7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam suasana aman dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Sesungguhnya kita berasa bertuah kerana diberi peluang untuk melangkah ke tahun 2011 dengan azam dan semangat baru serta bersedia untuk menunaikan segala amanah dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara. Dalam kesempatan ini juga, ribuan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu Jabatan Perikanan Malaysia mencapai matlamat yang telah kita rancangkan dalam tahun 2010 yang lalu. Pembaca yang dihormati sekalian, Selari dengan ketidaktentuan ekonomi global semasa di samping liberalisasi dan persaingan yang pesat ketika ini, kita perlu melakukan perubahan strategik melalui perkhidmatan awam yang dinamik, bersepadu, telus dan ‘people centric’ selaras dengan aspirasi “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Ini pastinya memerlukan perubahan minda dan cara berfikir dari setiap warga Jabatan. Ia menuntut supaya kita beralih dari sistem dan mekanisme yang sudah out dated kepada budaya baru yang mengutamakan inovasi, kreativiti dan penciptaan serta pemerkasaan intelektual dan profesionalisme. Birokrasi yang menyukarkan perlu diubah kepada sesuatu yang memudah cara dan menyenangkan kumpulan sasar. Warga Jabatan perlu mengamalkan ‘spirit of excellence’ iaitu melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan supaya hasil yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pencapaian pada tahap cemerlang hendaklah menjadi pegangan supaya hasil kerja dapat dibanggakan dan memberi sumbangan positif terhadap golongan sasar. Warga kerja juga perlu mengamalkan budaya melaporkan dan berkongsi maklumat dengan pihak pengurusan supaya tindakan segera dapat diambil. Dalam menghayati ‘spirit of excellence’ ini, Perancangan Kerja Tahunan (PKT) Jabatan pada tahun 2011 bukan sahaja menilai kuantiti (output) yang dihasilkan tetapi apa yang paling utama adalah impak sesuatu program / projek terhadap kumpulan sasar. Justeru, Jabatan juga telah merangka beberapa program yang melibatkan peringkat persekutuan dan juga negeri sepanjang tahun 2011. Pengisian yang berfaedah perlu dititikberatkan agar imej Jabatan yang terhasil daripada program ini dapat diketengahkan dan secara tidak langsung dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada kumpulan sasar. Pembaca yang dihormati sekalian, Aduan dan penyelesaian masalah kumpulan sasar perlu diberi perhatian utama. Punca aduan dan ketidakpuasan perlu dikaji dengan teliti dan tindakan segera perlu diambil untuk mengatasi masalah yang timbul. Dalam berhadapan dengan kumpulan sasar, sifat-sifat positif seperti jati diri, mesra rakyat dan sentiasa berusaha untuk mencapai yang terbaik mesti sentiasa diamalkan. Aspek-aspek berkaitan human delivery seperti budaya dan minda suka menolong perlu ditanam dalam diri setiap pegawai bagi memastikan pelaksanaan yang telah dirancang tercapai. Sejauh mana langkah penyelesaian yang diambil, hanyalah sia-sia tanpa perubahan minda atau mindset ke arah ketulusan nurani dalam diri setiap pegawai. Februari 2011 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita

dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam

suasana aman dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Sesungguhnya kita berasa bertuah kerana diberi peluang

untuk melangkah ke tahun 2011 dengan azam dan semangat

baru serta bersedia untuk menunaikan segala amanah dan

tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara. Dalam

kesempatan ini juga, ribuan terima kasih dan tahniah saya

ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus

membantu Jabatan Perikanan Malaysia mencapai matlamat

yang telah kita rancangkan dalam tahun 2010 yang lalu.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Selari dengan ketidaktentuan ekonomi global semasa di

samping liberalisasi dan persaingan yang pesat ketika ini, kita

perlu melakukan perubahan strategik melalui perkhidmatan

awam yang dinamik, bersepadu, telus dan ‘people centric’selaras dengan aspirasi “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”. Ini pastinya memerlukan perubahan

minda dan cara berfikir dari setiap warga Jabatan. Ia menuntut

supaya kita beralih dari sistem dan mekanisme yang sudah outdated kepada budaya baru yang mengutamakan inovasi,

kreativiti dan penciptaan serta pemerkasaan intelektual dan

profesionalisme. Birokrasi yang menyukarkan perlu diubah

kepada sesuatu yang memudah cara dan menyenangkan

kumpulan sasar.

