dari nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai

oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja Melewar. Perkataan Negeri' di

pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah yang lazim dipakai dari

tanah asal Minangkabau yang membawa pengertian satu kawasan atau daerah

yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, yang dipanggil oleh orang-

orang Minang sebagai 'Nagari'. Kini hanya terdapat tujuh daerah sahaja yang

tinggal iäitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan

Tampin. (rujuk RAJAH 1)

2

Page 16: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

RAJAH 1

1ý ý

. Z ý ti ý

ý

1FlElU tll, 7l6 (20 6%) (JU I0A07 fi 77XJ (A

', .

,,, 4ý. ý

ý sEREMeAN l K'JA: A nuH

96, Ill (IIJ%) (p ý 109, O42 (i61%) (10 261383 (38.01%) (º ýý d0 0I2 (5 77%) m

ir" 1

I(

Peta Negeri Sembilan

Lokasi kajian

Ekonomi Negeri Sembilan pada dasarnya adalah bergantung pada

industri asas tani. Aktiviti pertanian ini adalah termasuk perladangan

getah dan kelapa sawit, ladang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kira-kira 309,850 hektar digunakan untuk aktiviti pertanian.

Walaubagaimanapun, kestabilan beberapa komponen dalam industri

perladangan telah mendorong berkembangnya beberapa industri

pembuatan dan perkilangan dan secara pelahan-lahan telah mengambilalih

3

Page 17: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

kebergantungan terhadap sektor pertanian dan seterusnya menjadi sektor

utama penyumbang kepada pembangunan ekomoni negeri. Kawasan

seluas 2,015 hektar telah digunakan untuk sektor perkilangan dan

pembuatan ini. Aktiviti-aktivti sektor ini adalah termasuk elektrik dan

elektronik, tekstil, perabot, industri kimia, permotoran dan produk

berasaskan getah. Kawasan perindustrian yang utama adalah di Senawang,

Sungai Gadut, Nilai, Taman Perindustrian Tuanku Jaafar dan Tanah

Merah di Port Dickson. (sumber: Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan

Negeri Sembilan).

Menurut Gullick (1916), sejarah awal Negeri Sembilan telah

bermula sekitar tahun ke 15 dan 16 Masihi apabila para imigran dari

Minangkabau, Sumatera telah berhijrah ke Tanah Melayu melalui Melaka

dan sampai ke Rembau. Mereka ini lebih bertamadun daripada penduduk

asal iaitu Orang Ash, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka.

Maka berlakulah pemikahan antara orang-orang Minangkabau dengan

penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila

hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku

Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minang telah mendiami

daerah Naning, Sungai Ujong dan Rembau di mana pada ketika itu

wilayah-wilayah tersebut dikuasai oleh Empayar Johor-Riau. Empayar

tersebut kemudiannya mengalami kememsotan ekoran kebangkitan

4

Page 18: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

Pusat Khidmat Maklumat Alcademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Empayar Kesultanan Bugis di Melaka dan menyebabkan berlakunya

pemberontakan di daerah Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Ulu Muar.

Rentetan peristiwa itu, penduduk-penduduk di wilayah terbabit telah

menjemput pemerintah dari Istana Pagar Ruyong, Sumatera iaitu Raja

Melewar untuk ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri

Sembilan yang pertama pada tahun 1773 di Kampung Penajis, Rembau

oleh Datuk-datuk Penghulu Luak (waktu itu belum bergelar Undang).

Menurut Haji Buyong Adil (1981), sebelum itu walaupun Negeri

Sembilan di bawah pemerintahan Sultan Johor, tetapi Luak-luak di Negeri

Sembilan ini adalah di bawah pentadbiran Penghulu masing-masing

dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak. Sistem pentadbiran negeri

dapat dikatakan satu pemerintahan yang bercorak demokrasi yang

berbentuk tear system. Perfiilangan ada menyebutkan seperti

perumpamaan berikut:

'Bulat anak buah manjadikan Buapak

Bulat Buapak menjadikan Lembaga

Bulat Lembaga menjadikan Penghulu

Bulat Penghulu menjadi Raja'

5

Page 19: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

Perbilangan ini membuktikan kebenaran tersebut. Manakala sistem

pentadbiran pula turun dari atas iaitu Raja, Penghulu, Lembaga dan

Buapak. Buapak yang memiliki anak buah menyampaikan segala perintah.

Itulah yang disebutkan dalam perbilangan adatnya:

'Berjenjang naik, bertangga turun'.

Negeri ini semakin maju dan makmur apabila bijih timah dijumpai.

Walaubagaimanapun, penemuan ini telah membawa kepada berlakunya

pergaduhan dan rusuhan di Sungai Ujong, Rembau dan Jelebu sehingga

memaksa pihak British campurtangan. Pihak British akhirnya telah

membawa negeri ini menjadi sebuah negeri Melayu Bersekutu pada tahun

1994 dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu dan

diperintah oleh raja yang bergelar Yang Dipertuan Besar Negeri

Sembilan.

