Upload
duongliem
View
225
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
(BMM3109)
(MORFOLOGI BAHASA MELAYU)
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2010
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2010Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cetakan Jun 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
7 Kata Nama Bahasa Melayu Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama
3 3
8 Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu
Kata Nama Tunggal Kata Nama Terbitan Kata Nama Majmuk Kata Nama Ganda
3
3
9 Penggolongan Kata Kerja Bahasa Melayu
Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif
3
3
10 Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu
Kata kerja tunggal Kata kerja terbitan Kata kerja majmuk Kata kerja ganda
3
3
11 Jenis-Jenis Kata Adjektif Bahasa Melayu
Sifatan, Warna, Ukuran Bentuk, Waktu, Jarak, Cara Perasaan, dan Pancaindera
3
3
12 Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu
Kata Adjektif Tunggal Kata Adjektif Terbitan Kata Adjektif Dalam Bentuk
Perbandingan
3
3
13 Kata Tugas Bahasa Melayu Kelompok Dasar Kata Tugas Kata Praklausa
3 3
14 Kata Tugas Bahasa Melayu Kata Prafrasa Kata Pascakata
3 3
15 Pembentukan Perkataan Baharu Bahasa Melayu
Bunyi Bahasa Melayu, Pem-bentukan Kata
Pembaharuan dalam Bentuk Kata
Sistem Ejaan Perkataan Ba-haru
3
3
JUMLAH 30 15 45
atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga
tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.
Perubahan
Perubahan Golongan
Perubahan Contoh :
Contoh :Contoh
:
Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk
perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal
dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara
pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk
secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan
yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.
Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan
sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk
kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata
adjektif.
Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.
MORFOLOGI
Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata
dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.menjelaskan konsep Imbuhan.
2.menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.
3.menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 1.2 Kerangka Tajuk
1.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep
Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata
dalam Bahasa Melayu
1.1 Definisi Imbuhan
Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?
Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh
terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima
IMBUHAN
Konsep Imbuhan
Jenis-Jenis Imbuhan
Konsep Pembentukan Kata
sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses
memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata.
Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada
bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup
dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong dan bentuk fleksi.
Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan
pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu
awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan
dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu
kata kerja, dan kata adjektif.
Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem
morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri
dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan
perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara
mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan
demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.
1.2 Jenis-Jenis Imbuhan
Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang
besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan
yang dipinjam daripada bahasa asing.
1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu
Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan
pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Rajah 1.3 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
1.2.1.1 Awalan
Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam
pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-,
ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,
Bentuk-
Awalan
Kata Nama
Akhiran
Kata Nama
Sisipan
Apitan
Morfem
Fleksi
Kata Nama
Tidak Wujud
Tidak Wujud
Kata Nama
1.2.1.2 Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata
dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.
1.2.1.3 Apitan
Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan
hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an
dan di-.....-i dalam di+ikut+i,
1.2.1.4 Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu
er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam
s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.
1.2.1.5 Morfem Kosong
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.
1.2.1.5 Fleksi
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.
1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu
Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan
mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :
1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit
Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke
dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan
telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun,
terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan
akhiran.
Awalan Akhiran
maha maharaja man seniman
tata tatabahasa man budiman
pra prakata wan angkawan
swa swadaya wan jelitawan
tuna tunabusana wati olahragawati
eka ekabahasa wati seniwati
dwi dwitahunan nita karyanita
tri tribulan nita biduanita
panca pancaindera
1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi
Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam
ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam,
bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini
memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu,
terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat
dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.
Awalan Akhiran
bi- biadap -wi duniawi
bilazim -i abadi
binormal -iah lahiriah
-in hadirin
munafikin
-at hadirat
munafikat
-ah qariah
solehah
1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris
Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal
daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak
berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan
seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.
Awalan Akhiran
pro- probarat -isme sosialisme
anti- antikerajaan -isme nasionalisme
poli- poliklinik -ik prolifik
auto- autograf -ik saintifik
sub- subbidang -si sensasi
supra- supranasional -si revolusi
hetero- heterograf -al praktikal
heksa- heksagon -al klinikal
hidro- hidrolisis -is potensi
homo- homogen -is praktis
hiper- hiperbola
kilo- kilometer
makro- makrolinguistik
infra- intrajabatan
inter- intervokal
Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata
majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan,
tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah
pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim
Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
1.3.1 Proses Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata
dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,
akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata
dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan
kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.