Warga Jabatan perlu mengamalkan ‘spirit of excellence’ iaitu

melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan supaya hasil

yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pencapaian pada tahap

cemerlang hendaklah menjadi pegangan supaya hasil kerja

dapat dibanggakan dan memberi sumbangan positif terhadap

golongan sasar. Warga kerja juga perlu mengamalkan budaya

melaporkan dan berkongsi maklumat dengan pihak

pengurusan supaya tindakan segera dapat diambil. Dalam

menghayati ‘spirit of excellence’ ini, Perancangan Kerja

Tahunan (PKT) Jabatan pada tahun 2011 bukan sahaja menilai

kuantiti (output) yang dihasilkan tetapi apa yang paling utama

adalah impak sesuatu program / projek terhadap kumpulan

sasar. Justeru, Jabatan juga telah merangka beberapa

program yang melibatkan peringkat persekutuan dan juga

negeri sepanjang tahun 2011. Pengisian yang berfaedah perlu

dititikberatkan agar imej Jabatan yang terhasil daripada

program ini dapat diketengahkan dan secara tidak langsung

dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada kumpulan

sasar.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Aduan dan penyelesaian masalah kumpulan sasar perlu diberi

perhatian utama. Punca aduan dan ketidakpuasan perlu dikaji

dengan teliti dan tindakan segera perlu diambil untuk

mengatasi masalah yang timbul. Dalam berhadapan dengan

kumpulan sasar, sifat-sifat positif seperti jati diri, mesra rakyat

dan sentiasa berusaha untuk mencapai yang terbaik mesti

sentiasa diamalkan. Aspek-aspek berkaitan human deliveryseperti budaya dan minda suka menolong perlu ditanam dalam

diri setiap pegawai bagi memastikan pelaksanaan yang telah

dirancang tercapai. Sejauh mana langkah penyelesaian yang

diambil, hanyalah sia-sia tanpa perubahan minda atau mindsetke arah ketulusan nurani dalam diri setiap pegawai.

Februari 2011http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 3)

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

18 Januari 2011Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameransempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu diKuala Terengganu.

13 Februari 2011Y.B. Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniMalaysia menyampaikan geran untuk Projek Pembangunan Akuakultur danIndustri Asas Tani Daerah Pasir Puteh sempena Majlis Perasmian EkspoPertanian, Perniagaan dan IKS Peringkat Parlimen Pasir Puteh di Semerak,Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan.

2

18 Februari 2011Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni Sempena Sambutan Maulidur RasulJabatan Perikanan Malaysia telah diadakan di Ibu Pejabat Putrajaya denganpengisian ceramah bertajuk “Rasulullah S.A.W. Pemimpin Teladan Terbaik” olehY.Bhg. Dato’ Ustaz Hj. Md. Daud Che Ngah.

19 Februari 2011Majlis Penuaian Hasil

Projek Ternakan UdangLaut, Zon Industri

Akuakultur (ZIA) SungaiNipah, telah dirasmikanoleh Y.H. Dato’ Ahamad

Sabki Bin Mahmood,Ketua Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia diSabak Bernam, Selangor.

24 Februari 2011Seminar Penghayatan Dasar-Dasar Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.H. Dato’Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysiadi Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

26 Februari 2011Y.B. Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniMalaysia berucap di Majlis “Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniBersama Rakyat“ di Jasin, Melaka.

Page 3: Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2011

Tajuk : Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi MaksudPelantikan Ke Perkhidmatan Awam.