Para imigran dari Minangkabau telah membawa bersama mereka

Adat Minangkabau iaitu satu sistem sosial dari kebudayaan yang telah

sebati dalam kehidupan mereka seharian yang diwarisi daripada nenek-

moyang mereka terdahulu yang terdiri daripada dua laras iaitu Laras Koto

Piliang yang dipimpin oleh Datuk Katumanggungan manakala Laras Bodi

Caniago dipimpin oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang. Konsep adat ini

ialah demokrasi dan pennuafakatän dan tidak bertentangan dengan agama

6

Page 20: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

Islam, sesuai dengan kata-kata adat yang berbunyi begini `adat bersendi

syarak dan syarak bersendi Kitabullah' yang bermaksud, adat

Minangkabau adalah bersendikan hukum Islam dan hukum Islam adalah

bersendikan Al Qur'an.

Menurut Yaakub Idrus (1996), Adat Pepatih yang diamalkan di

Negeri Sembilan sekarang adalah berbeza dengan Adat Minangkabau.

Adat Pepatih yang dikenali di Negeri Sembilan sekarang ini adalah sistem

bercorak matrilineal di mana pewarisan suku adalah dari suku ibu. Jika

ibunya suku Biduanda maka semua anaknya menjadi suku Biduanda; si

bapa atau suami adalah dianggap keluarga pendatang, dan dikenali sebagai

orang semenda dan dia harus tinggal di rumah mentua atau di rumah atau

tanah pusaka isterinya. Perkahwinan pula hendaklah dengan orang luar

suku. Terdapat 12 suku di dalam sistem Adat Pepatih iaitu suku Biduanda

(Dondo), Batu Hampar (Tompar), Paya Kumbuh (Payo Kumbuh),

Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang (Somolenggang), Seri Lemak

(Solomak), Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan

Tiga Batu.

Dalam masyarakat Adat Pepatih, pewarisan harta seperti rumah

dan tanah, lazimnya diberikan kepada anak perempuan. Pewarisan pangkat

atau gelaran Undang, Lembaga, Buapak dan sebagainya adalah kepada

7

Page 21: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

anak lelaki si ibu. Anak-anak lelaki bertanggungjawab menjaga saudara-

saudara perempuan dan tanah pusakanya. Lelaki berkuasa untuk

mentadbir dan perempuan menerima pusaka sebagai pemegang amanah,

tetapi bukan sebagai pemilik yang mutlak. Kata pemutus tetap pada

saudara lelaki dan ketua-ketua sukunya.

8

Page 22: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

1.1.2 RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN

Secara umumnya, rumah Melayu tradisional adalah sama di semua

negeri iaitu terdiri daripada pelbagai struktur dan pembahagian ruang

seperti anjung, serambi, rumah ibu, kelek anak, dan dapur. (rujuk RAJAH

2). Menurut Abdul Halim Nasir (1985), rumah bumbung panjang Negeri

Sembilan mempunyai bumbung panjang iaitu jenis yang mempunyai satu

perabung yang mempunyai tulang perabung yang lentik, memanjang dari

kiri ke kanan atau arah hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai (rujuk

RAJAH 3 dan RAJAH 4). Bumbungnya mempunyai lentik yang

bervariasi. Semua bumbung adalah beratap curam di bahagian rumah ibu,

tetapi mendatar sedikit di hujung cucur atapnya untuk menyamakan

dengan dengan sudut atap serambi dan kelek anak (rujuk RAJAH 5 dan

RAJAH 6). Atap serambi dan kelek anak ini adalah terpisah daripada atap

bumbung tumah ibu. Di perantaraan ini biasanya dibubuh papan gendeng

atau papan cantik yang diukir.

Selain itu, pada hujung dan pangkal bumbung yang berbentuk segi

tiga seperti huruf `A' besar, ditutup dengan papan atau lain-lain seperti

buluh beranyam kelarai atau zink dan sebagainya. Tutup dinding ini

dinamakan tebar layar. Bentuk tebar layar im biasanya dua tingkat dan

condong ke dalam dan kaki tebar layar ini letaknya adalah terkeluar dari

dinding antara 1-2 kaki, bertujuan menahan dinding daripada tempias

9

Page 23: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

hujan. Tingkat pada tebar layar ini adalah untuk menjadi salir angin yang

kadangkala diukir atau dibubuh kisi-kisi. (rujuk RAJAH 7)

RAJAH 2

m

*. -it ýie 4-th +-ta t-tm -r-u1 1-t. M -ý_ 4--- ate

Pembahagian ruang dalam Rumah Melayu Tradisional

10

Page 24: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - ir.unimas.my ciri-ciri rekabentuk rumah... · Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir Rumah berpangkal serambi Rumah ... getah dan kelapa

RAJAH 3

Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan (pandangan hadapan)

RAJAH 4

Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan (pandangan tepi)

11