Proses Pembe
Pengimbuha
Pemajmukan
Penggandaa
Akronim
Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan
Pem- bawa pembawa
Memper- kuat memperkuat
-isme nasional nasionalisme
-i dekat dekati
Peng-.....-an isytihar pengisytiharan
Men-.....-i ikut mengikuti
Ke-...-an sihat kesihatan
Ber-....-an lari berlarian
-er- gigi gerigi
-em- gilang gemilang
Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh
berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa
( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).
Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan
kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi
kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya,
dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima
apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.
Berikut ialah beberapa contoh lain :
Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan
libat terlibat keterlibatan
lanjur terlanjur keterlanjuran
balik terbalik menterbalikkan
sambung sinambung kesinambungan
1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas
masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk
kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar
ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau
* kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.
1.3.2.1Pengimbuhan Kata MajmukKata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara
pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :
1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya :
urus niaga - berurus niaga
cari gali - mencari gali
reka bentuk - direka bentuk
daya serap - daya serapan
1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum,
Contohnya :
lipat ganda - melipatgandakan
surat khabar - persuratkhabaran
urus niaga - diurusniagakan
ibu bapa - keibubapaan
1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata
majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
Contohnya :rumah sakit - rumah-rumah sakit
guru besar - guru-guru besar
Raja Muda - Raja-raja Muda
Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor
Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah
mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.
Contohnya :setiausaha - setiausaha-setiausaha
jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa
tanggungjawab - tanggungjawab-tanggungjawab
1.3.3 PROSES PENGGANDAANProses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada
secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan
kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;
1. Penggandaan penuh,
2. Penggandaan separa, dan
3. Penggandaan berentak.
1.3.3.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar.
Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :
Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.
Contohnya :
Sekolah sekolah-sekolah
makan makan-makan
besar besar-besar
baju baju-baju
Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
Contohnya :
1.3.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar
sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :
pelari pelari-pelari
perbualan perbualan-perbualan
kekasih kekasih-kekasih
kejadian kejadian-kejadian
pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata
pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata
dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan,
menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang
berikut :
jari jejari jejari
siku sisiku sesiku
sungut susungut sesungut
pohon popohon pepohon
laki lalaki lelaki
pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku
hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan
ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian
belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.
1.3.3.3 Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak,
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan
berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3 Penggandaan Berentak Bebas
Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan
tersenyum tersenyum-senyum
bercakap bercakap-cakap
setinggi setinggi-tinggi
membantu bantu-membantu
mencuit cuit-mencuit
menari tari-menari
mengejar kejar-mengejar
Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang
mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,
Contohnya :
sayur - sayur-mayur
ramah - ramah-tamah
cerai - cerai-berai
Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-
bunyi konsonan tertentu,
Contohnya :
kayu - kayu-kayan
tanah - tanah-tanih
simpang - simpang-siur
Perhatian:Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.
1.3.4 KATA AKRONIMMengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah
kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak
Cara Menulis Kata AkronimTerdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara
pembentukkannya.
1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnyaAkronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO - United Malay National Organisation
1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul ratakugiran - kumpulan gitar rancak
1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku
katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf
besar.
Contohnya :
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Intan - Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,
proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan
kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.
1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.
2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang
Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.
BACAAN TAMBAHAN
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata
majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal
dan kata terbitan.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
(ii) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan
(iii) Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
(iv) Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
(v) Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal
(vi) Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1
BENTUK KATA
BENTUK KATA TUNGGAL DAN
TERBITAN
BENTUK KATA MAJMUK DAN KATA GANDA
GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN
TERBITAN
2.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan
bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal
pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata
ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata
terbitan.
2.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata TunggalKata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya
satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya :
Kata Tunggal Satu Suku Kata had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru
Kata Tungga Dua Suku Kata dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana
Kata Tunggal Tiga Suku Kata bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat
Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih
universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi
Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal)
ABIM, UMNO, ADUN, MAS.
Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Suku Kata)
cerpen, purata, tadika, taska, cereka
Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata - Nama Khas)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)Mara (Majlis Amanah Rakyat)Pernas (Perbadanan Nasional)
2.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses
mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama,
kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang
merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Nama)
peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, tele-
Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Kerja)
meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-
Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Adjektif)
ter-, se-, te-
Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Nama)
-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, -is, -
Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Kerja)
-kan, -
Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Nama)
peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an
Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Kerja)
meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…-kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--,memper-…-kan, memper-…-
Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Adjektif)
ke-…-an
Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Nama)
-el-, -em-
Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Adjektif)
-el-, -er-, -em-, -in-
LATIHAN :Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh-contoh
kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan
2.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata MajmukKata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau
lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai
satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah.
Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus
Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa
anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola
Kata Majmuk yang Mantap antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan,
matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab
Kata Majmuk Jamak(Gandaan kata pertama)
alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang,
Kata Majmuk Jamak(Penada Jamak - semua, banyak,sekumpulan, persatuan, para,pertubuhan, barisan, sebahagian)
semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit,
Kata Majmuk Terbitan(Awalan dan Akhiran)
dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan
Kata Majmuk Terbitan(Apitan)
mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian.
LATIHAN :Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.
2.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata GandaKata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.
Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan
secara berima. Contohnya seperti di bawah.
Kata Ganda Penuh rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau
Kata Ganda Separa lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya, tolong-menolong
Kata Ganda Berentak lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang-perenang, gunung-ganang
2.5 Golongan Kata Tunggal
Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata
atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.
2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama
Kata Nama Am (Konkrit) baju, seluar, kucing, masjid
Kata Nama Am (Abstrak) mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak, keadaan
Kata Nama Khas(Hidup - Manusia)
Kata Nama Khas(Hidup - Bukan Manusia)
YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, SudirmanSang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid) Jibrail, Jin.
Kata Nama Khas(Tak Hidup)
Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah
Kata Ganti Nama (Diri Pertama) aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya
Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba
Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda, beliau, dia, ia, mereka
Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini, itu
Kata Ganti Nama (Tanya) apa, siapa, mana, berapa
Kata Ganti Nama (Tempat) sana, sini, situ
LATIHAN :Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.
2.5.2 Golongan Kata Terbitan
Penggolongan Kata: Kata Kerja
Kata Kerja Transitif (Aktif) membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram
Kata Kerja Transitif (Pasif) dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram
Kata Kerja Tak Transitif(Tak Berpelengkap)
bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, menguning, membesar, terduduk,
Kata Kerja Tak Transitif(Berpelengkap)
tinggal, beransur, berbantalkan
LATIHAN :Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya.
2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif
Kata Adjektif Sifat/Keadaan berani, cerdik, cerdas, gopoh
Kata Adjektif Warna hitam, putih, merah, biru
Kata Adjektif Ukuran cetek, dalam, kecil, nipis, tebal
Kata Adjektif Bentuk bukur, bundar, bulat, leper
Kata Adjektif Pancaindera ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus
Kata Adjektif Waktu Baru, lama, spontan, segera
Kata Adjektif Cara cepat, deras, laju, perlahan
Kata Adjektif Perasaan benci, cinta, ghairah, ingin
LATIHAN :Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya.
2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas
Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik
predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-
tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria
kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada :
kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata
2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat
Kata Penyambung Ayat
Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan,
sambil, kemudian.
Kata Hubung Pancangan Relatif yang
Kata Hubung Pancangan Komplemen bahawa, untuk
2.5.4.2 Kata Praklausa
Kata Praklausa
Kata Seru wah, amboi, aduhKata Tanya bagaimana, siapa, bila, berapaKata Perintah sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.Kata Pembenar ya, benar, betul.Kata Pangkal Ayat Maka, alkisah, hatta, syahadan
2.5.4.3 Prafrasa
Kata Prafrasa
Kata Bantu akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belumKata Penguat amat, sangat, palingKata Penegas juga, lah, kah, tah, punKata Nafi tidak, bukanKata Pemeri ialah, adalahKata Sendi Nama di, dari, dalam, ke, padaKata Bilangan beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelimaKata Arah atas, situ, dalam
2.5.4.4 Kata Pascakata
Kata Pascakata
Kata Pembenda yang, -nyaKata Penekan -nya
LATIHAN :1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai kata
pascakata.
BACAAN TAMBAHAN
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
TAJUK 3
Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Kata Tunggal Kata Terbitan
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan
kepada kata tunggal dan kata terbitan.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3
3.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian
Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.
3.1 Definisi Kata Tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).
PROSES PEMBENTUKAN
KATA
DEFINISI DAN JENISKATA
KATA TUNGGAL KATA TERBITAN
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar,
iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal
mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.
.1.1 Jenis-Jenis Kata TunggalKata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata,
Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan
akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang
berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai
kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).