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkankelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yangdikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

Tarikh : 11 Januari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Surat Edaran JPA 2010

Tajuk : Penempatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negeri Sesi 2011.

Tujuan : Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa semuaPenolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N27 GunasamaPersekutuan untuk berkhidmat di Pejabat-pejabatPerwakilan Malaysia di luar negeri.

Tarikh : 27 Disember 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Edaran JPA 2011

Tajuk : Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) Gred N22 Ke Gred N26Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.

Tujuan : Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa permohonandaripada pegawai-pegawai berjawatan N22 untukmemangku jawatan N26.

Tarikh : 5 Januari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran JPA 2011

Tajuk : Urusan Pengesahan Kenaikan Pangkat Pegawai KumpulanSokongan, Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.

Tujuan : Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menyelaras urusankenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan,Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang mulamemangku sebelum atau pada 30 Jun 2010. Urusankenaikan pangkat ini adalah tertakluk kepada kelulusanLembaga Kenaikan Pangkat mengikut Peraturan-peraturanLembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010.

Tarikh : 5 Januari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran JPA 2011

Tajuk : Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TahapKecekapan 1 (TK1) dan Urusan Kenaikan Pangkat SelepasPemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Tujuan : Jabatan Perkhidmatan Awam akan menegcualikan KursusKenegaraan kepada pegawai-pegawai yang telah lulus PTKdi TK1 selaras dengan keputusan kerajaan memansuhkanPenilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Tarikh : 17 Februari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

3

Pembaca yang dihormati sekalian,

Didapati masih lagi terdapat pegawai-pegawai terutamanya

kakitangan di peringkat akar umbi yang tidak mengetahui akan

pendekatan, dasar, program dan projek terkini kerajaan dan

kementerian. Sebagai contoh Konsep Satu Malaysia, Program

Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi

(ETP) dan Model Ekonomi Baru. Apa yang terkandung dalam

Rancangan Malaysia Kesepuluh, National Key Result Area(NKRA), National Key Economic Area (NKEA), Entry PointProject (EPP) mahupun Minister Key Performance Indicators(MKPI) masih belum difahami. Oleh yang demikian, pengarah-

pengarah bahagian wajar memberi penerangan kepada

pegawai-pegawai akan pendekatan dan dasar terkini kerajaan

di samping mengadakan seminar yang bersesuaian kepada

mereka.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Dalam usaha menaikkan imej Jabatan, sistem penyampaian

dan peranan media massa hendaklah dititikberatkan. Jabatan

perlu memantapkan sistem penyampaian dengan menjalinkan

kerjasama erat dengan pihak media massa. Bila bercakap

mengenai sistem penyampaian, ia berkait rapat dengan

penghasilan video dan gambar. Gambar sememangnya

memainkan peranan penting dalam sesuatu pemberitaan yang

mampu menyentuh hati pembaca dan memberikan banyak

pengertian mengenai sesuatu peristiwa dalam dimensi

berlainan. Melalui gambar, sesuatu pemberitaan itu dapat

disampaikan dengan lebih berkesan selain mampu menyentuh

hati pembaca sama ada gembira atau sebaliknya sehingga

mampu menceritakan peristiwa yang berlaku dengan lebih jelas

dan tepat. Oleh itu, pemilihan gambar yang bersesuaian

amatlah penting dalam sesebuah penerbitan baik daripada

media cetak atau media elektronik agar imej sesebuah

organisasi atau Jabatan dapat diketengahkan.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kejayaan dalam mencapai hala tuju Jabatan memerlukan

sokongan padu daripada semua pihak. Sehubungan itu, saya

memohon kepada semua warga Jabatan Perikanan supaya

meningkatkan keupayaan dan kemahiran masing-masing.

Sebagai agen perubahan, kita perlulah melengkapkan diri kita

terlebih dahulu sebelum kita membimbing golongan sasar.

Saya percaya, tanpa perkhidmatan sokongan yang cekap

dan berkesan, gelombang revolusi perikanan sukar untuk

digerakkan.

