14

Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur
Page 2: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FUNGSI

Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah pendidikan yang berteraskan roh alam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan disebut sebagai Falsafah Pendidikan Islam menurut Al-Syaibany. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa fungsi Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Apabila setiap muslim itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka lahirlah muslim yang soleh.  

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Page 3: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam telah berusaha untuk mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan.  Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Page 4: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi. Jadi, berdasarkan falsafah Islam dan fungsinya semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam.  Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Page 5: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSIFalsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahamanyang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme daninternasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.

KonfusianismeFalsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiranConfucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai diantara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membinatingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Page 6: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemukadi negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupukkesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalantingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Page 7: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Mereka menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Bagaimanapun, untuk menjadikan manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyrakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyrakat. Sehubungan itu, pelajar hendaklah menghafal kelima-lima buku klasiks yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendikiawan dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah, buku elemen, buku upacara dan buku annals.

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Page 8: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan pelajaran.Didalam zaman dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-1107), dan Zhuxi (1130-1200), memperkenalakan unsur rasionalisma dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya. Sehubungan ini, mereka menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pangetahuan. Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya sempurna.

Page 9: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming, berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau pula menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai pendekatan pengajaran. Sebaliknya, beliau menyarankan teknik peneguhan dan motivasi digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam pembelajaran.

Page 10: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfucianisme menjadi falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China. Sejak tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih tempat perintahan, falsafah pendidikan barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China, terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey, memperkenalkan idea-idea pragmatyisme dan progresivisme dalam kurikulum sekolah negeri China. Beliau menyarankan kaedah induktif digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan ”berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti”. Beliau pula menyarankan persepaduan matapelajaran kemanusian dengan sains supaya mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.

Page 11: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Nasionalisme dan InternasionalismeRabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalime yang positif.

Page 12: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984), menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti berikut:Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran.

Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia. Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada buku dan berhubung dengan hidup.

Page 13: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.

Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kayak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun- tahun awal formatif.

Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan idel-ideal dan tradisi negara dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta keperluan negara pada masa kini, termasuk juga masalah serta kesilapan dan pencapaian negara, kegagalan dan kejayaannya.

Page 14: Falsafah Pendidikan Islam Dan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang di negara lain.

Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa dan sikap individu sepenuhnya.

Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik- baik dan menghormati antara satu sama lain.