23
Dalang pencemaran air dibawa ke mahkamah #SmartSelangor PERCUMA 28 Oktober - 4 November 2016, 27 Muharam - 4 Safar 1438 Deepavali Selamat Menyambut Hari Ikhlas Daripada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor dan kakitangan Kerajaan Negeri #SmartSelangor KHAS pra belanjawan “Sehingga kini, kita menyediakan ��, �6peluang pekerjaan menerusi �, � projek pembuatan sejak ��� hingga suku kedua tahun ini. Selangor akan lebih hebat jika laksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyat” Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar BERITA PENUH MUKA � 14 - - 16 Ekspo Antarabangsa Selangor hab serantau 10 Cipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia Cipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia Cipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia 3 10 pagi 31 Oktober

FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Dalang pencemaran air dibawa kemahkamah

#SmartSelangorPERCUMA 28 Oktober - 4 November 2016, 27 Muharam - 4 Safar 1438

DeepavaliSelamat Menyambut Hari

Ikhlas Daripada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor dan kakitangan Kerajaan Negeri

#SmartSelangor

KHAS pra belanjawan

“Sehingga kini,kita menyediakan ���,�6�

peluang pekerjaan menerusi�,��� projek pembuatan sejak

���� hingga suku kedua tahun ini. Selangor akan lebih hebat jikalaksanakan tanggungjawab

sosial terhadap rakyat”

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar

BERITA PENUH MUKA �14--16

Ekspo Antarabangsa Selangor hab serantau

10

Cipta peluangpekerjaan tertinggi

di Malaysia

Cipta peluangpekerjaan tertinggi

di Malaysia

Cipta peluangpekerjaan tertinggi

di Malaysia3

10 pagi31 Oktober

Page 2: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Utama2 SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Belanjawan Selangor ���� dijamin lebih baik

Deepavali bermakna kita merai-kan kemenangan unsur-unsur kebaikan yang mengatasi un-

sur-unsur kejahatan. Sinar yang mun-cul dari kegelapan adalah pencerahan yang akan membawa perubahan kepa-da rakyat dan negara.

Deepavali menuntut kita meraikan kerencaman masyarakat yang pelbagai serta membungkam prasangka dan prejudis antara kaum. Menyedari haki-

kat ini, Kerajaan Negeri Selangor tuntas melaksanakan dasar-dasar peduli rak-yat demi menjamin kemakmuran dan keharmonian masyarakat secara kese-luruhannya. Kita mahu setiap rakyat mendapatkan akses kepada kehidupan yang berkualiti serta pembelaan dalam kebajikan mereka.

Justeru, sempena Sambutan Dee-pavali pada tahun ini, marilah kita menggilap semangat muhibah dan

perpaduan sebagai tunggak kekuatan rakyat. Kepelbagaian rakyat adalah aset Ne-geri Selangor. Maka, menjadi ha-rapan kita agar deepavali ini menjadi cahaya pencerahan yang akan mem-perkukuh muafakat serta mengangkat martabat rakyat.

Iniya Deepavali Naal Valthukal !

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

BANTING - Kerajaan Selangor bakal membentangkan Belan-jawan 2017, pada 31 Oktober ini dengan mengambil pendekatan secara berimbang terhadap as-pek pembangunan dan meng- urus.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendekatan itu dibuat selepas mengambil kira faktor pertumbu-han ekonomi dan prestasi kewa-ngan negeri.

“Saya ambil langkah berani mengemukakan belanjawan berimbang 50 peratus pembangu-nan dan 50 peratus pengurusan.

“Kita yakin pertumbuhan eko-nomi yang cukup mampan ini akan mendorong kita melakukan pendekatan secara agresif bagi tahun 2017,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, belanjawan ne-geri mengambil kira keperluan semua rakyat dengan pengagih- an hasil kekayaan diperolehi secara adil demi kemajuan ber-sama.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri meneruskan dasar adil untuk semua kaum bagi pembangunan di negeri itu dengan tumpuan kali ini lebih kepada kemajuan pendidikan dan kesihatan.

“Saya ingin menyatakan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Pakatan Ha-rapan (Pakatan) menyifatkan Bajet 2017 dibentangkan Per-dana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak realistik dan tidak mampu mencapai sasaran ditetapkan.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagaimana bajet ta-hun lalu, bajet kali ini juga di-jangka bakal berdepan situasi sama.

“Belanjawan ini nampak rea-listik dan baik, hendak beri ma-cam-macam tetapi hutangnya (bertambah).

“Ini menyebabkan kita (ber-tindak) untuk tunjuk perasaan tetapi dikatakan sandiwara oleh Perdana Menteri,” katanya kepa-da media di Parlimen, pada 21 Oktober lalu.

Ahli parlimen pembang-kang membuat keputusan ke-

Didakwa tidak mampu capai sasaran

Bajet BN tidak realistik

luar dewan ketika Najib masih meneruskan pembentangan ba-jet sebagai tanda protes.

Terdahulu, Pakatan mem-bentangkan Belanjawan Alter-natif dengan menggariskan 11 cadangan dasar menjurus ke-pada soal tadbir urus kewangan

negara termasuk langkah penji-matan.

Bagaimanapun, belanjawan dibentangkan itu dianggap kerajaan sebagai sandiwara dan ‘syok sendiri’ pihak pembang-kang.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, sasaran ditetapkan sukar dicapai ekoran pelbagai skandal menimpa negara, sekali gus mengakibatkan hutang te-rus meningkat.

Katanya, kepimpinan nega-ra juga tercalar apabila men-jadi perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat sehingga tim-bul isu berkenaan #MO1.

“Tahun lalu, hasil pendapa-tan dijangka pada 2016 dalam operasi perbelanjaan ialah RM225.7 bilion tetapi apabila disemak hanya RM212.6 bilion.

“Ini adalah belanjawan dibuat Perdana Menteri yang tidak me-nepati sasaran. Maka siapa yang bersandiwara?" soalnya.

Belanjawan ini nampak realistik dan baik hendak beri macam-macam tetapi hutangnya (bertambah). Ini menyebabkan kita (bertindak) untuk tunjuk perasaan tetapi dikatakan sandiwara oleh Perdana Menteri

DR WAN AZIZAHKetua pembangkang

setelah melihat belanjawan Ke-rajaan Persekutuan diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Na-jib Razak), saya berani katakan Kerajaan Negeri bakal memben-tangkan belanjawan jauh lebih baik.

“Selain pendidikan, Belan-jawan Selangor 2017 turut mem-beri tumpuan terhadap kesihat-an iaitu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana serta mengikut syarat ditetapkan,” ka-tanya.

Mohamed Azmin dalam pem-bentangan Belanjawan Ne- geri 2016 memperuntukkan belanjawan seimbang dengan masing-masing 50 peratus bagi perbelanjaan pembangunan dan mengurus.

Kita yakin pertumbuhan ekonomi yang cukup mampan ini akan mendorong kita melakukan pendekatan secara agresif bagi tahun 2017

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Page 3: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Utama3SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Selangor bukan sahaja kekal sebagai penyum-bang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi tu-rut mencipta peluang pekerjaan tertinggi dalam Malaysia.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, se-banyak 367,569 peluang peker-jaan disediakan menerusi 4,790 projek pembuatan sejak 1999 hingga suku kedua tahun ini.

Katanya, negeri itu juga me-nyediakan 3.2 juta tenaga kerja daripada 6.14 juta populasi.

“Selangor akan menjadi le-bih hebat jika kita melaksanakan

tanggungjawab sosial terhadap rakyatnya.

"Diakui KDNK itu penting, tetapi pengagihan kekayaan negeri yang adil juga sama pen-ting,” katanya ketika perasmian pembukaan Ekspo Antarabang-sa Selangor (SIE) 2016 di Seri Kembangan, pada 20 Oktober lalu.

Selangor mendahului sena-rai enam negeri penyumbang utama KDNK 2015 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Ma-laysia yang dikeluarkan pada 30 September lalu,

Negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 15.1 peratus, Sarawak

(10%), Johor (9.3%) dan Sabah serta Pulau Pinang masing-ma-sing 6.6 peratus.

Bagi sektor pembinaan, Se-langor terus unggul menyum-bang 31.8 peratus berbanding WP Kuala Lumpur dengan 24.4 peratus dan Johor (12.3%).

Selain itu, Selangor juga pe-nyumbang terbesar dalam sek-tor pembuatan dengan sumban-gan 28.9 peratus diikuti Pulau Pinang (12.8 peratus) dan Johor (12.4%).

Selangor turut mendominasi sektor perkhidmatan dengan sumbangan 25.1 peratus diikuti rapat WP Kuala Lumpur dengan 24.8 peratus.

Penyumbang terbesar KDNK

Selangor kekal pendahulu

KLANG - Selangor dan Negeri Sembilan menjalinkan kerjasama bagi mengheret individu terli-bat ke muka pengadilan ekoran insiden pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Seme-nyih.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pi-haknya sudah menghubungi Menteri Besar Negeri Sembi-lan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan bagi membincangkan pe-nyelesaian terbaik berkenaan kes itu.

“Saya berterima kasih kepada MB Negeri Sembilan kerana ber-setuju supaya tindakan keras di-ambil dan berbincang dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan memandangkan isu ini di luar bidang kuasa pentadbiran Selangor.

“Saya juga minta supaya Kera-jaan Negeri Sembilan bertegas mengarahkan JAS negeri untuk segera turun ke lokasi bagi me-ngumpulkan bukti.

“Pelaku pencemaran ini wajib dihukum kerana ia menyusahkan rakyat dan mencemarkan eko-nomi negara. Jika bukti lambat dikumpul, ia agak sukar bagi kami untuk bawa perkara ini ke mahka-mah,” katanya selepas Majlis Peras-mian Penyambung-an Jambatan Projek Jambatan Ketiga Klang, di sini, pada 25 Oktober lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin mengesahkan LRA Sungai Semenyih sudah beroperasi se- perti biasa selepas rawatan pemu-lihan air selesai dijalankan.

Sebelum ini, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertindak mengepam keluar air dari Sungai Buah yang dikenal pasti tercemar bagi mengelakkan ia terus terjejas dan masuk ke LRA Sungai Seme-nyih.

Pencemaran sebelum ini dikait-kan dengan aliran air yang masuk dari hulu jalan air di Nilai, Negeri Sembilan ke Sungai Buah, sebe-lum menghala masuk ke muka sauk Sungai Semenyih.

Heret dalang ke muka pengadilan

DENGKIL - Pembinaan Loji Air Labohan Dagang melengkapkan lagi sistem agihan aliran air ne-geri, seiring pasaran domestik dan industri semasa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, loji yang boleh menampung 200 juta liter air terawat itu memberi man-faat jangka panjang kepada pen-duduk sekitar Klang dan Kuala Langat.

“Kawasan Klang dan Kuala Langat tidak mempunyai loji sendiri, sebaliknya bergantung kepada sumber air dari Semenyih di SSP1, SSP2 dan SSP3.

“Maka, apabila wujudnya gangguan air di kedua kawasan ini, ia mengambil masa agak lama untuk pulih.

“Justeru, pembinaan Loji Air Labohan Dagang ini menjadi pelengkap kepada sistem air dibuat secara menyeluruh bagi Selangor,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembi-naan Loji Air Labohan Dagang, pada 23 Oktober lalu.

Mohamed Azmin berkata, ko-lam utama itu berupaya mem-beri bekalan berterusan selama 37 hari walaupun berlaku kema-rau panjang tanpa aliran masuk air dari sungai atau air bawah tanah.

Beliau berkata, pembinaan loji air berkenaan juga bakal mem-bekalkan bekalan air bersih seba-nyak 200 JLH di bawah Fasa 1 dan ditingkatkan kepada 400 JLH di bawah Fasa 2 yang dijangka siap

sepenuhnya, menjelang 2018.“Kos keseluruhan membabit-

kan kedua fasa ini sekitar RM500 juta dengan perbelanjaan RM200 juta bagi fasa pertama dan sele-bihnya bagi fasa kedua.

“Kerajaan Negeri menggu-nakan perbelanjaan rizab negeri yang besar demi manfaat rakyat,” katanya.

Pembinaan loji rawatan berke-naan dibuat di bekas lombong dikenali sebagai MC 8 dan MC 9 sebagai sumber mentah baru un-tuk air Selangor.

Kolam utama dengan kelua-san 110 hektar itu mampu me-nyimpan 20 juta meter padu air mentah dan 15 juta meter padu diguna pakai sebagai sumber air mentah untuk loji rawatan.

Loji Labohan Dagang lengkap sistem air

DENGKIL - Pemotongan be-lanja pembangunan sekitar 18 peratus dalam Belanjawan 2017 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka turut mempengaruhi pemba-ngunan Kerajaan Persekutuan di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, keadaan itu, sekali gus menujukkan ketidaksunggu-han kerajaan di bawah pentad-biran Umno-Barisan Nasional (BN) membantu perkembangan pembangunan di Selangor.

“Kalau kita teliti, hampir mustahil Kerajaan Persekutuan bantu Kerajaan Negeri untuk pembangunan infrastruktur di Selangor.

“Ini jelas perancangan tidak bertanggungjawab apabila wu-jud perancangan pembangu-nan yang rendah sekitar RM46

bilion daripada RM260 bilion pembentangan belanjawan,” ka-tanya.

Pada 21 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion iaitu peningkatan 3.4 pe-ratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM46 bi-lion pula untuk perbelanjaan pembangunan.

Kerajaan Negeri dijangka bakal membentangkan Be-lanjawan 2017 menggunakan pendekatan berimbang terha-dap aspek pembangunan dan mengurus.

Jumlah itu meliputi 50 pera-tus bagi perbelanjaan pemba-ngunan dan 50 peratus untuk belanja pengurusan.

Tiada belanja pembangunan untuk Selangor

Page 4: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Utama4 SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Istiadat Konvokesyen UPM ke-40

DYMM Sultan Selangor berkenan kurnia anugerahOLEH ERMIZI MUHAMAD

SERDANG - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-40, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Baginda yang juga Canselor UPM turut berkenan mengur- niakan anugerah dan pingat ter-tinggi kepada graduan meneru-si pelbagai peringkat pengajian di universiti terbabit.

Antara anugerah disampai-kan baginda adalah Hadiah Pi-ngat Emas Canselor, Hadiah Pi-ngat Emas Diraja (Bumiputera), Hadiah Pingat Emas Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) dan Pingat Emas Alumni.

Baginda turut berkenan menyampaikan Pingat Emas Yayasan Pak Rashid, Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr Rashdan Baba, Pingat Putra Agribio, Pingat Razlan Putra, Pi-ngat Emas Doktor Falsafah, Pi-

ngat Emas Master Dengan Thesis dan Hadiah Buku Tahunan.