Sekian, wassalam dan terima kasih.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 1)

Page 4: Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

DARI PERBENDAHARAAN

4

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2011

Tajuk : Anggaran Perbelanjaan 2011.

Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa sejumlahRM213,987,217,000 telah diluluskan bagi AnggaranPerbelanjaan 2011. Pegawai Pengawal adalah dibenarkanmembuat perbelanjaan seperti mana yang diluluskan dalamanggaran perbelanjaan mengurus 2011 dan dimintamengawasi perbelanjaan mengurus di bawah kawalannyasupaya tidak melebihi jumlah yang telah diluluskan dalamanggaran itu.

Tarikh : 5 Januari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2011

Tajuk : Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan AnggaranPerbelanjaan Tahun 2012 dan 2013.

Tujuan : Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memberi panduan bagimenyediakan cadangan anggaran perbelanjaan mengurusdan pembangunan bagi tahun 2012 dan 2013.

Tarikh : 14 Januari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011

Tajuk : Peraturan Mengenai Perbelanjaan Untuk MeraikanPegawai Perkhidmatan Awam Yang Bersara.

Tujuan : Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturanuntuk meraikan pegawai Perkhidmatan Awam yangbersara.

Tarikh : 2 November 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iv) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2011

Tajuk : Peraturan Mengenai Perbelanjaan Sambutan Hari Inovasi.

Tujuan : Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semakankadar dan peraturan berhubung perbelanjaan sempenaSambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian / Jabatan.

Tarikh : 4 November 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

v) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011

Tajuk : Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman PerumahanPerbendaharaan Malaysia.

Tujuan : Tujuan pekeliling ini adalah untuk menyatukan dan menambah baik Pekeliling Skim Pembiayaan PerumahanPerbendaharaan Secara Islam (SPPI) Bil. 10 Tahun 1994,Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (SPPP) Bil. 6Tahun 1995 serta semua Surat Pekeliling Perbendaharaanyang berkaitan dengannya.

Tarikh : 1 Januari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

vi) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011

Tajuk : Peraturan dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam.

Tujuan : Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan baruberhubung pembekalan pakaian seragam kepada penjawatawam.

Tarikh : 28 Disember 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

vii) Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010

Tajuk : Garis panduaan Pelaksanaan Integrity Pact DalamPerolehan Kerajaan.

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuanmemaklumkan semua Kementerian, Jabatan dan BadanBerkanun (Agansi) mengenai garis panduan pelaksanaanintegrity pact dalam perolehan kerjaaan.

Tarikh : 16 Disember 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

viii) Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 2010

Tajuk : Garis Panduan Pelaksanaan Program ProjekPenyenggaraan Infrastruktur Asas.

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untukmemperkemaskan garis panduan pelaksanaan ProgramProjek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) danProjek Infrastruktur Asas (PIAS) yang dibiayai melaluiPeruntukan Khas Kementerian Kewangan dandilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tarikh : 28 Disember 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

ix) Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2010

Tajuk : Garis Panduan Pelaksanaan Penamatan Bersama (MutualTermination) Bagi Kontrak Kerja.

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untukmemaklumkan semua Kementerian, Jabatan dan BadanBerkanun (Agansi) mengenai perkara-perkara yang perludiambil kira dalam pelaksanaan Penamatan Bersama bagikontrak kerja yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Tarikh : 30 Disember 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

x) Surat Arahan Perbendaharaan 2011

Tajuk : Pembekalan Kad Elektronik Tol Touch N Go (TnG danSmart Tag Untuk Pegawai Pengurusan Tertinggi GredUtama/ Kasa C dan Ke Atas atau Setaraf di Kementerian /Jabatan Persekutuan).

Tujuan : Semua Pegawai Perngurusan Tertinggi Gred Utama / KhasC dan ke atas atau setaraf yang dibekalkan dengan KeretaRasmi Jawatan (KRJ) di semua Kementerian dan JabatanKerajaan Persekutuan dibekalkan dengan Kad TnG danSmart Tag.

