18
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar Kubang Keranji, 16150 Kota Bharu, Kelantan TAJUK : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DI BANDAR BARU KUBANG KERIAN, KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN NAMA : NURRUL NADZIELA BT MOHD YUSOF K/P : TINGKATAN : 2 LONG GAFAR 1 (BITARA) NAMA GURU : PUAN KHALIZAH BT SEMAIL

Folio Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Di Kawasan Kajian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

- Petempatan- PBS Geo Form 2 2013- Bandar Baru Kubang Kerian

Citation preview

Sekolah Menengah Kebangsaan Long GafarKubang Keranji, 16150 Kota Bharu, Kelantan

TAJUK :

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DI BANDAR BARU KUBANG KERIAN, KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN

NAMA : NURRUL NADZIELA BT MOHD YUSOFK/P : TINGKATAN : 2 LONG GAFAR 1 (BITARA)NAMA GURU : PUAN KHALIZAH BT SEMAIL

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

Peta Negeri Kelantan Darul Naim Peta Daerah Kubang Kerian Peta Kawasan Kajian Bandar Baru Kubang Kerian

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

Konsep Migrasi Dalaman Penduduk Pola Migrasi Dalaman Penduduk Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk Kesan Migrasi Dalaman Penduduk Cadangan Untuk Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk Penerapan Nilai Atau Unsur Patriotisme

RUMUSAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapatmenyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan. Saya mengambilkesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Kamaruddin B. Jaffar, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar di atas segala kemudahan yang disediakan bagi memudahkan parapelajar menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru Geografi saya, Puan Khalizah Bt. Semaildi atas segala penerangan, tunjuk ajar dan panduan tentang cara melaksanakankajian ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan moral,bantuan kewangan, pengangkutan serta banyak mengorbankan masa dalam membantusaya.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yangmenyumbangkan idea yang bernas dan sudi bekerjasama serta membantu saya mencari,mengumpul dan bertukar-tukar maklumat.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua responden yangsudi ditemu-ramah dan memberikan kerjasama yang amat baik untuk membantu sayamenyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan syarat untuk Ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), murid tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja kursus di kawasan pilihan. Saya semua diberikan tajuk Migrasi Dalaman Penduduk. Murid-murid telah diberikan masa selama 3 mingguuntuk menyiapkan tugasan ini.

Saya telah memilih kawasan Bandar Baru Kubang Kerian kerana kawasan ini terletakberdekatan dengan rumah saya dan kawasan ini juga telah mengalami perkembanganurbanisasi yang cukup memberasangkan.

Kajian yang saya jalankan meliputi aspek berikut:

Konsep migrasi dalaman penduduk

Pola migrasi dalaman penduduk

Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk

Kesan migrasi dalaman penduduk

Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah:

Mendifinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas.

Menyatakan pola migrasi penduduk di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk Di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku Di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan mengenai kepentingan migrasi.

KAWASAN KAJIAN

Dalam kajian saya ini, saya telah memilih Bandar Baru Kubang Kerian yang merupakan bandar yang pesat membangun akibat ekonomi yang rancak dan stabil. Jarak kawasan kajian dengan bandar Kota Bharu ialah 5 km, manakala jarak dengan jalan utama pula ialah 0.5 km.

Bandar Baru Kubang Kerianialah sebuah bandar di jajahanKota Bharu,Kelantan,Malaysia. Kampus cawanganUniversiti Sains Malaysia(USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasukJabatan Neurosains), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran,Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) terletak di kawasan kampus.

Majoriti penduduk di sini merupakan Muslim. Terdapat masjid di sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah masjid biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM.

Peta Negeri Kelantan Darul Naim

Peta Daerah Kubang Kerian

Peta Kawasan Kajian Bandar Baru Kubang Kerian

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang sesuaidigunakan untuk memudahkan saya memperoleh dan mencatat semua maklumat secaraterperinci dan sistematik. Kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:-

1 Kaedah Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian bersama beberapa orang rakan saya. Saya perhatikantentang perletakan kawasan kajian dari segi penolong darat dan pola migrasi maklumatyang saya terima.

2 Kaedah Temu Bual Saya memulakan temu bual beberapa orang sumber tempatan yang saya pilih secararawak. Saya mengumpulkan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka dalam migarsidan pekerjaan mereka.