Terdahulu, Sultan Sharafud-din yang tiba di perkarangan Pusat Kebudayaan dan Kese-nian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada jam 8.45 pagi turut berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan kawad Pegawai Kadet PALAPES UPM.

Turut mengiringi baginda, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Pro Canselor UPM, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Setia Dr Lim Ah Lek.

Seramai 7,200 graduan pel-bagai program pengajian menerima ijazah dan diploma masing-masing terdiri daripada penerima ijazah doktor falsafah (PHD), ijazah sarjana (Ijazah Sar-jana Muda) dan pengajian pe-ringkat diploma.

Pada masa sama, UPM turut mengurniakan Anugerah Pro-fesor Emeritus kepada Tan Sri Dato’ Setia Dr Nayan Ariffin dan Prof Dato’ Dr Wan Md Wan Yu-

nus dan Dato’ Dr Kamel Ariffin Mohd Atan.

UPM terus kukuh meningkat-kan kualiti pendidikan menerusi pemerkasaan pusat kecermer-

langannya untuk terus melahir-kan graduan berdaya saing di peringkat serantau.

Ia termasuk penjanaan ni-lai menerusi pelan RDCE yang

mantap dan lestari, sekali gus menjadikan institusi pendidi-kan itu sebagai antara institusi pengajian tinggi terbaik di ne-gara ini.

Sebar ilmu, angkat martabat bangsa

meningkatkan keupayaan diri demi mencapai kejayaan cemer-lang, pada masa hadapan.

“Tiada yang membezakan an-tara graduan dengan masyarakat di luar melainkan ilmu pengeta-huan kerana latar belakang dan taraf sosial bukan menjadi peng-halang kepada kejayaan.

“Malah dengan ilmu pengeta-huan yang dimiliki, graduan ha-rus yakin dan percaya terhadap keupayaan diri untuk berjaya dan maju dengan lebih cemerlang,” ti-tah baginda.

Terdahulu, Sultan Sharafud-din berkenan mengurniakan anugerah dan pingat tertinggi kepada graduan UPM menerusi pelbagai peringkat pengajian.

UPM peneraju pendidikan pertanian di Asia TenggaraSERDANG - Universiti Putra Ma-laysia (UPM) kukuh menerajui bidang pertanian di Asia Teng-gara atas kejayaan penghasilan produk penyelidikan dan inova-tif dalam bidang Sains Pertanian.

Kejayaan manis itu diikti-raf Thompson Reuters pada kedudukan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dalam senarai Best Global University Ranking For Agricultural Sciences yang diterbitkan US News and World Report.

Menyambut baik pengiktira-fan itu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya inisiatif terbabit diperluaskan secara menyeluruh di peringkat pengajian universiti.

“Beta gembira atas usaha dan inisiatif dirancang UPM yang bukan sahaja sebagai peneraju bidang pertanian dan sekuriti makanan tetapi turut melonjak pendidikan tinggi negara.

“Tahniah dan syabas beta ucapkan kepada semua warga universiti,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UPM ke-40 di sini, pada 22 Oktober lalu.

UPM kini berada pada kedudukan ke-270 universiti ter-baik dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking 2016.

Kedudukan itu sekali gus me-letakkan UPM sebagai universiti yang mengalami peningkatan lonjakan paling tinggi antara ins- titusi pengajian tinggi di Malay-sia.

Di peringkat Asia, UPM bera-da dalam kelompok 50 universiti terbaik berbanding kedudukan 66 tahun lalu dengan peningka-tan 17 anak tangga.

Dalam konteks kedudukan mengikut disiplin pertanian dan perhutanan, UPM kekal tersena-rai kelompok 51 hingga 100 ter-baik dunia untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beta menggesa semua warga universiti untuk terus memberi yang terbaik kepada masyarakat dan negara

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAHDYMM Sultan Selangor

SERDANG - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah bertitah supaya usaha penyebaran ilmu diperluaskan ke arah mengangkat martabat bangsa di negeri itu.

Baginda bertitah, usaha itu perlu digerakkan menerusi ker-jasama warga pendidik khusus-nya di peringkat institusi pe- ngajian tinggi awam (IPTA) demi manfaat jangka panjang.

“Beta menggesa semua warga universiti untuk terus memberi yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

“Usaha menyebarkan ilmu pengetahuan dan mengangkat martabat bangsa juga negara ha-

rus diteruskan secara terancang menerusi aktiviti bersama indus-tri dan komuniti bagi manfaat bersama.

“Kerjasama universiti dan in-dustri berupaya meningkatkan keupayaan penyelidikan juga pengkomersilan ke tahap lebih dinamik,” titah baginda.

Baginda bertitah sempena Is-tiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-40 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, pada 22 Oktober lalu.

Pada masa sama, baginda tu-rut bertitah supaya graduan dan warga pendidik terus optimis

Page 5: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Utama5SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Bebas buat keputusan

Pertahan integriti kehakimanOLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru institusi kehaki-man terus mempertahankan integriti dan kebebasan dalam membuat keputusan tanpa pe-ngaruh mana-mana pihak.

Baginda bertitah, barisan ha-kim perlu membuat keputusan profesional berdasarkan per-lembagaan dan lunas undang-undang tanpa tunduk kepada pendapat umum atau khuatir di-kritik.

Baginda turut bertitah kebe-basan, keamanan, kemajuan juga kedaulatan undang-undang ha-nya boleh ditegakkan jika rakyat mempunyai keyakinan penuh terhadap kebebasan dan integriti badan kehakiman.

“Beta ingin menggesa supaya hakim, pegawai kehakiman serta semua kakitangan di Mahkamah Selangor menjalankan tugas dan amanah diberikan dengan penuh tanggungjawab, mesra pelang-gan juga mengutamakan sikap professionalisme pada setiap masa juga keadaan.

Mangsa banjir terima kunjungan dirajaKLANG - DYMM Tengku Permai-suri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersama DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli men-ziarahi mangsa banjir di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, di sini, pada 19 Oktober lalu.

Baginda berdua tiba di pusat pemindahan pada jam 7.30 malam dan meluangkan masa lebih sejam di sana.

Seramai 43 keluarga yang menetap sementara di situ merasa bertuah apabila Raja Muda dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan menik-mati santapan malam bersama mereka.

Terlebih dahulu, baginda mes-ra melayan 167 mangsa yang di-tempatkan di pusat pemindahan itu sejak beberapa hari lalu.

Malah, Raja Muda dan Teng-ku Permaisuri dilihat sudi mem-

bantu sukarelawan menye-diakan makan malam selain menghidangkannya kepada mangsa.

Turut mengiringi baginda, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Selain Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, sebuah lagi pusat pemindahan masih aktif adalah Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda.

“Dengan komitmen bersung-guh-sungguh daripada semua pi-hak, beta percaya kes di mahkamah akan dapat diselesaikan dengan cepat dan efisien," titah baginda ketika berkenan merasmikan Mah-

kamah Klang, pada 20 Oktober lalu.Turut mencemar duli, DYMM

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di-iringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada masa sama, baginda turut berkenan supaya rakyat berbilang bangsa mengukuh-kan perpaduan bagi menerus-kan pembangunan negeri selain memberi kerjasama baik kepada

pihak berkuasa untuk mencegah jenayah daripada berleluasa.

Mahkamah Klang pernah beroperasi di Bangunan Chi-nese Overseas Bank dan Pejabat Pos Besar Klang di Jalan Dato’ Hamzah sebelum berpindah ke bekas Rumah Rehat Residen yang dirasmikan Almarhum Sul-tan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada 3 April 1965.

Ketika itu, Mahkamah Klang hanya mempunyai dua bilik bi-cara yang menempatkan sebuah Mahkamah Sesyen dan Mahka-mah Majistret.

Kini, Mahkamah Klang me- ngumpulkan lima Mahkamah Sesyen dan lima Mahkamah Ma-jistret dalam satu kawasan bertu-juan memudahkan kes jenayah juga sivil dikendalikan.

Ia juga dilengkapi kemuda-han CRT (Court Recording and Transcription System) berfungsi membolehkan pengguna meli-hat semula rakaman video dan visual prosiding yang sedang berlangsung selain dilengkapi sistem CCTV dari lokap utama mahkamah dan laluan Orang Kena Tuduh (OKT).

MENCEMAR DULI... DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) yang berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober lalu. Pameran terbesar an-juran Kerajaan Negeri itu menghimpunkan lebih 500 pempamer dari dalam dan luar negara.

Page 6: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Utama6 SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

SmartAgro, SmartSelangor

Lebih ��,��� banjiri Selangor Agrofest ����

OLEH NORHAYATI UMOR

MORIB - Lebih 50,000 pe-ngunjung hadir memeriahkan Selangor Agrofest (SAF) 2016 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat, sejak 20 hingga 23 Ok-tober lalu.

Ia disifatkan berjaya sekali gus mencapai matlamat pengan-jurannya selaras dengan tema 'SmartAgro, SmartSelangor' me-nyokong usaha penggiat indus-tri pertanian ke arah penjanaan pendapatan hasil tani yang lebih maksimum.

Penganjuran kali keenam se-jak 2011 adalah simbolik kepa-da sokongan Kerajaan Negeri terhadap golongan petani dan penternak di seluruh negeri dengan menghimpunkan gerai pameran hasil pertanian, pen-ternakan, agrikultur, produk industri asas tani dan lain-lain yang berkait dengan pertani-an.

Selain itu, pameran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor turut memberi pelu-ang kepada pengunjung meli-hat sendiri pelbagai jenis ter-nakan dan haiwan peliharaan serta perkhidmatan klinik hai-wan bergerak.

Selain itu, rangka ikan paus jenis ‘‘Balaenoptera borealis’ berukuran 12.8 meter panjang dan 2.6 meter lebar yang dite-mui terdampar di Pulau Carey pada 2005 turut menarik per-hatian ramai apabila ia pertama

kali dibawa kembali ke Kuala Langat untuk dipertunjukkan kepada penduduk setempat.

Sekurang-kurangnya lebih

100 tapak niaga disediakan khu-sus membantu usahawan tem-patan meraih pendapatan besar menerusi jualan sejuk beku, kere-

pek, minuman herba dan anak pokok.

Majlis penutup program ter-babit diceriakan dengan Fiesta

Buahan-buahan dengan meng-hidangkan lebih 10 jenis buah-buahan tempatan percuma ke-pada pengunjung.

Selangor Fruits Valley dibuka secara rasmi awal ����MORIB - Selangor Fruit Valley (SFV) akan mula dibuka secara rasmi awal 2017, kata Timbalan Pengurus Besar Kumpu-lan (Operasi) Perbadanan Kemajuan Per-tanian Selangor (PKPS), Mohamad Fadzil Hitam.

Beliau berkata, SFV seluas 1,000 ekar itu masih ditambah baik dan pemulihara-an ladang untuk pembangunan industri agro-perlancongan di kawasan itu.

“Walaupun ada sedikit kelewatan, na-mun kita yakin SFV akan memberikan im-pak besar apabila siap nanti,” katanya ke-pada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Fadzil berkata, PKPS akan berbincang dengan Tourism Selangor untuk meran-cakkan aktiviti SFV apabila dirasmikan nanti.

“Ia bagi menarik lebih ramai pelan-cong ke SFV dengan aktiviti dan pro-gram terbaik akan diusahakan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, lebih 40 usahawan tani turut menyertai SFV de-ngan menyewa lot sekurang-kurangnya lima hingga 10 ekar.

“Kita memberikan mereka peluang menambah pendapatan dengan menye-wa lot yang disediakan selain daripada yang diusahakan PKPS.

"Usahawan tani ini kebanyakannya mengusahakan buah-buahan dan tana-man kontan,” katanya.

SFV dikenali masyarakat setempat se-bagai dusun buah-buahan di Rawang dan antara pusat tanaman buah-buahan terbesar di Malaysia.

Page 7: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Utama7SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Jambatan Ketiga Klang

Teknologi moden atasi aliran trafikOLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG - Pembinaan penyambungan Jambatan Ketiga Klang dengan teknologi tanpa tiang diyakini mampu menyurai-kan aliran trafik di sekitar perbandaran Klang khususnya pada waktu puncak.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, jaringan ke-mudahan infrastruktur bersistematik itu menjadi pemangkin kepada pertumbu-han ekonomi lebih strategik.

Katanya, Kerajaan Negeri mengambil maklum jaringan jalan raya adalah as-pek paling penting dalam menjana per-

tumbuhan ekonomi dan mobiliti sosial di negara ini khususnya Selangor.

“Justeru, Kerajaan Negeri berazam merapatkan jurang pembangunan di se-luruh daerah dengan meningkatkan fasi-liti jalan raya lebih meluas dan efektif.

“Namun, saya percaya pembinaan jambatan ini bukan hanya mampu me-ngurangkan kesesakan trafik di laluan utama Bandar Klang tetapi turut mem-pengaruhi perkembangan pertumbuhan ekonomi di Pelabuhan Klang,” katanya ketika Majlis Perasmian Penyambungan Projek Jambatan Ketiga Klang, pada 25 Oktober lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan besar pada 2017 mencakupi aspek pembangunan luar bandar juga bandar.

Katanya, inisiatif itu meliputi pening-katan kemudahan infrastruktur dan fasi-liti di seluruh negeri ke arah menyokong perkembangan ekonomi Selangor.

“Tanggungjawab sepenuhnya ini dise-rahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menaik taraf 26 jajaran tanah ne-geri dengan peruntukan hampir RM200 juta, pada 2017,” katanya.

Pembinaan jambatan dengan kese-

luruhan jajaran sepanjang 2,525 meter menghubungkan dua bahagian dari Ja-lan Sungai Bersih, Jalan Tanjung Syawal ke Jalan Goh Hock Huat dengan kos kon-trak RM199 juta.

Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2017 dibina di atas 150 meter paras air Sungai Klang dengan kemuda-han empat laluan menerusi penggunaan teknologi ‘balanced cantilever box girder’.

Selain menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya di Klang, jambatan itu juga boleh menahan kekuatan gegar-an gempa bumi tanpa menggunakan tiang pacak di dalam sungai.

Selesai projek ‘potong riben’ BNKLANG - Kerajaan Negeri kini konsisten menyelesaikan projek pembangunan terbengkalai yang sepatutnya dipertang-gungjawabkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, ia termasuk projek pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang pernah diumumkan Kerajaan Persekutuan, sebelum pilihan raya 2008.

“Ini adalah projek yang sepatutnya dibiayai Kerajaan Persekutuan meman-dangkan menteri kerja raya sebelum ini pernah lancarkannya beberapa hari sebe-lum Pilihan Raya Umum 2008.