Tarikh : 13 Januari 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

Page 5: Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

Pernahkah anda mendengar perkataan “bronok”? Adakah ia sejenistumbuhan atau sejenis hidupan atau mungkin sejenis makanan?Dalam Bahasa Malaysia, terdapat dua makna bagi perkataan”bronok” iaitu sejenis hidupan laut dan sejenis kuih. Kuih bronok atauberonok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yangdiperbuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mataikan. Kuih beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.

Sebutan “beronok” ini kedengaran seakan-akan “bronok” iaitu sejenishidupan laut yang tidak mempunyai wajah dan kaki. Bentuknyaseakan-akan timun laut atau gamat yang kebiasaannya ditangkap ditengah laut. Ia berwarna coklat atau merah jambu, kenyal danrasanya agak masin. Komposisi badannya dipenuhi cecair yang tidakpekat. Oleh kerana habitatnya di dalam air, ia memperolehi makananmelalui penyerapan air di persekitarannya.

Bronok boleh dimakan mentah dan sedap dibuat kerabu. Disebabkanstruktur badannya berair, ia hendaklah dicucuk-cucuk untukmengeluarkan airnya. Setelah kempis, barulah dipotong-potong untukdibuat kerabu atau pun dimasak secara lain.

Komuniti yang pernah memakanbronok ini mengatakan ia amatsedap. Setakat ini, bronok hanyabanyak terdapat di PulauLangkawi kerana keadaanpersekitaran yang berlumpurmenjadikannya sesuai membiakdi situ dan merupakan makananeksotik komuniti Melayu diLangkawi, Kedah.

INGIN TAHU APA ITUBRONOK?

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Seekor tuna biru gergasi mencatat

rekod jualan bernilai 32.49 juta yen

atau hampir AS$396,000 (RM1.22

juta) dalam lelongan pertama tahun

ini di pasar borong ikan terbesar

dunia di Tokyo, Jepun pada Januari

2011. Harga bagi ikan tuna seberat

342 kilogram itu mengalahkan rekod

sebelumnya yang dicatat pada 2001

apabila ikan seberat 202 kilogram

dijual dengan harga 20.2 juta yen

(RM754,653), kata jurucakap pasar

Tsukiji.

“Ia adalah seekor ikan yang amat besar,” kata pegawai Yutaka Hasegawa.

“Namun kami semua amat terkejut dengan harganya.”

Ikan tuna gergasi itu dibeli dan dikongsi oleh pasangan sama yang

memenangi bidaan untuk ikan paling berat tahun lalu, pemilik Kyubey,

sebuah restoran sushi terkenal di daerah Ginza di sini dan Itamae Sushi,

sebuah rangkaian restoran sushi kasual berpusat di Hong Kong.

“Saya amat gementar apabila tiba di Tokyo semalam, namun kini

saya lega,” katanya selepas lelongan yang bermula sejurus selepas jam

lima pagi.

Tuna biru gergasi itu yang ditangkap di luar pantai utara Jepun adalah

antara 538 ekor yang dipunggah dari seluruh dunia untuk lelongan

semalam. Harga rekod itu memberi gambaran bahawa ia mencatat harga

95,000 yen (RM3,549) sekilogram.

Jepun adalah pengguna terbesar makanan laut dunia dengan

penduduknya memakan 80 peratus daripada ikan tuna biru Atlantik dan

Pasifik yang ditangkap. Dua spesies tuna itu adalah yang paling digemari

di kalangan penggemar sushi. – AP

Tuna Biru Gergasi DijualRM1.22 juta

Ikan seberat 342 kilogram dibeli usahawan Hong Kong

Kerabu bronok yang dikatakan paling sedap dan mendapat pemintaanyang tinggi terutama di Langkawi.