3 Kaedah Rujukan Saya telah merujuk kepada buku teks geografi Tingkatan 2 dan sedikit rujukan dariinternet untuk mengetahui maklumat kajian ini .Saya juga merujuk kerja kursus parapelajar tahun yang terdahulu bagi memantapkan lagi hasil kerja ini.

HASIL KAJIAN

Konsep Migrasi Dalaman Penduduk

Migrasi ialah perpindahan penduduk yang melangkahi sempadan. Migrasi dalaman ialahpenghijrahan penduduk yang berlaku dalam negara, sama ada migrasi bandar ke bandaratau dari luar bandar ke bandar. Contohnya dari Gua Musang ke Kota Bharu. Migrasidalaman berlaku kerana kerana beberapa faktor yang menyebabkan mereka berpindah.

Pola Migrasi Dalaman Penduduk

Berikut merupakan jenis migrasi yang wujud di kawasan Bandar Baharu Kubang Kerian:-

MIGRASI BANDAR KE BANDAR

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kajian saya.Migrasi ini berlaku disebabkan oleh para belia yang ingin melanjutkan pelajaranke bandar lain, faktor pekerjaan dan ingin mencari pengalaman baru di tempatlain. Ini merupakan salah satu jenis migrasi yang terdapat di kawasan saya.Contohnya belia yang berasal dari Bandar Baru Kubang Kerian yang ingin berpindah kebandar yang lain untuk melanjutkan pelajaran.

MIGRASI LUAR BANDAR KE BANDAR

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kajian saya. Keadaan ini berlaku keranaadalah disebabkan faktor tarikan di kawasan saya di mana jaringanpengangkutannya yang banyak dan sempurna, peluang pekerjaan yang banyak,terdapatnya pusat pendidikan dan boleh menikmati kehidupan yang lebih selesadaripada keadaan di luar bandar di mana terdapatnya kekurangan dan tidakkeselesaan. Contohnya penduduk yang tinggal di luar bandar datang ke BandarBaru Kubang Kerian untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

Bahan Grafik

JADUAL POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR BARU KUBANG KERIANJenis MigrasiJumlah Penduduk

Bandar ke Bandar75 orang

Luar Bandar ke Bandar25 orang

CARTA PAI PERATUS POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDARBARU MERGONG

25%

Bandar ke Bandar Luar Bandar ke Bandar

75%

Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk

Melanjutkan pelajaranDi sekitar Kubang Kerian terdapat kampus cawanganUniversiti Sains Malaysia(USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasukJabatan Neurosains), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan.Apabila mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran, para pelajar terpaksa berpindah ke tempat yang baru ini. Ini menyebabkan kawasan sekitar tempat pengajian mereka menjadi lebih ramai.

Peluang pekerjaanDengan adanya Pasaraya Besar Mydin maka 2000 peluang pekerjaan telahdisediakan. Justeru itu, ramai orang akan datang ke Bandar Baru Kubang Kerian keranabanyak peluang pekerjaan disediakan.

PerkahwinanPerkahwinan yang berlaku antara penduduk setempat dan penduduk kawasanlain boleh juga menyebabkan migrasi. Contohnya perkahwinan penduduk sekitar Kubang Kerian dengan penduduk negeri lain dan perkahwinan dengan penduduk daerahlain.

DarjahDarjah ketersampaian juga merupakan satu faktor Bandar Baru Kubang Kerianterus berkembang maju. Perjalanan dari Bandar Baharu Kubang Kerian ke Bandar Kota Bharu cuma mengambil masa 20 minit sahaja.

Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

KESAN POSITIF

Penduduk bertambahDengan migrasi dalaman yang berlaku di kawasan Bandar Baru Kubang Kerian ini maka penduduk sekitar akan bertambah. Dengan penambahan penduduk di kawasan ini, aktivitiekonomi juga akan bertambah. Di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian ini terdapat restoran yang menjual pelbagai hidangan yang enak. Selain dari itu terdapat juga warung warung kecil yang beroperasi lewat malam. Taraf hidup meningkatMigrasi dalaman penduduk yang berlaku di kawasan ini menyebabkan taraf hiduppenduduk setempat meningkat. Ini kerana mereka telah menjalankan perniagaansecara kecil-kecilan seperti membuka warung-warung makanan. Terdapat jugapara penduduk yang membuka kedai runcit sedia menyediakan rumah-rumahuntuk sewaan samada untuk pelajar pengajian tinggi atau para pekerja di sekitarsini.

