13
2.0 FERTIGASI (PENANAMAN ROCKMELON) 2.1 PENGENALAN Aktiviti seterusnya yang saya serta rakan-rakan turut diajar dan di perkenalkan oleh pensyarah iaitu penanaman rock melon dengan menggunakan teknik hidroponik iaitu menggunakan sistem fertigasi. Fertigasi berasal dari perkataan inggeris iaitu fertigation iaitu hasil gabungan daripada dua perkataan fertitilization dan irrigation. Konsep sistem ini ialah menyalurkan baja dalam bentuk larutan terus ke zon pengakaran melalui system pengairan. Fertigasi juga merupakan pemberian air dan baja kepada tanaman secara serentak. Media yang biasa digunakan ialah sabut kelapa dan sekam padi. Pokok mendapat nutrisi yang lengkap daripada air dan baja melalui pemberian secara berkala. Fertigasi juga boleh dijalankan di bawah Sistem Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan baja menjadi larutan cair.Sekiranya baja terlalu cair, kesan baja terhadap tanaman adalah tidak efektif. SPH juga boleh mengurangkan risiko penyakit terhadap tanaman.. Sistem fertigasi yang kami gunakan ialah jenis ‘Autopot’ dan juga jenis biasa iaitu penggunaan ‘cocopeat’. Fertigasi

fertigasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: fertigasi

2.0 FERTIGASI (PENANAMAN ROCKMELON)

2.1 PENGENALAN

Aktiviti seterusnya yang saya serta rakan-rakan turut diajar dan di perkenalkan oleh pensyarah

iaitu penanaman rock melon dengan menggunakan teknik hidroponik iaitu menggunakan

sistem fertigasi. Fertigasi berasal dari perkataan inggeris iaitu fertigation iaitu hasil gabungan

daripada dua perkataan fertitilization dan irrigation. Konsep sistem ini ialah menyalurkan

baja dalam bentuk larutan terus ke zon pengakaran melalui system pengairan.

Fertigasi juga merupakan pemberian air dan baja kepada tanaman secara serentak.

Media yang biasa digunakan ialah sabut kelapa dan sekam padi. Pokok mendapat nutrisi yang

lengkap daripada air dan baja melalui pemberian secara berkala. Fertigasi juga boleh

dijalankan di bawah Sistem Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan baja menjadi larutan

cair.Sekiranya baja terlalu cair, kesan baja terhadap tanaman adalah tidak efektif. SPH juga

boleh mengurangkan risiko penyakit terhadap tanaman..

Sistem fertigasi yang kami gunakan ialah jenis ‘Autopot’ dan juga jenis biasa iaitu

penggunaan ‘cocopeat’. Fertigasi Autopot bermaksud kaedah terkini, iaitu apabila baja

lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot

tanaman melalui sistem pengairan titisan. Perbezaan kaedah autopot dan kaedah biasa adalah

keperluan paras air atau larutan nutrien dikawal oleh smart valve. Autopot ini dibuat daripada

High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tujuan utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan

baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan

tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada

tenaga buruh. Sistem fertigasi direka bentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan

agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah. Ia juga bertujuan ntuk penjimatan

masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini.

Page 2: fertigasi

Sewaktu saya dan rakan-rakan berada di dalam SPH, pensyarah juga menerangkan

sedikit maklumat berkaitan dengan sistem pengairan yang digunakan dalam sistem fertigasi.

Selain itu terdapat juga perkara lain yang diterangkan seperti proses pendebungaan pokok

rock melon.

2.2 KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI

a) Persediaan awal

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum penyemaian benih

dilakukan. Antaranya dengan mengambil kira keperluan baja dan coco peat. Selain itu

perlu menyediakan beg tanaman, tali raffia dan banyak lagi aspek yang perlu diambil

kira. Kawasan penanaman fertigasi juga hendaklah dibersihkan terlebih dahulu

daripada sebarang sisa dan makhluk perosak.

a) Penyemaian benih

Semasa berada di SPH, pensyarah telah memberi kami benih semaian yang telah

ditanam di dalam dulang. Ini menunjukkan sebelum pembenihan, benih dirawat untuk

memastikan rock melon membesar dengan sihat sebelum ditanam dengan

menggunakan sistem fertigasi. Biasanya anak benih yang ditanam di dalam dulang

hanya mengambil masa 10hari hingga ke-2 minggu sahaja. Pastikan hanya

menggunakan benih yang berkualiti sahaja.

b) Pemindahan Anak Benih (Transplant)

Seterusnya kami memindahkan anak benih yang berusia anatara 10-12 hari atau boleh

dikenal pasti dengan melihat daun keempat sebesar ibu jari tangan. Anak benih mula

di pindahkan dan di tanam di dalam bekas “autopot”. Anak pokok hendaklah dipegang

dengan baik agar tidak tercabut akarnya. Bagi pemindahan anak pokok ke dalam

polibeg. Satu lubang perlu digali pada ‘cocopeat’ pada tengah-tengah polibeg dengan

ukuran 4cm lebar x 4cm panjang x 4cm tinggi. Anak pokok ditanam dengan semua

bahagian Giffy 7 berada di dalam ‘cocopeat’. Rajah 5 Penanaman melon dalam

polibeg.

