Folio Geografi

Embed Size (px)

Citation preview

1.

PENDAHULUAN.Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh. Ulu Kinta ('Hulu Kinta') merupakan sebuah perkampungan kecil orang Melayu . Ia terletak di antara Tambun dan Tanjung Rambutan. Sungai Perak mengalir dari Gunung Korbu (Gunung Kerbau) yang terletak di Ulu Kinta. Kecemerlangan daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya Lembah Kinta. Penglibatan dalam industri bijih telah menjadi batu loncatan Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai rakyat Perak berhijrah. Di Ulu Kinta terdapat beberapa buah kampung, kawasan perumahan, pusat tadahan air, kem Pasukan Gerakan Am, sekolah seperti SKPPH,Institut Perguruan Hulu Kinta, pasar dan kedai-kedai runcit. Pembangunan yang pesat telah menjadikan Ulu Kinta sebagai sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya kepada penduduk setempat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh manusia telah memberi impak di kawasan ini.

1

Satu kajian dijalankan bagi melihat kesan-kesan kegiatan manusia yang mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan Ulu Kinta meliputi kawasan Ulu Kinta, Bandar Baru Putra dan Tanjong Rambutan.

Keluasan kawasan kajian adalah seluas 20 km persegi. Kawasan ini dipilih kerana pengkaji akan membuat kajian tentang jenis-jenis pencemaran yang dapat dikesan di kawasan ini seperti pencemaran air, udara, bunyi dan tanah kesan-kesan akibat pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Tempoh kajian yang dijalankan adalah mengambil masa selama 14 hari.

Gambar 1 : Peta Topografi Kawasan Kajian Ulu Kinta, Perak

2

2.

OBJEKTIF KAJIAN.Keseluruhannya kajian ini mempunyai beberapa objektif yang mungkin akan dapat membantu pihak penguasa tempatan dalam mengawal pembangunan akibat aktiviti manusia serta membendung impak ke atas persekitaran kesan daripada kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Ulu Kinta. Di antara objektif kajian adalah seperti berikut :

2.1.

Memenuhi syarat matapelajaran geografi tingkatan 1 sebagai salah aktiviti kerja kursus dan proses pembelajaran.

2.2.

Mengkaji punca dan bentuk pencemaran yang berlaku pencemaran di kawasan Ulu Kinta, Perak.

2.3.

Mengenalpasti kesan-kesan pencemaran di kawasan kajian.

2.4.

Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan pencemaran alam sekitar.

3

3.

KAWASAN KAJIAN.Bagi merealisasikan kehendak matapelajaran geografi tingkatan 2, kajian kawasan telah dijalankan di kawasan Ulu Kinta yang meliputi tiga kawasan utama yang mengalami pembangunan infrastruktur yang pesat seperti perumahan,

perkilangan, kegiatan ekonomi, pertanian dan sebagainya di Ulu Kinta. Kajian tentang pencemaran alam sekitar telah dijalankan di kawasan sekitar Changkat Kiding dimana terdapat aktiviti pertanian, perkilangan di Bandar Baru Putra, perniagaan di Tanjung Rambutan, kawasan penempatan di Taman Perpaduan dan Taman Mewah dan Kampung Batu 8 Ulu Kinta serta kawasan pembakaran sampah di Bercham dan Bandar Baru Putra. Semua kegiatan ini telah memberi kesan terhadap alam sekitar seperti pencemaran air, udara, bunyi dan pencemaran tanah. Di kawasan pekan Tanjung Rambutan yang merupakan sebuah pusat tumpuan utama masyarakat yang membangun dengan pesat dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, perumahan, kemudahan jalanraya dan sebagainya turut menyumbang berlakunya pencemaran. Penambahan bilangan kenderaan bermotor seperti kereta, motorsikal, lori dan bas turut menjadi faktur utama berlakunya pencemaran. manda. Manakala pandang darat di kawasan Tanjong Rambutan adalah bertanah pamah dan terdapat sebatang sungai yang mengalir di kawasan tersebut.

4

Gambar 2 : Peta Topografi Kawasan Ulu Kinta, Perak.

5

6

Ladang Kelapa Sawit

Kebun Sayur

Rumah Saya

Empangan

Gambar 3 : Peta Kawasan Kajian Sekitar Ulu Kinta, Perak.

4.