Buruh bertambahMigrasi dalaman yang berlaku ini akan menyebabkan buruh-buruh mahir danburuh separuh mahir akan bertambah. Ini akan memudahkan operasi sesebuahkilang dapat dijalankan dengan sempurna. Ini juga akan meningkatkan kuantitibarangan sesebuah kilang, contohnya kilang makanan minuman dan lain-lain lagi.

Masyarakat majmukMigrasi dalaman yang berlaku menyebabkan kawasan Kubang Kerian ini mempunyaipenduduk yang pelbagai kaum. Ini akan menyemarakkan lagi konsep 1 Malaysiayang telah menjadi agenda dan aset bagi menyemarakkan perhubungan antarakaum.

Unsur patriotismeSesungguhnya migrasi dalaman ini akan mengeratkan lagi perhubungan antarakaum di sekitar ini. Ini kerana mereka hidup dalam suasana yang harmoni dantenteram dan saling tolong-menolong.

KESAN NEGATIF

Masalah sosialMasalah sosial yang berlaku di sekitar sini ialah pecah rumah, masalah matrempit, vandalisme dan lainlain lagi. Masalah pecah rumah sering berlaku dikawasan taman perumahan. Kehilangan motosikal sering juga berlaku. Sistemjalan raya yang baik juga menyebabkan anak-anak muda menjadikan jalan rayasebagai tempat untuk berlumba. Selain itu, masalah sosial pekerjakilang yang sering ditangkap khalwat dengan pasangan mereka masing-masing.

Persaingan pekerjaanMigrasi dalaman juga menyebabkan persaingan pekerjaan menjadi sengit antarapenduduk tempatan dengan penduduk migrasi.

PengangguranPengangguran akan bertambah bagi penduduk tetap di kawasan Kubang Kerian. Iniadalah kerana peluang pekerjaan yang ada telah dimonopolikan oleh pihak yangmenjalankan migrasi dalaman.

Cadangan Untuk Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Menguatkuasakan undang-undangPihak berwajib mestilah memantau kawasan yang dianggap hitam contohnyakawasan sekitar pasar dan kawasan awam. Pihak polis hendaklah sentiasamembuat rondaan di kawasan tersebut.

Mewujudkan Rukun TetanggaKawasan perumahan di Bandar Baru Kubang Kerian juga merupakan taman perumahanyang sangat luas. Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk kawasan ituboleh mewujudkan Rukun Tetangga. Pihak rukun tetangga harus bekerjasamadengan polis.

Mewujudkan peluang pekerjaanPeluang pekerjaan lebih banyak akan diwujudkan sekiranya banyak kilang danpusat perniagaan dibuka. Contohnya, kawasan sekitar Mydin yang barudibangunkan dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan.

Penerapan Nilai Atau Unsur Patriotisme

Sesungguhnya saya bersyukur kerana kawasan Kubang Kerian ini lengkap dengansegala kemudahan prasarana dan segala kemu kemudahan ini hendaklah kitamenghargai dan menjaganya.

RUMUSAN

Migrasi dalaman ini sememangnya suatu perkara yang terjadi di kalangan masyarakat. Migrasi ini juga perlulah dikawal agar tidak menimbulkan masalah pada penduduk. Contohnya, kemasukan warga asing yang tidak terkawal dan menimbulkan ketidaksetabilan kepada penduduk setempat. Selain itu, bagi golongan belia pula digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang berharga bagi membangunkan kawasan setempat.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajarandi IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap.

Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan.

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan ini, saya mendapati bahawa kawasan Bandar Baru Kubang Kerian ini mempunyai pola migrasi yang unik serta kompisisi masyarakat yang berbilang kaum. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana penduduk di kawasan ini dapat hidup dengan aman tanpa konflik. Mereka juga berinteraksi dengan baik dan mengelakkan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Akhir sekali, masyarakat di kawasan ini merupakan masyarakat yang prihatin dan ringan tulang.

RUJUKAN

Internet http :// www.malaysia.maps.com http :// www.yahoo.com

Buku Teks Geografi Tingkatan 2

Buku Rujukan Esensi Geografi PMR (Huzaini Hussin) Penerbit Mega Setia Emas SDN BHD

LAMPIRAN