4
KERAJAAN ZALIM PASTI DIGANTI SELASA | 23 APRIL 2013 | 12 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #4 RAKYAT & BN BERSATU KOTA BHARU – Kebangkitan rakyat Kelantan tidak akan disia-siakan oleh Barisan Nasional (BN) dan demi melihat kehendak rakyat menjadi realiti, pemimpin BN Kelantan di semua peringkat bersatu hati berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke 13 pada 5 Mei ini. Bukti yang jelas ditontonkan pada hari penamaan calon pada 20 April lalu bila sokongan padu diberikan kepada calon- calon dipilih parti untuk memikul panji perjuangan rakyat Kelantan. Semangat dan keberanian rakyat Kelantan ke hadapan menentang kezaliman pemerintahan PAS yang berlarutan selama 23 tahun sudah pasti tidak akan disia-siakan oleh BN pada kali ini. Khabar angin yang menyatakan akan ber- laku boikot memboikot terbukti hanya fitnah oleh pihak PAS. Ia bukan sahaja tidak menjadi kenyataan malah pemimpin-pemimpin parti yang tidak terpilih muncul berpimpin tangan bersama-sama mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon. Situasi ini menggambarkan bahawa istilah ‘cah keting’ tidak lagi wujud dalam kamus BN kerana perjuangan untuk memastikan kehendak rakyat Kelantan menyingkirkan Pas menjadi nyata. Kehendak rakyat mengatasi keinginan peribadi dan ini menyatukan semua pihak tidak dikira dikalangan pemimpin mahu pun rakyat. Selama 23 tahun PAS memerintah Kelantan, pelbagai lapisan masyarakat telah merasai peritnya. Ketiadaan bekalan air bersih, sistem pungutan sampah yang efisien, suasana yang kondusif untuk mengembangkan ekonomi dan peluang pekerjaan yang terhad adalah antara punca utama rakyat nekad menolak PAS. Golongan peneroka dan orang asli pula berhadapan dengan rampasan tanah yang telah mereka usahakan puluhan tahun. Lebih dari itu ekosistem turut musnah. Ini semua kerana PAS begitu rakus menggadai tanah-tanah hutan termasuklah pemberian kepada 2 pemimpin DAP Perak, Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming menerusi syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd. Golongan peniaga kecil dan penjaja di Kota Bharu dan bandar-bandar lain turut tertindas akibat sikap pihak berkuasa tempatan yang tidak prihatin. Tindakan memaksa peniaga berpindah ke lokasi baru yang tidak sesuai serta keengganan mengeluarkan lesen meniaga adalah sebahagian dari penindasan yang berlaku. PAS juga mengamalkan dasar pilih bulu bila hanya pemimpin dan ahli PAS yang menikmati program-program kerajaan negeri contohnya Ladang Rakyat. Tidak mustahilah kebangkitan rakyat Kelantan tidak lagi dapat dibendung dan BN kini menjadi pilihan mereka untuk menggantikan PAS sebagai kerajaan negeri. Rakyat Kelantan sudah bersedia dan BN juga sudah bersedia. Yang tinggal hanya menunggu PAS berkemas dan keluar dari Kota Darul Naim selepas 5 Mei ini.

Fikrah#4 Edisi4 - sempena PRU13 Negeri Kelantan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fikrah#4 Edisi 4 - sempena PRU13 untuk adik kakok Pengundi Kelantan

Citation preview

Page 1: Fikrah#4 Edisi4  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

KERAJAANZALIM PASTI DIGANTI

SELASA | 23 APRIL 2013 | 12 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #4

RAKYAT & BN BERSATU

KOTA BHARU – Kebangkitan rakyat Kelantan tidak akan disia-siakan oleh Barisan Nasional (BN) dan demi melihat kehendak rakyat menjadi realiti, pemimpin BN Kelantan di semua peringkat bersatu hati berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke 13 pada 5 Mei ini.

Bukti yang jelas ditontonkan pada hari penamaan calon pada 20 April lalu bila sokongan padu diberikan kepada calon-calon dipilih parti untuk memikul panji perjuangan rakyat Kelantan. Semangat dan keberanian rakyat Kelantan ke hadapan menentang kezaliman pemerintahan PAS yang berlarutan selama 23 tahun sudah pasti tidak akan disia-siakan oleh BN pada kali ini.