Satu Suku Kata KV VK KVK
KKVK KVKK KKKV
KKKVK
Dua Suku Kata V + KVV+VK
V+KVKVK+KV
VK+KVK KV+V
KV+KVK KV+KV+VK
KVK+KVK
Kata Tunggal Tiga Suku Kata KV+V+KV KV+V+KVK
V+KV+V KV+KV+V
KVK+KV+V KV+KV+VK
KVK+KV+VK dan lain-lain
Empat Suku Kata KV+KV+VK+KV
dan Lebih KV+KVK+KV+KV
KVK+KV+KV+KVKVK+KV+V+KV
dan lain-lain
Akronim Mara Bernama
Kugiran Tabika
ABIM Gapena
Rajah 3.2
3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu
3.1.3.1 Kata Tunggal
Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada
dua jenis (rujuk Rajah 1.5):
i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri
Contoh:
i. Kamu.
ii. Sudah?
iii. Ini?
ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-ku-
rangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh:
i. di mana?
ii. ke Kuala Lumpur
iii. dari Terengganu
3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata
Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500.
Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan
bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa
Melayu adalah seperti berikut :
1. KV Contohnya : yu, ru, ya
2. VK Contohnya : am
3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap
4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek
5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,
6. KKKV Contohnya : skru, skaf,
7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw
3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata
Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :
1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri
2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air
3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat
4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta
5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan
6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria
7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih
8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko
9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris
10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda
11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting
# Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri
daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku
kata.
3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola
suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku
kata merupakan kata pinjaman.
1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola
2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang
3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea
4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua
5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar
6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan
7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat
8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi
9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat
10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama
11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna
12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu
13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun
14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah
15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat
16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan
17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda
18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna
19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok
3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.
Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :
1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda
2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana
3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara
4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa
5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema
6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur
7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter
8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana
9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional
10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti
11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan
12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela
3.1.3.1.5 Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai
kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak
3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata AkronimTerdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara
pembentukkannya.
a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnyaAkronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul ratakugiran - kumpulan gitar rancak
c. Ditulis bermula dengan huruf besarJika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu
menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Intan - Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,
proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan
kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu
3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk
morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu:
1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di-
dalam diambil,
2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan -i
dalam ikuti,
3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan
hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam
keindahan dan di-.....-i dalam diikuti,
4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan -in-
dalam sinambung.
Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan
dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan
ini dihuraikan di bawah ini.
3.2.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu :
1. awalan kata nama
2. Awalan kata kerja
3. Awalan kata adjektif
3.2.1.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata nama,
Contohnya :
Awalan Perkataan
peN- =
per-pe-ke-juru-maha-tata-pra-sub-supra-eka-dwi-
pe-pem-pen-peng-penge-
pelukis, pewangi, penyanyipembalut, pembeli, pemberipendatang, pencari, penjualpengguna, pengayuh, pengukurpengebom, pengetin, pengecatperasap, perbara, pertapapesara, pekedai, peguamketua, kehendak, kelepekjurubahasa, jurujual, juruterbangmahasiswa, mahaguru, maharajatatabahasa, tatanegara, tatanamaprasejarah, prakata, prasangkasubbidang, subsistem, subkategorisuprakelas, suprasistem, suprakategoriekabahasa, ekasuku, ekahaladwibahasa, dwifungsi, dwibudaya
3.2.1.2 Awalan Kata KerjaAwalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk
kata kerja.
Contohnya :
Awalan Perkataan meN- = me-
mem-men-meng-menge-
melukis, menari, merasamembeli, memberi, membalutmendaki, menduga, mentadbirmengaji, mengasuh, menghasutmengebom, mengetin, mengecat
memperisteri, memperbesar, memperolehberkata, bersetuju, berbangga terkata, terasa, tersenyumdiatur, dibeli, disuruhdiperisteri, diperbesar, diperoleh
memper-ber-ter-di-diper-
3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :
Awalan Perkataanter -se-
terpandai, termerah, terpanjangseputih, sehalus, sejernih
3.2.1.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu :
1. akhiran kata nama, dan
2. akhiran kata kerja
3.2.1.5 Akhiran Kata NamaAkhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata nama.
Contohnya :
Akhiran Perkataan-an -wan-man-wati-isme--in-at-ah
ajaran, silaan, bacaanilmuwan, budayawan, usahawanbudiman, senimanseniwati, peragawatinasionalisme, sosialisme, komunismehadirin, musliminhadirat, muslimatustazah, sultanah
3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja.
Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i .
Contohnya :
Akhiran Perkataan-kan-i
lahirkan, ambilkan, hulurkanikuti, jalani, sertai
3.2.1.7 Imbuhan ApitanDalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :
1. apitan kata nama
2. apitan kata kerja
3. apitan kata adjektif.
3.2.1.8 Apitan Kata NamaApitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan
membentuk kata nama.