5

Page 6: Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

PERANCANGAN TAKWIM 2011JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

6

Majlis Perasmian Pusat Pemantauan & Rekreasi KPSP Pulau Tuba - Bagan Asam, Langkawi - Y.B. Datuk Wira JohariBaharum. (Tim. Menteri MoA)

Program Penggambaran Keropok House Trading - Shah Alam - Y.H. Dato’ KPP

Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan Projek Berimpak Besar ZIA Negeri Terengganu - Kuala Terengganu - Y.B. Menteri MoA & Y.A.B. Menteri Beser Terengganu

Hari Bersama Pelanggan - Bintulu - Y.B. Datuk Wira Johari Baharum. (Tim. Menteri MoA)

Memorandum of Understanding for Techno Fund on Propagation & Culture of Hybrid Grouper - FRI Tg. Demong

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Jabatan Perikanan - Dewan Arowana - Y.H. Dato’ KPP

Bengkel Hala Tuju Perikanan Laut Dalam

Majlis Pelancaran Produk Ikan Keli Pelet dan Program Sehari Bersama Penternak Jeli - Jeli - Y.B. Dato’ Seri MustaphaMohamed (PPN Kelantan mohon program dibuat ke bulan Mac untuk persiapan lebih rapi)

Pelancaran Program Kesedaran Spesies Terancam - Tumpat

Karnival Industri Asas Tani Negeri Melaka - MITC Melaka - Y.A.B. Ketua Menteri

Perasmian Kompleks Perikanan Laut Santubong - Santubong - Y.B. Menteri MoA dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Program Keprihatinan Sumber Marin - Perlis (Dato' KPP minta dibengkelkan dahulu di peringakat pegawai Jabatanhasil penemuan lawatan ke Jepun)

Majlis Beramah Mesra Berinteraksi Bersama Nelayan Tradisi Pengerang - Sungai Rengit

Pameran Ikan Dan Spesies Terancam - Conventional Hall, Glory Beach Resort

Pertandingan Memancing Udang Galah - Telok Intan

Bengkel Sumbangan Laut Dalam Di Dalam Industri Perikanan Negara

Majlis Penerangan Ternakan Ikan Hiasan

Program Pelancaran Tukun Tiruan Dasar Lembut Negeri Terengganu

Memperkenalkan Pembenihan Ketam Nipah

Menonjolkan KPI Y.B. Menteri MoA - Ternakan Ikan Arowana dan Sistem CENTS Kelantan

Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Sabah dan Bengkel Rumpai Laut Sabah - Sempurna (Y.B. Menteri MoA)

Hari Keluarga Jabatan Perikanan Malaysia

Majlis Perasmian Pusat Asuhan Benih Persatuan Penternak Sri Tujuh - Tumpat

Program Kempen Lindungi Spesies Marin Terancam

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak - Bintulu

Perasmian Makmal Biosekuriti Wilayah Sarawak - Bintawa

Sesi Interaksi Bersama Nelayan Daerah Limbang dan Lawas - Limbang

Majlis Interaksi Bersama Pengusaha Laut Dalam Terengganu

Exhibition on the Fisheries Products by FRI and Collaborators - FRI Batu Maung

Majlis Dialog Bersama Nelayan

Program Pendidikan Perikanan Tangkapan Yang Bertanggungjawab

Majlis Interaksi Bersama Nelayan - Sg.Tiang

Memperkenalkan Ikan Kerai Lampam Sebagai Spesies Alternatif Ternakan - Perlok

Majlis Perasmian KPSP Semut Api - PCB Kota Bharu

Program Promosi 'Manning' ( Peraturan Keanggotaan Atas Vesel nelayan ) Kepada Kumpulan Sasar - IPM

Seminar Gamat - Langkawi

Pelancaran Program Pengurusan Perikanan Sungai - Sg.Pulai

Perasmian Projek Usahawan Bimbingan Yang Diberi Bantuan Geran Pemadanan - Bukit Mertajam