“Mereka janji untuk beri jambatan baru tetapi biasalah cuma potong riben. Selepas 2008 dan pemerintahan bertu-kar, peruntukan entah hilang ke mana,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, beliau turut bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi proses pembayaran semula penyam-bungan projek terbabit yang kini diurus di bawah kuasa pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, katanya, tiada mak-lum balas daripada Kerajaan Persekutu-an berkenaan perkara itu sehingga hari ini.

“Saya bertemu Perdana Menteri un-tuk minta pertimbangan supaya projek ini dibiayai Persekutuan kerana kita ter-paksa gunakan pendapatan negeri bagi menyiapkan projek ini.

“Malangnya, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang jawapan. Tetapi ber-bekalkan prestasi rizab negeri yang ku-kuh, kita bersedia menggunakannya un-tuk pembangunan di Selangor,” katanya.

WHB Enviro Hunt semai cinta alam

SHAH ALAM - Kumpulan Worldwide Hol-dings Berhad (WHB) dengan kerjasama anak syarikatnya, Worldwide Landfills Sdn Bhd menganjurkan ‘WHB Enviro Hunt 2016’ bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan isu alam sekitar, pada 22 Oktober lalu.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Ami Nardin Ishak berkata, program bertempat di Taman Botani Kepong (FRIM) itu juga bertujuan mengeratkan kerjasama dengan Ke-rajaan Persekutuan dan Negeri dalam pengurusan alam sekitar.

“Sambutan diterima amat menggalak-kan dengan penyertaan 200 peserta terma-suk pengurusan tertinggi dan kakitangan

Worldwide Holdings.“Penganjuran ini merupakan sokongan

WHB terhadap Penganjuran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan,” ka-tanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ami berkata, WHB me-ngambil inisiatif dengan menjemput pihak terlibat dalam pengurusan alam sekitar un-tuk menyertai Cabaran WHB Enviro Hunt 2.

“Aktiviti akan mengambil masa selama empat jam membabitkan perjalanan se-jauh empat kilometer.

"Turut diadakan acara sampingan seper-ti senamrobik, berbasikal, soal jawab dalam pengurusan alam sekitar dan aktiviti yang terdapat di FRIM,” katanya.

Page 8: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Nasional8 SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

KUALA LUMPUR - Pelbagai tawaran dijanjikan Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2017 disifatkan sekadar penyelesaian jangka pendek kepada rakyat yang bakal dibebani dengan peningkatan kos sara hidup.

Ahli Parlimen Ampang, Zurai-da Kamaruddin berkata, walau-pun dana Bantuan Rakyat 1Ma-laysia (BR1M) dinaikkan, namun ia tidak akan menyelesaikan ma-salah dihadapi rakyat.

“Tidak disentuh berkenaan kenaikan gaji sedangkan kita mahu gaji minima dinaikkan su-paya rakyat boleh hidup lebih selesa dalam jangka masa pan-jang,” katanya kepada Selangor-Kini.

Ketua Wanita KEADILAN itu menambah, pelbagai tawaran pinjaman juga tidak memberi makna ekoran hasil negara yang kian merosot menggambarkan kesukaran kerajaan bagi melak-sanakannya.

Katanya, situasi sama di-tanggung rakyat dengan kuasa membeli yang menguncup me-mungkinkan kepayahan bagi pembayaran semula pinjaman diperolehi.

“Ia satu belanjawan yang kita tidak boleh terima kerana orang yang bentangkannya adalah in-

Rakyat terus terbeban

dividu tidak berkredibiliti yang perlu menjawab isu RM2.6 bil-ion.

“Maka, lebih baik kita keluar dari dewan,” katanya.

Najib yang juga Menteri Ke-wangan antara lain menjelaskan isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan kadar BR1M daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

Manakala, isi rumah ber-pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan daripa-da RM800 kepada RM900 dan in-dividu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 akan menerima kenaikan daripada RM400 kepa-da RM450.

Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan dicabar menaikkan Cukai Barangan dan Perkhid-matan (GST) kepada lapan pera-tus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 jika yakin cukai membe-bankan itu tidak memberi kesan kepada rakyat.

Cabaran itu dilontarkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin apabila beberapa Ahli Par-limen Barisan Nasional (BN) khususnya Ahli Parlimen Su-ngai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyatakan GST tidak memberi kesan terhadap so-kongan kepada BN.

“Kalau yakin rakyat tetap so-kong BN, saya cabar naikkan GST hingga lapan peratus se-belum PRU-14 nanti,” katanya ringkas ketika mencelah per-

bahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, di sini, pada 24 Oktober lalu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong mendak-wa BN bersikap tidak jujur kepa-da pengundi apabila 'berselin-dung' untuk melaksanakan GST jika gagasan terbabit berjaya mengekalkan tampuk pemerin-tahan dalam PRU-13 lalu.

"Jika BN yakin GST diteri-ma dan tidak menjejaskan ke-hidupan rakyat, BN sepatutnya berterus-terang dengan me-masukkan GST dalam mani-festo pilihan raya mereka," ka-tanya.

GST yang mengenakan cu-kai enam peratus kepada rak-yat mula diperkenalkan, pada 1 April 2015.

Naikkan GST jika yakin tiada kesan

KUALA LUMPUR - Pendapa-tan rakyat di negara ini dijangka terus berkurangan apabila Kera-jaan Persekutuan bakal mengutip RM40 bilion melalui pelbagai me-kanisme, pada 2017.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, hal itu ekoran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalihkan beban hutang ne-gara kepada rakyat.

Beliau turut menggesa Kera-jaan Persekutuan untuk menye-lesaikan masalah teras seperti ra-suah, ketirisan juga pembaziran berleluasa dalam pentadbiran.

“Pada saya, kita seolah-olah ti-dak menghiraukan gajah di de-pan mata, maka kita akan me-nyaksikan tahun mendatang ini amat sukar buat Malaysia.

“Menjelang 2017, rakyat harus bersedia kerana RM40 bilion lagi akan dikutip Kerajaan BN,” katanya

kepada SelangorKini di Lobi De-wan Rakyat, pada 21 Oktober lalu.

Beliau berkata, rakyat juga akan terus dibebani dengan Cu-kai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan, sejak 1 April 2015.

"Najib gagal memfokuskan isu kesenjangan pendapatan rakyat apabila keadaan ini menyebab-kan pengagihan ekonomi ber-legar dalam kalangan golongan tertentu sahaja," katanya.

Wang rakyat terus dikerah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BANTING - Pembentangan Bajet Persekutuan 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penuh elemen provokasi dan politik melampau, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

Tanpa memberi tumpuan ter-hadap pembangunan dan keba-jikan rakyat secara menyeluruh, Mohamed Azmin berkata, Najib gagal membuat perancangan se-cara komprehensif berkenaannya.

Katanya, bajet itu tidak sepa- tutnya fokus kepada aspek per-tumbuhan sahaja tetapi terma-suk urus tadbir negara yang perlu dipimpin secara bertanggung-jawab.

“Kali pertama belanjawan negara dipolitikkan dan kita tidak nampak satu inisiatif bersungguh untuk membantu rakyat.

“Soal rasuah dan penyelewe-ngan tidak disebut juga tidak dikaitkan langsung dalam pem-

bentangan belanjawan Perdana Menteri,” katanya selepas meras-mikan program Selangor Agro-fest di perkarangan tempat letak kereta Pantai Morib, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Mohamed Azmin yang juga Dato' Menteri Besar Selangor ber-kata, jumlah itu turut memperli-hatkan wujudnya perancangan tidak bertanggungjawab Najib terhadap pembangunan ekono-mi negara.

“Ini perancangan tidak ber-tanggungjawab kerana jika be-lanja pembangunan itu tidak di- tingkatkan atau disediakan dalam jumlah munasabah, mana mungkin kerajaan mengusa-hakan aktiviti ekonomi dalam negara secara efektif,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion yang memperuntukkan 18 pera-tus untuk perbelanjaan pemba-ngunan berbanding 82 peratus bagi perbelanjaan mengurus.

Provokasi politik

Warnai Bajet Persekutuan ����

Kali pertama belanjawan negara dipolitikkan dan kita tidak nampak satu inisiatif bersungguh untuk membantu rakyat.

MOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

Page 9: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Nasional9SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

KUALA LUMPUR - Langkah Ke-rajaan Persekutuan memotong peruntukan pendidikan dalam Bajet 2017 merugikan negara ekoran ia nadi penting melahir-kan masyarakat berilmu, pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Lembah Pan-tai, Nurul Izzah Anwar berkata, pemotongan itu membabitkan peruntukan untuk universiti pengajian tinggi awam terma-suk hospital pengajar.

“Walaupun ada diberikan bantuan kepada anak muda bekerja tetapi jangan lupa sek-tor pendidikan menyaksikan pemotongan di setiap universiti seperti Universiti Malaya (UM)

dan Universiti Sains Malaysia (USM) termasuk hospital pe-ngajar.

“Semua belanjawan mereka dipotong, maka di mana keu-tamaan Kerajaan Persekutuan kalau kita katakan pendidikan diutamakan sedangkan inilah tunjang nadi pada masa depan,” katanya kepada SelangorKini.

Nurul Izzah berkata, kera-jaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga gagal merangsang pertumbuhan peluang peker-jaan hingga mengakibatkan lebih 75,000 graduan masih menganggur.

Sebaliknya, beliau berkata, Najib membentangkan belan-

jawan populis yang menurut-nya hanya menggula-gulakan rakyat untuk sementara bagi mempertahankan kerajaan kleptokrasi.

“Bila gula-gula itu tiada atau habis, kita akan berhadapan dengan kerajaan sendiri yang merampas dana rakyat juga mengguna pakai usaha menga-buri mata rakyat,” katanya.

Beliau juga tidak meno-lak kemungkinan Najib bakal membentangkan belanjawan tambahan, pada tahun hada-pan khususnya ketika negara kehilangan banyak pendapatan menerusi industri minyak dan gas.

Potong peruntukan IPTA jejas masa depan negara

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Ekonomi negara dijangka kekal berge-rak perlahan apabila tidak ba-nyak usaha merancakkan sektor itu dirancang dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 21 Oktober lalu.

Hal itu dapat dilihat apabila Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukan RM46 bilion un-tuk perbelanjaan pembangun- an berbanding perbelanjaan mengurus atau ‘belanja hangus’ RM214.8 bilion.

“Bajet kali ini dengan perun-tukan RM260.8 bilion adalah peningkatan 3.4 peratus daripa-da pengubahsuaian bajet 2016.

“Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion adalah perbe-lanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pem-bangunan, ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bi-lion,” kata Najib ketika memben-tangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, di sini.

Kerajaan Persekutuan seba-liknya wajar mengurangkan perbelanjaan mengurus khu-susnya membabitkan isu pem-

Cuma 17.63% untuk pembangunan

Apa nasib rakyat?

KUALA LUMPUR - Negara di-yakini terus dibebani masalah ekonomi pada tahun men-datang ekoran pelbagai isu membelenggu pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak disentuh dalam pembentangan Bajet 2017.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri seharusnya menitik-beratkan langkah penyelesai-an berhubung isu berkenaan termasuk rasuah yang didakwa berlaku dalam pentadbiran ke-rajaan.

Katanya, kerajaan dijan-gka terus berdepan laluan su-kar merealisasikan belanjawan dibentangkan dengan pelbagai skandal termasuk 1Malaysia De-velopment Berhad (1MDB).

“Masalah rasuah tidak diper-katakan langsung (langkah pe-nyelesaian), maka kita keluar dewan tanda protes,” katanya kepada media di luar Dewan Rakyat, di sini, pada 21 Oktober lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ber-kata, Najib bukan individu yang layak membentangkan belan-jawan negara kerana beliau dianggap sebagai ketua krep-tokratik.

“Maksudnya ketua ini merompak negara dan juga rakyat, maka kita membuat keputusan tidak menerima apa diperkatakannya.

“Ia tiada akauntabiliti, maka kita tidak mahu layan dia,” ka-tanya.

Banyak isu tidak selesai

baziran yang langsung tidak memberi kesan kepada rakyat.

Antara langkah boleh diambil bagi mengurangkan perbelan-jaan mengurus seperti pemo-tongan gaji menteri, elaun per-jalanan dan kos pengangkutan ke luar negara juga mengurang-

kan pembaziran dalam pentad-biran Najib.

Selain itu, Najib juga gagal menumpukan atau merangka formula penyelesaian bagi me-ngatasi isu ketirisan yang ba-nyak berlaku dalam pengurus-an jabatan kerajaan.

Page 10: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

10Ekonomi

SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Pintu masuk pasaran global ASEAN

SIE medan hab serantauOLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA - Penganjuran Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 adalah sebahagian daripada usaha penting me-nempatkan negeri itu sebagai hab serantau perdagangan, in-dustri dan inovasi.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, SIE juga berfungsi sebagai pintu masuk pasaran global di wilayah Asia Tenggara (ASEAN).

Katanya, lima kluster ekonomi turut digariskan sebagai fokus utama SIE membabitkan barang-an dan perkhidmatan halal, e-da-gang, sains hayat, peralatan pe- ngangkutan dan permesinan.

“Namun, untuk tahun ini kita memberi fokus kepada tiga sek-tor ekonomi iaitu barangan dan perkhidmatan halal, e-dagang serta sains hayat,” katanya ketika berucap sempena perasmian SIE

2016 di Mines International Ex-hibition and Convention Centre (MIECC), di sini, pada 20 Oktober lalu.

Program terbesar anjuran In-vest Selangor Berhad (INVEST) itu berjaya membawa pulangan RM50 juta kepada Selangor, pada 2015 dengan penyertaan 410 ge-rai pameran dari dalam dan luar negara.

Memasuki tahun kedua pe-nganjurannya, SIE kali ini disertai 565 pempamer, sekali gus men-catatkan 40 peratus pertamba-han gerai.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berbeza, Mohamed Azmin berkata, pertumbuhan ekonomi Selangor kini berada di landasan terbaik menjadikan negeri itu sebagai gedung kuasa ekonomi serantau.

Beliau berkata, pelbagai ini-siatif dan pelan perancangan dibuat Kerajaan Negeri ke arah

merealisasikan komitmen ter-babit termasuk penjanaan semu-la juga sokongan terhadap peng-giat industri pertanian negeri.

“Selepas menghadam Belan-

jawan Persekutuan yang tidak bersifat realistik, Belanjawan Se-langor dilihat lebih baik demi memartabatkan ekonomi rakyat.

“Kerajaan Negeri sentiasa

komited mendukung sektor per-tumbuhan ekonomi negeri ter-masuk dalam bidang pertanian ke arah menerajui gedung kuasa ekonomi serantau,” katanya.

