Folio Geografi 2011

Embed Size (px)

Citation preview

PENDAHULUANBagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2011,pelajarpelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah.Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar Di Pekan Pengkalan Hulu,Perak. Saya memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Pekan Pengkalan Hulu kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya.Di pekan ini terdapat banyak kawasan petempatan yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun.Selain itu,juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk pekan-pekan yang berhampiran untuk keluar ke Gerik,Perak dan Baling,Kedah.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini,kami telah menjalankannnya selepas waktu persekolahan .Masa yang diperuntukan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan. Sekian ,terima kasih.

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu,Puan Zaiton Bt Othman kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat folio sejarah ini.Terima kasih juga,saya tujukan kepada guru Sejarah Tingkatan 3 Deka Sains Encik Ahmad Nawi Bin Mohammad Noor yang sentiasa memberikan tunjuk ajardan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya,Mustafa Bin Md Yusof dan Salamiah Bt Haji Abdul Rahman yang telah memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapakan kerja kursus Sejarah ini.Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja kursus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu Hasif Azfar bin Johari,Khairul Anwar bin Jauneh,Nurul Atikah Binti Mohd Iskandar dan semua pihak yang membantu saya bagi menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.

OBJEKTIF KAJIANAntara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah: Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Pengkalan Hulu,Perak Mengenalpasti jenis-jenis pencemaaran alam sekitar di Pengkalan Hulu,Perak Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Pengkalan Hulu,Perak Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Pengkalan Hulu,Perak. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Pengkalan Hulu,Perak.

Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

KAWASAN KAJIANKawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Pengkalan Hulu,Perak iaitu kira-kira 54 km di utara Bandar Gerik,Perak.Pengkalan Hulu merupakan sebuah kawasan kediaman yang membangun dari masa ke semasa.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit.Pada akhir 1980-an,kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasn petempatan utama di Pengkalan Hulu.Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.

Kawasan Pengkalan Hulu terletsk di parlimen Gerik dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Daerah Pengkalan Hulu.Kawasan perumahan di Pengkalan Hulu ini termasuk Taman Aman,Taman Nilam,Taman Damai,Taman Sentosa,Taman Datok Lam Kok Yong dan yang lain.Di Pengkalan Hulu,pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan system pengangkutan yang moden.Bagi penduduk pekan ini yang ingin pergi ke Bandar Gerik hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM18.00 jika menaiki teksi.Manakala bagi yang menaiki bas pula ,penduduk perlu membayar RM4.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

KAEDAH KAJIANBagi mendapatkan maklumat dengan lebioh lanjut,saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) KAEDAH PEMERHATIAN -Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaandi Pengkalan Hulu dengan melihat sistem perparitan serta sistem pembuangan samapah.Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai.

2) KAEDAH SOAL SELIDIK -Saya juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang respondenyang terdiri daripada penduduk sekitar pekan ini.Soalan yang saya berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi.

3) KAEDAH RUJUKAN -Untuk melengkapkan lagi laporan saya ini,saya juga telah membuatbeberapa rujukan di Perpustakaan SMK Pengkalan Hulu.Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Jabatan Penerangan Pengkalan Hulu.

HASIL DAPATANKONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR:Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan(mengotorkan)-pengotoran alam- perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau arasaras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organismaorganisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Kesimpulannya,pencemaran perlu dijaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kita berada dalam keadaan yang baik dan terkawal.

PENCEMARAN AIRPencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitui meluas kerana didapati di seluruh dunia. Contohnya,pembuangan air kumbahan,sisa-sisa kimia,haba,pembuangan sampah dan sebagainya.Saya juga telah mendapati bahawa di kawasan tempat tinggal saya juga ada yang membuang air kumbahan,sampah-sarap kedalam sungai dan mentuba ikan secara haram.Hal ini akan menyebabkan penduduk setempat yang menjadikan sumber air sungai sebagai sumber utama akan terjejas.Kawasan itu ialah di sungai Kampung Ayer Panas yang telah saya kaji.

PENCEMARAN UDARAPencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang menggangu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,Sulfur Oksida,bau-bauan)ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Contohnya, gas-gas beracun,zarah-zarah yang terperangkap hasil daripada asap kenderaan,jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.

Pada waktu pagi,dikawasan Pengkalan Hulu sangat berkabus.Dikawasan kajian saya juga ini terdapat pencemaran baubauan yang menggangu persekitaran.Contohnya,semasa pihak Majlis Daerah Pengkalan Hulu(MDPH) mengutip sampah sarap dikawasan tertentu,mereka hanya sekadar membuangnya di tempat-tempat yang ramai orang lalu lintas orang.Tempatnya adalah di Taman Tasek Perdana.

PENCEMARAN BUNYIPencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Contohnya,kawasan tempat tinggal saya iaitu di Ayer Panas berada berhampiran dengan negara THAILAND yang mana pada setiap musim perayaan ramai orang membeli mercun di negara itu.Oleh itu,banyak bunyi mercun-mercun telah kedengaran dan menggangu kawasan persekitan.

