Folio Geografi

Embed Size (px)

Citation preview

Senarai kandungan

Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Pn Muslimah Bt. Haji Tahir kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Excel, Pn Zalizan Bt. Zakaria yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada bapa saya, En. Junid B. Osman dan ibu saya Pn. Ezatul Hamsiah Bt. Hamzah yang telah memberikan banyak memberikan dorongan, nasihat kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan untuk memastikan kajian ini dapat saya laksanakan dengan jayanya. Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu Nurul Afiqah Bt. Khairul Annuar, Nurun Najihah Bt. Junaidi dan Farida Yasmin Bt. Ahmad Farizal.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini

PendahuluanKajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai pencemaran alam.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana berdekatan dengan kawasan sekolah kami mempunyai pencemaran dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah kepada saya, juga kepada masyarakat di kawasan tempat kajian yang dijalankan.

Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Greenwood, Gombak,Selangor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Greenwood, Gombak, Selangor.

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di. Taman Greenwood, Gombak, Selangor.

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di. Taman Greenwood, Gombak, Selangor.

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di. Taman Greenwood, Gombak, Selangor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Kawasan kajianKawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Greenwood, Gombak, Selangor. Kawasan Greenwood terletak di negeri Selangor iaitu di daerah Gombak seperti yang dapat dilihat di dalam peta. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Kawasan ini telah dimajukan oleh sebuah syarikat swasta padfsa sekitar tahun 1976-1978. Kawasan ini terletak berhampiran pusat bandaraya. Kawasan Greenwood ini terletak berhampiran dengan Batu Caves di sebelah barat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sebelah utara , Setapak di sebalah timur dan Sentul di sebelah Selatan. Berdekatan dengan Kawasan Greenwood , terdapat sebuah sungai yang mengalir daripada Sungai Klang , dan Sungai Gombak . Jarak di antara kawasan Greenwood dengan Batu Caves ialah kira-kira 2 kilometer. Jarak Kawasan Greenwood ke bandaraya Kuala Lumpur adalah lebih kurang 5 kilometer . Perjalanan dengan menaiki bas awam dari Kawasan Greenwood ke Pusat Bandar akan mengambil masa 30 minit jika tiada berlaku sebarang kesesakan lalu lintas . Tambang bas yang dikenakan kepada orang awam ialah RM 2 manakala bagi murid sekolah ialah RM 1. Kawasan kajian ini dipilih kerana ianya berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan kerja-kerja kajian yang perlu saya buat. Saya tidak memerlukan wang yang banyak kerana saya hanya perlu menggunakan RM 1 sahaja untuk tambang bas pergi ke tempat kaj an . Selain i itu, sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.

Peta daerah

Pelan Kawasan Greenwood

Kaedah kajianSebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Kaedah pemerhatian

-Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di tempat-tempat perniagaan di Kawasan Greenwood dengan melihat sistem perparitan serta sistem pembuangan sampah. Saya juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai.

2) Kaedah soal selidik -Saya juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 5 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. 3) Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan ini, saya juga membuat rujukan pelbagai jeni s buku,

majalah, jurnal dan sebag ainya di perpustakaan dan saya juga melayari internet untuk mendapatkan makluma t tambahan mengenai pencemaran alam sekitar di beberapa laman sesawang yang berkaitan .

Dapatan kajian8.3 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam, perbuatan

mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Contohnya : Di Kawasan Greenwood, terdapat beberapa jenis pencemaran iaitu pencemaran udara, pencemaran bau dan pencemaran bunyi. Pelbagai langkah diambil bagi memastikan pencemaran-pencemaran sebegini berkurangan.

8.2 Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar

a. Pencemaran Udara Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida , bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . Di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood ) terdapat pencemaran udara seperti jerebu. Pencemaran tersebut terhasil apabila asap-asap kenderaan dilepaskan dan pembakaran terbuka.

b. Pencemaran bau

Pencemaran

ini

berlaku

apabila

terdapat

segelintir

pihak

yang

tidak

bertanggungjawab terhadap kebersihan dengan melonggokan sisa -sisa buangan atau sampah di kawasan kajian. Ini menyebabkan sisa -sisa sampah tersebut mengeluarkan bau yang busuk dan ianya mengganggu penduduk di kawasan kajian. Pencemaran bau di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood ) terhasil daripada pembuangan sampah di merata-rata tempat.

c. Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Contohnya, pencemaran air sering berlaku di Sungai Gombak berdekatan dengan kawasan kajian ( Kawasan Greenwood).

d. Pencemaran bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Kesesakan lalu lintas di kawasan kajian (Kawasan Greenwood) menyebabkan pencemar n a bunyi sering berlaku.

8.3 Punca-punca pencemaran alam sekitar

a) Petempatan. Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok. Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran. Contohnya , penduduk di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood) sering membuang sampah ke dalam sungai dan menyebabkan sistem perparitan terganggu.

b) Kenderaan Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood) berpunca daripada asap kenderaan yang menghasilkan karbon monoksida.

c) Perniagaan Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur. Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Terdapat tapak pasar malam berdekatan dengan kawasan kajian ( Kawasan Greenwood) . Hal ini menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar.

d) Sampah sarap Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata -rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat dan rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju. Selain itu, peniaga di tapak pasar malam Greenwood tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju dan ia menyumbang kepada pencemaran bau.

Masyarakat haruslah sentiasa berusaha dan prihatin untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku.Kerjasama antara penduduk setempat akan membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

8.4 Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.

a) Suhu meningkat Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood ), asap-asap yang terhasil daripada pembakaran terbuka dan kenderaan telah menyumbang kepada kenaikan suhu bumi dan meyebabkan persekitaran menjadi panas.

b) Air tercemar Hidupan air seperti ikan, siput, udang di dalam sungai akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa domestik. Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Pembuangan sampah dan sisa-sisa domestik ke dalam sungai di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood ) menyebabkan sungai yang menjadi sumber air, tercemar .

c) Bau busuk

Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan-bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood) juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat longgokan sampah.

d) Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia.. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menye dan rap menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. Pelepasan gas-gas daripada kenderaan dan pembakaran secara terbuka di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood ) mengundang kepada pencemaran alam sekitar .

e) Udara tercemar

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia

memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru -paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok -pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.

Udara yang tercemar menyebabkan sistem pernafasan penduduk di kawasan kajian ( Kawasan Greenwood ) , terganggu. Ianya menyebabkan kesukaran bagi tumbuh-tumbuhan menjalani proses fotosintesis .

Saya bersyukur kerana, walaupun kawasan kajian (Kawasan Greenwood) sering berlaku pencemaran udara, pencemaran bau, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Namun, penduduk di kawasan kajian tetap melakukan kegiatan gotong-royong pada setiap bulan.

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

1. Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

2. Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang -barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

3. Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

4. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

Cadangan sebegini harus dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar secara meluas . Hal ini juga penting bagi mengekalkan khazanah alam untuk kegunaan generasi yang akan datang.

Bahan grafik

Jenis pencemaran

Peratus (%)

Jenis-jenis pencemaran alam di Kawasan Greenwood

RumusanMemandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

Lampiran

Rujukan1. Buku teks i. Abd Rahim Md Noor, 2004, Cerdik Publications Sdn Bhd, Geografi Tingkatan 3

2.

Orang sumber i. ii. iii.

3.

Internet i. http://pondoksiti.blogspot.com/2011/02/kerja -kursus-geografi-2011-part-1.html ii. http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geografipmr-2010/ iii. http://maps.google.com.my