Sasar pulangan RM��� jutaSUBANG JAYA - Sejumlah RM100 juta pulangan disasarkan Kera-jaan Negeri menerusi pengan-juran Ekspo Antarabangsa Sela-ngor (SIE) 2016 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober lalu.

Exco Pelaburan, Perindustri-an (IKS) serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, sasaran itu ber-dasarkan kepada penambahan 40 peratus gerai pameran tem-patan dan antarabangsa berban-ding tahun lalu.

Katanya, penambahan itu sekali gus diyakini mampu mem-beri pulangan lebih tinggi ber-banding RM50 juta yang diper-olehi, pada 2015.

“Bilangan pempamer mening-kat, maka secara logiknya jumlah pulangan juga pasti meningkat.

“Dengan keadaan ekonomi tidak menentu, pertambahan itu dikira amat baik dan diharap sasaran sekali ganda daripada tahun lalu juga mampu dicapai,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 2015, SIE disertai 410 ge-rai pameran termasuk 167 gerai dari luar negara.

Manakala, tahun ini SIE menerima penyertaan 565 ge-rai pameran termasuk 130 gerai dari luar negara.

“Antara yang mengambil ba-hagian adalah China, Indonesia, Thailand, Jepun, Turki, Britain, Taiwan, Jerman, Palestin dan Libya.

“Kita juga ada penyertaan dari Negara Kesatuan Arab (UAE), Be-landa, Hong Kong, Perancis, Iran dan Pakistan,” katanya.

RM�.� bilion pelaburan setakat OgosSUBANG JAYA - Selangor mene-rima RM3.8 bilion pelaburan modal sehingga Ogos lalu, seka-li gus konsisten berada pada kedudukan tiga teratas mengua-sai ekonomi di negara ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pen-gangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, perkembangan itu meletakkan Selangor di tem-pat kedua berbanding Johor dan satu tangga di atas Pulau Pinang.

“Ini adalah berita baik buat Se-

langor dalam keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan ketika ini.

“Melihat kepada perkemba-ngan terbaru ini, kita optimis sa-saran RM6 bilion boleh dicapai,” katanya dalam sidang media.

Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri juga terus progresif me-narik pelabur luar menerusi siri lawatan ke 29 bandar utama du-nia dalam tempoh empat bulan lalu.

“Antaranya bandar utama di

Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Jepun.

“Negara lain termasuk India, China, Indonesia dan terbaru United Kingdom,” katanya.

Terdahulu, beliau mengiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merasmikan Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 di Mines International Exhibition and Convention Cen-tre (MIECC) di sini, pada 20 Okto-ber lalu.

HIJRAH luas manfaat kepada 6 golongan sasarSABAK BERNAM - Program Hij-rah Selangor (HIJRAH) dijangka akan memperluaskan manfaat kepada enam kumpulan sasar baru, mulai tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mansor Othman berkata, enam kumpulan dikenal pasti itu antaranya ibu tunggal, asnaf, belia, pelajar, bekas tentera dan wanita ladang.

Katanya, program khusus akan dirangka untuk kumpulan terbabit menerima manfaat me-lalui skim HIJRAH.

“Kita mahu mereka ini diberi anjakan lebih tinggi bersama Kerajaan Negeri.

“Program terbaik itu akan di-bincangkan dan akan diberitahu kelak,” katanya kepada Selangor-Kini selepas Perasmian Program Hijrah Tour 2016 (HIT’16) di Su-ngai Panjang, di sini.

Hadir sama, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-

rudin Shari.Mansor berkata, setakat ini,

hampir 30,000 peserta mene-rima bantuan modal daripada HIJRAH dengan pembiayaan RM144 juta.

Sementara itu, Amirudin ber-kata, usahawan HIJRAH perlu

menggunakan peluang sedia ada untuk memasarkan produk ke luar negara.

“Jika dulu modal adalah pen-ting, namun sekarang ilmu pe-ngetahuan menjadi lebih pen-ting untuk usahawan pergi lebih jauh,” katanya.

Page 11: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

11SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Tempatan

Majoriti peniaga terlibat puas hati

Projek jalan alternatif diteruskanOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerja menaik taraf jalan alter-natif Shah Alam-Banting membabitkan Kam-pung Jalan Kebun dan Johan Setia diteruskan mengikut jadual.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shu-haimi Shafiei berkata, hal itu kerana penye-lesaian bantahan peniaga dapat dicapai dalam beberapa siri dialog bersama agensi berkaitan.

Katanya, persoalan juga bantahan dibang-kitkan peniaga sebelum ini sudah dijawab agensi dengan penerangan lengkap berke-naan jajaran dan pampasan.

“Majoriti peniaga berpuas hati dengan penerangan diberikan, justeru saya berharap peniaga yang membantah kerja menaik taraf ini memahami Kanun Tanah Negara (KTN) ba-hawa pampasan tidak dipertimbangkan bagi pencerobohan ke atas tanah kerajaan,” katan-ya kepada SelangorKini.

Shuhaimi berkata, pengosongan premis

perlu dilakukan segera ekoran kerja menaik taraf jalan perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit sejak sekian lama.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang supaya memeriksa dan mengemas kini data keluasan tanah pemilik dari masa ke masa supaya tidak menimbulkan keraguan kepada pemilik.

“Sebagai contoh, pada tahun 90-an, pam-pasan pernah diberikan kepada penduduk, namun PDT berkenaan tidak mengemas kini data sehingga menyebabkan berlakunya ban-tahan apabila sesuatu projek dijalankan.

“Sedangkan selama ini, penduduk men-ganggap tanah itu milik mereka,” katanya.

Projek membabitkan laluan sepanjang 1.2 kilometer itu dijangka siap, pada Mac 2018.

Ia membabitkan penukaran lorong dua hala ke empat lorong dan pembinaan jam-batan, sistem lampu isyarat, saliran parit dan longkang serta laluan jejantas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.

Mesej palsu air percuma cubaan sabotajSHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab susulan isu pe-nyebaran pengurangan air percuma di laman sosial, baru-baru ini.

Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei ber-kata, tuduhan itu dianggap sebagai cubaan sabotaj pihak tertentu ter-hadap pentadbiran Kerajaan Sela-ngor.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa komited membantu mengurang-kan beban rakyat sejak Pakatan me-ngambil alih tampuk pemerintahan di Selangor, pada 2008.

“Kenyataan itu sengaja dicetus-kan untuk menggugat keharmonian rakyat Selangor.

“Walaupun jumlah RM11.40 yang diberikan itu kecil tetapi rakyat ber-puas hati dengan pelaksanaan pro-gram terbabit,” katanya kepada Se-langorKini.

Pada masa sama, Shuhaimi tidak menolak kemungkinan pihak ter-babit ‘iri hati’ apabila program itu berjaya dilaksanakan kepada jutaan penduduk Selangor.

Beliau turut mengingatkan baha-wa Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan isu penstrukturan

semula industri air di Selangor.“Begitu juga dengan kes pence-

maran di beberapa sungai sehingga beberapa syarikat ditutup kerana tidak bertanggungjawab dalam hal itu,” katanya.

Terdahulu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Pe-ngurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menolak dakwaan mesej tidak sahih tersebar luas di media sosial berkenaan pengurangan air percuma 20 meter padu kepada 10 meter padu, bermula 1 November ini.

Bina bumbung untuk keselesaan rakyatSHAH ALAM - Kerajaan Negeri disa-rankan supaya membina bumbung di sepanjang jalan yang terlibat de-ngan pasar pagi di SS2, Kelana Jaya dan Puchong.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Da- mansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, tindakan itu bakal memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung di pasar terbabit bagi jangka masa pan-jang.

“Pasar pagi di SS2 sudah berope-rasi berpuluh tahun lamanya dan untuk memindahkan mereka juga kerana ia sudah menjadi kebiasaan

penduduk.“Justeru, saya menyarankan Kera-

jaan Negeri untuk memberi peruntu-kan bagi membina bumbung di dua kawasan terbabit seperti di Petaling Street untuk keselesaan rakyat," ka-tanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika di-minta mengulas berkenaan harapan juga cadangan dalam Belanjawan Selangor 2017, pada 31 Oktober ini.

Difahamkan, terdapat 138 penia-ga yang menjalankan perniagaan di kawasan itu bermula jam 6.00 pagi hingga lewat tengah hari.

PELAWAAN MEMBERI CADANGAN (RFP)PENYEDIA SERVIS PERCETAKAN DAN PENGEDARAN AKHBAR UNTUK COMMUNICATION CORPORATION SDN. BHD.

Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB) telah ditubuhkan pada 18 Februari 2009 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat sepenuhnya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). CCSB berperanan sebagai media kepada kerajaan Negeri Selangor di samping menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor. Terdapat tiga produk utama syarikat iaitu Akhbar SelangorKini, Portal SelangorKini (Online) dan Web TV Selangor.

CCSB mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam proses Pelawaan Memberi Cadangan (RFP) sebagai penyedia servis percetakan dan pengedaran Akhbar SelangorKini keluaran kerajaan negeri Selangor.

Proses RFP dibuka kepada pemohon-pemohon berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a. Pemohon-pemohon dengan modal saham berbayar berjumlah sekurang-kurangnya RM100 ribu ke atas. b. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan percetakan dan pengedaran akhbar sekurang-kurangnya 1 tahun (minima) secara kumulatif.

Set dokumen sokongan untuk RFP ini boleh didapati dari pejabat Media Selangor, mulai 28 Oktober sehingga 15 November 2016 dengan bayaran RM50.00 di

COMMUNICATION CORPORATION SDN BHDAras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites,

No 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor.

(Hubungi Siti Mariam Harun 03 - 5523 4856)

Set dokumen RFP yang lengkap dan ditandatangani oleh pemohon hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan dihantar ke alamat seperti di atas sebelum 1 Disember 2016.

Shuhaimi Shafiei

Page 12: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

Album12 SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Album13SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

ADN Meru, Dr Rani Osman menghadiri Bengkel Pembuatan Nasi Arab anjuran Pusat Wanita Berdaya DUN beliau

ADN Morib, Hasnul Baharuddin menyertai aktiviti gotong royong bersama penduduk mencegah Denggi dan Zika di DUN beliau

ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menghadiri pelancaran buku ‘Rehman Rashid Small Town’ mengenai Kuala Kubu Bharu di DUN beliau

ADN Ijok, Dr Idris Ahmad menyampaikan kameja DUN kepada para pembantu DUN di kawasan beliau

ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei turun padang melihat longkang penyelesaian kepada masalah penduduk berikutan Projek naik taraf simpang 4 Jalan Kebun & Johan Setia

ADN Jeram, Amiruddin Setro menyantuni penduduk di Pertandingan Wau Kampung Bukit Kerayong

ADN Kampung Tunku, Lau Weng San menyertai perbincangan bersama penduduk mengenai isu keselamatan kawasan kediaman penduduk

ADN Batu Caves, Amiruddin Shari merasmikan Liga Sukan Selangor Plus Peringkat Dun Batu Caves

ADN Gombak Setia, Hasbul-lah Ridzwan menyantuni peserta bengkel jahitan anjuran Pusat Wanita Berdaya DUN beliau

Page 13: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

Pengecualian cukai taksir-an dan fi lesen merupa-kan antara berita paling menggembirakan rakyat

negeri ini pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016.

Selangor merupakan negeri pertama melaksanakan lang-kah itu bagi meringankan beban rakyat yang berdepan bebanan kos sara hidup tinggi.

Pengumuman itu memboleh-kan 167,466 pemilik rumah kos rendah dan 52,781 rumah kam-pung menikmati pengecualian yang julung kali diperkenalkan itu.

Ia diberikan kepada semua bangunan kediaman kampung termasuk kampung baru Cina, bagan dan kampung tersusun.

Sementara itu, seramai 67,804 pemegang lesen peniaga kecil seperti peniaga pasar malam, pasar tani dan penjaja pula me-nikmati pengecualian fi lesen.

Kerajaan Negeri dijangka menanggung sejumlah RM64 juta ke atas cukai taksiran yang dikecualikan untuk tahun semasa 2016.

Pengurusan sisapepejal diperkasa‘Smart Solutions’

Bermula Julai 2016, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mula mengambilalih pengurusan sisa pepejal di ka-wasan pentadbiran Majlis Per-bandaran Klang (MPK).

Sejumlah RM23 juta diper-untukkan bagi menyediakan 60 kompaktor baru yang dilengkapi teknologi berasaskan ‘smart solu-tions’.

Setiap kompaktor dilengkapi teknologi canggih seperti sistem pemantauan lokasi kenderaan (AVLS), kamera undur dan ka-mera litar tertutup (CCTV) yang dikawal secara berpusat di Cen-

Negeri pertama perkenal cukai taksiran dan fi lesen percuma

Selangor unggul terajui ‘Smart Solutions’

KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ������

tralized Command Center (CCC) di Plaza Perangsang.

Pada 13 Oktober lalu, seba-nyak 30 kompaktor baru diserah-kan kepada sub kontraktor bagi meningkatkan kualiti perkhid-matan.

Peralihan itu menunjukkan ke-san positif apabila aduan diteri-ma kini semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

Bukan sekadar memiliki pusat aduan, penyelia di lapangan tu-rut disediakan bagi memboleh-kan sebarang tindakan diambil segera sekiranya berlaku seba-rang masalah.

Dijangka, KDEBWM akan me-ngambil alih pengurusan pem-bersihan sampah awam dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, di utara Sela-ngor, Majlis Daerah Kuala Se-langor (MDHS) pula giat mem-perkenalkan Sistem Pengurusan Aduan Rakyat (SPARKS) yang membolehkan aduan disampai-kan menerusi laman sesawang

juga aplikasi telefon pintar.Sistem berkenaan dipantau

secara intensif oleh Jabatan Pe-ngurusan Sisa Pepejal dan Pem-bersihan Awam dengan diser-tai 17 penyelia terdiri daripada kakitangan MDKS.

Bagi tujuan jangka pan-jang, SPARKS dilengkapi Sistem Informasi Geografi (SIG) bagi menunjukkan trend aduan dan ‘hotspot’.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan pemberian 15,000 unit tong sampah secara percuma kepada rakyat Selangor.

Ia merupakan antara usaha menangani masalah pembua-ngan sampah di samping memas-tikan proses kutipan sampah dapat dijalankan secara lebih teratur.

Mengambil kira keperluan pe-nyelesaian holistik pengurusan sampah di Selangor, satu Draf Enakmen Pengurusan Sisa Pepe-jal dan Pembersihan Awam Ne-geri Selangor sudah disiapkan dan dijangka dibentangkan ke sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dalam masa terdekat.

Kampung Baru terus dipeduli

Sejak 2009 sehingga kini, RM30 juta sudah diperuntukkan bagi menaiktaraf kemudahan in-frastruktur dan pembangunan baru di 77 kampung baru, bagan dan tersusun di seluruh Selangor.

Dalam tempoh itu, 16 gelang-gang bola keranjang berbum-bung dan 20 balai raya sudah di-bina atau dinaik taraf.

Laluan pejalan kaki kayu yang reput dan uzur di semua kam-pung bagan juga diubah suai dan dinaik taraf kepada laluan konkrit.

Pada masa sama, lebih 90 peratus daripada masalah per-lanjutan, pembaharuan atau per-mohonan hak milik tanah bagi penduduk di seluruh kampung baru berjaya diselesaikan.

Projek Pembangunan Semula Kampung

Rawang Tin

Pada 20 Januari 2012, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne-geri (MMKN) meluluskan Projek Pembangunan Semula Kampung Rawang Tin, Gombak.

Ia bagi membolehkan 142 penghuni setinggan ditempat-kan semula di kawasan pemba-ngunan bercampur yang mem-

punyai kemudahan awam yang serba lengkap dan tersusun.

Bagaimanapun, lapan penghuni tidak bersetuju

dengan cadangan pro-jek dan membawa kes itu ke mahkamah, na-mun gagal.

Mereka cuba mendapatkan kon-junksi untuk menyekat

projek pembinaan se-lama lebih setahun dan

ia secara tidak langsung melengahkan projek berke-

naan.Namun begitu, pada 5 Mac

2016, akhirnya penghuni se-tinggan yang menduduki Kam-pung Rawang Tin selama 30 tahun diberikan kelulusan Sijil Patuh dan Siap (CCC).

Lebih 1,000 kilangharam dihalalkan

Setakat 2015, sejumlah 1,117 daripada 2,637 iaitu kira-kira 42 peratus permohonan tukar syarat bagi pemilik atau peng-usaha kilang tanpa kebenaran diluluskan.

Ia melibatkan kutipan premi-um tambahan berjumlah RM112 juta oleh Kerajaan Negeri.

Daripada kelulusan itu, se-banyak 12 peratus sudah diberi-kan Kebenaran Merancang(KM) sementara Pelan Bangunan un-tuk 97 kilang diluluskan.

Kerajaan Negeri menerusi PBT juga berjaya memperoleh sejumlah RM1.2 juta hasil bayaran lesen sementara.

Bukan sekadar memiliki pusat aduan, penyelia di lapangan turut disediakan bagi membolehkan sebarang tindakan diambil segera sekiranya berlaku sebarang masalah

Page 14: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ���� ��

Realisasi impian rakyat

Miliki kediaman sendiriOLEH AFIX REDZUAN

Memiliki kediaman sendiri menjadi impi-an setiap insan walau-pun dilihat masih sa-

mar untuk digapai di saat kos sara hidup yang kian menekan.

Rumah Selangorku yang di-perkenalkan sejak Pakatan men-tadbir pada 2008 kian menjadi antara pelopor pasaran hartanah tempatan yang mula diintai untuk dimiliki terutama golongan ber-pendapatan rendah.

Walaupun masih hijau dalam gelanggang perumahan juga hartanah, namun tawaran harga jualan Rumah Selangorku anta-ra RM42,000 hingga RM250,000 seunit meyakinkan rakyat untuk memohon menerusi Lembaga Pe-rumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Sehingga Ogos 2016, lebih 70,000 pemohonan diterima dari-

pada orang awam untuk memiliki Rumah Selangorku.

Sambutan menggalakkan ini menyaksikan Kerajaan Negeri optimis merangka pelan pemba-ngunan menyediakan kediaman rumah mampu milik sekurang-kurangnya 15,000 unit dalam tem-poh tiga tahun.

Pelbagai dana disalurkan

Tidak terkecuali, skim Dana Sel dengan peruntukan RM20 juta diwujudkan bagi membantu pe-neroka bandar memiliki Rumah Se-langorku.

Kerajaan Negeri juga menjalin-kan kerjasama dengan syarikat per-bankan Malayan Banking Berhad

(Maybank) untuk memban-tu pembeli mendapat-

kan pembiayaan.

Kerajaan Negeri menawarkan pengecualian caj pembangunan dan pengurangan premium untuk memberi insentif kepada pemaju membina Rumah Selangorku.

Tidak cukup dengan itu, Kera-jaan Negeri mengambil langkah proaktif memperkenalkan Dasar Pembangunan Pangsapuri Kedia-man Komersial dan ‘Boutique Of-fice’ mampu milik khusus kepada golongan usahawan muda baru menceburi perniagaan serta tidak memerlukan ruang pejabat besar.

Melalui polisi baru itu, pemaju diwajibkan membina 10 hing-ga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga RM270,000 berbanding harga jua-lan hartanah (SOHO dan SOVO) yang kini melebihi RM450,000 hingga RM500,000.

Walaupun dijual pada harga lebih murah, syarat jualan unit

mampu milik itu tetap dikawal LPHS dengan unit tersebut hanya di-jual kepada mereka yang mendaftar dengan LPHS.

Tenang hadapi tohmahan

Bagi menjawab toh-mahan Kerajaan Ne-

geri mengabaikan permohonan PR1MA dan PPA1M, satu polisi khas telah selesai dirangka dan akan di-umumkan dalam masa terdekat. Polisi ini membantu merancakkan pembinaan PR1MA dan PPA1M di Selangor dengan kebenaran khas peningkatan kepadatan (density) sesuai dengan kerancakan pem-bangunan di Selangor.

Projek Perumahan Rakyat (PPR) sering dijadikan modal serangan pihak tertentu, namun Kerajaan Negeri menerusi LPHS, Peruma-han dan Hartanah Negeri Selangor (PHSSB) dan Majlis Bandaraya Pe-taling Jaya (MBPJ) dengan tenang menghadapinya dengan penuh diplomasi.

Pengurusan kediaman berting-kat (kediaman berstrata) paling banyak menerima faedah. JMB/JMC akan diberi latihan penguru-san bangunan, kewangan dan ma-nusia melalui skim FOKUS. Pendidi-kan awal generasi muda penghuni bertingkat juga disediakan melalui skim SKORA dan KLIK. Malah, as-pek keselamatan tidak dilupakan dengan pemasangan kamera litar tertutup secara percuma melalui skim SEROJA.

Menyentuh skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (CERIA), Kera-jaan Negeri sudah membelanjakan

RM85 juta untuk kerja baik pulih pangsapuri secara keseluruhan se-jak diperkenalkan, pada 2010.

Semua nikmati manfaat tanpa pilih kasih

Skim bantuan 20 meter padu air percuma yang dinikmati penghu-ni kediaman biasa dipanjangkan ke semua unit rumah bertingkat. Malah, proses ini dipermudahkan dengan jaminan ‘Lapor dan Dapat’ air percuma serta sistem kupon potongan secara terus di meter pukal kediaman bertingkat.

Walaupun melibatkan pangsa-puri di bawah DUN Pembangkang, Kerajaan Negeri tidak sama sekali mengamalkan prinsip pilih kasih dalam membantu rakyat.

Kerajaan Negeri masih mengekalkan kuota bumiputera dan tiada sebarang cadangan untuk mengubah atau meman-suhkannya. Malah, kajian sedang dibuat untuk menambah baik kuo-ta bumiputera.

Biarlah terus diasak, Kerajaan Negeri akan terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.

Dato’ Iskandar Abdul SamadExco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar

Page 15: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

PEMBANGUNAN Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Desa Coalfield yang diperuntukkan dalam Be-lanjawan Negeri 2016 kini dalam proses pe-nyediaan tanah.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada pembentangan Belanjawan Negeri 2016 memaklumkan sekolah ter-babit dibangunkan untuk kemudahan pen-didikan anak pekerja ladang.

Pembangunan itu turut bertujuan mem-berikan pendidikan yang sempurna dan cemerlang, sekali gus mengurangkan ke-miskinan dalam kalangan pekerja ladang.

Pembangunan sekolah berasrama itu akan menempatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar dan dibiayai melalui Tabung Amanah Anak Pekerja Ladang Coalfield.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, Ke-rajaan Negeri komited menyiapkan projek itu kerana ia merupakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Katanya, tanah seluas 3.8 ekar sudah dikenal pasti di Bandar Seri Coalfield untuk dilaksanakan pembangunan pembinaan sekolah itu.

“Ketika ini, kita dalam proses pelantikan kontraktor dan kos pembinaan dijangka mengalami pertambahan ekoran kos bi-naan yang tinggi.

“Kos yang diputuskan tidak memadai jika dilaksanakan kerana tidak menepati hasrat Kerajaan Negeri dan aspirasi rakyat, bagaimanapun Kerajaan Negeri komited menyelesaikannya,” katanya.

Kerajaan Negeri peduli semua kaum

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mahu mengambil kira populasi yang diguna pa-kai pada masa akan datang.

Pekerja ladang, anak pekerja ladang dan bekas pekerja ladang

Dalam Belanjawan Negeri 2016, Kera-jaan Negeri turut komited terhadap golo- ngan pekerja dan bekas pekerja ladang. Oleh itu, RM1.5 juta bagi tahun 2016 di-peruntukkan untuk membantu mereka menyesuaikan kehidupan.

Katanya, portfolio berkenaan sangat di-

KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ������

Pendidikan teras pembangunan modal insan berkualiti OLEH AFIX REDZUAN

Tahun 2016 merupakan detik men-cabar di saat ekonomi global ber-hadapan pelbagai kesukaran, namun aspek pendidikan tetap

menjadi teras keutamaan dalam melahir-kan modal insan terbaik untuk pembangu-nan dunia sejagat.

Selangor tidak terkecuali memikul tanggungjawab ini, kelahiran ganerasi baru tidak sama sekali dipinggirkan bagi meneruskan kelangsungan pemberian pendidikan terbaik kepada rakyat.

Secara amnya, hampir semua janji atau manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 telah atau sedang dilaksanakan. Jika dilihat berkaitan pendidikan, Kerajaan Negeri berterusan memberi bantuan serta soko-ngan dalam bentuk kewangan atau pro-gram mempertingkatkan kualiti pendidi-kan dan pembelajaran.

Usaha ini juga dilakukan dengan per-spektif menyeluruh iaitu pendidikan sepanjang hayat daripada peringkat pen-didikan awal kanak-kanak sehingga ke ijazah lanjutan.

Malah, Kerajaan Negeri juga memberi latihan untuk setiap golongan masyara-kat melalui Program INSAN supaya aspek rohani dan jasmani terisi sebaiknya untuk merealisasikan hasrat melahirkan modal insan terbaik, di samping memelihara ke-bajikan generasi muda.

Merungkai beberapa pecahan manifesto secara spesifik seperti Biasiswa Menteri Be-sar, usaha sedang dijalankan untuk melak-sanakan program ‘Brain Bank’ iaitu satu pro-gram Biasiswa PHD yang telah diberikan peruntukan di dalam Belanjawan 2016.

Pada masa ini, semua persiapan daripada segi pembentukan polisi, mendapat mak-lum balas sektor akademik dan merangka prosedur sudah selesai. Oleh itu, permoho-nan untuk ‘Selangor Brain Bank’ ini akan di-buka di dalam masa terdekat.

Belanjawan ditepati

Manakala, setiap yang disebut di dalam Belanjawan 2016 pula sudah dilaksanakan seperti dijanjikan termasuk Dana Ban-tuan Sara Diri untuk pelajar Kolej Univer-siti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL), Program Biasiswa Se-langorku yang menyaksikan kumpulan penerima pertama tahun ini seramai le-bih 100 pelajar UNISEL dan KUIS, program bantuan sekolah yang diberi peruntukan RM16 juta, bahkan semua peruntukan telah selesai ditetapkan kepada sekolah yang memerlukan.

Di dalam perkembangan lain pula, UNISEL telah memulakan usaha untuk mendapat pengiktirafan Sijil Unified Exami-nation Certificate (UEC) bagi kursus penga-jian dan sedang menunggu kelulusan Ke-menterian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, program ‘Boot Camp’ un-tuk melatih graduan dengan kemahiran

insaniah serta kebolehpasaran melalui program PROGRESS (Graduate Employability En-hancement Programme) juga sudah dilaksanakan.

Kekangan terus diharungi

Pendidikan tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan se-perti yang ditetapkan Perlem-bagaan Persekutuan. Oleh itu, sebarang usaha untuk menambah baik kualiti pendidikan perlu mengambil kira polisi dan perancangan yang dibuat Kera-jaan Persekutuan.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga mempunyai kekangan terutama di dalam usaha mendekati sekolah di bawah peny-eliaan Kerajaan Pusat.

Namun begitu, kami sentiasa cuba un-tuk mengadakan perhubungan dengan Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pen-didikan juga melibatkan diri di dalam Me-syuarat Jawatankuasa Tetap Pendidikan.Kerajaan Negeri melihat penglibatan seko-lah-sekolah kebangsaan ini sebagai satu perkembangan baik dan perlu diteruskan tanpa mengira faktor politik yang boleh menjadi halangan kepada penambahbai-

kan mutu pendidikan sekolah.Kerajaan Negeri juga giat memperlu-

askan lagi agenda STEM Selangor (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ke seluruh negeri melalui program robotik, asas komputer, pengaturcaraan, sains tabii dan beberapa program lain dengan fokus kepada pelajar sekolah dan belia.

Pendidikan serta pendedahan ilmu STEM mendapat tumpuan khas di Sela-ngor kerana kesedaran ia merupakan pe-mangkin kepada pembangunan masyara-kat yang maju, setara dengan agenda Smart Selangor yang diketengahkan Dato' Menteri Besar.

Nik Nazmi Nik AhmadExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi

beri penumpuan khususnya pembangu-nan pekerja, bekas pekerja dan anak peker-ja ladang di negeri itu.

“Dalam membela nasib pekerja ladang, kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad. Na-mun, beberapa siri perbincangan dengan pemilik ladang diadakan bagi memper-tingkatkan pembangunan kawasan perlada ngan khusus bagi bekas pekerja ladang de-ngan mengambil kira syarat ditetapkan ‘Es-tate Land Board’,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, 75 keluarga dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun, bahkan mereka juga diberikan tapak kuil dan de-wan komuniti untuk kemudahan.

Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan pembatalan Rizab Melayu yang dijadikan sebagai tapak perumahan kepada 109 bekas pekerja ladang dan tempat beribadat.

Pada masa sama, RM1 juta diperuntuk-kan bagi anak pekerja ladang termasuk program subsidi tambang bas sekolah se-banyak RM300 sebulan, RM5,000 bantu-an yuran pengajian di intitusi pendidikan tinggi, program motivasi, bengkel Ujian Pe-periksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan pro-gram kecemerlangan UPSR bagi menghar-gai mereka yang cemerlang.

“Dalam program ini, kita memilih 20 hingga 40 pelajar yang layak,” katanya.

Kerajaan prihatin dan kemiskinan

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga mencadangkan peruntukan RM1

juta untuk meneruskan Program Ban-tuan Rumah Kebajikan Prihatin iaitu rumah dibina dan diberikan secara per-cuma kepada mereka yang layak.

“Bagi tahun 2016, bantuan baik pu-lih diberikan kepada 13 penerima yang layak di daerah Kuala Langat, Sabak Bernam, Gombak dan Sepang. Manaka-la sejak 2013, sebanyak 371 penerima menerima bantuan bina baru dan baik pulih,” katanya.

Sebanyak RM4 juta turut diperuntuk-kan tahun ini bagi meluaskan penajaan program kemahiran teknikal di Kolej Antarabangsa INPENS.

“300 pelajar menikmati pembiayaan membabitkan penajaan yuran pengaji-an, asrama, kos makan dan minum serta elaun bulanan,” katanya.

Kerajaan Negeri terus komi-ted membantu golongan kurang berkemampuan dengan menerus-kan kecemerlangan program ‘Jom Shopping’ setiap sambutan pe- rayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deevapali.

Ganabatirau berkata, RM3.25 juta di-peruntukan bagi hari raya dan 32,500 penduduk di seluruh daerah menerima baucar RM100.

Manakala, sebanyak RM2.67 juta di-belanjakan untuk perayaan Tahun Baru Cina dengan jumlah penerima seramai 26,700 orang dan RM2.3 juta diperun-tukkan bagi perayaan Deepavali de-ngan 23,000 jumlah penerima.

Kelahiran generasibaru tak dipinggir

Page 16: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

17SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Pendidikan teras pembangunan modal insan berkualiti

Page 17: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

18PBT

SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

SUBANG - Pengusaha premis ba-rangan lusuh di Lorong PPRT 3, Kampung Bukit Lanchung, di sini, bakal berdepan tindakan tegas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ekoran bau busuk yang me-nimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, bau itu dipercayai berpunca dari-pada pembuangan sisa toksin dan minyak ke dalam longkang ber-hampiran kediaman penduduk.

Katanya, penduduk turut me-ngadu premis terbabit sering membuat pembakaran terbuka pada waktu malam.

“Langkah pertama kita akan am-bil adalah membersihkan longkang kerana air tercemar ini mengalir ke sungai dan boleh menyebabkan Sungai Klang tercemar,” katanya ke-tika melawat tapak pembuangan

sisa toksin di kampung terbabit, pada 20 Oktober lalu.

Pada masa sama, Nor Hisham berkata, MPSJ mengeluarkan notis pemberitahuan bangunan selama tujuh hari untuk pengusaha segera menutup operasi haram mereka sebelum disita.

Katanya, tindakan itu diambil di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan.

“Jika tiada maklum balas daripa-da pengusaha, MPSJ akan menge-luarkan notis sambung-an iaitu no-tis mengosong dan meruntuhkan bangunan selama 30 hari untuk mereka mengosongkan kawasan itu atau tindak-an roboh akan di-lakukan.

“Ini bukan tanah komersial teta-pi kemungkinan besar tanah per-tanian atau kediaman untuk akti-viti haram memproses barang besi lusuh," katanya.

Tingkat sistem penyampaian

Pengusaha berdepan tindakan tegas

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Lebih 2,000 warga Shah Alam membanjiri Pusat Mem-beli-belah AEON sempena Hari Ber-temu Pelanggan (HBP) anjuran Ma-jlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program itu mem-bolehkan pengunjung mengenali, memahami fungsi juga peranan pi-hak berkuasa tempatan itu.

Katanya, mereka juga dapat me-nyalurkan aduan, pandangan dan saranan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian MBSA.

“Kita turut menyediakan lima 'booth' pa-meran berkenaan fungsi organisasi dan perkhidmatan MBSA iaitu inisiatif hijau, pemerkasaan or-ganisasi, perkhidmatan, infrastruktur serta inovasi.

“Antara perkhidmatan disediakan untuk ta-tapan pengunjung adalah perkhidmatan secara atas talian, pe-

nyewaan dewan, penyediaan infra-struktur awam seperti dewan, pasar juga taman sukan lasak,” katanya ke-pada SelangorKini.

Sepanjang HBP berlangsung, MBSA mene-rima 100 transaksi pem-bayaran kompaun trafik dan lalu lin-tas, 25 transaksi pembayaran cukai taksiran, 11 transaksi berkaitan uru-san perlesenan serta lima aduan.

Shahrin berkata, pengunjung tu-rut berpeluang menyaksikan Pelan-caran Buku Pelan Setara Garis Pan-duan Permohonan Tadika/Taska/Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk kelulusan MBSA.

Turut diadakan, Majlis Penyam-paian Sijil Kontraktor Cemerlang Kepada Kontraktor Projek Pentas Terbuka Seksyen 10 serta Penyam-paian Hadiah Kompaun dan Cukai Taksiran melalui JomPAY.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Ne-geri, Dato’ Mazalan Md Noor dan diiringi Datuk Bandar, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

MBSA dekati masyarakat

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meno-lak tuduhan berkenaan klip video yang memaparkan sekum-pulan lelaki beruniform sedang memukul pekerja dan pemilik restoran.

Video terbabit kini menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Sementara itu, MBPJ dalam kenyataan media melahirkan kekesalan terhadap penyebaran video terbabit kerana ia bo-leh merosakkan imej penguatkuasa juga penjawat awam.

Difahamkan, video berdurasi 1 minit 44 saat itu berlaku di Shanghai, China.

“Ia sebenarnya tiada kaitan langsung dengan MBPJ atau mana-mana pihak berkuasa tempatan di Malaysia,” kata ke-nyataan itu.

Pada masa sama, MBPJ menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menyebarkan video berkenaan di la-man sosial juga aplikasi pesanan ringkas.

"MBPJ mengambil serius tuduhan itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya bagi menjejaki penyebar video berke-naan," katanya.

MBPJ kesal video palsu viral

SHAH ALAM - Pementasan teater Shahid Dukapura dan pelancaran naskah kumpulan drama pentas Konklusi diyakini mampu menye-marakkan lagi seni teater tanah air di negara ini.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, ia ekoran kecintaan terhadap tea-ter semakin terhakis dan dilupakan golongan muda, pada masa kini.

“Antara matlamat pengan-jurannya untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan belia berkenaan kepentingan usaha me-martabatkan seni teater negara.

“Selain itu, potensi dalam diri

juga boleh ditingkatkan dengan menanam minat dan keyakinan golongan muda untuk lebih positif melalui aktiviti berteater,” katanya dalam kenyataan.

Program anjuran Kelab Dekla-mator Malaysia (DEKMAL) dengan kerjasama MPAJ, Institut Terjema-han Buku Malaysia (ITBM) dan De-wan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan, bermula 28 hingga 30 Oktober ini.

Bertempat di Auditorium MPAJ, Ampang Jaya bermula jam 8.00 malam, Norhayati berkata, penganjurannya diyakini mampu memberi motivasi juga penga-jaran secara bersepadu kepada

golongan muda.“Ia mampu menjadi medium

unggul untuk menyampaikan motivasi dan pengajaran serta melahirkan masyarakat berinter-grasi melalui penglibatan kaum.

“Malah, nashkah seni ini juga dapat memperbanyakkan lagi seni berkualiti dan boleh menjadi rujukan di Malaysia,” katanya.

Sebarang pertanyaan, orang awam boleh menghubungi Ba-hagian Perhubungan Awam dan Sekretariat di talian 03-42978271 atau menghubungi terus Pe-nolong Pegawai Penerangan MPAJ, Mohd Rizal Amry di talian 012-9307543.

Semarak seni golongan muda

Page 18: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

19SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

PBT

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencatatkan sejarah baru apabila bandar raya itu dinobatkan sebagai pemenang kebangsaan dalam kempen WWF-Earth Hour City Challenge (EHCC) bagi tahun kedua berturut-turut.

Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Johary Anuar berkata, anugerah diterima di Quito, Ecuador, pada 16 Oktober itu adalah hasil usaha sama MBPJ dan pihak berkepen-tingan mengukuhkan struktur perkhidmatan awam juga pelak-sanaan pelan pengurusan karbon rendah.

“Komitmen MBPJ adalah usaha

jangka panjang untuk menjadi-kan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan.

“Kita akan terus mendidik ma-syarakat menyemai tabiat meme-lihara alam sekitar dan memupuk semangat kejiranan demi kebai-kan serta kemajuan bersama,” ka-tanya.

Selain Petaling Jaya, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang turut terpilih mewakili negara ke EHCC 2016 yang berlangsung selama dua bulan, bermula dari 26 April hingga 19 Jun lalu.

Sekurang-kurangnya 45 ban-dar raya lain dari 21 negara selu-ruh dunia terlibat antaranya Balik-papan, Bogor dan Jakarta dari

Indonesia; Paris, Perancis serta Cape Town dari Afrika Selatan.

Pada tahun ini, Petaling Jaya bertanding di dalam kempen We Love Cities iaitu 'public campaign' yang membolehkan masyarakat mengundi bandar kegemaran masing-masing.

“EHCC antara lain bertujuan menggerakkan tindakan dan so-kongan bandar di seluruh dunia untuk mengatasi perubahan iklim global juga merangsang pemba-ngunan serta ke arah bandar raya hijau berkarbon rendah,” katanya.

Sebelum ini, MBPJ memenangi gelaran sulung ‘Malaysia’s Natio-nal Earth Hour Capital EHCC', pada 2015.

Anugerah kedua berturut-turut

EHCC milik Petaling Jaya

SHAH ALAM - 162 kompaun dan 11 kenderaan disita Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) terhadap pesalah yang mem-buang sampah secara haram di kawasan pentadbirannya.

Yang DiPertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berka-ta, 42 kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 4 atas kesalahan membuang sampah di tempat awam.

Katanya, 74 kompaun pula dikeluarkan di bawah Seksyen 6 atas kesalahan tidak menye-diakan tong sampah di premis perniagaan.

“Manakala, 46 kompaun lagi di bawah Seksyen 12 kerana membuang sisa perindustrian dan sisa dagangan ditetapkan MPSJ.

“Semua kompaun dikeluar-kan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembua-

ngan dan Pelupusan Sampah (UUK PPS) MPSJ 2007,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Nor Hisham berkata, MPSJ giat meningkat-kan langkah penguatkuasaan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram.

Sebelum ini, MPSJ mengena-kan kompaun RM1,000 dan si-taan lori kepada pesalah yang membuang sampah secara ha-ram.

Mengikut peraturan, pesalah akan didenda RM1,000 bagi se-tiap kompaun, manakala denda maksimum RM2,000 dikena-kan kepada pesalah apabila kes dibawa ke mahkamah.

Rampasan tanah juga boleh dilakukan jika kawasan berke-naan adalah tanah persendirian dengan tindakan diambil di bawah Seksyen 127 Kanun Ta-nah Negara 1965.

��� kompaun buang sampah haram

SHAH ALAM - Peniaga atau penjaja kecil di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disaran mendapatkan lesen per-niagaan sebelum tindakan tegas diambil.

Ketua Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, ia ekoran keba-nyakan peniaga masih gagal berbuat demikian walau-pun sudah lama men-jalankan perniagaan.

Katanya, apa juga je-nis perniagaan dijalan- kan perlu mendapat lesen untuk mengelak-kan mereka berdepan sebarang masalah terma-suk gerai disita.

“Kita menyediakan ruang dan peluang kepada orang ra-mai untuk menjalankan aktiviti per-niagaan seperti di pasar malam, pasar pagi, kiosk, gerai dan penjaja sementara.

“Namun, pemohon perlu mengisi bo-rang permohonan di jabatan perlesenan

MBSA yang akan dikaji jawatankuasa mengkaji dan memproses permohonan lesen,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, syarat permohonan dan dokumen perlu dilampirkan seperti kad pengenalan, bil cukai taksiran, bil elek-

trik serta lokasi tapak bersesuaian juga bo-

rang sebelum sesuatu permohonan diluluskan.

Selain itu, katanya, MBSA turut mengenal pasti beberapa penjaja bergerak (Food Truck) yang menjalankan perniagaan di Selangor

perlu memohon lesen daripada pihak berkuasa

tempatan."Peniaga diingatkan supaya

membuat permohonan mengikut per-aturan ditetapkan bagi mengelakkan masalah tidak diingini di kemudian hari,” katanya.

Mohon lesen niaga elak disita

KENYATAAN TENDER

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANG

HARGA DOKUMEN

1. MP Sepang 400-10/12-79/2016 JKP

CADANGAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN STATIK DI IBU PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, PEJABAT CAWANGAN PUTRA PERDANA, PEJABAT CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI, PEJABAT CAWANGAN SUNGAI PELEK, PUSAT KUARANTIN HAIWAN SEPANG, STADIUM PERBANDARAN MPSEPANG, STOR PENGUATKUASA MPSEPANG, BANDAR BARU SALAK TINGGI DAN TAMAN TASIK CYBERJAYA UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

BERDAFTAR DENGANUPEN

SELANGOR,KEMENTERIAN KEWANGAN

KOD BIDANG 220801KAWALAN KESELAMATAN

&KEMENTERIANDALAM NEGERI

RM100.00

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut :

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 19 hb Oktober 2016 hingga 08 hb November 2016 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 08 hb November 2016.

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Page 19: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

20Pendidikan

SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Lebih 98.5 peratus mahasiswa di Universiti Selangor (UNISEL) menerima manfaat pe-ngajian percuma menerusi Skim Dermasiswa yang ditawarkan.

Pengarah Komunikasi Korpo-rat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, jumlah itu meliputi ma-

hasiswa bagi pengajian tahun asas untuk sesi kemasukan, pada Mei dan Oktober lalu.

“UNISEL membelanjakan lebih RM912,000 untuk 52 peratus sesi kemasukan tahun asas dengan pe-lajar ini memilih mengikuti penga-jian secara percuma dalam bidang Sains dan Teknologi Maklumat.

“Difahamkan, 98.5 peratus pe-

lajar memilih untuk mengikuti skim pengajian percuma dengan lebih RM1.5 juta dibelanjakan dan dijangka terus meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Dato' Menteri Be-sar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dalam sesi penggulungan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS)

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM250,000 bagi menjayakan kon-sep pengantarabangsaan pelajar Universiti Selangor (UNISEL).

Exco Pendidikan, Pembangunan Mo-dal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, inisiatif terbabit penting bagi menaikkan nama UNISEL di persada antarabangsa.