LAMPIRAN

Sampah sarap yang dibuang oleh pihak tertentu dan yang dapat menimbulkan bau busuk

Antara sampah sarap yang dibuang kedalam longkang

Asap yang dapat menimbulkan jerebu dan secara tidak langsung akan terjadi pencemaran udara

TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH DI TAMAN TASEK PERDANA

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

A) KENDERAANFakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

Perkara ini juga berlaku ditempat perumahan saya.Pada waktu berkerja terlalu banyak kenderaan yang ingin pergi ke tempat kerja masingmasing.Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan secara tidak langsung akan jerebu.Oleh itu,rakyat mestilah berkongsi kenderaan jika ingin ke tempat kerja.

B) PERNIAGAANKawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem

pembuangan sampah yang teratur.

Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.

Hal ini turut berlaku di tempat saya.Selepas sahaja berjual beli banyak sampah sarap dibuang begitu sahaja.Justeru,pihak berwajib haruslah mengambil tindakan atas perkara ini.

C) PETEMPATAN.Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin

serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.

Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.

Oleh itu,kita mestilah membuang sampah ketempat-tempat yang disediakan ataupun dibuang kedalam tong sampah.Kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya berada pada tahap yang terkawal.

D) PERLOMBONGANSelain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut

atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Merujuk pada permerhatian saya,saya dapati di tempat tinggal saya turut berlaku iaitu di Klian Intan.Banyak kehidupan akuatik dan sumber protein manusia telah terjejas.

UNSUR PATRIOTISMEMasyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama pendudukpenduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

Apabila nilai-nilai ini diterapkan maka masyarakat akan bersatu teguh dan saling berkerjasama antara satu sama lain.

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR.

A) HUJAN ASID

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lainlain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Kesimpulanya, hujan asid memang mendatangkan keburukan kepada kita. Oleh itu,kita mestilah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan bahan api.Kita juga harus jangan membazir kerana membazir itu adalah amalan syaitan.

B) JEREBU

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Secara kesimpulanya,jerebu akan membawa keburukan kepada kita.Justeru,kita mestilah menghargai keindahan alam.Kita juga haruslah berkongsi kenderaan jiak ingin ke sesuatu tempat kerana dapat menghindari daripada jerebu.

C) SUHU MENINGKATKenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Tuntasnya, kita mestilah menghindari daripada berlakunya peningkatan suhu kerana dapat mendatangkan kesan yang buruk kepada kita sendiri.Bak kata perpatah,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

D) AIR TERCEMARHidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebaskebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang

dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.

Oleh itu,kita mestilah membuang sampah ke tempat yang disediakan.Hal ini kerana dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran air kerana air merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian kita.

E) BAU BUSUKBau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.

Secara tuntasnya,para penduduk mestilah membuang sampah kedalam tong sampah atau tempat yang disediakan untuk menghindari daripada berlakunya pencemaran bau.Kita seharusnya menghargai dan menyayangi keindahan alam sekitar.Bak kata perpatah, sudah terhantuk baru tergadah.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR1. MENGHIJAUKAN KAWASANPenanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan

dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

Oleh itu,kita sewajarnya dan haruslah menanam tumbuh-tumbuhan di kawasan kediaman kita keran dapatmengurangkan peningkatan suhu.Dan kita juga wajiblah mencintai anugerah Tuhan ini.

2. PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUMPenggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

Pengunaan petrol tanpa plumbum dapat menghindari jerebu.Tuntasnya,kita mestilah mengunakan petrol tanpa plumbum untuk menghindari tahap kesihatan

kita terjejas.

3. PROGRAM KITAR SEMULAUdara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

Sesungguhnya, kitar semula merupakan langkah yang terbaik untuk mengelakan pencemaran.kita mestilah mengitar semula barang-barang yang terpakai dan mengamalkan 3R iaitu reuse,reduce and recycle.

4. KEMPENKempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

Seterusnya, pihak berwajib mestilah mengadakan kempen untuk menyedarkan rakyat.Mengadakan kempen juga merupakan salah satu cara untuk mengelakan pencemaran.Oleh itu,kita seharusnya sedar akan betapa pentingnya keindahan alam ini kepada kita.

BIODATA

NAMA:MOHAMAD SHAIFUL NIZAM BIN MUSTAFA TINGKATAN:3 DEKA SAINS SEKOLAH:SMK PENGKALAN HULU

ALAMAT:NO.27 C,KAMPUNG PADANG BONGOR AYER PANAS 33100 PENGKALAN HULU PERAK UMUR:15 TAHUN HOBI:MELAYARI INTERNET CITA-CITA:ARKITEK E-MEL:[email protected] COGAN KATA:LOVE STUDY BEFORE YOU LOVE SOMEBODY MATLAMAT:INGIN MENDAPAT STRAIGHTS A DALAM PMR

RUMUSANMemandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkahlangkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara pada masa akan datang.

RUJUKANALAMGEOGRAFI.BLOGSPOT.COM

BUKU RUJUKAN GEOGRAFI (ROSMAN RIFIN,MASTERI MEMORI MELALUI PETA MINDA GEOGRAFI,PNI NEURON(M)SDN.BHD.,2008 CETAKAN KEENAM)

file:///C:/Users/Public/Pictures/geografi/kerja-kursus-geografi-pmr-2011.html

GURU RAKA

ISI KANDUNGANBIL1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) TAJUK KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA SURAT 1

SEKIAN

TERIMA KASIH!!!