Khabar angin yang menyatakan akan ber-laku boikot memboikot terbukti hanya fitnah oleh pihak PAS. Ia bukan sahaja tidak menjadi kenyataan malah pemimpin-pemimpin parti yang tidak terpilih muncul berpimpin tangan bersama-sama mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon.

Situasi ini menggambarkan bahawa istilah ‘cah keting’ tidak lagi wujud dalam kamus BN kerana perjuangan untuk memastikan kehendak rakyat Kelantan menyingkirkan Pas menjadi nyata.

Kehendak rakyat mengatasi keinginan peribadi dan ini menyatukan semua pihak tidak dikira dikalangan pemimpin mahu pun rakyat.

Selama 23 tahun PAS memerintah Kelantan, pelbagai lapisan masyarakat telah merasai peritnya. Ketiadaan bekalan air bersih, sistem pungutan sampah yang efisien, suasana yang kondusif untuk mengembangkan ekonomi dan peluang pekerjaan yang terhad adalah antara punca utama rakyat nekad menolak PAS.

Golongan peneroka dan orang asli pula berhadapan dengan rampasan tanah yang telah mereka usahakan puluhan tahun. Lebih dari itu ekosistem turut musnah. Ini semua kerana PAS begitu rakus menggadai tanah-tanah hutan termasuklah pemberian

kepada 2 pemimpin DAP Perak, Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming menerusi syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.

Golongan peniaga kecil dan penjaja di Kota Bharu dan bandar-bandar lain turut tertindas akibat sikap pihak berkuasa tempatan yang tidak prihatin. Tindakan memaksa peniaga berpindah ke lokasi baru yang tidak sesuai serta keengganan mengeluarkan lesen meniaga adalah sebahagian dari penindasan yang berlaku.

PAS juga mengamalkan dasar pilih bulu bila hanya pemimpin dan ahli PAS yang menikmati program-program kerajaan negeri contohnya Ladang Rakyat.

Tidak mustahilah kebangkitan rakyat Kelantan tidak lagi dapat dibendung dan BN kini menjadi pilihan mereka untuk menggantikan PAS sebagai kerajaan negeri. Rakyat Kelantan sudah bersedia dan BN juga sudah bersedia. Yang tinggal hanya menunggu PAS berkemas dan keluar dari Kota Darul Naim selepas 5 Mei ini.

Page 2: Fikrah#4 Edisi4  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

2 | FIKRAH PRU 13

PRU 13MasaSesuaiRakyatBERUBAH

BerhalaBesarBOLEH, PondokAgamaKENA SITA

BACHOK - Calon Parlimen Bachok, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin menganggapkan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU - 13) merupakan masa terbaik untuk rakyat melakukan perubahan dengan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, rakyat perlu membuat pilihan bijak untuk menentukan sebuah kerajaan yang berkredibiliti dan berwibawa dalam membela mereka secara keseluruhannya.

“Rakyat bijak memilih siapa yang layak mewakili suara mereka di parlimen. Dan saya percaya rakyat juga sedar kerajaan yang bersungguh-sungguh membela nasib rakyat serta memberi sumbangan kepada rakyat khususnya di Bachok ini,” katanya.

Beliau berkata, BN mempunyai harapan cerah untuk dipilih semula di parlimen Bachok berbanding PAS memandangkan kebangkitan penyokong kini dilihat lebih memihak kepada BN.

“Melihat kepada sokongan hari ini yang begitu ramai InsyaAllah kita dapat kembali Parlimen Bachok, begitu juga dengan ketiga-tiga DUN (Dewan Undangan Negeri) Tawang, Perupok dan Jelawat,” katanya.

Berhubung tentangan dari calon muka baru PAS, Ahmad Marzuk Shaari beliau menerima dengan hati terbuka dan rakyat yang akan membuat penilaian.

Awang Adek merupakan penyandang

Ahli Parlimen Bachok pada 2004 selepas mengalahkan calon PAS, Wan Nik Wan Yusoff dengan majoriti 6,272. Bagaimanapun tewas di tangan Nasharuddin Mat Isa (PAS) pada PRU 2008 dengan majoriti 2,901.

Dalam pada itu, beliau tidak mahu me-letakkan keyakinan penuh keselesaannya sehingga keputusan muktamad selepas hari pembuangan undi nanti.

“Kita tidak boleh rasa selesa tetapi ada keyakinan sokongan kuat di pihak BN kerana pilihan raya sememangnya begitu. Kita tidak akan tahu keputusan sehingga keputusan muktamad pada hari pembuangan undi,” katanya.