Contohnya :
Apitan PerkataanpeN-.....-an:
pe-....-anpem-.....-anpen-....-anpeng-.....-anpenge-.....-an
pe-......-anper-.....-anke-...-an
pelaksanaan, perusuhan, penyuluhanpembukaan, pemburuan, pemfitnahanpendakian, pencucian, pentauliahanpenguduran, penggandaan, pengkhayalanpengesahan, pengeboman, pengekodan
pendalaman, pesisiran, petempatanperjumpaan, persamaan, perlumbaankecantikan, kebijakan, kelurusan
3.2.1.9 Apitan Kata KerjaApitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar,
membentuk kata kerja.
Contohnya:
Apitan perkataanmeN-......kan
me-.....-kanmem-.....-kanmen-....-kan meng-....-kan menge-....kan
ber-....-kanber-....-andi-...-kanmeN-.....-i
me-....-imen-...-imem-...-imeng-....-i
di-......-idiper-.....-kandiper-....-imemper-.....-kanmemper-....-ike-....-an
memajukan, melakukan, menanyakanmembezakan, memfatwakan, memberikan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkanmenggulingkan, mengelakkan, mengkhususkanmengehadkan, mengesyorkan, mengepinkanberalaskan, berbekalkan, berjudulkan bertaburan, bergantungan, beratapanditaburkan, didorongkan, digulingkan
melalui, menyedari, mewarnaimendahului, mencucuri, menjauhimembanjiri, membelakangi, membasahimenghendaki, mengawasi, mengkhianatidianugerahi, didekati, dianutidiperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskandiperingatimemperdengarkan, memperlihatkan, memperingatikehujanan, kepanasan, kecurian
3.2.1.10 Apitan Kata AdjektifApitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an.
Contohnya :
Apitan Perkataanke-.....-anke-.....-anke-.....-an
kemelayuan keinggerisan kearaban
3.2.1.11 Imbuhan SisipanBentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk
perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan.
Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir
dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.
Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:
1. sisipan kata nama, dan
2. sisipan kata adjektif.
3.2.1.12 Sisipan Kata NamaSisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk
kata nama.
Contohnya :
sisipan perkataan-el--er--em-
telunjuk, telapak, kelemumurseruling, kerupingkemuning, kemuncup
3.2.1.13 Sisipan Kata AdjektifSisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar, membentuk
kata adjektif.
Contohnya :
Sisipan Perkataan -el--er--em--in-
selerak, gelembungserabut, gerodakgemilang, gemuruh, sementarasinambung
AKTIVITI
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata
tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.
Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.
AKTIVITI
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata
terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.
Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.
LATIHAN
1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut:
(i) ghairah (vi) balai
(ii) cabar (vii) laut
(iii) masyhur (viii) sepoi
(iv) dekad (ix) tekukur
(v) pulau (x) sarat
2. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah
anda pelajari.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Majmuk Kata Ganda
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang
terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan
kepada definisi, jenis dan perinciannya.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu.
(ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4
4.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk
dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada
perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.
4.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu
Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu
bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996).
Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.
Proses Pembentukan kata
Definisi dan
Jenis-jenis kata Kata Majmuk Kata Ganda
Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan
menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima
sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan
yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan
rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan
frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).
4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk
Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar
terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan
kepada tiga kategori, iaitu :
i. Kata Majmuk Rangkaian bebas
ii. Kata Majmuk Pengimbuhan
iii. Kata Majmuk Penggandaan
4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata BebasContohnya :
bandar hijau hijau daunterima kasihguru besar
bom tangankuning langsatcampuk aduk segi empat panjang
dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,
contohnya :
Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya
Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor
4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khususContohnya :
deria rasa telefon dail terus
segi tiga pita suara
medan sinaran segi empat panjang
4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa Contohnya :
kaki ayamrabun ayam
panjang tangan pilih kasih
anak emas tumbuk rusuk
4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap
Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia.
Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap
mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata
mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja
sebagai satu perkataann, iaitu :
antarabangsa sukarelajawatankuasatanggungjawab olahraga
setiausahabumiputeratandatangan kerjasamapesuruhjaya
beritahusuruhanjayakakitanganwarganegaramatahari
Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan
dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.
Antaranya :
1. Kata Nama
Contohnya : peribadi, hulubalang
2. Kata Adjektif
Contohnya : sukacita, dukalara
3. Kata Sendi Nama
Contohnya : daripada, kepada
4. Kata Hubung
Contohnya : manakala, walhal, barangkali
5. Kata Tanya
Contohnya : bagaimana
4.2.3.2 Penggandaan Kata MajmukDalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan
unsur pertama kata sahaja.