Page 3: fertigasi

Rajah di atas menunjukkan cara penanaman pokok rockmelon menggunakan kaedah fertigasi

yang telah saya lakukan.

c) Mengikat Pokok

Tujuan utama pokok diikat adalah untuk menyediakan sokongan kerana pokok rock

melon adalah sejenis tumbuhan jenis menjalar dan tidak mempunyai batang yang tegak.

Oleh itu, sistem sokongan menggunakan tali rafia di perlukan agar pokok dapat

membesar dan tumbuh dengan elok dan menegak, mendapat cahaya dengan secukupnya

dan batang tidak patah serta buah tergantung dan bersih. Pokok melon juga boleh diikat

selepas dua minggu daripada tarikh anak pokok dipindahkan. Ini kerana pada usia ini,

pokok melon sudah mula menjalar.

Oleh itu, tali rafia digunakan dengan diikat pada pangkal pokok melon. Kemudian

pucuk yang keluar dan semakin memanjang boleh dililit di sekeliling tali rafia. Kerja

melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-pokok tanaman

terus tumbuh ke atas. Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak

dengan kerja-kerja membuang tunas air.

Page 4: fertigasi

d) Pemangkasan

Pemangkasan hendaklah dilakukan dengan membuang tunas yang keluar pada batang

utama. Tunas tersebut kebiasaannya dipanggil tunas air atau tunas ketiak. Tunas air akan

mula keluar apabila pokok berusia 3minggu. Tujuan pemangkasan adalah untuk

mengelakkan tunas air membesar. Proses ini akan memberi kesan kepada batang utama

dan membantu pembesaran buah. Jika dibiarkan tunas membesar ia akan mencuri nutrien

yang diperlukan oleh batang dan buah untuk menghasilkan kualiti yang sihat dan baik.

Selain itu, daun-daun tua juga perlu dibuang supaya mengelakkan penyakit. Pembuangan

daun-daun tua dilakukan setelah mengutip hasil. Proses pemangkasan boleh dilakukan

dengan menggunakan pisau, gunting, pemotong dahan dan sebagainya. Tangan juga

boleh digunakan dengan mengutil tunas yang baru keluar dengan berhati-hati agar tidak

merosakkan pokok.

e) Pembajaan

Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus, Kalium,

Kalsium, Sulfat, Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum, Zink, Boron,

Ammonium, Molibdenum dan Natrium) yang diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan

satu formulasi baja yang lengkap untuk  pertumbuhan pokok rock melon yang baik.

(Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karbon diperoleh daripada udara). Unsur-

unsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah

diagihkan ke setiap pokok dengan seragam. Baja boleh disediakan di dalam frekuensi

yang berbeza setiap hari, beberapa kali setiap minggu, atau mingguan, bergantung kepada

keperluan pengairan, jenis tanah, dan faktor-faktor lain. Biasanya, ia memerlukan 5 kali

sehari. Jangan teragak-agak untuk mengairi jika pengairan diperlukan selain daripada

semasa jadual biasa.

Page 5: fertigasi

f) Pendebungaan

Pendebungaan ialah di mana bunga jantan kepada bunga betina dengan

menggeselkan stamen ke atas stigma. Ini boleh meningkatkan hasil buah rock melon.

Bunga betinanya berada pada tunas air dan kembung pada bahagian bawah kelopak

bunga. Bunga jantan banyak terdapat pada batang utama. Bagi melakukan

pendebungaan, pilih bunga jantan yang sihat kemudian buang semua kelopak bunga.

Dekatkan bahagian bunga jantan tadi pada bunga betina dan geselkan bunga jantan pada

stigma bunga betina. Pendebungaan mestilah dilakukan pada waktu pagi iaitu bermula

pada pukul 10 pagi kerana bunga kembang sepenuhnya. Hasil pendebungaan hanya

boleh dilihat selepas 48jam.

Rajah bunga jantan yang dibuang kelopak dan memasukkan gamet jantan ke dalam stigma betina

Lakaran Grafik Lokasi Bunga Jantan Dan Bunga Betina Pada Pokok Rockmelon.