TUMPAT - Tidakan Majlis Daerah Tumpat (MDT) yang bertindak menyita projek pembinaan bangunan baru sekolah agama pondok Geting mengundang kesesalan pelajar pondok tersebut.Beberapa pelajar pondok terbabit me-nyifatkan pihak berkuasa seharusnya mem-beri kerjasama dalam menjayakan projek pembangunan agama berasaskan sistem pengajian pondok di negeri ini khususnya.Seorang pelajar pondok, Mohd. Hafiz Mohd. Ali, 30, berkata, tindakan MDT itu menunjukkan kerajaan Pas Kelantan tidak bersungguh-sungguh untuk melahirkan masyarakat berilmu dalam bidang agama.

“Kalau betul mereka melihat perkara ini (pengajian pondok) sesuatu yang penting mereka boleh bertolak ansur.“Lagipun pondok ini sudah lama wujud, malah ia juga telah ber-jaya melahirkan ramai guru-guru agama untuk berbakti menyebarkan syiar Islam kepada generasi yang ada,” katanya ditemui di sini hari ini.Baru-baru ini Kerajaan PAS Kelantan melalui MDT bertindak menyita Pondok Geting terbabit atas dakwaan membina bangunan tanpa ke-benaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Mohd. Hafiz Mohd. Ali

Ismail Senik

Ibrahim Omar

Bagaimanapun, ia mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.Bagi, Ismail Senik, 23, kerajaan PAS negeri tidak menunjukkan tanggungjawab sebenar tentang apa yang dicanangkan kepada rakyat untuk menegakkan syiar Islam sepanjang menerajui negeri ini.“Kerajaan (PAS) bercakap tidak serupa bikin. Kerajaan sepatutnya turut membantu pembangunan institusi pondok selaras dengan dasar pentadbirannya yang dikatakan kononnya memperjuangkan Islam.“Kalau dia (kerajaan PAS) boleh menyokong pembinaan berhala paling besar, kenapa tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini,” soalnya. Sementara itu, ahli jemaah pondok, Ibrahim Omar, 66, berkata, penyitaan itu seolah-olah membayangkan kerajaan PAS negeri ingin menghalang usaha murni pihak lawannya dalam memperjuangkan perkara yang hak. Katanya, sebelum ini pondok yang sudah beroperasi lebih 20 tahun itu tidak pernah dikaitkan dengan sebarang masalah biarpun beberapa buah pondok terbina pada tapak yang sama.“Bangunan baharu itu dibina bagi meng-gantikan pondok usang untuk memberi keselesaan kepada pelajar di pondok ini. Ia didirikan atas tapak yang sama,” katanya.Dia berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyokong untuk memberi ruang sewajarnya kepada mana-mana pihak yang ingin memperkasakan pendidikan Islam termasuk sekolah pondok.

Page 3: Fikrah#4 Edisi4  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

3FIKRAH PRU 13 |

UBAH PEKAN 'COWBOY' dengan Pembangunan

KOTA BHARU – Keputusan Dato’ Sri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional memberi kepercayaan untuk Dato’ Sri Mustapa Mohamed bertanding dua kerusi dilihat satu tindakan yang positif dalam usaha membawa perubahan terutama dalam bidang pembangunan ke negeri ini.

Veteran UMNO, Datuk Hassan Harun berkata, rakyat Kelantan seharusnya bangga memiliki seorang pemimpin yang berlatar belakangkan teknokrat dan mempunyai asas politik yang cukup bagus untuk mentadbir negeri ini.

Beliau berkata, keupayaan Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kelantan

tidak perlu dipertikaikan lagi ditambah pula dengan pengalaman yang dimiliki, beliau yakin satu perubahan besar akan dibawa Mustapa sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei nanti.

“Rakyat Kelantan perlu bangga dengan Mustapa. Beliau merupakan seorang teknokrat yang berwibawa dan keupayaan beliau tidak ada tandingan. Baik dari segi pendidikan mahupun pengalaman kerja.

“Mustapa merupakan antara anak Melayu yang memiliki Ijazah Kelas Pertama di Melbourne University dan pernah bekerja dengan pemimpin yang hebat seperti Tun Daim Zainuddin. Pengalaman beliau

sebagai menteri di beberapa buah ke-menterian sudah pasti memberikan ke-lebihan yang besar buat beliau untuk mem-bawa perubahan kepada Negeri Kelantan,” katanya

Hassan berkata, dengan kepakaran dan keupayaan yang dimiliki oleh Mustapa, beliau yakin akan Kelantan akan pesat membangun.