KAEDAH KAJIAN.Kaedah berikut digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian kawasan. 4.1. Kaedah Pemerhatian. Melalui kaedah pemerhatian, saya melihat dan mengkaji pembangunan kawasan dan aktiviti manusia yang memberi kesan terhadap alam sekitar. Pemerhatian juga dijalankan di kawasan-kawasan perniagaan, sistem perparitan serta sistem pembuangan sampah yang banyak menyumbang berlakunya pencemaran.

7

4.2.

Kaedah Temubual. Kaedah temubual digunakan terutama untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan Ulu Kinta dan kesan pembangunan yang berlaku di sekeliling penempatan penduduk setempat. Temubual dijalankan dengan cara saya menemubual penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Mereka adalah terdiri daripada pengusaha kebun, penggunaan jalanraya, penduduk kampung atau taman perumahan dan kedua-dua ibu bapa saya.

4.3.

Kaedah Rujukan. Kaedah rujukan digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kawasan kajian melalui pembacaan buku dan internet bagi mengenal pasti apa yang terdapat di kawasan tersebut terutamanya berkaitan pencemaran alam sekitar.

5.

DEFINISI PENCEMARAN.Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.

8

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor. Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al Quran yang mulia: "Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" .......... (Surah Al-Rum : 41) Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.......... (AI A'raaf: 56)

9

6.

PENCEMARAN AIR.6.1. Definisi Pencemaran Air. Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi. Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

10

6.2.

Punca Pencemaran Air. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor atau punca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . Keadaan ini dapat dilihat di sekitar Changkat Kidding di mana terdapat kawasan pertanian dan ladang kelapa sawit. Begitu juga dengan aktiviti perkilangan di Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan yang merupakan kawasan perindustrian.

11

Gambar 4 : Sungai Kinta Telah Dicemari Dengan Bahan Buangan Pasar, Tanjung Rambutan. Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid dan najis serta sampah sarap juga turut dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pembuangan sisa toksid adalah merupakan kes terpencil namun ia juga merupakan salah satu faktor menyebabkan alam sekitar tercemar. Contoh seperti pembuangan sisa dan sampah sarap di Sungai Ulu Kinta, Tanjung Rambutan dan Sungai Choh, Ulu Kinta. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

12

Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu. Contoh seperti di Sungai Ulu Kinta dekat pekan Tanjung Rambutan.

6.3.

Kesan Pencemaran Air.

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.

13

Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma yang hidup di sungai atau kolam yang terdapat di sekitar kawasan Ulu Kinta seperti di paya dan bekas lombong. Pembuangan minyak oleh mekanik atau kilang ke dalam parit, tali air atau kolam telah membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan dan rumpai air. Hidupan air seperti ikan dan siput akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul.

7.

PENCEMARAN BUNYI.7.1. Definisi Pencemaran Bunyi. Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam, pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.

14

Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi bunyi bising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarang bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yang lain seperti kayu, besi dan sebagainya.

Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidak meninggalkan sisa kepada alam sekitar.

15

7.2.

Punca Pencemaran Bunyi.

Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia. Kebisingan yang berpunca daripada

pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.

Masalah kebisingan dari sumber keretapi lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi. Misalnya seperti di Stesen Keretapi Tanjung Rambutan, Stesen bas, kenderaan yang lalu lalang di jalanraya dan kontraktor pembinaan di Tanjung Rambutan.

16

Gambar 5 & 6 : Kesan Bunyi Bas Dan Mesin Pembinaan Flat.

Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa yang lama. 17

Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan seperti di kawasan pembinaan kawasan perumahan di Tanjung Rambutan, Bandar Baru Putra dan Tambun.

Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio, televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasankawasan perumahan berkepadatan tinggi.

8.

PENCEMARAN UDARA8.1.

Definisi Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhtumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk,

18

asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan bandar dan industri.

Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang boleh diberikan tentang

19

pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.

Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasal dari sumbersumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ribut debu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini adalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar atau digalakkan dari manusia sendiri.

8.2.

Jenis Pencemaran Udara

Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-

20

zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu. Pencemaran udara jenis ini dapat dikesan di kawasan Tanjung Rambutan, Bandar Baru Putra, Bercham dan Tambun.

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).

8.3.

Punca Pencemaran Udara.

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu yang berlaku tidak lama dulu. Bahanbahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan

21

sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.

Gambar 7 : Debu Berpunca Daripada Kuari Berhampiran Taman Mewah

22

Gambar 8: Bau Sampah Sarap Di Pasar Tanjung Rambutan.

Gambar 9 : Pembakaran Sampah Berhampiran Pasar Basah Ulu Kinta.

23

8.4.

Kesan Pencemaran Udara.

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas. Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.

