3
8/6/2019 Folio Bm Kerjaya http://slidepdf.com/reader/full/folio-bm-kerjaya 1/3 Tun Jaafar menang lima kali Mr. Malaysia Tun Jaafar Abdul Rahim, 32, menyertai kerjaya polis berbekalkan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 1999. Surat yang diterima memintanya mendaftar diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Lebih-lebih lagi setelah percubaannya yang pertama gagal menyebabkan ketika itu dia mengambil keputusan bekerja sebagai penjaga stor sebuah pusat membeli-belah bagi mencari wang saku. Semasa di Pulapol, Jaafar seperti pelatih-pelatih yang lain mengharungi pelbagai bentuk latihan bercorak fizikal dan teori bagi melengkapkan diri seorang anggota polis berdisiplin tinggi dan berwibawa. Baginya, semua cabaran itu dihadapi dengan tabah kerana cita-cita untuk menjadi polis sudah menjadi impiannya sejak di bangun sekolah lagi. µµKeazaman itu menguatkan lagi semangat saya untuk melakukan yang berbaik sepanjang tempoh latihan tersebut,¶¶  jelas konstabel kelahiran Sandakan, Sabah ini. Malah ujarnya, dia juga perlu membuktikan kepada ibunya yang agak kurang bersetuju dia menjadi anggota polis sebagai tanggapan yang salah. Katanya, ibunya lebih berminat jika dia bekerja dengan urusan pentadbiran di pejabat berbanding menjadi polis yang agak terdedah kepada bahaya hingga boleh meragut nyawa. Kalau dilihatkan kelayakan akademik, Jaafar tiada bezanya dengan anggota-anggota lain malah perlu bekerja kuat untuk menikmati kenaikan pangkat dan jawatan. Namun bakat yang terpendam mula ditonjolkan selepas dia menamatkan latihan di Pulapol. Malah dia sendiri juga tidak sedar, terdapat banyak kemudahan dan usaha menonjolkan bakat dalam kerjaya kepolisan, salah satunya bidang sukan bina badan. Bagaikan mengantuk disorong batal, apabila mendapat tahu terdapat gimnasium yang lengkap dengan peralatan, Jaafar terus mengggunakan kemudahan itu dengan serius dalam sukan bina badan. µµSaya gembira sekali kerana selain layak menjadi polis, cita-cita saya untuk membina otot-otot badan yang diimpikan selama ini tercapai,¶¶ luahnya sambil tersenyum. Tun Jaafar Abdul Rahim ketika menerima Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel dari Komandan Pulapol, Datuk Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad pada tahun 2000. - Gambar NORHAYATI UMOR

Folio Bm Kerjaya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Folio Bm Kerjaya

8/6/2019 Folio Bm Kerjaya

http://slidepdf.com/reader/full/folio-bm-kerjaya 1/3

Tun Jaafar menang lima kali Mr.

Malaysia

Tun Jaafar Abdul Rahim, 32, menyertai kerjaya polis

berbekalkan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

pada 1999.

Surat yang diterima memintanya mendaftar diri di Pusat Latihan

Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur disambut dengan

penuh rasa syukur dan gembira.

Lebih-lebih lagi setelah percubaannya yang pertama gagal

menyebabkan ketika itu dia mengambil keputusan bekerja

sebagai penjaga stor sebuah pusat membeli-belah bagi

mencari wang saku.

Semasa di Pulapol, Jaafar seperti pelatih-pelatih yang lain

mengharungi pelbagai bentuk latihan bercorak fizikal dan teori

bagi melengkapkan diri seorang anggota polis berdisiplin tinggi

dan berwibawa.

Baginya, semua cabaran itu dihadapi dengan tabah kerana

cita-cita untuk menjadi polis sudah menjadi impiannya sejak di

bangun sekolah lagi.

µµKeazaman itu menguatkan lagi semangat saya untuk

melakukan yang berbaik sepanjang tempoh latihan tersebut,¶¶

 jelas konstabel kelahiran Sandakan, Sabah ini.

Malah ujarnya, dia juga perlu membuktikan kepada ibunya

yang agak kurang bersetuju dia menjadi anggota polis sebagai tanggapan yang salah.

Katanya, ibunya lebih berminat jika dia bekerja dengan urusan pentadbiran di pejabat berbanding

menjadi polis yang agak terdedah kepada bahaya hingga boleh meragut nyawa.

Kalau dilihatkan kelayakan akademik, Jaafar tiada bezanya dengan anggota-anggota lain malah perlu

bekerja kuat untuk menikmati kenaikan pangkat dan jawatan.