Program Pelepasan Perairan Umum Spesies Udang Galah - Kuala Trong

The 43th SEAFDEC Council Director Meeting

Majlis Pelantikan Peserta Projek Bimbingan JPLS - Kuching

Safari Memancing Mukah - Mukah

Ujian Kemahiran Menembak Zon Sarawak,Sabah dan Labuan Siri 1/2011- Sibu

Program Perasmian Jeti dan Bilik Info KPSP Kuala Serau - Kuala Serau, Lipis

Program Pelepasan Benih Di Perairan Umum

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

9 Jan 2011

17 Jan 2011

18 Jan 2011

24 Jan 2011

25 Jan 2011

25 Feb 2011

10 Mac 2011

10 Mac 2011

22 Mac 2011

23 Mac 2011

6 April 2011

4-8 April 2011

Kedah

Bhg. Direktorat

Terengganu / Bhg.Akuakultur

Bhg. PSM

FRI Tg. Demong

Bhg. Direktorat/KESUSIP/PUSPANITA

Bhg. P & PS

Kelantan

Kelantan

Melaka

Sarawak

Perlis

Johor

N. Sembilan

Perak

Bhg. P & PS

Kelantan

Terengganu

Selangor

Bhg. RA

Bhg. Akua

Bhg. Direktorat

Kelantan

Bhg. P & PS

Sarawak

Sarawak

Sarawak

Terengganu

FRI Batu Maung

Perlis

Kedah

Perak

PPA Perlok

Kelantan

Bhg. PSM

Bhg. P & PS

Bhg. Direktorat

P. Pinang

Perak

Bhg. RA

Sarawak

Sarawak

Sarawak

Pahang

N. Sembilan

AKTIVITI-AKTIVITIBULAN TARIKHTENTATIF

BAHAGIAN / PPN/ PUSAT

Page 7: Februari 2011 Amanat Ketua Pengarah ... · 18 Januari 2011 Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan

Pelancaran Program Promosi Makan Ikan Air Tawar dan Perasmian Pusat Pembangunan Teknologi Produk PerikananBatu Berendam

Seminar KPSP Pulau Pinang - Safira Inn, Seberang Jaya

Majlis Interaksi Bersama Pengusaha Sangkar Projek HIP-ZIA Sungai Johor - Di Kong Kong

Majlis Interaksi Bersama Nelayan - Pasir Mas

Majlis Interaksi Bersama Nelayan Sungai - Sungai Loh, Hulu Terengganu

Mesin Depurasi Kerang

Majlis Perasmian KPSP Darat dan Program Pelepasan Umum - Sg. Lebey, Manik Urai

Konvensyen Ketua Komuniti Perikanan Peringkat Negeri Sarawak - Kuching

Program Perasmian Pusat Hatceri Ikan Marin Nasional - Tg.Gosong, Pekan

Promosi Ikan Bakar

National Symposium on the Culture of Marine Fishes - FRI Pulau Sayak

Press Conference on A Year of Success of the MOU Between The Department of Fisheries and DBP - FRI Batu Maung

Bengkel Kesedaran Pengurusan Sumber Perikanan

Program Pengenalan Prospek Akuakultur Negeri Kedah (Projek Ternakan Ikan Hiasan) - Sungai Tengas

Program Kesedaran Pemuliharaan Penyu

Perasmian Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Seminar Pembangunan Akuakultur Negeri Pulau Pinang 2011 - Safira Inn, Seberang Jaya

Seminar Status Sumber Perikanan Negara

Majlis Pelancaran KPSP Kuala Muda (Pembenihan Udang Galah) - Kuala Muda

Pelepasan Benih Udang Galah Di Perairan Umum - Sg. Timun

Projek Pemuliharaan Kolam Terbiar - Kg. Kundur Hilir, Rembau

Program Pemuliharaan Sumber Penyu dan Kempen Kesedaran Awam - Pulau Tioman

Hari Inovasi dan Hari Bersama Pelanggan - Kuching

Majlis Interaksi Bersama Nelayan Kawasan - Hutan Melintang

Majlis Kesedaran Keselamatan Nelayan Pulau Pinang - Pen Mutiara, P. Pinang

Majlis Pelepasan Benih Ikan Di Sungai Muar, Kawasan Pagoh Bersama Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri - Pagoh