24

9.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PENCEMARAN ALAM SEKITAR.Terdapat beberapa cara utama yang boleh diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar. Diantaranya termasuklah:

Gambar 10 : Neraca Sebagai Simbol Keadilan.

9.1.

PerundanganKementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang ramai. Undangundang mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang perindustrian. 25

Selain itu melalui perundangan dengan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Pindaan 1985 yang mengenakan hukuman denda dan penjara terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah atas tuduhan mencemar atau merosakkan sumber alam. Kerajaan juga boleh mengadakan kawasan sumber yang diwartakan sebagai kawasan pemeliharaan seperti Taman Laut dan Taman Negara.

Banyak lagi yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga kualiti alam sekitar melalui undang-undang ini seperti penggubalan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan) mula dikuatkuasa pada 1 April 1988, Peraturan Kenderaan Bermotor ( Kawalan Pelepasan Asap, 1977 ) dikuatkuasa pada 15 Mac 1978, Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Udara Bersih, 1978 ) dikuatkuasa pada 1 Oktober 1978 dan sebagainya.

Gambar 11 : Kempen Tanpa Beg Setiap Hari Sabtu.

26

9.2.

Penggunaan Teknologi.

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya.

Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilangkilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.

27

Gambar 12: Kempen Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

9.3.

Pendidikan

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.

Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apakah masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar

28

mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.

Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada

masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Gambar 13 : Kempen Alam Sekitar.

29

9.4.

Kempen Dan Peranan Media Massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.

9.5.

Kempen Kesedaran Alam Sekitar.

Kempen kesedaran alam sekitar juga dapat memainkan peranan penting dalam melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempenkempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

30

10.

KESIMPULANUlu Kinta, Perak merupakan sebuah kawasan yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang

mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya. Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

31

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkahlangkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

32

BIBLIOGRAFIBugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press. Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C. (ed) Air Pollution, p.3-22. Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung. Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta. Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill. Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur. Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas. Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press. OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On Noise Abatement Policies. Paris. Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

33

Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New York : John Wiley and Sons. Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.

_________.2009. Sources Of Water Pollution http://www.doe.gov.my/ms/content/puncapencemaran-air-sungai. (dilayari 14 Januari 2009).

_________. 2008. Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran. (dilayari 7 Januari 2009)

34

Lampiran A

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR KEPADA RANTAIAN MAKANAN

35

Lampiran B

JENIS-JENIS DAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Ikan mati kerana air kotor. Kekotoran di sungai : akibat pembuangan sisa kilang. Pencemaran bahan buangan kilang. Pencemaran bunyi. Asap dari kilang. Asap dari lori balak. Asap dan pencemaran bunyi dari kapalterbang atau jet. Sampah haram / bau busuk. Pembakaran sampah secara terbuka. Muzik dari kawasan kediaman melebihi had. Kebakaran terbuka di kawasan rumah. Jerebu : pencemaran udara. Asap kenderaan. Kekurangan pokok / tumbuhan. Pembalakan / penebangan pokok.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Ikan mati kerana air kotor. Kekotoran di sungai : akibat pembuangan sisa kilang. Pencemaran bahan buangan kilang. Pencemaran bunyi. Asap dari kilang. Asap dari lori balak. Asap dan pencemaran bunyi dari kapalterbang atau jet. Sampah haram / bau busuk. Pembakaran sampah secara terbuka. Muzik dari kawasan kediaman melebihi had. Kebakaran terbuka di kawasan rumah. Jerebu : pencemaran udara. Asap kenderaan. Kekurangan pokok / tumbuhan. Pembalakan / penebangan pokok.

36

Lampiran C

TANDA AMARAN YANG BOLEH MENGELAK PENCEMARAN BAHAN KIMIA ATAU GAS

PEPEJAL MUDAH TERBAKAR

PEPEJAL: BOLEH TERBAKAR SECARA SEPONTAN

CECAIR MUDAH TERBAKAR

PEPEJAL: BERBAHAYA APABILA BASAH

BAHAN PENGOKSIDAAN

BAHAN LETUPAN

BAHAN BERJANGKIT

BAHAN TOKSID

BAHAN MENGAKIS

37

Lampiran D

KEJADIAN HUJAN ASID AKIBAT PENCEMARAN

38

Lampiran E

BENTUK-BENTUK PENCEMARAN YANG MENGANCAM BUMI

Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik. Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling. Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB. Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar. Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik. Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.

39

Lampiran F

KAWASAN PENCEMARAN DI MALAYSIA

40

Lampiran G

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI TANPA PENCEMARAN

41