“Saya tidak terkejut jika suatu masa nanti kita akan lihat satu kawasan yang akan dibangunkan jika BN memegang tampuk pentadbiran di Kelantan. Jika di Kuala Lumpur kita ada Putrajaya tidak mustahil akan muncul juga Putrajaya di Kelantan iaitu kawasan Bandar Baru Tunjung yang akan dibangunkan dengan pembangunan yang luar biasa.

“Sekiranya itu benar-benar berlaku sudah pasti kawasan sekitar Kota Bharu seperti Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Ketereh dan kawasan berhampiran akan turut me-rasai pembangunan. Apa yang penting berilah peluang kepada Mustapa untuk merancang pembangunan negeri ini. Saya yakin perubahan besar akan berlaku,” katanya.

Tegas beliau, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Mustapa yang memiliki pendedahan yang luas dalam perancangan kerajaan pusat tidak dimiliki oleh pimpinan kerajaan negeri yang sedia ada di Kelantan oleh yang demikian rakyat Kelantan tidak seharusnya menolak pemimpin berjiwa besar ini.

“Menteri Besar yang turut menjadi Ahli Parlimen adalah satu kelebihan. Ini akan menjadi jambatan yang kuat dan kesannya akan dapat dirasai rakyat Kelantan.

“Mustapa seorang bijak merancang dan berpandangan jauh. Saya yakin jika mandat diperolehi masa depan rakyat Kelantan akan berubah dengan masa depan yang lebih baik,” katanya.

Teknokrat Yang Bakal Bawa Kelantan Ke Era Baru

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Zulkifli Ali, pertama dari kanan.

PASIR PUTEH – Kedudukan Selising yang strategik di antara laluan Kota Bharu-Kuala Terengganu dan berhampiran dengan Pekan Kok Lanas akan diubah dari sebuah ‘Pekan Cowboy Selising’ kepada sebuah kawasan yang pesat membangun.

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Zulkifli Ali berkata, fokus utama di peringkat awal ialah merancang dan menyusun aktiviti ekonomi di pekan Selising dengan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pejabat kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan institusi kewangan yang akan turut mampu memacu perkembangan ekonomi penduduk.

Katanya, kawasan terbabit serta mukim-mukimnya akan dibangunkan menerusi penyediaan prasarana tambahan serta melaksanakan pendekatan meningkatkan

ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.

Zulkifli menaruh keyakinan yang tinggi BN dapat menguasai DUN Selising berdasarkan kesedaran rakyat terhadap pelbagai transformasi yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain kemelut dalaman PAS setempat.

Bekas Pegawai Kebajikan Masyarakat berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu berkata, peluang dan mandat diberikan rakyat nanti tidak akan disia-siakan.

“Saya adalah anak jati DUN ini yang ingin melihat perubahan dan pembaharuan berjaya dilakukan. Pengalaman sebagai pegawai kebajikan masyarakat daerah ini banyak membantu saya mendekati rakyat di peringkat akar umbi terutama golongan yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui selepas program solat hajat UMNO DUN Selising di masjid Al-Taqwa Bukit Merbau, dekat sini.

Zulkifli turut memberikan fokus bagi men-

ingkatkan kecemerlangan akademik pelajar yang terdiri daripada anak petani juga akan diberi tumpuan utama selain melaksanakan pembangunan syiar Islam menerusi pel-bagai program kerohanian remaja.

Beliau berkata, beberapa masjid yang uzur termasuk masjid mukim Bukit Merbau, masjid mukim Banggol Pak Esah dan masjid mukim Permatang Gading akan dibaiki dan dinaiktarafkan bagi membolehkan jemaah beribadat dengan lebih selesa.

“Ia sepatutnya dibaiki oleh kerajaan negeri sebelum ini yang diberi tempoh yang begitu lama mentadbir Kelantan. Namun sikap tidak cakna terhadap rumah ibadat terbabit menyebabkan ianya berterusan dalam keadaan yang uzur.

“Unit usrah dan dakwah juga akan di-tubuhkan dengan pengelibatan badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan belia setempat dalam usaha menjayakan program mengimarahkan masjid dengan melibatkan penyertaan pelbagai peringkat usia,” katanya.