Majlis Interaksi Bersama Nelayan - Machang

Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dan Perasmian Pusat Inkubator Pemprosesan Tok Bali -Pasir Putih

Lawatan Kerja Y.A.B. MB N. Sembilan ke Projek Ternakan Udang Galah - Syarikat True Aqua, Ulu Bendol

Perasmian Bangunan Pejabat Perikanan Negeri Perlis

Program Pelepasan Perairan Umum Spesies Baung dan Lampam Kunyit - Kg. Dew

Perasmian dan Pelancaran Stesen Maklumat Sumber Perikanan - Telok Bahang

Program Pelepasan Tukun Tiruan Dasar Lembut Negeri Terengganu

Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah - Gua Musang

Lawatan Kerja dan 'Soft Launching' Projek Perintis Peserta Anak Angkat Ternakan Ikan Hiasan (Arowana) - Lawas

Perasmian dan Pelancaran Tukun Tiruan Rekreasi - Pulau Aman

Majlis Jabatan Bersama Komuniti Perikanan ( HBP ) Terengganu

Majlis Interaksi Bersama Nelayan - Bachok

Pelancaran Program Tukun Tiruan

Lawatan Y.A.B MB N.Sembilan ke FRI Gelami Lemi dan Perasmian

Hari Bersama Pengusaha Laut Dalam Tg. Manis - Tg. Manis

Pelancaran Program Gotong Royong Perdana Bersama Golongan Sasar - Kg. Pulau Bruit

Program Prospek Akuakultur Negeri Kedah (Projek Ternakan Udang Galah ) - Kg. Kerawai

Hari Bersama Pelanggan - PPA Tapah

Majlis Interaksi Bersama Pengusaha Vesel Laut Dalam Negeri Johor - Endau.

Seminar Ikan Hiasan ( Prospek Industri Ikan Hiasan Tempatan)

Majlis Interaksi Bersama Nelayan - Tumpat

Pelancaran 'Kelantan Tilapia Valley' - Jeli

Perasmian Expo 'Second Malaysia International Seafood Exposition (MISE 2011)' dan Persidangan 'The ThirdInternational Symposium Of Cage Culture In Asia (CAA3)'Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah - Kota Bharu

Program Menuai Udang Galah - Kg. Kelian Gunong

MEI

JUN

JULAI

OGOS

SEPTEMBER

OKTOBER

NOVEMBER

DISEMBER

11 Mei 2011

10 Mei 2011

15 Mei 2011

25 Mei 2011

15 Jun 2011

14 Jun 2011

13 Julai 2011

16 Julai 2011

16 Ogos 2011

21 Sept 2011

4 Okt 2011

11 Okt 2011

16-18 Nov 2011

Melaka

P. Pinang

Johor

Kelantan

Terengganu

Selangor

Kelantan

Sarawak

Pahang

N. Sembilan

FRI Pulau Sayak

FRI Batu Maung

Perlis

Kedah

Melaka

N. Sembilan / Bhg. Akuakultur

P. Pinang

Bhg. P & PS

P. Pinang

N. Sembilan

N. Sembilan

Pahang

Sarawak

Perak

P. Pinang

Johor

Kelantan

Kelantan

N.Sembilan

Perlis

Perak

P. Pinang

Terengganu

Kelantan

Sarawak

P. Pinang

Terengganu

Kelantan

Bhg. P & PS

FRI Gelami Lemi /N.Sembilan

Sarawak

Sarawak

Kedah

Perak

Johor

FRI Gelami Lemi

Kelantan

Kelantan

Bhg. PKT / Bhg. Akua

Kelantan

Perak

AKTIVITI-AKTIVITIBULAN TARIKHTENTATIF

BAHAGIAN / PPN/ PUSAT

7