4
Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar menafaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus. Keterangan/Hujah: 1. Lintah dan cacing sebenarnya merupakan haiwan yang memberi manfaat kepada manusia sama ada dari sudut perubatan, pertanian, kosmetik dan lain-lain. Sehubungan itu, pendapat yang mengharuskan berjual beli dengan kedua-dua jenis haiwan ini lebih sesuai diamalkan kerana kegunaannya adalah pelbagai dan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Para fuqaha tidak mengharuskan berjual beli dengan barang yang tidak bermanfaat seperti semua jenis haiwan kecil ( رات ش ح) , haiwan buas yang tidak sesuai untuk berburu dan seumpamanya. 2. Para fuqaha’ sepakat tentang kesucian haiwan air dan keharusan penggunaannya untuk tujuan perubatan dan kosmetik walaupun ia tidak boleh dimakan. Berasaskan konsep urf yang disebut sebelum ini, bahawa lintah dan cacing merupakan haiwan khabis yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam, para fuqaha’ sebenarnya telah mempunyai pandangan dalam hal ini iaitu kesemua Imam Mazhab bersepakat bahawa bangkai haiwan akuatik sama ada ikan atau lainlain adalah suci, ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W.: ه ت مي ل ح لء ا ور ما ه ط ل و ا ه

Fatwa Adat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

adat

Citation preview

Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan KosmetikMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar menafaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus.

Keterangan/Hujah:1. Lintah dan cacing sebenarnya merupakan haiwan yang memberi manfaat kepada manusia sama ada dari sudut perubatan, pertanian, kosmetik dan lain-lain. Sehubungan itu, pendapat yang mengharuskan berjual beli dengan kedua-dua jenis haiwan ini lebih sesuai diamalkan kerana kegunaannya adalah pelbagai dan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Para fuqaha tidak mengharuskan berjual beli dengan barang yang tidak bermanfaat seperti semua jenis haiwan kecil ( ) , haiwan buas yang tidak sesuai untuk berburu dan seumpamanya.2. Para fuqaha sepakat tentang kesucian haiwan air dan keharusan penggunaannya untuk tujuan perubatan dan kosmetik walaupun ia tidak boleh dimakan. Berasaskan konsep urf yang disebut sebelum ini, bahawa lintah dan cacing merupakan haiwan khabis yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam, para fuqaha sebenarnya telah mempunyai pandangan dalam hal ini iaitu kesemua Imam Mazhab bersepakat bahawa bangkai haiwan akuatik sama ada ikan atau lainlain adalah suci, ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya: Ia bersih airnya dan halal bangkai-bangkai didalamnya.3. Uruf masyarakat Islam menganggap lintah dan cacing sebagai benda kotor yang tidak boleh dimakan. Walaubagaimanapun, mengikut hukum asal dan pandangan ulama, binatang air seperti lintah dan cacing tidak dikategorikan sebagai najis. Sekiranya dianggap sebagai najis, banyak persoalan berkaitan hukum yang perlu diselesaikan. Umpamanya seorang yang sedang bersolat di tanah lapang dan digigit lintah, adakah sembahyang tersebut batal atau tidak. Begitu juga ikan yang diberi makan cacing, adakah ikan tersebut boleh dimakan atau tidak. Selagimana tidak dikategorikan sebagai najis, manfaat daripada kedua-dua haiwan ini boleh diambil oleh masyarakat Islam.

Had Tempoh Panggilan Muallaf Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa di dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk Islam dipanggil muallaf. Sebutan dan had tempoh panggilan muallaf ini lebih bersifat urf semata-mata.Mesyuarat juga mengesyorkan agar pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mengambil tindakan untuk menentukan tempoh had muallaf berdasarkan uruf di Negeri Sembilan.PenentuanUruf Pemakaian Emas,Wanita Islam Negeri SembilanSaya bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan berikut:1. Uruf emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Sembilan adalah pada kadar 200 gram dan sekiranya melebihi daripada had kadar tersebut maka hendaklah dikeluarkan zakatnya.2. Uruf emas perhiasan adalah mengikut timbangan emas (gram) dan bukannya dalam bentuk nilai.3. Kaedah penaksiran zakat emas perhiasan hendaklah dibuat setelah ditolak kadar uruf emas perhiasan.

Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri JohorMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor.Alhamdulillah fatwanya ; Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha.'

Keterangan/Hujah:Terdapat unsur syirik iaitu melakukan jampi dan mentera dengan memohon pertolongan dari jin dan syaitan. Dalam masa yang sama juga, berlaku perbuatan "menurun" atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai Tanasuhul Arwah ( ). Pada hakikatnya adalah satu keadaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin yang dipanggil atau diseru. Hal tersebut menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Hal ini bertentangan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Yunus ayat 106 yang berbunyi :Maksudnya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).