Namun bakat yang terpendam mula ditonjolkan selepas dia menamatkan latihan di Pulapol.

Malah dia sendiri juga tidak sedar, terdapat banyak kemudahan dan usaha menonjolkan bakat dalam

kerjaya kepolisan, salah satunya bidang sukan bina badan.

Bagaikan mengantuk disorong batal, apabila mendapat tahu terdapat gimnasium yang lengkap dengan

peralatan, Jaafar terus mengggunakan kemudahan itu dengan serius dalam sukan bina badan.

µµSaya gembira sekali kerana selain layak menjadi polis, cita-cita saya untuk membina otot-otot badan

yang diimpikan selama ini tercapai,¶¶ luahnya sambil tersenyum.

Tun Jaafar Abdul Rahim ketika

menerima Sijil Tamat Latihan Kursus

Asas Konstabel dari Komandan Pulapol,

Datuk Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad

pada tahun 2000. - Gambar

NORHAYATI UMOR

Page 2: Folio Bm Kerjaya

8/6/2019 Folio Bm Kerjaya

http://slidepdf.com/reader/full/folio-bm-kerjaya 2/3

Bermula dari situ, dia yang ditugaskan di Cawangan Unit Landskap, Bahagian Kem Komandan, Bukit

 Aman sentiasa menghabiskan masa di gimnasium apabila ada masa terluang.

Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit akhirnya dibayar nilai setimpal apabila Jaafar memenangi

sebanyak lima kali Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Mr. Malaysia (Kategori berat badan 55 hingga 60

kilogram).

Kemuncaknya Jaafar juarai kategori terbuka bawah 70 kilogram dalam satu pertandingan di Indiana,

 Amerika Syarikat pada 2001.

Menceritakan detik-detik kejayaan itu, jernih matanya menyatakan satu kepuasan tetapi mahu terus

berjaya lagi.

Katanya, pengiktirafan dan menjuarai lima kali Mr. Malaysia satu kenangan cukup manis yang di luar 

 jangkaannya sama sekali.

µµMulanya saya membina otot-otot kerana minat dalam bidang bina badan tetapi setelah berjaya

mengharumkan nama polis dan negara di peringkat antarabangsa, memang disukarkan diluahkan

dengan kata-kata.

µµPastinya bangga dan saya dapat buktikan kepada masyarakat walaupun hanya berpangkat konstabel

tetapi saya tetap mampu menyumbang sesuatu untuk pasukan dan negara,¶¶ jelasnya.

Katanya, kejayaan itu juga membuktikan keputusan memilih polis sebagai kerjaya adalah pilihan yang

tepat.

Menurut Jaafar, setiap tugasan termasuk semasa melakukan latihan di gimnasium dilakukannya dengan

terbaik bagi kepuasan diri sendiri.

µµBagi saya, untuk menjadi yang terbaik seseorang itu perlu memberikan komitmen sepenuhnya semasa

latihan dan itulah yang saya lakukan terhadap kerjaya polis dan sukan ini,´ katanya.

Dia puas dengan kejayaan sekarang kerana mampu mencatat sejarah dalam kerjaya kepolisan yang

tidak pernah diimpikan selama ini.

Namun dia juga sedar kejayaan itu tidak dapat dicapai tanpa usaha dan sokongan rakan-rakan termasuk

pegawai-pegawai kanan polis di Bukit Aman.

Jaafar juga berterima kasih dengan pengurusan di Bukit Aman kerana tugasnya di Cawangan Unit

Landskap membolehkannya mempunyai banyak masa untuk berlatih di gimnasium.

Katanya, inilah rutin hidupnya selain memberi tumpuan untuk membantu tugas-tugas di pejabat waktu

terluang pada sebelah malam atau hari cuti rehat berlatih.

Ini kerana, jelasnya, untuk mengekalkan bentuk badan yang cantik memenuhi kualiti seorang juara

bukanlah mudah termasuk bagi mengelakkan berat badan.

µµNamun bagi saya cabaran menguatkan lagi keazaman saya kerana kalau tidak memang pertandingan

pun anggota memang digalakkan menjaga kecergasan pada setiap masa,¶¶ ujarnya.

Page 3: Folio Bm Kerjaya

8/6/2019 Folio Bm Kerjaya

http://slidepdf.com/reader/full/folio-bm-kerjaya 3/3

 

NUR ALIFAH BT MOHAMAD AFANDI

11448

4 VANDA

PUAN EVA ROSAINI SARAH BT ALAI