Contohnya :
Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar,
Guru-guru Besar
Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah
mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.
Contohnya :
Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha
4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan.
Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :
a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja
dan dieja terpisah. Contohnya :
campur aduk menjadi bercampur aduk
ambil alih menjadi mengambil alih
daya serap menjadi daya serapan
b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya
bercantum. Contohnya :
campur aduk menjadi mencampuradukan
ambil alih menjadi pengambilalihan
satu padu menjadi menyatupadukan
4.3 Kata Ganda
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar
(Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan
kepada tiga jenis, iaitu :
1.kata ganda penuh,
2. kata ganda separa, dan
3. kata ganda berentak
4.3.1 Kata Ganda PenuhKata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata
ganda penuh boleh terdiri daripada :
1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.
Contohnya :
rumah-rumah
buku-buku
masjid-masjid
2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan.
Contohnya :
pelajar-pelajar
ajaran-ajaran
kementerian-kementerian
4.3.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian
kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :
1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya
berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku
kata tersebut kepada vokal e pepet.
Contohnya :
Laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki
Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku
Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari
Langit-langit menjadi lalangitmenjadi lelangit
2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan
berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa
jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan
boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan.
Contohnya :
Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasarberlari-larimencari-carisepandai-pandai
cinta-mencintaibantu-membantukejar-mengejar
4.3.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan
bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.
Contohnya :
Sayur-mayurCalar-balarSaki-baki
2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya ;
mundar-mandir
tanah-tanihkayu-kayan
3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi,
tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.
Contohnya :
kusut-masaiipar-duai
rempah-ratuslintang-pukang
AKTIVITI
Secara berpasangan, teliti kata majmuk dan kata terbitan vokal dalam Bahasa Melayu.
Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis kata majmuk dan kata terbitan
tersebut.
LATIHAN
1. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Kemudian,
Nyatakan jenis kata majmuk tersebut.
a. Simpang siurb. Mengadu dombac. Penyahtaksaand. Melatih tubie. Pengambilalihan
2. Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian, nyatakan kata terbitan tersebut.
a. Gunung-ganangb. Lintang pukangc. Lelabid. Pokok-pokoke. Anak beranak
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke
dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur
fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?.
Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan
(Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria
sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam
binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.
Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang
berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.
Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum
yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan
klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.
Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat
dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif
(FA) dan frasa sendi nama (FS).
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu;
3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu;
4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja
Bahasa Melayu;
KERANGKA TAJUK-TAJUK
5.0 KANDUNGAN ISI
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza.
Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata
nama dan kata kerja Bahasa Melayu.
5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu
Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu
berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula
membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al. 2010)
seperti berikut:
a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):
Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812)
Golongan Kata Bahasa Melayu
Konsep golongan kata Bahasa Melayu
Konsep golongan kata nama dan kata kerja
Bahasa Melayu
Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja
Bahasa Melayu
Jenis-jenis golongan kata nama dan kata
kerja Bahasa Melayu
b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)
Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)
c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):
Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)
d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):
Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)
5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu
Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu,
namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat
golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan
kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu
5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti
kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau
benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan
berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama
seperti rajah di bawah.
Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama
5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu
Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu
perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.
5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama
Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata
nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
a. Kata Nama Khas
Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama
khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et
al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk
rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan
(institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.
Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan.
Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan
nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu
manusia dan bukan manusia.
Rajah 5.6: Kata nama khas
b. Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau
konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i)
hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi
atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak
berbilang seperti berikut:
Rajah 5.7: Kata Nama Am
c. Kata Ganti Nama
Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang
menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama
dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii)
kata ganti nama tunjuk.
Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama
diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri
orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama,
kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti
berikut:
Rajah 5.8: Kata Ganti Nama
5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja
Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula
boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik
Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:
Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja
KATA KERJA
KATA KERJA TRANSITIF
AKTIF PASIF
KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP TAK BERPELENGKAP
5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja
Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis,
iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif.
(a) Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek
tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja.
Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada
sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan,
me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata
kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh:
i) Samad membacakan ayahnya surat.
ii) Pengarang itu menulis buku.
iii) Aminah sedang mencuci pakaian.
iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.
(b) Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-
ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima
sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi
dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…
an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.
Contoh :
i) Pegawai itu berkereta ke pejabat.
ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.
iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
iv) Gadis itu tersenyum.
v) Padi sedang menguning.
vi) Pemuda itu sedang berbual.
(c) Kata kerja pasif
Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.
Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu
(i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis
dan sebagainya.
(ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai
dan sebagainya.
(iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan
dan sebagainya.
AKTIVITI
1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata
ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut:
Tugu Negara Dia
Cangkul Cantik
Sepet Hospital
Siti Mereka
Meja Kuala Lumpur
Sedih Komputer
Kamu Tun Ali
2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar
yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut:
i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.
ii. Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.
LATIHAN
Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama
dan kata kerja.
i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______
nama _____dan nama_______.
ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda,
perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr.
iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan
nama khas_______ ___________.
iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.
v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________
vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan kata
kerja ____ ____________.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka
Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.
TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat.
Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa
Melayu;
2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas
Bahasa Melayu;
3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
KERANGKA TAJUK-TAJUK
6.0 KANDUNGAN ISI
Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep
golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan
khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli
bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-
jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.
6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif
Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan
perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh
terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan
unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif
adalah seperti contoh yang berikut:
Ahmad sangat pandai bermain muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.
6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif
Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat
merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,
sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Golongan Kata Bahasa Melayu
Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau
frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata
penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh
terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama
ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)
Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-
kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif
warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata
adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif
pancaindera
Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti
contoh berikut:
kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: i. Budak nakal selalu kena marah
ii. Dia lemah dalam matematik
iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
iv. Anak Pak Kamar bijak sekali.
v. Peserta itu berdiri dengan cergas.
Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
jinggaperang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: i. Adik suka pakai baju hijau.
ii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
iv. Kereta merah itu kepunyaan abang.
v. Dia memiliki mata berwarna biru.
Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: i. Buku tebal itu sudah saya baca.
ii. Anaknya masih kecil lagi.
iii. Badannya semakin kurus.
iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.
Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: i. Jalan lurus mudah dilalui.
ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
iii. Mukanya bujur sirih.
iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
v. Matanya tajam memandang ke hadapan
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: i. Kedatangannya lewat hari ini.
ii. Dia berada di kampus sehari suntuk.
iii. Kenangan silam sukar dilupakan.
iv. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal
Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:
pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: i. Kereta itu dipandu dengan laju.
ii. Siapa cepat dia dapat.
iii. Gasing itu berpusing ligat.
iv. Arus sungai itu sangat deras.
v. Dia cermat apabila berbelanja.
Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur
keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti
contoh yang berikut:
kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: i. Dia masih marah kepada saya.
ii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
iii. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
iv. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara
Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti
contoh yang berikut:
Indera sentuh
lembik kasar licin
halus kesat keras
i. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
ii. Kulit mukanya sangat halus.
iii. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
iv. Buku itu berkulit keras.
v. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
Indera dengar
nyaring lembut mersik
merdu garau serak
i. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
ii. Teriakannya nyaring sungguh.
iii. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
iv. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
v. Alunan musik itu mersik.
Indera pandang
comel hodoh molek
cantik buruk segak
i. Pemuda segak itu guru saya.
ii. Kakaknya suka berpakaian cantik.
iii. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
iv. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
vi. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
Indera bau
wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
i. Bunga ros itu harum baunya.
ii. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
iii. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
iv. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
v. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
Indera rasa
manis kelat masam
masin payau lazat
i. Setiap hari kita minum air tawar.
ii. Semua orang suka makanan lazat.
iii. Buah limau masam rasanya.
iv. Saya tidak suka minum ubat pahit.
v. Kuih tradisional itu terlalu manis.
6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas
Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis
(keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi
golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh
menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk
mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas
dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar,
penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan
contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam
sintaksis tertentu.
kata hubung : dan, atau, tetapikata seru : wah,amboi,ciskata tanya : apa, berapa, siapakata perintah : sila, tolong, harapkata pangkal ayat : hatta, maka, syahadankata bantu : akan, sudah, pernahkata penguat : sangat, amat, palingkata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi : tidak, bukankata pemeri : ialah, adalahkata sendi nama: di, dari, dalam, daripadakata pembenar : ya, betul, benarkata bilangan : dua, segala, banyakkata arah : atas, bawah, tepi
6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas
Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai
kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut
untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)
Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat
(i) Kata Hubung Gabungan
1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.
Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian
Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.
Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.
(ii) Kata Hubung Pancangan
1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
Relatif yang Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan.
Mereka beramai-ramai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer.
Komplemen bahawa Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang
dihadapi adalah amat mencabar.
Keterangan kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun, sungguhpun, apabila
Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.
Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan.
Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.
Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini.
Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
(iii) Kata Praklausa
1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa
Kata seru aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai
Syabas, awak telah berjaya!