Simbol:-

Page 6: fertigasi

= Polibag Pokok Rockmelon

= Bunga Jantan

= Bunga Betina

g) Penuaian

Tanaman rock melon ini boleh dituai apabila daun pengasuh (flag leaf) telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak mengelilingi pangkal buah. Semua hasil boleh asingkan mengikut saiz untuk dijual di pasaran. Pastikan bahan pemotong untuk memetik buah yang digunakan tajam agar tangkai dipotong dengan elok dan tidak menurunkan kualiti hasil tuaian. Ini adalah masa terbaik tahun ini. Tuaian dilakukan manual untuk memastikan buah-buahan yang tidak rosak.

Page 7: fertigasi

2.3 PERALATAN DALAM FERTIGASI

a) Tangki Nutrien

Ini adalah jantung fertigasi. Ini adalah di mana baja disimpan, pengukuran EC dan pH

dibuat. Saiz tangki akan bergantung kepada bilangan polibegs. Nutrien sama ada boleh

mengairi bidang sama ada menggunakan pam atau oleh graviti.

b) Pam Air

Teknologi ini memerlukan pam untuk mengairi baja dari tangki nutrien sehingga ke

polibeg.

c) Penapis

Sememangnya, sistem akan tersumbat dari masa ke masa jika bekalan air ke padang

tidak bersih. Penapis diperlukan untuk mengelakkan dripper dari tersumbat itu akan

menghalang aliran kepada tumbuhan. Keperluan penapis perlu diperiksa dan

dibersihkan dengan kerap

d) Pengagihan Paip

Paip terutamanya terdiri daripada 3 unsur utama:

i. Garis utama - Garis utama saiz bergantung kepada saiz dan lokasi

ii. Garis Sub - Barisan sub terletak di sepanjang setiap baris polibeg. Ini adalah di mana

garis dripper mikro akan dipasang untuk memastikan baja sampai ke lokasi

iii. Dripper - Ini adalah di mana kuantiti baja dikawal. Biasanya ia akan menitis pada

kadar 2 liter / jam. Kecenderungan untuk menyumbat di hujung sangat tinggi jadi cek

kerap dan pembersihan dripper yang di kehendaki.

Page 8: fertigasi

iv. Polibeg Media - Polibeg dipenuhi dengan koko gambut. Ini akan menjadi medium di

mana tumbuhan makan dengan baja. Sebuah media yang baik akan memegang

kandungan kelembapan dan air pada 60%.

Gambar rajah sistem fertigasi secara kecil-kecilan

Lakaran Grafik Kedudukan Pokok Rockmelon Di Bangunan Sistem Pelindungan Hujan (SPH)

Petunjuk:-

= Pokok Rockmelon

Page 9: fertigasi

Dengan cara penyusunan seperti ini dapat menjimatkan ruang dan boleh tanam pokok

rockmelon dalam kuantiti yang banyak.

2.4 SISTEM PENGAIRAN

Air dan baja diperoleh daripada tangki besar yang diperbuat daripada plastik (polytank),

gentian kaca atau konkrit. Tangki yang diperbuat daripada logam dan besi adalah tidak

dibenarkan kerana tangki tersebut akan bertidakbalas dengan kimia dan pengoksidaan.

Kebiasaanya bagi setiap sistem fertigasi akan mempunyai 2 tangki besar bagi menampung

kesemua pokok-pokok tanaman fertigasi. Sebanyak 2 liter air yang diperlukan bagi setiap

tanaman pokok setiap hari. Paip ladang yang digunakan ialah paip ladang jenis polypipe

dan PE Turbing kerana harganya yang berpatutan. Bagi pemasangan paip ini adalah

mudah dan tidak mendantangkan kesan kepada larutan baja. Penitis pengairan yang

digunakan dipanggil arrow dripper tetapi kini terdapat penitis cara baru ialah capalilary

system. Penggunaan sistem titisan ini sangat sensitif kerana titisan ini mudah tersumbat.

Hal ini disebabkan lubang yang terdapat di alat penitis ini sangat kecil. Bagi mengatasi

masalah titisan yang mudah tersumbat ialah maka perlu pasang alat penapis 120 mesh.

Penapis ini pelu dipasang pada setiap plot tanaman bagi mengelakkan pinitis tersumbat.

Penapis yang dipasang juga perlu dicuci secara berkala bagi menjaga kebersihan dan

mengelakkan berlaku masalah tersumbat.

2.5 KESIMPULAN FERTIGASI

Para pelajar mula mengetahui sistem fertigasi yang sebenar dan kaedah yang betul bagi

pengendalian sistem ini. Sistem fertigasi sesuai untuk digunakan untuk tanaman pokok

renek seperti pokok cili, pokok rockmelon dan sebagainya. Dengan menggunakan sistem

fertigasi pokok yang ditanam akan sentiasa mengeluarkan produk sepanjang tahun dan

boleh memberi keuntungan yang banyak kepada pengusaha yang mengamalkan sistem ini.

Page 10: fertigasi