Page 4: Fikrah#4 Edisi4  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

4 | FIKRAH PRU 13

ROYALTI :PUTARBELITPASSejak tahun 2008, hanya satu isu yang didendangkan secara konsisten oleh PAS dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa dan menutup pelbagai kelamahan.

Isu royalti minyak sengaja digembar gemburkan oleh pemimpin PAS supaya rakyat merasa benci kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) kerana itu adalah cara terbaik untuk menutup kegagalan mereka mengurus tadbir negeri ini selama 23 tahun.

Biarpun pelbagai tohmahan yang dilemparkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed menanganinya dengan penuh kebijaksanaan agar ia memuaskan hati semua pihak.

Untuk itu, sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ditubuhkan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Apa yang lebih penting, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut memberi perkenan penubuhan jawatankuasa itu dan

menghantar adinda baginda sendiri, Tengku Mahkota, YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra sebagai wakil Kelantan.

Tindakan baginda itu amat jelas kerana tidak mahu isu itu terus dipolitikkan kerana ia akan merugikan rakyat di negeri ini.

Jadi untuk apa lagi pemimpin PAS terus membuat bising mengenai isu tersebut di atas pentas ceramah sedangkan kerajaan mereka sendiri telah bersetuju dan Sultan Muhammad V telah memberi perkenan?

Oleh itu, perkembangan ini juga me-nunjukkan bahawa tuntutan royalti minyak sebanyak RM12 bilion hanya retorik dan satu pembohongan. Sila tunjukkan mana asas tuntutannya.

Satu fakta yang perlu diketahui adalah tidak ada sempadan laut di antara negeri yang diwartakan. Jadi kerajaan PAS Kelantan tidak boleh menuntut sebahagian daripada telaga minyak dan gas yang hasilnya diserahkan kepada Terengganu.

Hakikat tidak ada sempadan laut itu diakui sendiri oleh Kerajaan PAS Kelantan dalam satu sidang akhbar di bilik mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan tahun lalu.

Pada masa yang sama, Kerajaan PAS Kelantan mendakwa bahawa mereka tidak menerima wang ehsan tetapi apakah mereka sedar bahawa tidak ada satu peruntukkan undang-undang pun yang memperuntukkan bahawa wang ehsan tersebut wajib disalurkan kepada kerajaan negeri.

Malah kepemimpinan kerajaan PAS Kelantan dengan angkuh menolak jemputan Kerajaan Pusat supaya menghantar dua wakil dalam jawatankuasa yang memantau pengagihan wang ehsan pada Februari 2010.

Ini adalah bukti bagaimana pembohongan dilakukan oleh PAS semata-mata untuk terus meniupkan api kebencian kepada rakyat.

Untuk rekod sehingga kini wang ehsan sejumlah RM142.6 juta telah diberikan ke-pada Kelantan dan sebahagiannya telah diagihkan secara terus kepada rakyat, ter-utama untuk pendidikan anak-anak selain daripada membantu masyarakat yang di-timpa bencana serta tidak berkemampuan.

Kerajaan PAS Kelantan juga berbohong apabila menyatakan perjanjian di antara Petronas dengan Sabah dan Sarawak adalah sama dengan perjanjian di antara Kelantan dengan Petronas.

Lagi pun keadaan di Sabah dan Sarawak amat berbeza di sini. Di Sarawak minyak ditemui di daratan manakala di Sabah sumber asli itu ditemui di kawasan perairan wilayah.

Pemimpin PAS mengetahui semua perkara ini tetapi mereka lebih gemar menjadi munafik, terus berdusta kepada rakyat demi kepentingan politik.

Daripada rentetan ini, satu kesimpulan mudah boleh dibuat iaitu pemimpin PAS terutama Datuk Husam Musa adalah penderhaka dan semua tuntutan yang dibuat oleh PAS mahu pun NGO R sudah tidak relevan lagi.

Beri peluang dan ruang yang sepenuhnya kepada YTM Tengku Mahkota untuk mewakili Kelantan sudah pasti baginda akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri ini.

Kuala Terengganu

THAILAND

LAUT CINASELATAN

MTJDA PM3 CAAPM2

Kota Bharu

MALAYSIA

Kawasan Malaysia-ThailandJoint Development Area

MTJDA

KERAJAAN PAS KELATE!