Aduhai, awak datang lambat sangat!
Kata tanya berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana
Harga barang itu berapa?
Mengapakah dia menangis
semalam? Kesihatannya
sekarang bagaimana?
Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Manakah baju baharu saya?
Siapakah yang datang semalam?
Kata perintah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,
Jangan buang sampah di sini.
Janganlah bersusah hati.
Harap saudara dapat datang petang ini.
Silalah masuk.
Kata pembenar ya, benar, betul, benar Ya, itulah orangnya.
Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian.
Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita.
Kata pembenar hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian
Hatta istana itu pun siaplah.
Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja.
Sebermula berburulah baginda bersama-sama
hulubalangnya.
(iv) Kata Prakfrasa
1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.
2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.
Kata bantu 1. Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum
Pekerja itu telah pulang.
Murid-murid itu baru tiba.
Mereka pernah ke utara Malaysia.
Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer.
Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja.
Adik masih membersihkan meja.
Semua kenderaan akan diperiksa esok.
Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi.
2. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat
Cikgu Ramli bersungguh-sungguh hendak mengadakan kelas tambahan.
Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri.
Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi.
Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga.
Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka.
Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.
Kata penguat 1. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak
Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
Bangau itu terlalu kurus.
Cadangan yang dikemukakannya paling menarik.
Pendapatnya agak bernas.
2. Penguat belakang: sekali, benar, nian
Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
Lukisan di dinding itu cantik sekali.
Lambat benar bas itu tiba.
Dia keluar sebentar nian.
3. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh
Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Kata penegas -Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
1. Penegas frasa predikat: -kah, -tah, -lah.
Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.
Siapakah majikan kamu itu?
Apatah daya kita. Orang itulah
bapanya.
1. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang
Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat
Kami juga ingin ke bandar.
Kami ingin juga ke pekan.
Hujan hanya turun pada musim dingin.
Hujan turun hanya pada musim dingin.
Kata nafi -Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan
Itu bukan mereka. Roti bukan
diperbuat daripada besi.
2. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.
Dia tidak berlari. Rumah lama itu
tidak besar sangat
3. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan
Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
Kata pemeri -Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.
1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah
Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya.
Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa.
2. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah
Kenyataan itu adalah tidak benar.
Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham.
Kata sendi nama Kata sendi nama ialah
1. Menunjukkan tempat: di Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.
perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. 2. Menunjukkan: tempat,
arah dituju, waktu atau masa: ke
Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok.
Arah: Mereka menuju ke selatan.
Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang.
3. Menyatakan tempat atau arah,waktu atau masa: dari
Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan.
Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok.
4. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan, dan perbandingan: daripada
Punca: Dia menerima surat daripada kakak.
Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam.
Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka.
5. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada
Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani.
Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik.
6. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada
Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi.
Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini.
7. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi
Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki.
Rumah bagi pekerja sedang dibaiki.
8. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk
Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.
9. Bertugas membawa makna tujuan: demi
Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara.
10. Membawa maksud rujukan: tentang
Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara.
11. Membawa maksud perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana
Perbandingan: Hatinya keras {seperti, bagai, umpama, laksana} batu.
12. Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa: dengan
Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu.
Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa.
Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air.
Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat
dengan ketuanya.
13. Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak, semenjak
Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak, semenjak} dua tahun yang lalu.
14. Membawa maksud rujukan: terhadap
Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang
15. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan
Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya.
16. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud sebab: oleh
Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya.
Hubungan yang membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan.
17. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai
Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat universiti.
18. Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara
Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.
Tidak ada perbezaan besar antara
pendapatnya dengan pendapat saya.
Kata arah 1. atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara
Buku itu ada di atas meja.
Dia duduk di antara Ramli dan Salmah.
Mereka bersembunyi di bawah rumah.
Petani itu berjalan di tepi danau.
Kami mendirikan khemah di belakang rumah.
Kata bilangan 1. Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua, sepuluh, sejuta
Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai.
2. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit
Bilangan tak tentu: Segala persiapan telah dibuat.
(v) Kata Pascakata
1. -nya yang hadir selepas perkataan.2. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
Kata penekan 1. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: -nya
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
Kata pembenda 1. Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya; lajunya, sakitnya
Lajunya ialah 100 km sejam.
AKTIVITI
1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata
adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna;
(iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi)
kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix)
kata adjektif pancaindera.
2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata.
Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
Tegas beliau, “krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pem-budayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”
Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta.
Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf
LATIHAN
Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif
yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.
Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.
"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.
"Hilwah... kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa
aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."
"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum.
"Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala
Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka