If you can't read please download the document
Upload
ngothu
View
239
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Diraja
EDISIKhas
FLORIA DIRAjA PutRAjAyA2014
Diraja
02 | www.ppj.gov.my
Edisi Khas
Floria Diraja Putrajaya atau juga dikenali sebagai Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2014 telah mengambil tempat sebagai salah
satu program pelancongan, yang melakar kalendar acara gemilang Malaysia pada setiap tahun. Pada 2014 ini, sekali lagi melakar sejarah apabila mempunyai tapak kekalnya sendiri di Presint 4, Putrajaya. apa yang lebih mengagumkan ialah apabila ia mempunyai keluasan hampir sekali ganda berbanding tahun sebelumnya iaitu lebih kurang 29 ekar. Dengan wujudkan tapak kekal ini, Floria dijangka akan lebih diperkasa dengan pelbagai penambahbaikan infrastruktur dari masa ke semasa.
Kemeriahan warna-warni selama 9 hari berturut-turut yang bertemakan Begonia Pesona Warna telah berjaya menggamit pengunjung dari dalam dan luar negara. Di samping menghimpunkan ratusan ribu pokok bunga yang disusun dalam taman dengan pelbagai konsep dan reka bentuk, Floria Diraja Putrajaya 2014 telah menyajikan konsep dan format persembahan yang lebih tersusun dan menarik terutama menerusi 99
lot tapak pameran taman bunga dan landskap pelbagai kategori.
lebih kurang 200 orang pengusaha industri landskap serta bungaan tempatan dan antarabangsa telah mengambil bahagian dalam pameran, demonstrasi, jualan
tanaman bunga dan tanaman hiasan, hasil seni dan kraf tangan, bahan tanaman, baja, peralatan ladang dan perabot taman. Floria Diraja 2014 telah merekodkan jumlah jualan kasar terkumpul bagi bunga-bungaan, produk kraftangan, makanan dan minuman melebihi rM2.9 juta.
Festival kali ini juga telah melibatkan 1,950 orang penuntut, dan pensyarah universiti tempatan serta pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Putrajaya, Selangor dan Kuala lumpur dalam pameran dan pelbagai pertandingan landskap taman serta seni flora. Tahniah diucapkan kepada Dewan Bandaraya Kuala lumpur kerana laman yang berkonsep Taman raja Sehari Celebrate love telah dianugerahkan anugerah utama sempena Floria Diraja Putrajaya 2014 iaitu Floria Garden Prime award bagi taman terbaik di kalangan semua agensi.
SyuKur ke hadrat ilahi di atas kejayaan
Floria Diraja Putrajaya 2014 yang dianjurkan
oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk kali ketujuh ini. acara gilang-gemilang yang berlangsung dengan jayanya menyaksikan
kematangan pengisian tahun demi tahun, berjaya membawa
Floria Diraja Putrajaya 2014 ke satu tahap yang begitu membanggakan.
Jutaan tahniah diucapkan kepada
pasukan yang berdiri teguh di sebalik tabir acara berprestij ini, di
atas komitmen dan usaha gigih mereka.
Semangat yang ditunjukkan tanpa
berbelah bagi menjadi pencetus kejayaan penganjuran untuk
tahun 2014 apabila ia turut menerima gelaran anugerah Diraja dan sijil daripada Malaysia Book
of records.
"Kemeriahan warna-warni selama 9 hari berturut-turut
yang bertemakan Begonia Pesona
Warna telah berjaya menggamit
pengunjung dari dalam dan luar
negara. "
Tan Sri Dato Seri (Dr.) aseh Bin Hj Che MatPresiden, Perbadanan Putrajaya
SekalungPenghargaan
Dato Rogaizat Abdullah
Sashikala G.R. Nathan
Baharuddin Aziz
Mohd Syuhada Md Rashid
Haris Embong
Ariff Yunus
Asmawati Samsul
Abd Aziz Buang
Mohd Azmi Saperi
Aida Farisa Ibrahim
Faridz Amli Shaharudin
Nur Nisha Mohd Idrus
JamalludinBudin
Haslinda Khalid
buat pengunjung
Menjanjikan pameran yang lebih besar dan lebih menarik kali ini, Floria Diraja Putrajaya 2014 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama
Kementerian Wilayah Persekutuan di Persisiran Tasik, Presint 4 mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang menantikan gubahan bunga dan rekabentuk taman oleh pereka-pereka terkemuka dari 23 buah negara,
Bertemakan Pesona Warna, Floria Diraja Putrajaya 2014 menyajikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesies yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas dengan bunga BEGoNia atau aSaM BaTu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika dipilih sebagai bunga tema festival kali ini.
Dianjurkan buat kali ketujuhnya, hasrat PPj untuk mengadakan kerjasama pintar (smart partnership) dengan lain-lain agensi dan syarikat swasta menjadi kenyataan pada tahun ini apabila 31 agensi dan badan korporat menyajikan kepelbagaian pengisian dan aktiviti sepanjang 9 hari Floria Diraja Putrajaya 2014 berlangsung. Perkongsian pintar ini berfungsi sebagai platform terbaik bagi memberi kesedaran serta pendidikan mengenai pemuliharaan alam semulajadi serta untuk mengenali dan menyayangi flora dan alam sekitar kepada pengunjung terutamanya generasi muda yang akan mempelajari betapa pentingnya pemuliharaan alam semula jadi agar ia kekal bagi generasi-genarasi akan datang.
FLORIA DIRAjA PutRAjAyA 2014
Perasmian yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Janjikan KelainanTapak baharu FLOrIa
DIraja puTrajaya DI presInT 4 DITranFOrmasIkan
menjaDI hamparan bunga Terbesar sepanjang 9 harI
FLOrIa DIraja puTrajaya Dengan perasmIan yang
DIsempurnakan OLeh serI paDuka bagInDa
yang DI-perTuan agOng aLmuTasImu bILLahI
muhIbbuDDIn Tuanku aLhaj abDuL haLIm muaDzam
shah IbnI aL-marhum suLTan baDLIshah Dengan DIIrIngI serI paDuka bagInDa raja
permaIsurI agOng, Tuanku hajah hamInah.
Diraja
03
Perarakan Magic of the Night menyaksikan keindahan persembahan kapal berhias daripada Perbadanan Putrajaya.
Maskot FLORIA DIRAjA PUTRAjAYA 2014 iaitu Flo dan Ria yang turut menjadi daya penarik acara tahunan ini.
Begonia atau asam Batu, spesies tanaman yang tidak asing buat penggemar tumbuhan di Malaysia. ia antara
tanaman yang sering menghiasi halaman di kampung-kampung dan tidak ketinggalan kediaman di bandar.
Pesona daun dan bunganya yang terdiri daripada pelbagai spesies, menghasilkan bunga menarik untuk tatapan peminatnya. uniknya tentang tanaman ini ialah ia begitu indah dipamerkan sebagai tanaman hiasan berpasu dan renek pengisi ruang di antara tumbuhan lain. Kesannya akan lebih dominan sekiranya ditanam dalam kuantiti yang banyak dan dalam bentuk hamparan.
Sesuai di kawasan teduh, pukauan Begonia tidak pernah menghampakan para pengumpul koleksi ini sejak dahulu hingga kini.
Pikat Hati Pengunjung
Terdapat 60 spesies hybrid Asam Batu dipamerkan di FloriA Diraja Putrajaya 2014.
Terdapat 2,000 spesies dan hybrid Asam Batu di seluruh dunia dan jenis berdaun adalah paling popular di Malaysia.
Pesona Begonia
04 | www.ppj.gov.my
Edisi Khas
Floria Diraja Putrajaya 2014 iaitu festival bunga berprestij yang di anjurkan oleh Perbadanan Putrajaya mencatat kejayaan dalam kelasnya yang tersendiri apabila menerima pelbagai pengiktirafan pada tahun ini. antaranya ialah dianugerahkan sijil Malaysian Book of records (MBor)
bagi penyertaan antarabangsa terbanyak iaitu 43 penyertaan daripada pereka kebun dan bunga antarabangsa mewakili 23 buah negara.
Floria Diraja Putrajaya 2014 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan penyertaan 43 orang international garden designers dan florists yang mewakili 23 buah negara serta penglibatan beberapa pihak korporat yang kini bergelar rakan pintar atau smart partners kepada PPj, kata Tan Sri (Dr.) aseh Che Mat.
Dalam masa yang sama, Floria Diraja Putrajaya 2014 turut mencatat sejarah apabila diberikan penganugerahan status Diraja oleh yang Di-Pertuan agong, Tuanku abdul Halim Muadzam Shah dengan nama Floria Diraja bermula tahun ini. ia adalah satu pencapaian terbaik buat Perbadanan Putrajaya (PPj) di atas usaha dan komitmen menganjurkan festival bunga dengan persembahan cemerlang saban tahun.
Turut membanggakan apabila Floria Diraja Putrajaya menerima anugerah Best Brand pada majlis The Brandlaureate 2014. ia adalah satu penanda aras dalam mengiktiraf penjenamaan festival
Pengiktirafan disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Tan Sri Danny Ooi (berbaju merah) kepada Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri (Dr.) Aseh Che Mat.
di Persada Antarabangsa
FLORIA DIRAjA PutRAjAyAHarumkan Malaysiaini sepanjang tujuh kali ia dianjurkan. Perbadanan Putrajaya (PPj) akan terus mengorak langkah membawa acara gah ini ke tahap lebih tinggi dalam melakar nama Floria Diraja Putrajaya di peringkat antarabangsa.
Timbalan Pengarah, Bahagian Seni Taman, Puan Haslinda
Khalid turut menerima anugerah The Brandlaureate 2014.
Diraja
05
Payung berwarna-warni seolah terapung di awangan menyambut kedatangan pengunjung di pintu masuk.
06 | www.ppj.gov.my
Edisi Khas
Keunikkan Floria Diraja Putrajaya 2014 ialah ia mempamerkan pelbagai idea kreatif terbaik daripada pereka-pereka tempatan juga antarabangsa. Sentuhan kreativiti memalit kanvas
acara ulung tahunan ini berjaya menggamit perhatian pengunjung.
Tidak hanya mempamerkan idea berbeza dari tahun ke tahun, Floria Diraja Putrajaya 2014 turut mengetengahkan pendekatan dan tema berbeza saban tahun dalam menobatkan imej tersendiri acara berprestij ini.
Warna-warni Floria berjaya menjadi daya tarikan ribuan pengunjung menjejakkan kaki ke sini tanpa jemu setiap tahun serta menjadi acara yang dinanti-nanti oleh peminat seni taman di Malaysia.
Hamparan pin wheel a
ntara daya tarikan yang
menjadi
perhatian pengunjung di
FLORIA Diraja Putrajaya
2014.
Reka bentuk menarik yang terdapat di Taman Tergantung milik Perbadanan Putrajaya (PPj).
Idea Kreatif taruhanFLORIA DIRAjA PutRAjAyA 2014
Diraja
07
Komitmen kerajaan dalam melahirkan sebuah negara dalam taman, direalisasikan apabila kursus-kursus seni bina landskap dan hortikultur diperkenalkan di sekolah dan juga institusi pengajian tinggi.Wawasan yang dibawa oleh genarasi muda ini diperlihatkan dalam karya-karya binaan landskap mereka di Floria Diraja Putrajaya 2014. Penyertaan memberansangkan setiap tahun ini menjadi platform terbaik buat generasi muda ini mengasah bakat.
Penyertaan dari IPTA/IPTS buah
Visi Generasi MudaBakal Melakar Landskap Negara
Kehebatan para pelajar begitu terserlah dengan kreativiti mereka bermain dengan
cahaya.
SENARAI PEMENANG FLORIA GARDEN AWARD
KATEGORI UNIVERSITI: KolEJ riSDa (GolD)
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH: SMK SEri iNDaH (GolD)
KATEGORI SEKOLAH RENDAH: SK PuTraJaya PrESiNT 18 (1)-GolD
Kolej Risda membolot
anugerah emas dengan idea menarik yang
diketengahkan.
Botol-botolterbuang digubah
menjadi lampu-lampu unik dan
menarik.
08 | www.ppj.gov.my
Edisi Khas
Tanpa yang lama, tidak akan ada yang baru. Menghargai yang lama, raikan inovasi baru maka lahirlah sebuah bangsa maju yang sentiasa bergerak ke hadapan. Pameran
taman di Floria Diraja Putrajaya 2014 turut memuatkan barangan nostalgia sebagai daya tarikan tema yang diketengahkan. Malah ada diantaranya mempunyai nilai sentimental tinggi mengimbaukan pengunjung akan sejarah Tanah Melayu.
Merentas ZamanKenangan
Diraja
09
Raikan Cinta penyaTuan cInTa Dua haTI DIzahIrkan Dengan DekOrasI InDah perkahwInann DaLam Taman.
Taman-taman perkahwinan dipamerkan di plot-plot Floria Diraja Putrajaya 2014 memberi inspirasi yang bukan sedikit kepada pengunjung. Malah pengunjung begitu terpesona dengan reka bentuk garden wedding yang diketengahkan. Penataan
idea dekorasi perkahwinan dalam taman
memberi dimensi baru konsep majlis perkahwinan
di Malaysia.
Si uda & Dara
Edisi Khas
10 | www.ppj.gov.my
Garden wedding oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai juga tidak kurang hebatnya menarik perhatian pengunjung. Gerbang
indah menyambut
tetamu menambah
pesona kepada
dekorasi taman.
Diraja
11
tAMAN-tAMAN teRBAIk taruhan Perbadanan Putrajaya (PPj)
Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak ketinggalan dalam mempamerkan reka bentuk taman menarik buat tatapan pengunjung Floria Diraja Putrajaya 2014. antaranya seperti Taman Diraja, Taman Tergantung, Taman inovasi dan juga Taman PPj. Sentuhan pasukan ini dalam memberi hanya yang terbaik dapat dilihat pada garapan idea dan hasil rekaan pada taman-taman ini.
Taman Tergantung gabungan ranting-
ranting kayu dan kontena kelihatan unik dan berbeza.
Replika kapal yang terdapat di Taman Diraja menonjolkan keunikan reka bentuk kapal tradisional serta mempamerkan kehalusan seni pertukangan Melayu.
Edisi Khas
12 | www.ppj.gov.my
Taman PPj menarik minat pengunjung dengan
keunikan terowong yang berbentuk ulat bulu yang
menjadi laluan pintu masuknya.
Diraja
13
FLORAL PAvILION Pamer kreativiti Gubahan
Bunga orkid digubah indah pukau tumpuan pengunjung.
Penggunaan bunga-bunga segar dibentuk kreatif.
Pemenang FLORIA Diraja Putrajaya Cup 2014, Win Chan Weng Leong
pamerkan hasil seni terbaik.
Bunga Segar
Edisi Khas
14 | www.ppj.gov.my
Senarai Pereka ANtARABANGSA
Mirwansyah Iewan, INDONESIA
jeoung Hun-Young, KOREA
Orchid Society of South East Asia,
OSSEA Poo Chesdmethee, THAILAND
Hans Christiansen, DENMARK
Hamidah Abdul Karim, SINGAPURA
Petra Konrad, GERMANY john Haines Aifd
Liao Wen Hao, TAIWAN
Ringo Wong Shing, HONG KONG
joseph Ven Dumadag, FILIPINA
To Duy Kha VIETNAM
Sun Liang Yin, CHINA
Peter Chin, SINGAPURA
Haruhiko Nagata jAPAN
Lawrence (Chong aGe Sun) - CHINA
Xiao Ming Gui, CHINA
Mohafairul Rafiq, MALAYSIA
jan van Doesburg NETHERLANDS
joo, Hung Mo,KOREA
Rudy T.mintartoINDONESIA
Chen Zhao Mei, TAIWAN
Francesc Porres PORRES
Chng Cheng HOON, MALAYSIA
Alice Amber RUSSIA
Anson Low AIFD, CFDSINGAPORE
Win Chan, MALAYSIA
Wong Vui, BRUNEI
Ha Minh Khoi, VIETNAM
Alessandro Valenza ITALY
Kuo Cheng-Ho (TFDA, TAIWAN)
Suwan Hirunworawutkul
President of the Royal Horticultural Society of
Thailand
Diraja
15
Haslinda Khalid
Timbalan Pengarah Bahagian Seni Taman
Baharuddin Aziz
Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan & Kawalan Landskap
Abd Aziz Buang
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan & Kawalan Landskap
Haris EmbongKetua Penolong Pengarah
Bahagian Seni Taman
Aida Farisa IbrahimKetua Penolong Pengarah
Bahagian Seni Taman
Encik Ariff Bin YunusPenolong Pengarah Kanan
Bahagian Seni Taman
Jamalludin BudinPenolong Pengarah Kanan
Bahagian Pengurusan & Kawalan Landskap
Nur Nisha Mohd Idrus
Penolong Pengarah KananBahagian Seni Taman
Faridz Amli Shaharudin
Penolong Pengarah Kananjabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan
FeStIvAL FLORIADIRAjA PutRAjAyA2015
Jumpa Kami Di
Mohd Syuhada Md RashidPenolong Pengarah Kanan
jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan
Mohd Azmi SaperiPenolong Pengarah Kanan
jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan
Sashikala G.R. NathanPenolong Pegawai Penerangan
Bahagian Seni Taman
Asmawati SamsulPenolong jurutera
Bahagian Seni Taman
Tan Sri Dato Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che MatPresiden Perbadanan Putrajaya
Dato Rogaizat Abdullah
Naib Presiden (Landskap & Taman)