Katanya, konsep terbabit juga memberi pendedahan luar kepada pelajar dalam se-tiap bidang diceburi.

“Diharap setiap pelajar yang terpilih un-tuk menyertai program ini dapat meman-faatkan sepenuhnya peluang itu terutama dalam meningkatkan sahsiah diri, mem-peroleh ilmu serta pengalaman membina, sekali gus menyumbang semula kepada Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Nik Nazmi berkata, ia termasuk lawatan sambil belajar, program kemanusiaan, lati-han praktikal juga industri.

“Sudah ada beberapa trip yang berlepas sebelum ini dan terbaru ke Indonesia juga Thailand,” katanya.

Seramai 48 pelajar UNISEL diterbangkan ke Indonesia sempena program penganta-rabangsaan pelajar, pada 21 Oktober lalu.

Rombongan itu melibatkan enam kum-pulan pelajar pelbagai kursus dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial.

Kumpulan pertama adalah delegasi aka-demik ke Gagasceria Innovative Education, Bandung membabitkan 10 pelajar, pada 21 hingga 26 Oktober lalu.

Tarikh sama turut menyaksikan enam pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Ba-hasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL)

berkampung di Universiti Utara Medan (USU) untuk latihan mengajar.

Enam pelajar lain daripada jurusan sama pula akan berpusat di Lancang Kuning, In-donesia untuk latihan mengajar dengan tambahan satu hari.

Sementara itu, kumpulan keempat membabitkan tujuh pelajar Ijazah Sarja-na Muda Sains Perpustakaan yang bakal mengikuti latihan industri di Universitas Lancang Kuning.

Manakala, enam pelajar dari jurusan sama pula mengikuti latihan industri di Per-pustakaan Bina Darma, Palembang, Indo-nesia.

Kumpulan terakhir membabitkan 13 pe-lajar di Universitas Mercu Buana, Jakarta un-tuk mengikuti latihan industri dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengajian percuma UNISEL

�8.�% mahasiswa dapat manfaat

berkata, inisiatif pendidikan per-cuma adalah sebahagian daripa-da tanggungjawab korporat so-sial (CSR) kepada masyarakat.

Sejumlah RM3.9 juta diper-untukkan bagi membiayai pela-jar berkelayakan di bawah pro-gram Skim Dermasiswa antara

RM7,500 hingga RM8,040 setiap seorang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman se-sawang www.unisel.edu.my atau menghubungi pejabat pemasa-ran dan kemasukan di talian 03-55223435.

SHAH ALAM - Inisiatif Universiti Selangor (UNISEL) melaksanakan pengajian percuma menerusi Skim Dermasiswa membuka pe-luang pendidikan lebih menyeluruh kepada mahasiswanya.

Naib Canselor UNISEL, Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, matlamat itu selari hasrat institusi pengaji-an tinggi terbabit menawarkan pendidikan merentasi bangsa dan kaum.

“Skim ini membuka peluang pendidikan seluas-luasnya kepada semua lapisan ma-syarakat merentasi negeri dan kaum ter-utama yang tidak berkemampuan.

“Adalah menjadi kerugian bagi pela-jar yang cemerlang akademik tetapi tidak mempunyai peluang memajukan diri ke peringkat lebih tinggi atas alasan kekangan kewangan,” katanya dalam kenyataan.

Skim Dermasiswa dibuka kepada semua warga Malaysia dengan memberi keutamaan kepada rakyat Selangor atau mereka yang bermastautin lebih 15 tahun di negeri itu.

Tawaran itu dibuka bagi peringkat penga- jian Sains dan Teknologi Maklumat ekoran terdapat keperluan meruncing terhadap dua bidang itu dalam pasaran kerja, pada masa kini.

Yuran percuma sepanjang pengajian se-lama tiga semester turut diberikan dengan syarat mahasiswa perlu menyambung penga-jian di peringkat ijazah sarjana muda di UNISEL.

Sehingga kini, RM3.9 juta dikeluarkan bagi pembiayaan pendidikan kepada pela-jar berkelayakan.

RM���,��� jayakan pengantara-bangsaan pelajar UNISEL

Pengajian percuma rentas kaum

Page 20: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

21SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Agama

Islam garis dasar jelas

Pemalas tidak layak terima zakat

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dan Kerajaan Negeri Selangor dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada 01 November 2016 (Selasa) pada waktu pejabat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada penama yang dinamakan/wakil yang sah sahaja yang telah menghadiri taklimat. Untuk maksud ini, pemilik / wakil-wakil syarikat DIWAJIBKAN membawa surat pengesahan sebagai wakil syarikat bersama dokumen asal Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan salinan Pengesahan Pendaftaran dengan UPEN Selangor serta satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Sila bawa bersama Cop Syarikat.

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari 21 November 2016 (Isnin), kepada:-

PENGARAH EKSEKUTIF Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No Tel: 03-5544 7906, No Faks: 03-5510 4137

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Kenyataan tender ini juga boleh dirujuk melalui Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti berikut: http://lphs.selangor.gov.my

Butir-Butir Tawaran Syarat-Syarat Pendaftaran

Harga Dokumen

Tarikh dan Tempat Taklimat

Tender

Pembelian Dokumen

TENDER BAGI KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH BUMBUNG DAN KERJA-

KERJA BERKAITAN UNTUK SKIM CERIA DI BLOK 19, 20, 21 & 22, SEKSYEN 8,

SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

No Tender:

LPHS/T/K/16/06

No. Fail : LPHS/PBGN/SP/02/09/03/07/16

Berdaftar dengan

CIDB Memegang Perakuan

Pendaftaran Kontraktor dan Sijil

Perolehan Kerja Kerajaan

Gred: G3

Kategori: Bangunan (B)

Pengkhususan: B15

Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor

RM 152.00

(Tidak Akan Dikembalikan)

Bayaran dalam

bentuk Draf Bank/Kiriman

Wang atas nama:-

Lembaga

Perumahan dan Hartanah

Selangor

Selasa

08 November 2016

Jam 11.00 pagi

Pejabat Pihak Badan

Pengurusan Bangunan Strata, Blok 19, 20, 21 & 22, Seksyen 8,

Shah Alam. (JMB)

(Taklimat Tender adalah WAJIB)

08 November

2016 sehingga

18 November 2016

Waktu Pejabat:- (8.00pagi-12.45

tengahari dan

2.00petang-3.45 petang)

Kecuali Jumaat (8.00 pagi-12.00

tengahari dan

2.45 petang-3.45 petang)

KENYATAAN TENDER TERBUKA

SHAH ALAM - Mereka yang bertubuh badan sihat tetapi enggan memerah kud-rat mencari rezeki atau lebih tepat malas bekerja haram menerima bantuan za-kat, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (MUR-SHID), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Katanya, mereka yang belum mendapat pekerjaan atau berpendapa-tan kecil masih layak dibantu mengikut dua saluran iaitu zakat (fakir dan miskin) dan sedekah.

“Bantuan atau pemberian sesuatu ke-pada fakir miskin yang bukan daripada golongan ‘malas’ bukan hanya daripada sumber zakat dan sedekah sahaja, bahkan mereka juga boleh menerima pemberian apabila seseorang yang hendak member-sihkan wang atau harta (disebabkan riba atau judi terdahulu),” katanya.

Katanya, perkara itu jelas pada zaman Nabi Muhammad SAW, apabila datang dua pemuda dan nabi lihat kedua-dua-nya mempunyai tubuh sihat juga kuat.

nganggur dan mengharapkan bantuan orang itu adalah sifat yang terkeji dalam Islam. Orang yang sihat tubuh badan wajib bekerja melain-kan jika dia diberhentikan kerja.

“Dia tak mampu tanggung kos atau bil rumah dan kereta yang tinggi, sementara dia mencari kerja yang layak, maka boleh meneri-ma zakat dan bantuan,” tegas beliau.

Nabi Muhammad SAW ber-kata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat. Maknanya, pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau malas ia tidak harus bagi kamuDR ZAHARUDDINPengerusi MURSHID

GOMBAK - Sebanyak 300 mangkuk bubur Asyura pelbagai resepi diedarkan sekitar Gombak, pada 23 Oktober lalu.

Bertempat di Pusat Rawatan Islam Da-russalam Gombak, program dihadiri lebih 50 penduduk dan turut disertai Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Penduduk mula memasak bubur Asyu-ra secara bergotong-royong seawal jam 8.00 pagi dan siap untuk diedarkan pada jam 5.00 petang.

Sebanyak empat kawah besar berjaya disediakan iaitu tiga kawah bubur Asyura Kelantan dan sekawah bubur Asyura Kedah.

“Program ini diadakan secara tahunan bertujuan mengeratkan penduduk sekitar dengan aktiviti gotong-royong beramai-ramai.

“Acara ini dapat juga memperlihatkan kepada semua kesungguhan dan kerajinan penduduk setempat dalam menyiapkan bubur Asyura,” katanya.

Program merupakan anjuran Pusat Khid- mat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Se-tia dengan kerjasama Persatuan Anak Ke-lantan Perantauan (Perakan) Gombak dan Pusat Rawatan Islam Darussalam.

Hadir sama, Pengerusi Pusat Rawatan Is-lam Darussalam, Dato' Ismail Kamus.

Bubur Asyura satukan penduduk

“Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat.

“Maknanya, pemberian bantuan itu dengan peringatan ba-hawa kalau malas ia tidak harus bagi kamu,” kata-nya ketika mengulas isu

kemiskinan yang berlaku di negara ini.Beliau berkata, Islam menggariskan

dasar yang jelas kepada fakir dan miskin iaitu kemiskinan disebabkan anggota badan yang lemah atau cacat.

Zaharuddin berkata, bagi orang miskin yang malas dan sentiasa mengharapkan bantuan sedangkan dia mampu bekerja

adalah orang yang telah jatuh kehor-matannya pada

p a n d a n g a n m a s y a r a k a t dan Islam.

“ M e r e k a yang me-

SHAH ALAM - Kumpulan Darul Ehsan Ber-had (KDEB) menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM87,609.45 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), baru-baru ini.

Menurut laman rasmi LZS, KDEB me-nyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2015.

Zakat juga dikira sebagai salah satu cara KDEB dan anak-anak syarikat mem-bersihkan pendapatan perniagaan mengikut seperti yang digariskan dalam ajaran Islam.

Cek diserahkan Ketua Pegawai Agama KDEB, Zaharudin Muhammad kepada

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Turut hadir, Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Di-visyen Komunikasi Korporat, Norajun Ai-nun Mohd Hashim.

KDEB tunai zakat perniagaan RM8�,6��.��

WAKTU SOLAT SELANGOR28 Okt - 4 Nov 2016

27 Muharam - 4 Safar 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

28 Jumaat 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:59 8:0929 Sabtu 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:58 8:0930 Ahad 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:58 8:0931 Isnin 5.30 5:40 6.56 100 4:20 6:58 8:0901 Selasa 5.30 5:40 6.56 1:00 4:20 6:58 8:0902 Rabu 5.30 5:40 6.56 1:00 4:20 6:58 8:0903 Khamis 5.30 5:40 6.56 1:00 4:20 6:58 8:0904 Jumaat 5.30 5:40 6.56 1:00 4:20 6:58 8:09

28 Jumaat 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:01 8:1129 Sabtu 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:00 8:1130 Ahad 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:00 8:1131 Isnin 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1101 Selasa 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1102 Rabu 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1103 Khamis 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1104 Jumaat 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:11

Page 21: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

22Wanita

SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Pertubuhan Keba-jikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) meraikan srikandi Women s Boat To Gaza (WBG), Dr Fauziah Hassan di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini, pada 21 Oktober lalu.

Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamshida Taharin berka-ta, semangat dan tekad doktor berusia 59 tahun itu wajar dija-dikan contoh kepada wanita lain.

“Beliau membuktikan bahawa wanita juga mampu menyum-bang perkara hebat kepada du-nia.

“Kepahlawanan beliau diharap

menyuntik semangat sama kepa-da kita untuk terus berjuang bu-kan sahaja bagi diri dan keluarga tetapi juga masyarakat amnya,” katanya kepada SelangorKini.

Selain Dr Fauziah, turut dirai-kan ialah seorang lagi wakil Ma-laysia yang menyertai WBG, Nor-sham Abu Bakar.

Hadir sama, Yang Dipertua PEKAWANIS, YAM Tengku Puteri Arafiah; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Is-mail dan Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi.

Pada 14 September lalu, Dr Fauziah bersama 12 aktivis dan anak kapal wanita memulakan perjalanan dengan kapal Zay-

touna-Oliva menuju ke Gaza dari pelabuhan Vell di Barcelona.

Sebelum itu, kapal dinaiki Norsham yang sudah berlepas bagaimanapun mengalami kerosakan dan terpaksa berpa-tah balik, sekali gus tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan ke Palestin.

Selepas 21 hari bertolak, Zay-touna-Oliva dipintas tentera laut rejim pada kedudukan 42 batu nautika dari pantai Gaza jam 9.58 malam, pada 6 Oktober lalu, se-belum dibebaskan.

Pada 7 Oktober lalu, Dr Fauzi-ah selamat tiba di Lapangan Ter-bang Antarabangsa Kuala Lum-pur (KLIA).

SHAH ALAM - Kes penderaan kanak-kanak di negara ini sema-kin membimbangkan sekali gus menjadi isu masyarakat yang wa-jar ditangani segera.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi berkata, statistik bahagian Siasatan Sek-sual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendapati 1,549 kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dilaporkan berlaku sejak 2011 hingga Mac 2016.

“Daripada jumlah ini, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iai-tu 420 kes diikuti Johor (250 kes) bagi tempoh lima tahun itu.

“Statistik sama merekodkan 48 kes penderaan dilakukan teman lelaki ibu, manakala enam kes

disebabkan teman wanita bapa,” katanya ketika Majlis Perasmian Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-kanak Selangor 2016 di Hotel De Palma Shah Alam, di sini, pada 15 Oktober lalu.

Dr Daroyah berkata, lebih mengejutkan apabila pihak berkuasa mendapati golo- ngan paling ramai terlibat adalah dalam kalangan pengasuh de-ngan 439 kes diikuti bapa kan-dung (407), ibu kandung (303) dan saudara terdekat.

“Mangsa berusia setahun hingga tujuh tahun adalah pa-ling ramai didera iaitu 743 orang, diikuti lapan tahun ke atas seba-nyak 468 orang.

“Lebih menyedihkan, 320 bayi berusia bawah setahun turut menjadi mangsa dera,” katanya.

SHAH ALAM - Pengusaha taska di seluruh negara disarankan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah penting menjamin keselamatan kanak-kanak bagi mengelak kes pencu-likan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia ekoran kes culik membabitkan kanak-kanak menunjukkan pe-ningkatan dalam tempoh lima ta-hun iaitu 8,842 kes sehingga Mei lalu.

Katanya, Johor mencatatkan jumlah kehilangan kanak-kanak tertinggi sebanyak 1,596 diikuti Selangor (1078), Kedah (833) dan Sabah (741).

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewajibkan pemasangan CCTV di taska sebagai salah satu langkah keselamatan yang perlu

dititik beratkan pengusaha taska.“Dengan pemasangan CCTV,

ia memudahkan polis mengesan mangsa dan suspek kes pencu-likan,” katanya.

Kes penculikan atau kehila-

ngan kanak-kanak semakin membimbangkan sehingga Po-lis DiRaja Malaysia (PDRM) me-lancarkan sebuah portal sebagai medium semakan data berke-naan perkara itu.

Pengusaha taska disaran pasang CCTV

Semangat jadi inspirasi

PEKAWANIS rai srikandi WBG

HIJRAH bantu adik jual nasi lemak

Kes dera kanak-kanaksemakin membimbangkan

SHAH ALAM - Kesungguhan ga-dis belasan tahun membantu ke-luarganya dengan menjual nasi lemak di kaki lima Maybank Am-pang, mendapat perhatian Hijrah Selangor (HIJRAH).

Pengurus Bahagian Khidmat Profesional HIJRAH, Nur Siti Ha-zliana Mat Hashim berkata, pi-haknya menawarkan satu lot tapak di Bazaar HIJRAH Bandar Baru Ampang bagi memboleh-kan gadis itu meraih pendapatan lebih tinggi.

“Kebetulan Bazaar HIJRAH per-tama di Selangor baru beroperasi tidak jauh dari kediamannya dan kami berjaya menjejaki bapanya, Ahmad Sanusi, 43, yang kini ter-lantar sakit untuk membenarkan anaknya berniaga di situ setiap

Inisiatif ini ternyata berhasil apabila jualan nasi lemaknya meningkat sekali ganda iaitu hampir 100 bungkus dalam masa kurang dua jam

hujung minggu.“Inisiatif ini ternyata berhasil

apabila jualan nasi lemaknya me-ningkat sekali ganda iaitu hampir 100 bungkus dalam masa kurang dua jam,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Pada masa sama, katanya, HIJ-RAH kini dalam perancangan lan-jut memberikan lesen serta modal perniagaan jika bapanya mampu menjalankan perniagaan.

Kecekalan gadis berusia 12 ta-hun itu mula menjadi viral di la-man sosial apabila gambarnya sedang duduk di kerusi menanti nasi lemaknya terjual dimuat naik dengan sebahagian besar neti-zen kagum serta mendoakan ke-luarga itu dimurahkan rezeki.

Anak kedua daripada lima be-radik itu mula berniaga di kaki lima sejak dua bulan lalu bagi membantu meringankan beban keluarga selepas bapanya tidak lagi mampu bekerja ekoran de-rita jantung tersumbat.

Sementara, ibunya kini bekerja di pasar raya bagi menampung keperluan anak berumur antara tiga hingga 15 tahun.

Page 22: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

23SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016

Sukan

KUALA SELANGOR - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli me-nyempurnakan upacara pelepasan peserta Larian GeMS Selangor 2016 di Kuala Sela-ngor, pada 23 Oktober lalu sebelum turut menyertai larian itu.

Larian anjuran Jawatankuasa Tetap Pen-didikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor yang di-pengerusikan Nik Nazmi Nik Ahmad diada-kan bersempena Karnival Jelajah GeMS 2016.

Tengku Amir sempat menyempurnakan larian sejauh lima kilometer (km) bersama peserta yang turut diiringi Nik Nazmi sebe-lum menyampaikan pingat dan sijil kepada peserta terpantas bagi setiap kategori di-pertandingkan.

Baginda turut meluangkan masa mela-wat tapak pameran dan jualan Karnival Je-lajah GeMS Selangor 2016 di perkarangan Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Hampir 2,000 peserta menyertai larian itu yang turut teruja melihat penglibatan

baginda yang kelihatan mesra rakyat.Karnival Jelajah GeMS Daerah Kuala

Selangor berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober lalu bertujuan merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat.

Karnival itu turut menyediakan aktiviti pembangunan sahsiah bagi menangani gejala sosial seperti pertandingan sukan, ceramah agama, karnival kerjaya, forum keibubapaan dan pengurusan kewa-ngan.

SHAH ALAM - Sekolah Kebangsaan (SK) Ta-man Universiti mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila menewaskan SK Puchong Perdana, 2-1 dalam perlawanan akhir Kejo-hanan Bola Sepak DYTM Raja Muda Sela-ngor edisi ke-29, pada 22 Oktober lalu.

SK Puchong Perdana terlebih dahulu di hadapan, pada babak pertama hasil ja-ringan Mohd Harizul Izwan Abdul Karim selepas berjaya memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan gawang SK Taman Universiti.

Bersambung babak kedua, Mohd Syaz-wan Hafiz Mohd Rosdi memulakan detik kebangkitan SK Taman Universiti apabila berjaya menolak bola masuk hasil sepakan penjuru untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Selang beberapa minit kemudian, gili-ran Mohammad Alban Hud Mohd Yuzli me-letakkan SK Taman Universiti mendahului 2-1 selepas berjaya menampan masuk bola ke gawang SK Puchong Perdana.

SK Puchong Perdana cuba bangkit di penghujung permainan, namun gagal me-manfaatkan peluang dan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, SK Sri Kelana berada di tempat ketiga, manakala tempat keempat dimenangi SK Seksyen 20.

Pemenang membawa pulang pingat, sijil penyertaan dan wang tunai.

Hadiah disampaikan sendiri DYTM Raja

SABAK BERNAM - Perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal berlang-sung tidak lama lagi memberi tekanan tinggi kepada The Red Giants untuk mengekalkan kejuaraan.

Pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, hal itu ekoran persepsi dan ha-rapan penyokong yang tinggi terhadap Selangor sejak memenangi m i s i ke-33, pada tahun lalu.

“Saya akui agak sukar berbanding tahun lalu kerana orang tidak meman-dang tinggi tetapi apabila sudah menang, tekanan itu kian dirasai kali ini,” katanya ketika ditemui pada Pe- rasmian Program Hijrah Tour di Sungai Panjang, pada 22 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Amirudin yang juga Exco Negeri yakin kelebihan bermain di gelanggang sendiri akan memberi kelebihan bagi pasukan gergasi merah itu, sekali gus mengulangi kejuaraan lalu.

“Semua pentas permainan ada tekanan masing-masing, namun di Shah Alam kita mempunyai kelebihan kerana lazim bermain di situ.

“Dengan sedikit pengalaman yang ada, kita mampu menjuarai Piala Ma-laysia,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pasukannya akan mengatur dan mena-jamkan beberapa strategi menjelang perlawanan untuk menjaringkan gol.

“Kita akui kelemahan sebelum ini. (gawang) dibolosi dan gagal menja-ringkan gol walaupun mempunyai ru-ang yang banyak.

“Jadi, kita mahu pemain menajam-kan serangan dan menjaringkan gol,” katanya.

Selangor bakal mengulangi tradisi berdepan Kedah dalam perlawanan Pia- la Malaysia, pada 30 Oktober ini.

SELAYANG - Pasukan PKNS FC mengesahkan pe-nyertaannya di dalam Liga Super musim 2017 selepas muncul seba-gai salah satu pasukan dua teratas Liga Perdana bersama Melaka United.

Pada aksi terakhir liga musim ini di Stadium Majlis Perbanda-ran Selayang, pasukan kendalian juru-latih E Elavarasan mengutip tiga mata selepas meraih kemenangan tipis me-nentang Kuala Lumpur 2-0 hasil jari-ngan pemain import, Juan Manuel Co-belli pada minit ke-10 dan 66.

PKNS menduduki pasukan kedua teratas dengan 48 mata dan Melaka United terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan musim ini dengan 49 mata.

The Red Giants yakinmenang

PKNS FC ke Liga Super ����

Larian GeMS Selangor 2016

Tengku Amir Shahturut serta

Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sul-tan Sharafuddin Shah sambil diiringi Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Orang Besar Daerah Pe-taling, Dato’ Emran Kadir.

Tengku Amir bertitah, baginda berbesar hati menyaksikan perlawanan pelapis muda dalam kalangan pelajar di Selangor, tamba-han mereka berusia 12 tahun ke bawah.

Baginda bertitah, kejohanan bawah 16 tahun mungkin boleh dianjurkan pada

masa akan datang bagi mencungkil bakat pelapis bola sepak tempatan.

“Pertandingan ini penting untuk perkem-bangan belia dan ia menyediakan ‘platform’ kepada kanak-kanak untuk memahami daya saing selain menjadi aktiviti menyeronok-kan kepada mereka.

“Ia juga memberi peluang kepada guru dan sekolah menjadi tuan rumah untuk menganjurkan pertandingan seumpama ini dan bola sepak adalah permainan yang me-nyeronokkan,” titah baginda.

SK Taman Universiti juara Piala Raja Muda Selangor

Page 23: FINAL BOOK Selangorkini 28 Okt – 4 Nov 2016

23

KEDUDUKAN

LIGA SUPERP M S K J B Mt

22 18 4 0 56 14 58

22 13 4 5 47 27 43

22 11 7 4 30 26 40

22 7 8 7 37 33 29

22 7 7 8 28 27 28

22 7 7 8 29 30 28

22 7 6 9 30 34 27

22 6 6 10 32 40 24

22 5 7 10 32 37 22

22 5 6 11 21 32 21

22 5 6 11 22 41 21

22 5 4 13 21 44 19

1 JDT

2 Felda UTD

3 Kedah

4 Kelantan

5 Selangor

6 Perak

7 T-Team

8 Sarawak

9 Penang

10 PDRM

11 Pahang

12 Terengganu

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Prestasi Selangor dalam saingan domestik musim ini masih boleh dibanggakan wa-laupun menempuh cerita suka duka hingga mampu menjejak-kan kaki ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia.

Pengurus The Red Giants, Ami-rudin Shari berkata, beliau me-ngakui kecewa atas k e g a g a l a n Selangor

SHAH ALAM - Selangor mengakhiri kem-pen Liga Super 2016 di tangga kelima selepas tewas 2-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), pada perlawanan terakhir di Stadium Shah Alam.

JDT menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama dengan Pereyra Diaz melakukan percubaan awal pada minit kelapan, namun tenang ditampan Norazlan Razali.

Norazlan sekali lagi mempamerkan ke-cemerlangan pada minit ke-11 apabila ber-jaya menepis percubaan Gary Steven Rob-bat dan disusuli percubaan lemah Juan Martin Lucero pada minit ke-17.

Selangor hanya melakukan percubaan pertama pada minit ke-25 menerusi Abdul Hadi Yahaya yang terkena palang, namun beliau terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan ‘offside’.

Juara Liga Super 2016 kembali menga-sak lima minit kemudian menerusi rem-

batan luar kotak penalti daripada Harris Ha-run, namun sekadar melewati palang gol.

Diaz yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Selangor hampir berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-35 tetapi berjaya ditolak keluar barisan per-tahanan.

Mohd Amri Yahya yang masuk pada minit ke-28 bagi menggantikan Aznie Taib juga buntu menterjemahkan pelu-ang gol apabila percubaannya didakap ke-mas Norazlan walaupun berjaya melepasi kawalan dua pemain pertahanan.

Bersambung babak kedua, kedua pasu-kan saling menyerang dan pada minit ke-52 percubaan Azammuddin Akil melepasi gawang gol.

Mauro Olivi berjaya membolosi ga-wang JDT pada minit ke-54, namun gol itu dibatalkan kerana ‘offside’.

Selepas sejam berlangsung, Diaz akh-irnya memecah kebuntuan jaringan apabi-

la berjaya melakukan larian solo sebelum melepasi halangan Norazlan lalu merem-bat kencang ke gawang Selangor bagi kedudukan 1-0.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Ahmad Haz-wan Bakri berjaya menyamakan kedudu-kan 1-1 pada minit ke-71.

Selang enam minit kemudian, Mohd Amri Yahya kembali meletakkan JDT men-dahului 2-1 selepas berjaya membolosi ga-wang Selangor hasil hantaran ke belakang S Chanturu.

Safiq Rahim hampir menjadikan kedudukan 3-1, namun sepakan percuma dari luar kotak penalti berjaya ditumbuk keluar Norazlan pada minit ke-88.

Secara keseluruhan, Selangor berjaya mengumpul 28 mata musim ini dengan tujuh kemenangan, tujuh seri serta lapan kekalahan di belakang JDT, Felda United, Kedah dan Kelantan.

Liga Super

Pencapaian Red Giants masih membanggakan

Selangor berada di tempat kelima

untuk berada di kelompok teratas liga, namun terpaksa menerima hakikat kecergasan dan kecede-raan membatasi segalanya.

“Kita mempunyai pasukan yang jauh lebih baik berbanding musim lalu. Mungkin ada bebe-rapa isu penting antaranya kecer-gasan dan kecederaan.

“Kita akan nilai aspek ini ke-rana pemain berdepan (jadual) permainan yang sangat padat khususnya apabila kita bersaing dalam Piala AFC.

“Ia memberikan kesan kepa-da momentum pasukan walau-pun kita memulakan musim ini dengan positif,” katanya ke-

tika diminta mengulas berke-naan persembahan Selangor sepanjang musim 2016.

Amirudin berkata, Sela-ngor tidak mempunyai skuad

besar musim ini iaitu sekitar 25

pemain berbanding 30 pemain bagi pasukan lain walaupun ber-aksi dalam Piala AFC.

Beliau berkata, kegagalan mendapat pemain berkaliber ketika jendela perpindahan ti-dak menjadi alasan buat Sela- ngor kerana ia dipatahkan de-ngan kejayaan mereka mara ke pentas akhir TM Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.

“Jendela perpindahan (trans-fer window) kalau gagal, kita ga-gal dalam Piala Malaysia tetapi

kita buktikan dapat beraksi de-ngan baik,” katanya.

Secara keseluruhan, Sela-ngor menduduki tempat kelima selepas berjaya mengumpul 28 mata musim ini dengan tujuh ke-menangan, tujuh seri serta lapan kekalahan di belakang JDT, Felda United, Kedah dan Kelantan.

Selangor berpeluang merang-kul piala tunggal, TM Piala Ma-laysia apabila bertemu Kedah di Stadium Shah Alam, pada 30 Ok-tober ini.

Kita mempunyaipasukan yang jauh lebih baik ber-banding musim lalu. Mungkin ada beberapa isu penting antaranya kecergas-an dan kecederaan.AMIRUDIN SHARIPengurus The Red Giants